Monday 22 February 2016

JIKA BOLEH SABAR, TUNGGULAH PRU 14...JIKA TIDAK, MULAKAN DENGAN 27 MAC NANTI

Antara ayat-ayat candu yang dilafazkan Najib Razak sempena memperingati 40 tahun penglibatannya dalam politik, Sabtu lalu ialah, "Ayahanda saya membina UMNO dan takkan saya menjadi anak yang menghancurkan UMNO"  dan "saya seorang yang penyabar tapi jangan melampaui batas."

Selain dedak, mungkin ada yang terus terkhayal serta percaya dengan kata-kata itu, tetapi realitinya UMNO dan negara sedang menuju kehancuran di bawah kepimpinan Najib yang terlalu banyak masalah dan karenah peribadi sejak menjadi Perdana Menteri.

Tidak seperti beberapa Perdana Menteri terdahulu yang turut tidak terlepas daripada krisis dan masalah, tetapi beban mereka hanyalah berkaitan kepimpinan serta masalah politik dan bukannya tentang skandal peribadi yang kemudian seluruh negara dipaksa memikulnya.

Oleh itu, jika Najib mengatakan beliau seorang yang penyabar tetapi jangan melampaui batas, yang perlu beliau sedari juga ialah kesabaran rakyat pun ada had dan sempadannya.

Berbanding Najib, jika dinilai sejak 2009 lagi, kesabaran rakyat melihat pelbagai karenah yang ditimbulkannya dalam negara ini, ternyata amat mengkagumkan dan layak  diberikan "anugerah sabar peringkat dunia".

Tetapi, adakah rakyat boleh selamanya sabar, sabar dan sabar saja?

Bagi yang sudah lama "sesak dada" dan "sakit mata"  melihat pelbagai permasalahan dalam negara yang ditimbulkan oleh Najib, namun masih ingin bersabar, mereka mungkin boleh menunggu tarikh PRU 14 untuk menunjukkan hilangnya sabar itu di peti-peti undi.

Berbekalkan penolakan yang sudah ada sebanyak 52 peratus, kiranya penolakan itu dapat ditingkatkan sehingga ke tahap 60 atau 65 peratus, menyimpan kesabaran selama ini tentunya amat berbaloi.

Namun, bagi yang tidak boleh bersabar lagi, mereka boleh memulakan langkah pertama  menghilangkan sesak di dada pada 27 Mac depan nanti.
Tarikh 27 Mac itu, sesuai dengan kelapangan masa Tun Mahathir Mohamad, dicadangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan penolakan terhadap kepimpinan Najib.

Kepada yang tidak mahu terus bersabar sehingga PRU 14 dua tahun lagi, harus mengambil peluang menyertai perhimpunan itu nanti sebagai tanda pemberitahuan kepada Najib bahawa jika beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan negara akan bertambah buruk dan majoriti rakyat tidak mahu lagi memberi sokongan kepadanya.

Jika rakyat pelbagai lapisan boleh turun beramai-ramai dalam perhimpunan itu dan ia pula dapat diadakan secara konsisten di pelbagai tempat, mungkin setiap dua minggu atau sebulan sekali, pasti ia merupakan isyarat yang mudah untuk difahami oleh Najib sendiri.

Dalam hal ini, Tun Mahathir bukan saja menyatakan beliau belum berputus asa dalam usaha menyingkirkan Najib, malah dalam pertemuan dengan Mahfuz Omar baru-baru ini, turut meminta semua parti menggembleng tenaga serta mengenepikan perbezaan ideologi bagi menyelamatkan negara ini.

Akhirnya, ia terpulang kepada kita, jika boleh bersabar lagi, tunggulah tarikh PRU  14 nanti,  tetapi jika sudah mula hilang sabar, mulakanlah langkah pertama pada 27 Mac depan ini. (SH 22/02/2016).

27 comments:

  1. Harap 27 Mac menjadi tarikh keramat kebangkitan rakyat.
    Harap kerajaan yang perihatin dengan slogan rakyat didahulukan tidak ada sekatan dan ugutan kepada rakyat turun beramai-ramai secara aman untuk meluahkan isi hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn harap 27hb ini akan ada perhimpunan mega di KL. Agent provocateurs dah ready dgn cerita ISIS dan akta MKN to spoil the movement... Najib will do anything to cling on power & the little support that he has. There are too many things at his stake to lose power.

      Delete
  2. Kita patut buat perhimpunan besar2an di PMO putrajaya dan juga rumah rasmi PM, bukan di KL

    ReplyDelete
  3. Bagilah peluang kepada Zaid Ibrahim utk jadi jeneral perang.

    ReplyDelete
  4. Jom turun ...ada brani ka

    ReplyDelete
  5. Najib lanun kata ,"Bapa saya yang buat UMNO tak kan saya nak runtuhkan UMNO",patut la dia buat UMNO ini macam mak bapak dia punya rupanya dia perasan macam bapak dia punya.Memang dia tak runtuh tapi melingkup. Pasal mode rakyat malaysia ini dalam menuntut sesuatu perubahan terhadap kerajaan ,saya teringat kata kata punjajgga "di duania ini bukan ramai orang jahat tetapi ramai orang baik berdiam diri" ini la cara rakyat kita diam dan lihat dari jauh sebab itu aman tapi sakit hati dan meluat.Saya tak harap la sesuatu yang hebat tapi harap kalau sampai PRU nanti Najib dan semua pemimpin berimankan dedak najib dan kaki ampu disingkirkan la ,jangan masih lagi jadi rakyat biol masih selesa dengan harapan cerita rekaan tapi kumpulan lanun yang kenyang.

    ReplyDelete
  6. Sampai bila rakyat Malaysia sanggup mendokong biawak hidup ini?. Jom ramai2 sertai perhimpunan ini. Lupakan soal fahaman politik seketika. Yang penting biawak hidup ini serta kaum kerabatnya perlu dinyahkan segera atau habis ayam sereban dibalunnya nanti.

    ReplyDelete
  7. no retreat no surrender.....hebat bro...

    ReplyDelete
  8. Sabar haper??? Rakyat kita ni bacul, penakut dan pengecut sebenarnya.. mcm Abg Mat Sabu cakap tu.. terima, pikir2 dan cari jalan utk paham dan BERUBAH.

    X payah guna ayat2 cliche nak bitau kita sabar la..hapekebender ntah.. sebut Sl Quran dan hari akhirat..terus jadi bodoh piang.. last2 UMNO jugak yg memerintah.. DAP lawan 66 drpd 222 kerusi pun..dah sibuk takut nak memerintah Malaysia..

    Apala bodo sangat Melayu2 ni?? Nak kata Islam sangat pun..tak jugak.. nak kata dijamin syurga..pun idak.. tapi yg jelas ialah SENANG SANGAT DIBODOH2KAN..simpleton giler..sampai xleh nak dpt pencerahan langsung..

    Malas membaca, malas mengkaji..malas menulis..malas segala malas.. habis citer..nak berubah mmg payah.. lemau punya spesis..

    ReplyDelete
  9. Ayat "tak kan saya" ni terlampau cliche.. Ingat tak kan saya masuk RM2.6b dalam akaun peribadi lengkap sambil merujuk sifu UG Harun Din yg tak percaya.

    Saya syorkan TDM buat perhimpunan aman 27 Mac ni diStadium Shah Alam sama macam himpunan aman 1 juta umat Islam dulu untuk elakkan konfrontasi yg tak perlu dengan pihak2 lain.

    TDM hadiri Bersih4 utk solidarity menolak rasuah dan pemimpin yang berpersepsi rasuah.. Bersih4 and Pakatan Harapan Baru boleh join solidariti TDM.

    ReplyDelete
  10. Selalunya pihak berkuasa membenarkan perhimpunan boleh dibuat ditempat yang tidak menggugat keamanan awam. Tapi kali ini bersetuju berhimpun untuk tujuan penyingkiran DSN barangkali sudah tentu akan diharamkan.
    Atau DSN sendiri mahu mengukur sejauh mana besar suara sokongan perhimpunan ini. Siapakah yang memulakan cabaran?

    ReplyDelete
  11. bangsa melayu terutama d dlm umno. semua nya bodoh dan penakut. kenapa klu tak ada umno melayu jadi bangsat ke?. sekarang ni pun melayu dah jadi bangsat. tengok d sekeliling saudara....melayu malayu melayu

    ReplyDelete
  12. Sudahlah Najib kamu asyik mengugut rakyat yang beri kamu makan minum dan hidup mewah mengalahkan Qorun. Sekiranya Betina Iblis yang berada di sisi kamu tu pun tak mampu kamu nak tangani, tak usahlah nak harap beliau mampu tangani hal ehwal negara. Sesungguhnya melantik Najib dan iblis betinanya sebagai pemimpin dan bini pemimpin seolah-olah rakyat menjunjung babun jantan dan ular orok-orok di atas kepala. Sesi pemerintahan beliau hanyalah sesi mengikis dan memusnahkan harta negara dengan rakus tanpa ada sifat sebagai seorang manusia mahupun binatang, yang dilihat hanyalah seekor Iblis Jantan dan Betina sedang duduk di atas takhta.

    ReplyDelete
  13. Mana artikel pasal Guan Eng Pecat ADUN. Dah sah Budin pengampu DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecat ADUN yang kau sibukkan.

      Pecat TPM MENTERI AG MB lagi zalim.

      Yang kena pecat melayu. Yang memecat melayu.

      Delete
    2. Kau Islam melayu tapi DAP yang kau sokong

      Delete
  14. Kalau dibiarkan lama bencana dahsyat akan berlaku

    ReplyDelete
  15. Jika diteruskan pperhimpunan 27 Mac adakah ini bererti penantian yang diharapkan dari tentera bergajah berpayung emas kuning dengan bala tenteranya tidak boleh diharapkan.?

    Rakyat dikepung oleh penjahat-penjahat yang dikelilingi oleh bukit yang tinggi ... dengan air dan makanan yang tinggal untuk sehari dua...

    Menjunjung kasih... dari rakyat yang hampa namun LAWAN TETAP LAWAN Membujur lalu Melintang patah.

    ReplyDelete
  16. Saya ingat dia ni mengigau sabar konon sebenarnya rayat yg hilang sabar pada dia pm n president seluruh dunia pun tak pernah dpt derma rm2.6b memalukan rakyat malaysia cakap macam hindu berbelit2 siapa nak sabar macam tu mujur Tun ada dan rakyat rindukan Tun bantai lagi kami rakyat sokong Tun Aaaaammmmiiiiinnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kan selalu keluar ayat2 masuk bakul angkat sendiri
      dulu kata pahlawan bugis la gentleman la sabar la
      semua sifat tu berlawananan dgn diri dia sebenar

      Delete
  17. Saya ingat dia ni mengigau sabar konon sebenarnya rayat yg hilang sabar pada dia pm n president seluruh dunia pun tak pernah dpt derma rm2.6b memalukan rakyat malaysia cakap macam hindu berbelit2 siapa nak sabar macam tu mujur Tun ada dan rakyat rindukan Tun bantai lagi kami rakyat sokong Tun Aaaaammmmiiiiinnnnn

    ReplyDelete
  18. Undang2 yg dibuat hari ini semata mata untuk melindungi kepentingan dan kedudukan menteri. Bukan untuk melindungi perlembagaan negara dan kesejahteraan rakyat.
    Bila rakyat bersuara rakyat akan ditangkap. Kalau menteri bersuara tidak mengapa.
    Ini demokrasi atau komunisma?

    ReplyDelete
  19. Kita tengok siapa yang bakal dijadikan kambing hitam....Isis?dap?Israel?anwar Ibrahim?John cena?the rock?

    ReplyDelete
  20. Laungan "Let go, Najib let go" (atau bahasa "Pergi, Najib pergi")kat perlawanan bola sepak lagi berkesan.

    ReplyDelete
  21. Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
    tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
    dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete
  22. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete
  23. pgslot เครดิตฟรี โบนัส100 เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง เกมสล็อตอออนไลน์ เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก
    https://www.bookmarkdiary.com/thanks/?ajax=0

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...