Thursday 4 February 2016

BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG HARUS JADI PILIHAN 3M JIKA INGIN SINGKIR NAJIB


Tiada apa-apa yang  perlu dibimbangkan dengan perkembangan yang berlaku di Kedah kerana Najib Razak sebenarnya hanya berupaya menjatuhkan Mukhriz Mahathir daripada kerusi Menteri Besar, tetapi ia tidak sesekali menjadikan dirinya, UMNO dan BN lebih bermarkah di mata rakyat.

Sebaliknya untuk Mukhriz, penyingkiran beliau menjadikan imejnya serta merta melonjak sebagai pemimpin yang bukan saja dilihat ada keberaniannya memperkatakan sesuatu yang benar, bahkan mula disebut-sebut sebagai idola harapan masa depan.

Tetapi, dari segi UMNO dan BN Kedah, lebih ramai yang percaya dengan penyingkiran Mukhriz itu hanya akan memberi kelebihan kepada pembangkang menguasai semula negeri itu pada PRU akan datang.

Dalam masa yang sama, Ahmad Bashah yang menggantikan Mukhriz langsung tidak mempunyai sebarang kelebihan yang boleh membuatkan pengundi lebih tertarik hati kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Dari segi Najib pula,  keadaannya jauh lebih buruk lagi. Tindakan menjatuhkan Mukhriz yang rakyat percaya merupakan perancangan "pukul anak sindir menantu"  terhadap Tun Mahathir yang menjadi pengkritik utamanya, memperlihatkan beliau seolah-olah Perdana Menteri yang semakin hilang roh demokratik dalam kepimpinannya.

Seolah-olah di era Najib ini, sesiapa saja yang dilihat sebagai ancaman, baik dalam parti mahupun dalam kerajaan, akan sentiasa menerima nasib malang.

Setelah beberapa episod pemecatan dan penyingkiran yang dilakukannya sebelum ini demi mempertahankan kesucian 1MDB dan derma yang berada dalam akaun peribadinya, tindakan terhadap Mukhriz menjadikan kedudukan Najib semakin menghampiri tebing yang berjurang.

Di mana-mana, baik di alam nyata atau di alam maya, terlihat dengan jelas kebencian terhadap Najib terus meningkat. Malah jika Najib dan Mukhriz diletakkan di tengah-tengah padang yang terbuka dan rakyat diberi kebebasan membaling apa saja kepada salah seorang daripadanya sebagai menzahirkan protes dan penolakan, tanpa keraguan dan dengan mudah diketahui siapa yang lebih menjadi sasarannya.

Di sebaliknya namanya kian meningkat, yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimanakah masa depan Mukhriz selepas ini?

Apakah UMNO masih sedia membariskannya antara bakal pemimpin masa depan dan memilihnya sebagai calon dalam pilihanraya akan datang?

Jika tidak dipilih sebagai calon pilihanraya, apa pula pilihan Mukhriz nanti?

Dalam hal ini, Mukhriz sendiri mengakui UMNO akan terus lemah sekiranya Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri. Bermakna, secara tersurat atau tersirat, beliau sudah tidak mempercayai lagi kepimpinan Najib, sama ada dalam mengurus parti atau  mentadbir negara.

Bersama Mukhriz, pemimpin lain yang mungkin sama tiada ketentuan nasibnya sama ada terus dipilih atau tidak sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ialah Muhyiddin Yassin.

Sama seperti Mukhriz, Muhyiddin juga hakikatnya tidak lagi meyakini Najib dalam memimpin UMNO dan negara.

Secara mudah, difahami oleh semua orang dan bukan juga sesuatu yang rahsia, Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bukan saja sudah hilang keyakinan terhadap Najib, bahkan juga tentunya tidak mahu melihatnya terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU 14 nanti.

Namun, menyingkirkan  Najib melalui UMNO ternampak tidak ada jalannya lagi. Hanya pilihanraya yang paling sesuai berbuat demikian.

Tetapi dengan kuasa yang dimilikinya, Najib bukan saja sekurang-kurangnya mampu bertahan sehingga PRU 14 akan datang, tidak terkecuali turut mempunyai perancangan untuk membenam pengaruh Tun Mahathir dan mengenepikan Muhyiddin serta Mukhriz daripada terus memberi gangguan dan ancaman kepadanya.

Dengan itu, kebarangkalian untuk Najib sedia memberi ruang kepada Muhyiddin dan Mukhriz untuk terus dipilih sebagai calon pilihanraya tentunya terlalu tipis untuk diharapkan.

Makanya, Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz atau 3M ini, demi survival dan memberi ancaman berterusan kepada Najib, tidak harus mengabaikan untuk melihat perlunya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi tujuan itu.

Tidak semestinya 3M ini perlu menyertai  mana-mana parti pembangkang untuk menjadikan kerjasama itu suatu realiti, tetapi ia mungkin boleh dibentuk melalui persefahaman dengan menubuhkan sebuah badan, NGO atau gabungan tertentu bagi maksud tersebut.

Yang penting ialah dapat menyertai pilihanraya, saling bekerjasama dan menjadikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN yang matlamat akhirnya ialah sama-sama untuk menunjukkan "jalan penamat"  kepada karier politik Najib.

Kiranya tidak sedia bekerjasama dengan pembangkang, 3M lebih mungkin akan "dimatikan"  terlebih dahulu oleh Najib sebelum mereka dapat "mematikan"  anak Tun Razak itu. (SH 04/02/2016).

45 comments:

  1. Salam Tuan SH,

    Satu teori yg hebat
    PAM(PEMBANGKANG AND 3M)
    vs
    PAU(PAS AND UMNO).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balaci-balaci parti-parti sekular dan liberal selalu mendakwa kononnya parti Islam bekerjasama atau bergabung dengan parti Dumno tetapi dakwaan balaci-balaci tersebut adalah bohong semata-mata kerana sehingga hari ini tiada kerjasama antara parti Islam dan Dumno.

      Bahkan cerita dongeng UG (unity government) antara parti Islam dan Dumno yang telah digembar-gemburkan oleh balaci-balaci sekular dan liberal selama ini juga tidak wujud hingga sekarang !

      Ini bererti parti-parti sekular dan liberal seperti Dapig cuba menfitnah parti Islam untuk memisahkan pengundi dari parti Islam dan melemahkan parti Islam tetapi geng sekualr dan liberal gagal 100%. Ini merupakan taktik kotor parti sekular dan liberal.

      Objektif parti Islam dalam PRU14 ialah mengalahkan parti Dumno dan Be End dan menubuhkan kerajaan yang bersih, cekap, telus, bertanggung-jawab dan amanah.

      Delete
    2. Alahai... sama lah taraf anon 00 55 dengan taraf Najib, sebab jika dibandingkan Mukhriz dengan Ahmad Bashah. Bodoh nya gred A.

      Usaha UG masih lagi berjalan.
      UMNO dan PAS diminta perbetulkan niat !

      Delete
    3. Apa kata kalau 3M minta rakyat pilih Pakatan Harapan supaya Anwar Ibrahim jadi PM ?

      Delete
    4. Mana Hj Hadi? Langsung tak keluar kenyataan kutuk Najib singkir Mukhriz?

      Takut dengan Husam ke?

      Atau sedang terima balasan untuk apa yang dia buat?

      Delete
    5. Anon 01:10 mabuk daun ketum kerana menulis komen bodoh.

      Apakah bukti usaha UG masih berjalan sedang UG tidak pernah wujud? Mana dokumen perjanjian UG?

      Kalau setakat membuat tuduhan membabi buta untuk menfitnah parti Islam, tak payahlah poyo sangat nak tulis komen bodoh di sini!

      Delete
    6. Orang kalau menipu sama menipu, nak buat apa pakai dokumen perjanjian. Manifesto BN, sampai ke hari ini Najib tidak tunaikan. Hj Hadi dan PAS mempermainkan Hudud sampai sekarang tidak bentangkan sehingga di persoalkan oleh Husam.

      Kena betul kan niat dulu... Tapi Najib dalam keadaan teruk macam ini, Hj Hadi pun senyap-senyap melangkah perlahan-lahan tinggalkan Najib.. Dua-dua niat nak mengenakan orang je..

      PAS sokong TPPA pun pasal tahu majoriti BN lebih dan sebab TPPA tidak kena mengena dengan Najib tetapi di galas oleh Mustapha Mohammad.

      Tolak Bajet dan undi tidak percaya ke atas PM.. walaupun majoriti BN lebih tetapi cukup untuk memalukan Najib. PAS tidak setuju!

      Delete
    7. Anon 11:02 mendedahkan kebodohan hapraknya sendiri apabila Anon 11:02 menulis "Hj Hadi dan PAS mempermainkan Hudud sampai sekarang tidak bentangkan"

      Nampaknya Anon 11:02 amat jahil tentang standing order dalam parlimen. Pembentangan Hudud dalam parlimen mestilah mendapat kebenaran speaker parlimen untuk dibentangkan. Jika spekaer tidak membenarkan, pembentangan Hudud tidak boleh dilakukan dalam parlimen.

      Ini menunjukkan Anon 11:02 adalah balaci sekular bangsat yang suka menfitnah parti Islam. Itulah contoh makhluk yang taksub membabi buta dengan sifu roket penang mali yang tidak bersunat! Balaci roket makan tulang, sifu makan daging - balaci anjing!

      Delete
    8. Anon 11:02 juga telah mendedahkan kejahatan dan kebangangannya sendiri apabila dia menulis "PAS sokong TPPA".

      Fakta yang jelas ialah PAS menentang TPPA sehingga PAS telah membuat demonstrasi menentang TPPA di Kuala Lumpur pada 23 Januari 2016 !

      Anon 11:02 adalah contoh balaci sekular yang mengidap penyakit mental yang kronik !

      Delete
  2. En Din,
    Ini lah jalan yang saya harap akan berlaku ,pertama UMNO harus dikalahkan dahulu kemudian semua ketua bahagian yang ada terlibat kes rasuah dibersihkan ke dalam jail bersama sama Najib ,yang tinggal mesti dimufliskan dan yang tak terlibat apa apa biar mereka lari hilangkan diri daripada pengikut dan ahli umno yang sudah biasa dengan budaya minta duit secara mudah , biar UMNO diuruskan oleh orang orang baru kita lihat bagaiman mereka merangkak naik ditangga pertama, bagi mukhriz tiada masalah buat masa ini jangan tinggalkan umno tapi lantang bersuara menentang penyelewengan Najib sehingga kalau dia pecat pun tiada masalah kerana imej beliau kian meningkat ,kalau dia keluar sekarang dan masuk lain lain parti nanti dikatakan katak lompat kerana ahli politik katak tak kekal lama sebab orang melayu tak suka, biar dipecat nampak dizalimi ,kemudian bergerak macam En Din cakap buat kerjasama dengan pembangkang kerana masa ini mukhriz sudah establish namanya ,Biar rakyat sendiri menentukan nasib mukhriz kerana ia akan kekal dihati rakyat ,saya rasa PAS amat selesa dengan imej Mukhriz kerana keakraban dan penyesuaian beliau dengan madrasah madrasah dan golongan agamawan.Jadi dengan jalan ini saya rasa mukhriz lebih berjaya pasal umno tu biar la meraka cari jalan pulang sendiri kerana sekarang umno sudah tak dapat diselamatkan lagi kerana terlalu kotor dan jijik ,walaubagaimana ini terpulang pada diri mukhriz sendiri kerana selain bijak ber politik ikhlas terhadap perjuangan dan demi rakyat tak boleh rektorik dan ditukar dengan mencari habuan dunia ,habuan yang utama dari allahswt dan kepusan hati yang ikhlas melihat negara berjaya.

    ReplyDelete
  3. Ramai ahli umno yang tidak setuju dengan pemimpin seperti Najib Dan yang Ada dalam kabinet, mt Dan kb. Pergi lah ke mana2 bahagian umno. Orang umno yang totok dan yang betul2 bekerja Dan buat kerja untuk umno semua dah mula meluat dengan mereka. Pergi lah ke akar umbi Dan dengar2 betul.

    ReplyDelete
  4. Assalam.
    Najib akan diasak dari segenap penjuru. Umno sebagai satu organisasi telah menutup buku dgn mengenepikan Mukriz. Tiada siapa2 lagi akan mewarisi umno. Hisham dan ahmad maslan tidak lulus. Pelapis spt shabery, rahman dahlan, salleh adalah budak2 nakal yg cuma dilatih membaling batu pada pihak lawan. Umno cuma dapat melatih pelapis2 nakal yg gagal.menggunakan otak ataupun standard rendah. Penganti.Mukriz mengatakan dia adalah lulusan universiti umno. Tahap pemikiran 'buta' politik.
    Lihat kepada pihak lawan yg mempunyai azmin, rafizi, nurul, guang eng, tony pua. Kumpulan ini adalah yg akan memimpin selepas ini. Mahyuddin sepatutnya menjadi kepala kumpulan ini dgn mengheret tangan Mukriz sebagai pemimpin. Mahyuddin dgn bantuan TunM patut merencanakan masa depan Malaysia dgn sokongan kumpulan pelapis ini. Generasi muda adalah pengundi berprestasi tinggi. Satu KERAJAAN CAMPURAN akan wujud. Gandingan mantap utk.mengembalikan kegemilangan Malaysia. Bila sepatutnya bermula? Tunggu najib letak.jawatan? Tunggu Pru14? Kita ada jawapannya. Mahyuddin. ...apa tunggu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa mahyudin ni.. Fakta biar tepat

      Delete
  5. Lawan cara macam ini dah banyak kali di lakukan sebelum ini. Najib pun dah baca segala kemungkinan.

    Nak lawan musuh kena berfikir macam musuh.
    Kena fikir apa Najib akan buat selepas ini? Dan apa tindakan Najib jika terjadi macam ini ?

    Najib akan buat lagi benda yang mengarut. Mana Najib nak dapatkan duit selepas ini ??

    Kalau Najib kuat sangat, jangan serang Najib tapi serang dua tiga orang kanan nya. Dedahkan siapa mereka dan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

    Ini cakap-cakap je.

    ReplyDelete
  6. Kpd Tun M, TSM dan DSMM, tak perlu buang masa lagi. Keluarlah dpd UMNO. Nak tunggu apa lagi? Percayalah, anda semua tidak ada tempat lagi dalam UMNO.

    Dalam UMNO sekarang, kedudukan anda semua lebih teruk dpd 'seperti melukut di tepi gantang'.

    ReplyDelete
  7. Ahli-ahli UMNO kalau benci sangat pada Najib, keluar lah tinggalkan UMNO beramai-ramai... pengorbanan macam ini pun dah boleh selamatkan negara.

    Tetapi ahli-ahli UMNO ramai yang lemah semangat dengan fulus. Selain dari itu, antara mereka saling tidak percaya mempercayai. Tahu-tahu minggu depan si anu dah ikut UMNO balik.

    Paling menyedih lah bila Ku Li pun sama

    ReplyDelete
  8. Penyingkiran Mukhriz seharusnya dilihat sebagai rahmat baru, kerana bukan shj bintangnya bersinar lebih cerah dilihat sebagai 'hero' bagi rakyat khususnya di Kedah yang memperlihatkan penyingkiran zalim ini didalangi oleh Najib dan 'tikaman Belakang' oleh Bashah bahkan kini Najib juga terpaksa membayar harga yang mahal untuk tindakannya itu dengan hilangnya kepercayaan rakyat serta imejnya yg semakin membusuk.

    Jangan buang masa Dr M, Mukhriz dan Muhyiddin perlu segera memikir strategi seterusnya kekal dalam UMNO, Pembangkang atau tubuh parti baru. Tetapi dengan pola kearah sistem 2 parti, parti pembangkang harus dilihat sebagai pilihan utama.

    Yang pasti seperti dinyatakan oleh pihak tuan, pastikan dapat menyertai pilihan raya.

    ReplyDelete
  9. Malah jika Najib dan Mukhriz diletakkan di tengah-tengah padang yang terbuka dan rakyat diberi kebebasan membaling apa saja kepada salah seorang daripadanya sebagai menzahirkan protes dan penolakan, tanpa keraguan dan dengan mudah diketahui siapa yang lebih menjadi sasarannya.- SH.

    Harap nanti dapat lah mimpi macam itu... jaga kau Najib!

    ReplyDelete
  10. Ini teori saya. Kita perlu 3 blocks system, block BN, PH dan 3M punya party. 3M punya parti mampu tarik orang2 umno, dan pengundi2 Pakatan rakyat dahulu yang tiada pilihan. Lawan dulu, gabung kerajaan campuran selepas PRU. Mungkin negeri campuran lain, persekutuan campuran lain, tak kisah punya. Umno tidak lagi dominan di dalam percaturan politik jika ada 3 block system. Parti2 dalam BN dan sabah/sarawak bebas pilih PH atau 3M, tak perlu setia pada BN. Lagi bagus cam ni....germany pun ada kerajaan campuran, UK pernah ada. No problem. Tidak perlu lagi kesetiaan di antara parti2, seperti dalam BN sekarang, semua kaki angguk kepala saja. Dalam 3 block system, anytime mana2 parti boleh paling tadah. Bagusnya ialah, politicians susah nak jadi corrupt, sebab tiada siapa yang dominan. Tak ada lagi ruang untuk sama2 cari makan. Harap2 3M cepat buat parti. Lupakan umno.

    ReplyDelete
  11. Apakah akan berlaku pembubaran Parlimen? Adakah DSN berani untuk melakukannya? Apabila kerusi ahli Parlimen dan ADUN sudah dikosongkan,maka tiada lagi kerajaan pada ketika itu.
    Bermakna PRU 14 akan jadi misteri kali ini. DSN sudah pasti hilang undi populor bersandar kepada momentum suara rakyat.Begitu juga UMNO.
    Ada kemungkinan UMNO akan phobia malah sudah pudar semangat untuk berhadapan orangramai semasa kempen.Maknanya ini adalah satu detik yang perlu kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  12. Ini satu pertanyaan kapada saudara SH,Dalam masa 2 tahun ini sebagaimana kita ketahui makamah dimana DK membuat laporan tentang salah guna kuasa berkaitan dengan 1mdb oleh DSN tak sangkutkah.Harapan banyak lagi orang yang tahu berkaitan dengan undang-undang dalam Malaysia mencabar sebagaimana yang diambil oleh DZ.Jangan berdiam mesti bagi tekanan dalam apa cara pun untuk beliau kusut fikiran.Tak payah nak letak mereka berdua ditengah padang dan suruh pilih siapa,ingat money is king akan mengambil tempat.Banyak bas-bas akan membawa orang upahan termasuk pendatang yang diupah bagi melakukan kerja tersebut.

    ReplyDelete
  13. Kenapa laman ini asyik menghentam PAS yg jelas memperjuangkan Islam dan melayu tanpa bukti yg jelas. Dalam masa yg sama meninggalkan DAP yg jelas anti Islam dan melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Husam dan beberapa pimpinan PAS telah memperakukan yg Presiden PAS berunding dgn UMNO dibelakang tabir(dlm gelap?) sejak 2008.
      Jururunding pun dah dapat upah jawatan CEO, nak bukti apa lagi?

      Delete
    2. Memang mengkhianati rakyat yg menyokong PR.
      Perjuangan islam jenis apa ni?

      Delete
    3. Bila kita hentam, maksudnya ada asas yang kukuh. Kalau Pas nak kerjasama dengan Umno, buatlah cara terang. Yang nak main sorok tu apahal.

      Delete
    4. Pasal PAS lah Najib bermaharajalela sekarang ini.
      PAS nak u turn dalam waktu terdekat ini, nampak pulak PAS dah buat silap besar. Itu sebab PAS senyap. Bila dah rasa cukup masa, nak belasah Najib pun dah terlambat.

      Pemimpin PAS, adalah dua tiga orang yang ok, macam Menteri-Menteri Najib .. tidak berkata apa-apa.

      Delete
    5. Kepada tukang komen menyalahkan Pas di atas, nampak sangat kebodohan dan jahilnya tentang politik dan perjuangan Pas. Kamu tak pernah baca Harakah lidah rasmi Pas tapi lebih percaya kepada cerita2 dongeng puak2 meraban PAN dan cacian2 Dap. Taksub dengan puak2 kecewa tak diterima ahli2 Pas. Kamu tak sedar ke yang sambutan kepada parti Haprak kamu hambar, lebih banyak kerusi dan nyamuk dari orang? Dah berbuih mulut pemimpin Pas kata tak ada UG, UG hanya ada dalam otak Husam (yg juga frust sebab tak dapat jadi MB), dan dalam otak batu Pan. Tapi sebab dek dah jenis bodoh dan bangang, tukang sapu bontot Dap seperti tukang komen di atas masih juga memusingkan piring hitam sumpek lagu UG,UG...

      Delete
  14. En Shah, kami sudah sedia maklum yang 3M ni dah lama tidak yakin dengan Najib. Tapi fakta menyatakan yang Umno dan BN mempunyai keyakinan penuh terhadap Najib dan tidak kepada 3M. Inilah fakta.

    Dari segi rakyat pula, saya nak bagi contoh. Semua event yang dihadiri Najib mendapat sambutan baik. Tak ada pun yang boikot acara yang dihadiri Najib. Jumlah pun agak tinggi macam di Sarawak baru ini. Yang paling penting Umno dan BN teguh di belakang Najib tetapi tidak kepada 3M. Jadi seperti diramalkan oleh media, era 3M sudah terkubur. Nak kerjasama dengan pembangkang ? Tepuk dada tanya selera lah Bang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihanraya Dun Sarawak pun belum dibuat. Jangan terlalu yakin. Kalalu Adenan menang pun, kalau dalam PRU14, UMNO lingkup, belum tentu Najib boleh yakin dengan kesetiaan Adenan. Kalau orang Sarawak sayang sangat kat si Najib, kenapa mereka tak sanggup terim umno masuk Sarawak.....????

      Delete
    2. Kalu era mahathir dah takda.. Kenapa org masih lg sebut2 dan harap pada ketokohan ini... Memang mahathir pun ada salah.. Sekarang malaysia rasa lagi beban dgn masalah najib...cash is king. Ingat duit juga boleh habis.. Tapi keinginan kearah kebaikkan takkan pernah hilang.. Lumrah manusia.

      Delete
    3. Event BN penuh? Tanya umno selangor kenapa event BN selangor penuh, tapi kalah jugak. Tanya umno penang, konsert Psy gangnam style anjuran BN penuh, tapi kalah....sarawak pun bakal jadi perkara yang sama, BN akan kalah banyak kerusi. Itu sebab mamat Lester yang jadi rock star rahman dahlan dalam kes "pendedahan niat jahat Sarawak Report" pun dah diam. Patutnya time ni dia lah hero, tapi apa jadi.

      Delete
  15. anak 1 versus anak 2 -- fair
    macais 1 versus macais 2 -- fair
    anak 1 + bapak 1 versus anak 2 -- ?

    ReplyDelete
  16. Betol,dulu aku benci najib 70% sekarang 100%...

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya tak perlu buat apa-apa. Apa yang Najib buat dah lebih dari menjahanamkan. Rakyat buka tidak rasa kesempitan kerana menanggung kebodohan Najib. Sepatutnya rakyat tolak sahaja BN bermula dari sekarang dan bukan nak berfikir menjelang nya pru.

    Kalau rakyat tidak sedar dan terus rela di perbodohkan dan di omok-omok kan, 3M bergabung dengan pembangkang pun tak guna.

    Tapi nak mula kan jugak, mula kan dari Kedah. Jadi kan orang Melayu Kedah tolak UMNO !

    ReplyDelete
  18. Pengumpulan para lanun sedang berlaku.whos next.penulisan yg bagus dr tuan bloq selain bahagian mengutuk pas.3m perlu bergabung dgn pas.islam perlu diletak ditempat teraras baru semua masalah boleh diselesai.apa yg pertama dilakukan adalah niat seterusnya usaha.sekular liberal n yg seumpama dgnnya membawa bala spt juga najib.kembali lah kejalan kebenaran demi kesejahteraan rakyat bkn kuasa duit ego n seumpama dgnnya.pas menolak dap krn tdk menerima sistem islam begitu juga umno.begitupun ruang utk mencari persefahaman demi rakyat masih terbuka.

    ReplyDelete
  19. Tuan Shah dan para pembaca

    Kebelakangan ini terdapat komen-komen halus yang cuba memesong minda pembaca khususnya Melayu bahawa bangsa dan agama mereka sekarang berada dalam keadaan sangat lemah. Hujahnya ialah bahana Regim kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen disampaikan secara berkias merujuk kelantangan (baca kehebatan) DAP. Malah dicukakan luka 'sangat lemah' ini dengan cerita-cerita politik, ekonomi dan sosial yang rosak disebabkan adanya pembangkang seperti PKR, DAP dan Amanah. Lantas mereka menghalalkan desakan dan keperluan kerjasama Regim dan Geng Lebai, sekalipon terpaksa berjalan dibelakang tabir (cara belakang tadbir dapat menyelamatkan serangan dari kalangan mereka sendiri). Dan ada juga di kesempatan ribut kecil begini menjaja 'para maksum' mereka sebagai pemimpin agung, seolah hanya 'imam' mereka mampu membawa Malaysia ke Syorga.

    Berhati-hati dengan komen-komen yang hanya mahu memuliakan sesuatu bangsa dan pemimpin tertentu dan menggunakan dalil agama untuk menghalalkannya. Kerana mereka ini dikhuatiri tidak cukup sifat ilmunya. Barangkali mereka mendapat 'wahyu' dari wali mereka menulis selembut lidah memenuhi kehendak pewahyunya untuk ganjaran 'syorga'. Allah s.w.t dalam kitab agung berkali-kali menyuruh orang-orang beriman, para mukmim dan setiap insan untuk berfikir. 86 ayat bercakap tentang keperluan berfikir. Maka berfikir dan berbahaslah di dalam diri menggunakan aqal bukannya dada (nafsu) semata-mata. Jarum-jarum fitnah digerakkan dengan licik dan pantas di antara kita. Ia berlegar dikalangan pemberi komen blog ini. Jauhi mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu tidak pernah lemah, masalahnya kekuatan melayu itu digunapakai untuk tujuan apa? Kalau lemah hari ini bantah esoknya najib turun????
      - menipu?
      -memperbodohkan rakyat?
      -melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa dan agama?
      Memecahbelahkan rakyat (divide n rules)
      - merompak rakyat?
      - menafikan kesalahan yang telah dilakukan?

      Lu pikiq sendirilah..

      Delete
  20. BEKERJASAMA DENGAN PARTI PENASIHAT HARUS JADI PILIHAN 3M JIKA INGIN KEKALKAN NAJIB ( MENIPU - MENBODEK - MENASIHAT )
    JIka boss menipu maka kumpulan pembodek harus membodek untuk mengiyakan tindakan ketuanya dan akan semua ini disokong secara islamik oleh kumpulan penasihat.

    ReplyDelete
  21. Mukhriz dilaporkan berkata beliau ada ditawarkan jawatan timbalan menteri, tetapi menolaknya.

    Disinilah kesilapan Najib ternampak sangat atau mungkin disebabkan oleh penasihat bertaraf bangang yang memberikan nasihat cap panglima bugis.

    Dia ingat boleh membeli Mukhriz dengan jawatan macam yang lain. Tetapi alangkah malangnya apabila pelawaan ditolak dan terbukti Mukhriz tidak ingin dengan pujukan jawatan.

    Kena balik jugak panglima ni !

    ReplyDelete
  22. Untuk pru14 dijangkakan peratusan keluar mengundi akan menurun sebab protes dari pengundi bn. Dan akan ada pengundi bn yang akan undi pembangkang. Tapi semua itu tidak akan bermakna sekiranya ada pertandingan 3penjuru atau lebih. Harap pembangkang dapat mengatasi masalah ini dengan membuang perasaan ego dalam diri. Secara peribadi, amanah tidak harus meletak calon pada pru14 nanti.

    ReplyDelete
  23. Yg penting kita rakyat malaysia tolak umno dan bn dlm lru 14 ni kerana pemimpin umno tak ada kerja lain hina org jatuh kan org lepas tu buat hata duit rakyat dikikis utk kayakan diri org melayu merempat minta sedekah dulu tengok kerja org umno guna duit tabung haji beli tanah 1mdb bila penyimpan bising kata nak jual tanah tu tapi baru ni kata tak jadi jual itu pun seorg pemimpin umno ugama islam jaga tabung haji pembohong besar entah berapa banyak duit lesap kita penyimpan pun tak tahu berilah drviden 5% banyak besar agaknya entahla apa akan jadi dgn tabung haji pula fikir2kanlah benam umno dlm pru14 itu penting klu nak selamat aaammmiiiiinnnnn

    ReplyDelete
  24. Yg penting kita rakyat malaysia tolak umno dan bn dlm lru 14 ni kerana pemimpin umno tak ada kerja lain hina org jatuh kan org lepas tu buat hata duit rakyat dikikis utk kayakan diri org melayu merempat minta sedekah dulu tengok kerja org umno guna duit tabung haji beli tanah 1mdb bila penyimpan bising kata nak jual tanah tu tapi baru ni kata tak jadi jual itu pun seorg pemimpin umno ugama islam jaga tabung haji pembohong besar entah berapa banyak duit lesap kita penyimpan pun tak tahu berilah drviden 5% banyak besar agaknya entahla apa akan jadi dgn tabung haji pula fikir2kanlah benam umno dlm pru14 itu penting klu nak selamat aaammmiiiiinnnnn

    ReplyDelete
  25. Cepat cepat lah tubuh parti NEGARA BANGSA. Mukhriz, Mahyuddin, Mohd Shafie Apdal, Tengku Raxaleigh juga mereka yang di pecat dari DAP serta GKCM yang ada kredibiliti.Pasti pengundi atas pagar akan sokong

    ReplyDelete
  26. ...cadangan tu baguih Shbdin...orang jenis Njiban tu...to'wan pesan dah...kena tengngalong dgn telok ayam kemurok baru padan muka.. tengok bau lagu mana...

    ReplyDelete
  27. เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot เครดิตฟรี เกมสล็อตอออนไลน์
    https://www.slotv9.com/pgslot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...