Thursday 11 February 2016

PETUA UNTUK SENANG ATAU SENGSARA DI ERA NAJIB

Tiada apa yang memeranjatkan apabila Mukhriz Mahathir secara terbuka menyatakan sebab utama beliau disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah ialah kerana tegurannya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib Razak.

Katanya, perkara itu diberitahu oleh Najib sendiri yang nyata beliau tidak senang dengan kritikan dan kelantangan berkaitan dua perkara itu.

Kenyataan Mukhriz itu hanya mengesahkan lagi bahawa sesiapa saja yang bersuara lantang dan berbeza mengenai kedua-dua isu itu pasti akan segera "dipancung" dan "dipendekkan nyawa politiknya".

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat daripada kabinet juga kerana bersuara mengenai 1MDB dan wang derma tersebut.

Peguam Negara, Abdul Gani Patail dibuang secara mengejut dan orang nombor dalam Cawangan Khas PDRM, Abdul Hamid Bador dipindahkan serta-merta pun kerana 1MDB dan duit derma itu.

Pegawai SPRM dipindahkan (tapi ditarik balik setelah timbul desakan) dan beberapa yang lain disiasat dan digeledah, juga tidak lain disebabkan sedang menyiasat tentang 1MDB dan wang derma yang sama.

Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ditahan, "disosmakan"  dan didakwa di mahkamah semata-mata kerana bersuara ke seluruh dunia inginkan kebenaran berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta itu.

Ahmad Zahid Hamidi, Salleh Said Keruak dan ramai yang lain mendapat jawatan kerana gigih mempertahankan 1MDB dan derma yang khabarnya disumbangkan oleh keluarga Diraja Arab Saudi, tetapi masih dirahsiakan namanya.

Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ditawarkan jawatan dalam kerajaan, semua rakyat dan makcik Felda pun tahu puncanya hanyalah berkaitan 1MDB dan wang derma yang satu itu.

Mendesak pemimpin tertentu berundur kerana 1MDB dan derma akan dianggap berdosa, lalu disiasat dan dipecat tetapi berkomplot menolak pemimpin yang bersuara tentang perkara yang sama, akan diberikan pujian dan dikatakan untuk kepentingan parti di masa depan.

Pendeknya, di era Najib ini, untuk senang atau derita dalam politik, senang saja pilihannya. Kuncinya satu saja, iaitu 1MDB dan duit RM2,600 juta.
Kedua-dua perkara itu seolah-olah "benda suci"  yang tidak boleh sama sekali dikata tidak baik mengenainya.

Bersuara dan mengkritik 1MDB serta derma yang diterima Perdana Menteri, bermakna bersedialah dengan risiko susah dan sengsara, manakala angguk dan sanggup berkata "ya" sepanjang masa, dapatlah segala nikmat dunia. (SH 11/02/2016).

25 comments:

  1. Sebab tu KJ senyap saja.....takut hilang jawatan. Hanya yang berdiri dengan kebenaran saja yang berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ ini pemuda tak guna sesen pun,ini masalahnya kalau naik secara rasuah,mungkin KJ takut disemenkan didalam tong dram.ha ha

      Delete
    2. mamat ni akn mnyalak bila ada kpntingan pd diri sendiri. pstu senyap bisu bila tgk kedudukan terancam. pendek kata play safe mcm suma dlm umno tu. lgpun mamat ni trlalu bahaya sbb terlalu terdedah pd liberal. rmai tak tahu golongan muda mcmna yg dia brkawan dan mmpengaruhi kputusan2 kerajaan masa depan. ada sekali kes hiburan pntas glamour, mmber berpengaruhnya berbaju~T tertera milf ditonton seluruh asean secara lgsung. anda fhm milf? byk lg yg amat bhy, cukuplah satu ni didedahkn

      Delete
  2. Itulah yang dikatakan BIAR BODOH ASAL SETIA.

    ReplyDelete
  3. Nikmat? Nikmat yang mensengsarakan anak bangsa sendiri dan berpuloh juta rakyat Malaysia yg lain.
    Nikmat? Nikmat yang menghakiskan reputasi bangsa sendiri di mata dunia.
    Nikmat? Nikmat yg meletakkan Malaysia sebagai negara islam yg mengamalkan rasuah yg tertinggi di mata dunia.
    Nikmat? Nikmat dengan menjual tanah dan harta negara kepada negara asing.
    Nikmat? Nikmat yg bakal membawa masuk 1.5 juta lagi rakyat asing secara sah ke negara ini.
    Nikmat? Nikmat dengan menjual tanah air sendiri di singapura.
    Nikmat? Siapa yg sebenarnya yg menikmati kesemua nikmat nikmat ini.
    Nikmat? Ikan bilis ditangkap ikan jerung bebas berleluasa.
    Nikmat? Bapa aku seorang askar mati ditembak komunis pada tahun 1969 dan ibu menjadi penoreh getah untuk menghidupkan kami.
    Nikmat? Aku pernah makan nasi sehari sekali kerana hasil getah terpaksa dibahagi dua dgn tuan tanah.
    Nikmat? Nikmat bersuara pun akan kena tangkap dan disosmakan.
    Nikmat? Pernahkah najib lalui apa yg pernah aku dan keluarga aku lalui dulu.Nak makan daging pun bila ada kenduri kahwin saja dikampong.

    ReplyDelete
  4. Adalah lebih baik sekiranya Muhyiddin, Mukriz dan Shafie Apdal kumpul penyokong mereka dan tubuhkan parti baru. Ajak turut serta pemimpin-pemimpin berkaliber seperti Rafidah Aziz, Zaid dan sebagainya untuk turut serta. Tun M jadi penaung. Saya yakin gerakan ini bakal menarik ramai ahli parti yang bukan pemakan dedak. Mereka pastinya sedar parti adalah kapal yang semakin besar bocornya dan bakal tenggelam tidak lama lagi. Biarlah pemakan-pemakan dedak tinggal dengan kepala lanun dalam kapal mereka yang semakin tenat. Sekarang pun ramai yang dah berpandangan parti itu seperti najis Mughallazhah. Ingat, PRU dalam 2 tahun sahaja lagi, baik buat keputusan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm UMNO, tak ramai yg berfikrah begini. Boleh kata 99.999% yg join UMNO-BN ni..baik ka jahat ka... janji aku boleh telan!!

      Utk Agama, Bangsa dan Negara tu adalah ayat2 untuk menjual diri dan iklan pemasaran diri. Maklomlah.. ramai Melayu2 bodoh saja dlm UMNO ni. Bodoh ni bukan bermakna tiada ilmu atau tidak berpelajaran. Bodoh ini kerana DUIT dan INGIN KESENANGAN BERSKALA MEGA, bukannya skala Qanaah. Satu lagi jenis solat tak lekat 5 waktu. Kalo solat pun, main2 ja. Buka aurat tu xder hal punya. X dinafikan.. ada yg kuat beragama, tetapi berapa kerat? Berapa % dlm UMNO nak martabatkan agama? Berdisiplin dgn disiplin agama? Tengoklah sendiri menteri2 UMNOnya.. yg jaga Tabung Haji, Bank Islam, Yapeim, Puzat Zakat.. MEREMBAT ja mcm besok dah nak kiamat dah..Yg belajar agama pun, untuk dibuat lapik punggung ja. Lihat saja mufti2 UMNO, ulamak2 UMNO..kini berjangkit pula kpd ulamak2 PAS!!! Kahkahkah..

      Tengoklah juga rumah, kereta, anak2 pemimpin UMNO.. memang KAYA GILA..tetapi semuanya HAPRAK belaka. Ada yg hafiz Quran? Hanya kaki botol, kaki betina, kaki pukul dan kaki segala apa yg buruk di sisi sosial, itulah anak2 atau titih benih dalam UMNO. Begini cara pemimpin UMNO didik anak2 dan waris2 untuk jaga agama Islam..

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Najib bersemuka dengan Mukhriz tetapi tidak menerangkan isu mengenai 1MDB dan derma. Tetapi sebaliknya Najib hanya menyatakan tidak senang dengan kritikan dan kelantangan berkaitan dua perkara itu.

    Jika ketiga-tiga Pemimpin UMNO tidak dapat terima kelentong Najib, bagaimanakah pemimpin yang lain boleh terima kelentong Najib begitu sahaja? Dan kelentong yang mana menyebabkan mereka percaya ?

    ReplyDelete
  7. Majlis Raja-Raja pun ada tegur jugak, pecat lah sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecatlah raja raja. Andai Najib pecat raja raja dan sutan - huhhhh! gua tabik spring kat Najib. Hirup Najiob !

      Delete
  8. dulu, dedak dibagi makan kepada ayam, itik dan babi...

    sekarang ayam, itik dan babi kurus sebab bekalan dedak dah berkurangan..

    tahu kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku pergi kursus biak cendawan. Bila disampaikan maklumat bahwa terlalu tingginya orang yang menceburi penaman cendawan - habuk kayu getah dulu free kini jual ikut kilo dan dedak dulu makanan haiwan kini dibeli pengusaha biskut diIndonesia - dibikin biskut dan export keMalaysia sebagai makanan haiwan bergelar manusia.

      Delete
  9. ya allah...kau selamatkanlah kami dari mereka2 yg zalim

    ReplyDelete
  10. Sebab tak boleh bukak mulut le PAU 2015 catat sejarah perhimpunan UMNO paling membangangkan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa malam keputusan pRU13 buat perhimpunan, dah ada momentum Pakatan Rakyat tak ambik peluang kesempatan kemarahan rakyat. Pada malam tu semua ketua patut bakar semangat guna idea aku tapi tak ada teloq. Lepas tu buatcermah bergilir gilir. Terlepas PRU13 kerana puak Unity Government main kuda tibai jebon. , aku confrim ta ta bye ! bye ! Pakatan Rakyat tak akan meang PRU berikut selamanya. Apappun tahniah Be End.

      Delete
  11. Kalau Najib yakin tindakannya betul dan dipihak yang benar, Najib sepatutnya melantik Mukhriz sebagai Pengurusi PAC selepas memecat Mukhriz sebagai MB Kedah.

    ReplyDelete
  12. Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

    Apa dah jadi dengan Negara kita?
    Bila wang berbillion di katakan derma
    Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua
    Setelah sekian lama mengarang cerita
    Semuanya serba tak kena
    Apa lagi untuk diterima dan dipercaya
    Tiba-tiba wang dipulang semula
    Kepada penderma yang tak tahusiapa
    Katanya Arab yang dah kaya raya
    Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara

    Apa dah jadi dengan Negara kita?
    Bila siasatan mengambil masa lama
    Bukan satu agensi, tetapi tiga
    Malaysia kan bukan negara Afrika
    Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia
    Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA
    Maka dengan Peguam Negara ditolaknya
    Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa
    Tanda SPRM tidak cekap kerjanya?
    Atau itu memang lakonan yang direka
    Untuk mengabui mata rakyat jelata

    Apa dah jadi dengan Negara kita?
    Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma
    Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa
    Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma
    Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya
    Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya
    Akaun bank Singapura dibekukan semua
    Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja
    Negara jadi terkenal kerna nista dan hina
    Angkara tipu daya pemimpin durjana

    Apa nak jadi dengan Negara kita?
    Rasuah disanjung sebagai derma
    Salah guna kuasa dibiarkan sahaja
    Harapkan pegar, padi dimakan semua
    Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata
    Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama
    Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka
    Sampai bilakah si durjana kan menipu kita?
    Sehingga kita di alam baka?
    Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?

    Puisi LKS

    ReplyDelete
  13. "If U ulang, i will sue you". Uttered LGE. This is the kind of people who will follow Najib's footstep. It seems Mat Sabu is literally the brightest light at the end of the tunnel.

    ReplyDelete
  14. TAHUKAH KALIAN SESUATU PERKARA YANG MENGUNDANG DOSA?.
    KITA MALU KALAU ORANG TAHU.
    ALLAH DAH BAGI WARNING DALAM SUROH KE 11 (HUD) AYAT 113.

    ReplyDelete
  15. Hahaha... ini dah mcm cerita Dajjal ni, i help u, u help me

    Syurga itu neraka, neraka itu syurga.... sendiri mo ingat la mane2 yg makan "dedak" tu

    ReplyDelete
  16. Tak bolih salahkan Najib jugak. Politik adalah satu seni menggunakan orang utk kepentingan peribadi.

    Dalam kes Gani Patail, Agong patut mintak sijil pengesahan dari Lembaga Kesihatan utk mengesahkan Gani tidak bolih menjalankan tugas. Kuasa memecaat ialah Agong.

    Dlm kes Hamid Bador, kuasa utk menukar dibawah Khalid Tweet. Dh Khalid bolih dipergunakan, itu salah khalid lahh..

    Dlm kes Mukriz, dia yg salah. Siapa suruh resign. Undang2 mengatakan mesti memperolehi 'confidence of the majority of members of the ASy'. Members ialah 36 Adun. Jadi majority of members of Assy mestilah 19 Adun. Bashah dpt 18 dan Mukriz 16 dgn 2 ahli Dap yg bodoh berkecuali.

    Yg Mukriz terpekik melolong sekarang apa guna. Patut masa krisis tu bagitahu rakyat niat Najib singkirkan dia.

    ReplyDelete
  17. Anon 9.22 Hai tak salah najib jugak,punca segala masalah ini adalh daripada najib dan rosmah ingat tu sampai mati,ingat tu ,nanti kalau umno terlingkup selepas PRU 14 tolong salahkan najib juga kerana punca segala masalah adalah dari ketamakan dan kejahatan dua laki bini ini termasuk juga menteri menteri ,AMT umno yang mempertahankan najib ingat itu sampai mati.

    ReplyDelete
  18. Petua senang sangat. Sokong je bagai nak gila. Pedulikan dosa pahala dan haram halal. Pedulikan rakyat yang merana . Tipu rakyat dan buat macam kita ni semua ambil berat.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...