Thursday, 18 February 2016

KENAPA 40 TAHUN?

Sabtu ini UMNO akan mengadakan majlis kesyukuran sempena 40 tahun penglibatan Najib Razak dalam politik yang bermula pada 1976 ketika beliau mula-mula bertanding dalam pilihanraya menggantikan tempat bapanya, Allahyarham Tun Razak.

Majlis yang diadakan di PWTC itu bermula jam 6 petang, dimulai dengan solat maghrib, bacaan Yassin, doa selamat, jamuan makan dan ucapan.

Surat jemputan kepada pimpinan UMNO seluruh negara yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkara itu sudah pun dikeluarkan sejak kira-kira seminggu yang lalu dan kini didapati bersepah-sepah di media sosial.

Meraikan hari kelahiran atau ulangtahun perkahwinan memang perkara biasa bagi sesiapa, tetapi barangkali tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini meraikan berapa lama penglibatan mereka dalam dunia politik.

Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi, dua bekas Perdana Menteri yang masih hidup dan lebih berliku perjuangan politik mereka, tidak kedengaran ada berbuat demikian ketika berkuasa dahulu.

Tetapi kenapa Najib mahu tempoh penglibatannya dalam politik diraikan dan mengapa pula  angka 40 tahun itu jadi pilihan? 

Kenapa tidak ditunggu sehingga usia karier politiknya mencecah 45 atau 50 tahun? Atau kenapa ketika tempohnya 30 atau 35 tahun dulu tidak diraikan?

Jika ada yang merasakan wujudnya 1MDB sehingga berhutang RM42 bilion dalam tempoh enam tahun dan keupayaan Najib mendapat derma RM2,600 juta sebagai antara perkara-perkara pelik dalam negara, meraikan usia penglibatan dalam politik seorang Perdana Menteri mungkin merupakan satu lagi tambahan kepada kepelikan itu.

Adakah ini merupakan tanda-tanda tahun terakhir keraian penglibatan Najib dalam politik mahu diraikan atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri? (SH 18/02/2016).

61 comments:

  1. Benda pelik tu la yg dia suka...mana ada pm sebelum ni yang mampu membuatkan negara hutang beratus2 billion hanya 6thn mentadbir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku telah hilang kepercayaan 100% terhadap UMNO sebab Kerajaan China berani menceroboh Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian dari perairan negara ini selama 2 tahun tanpa sebarang halangan ! Jika kerajaan China boleh menceroboh negara ini tanpa sebarang tentangan, adakah kerajaan BN yang dipimpin UMNO masih mempunyai maruah diri untuk melindungi kedaulatan negara ini?

      Delete
    2. Gaji baru ATM akan naik bermula July nie...haha..kenaikan sbb ape yea

      Delete
    3. Saudara TRX pun boleh di beli, inikan pulak tanah yang terbiar...hihi

      Delete
  2. Assalamu'alaikum...perenggan penutup kepada penulisan saudara Shahbudin sangat menyedapkan hati pembaca untuk sementara waktu...teruskan menulis dan berikan harapan demi harapan yang kepada rakyat...semoga harapan yang diberikan bukanlah satu angan-angan penyedap hati semata-mata...

    ReplyDelete
  3. Najib ni kalau bukan dia anak Tun Razak & anak buat Hussein Onn, lebeh2 dia jadi sekarang ialah pegawai bank CIMB shj. Rosmah pun tak kan kahwin dgn dia.

    Mula2 masuk politik di ajar olih Ku Li dan Ghazali Shafie & munkin Mahathir. Dh besar jadi perompak dan penyamun negara.

    Ini mcm kes meraikan penjenayah shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah mata pun rosmah tak akan pandang dia.

      Delete
    2. Mungkin suami nya sekarang bernama Hishamuddin kot?

      Delete
    3. Eh...bukan! Zahid kut.....

      Delete
  4. Kepada semua ahli2 Umno yg benar2 sayang kepada negara..

    Kepada semua ahli2 Umno yg sesungguhnya setia pada parti..

    Kepada semua ahli2 Umno yg masih ada "maruah n prinsip"..


    ..anda semua disarankan agar memBOIKOT majlis ini..


    ...sekian harap maklum


    #1-Negara-Jahanam-Angkara-Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti cerita ayam kampung yang mula-mula eluk jee makan kelapa sawit dan lebihan makanan tetapi apabila di beri dedak, ayam tersebut tidak lagi mahu makan lebihan makanan sebaliknya hanya makan dedak. Dedak menjadikan ayam tersebut ketagih.

      Apa lagi pemakan dedak bertahun lamanya... dan tidak makan sejak pertengahan tahun lalu...... kalau tak dapat dedak pun tak apa, dapat tenguk muka pemberi dedak pun jadi lah

      Delete
  5. Sempena dot..dot . Berserta 40 orang penyamun.

    ReplyDelete

  6. Aku tak minat nak dengar cerita tentang Najib Razak, kecuali cerita itu tentang Najib nazak.

    Hehehe

    Jangan marah aa Jib.

    Dah nasib badan.




    ReplyDelete
  7. Korea Utara masih mengadakan pelbagai sambutan kebangsaan meraikan hari istimewa pemimpin ulung, seperti hari kelahiran bapa dan datuk kepada Kim Jung Un, yang telah lama meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul anon 9.41 ,kerja kerja riak yang haram disegi agama ini sering dilakukan di negara negara diktator yang mengamalkan sistem kuku besi bagi kesinambungan kuasa seseorang pemimpin ,kerja kerja ini adalah propoganda dijalankan oleh barua barua pemimppin berkenaan untuk mindset minda ahli atau rakyat tapi bagi kes Najib lanun ini mungkin minset pemakan dedak dan ahli mereka yang buta hati ,saya rasa rakyat ummumnya akan ketawa dan meluat.

      Delete
  8. Tak nak jemput sama duta Cina ke ,Hishammudin? Dia baru jerr derma kat sekolah Cina di kawasan kau. Mana tau dia nak sponsor majlis ni. Lagi pon China dah derma kapal perang untuk jaga perairan sarawak, kan?. Apa kita pi melutut kat dia minta derma, setakat sebillion dua, apa la sangat pada dia orang tu.

    ReplyDelete
  9. Tak payah jemput sebab armada china tu datang tolong buat kerja 3D maaa....lepas pangsai dia balik lohhh. Sebelum balik dia mesti beli kangkung dulu.

    ReplyDelete
  10. dia jemmput makanla tu..p jelaa..hrp bila dh pencen esok, senyapla..jgn jadi seperti org tua tu, dulu demo bukn budaya kita..siap anuar skli ISA laaa ni dia dh terbalik...nyayuk

    ReplyDelete
  11. Jangan bagi hidangan istimewa.
    Jangan bentang karpet merah.
    Agenda kita ialah rakyat.

    Mengapa sambutan 40 tahun dalam politik?

    Ilham ini datang apabila kumpulan rock kembali dan mengadakan konsert untuk peminat.

    Gambar lama Najib akan dikumpul dan dewan pun ketawa melihat rupa masing-masing semasa di zaman itu. Di hujung ucapan Najib dengan muka sedih meluahkan rasa hatinya betapa berat bahunya memikul tanggungjawab sebagai PM ketika ini.

    Kenapa tidak 30 tahun atau 50 tahun? Sudah tahu bertanya pula tuan hamba ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa menu utama sayur kangkung masak belacan arrr..

      Delete
  12. bab rosmah tu, itulah jodoh..jodoh ajal semua milik tuham yg 1..hang xpyh nk pertikaila..await hang tak mau pertikai ka jodoh hang?? betuila..pander

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza jodoh dengan kawin..
      Yang silap kita samakan jodoh dengan kawin.

      Delete
  13. Awat hang pun teringin juga nak beli bini orang? Cash is king. Hang pi lah beli kat dia.Yang hang nak marah pasai apa. Buat lah kerja 3D tu. Awat hang tak mau buat pulak.

    ReplyDelete
  14. Anon 10.22 tu memang pemakan dedak. Pemakan dedak taraf 4D

    ReplyDelete
  15. Mana tak ? Dia nak raikan penggilap epal dan jemuan. Jangan lupa pula yg AG sudah clear beliau. Bolehlah jugak dia nak raikan sekali dengan derma lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AG mesti datang sebab nak makan yee sang

      Delete
    2. Bini anon 1022 tu pun katek juga sebab tu dia marah2.

      Delete
  16. Kemungkinan upacara terakhir untuk beliau dalam politik,nak tunggu hingga 45-50 mungkin tak sempat.Baik juga ditalkinan bila ada masa senang.Inilah menunjukan bahawa ahli-ahli umno semuanya sudah sehati dan sejiwa bagi menatng boss mereka," umpama perumpamaan menatang minyak yang penuh".Selamat!...

    ReplyDelete
  17. Sempena angka 40 ini juga, zahid telah membeli 500naskah buku najib dengan harga rm70,000 untuk di hadiahkan dikementeriannya.
    Apa yang saya nampak
    1. Hidung tak mancung pipi tersorong2. Maksudnya najib ni dah tak tamat tempoh, merata tempat orang dah meluat, keluar buku pun tak ada orang yang nak peduli sebab dah tau memang tak ada apa2 yang boleh dijadikan rujukkan.
    2. Sirih pulang keganggang. Maksudnya "kejayaan" zahid dalam politik dewasa ini kerana najib. "Kejayaan" najib mempertahankan jawatannya kerana zahid. Zahid ada lah penjilat tegar yang setia selagi ada dedak. Saya rasa anda semua masih ingat rekodnya semasa anwar jadi tpm dan menteri kewangan. Kenaikan zahid dalam politik melalui jalan belakang. Kini baki2 dedak untuk upah mengupah dibagi semula pada bosnya dengan membeli buku.
    Pada saya najib tak pernah cermin diri dan mengukur baju dibadan sendiri. Bermacam2 dilakukan untuk "mempromisikan" najib seolah2 dia lah pemimpin yang terhebat. Tapi umpama memukul tin kosong, untuk halua telinga saja tapi untuk perut tak ada..

    ReplyDelete
  18. Tunggulah Zaid kipas masa berucap...

    ReplyDelete
  19. Kalau anda jumpa ular dan si kepala botak itu, mana satu patut dibunuh dulu? dua dua pandai putar dan belit dan dua dua juga berbisa?. mana satu yang korang nak bunuh dulu?

    ReplyDelete
  20. Jangan lupa jemput para graduan universiti umno. Dapat datang kl free, tidur dan makan free, budi akan dikenang sampai mati.

    ReplyDelete
  21. Pada 40 tahun penglibatan politik, beliau maseh berpeluang merayakan! Tapi pada 43 atau 45, mungkin dah dalam jail!!!

    ReplyDelete
  22. Pada 40 tahun penglibatan politik, beliau maseh berpeluang merayakan! Tapi pada 43 atau 45, mungkin dah dalam jail!!!

    ReplyDelete
  23. Dinegara lain tentera da coup de etat tpi cop pantat pun takda da baru bagi dedak,sultan2 nampak takda pergerakan lagi mcm da statik mgkn mkn dedak kot.

    ReplyDelete
  24. Life begin at 40 maka sebeb itula dia buat sambutan olitik sama ada dia buat meraikan kehancuran umno akan bermula agaknya atau kehancuran karier politiknya sendiri kerana sejak ambil alih kuasa rayat menderita dg bebagai2 skendal yg dilakukan semoga hayat umno akan berakhir aaaammmiiiinnñn

    ReplyDelete
  25. Life begin at 40 maka sebeb itula dia buat sambutan olitik sama ada dia buat meraikan kehancuran umno akan bermula agaknya atau kehancuran karier politiknya sendiri kerana sejak ambil alih kuasa rayat menderita dg bebagai2 skendal yg dilakukan semoga hayat umno akan berakhir aaaammmiiiinnñn

    ReplyDelete
  26. Memang UMNO dah sewel.

    Ucapan bagaimana seseorang perlu ucap?

    Selamat menyambut tahun yang ke 40 DS berpolitik. Atau tahniah kerana berjaya berpolitik selama 40 tahun...

    Kalau selamat menyambut dari dulu tiap-tiap tahun dia sambut atau sekurang-kurangnya terima ucapan. Kalau taniah apa istimewanya sebab ramai yang lagi lama dari dia pun tak sambut.

    Kalau nak test sokongan atau jumpa pemimpin Bahagian... tolong lah dia orang semua ada anak-anak dan ada emak ayah... tolong lah jangan malukan anak-anak dan emak ayah dia orang... Jangan lah perbodohkan dia orang semua...

    Tapi Ketua Timbalan Bahagian dan yang lain-lain pun silap... ingat makan bagi makan dedak setakat suruh jangan buat bising tapi termasuk di perbodohkan..

    Serupa lembu kena cucuk hidung. Berani tak datang ?

    ReplyDelete
  27. Punya dahsyatnya... Zahid pernah ke hadiahkan Al Quran Digital kepada kakitangan nya ?

    ReplyDelete
  28. Harap2 ini perkara terakhir yg umno buat utk najib sebelum dia berambus dari kerusi presiden umno dan paling penting dari kerusi PM....go to hell najib

    ReplyDelete
  29. Wah budget ambik dr poket umno ke utk majlis ni...mmg betul lah suka membazir dan riak. Harap yg di jemput boikot majlis ini atau Tinggalkan majlis bila Najib berucap. Baru dia tau semua orang sangat benci pada dia.

    ReplyDelete
  30. Yang Haq..40tahun adalah bermulaanya Kenabian dan Kerasulan junjungan besar..saw

    ReplyDelete
  31. Nampaknya zahid cukup kuat menggilap najib sempena 40 tahun ini. Adakah ini berkaitan dengan 1.5 juta Bangladesh ? Mahukah najib menyokong permintaan zahid dan membelakangkan NGO yang kuat menyokong beliau seperti Ikhlas ?

    ReplyDelete
  32. Kenapa program untuk ahli umno sahaja?kenapa tidak dibuat program bersama dgn ahli gabungan lain spt MCA,MIC,GERAKAN?
    Nampaknya,hanya ahli ahli umno yang bodoh dan boleh diperbodohkan.harap gabungan BN lain,tidak spt ahli umno yg terus diperbodohkan oleh najib

    ReplyDelete
  33. Lepas makan kenyang, habis jerr majlis, geng2 baju merah...ali tinju, mat 3.85, ali ketam, reezal mamakan, boleh laa organize demo kat kedutaan China, sebab kapal perang dia ceroboh sempadan air sarawak. Kedaulataan negara dicabuli, so kepada pahlawan baju merah, tak kan tak nak tunjuk hero kot?

    ReplyDelete
  34. Apa istimewanya angka 40?

    Untuk membodek?kipas?ampu?
    Buatkan najib terus alpa?
    Atau hayat najib hampir tamat?

    ReplyDelete
  35. Hikayat Ali baba dan 40 penyamun

    Pada suatu hari, Ali Baba pergi memotong kayu di hutan seperti biasa, dan secara kebetulan terdengan sekumpulan empat puluh penyamum datang ke tempat persembunyian hasil rompakan mereka. Tempat persembunyian itu terletak di dalam sebuah gua, yang mana mulutnya dikunci oleh kuasa sihir. Ia dibuka dengan membaca mentera "iftah ya simsim" (seringkali ditulis sebagai "Bukalah Bijan"), dan dikunci semula dengan mentera "Ikfil ya simsim" ("Tutuplah Bijan"). Setelah para penyamun tersebut beredar, Ali Baba sendiri memasuki gua tersebut dan membawa pulang sebahagian daripada harta rompakan mereka berupa satu peti penuh berisi syiling emas.

    ReplyDelete
  36. The Significance of the Number 40 in Islam

    The number 40 is repeated in Islam a lot of times. Only Allah knows the answer, so gathering a lot of information I have found lots of things that took place with the number 40.

    The Prophet (Pbuh) revealed his Prophethood at the age of 40 year as instructed by Allah (swt).
    Musa Alahi salam traveled 40 years in the desert.
    Musa spent 40 days on Mount Sinai where he received the 10 commandments.
    Prophet Ibrahim spent 40 days in a fire and lived because Allah made the fire like flowers.
    Prophet Yunus was in a whales mouth for 40 days.
    On the 40th ayat of surah baqarah Allah changes the topic.
    Forty was the number of days that Prophet Ilyas spent in the wilderness before God appeared to him in a cave on Mount Horeb.
    Forty was the number of days that Prophet Isa was tempted in the desert by Satan.
    Muhammad (PBUH) was praying and fasting in the cave for 40 days.
    Muhammad (PBUH) then had 40 followers to spread the religion of Islam.
    Prophets Dauud and Suleiman each ruled for forty years.
    Regarding the flood that Noah encountered, it is said that for forty days water continued to pour from the heavens and to stream out over the earth.
    Prophet Isa walked the desert and fasted in the wilderness for forty days.
    There is also a hadith from Prophet Mohammad (PBUH) that the prayers of a person who gossips would not be accepted for forty days and nights. (Al-Kafi, Vol. 6, p. 400)
    Imam Ali has narrated from Prophet Mohammad (PBUH) that one who memorizes and preserves forty hadith relating to their religious needs shall be raised by Allah as a learned scholar on the Day of Resurrection.
    It is said that a person’s intellect attains maturity in forty years, everyone according to his own capacity.
    It is believed that one who assists a blind man for forty steps becomes worthy of entering heaven.
    Imam Baghir has said: “The prayers of someone who drinks wine are not accepted for forty days.”
    Believers have also been encouraged to devote themselves to God Almighty for forty days to see the springs of wisdom break forth from their hearts and flow from their tongues.
    So as you can see 40 is represented many times in Islamic matters, but also took place in the other books (Bible, Torah). There are probably more then this, What do you think is the reason for the high value?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup sebagai seorang muslim bukan bergantung pada angka 40 atau mensuci dosa dengan mengerjakan umrah atau bersumpah menjunjung quran.lu pikiaq sendiri la.

      Delete
    2. Ada bro.

      40 tahun adalah satu significant... yang susah jadi senang, yang buruk jadi baik, yang baik bertambah baik. Pendekata, berlaku perubahan yang positif. Najib mungkin kekal begitu tetapi mudah-mudahan perubahan berlaku pada negara. Najib kemudian akan terima pembalasan yang sewajarnya jika setelah 40 tidak berubah menjadi baik.

      Delete
  37. Pada pendapat saya, acara ni sengaja diadakan olih pemakan dedak dan kaki kipas disekeliling Najib terutamanya Teuku Adnan supaya hayatnya sebagai menteri dan SU UMNO berpanjangan

    ReplyDelete
  38. Hari ini blog din penyu dan syed diluar kotak langsung tidak dapat masuk. Sebelum ini walau pun disekat tetapi masih lagi dapat lolos melalui .sg

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far so good bagi saya. Sejak mula orang memperkatakan tentang blog Din Turtle dan OutSyedTheBox kena block, say tak pernah menghadapi masalah untuk masuk ke dua-dua blog ini.

      Delete
  39. Utk masuk blog din penyu & syed diluar kotak, cuba click "www.unblockedaccess.com"....
    Thats how I access their blogs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba tp bila disuruh log in fb,kita folloe dan taip blog yg nk di akses,still fail.anyone could give
      hints kat mana silap sy??

      Delete
  40. La dah 40 tahun dah najib. Buat kenduri lagi ke. Selalunya orang yang buat majlis macam ni orang yang dah berhenti ataupun nak berhenti. Alhamdulillahlah kalau najib dah berhenti dah

    ReplyDelete
  41. Pasl nak bodek mcm bapa anak dia ikut kipas.kena laki bini x tau.kipas kuat2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...