Thursday, 18 February 2016

TIADA YANG LAIN MELAINKAN NAJIB

Sebenarnya tidaklah sukar mencari punca segala masalah dalam negara kita sekarang ini, ia terpulang sama ada kita  mahu memahami dan bersikap jujur dengan diri sendiri atau sengaja menutup pintu hati tentangnya.

Puncanya tidak lain melainkan hanya satu - Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selagi kedua-duanya ada, selagi itulah semua masalah dalam negara sentiasa bertambah buruk dan sukar. Masalah yang diakibatkan oleh Najib kepada negara ini sudah terlalu berat untuk ditanggung dan dipulihkan, kecuali jika beliau dapat disingkirkan dengan seberapa segera.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berulangkali menekankan perlunya Najib diundurkan daripada mentadbir negara ini demi harapan dan masa depan yang lebih baik, perasaan itu kini turut dikongsi secara terbuka oleh bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk kita semua.

Kata bekas menteri itu, "kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia."

Yessss, itulah yang sebenar-benarnya.

Harus disedari juga, yang menyimpan perasaan sebegitu berjuta lagi di kalangan rakyat biasa. Malah dalam UMNO sendiri, perasaan itu tumbuh dan bercambah setiap hari.

Cuba kita renung di sebalik pelbagai isu dan tindakan yang diambil Najib sejak akhir-akhir ini, adakah keadaan menjadi bertambah baik atau sebaliknya?

Selepas memecat Gani Patail, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah keadaan dalam negara tambah meyakinkan atau lebih buruk?

Selepas Zahid Hamidi dijadikan Timbalan Perdana Menteri, adakah gandingannya dengan Najib telah berjaya membawa sesuatu impak yang dilihat bermanfaat kepada rakyat dan negara?

Selepas majoriti pimpinan UMNO peringkat atasan menyatakan sokongan terhadap Najib, adakah ia disertai sama dengan keyakinan rakyat?

Selepas rasionalisasi hutang 1MDB yang kononnya telah berjaya dilaksanakan, berapa peratuskah rakyat yang yakin dan percaya?

Selepas Najib "dibersihkan" oleh Peguam Negara yang baru, Apandi Ali daripada sebarang pendakwaan di mahkamah, adakah Najib dilihat makin "putih" atau kian "hitam"?

Selepas Mukhriz Mahathir digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah, adakah sokongan rakyat terhadapnya atau kepada UMNO,  jadi bertambah?

Secara keseluruhannya, sejak tempoh setahun yang lalu misalnya, melalui beberapa tindakan drastik Najib, apakah ia benar-benar mendatangkan kebaikan kepada UMNO dan negara?

Cuba pertimbangkan pula kemungkinan ini - sekiranya tiba-tiba esok didapati Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri, berapa ramai rakyat yang melonjak gembira, menarik nafas lega dan sujud syukur kerananya?

Marilah kita bersikap jujur mulai sekarang, sama ada kita rakyat biasa yang hidup dengan keupayaan sendiri atau yang menjadikan dedak yang ditabur sebagai sumber rezeki. (SH 18/02/2016).

30 comments:

  1. Semua korupsu kamu semua turun bangsat.tak tau malukah.ko orang makan nasi ka makan tahi.teruk sangat la korang ni.najib jqngan kasi malu t.a.r

    ReplyDelete
  2. Kerajaan apakah ini.menceroboh peribadi orang mengakses internet.Bukan nak sekat laman web tapi sekat akses untuk akses kepada web secara individu.gila ka aper? Jari tengah untuk tentera siber sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGU)

    ReplyDelete
  3. Memetik kata2 Timbalan Menteri Suatu ketika dulu....berdasarkan persoalan "Cuba pertimbangkan pula kemungkinan ini - sekiranya tiba-tiba esok didapati Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri"

    Jawapan Timbalan Menteri tersebut : "Esok DSN masih PM"

    #OhMalaysiaku

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah terlintas d fikiran saya yg kerdil ini kisah raja perancis n permaisurinya Antoinette bole berlaku d Malaysia.
    Mungkin inilah balanya bila Islam hanya agama semasa lahir dan bukannya addeen
    I may b wrong. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  5. Tidak pernah terlintas d fikiran saya yg kerdil ini kisah raja perancis n permaisurinya Antoinette bole berlaku d Malaysia.
    Mungkin inilah balanya bila Islam hanya agama semasa lahir dan bukannya addeen
    I may b wrong. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  6. Dulu sebelum skandal ini menjadi serius skop sasaran tertumpu kepada najib n rosmah,kemudian setelah dipertahan kesalahan najib oleh sebahagian besar ketua bahagian umno,AMT umno dan menteri menteri serta pemimpin dr parti komponen BN,isu telah menjadi serius tembelang dan kelemahan barisan pemimpin umno dan kerajaan terserlah hanya segelintir boleh diharapkan itu pun di pecat,disebabkan perkembangan ini kelemahan dan korupnya pemimpin bukan saja ternampak pada najib malah seluruh barisan kepimpinan umno dan kerajaan terserlah lemah dan korup,mintak maaf En Din saya rasa keseluruhan kepimpinan dlm kerajaan dan umno wajib disingkirkan kerana telah rosak dan umno wajib dibersihkan dgn pemimpin muda dan baru melalui kuasa ditarik dari mereka dah dan umno wajib mulai dari bawah semula dgn wajah baru,perjuangan baru dan pemimpin baru insyallah baru betul.

    ReplyDelete
  7. Dulu sebelum skandal ini menjadi serius skop sasaran tertumpu kepada najib n rosmah,kemudian setelah dipertahan kesalahan najib oleh sebahagian besar ketua bahagian umno,AMT umno dan menteri menteri serta pemimpin dr parti komponen BN,isu telah menjadi serius tembelang dan kelemahan barisan pemimpin umno dan kerajaan terserlah hanya segelintir boleh diharapkan itu pun di pecat,disebabkan perkembangan ini kelemahan dan korupnya pemimpin bukan saja ternampak pada najib malah seluruh barisan kepimpinan umno dan kerajaan terserlah lemah dan korup,mintak maaf En Din saya rasa keseluruhan kepimpinan dlm kerajaan dan umno wajib disingkirkan kerana telah rosak dan umno wajib dibersihkan dgn pemimpin muda dan baru melalui kuasa ditarik dari mereka dah dan umno wajib mulai dari bawah semula dgn wajah baru,perjuangan baru dan pemimpin baru insyallah baru betul.

    ReplyDelete
  8. najib WAJIB berambus demi rakyat dan masa depan negara. Sebahagian pimpinan yang teguh memepertahankan amalan buruk Najib juga WAJIB disingkirkan dari kedudukan mereka sekarang. Mereka inilah sangga dan junjung yang memperkuatkan Najib meneruskan amalan buruknya. Sokongan pimpian jadah inilah yang merumitkan lagi pennyingkiran Najib. Maka kelompok ini mesti juga dihumban keluar, tidak cuma Najib sendirian

    ReplyDelete
  9. Listen to "Miracle" by Bon Jovi, Young Guns album from the early 90s. Check out the lyrics.

    ReplyDelete
  10. Kena tangkap humban dlm penjara mangkok ni.jgn kasi muka.

    ReplyDelete
  11. Sammy Vellu, tak ada apa-apa you mau cakap ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayo yoo.. banyak saya mau cakap tapi nanti laa saya kasi cerita, Ini hari saya mau kasi tau satu saja... ini najib memang betul-betul satu kemaluan ah .

      Delete
  12. Camno nak bukak site yg kena block din turtle, out syed, msia chronicle sblm ni tuko my ke in skrg x bole pulok

    Azre

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azre,cuba install 'cloud vpn'

      Delete
    2. Makasih anon

      Delete
  13. Nak kata apa lagi.. kita ni semuanya penakut dan bacul serta x boleh berbuat lebih dari merungut dan membebel kosong saja dlm blog dan web.

    Jentera UMNO terlalu kuat. X ramai rakyat Malaysia berani bangun dan lawa jentera2 daulah UMNO ini.. nak boikot bayar bill letrik pun..X MAMPU.. Apatah lagi nak bangun melawan.. malulah kita pada diri sendiri..

    Satu saja chanting untuk rakyat Malaysia yg paling afdhol dan sangat sesuai di kala ini.. kaplavutoh lu la.. sebutlah berulang makian ini 2600 juta kali sekalipun.. kita akan jadi semakin bacul dan penakut..

    Rakyat penoreh getah.. berjuta2 orang.. pun x berani turun berdemo bila rege getah di paras RM2.00 sejak 2-3 tahun lepas..hingga ke hari ni..

    Bagi yg kene tipu bill letrik.. berjuta2 org juga.. dari 100..jadi 300-500 bulanan.. pun x boleh berbuat apa2.. melocok ja laki bini boleh buat..

    Kalo Najib atau papagomo rogol bini atau anak2 kita sekalipun.. tetap kita bacul x berani melawan..

    Cakap berdegar2.. buat kerja serupa kepalavutoh.. mmg perit nak terima realiti yg kita ni..sembang ja berdegar2..tapi hakikatnya..kau aku kamu hang..sama saja..cukup lejeh mekeh.. bacul dan penakut pahit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ko harap orang semua patot buat....???
      TEMBAK NAJIB kat kepala macam Kennedy dulu.
      Ini Malaysialah, bukan India or Pakistan.
      Semua duduk tunggu PRU14.

      Delete
  14. Mohon pencerahan.....raja melayu yang bila disentuh kedudukan nya, ahli UMNO Baru akan menjadi ia isu sensitif dan orang yang mengungkit isu raja akan diburu oleh polis. Bila dapat tangkap akan didera sehingga hampir mampus.

    Apa fungsi raja dalam Malaysia. Sebagai contoh, akta MKN diluluskan oleh ahli parlimen tapi raja kata ia perlu dihalusi dan ada peguam kata, raja pekenan atau tidak akta itu tetap dilaksanakan....?

    Jika benar apa yang dikatakan oleh peguam itu maka raja hanya simbul untuk di pandang saja, tiada kuasa mencegah kezaliman pemimpin parti pentadbir kerajaan terhadap rakyat.

    Cuma menerima apa saja nasihat dari perdana menteri tanpa perlu menggunakan akal untuk menilai baik dan buruk setiap nasihat dan cadangan yang diberi kan oleh perdana menteri ?

    Alangkah malang rakyat Malaysia jika raja mereka hanya lah sebuah tugu......

    ReplyDelete
  15. Annuar musa, bos penerangan umno telah mengarahkan tenteranya dari sayap pemuda dan puteri untuk mempertahankan najib. Sebelum ini tentera ini digunakan untuk menyerang parti lawan terutama pas dan keadilan. Tapi kini lebih kepada mempertahankan serangan ketas najib. Sudah tentulah tertumpu kepada orang yang paling kuat menyerang najib iaitu tun. Termasuk keluarkan cerita lama yang direka khas bagi memburukkan imej tun. Tujuannya supaya rakyat membenci tun dan tidak lagi mendengar atau peduli apa yang tun suarakan.
    Serangan yang kedua pula tentulah keatas dap. Isu utama yang dimainkan adalah penindasan dap terhadap melayu dipulang pinang. Tujuannya supaya orang melayu yang selama ini menjadi benteng kepada umno/bn tidak berpaling tadah. Jika tak undi bn, dap akan perintah.
    Setakat ini dilihat bloger pro najib masih "mesra alam dengan pas". Sekali sekala azmin diserang.
    TETAPI segala usaha tenteta2 ini setakat ini hanya seperti tikus membaiki labu. Mereka masih "mendesak" rakyat menerima keputusan AG. Mereka "menghukum" sesiapa saja yang mempertikaikan AG dengan cerca dan makian. Atas tindakan mereka,annuar dan juga najib sendiri, telah menyebabkan anti najib semakin menetas dari "kepompong" kebencian terhadap najib dan mula bersuara.
    Tidak ada apa lagi yang hendak najib pertahankan. Maruah diri sememangnya telah terhakis. Sokongan hanyalah bayangan najib sendiri, tiba hari gelap(pru) bayang pun hilang.
    Sementara masih bertongkat, ada baiknya najib bangun dari kerusi dan ketempat tidur dengan sendiri (berundur). Itu maruah dan darah pahlawan. Kerana yang pembantu yang ada tidak cukup kuat untuk memapah, takut nanti belum sampai tempat tidur dah jatuh tersembam. Malu tak terkira kalau seorang pahlawan misainya mencecah tanah..

    ReplyDelete
  16. Jika Mahathir sekarang ini dikatakan menerima pembalasan atas apa yang telah dilakukan, Najib juga akan menerima pembalasan tetapi yang lebih teruk kerana selepas ini Najib tidak ada kesempatan seperti Mahathir yang di beri PM seperti Najib untuk menerima pembalasan nya.

    Najib akan dapat kesempatan seperti Mahathir sekira nya PM selepas Najib lagi teruk dari Najib.

    Jadi apa yang Najib perlu lakukan ??

    ReplyDelete
  17. Setiap perbuatan akan ada pembalasan nya.

    Mahathir dikatakan menerima pembalasan atas apa yang telah dia lakukan. Mahathir mendapat kesempatan kerana Najib adalah PM yang sangat teruk yang Mahathir dan sesiapapun tidak menyangkakan teruknya sebegitu teruk.

    Najib tidak dapat kesempatan itu sekiranya masalah negara selesai iaitu dia di singkirkan. Najib merana mati tegak mereput.


    ReplyDelete
  18. Dulu rakyat cakap yg jadi masalah diMsia ialah Rosmah dan Najib. Sebab: Rosamah control Najib.

    Sekarang d confirm olih Liong Sik. Msalah diMsia disebabkan Najib dan Rosamah. Liong Sik tak berani shj cakap Najib d control olih Rosmah.

    Aku agak, Rosmah juga yg control Apandi dan Khalid Tweet.

    ReplyDelete
  19. Annuar musa, sebagai ketua penerangan umno, sila terangkan....apasal pak arab bagi derma dekat PM? Siapa arab ni? Dia mau bagi kaaa PM pi mintak? Apasal tak masuk akaun umno? Apasal pulangkan sebahagiannya, dan boleh tunjuk resit? Apahal kes SRC, dengar cerita dia masuk duit dalam akaun PM, tapi PM tak tau pun! Jawab jawab jawab....sebab rahman dahlan tak jawab, muhyddin tak ada jawapan, hishammuddin nampak clueless, KJ dan shahrizat hmmmmm

    ReplyDelete
  20. Ya allah ya tuhanku kau berilah keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat negara ini yg penuh dengan cabaran dan turunkanlah laknat kepada pemimpin2 yg rasuah yg tidak jujur yg tamak kuasa semoga negara kita selamat untuk generasi akan datang aaaamnnniiiinnnn

    ReplyDelete
  21. Ya allah ya tuhanku kau berilah keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat negara ini yg penuh dengan cabaran dan turunkanlah laknat kepada pemimpin2 yg rasuah yg tidak jujur yg tamak kuasa semoga negara kita selamat untuk generasi akan datang aaaamnnniiiinnnn

    ReplyDelete
  22. Ya Allah jatuhkan lah pemimpin yg menyusahkan rakyat dan yg tamak haloba dlm negara kami ini. Yg mana rakyat benci pada mereka dan mereka tidak peduli pada rakyat

    Ya Allah berilah kami pemimpin yg adil dan beriman serta hebat pentadbirannya. Yang mana rakyat kasih kepada dia dan dia sayang kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa je kalau tak usaha buat sesuatu pun tak guna !

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Kalay duly sultan melaka bertanya kepada pembesar melaka siapa yg berani buang si jebat derhaka...
    Sekarang kita kena Tanya Rakyat Malaysia...siapa yg berani buang pengkhianat2 negara ni...
    Siapa yg mahu jadi Jebat..

    ReplyDelete
  25. Kalay dulu sultan melaka bertanya kepada pembesar melaka siapa yg berani buang si jebat derhaka...
    Sekarang kita kena Tanya Rakyat Malaysia...siapa yg berani buang pengkhianat2 negara ni...
    Siapa yg mahu jadi Jebat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...