Sunday, 14 February 2016

IMAM PUN ADA DISALAHKAN, BAGAIMANA ZAHID BOLEH KATA "JANGAN SALAHKAN SAYA"

Agak menjengkelkan apabila Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan kerajaan tidak harus disalahkan berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Habis, kalau bukan menteri yang membuat keputusan dan kerajaan yang memerintah yang harus disalahkan, siapa lagi?

Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang harus diletakkan kesalahan itu?

Dalam hal ini Zahid seharusnya sedar bahawa menteri dan kerajaan bukannya "maksum"  sehingga semua perkara yang diputuskan seolah-olah betul belaka, malah imam surau pun akan ditegur dan dipersalahkan kalau bacaannya meragukan atau suaranya tidak berapa jelas kedengaran.

Jadi, apa masalahnya kalau ada teguran atau meletakkan kesalahan kepada beliau dan kerajaan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu?

Terimalah hakikat bahawa kemasukan itu terlalu melampau dan hanya menimbulkan persepi semata-mata untuk memberi pendapatan kepada kerajaan melalui kutipan levi dan keuntungan berganda kepada syarikat yang diberi lesen membawa masuk pekerja terbabit.

Harus disedari bahawa kita bukan saja berhadapan dengan lambakan warga asing daripada Bangladesh, tetapi juga daripada Indonesia, China, Myanmar, Filipina, Nepal, Afrika dan sebagainya.

Itu pun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Zahid bagaikan masih tiada perasaan apa-apa berkata, " jangan salahkan saya, jangan salahkan kerajaan".

Akuilah, ia memang salah menteri dan kerajaan yang sedang berkuasa, bukan salah sesiapa yang lain. (SH 14/02/2016).

40 comments:

  1. Masalah umno dan para menterinya, mereka fikir mereka ni maksum dan suci.
    Basic management principle, authority coned with respinsilities. Kalau mcm ni la standard menteri kita, tak ke mana lah kita. Hancur.

    ReplyDelete
  2. Wahwahwah.. menteri2 kita sudah capai level malaikat dan tuhan. Bongkak dan sombong mengalahkan tuhan.

    Mujurlah orang2 melayu semua jenis penakut dan pengecut. Takat ada sekor dua kepala masam, x cukup nak ajar menteri2 bangang dan sombong ni. Kalo x, lama dah kena penampar buaya bomoh kelapa MH370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi bawak masuk lagi lamai pekelja ,lagi bagus maa aa . kelajaan bolih lapat lagi manyak luit maa aa ,itu pekelja kalau lamai tatak keleja bolih kasi bayar upah lagi mulah maa aa , tauke untung busat lor rr .

      Banyak celedik maa aa.

      Delete
    2. Dalam umno n pas sudah ramai yg merasakan diri mereka maksum, tidak boleh di tegur/kritik.

      Kalau bising2 kena tindakan disiplin parti..

      Delete
  3. Sori:it should b comes with responsibilities.

    ReplyDelete
  4. Sori:it should b comes with responsibilities.

    ReplyDelete
  5. Masalah umno dan para menterinya, mereka fikir mereka ni maksum dan suci.
    Basic management principle, authority coned with respinsilities. Kalau mcm ni la standard menteri kita, tak ke mana lah kita. Hancur.

    ReplyDelete
  6. Jawapan setaraf bangkai....

    ReplyDelete
  7. Kita ni sebagai ayah nak buat keputusan pun berfikir dan bincang dulu inikan menteri takan nak buat keputusan tak fikir dan bincang dulu mana otak2 dia orang ni agaknya letak kat bontot je org gila pun gunakan otak nak buat sesuatu tindakan kalau nak kayakan keroni dan keluaga carilah rezeki yg halal jangan nak menipu rakyat je aaaammmmiiiiinnnn

    ReplyDelete
  8. Kita ni sebagai ayah nak buat keputusan pun berfikir dan bincang dulu inikan menteri takan nak buat keputusan tak fikir dan bincang dulu mana otak2 dia orang ni agaknya letak kat bontot je org gila pun gunakan otak nak buat sesuatu tindakan kalau nak kayakan keroni dan keluaga carilah rezeki yg halal jangan nak menipu rakyat je aaaammmmiiiiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita pergi ke pejabat bahagian umno. Sambutan yg kita terima " Ada apa?" Sapaan cukup haram jadah. Dah lah tengok muka dia pun macam haram jadah.

      Delete
    2. Baru2 ni.. gi buat aduan kat pejabat parlimen. MP x dak. Kluaq opis boy cum macai MP.

      Sembang punya sembang la masalah kampung. Banjir. Jambatan runtuh dan hanyut. Ketua Kampung pulak jenih UMNO buta hurup. Kita tolong la explain bagi pihak Ketua Kampung.

      Part paling WIN ialah, opis boy cum macai tu tanya, "Awak ni sapa?". Sudah di explain, bertubi2 dia katakan saya bukannya org yg layak buat aduan.

      Waktu kecemasan begini pun, masih berkira pangkat dan kedudukan lagi untuk buat aduan je pun.

      Kalo ginilah kelaku opis boy jer pun.. Israel kapir harbi pun aku sanggup undi drpd duduk di bawah tahap ketahian juak2 UMNO.

      Saya percaya, jika dibiarkan.. opis boy macai tadi bakal jadi MB UMNO suatu hari nanti.

      Delete
  9. Mula2 zahid kata fmm yang minta dimasukan pkerja asing sejumlah 1.5juta. Kemudian dinafikan pihak fmm yang menyatakn mereka tidak minta.
    Atas rasa malu, zahid suruh fmm rujuk kepada ahli untuk mengesahkan ada minta atau tidak.
    Persoalannya...kenapa tidak melalui persatuan(fmm)?? Kenapa kerajaan tidak mengeluarkan arahan, setiap permohonan pekerja asing mesti melalui persatuan??
    Disini sudah nampak "permainan zahid dan kerajaan".
    "Penderma" pun dah mati. Ada baki bagi balik. Nak hadapi pru14 dah tak ada "cash is king", maka merancanglah cara baru. Apa yang nak jadi pada rakyat dan negara, apa dia orang peduli, janji dapat berkuasa...

    ReplyDelete
  10. Selalu ada alasan rakyat pilih kerja.malas dan mcm2.skrg kau bawa bangla smua kerja dia ambik jdi rakyat menganggur atau jadi penjenayah bru gomen ada mashuk duit jamin.mcm2 cara buat bisnis menteri kita semua ni.yg penting keluarga dia kenyang rakyat bole mampos

    ReplyDelete
  11. Ko org tipu aja trus pak muntri2.40 tahun hidup sya tun.m is the best statesman we ever had.agree guys?skrg smua muntri tongkol takda class.fikir da jgn jadi bangsat.

    ReplyDelete
  12. pak menteri paling suka sekiranya statistik jenayah di Malaysia tinggi...peruntukkan menangani jenayah akan diberikan lebih untuk kdn untuk membeli keperluan anggota pdrm...setiap pembelian xkan xde persen untuk Pak menteri???kahkahkah....ambil contoh diselatan Thai...kes bangla ni sebagai contoh untuk memperolehi title billionaire secara sah memandangankan ketua penyamun mereka dah kantoi buat secara diam2...

    ReplyDelete
  13. Semua menteri2 di malaysia ni jutawan berlaka. 1 tahun buat kerja untuk rakyat. 4 tahun buat kerja untuk bina empayar kekayaan sendiri. 4 + 1 dah cukup 1 penggal.
    1 penggal dah jadi jutawan segera
    2 penggal boleh jadi billioner.

    ReplyDelete
  14. barua ni tak layak jadi tpm. kaki penyamun. semua org tau

    ReplyDelete
  15. Rakyat tolak pemimpin serkap jarang/statement tidak bertanggungjawap.

    1. Siapa dalang pekerja bangla 1.5 juta?

    2. Mana statistik sebagai bukti keperluan mengambil 1.5 juta pekerja bangla?

    3. Sektor mana yang sangat kritikal sehinggakan memerlukan 1.5 juta bangla?

    4. Rakyat (pengundi) dari kawasan dun/mp mana yang tidak tahan berkerja dalam keadaan panas terik mentari/hujan, nyatakan dun/mp?

    5. Siapa yang harus bertanggungjawap/dipersalahkan sila nyatakan tanpa berselindung.

    ReplyDelete
  16. Kesalahan bodoh tidak boleh didakwa...kahkahkahakahkah...bolehland

    ReplyDelete
  17. Kamu tu siapa?..Pak Midi kampung Serkat Pontian tempat Mat Maslan ke?...Kamu MENTERI, cakap suka hati cakap je...

    Dalam keadaan ekonomi yang merundum dan rakyat menderita sekarang kamu nak bawa 1,500,000 rakyat asing datang bekerja di Malaysia.Ada lagi 2,500,0000 rakyat asing yang sah dan tak sah kini berada di tanah air yang tercinta ini...nak di tambah lagi?....

    Cakap dan bertindak tak pakai otak...nama saja Dr...Yang penting fikirkan macamana nak mengatasi masaalah rakyat mengharungi hidup penuh kesempitan dan tekanan ekonomi yang begitu mendesak...

    Atau kamu hanya pentingkan tembolok kamu saja. Adik kamu dapat lesen bawa masuk pekerja bangla...duit masuk...duit masuk...poket penuh...itu yang penting..tak gitu?

    Kamu MENTERI yang BERKUASA dalam soal ini...PIKIR lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid cuba cerita kekayaan yg ko kumpul dan dapat hari ni dgn keringat dan titik peluh sendiri atau dgn kuasa politik???
      Tolong bagi pencerahan.

      Delete
    2. Makan persen lah apa lagi

      Delete
  18. Polisi membenarkan kemasukan buruh asing bukanlah baru malah keperluannya mula disedari apabila landang sawit tumbuh macam cendawan lepas hujan dan visi sempurna 2020 hendak dicapai.

    Dalam konteks binaan pula ia jadi keperluan wajib apabila jambatan PP 1, Daya Bumi, KLCC dan Putrajaya hendak dibina. Itu tak termasuk jambatan bengkok yang belum di kensel sepenuhnya.

    Sudah tentu hujah yang akan digunakan ialah dulu tak sama. Dulu tak kesah kerana, dot, dot. Tambahan pula dulu tu jumlahnya tak sebanyak sekarang. Walhal hujah yang betul ialah: "apa yang orang dulu buat tak semestinya betul, apa yang tidak betul perlu ada beran untuk diperbetulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila dikritik tetang perobohan tapak warisan Dap beri alasan `bebiri hitam` iaitu pelan perancangan tapak warisan Meddley Bay telah dilluluskan oleh pentadbiran terdahulu dan Dap hanya ikut apa yang pihak dulu dulu buat.

      Ini menunjukkan siapapun yang naik, apa saja projek yang mampu mengembangkan poket kroni akan diteruskan. Tiada keberanian untuk buat apa yg betul secara universalnya sebaliknya memilih untuk buat apa yg betul di mata politik dan kroni.

      Makanya jangan terlalu berharap pembaharuan dan pembetulan akan berlaku kalau muka baru diberi peluang menaiki tangga kalau muka lama dalam parti keramat Dap masih mengawal tangga menggunakan tangan ghaib.

      Delete
    2. ANON 15:55 KITA SOKONG AJELAH UMNO - TERJAMIN HIDUP KITA.

      DULU KINI & SELAMA2NYA.

      AMIN!!!

      Delete
    3. Tumpor kita yeop. Polisi cash is king yg dibawa umno ni.

      Delete
  19. Harap2 para veteren UMNO yang fikirannya masih rasional dan waras dapat menegur Kerajaan BN yg ada lani. Tak dapat dinafikan inilah HASIL KERJATANGAN PENINGGALAN UMNO. So mana-mana yg dah sedar kediri tu bangunlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Veteran umno? Huh..mcm kata bekas menteri besar perak Tajol rosli ketika perang saraf diantara Tun Mahathir dgn najib makin memuncak.
      Its not that we love Tun Mahathir less but we love Msia more.
      Veteran umno mcm ni yg kita nak?

      Delete
    2. Tajol rosli dedak mau? Dedak?
      Pompuan cantik mau?

      Delete
  20. Sepanjang Zahid dilantik jadi menteri, berapa kali dia berkata benar dan berapa banyak kali dia menipu dan berbohong dihadapan rakyat ?

    Dan tanya pada ahli UMNO Baru, apa kehebatan dan keistimewaan Zahid selain dari rasuah kerana mereka tetap menyokong kepimpinan Zahid sehingga ke jawatan naib presiden ?

    Bagi rakyat Malaysia, ketrampilan Zahid sebagai pemimpin untuk negara amat menjijikkan kerana sikap samseng, putarbelit auta jadi fakta, cakap tak serupa bikin.

    Dalam banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tiada satu pun yang memberi kebaikan kepada rakyat, semua nya berunsur amaran, ugutan, penghinaan, dan tindakan kasar melalui polis.

    Pernahkah kita dengar beliau mencadangkan sesuatu yang membina untuk rakyat semua bangsa ? Tidak ada. Cadangan yang dia kemukakan adalah menjemput warga asing bekerja di Malaysia.

    Zahid telah menghina rakyat Malaysia kononnya pemalas, tidak berdaya untuk melakukan kerja berat, kotor dan membahaya.

    Tanya pada ahli UMNO Baru, apakah melayu jenis Zahid itu menjaga kepentingan bangsa melayu ? Benarkah dengan kemasukan warga hamba abdi itu membuatkan ahli UMNO Baru dengan secara tak langsung telah menjadi raja.

    Zahid sememang nya tidak layak menjaga kepentingan rakyat Malaysia, kerana dia adalah baruah pertahankan Najib yang merosakkan ekonomi negara.

    Apakah anda fikir Zahid akan jadi lebih baik dari Najib ketua penyamun?

    Woiii orang melayu UMNO Baru.....kerana kamu melayu jadi bangsa HARAMJADAH !

    ReplyDelete
  21. Dulu penyokong dsai skrg beliau dlm penjara.zahid takda kuasa?ini bkn politik melayu tpi jawa.lgi bahaya bro

    ReplyDelete
  22. Assalam Bro,Aku cadang pada Shahbudin supaya siasat siapa yang menjadi mastermindnya.Boleh untung jutaan ringgit.Jangan-jangan ada kroni yasng terlibat ? TPM kita ni memang bengong macam ketua dia.......

    ReplyDelete
  23. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Dasar jenis manusia hipokrit. Perasan hebat. Siapa? Tak kiralah siapa? Siapa makan cili , dia rasa pedas.

    ReplyDelete
  24. Dasar kelentong puak umngok hanya pandai mengunakan pangkat dan kuasa saja.Bab-bab teknologi mengurangkan pengunaan tenaga manusia buta kayu kerana buta perut cash is king.Nampaknya negara kita tidak mampu (tiada akal bijak) untuk mencipta teknologi masa depan tapi hanya mampu mengharapkan tenaga tulang empat kerat bangla.

    ReplyDelete
  25. Mungkin salah TDM kut,dari negeri pertanian kapada negeri penindustrian agak-agaklah.Sebab kebelakang ini apa yang terjadi salah pemerintah dulu,bukan salah mereka.

    ReplyDelete
  26. 1.5 juta orang = 1.5 juta undi.... kalau betol le... boleh terus berkuasa lepas pru14.

    ReplyDelete
  27. Bawa masuk pelarian syria,pekerja bangla.nanti dia org hack komputer dan ckp mcm.lpas tu ckp isis sini la sana la.wahai menteri kamu semua kalu la ada sikit maruah pun takpa la smua menteri barang naik berundur dan ada kan satu pilihanraya.klu kmu smua baik rakyat pasti undi kamu balik,tpi jgn main kotor.

    ReplyDelete
  28. Bila Timbalan Penyamun Malaysia bersuara..

    1Malaysia Dalam Bahaya

    ReplyDelete
  29. TPM jari telunjuk ni suka sgt mencabar orang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...