Pada pilihanraya umum 2013, BN berjaya mengekalkan kuasanya dengan meraih kemenangan di 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi daripada 222 jumlah keseluruhannya.
Daripada 133 kerusi yang dimenangi BN itu, 88 diraih melalui calon-calon UMNO. Ini bermakna jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat hanya lebih satu kerusi berbanding kekuatan UMNO. Banyak kerusi BN disumbangkan melalui Sabah dan Sarawak.
Pada pilihanraya 2008 pula, daripada 140 kerusi yang dimenangi oleh BN, 79 kerusi dimenangi atas tiket UMNO. Berbanding pilihanraya 2008, jumlah kemenangan kerusi UMNO meningkat sebanyak 9 kerusi dalam pilihanraya 2013 lalu.
Di sebalik pelbagai isu melanda Najib Razak dan negara, UMNO pada hakikatnya masih mampu menang banyak kerusi bagi memastikan BN terus berkuasa. UMNO dan parti-parti kompenan BN kecundang di banyak kerusi bandar, separa bandar dan pengundi campuran, tetapi masih dominan di luar bandar, kampung-kampung Melayu serta Felda.
Kemampuan BN menang itu adalah disebabkan UMNO masih dilihat parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, sesuai dengan komposisi Melayu yang meliputi kira-kira 65 peratus penduduk negara ini.
Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang benar-benar bersifat Melayu. DAP pelbagai kaum dan PKR juga pelbagai kaum, sementara Pas adalah parti Islam.
Oleh kerana tidak ada yang benar-benar memperjuangkan Melayu, di sinilah UMNO mengambil kesempatan. Walaupun wujud pelbagai isu berkaitan Najib dan Rosmah pada pilihanraya 2013, UMNO masih menang banyak kerusi kerana kejayaannya memanipulasi pengundi luar bandar dengan memainkan sentimen UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
Sementara pengaruh media sosial memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam konteks pengundi bandar, luar bandar dan campuran, mainan sentimen Melayu dengan dibantu elemen 3M iaitu "money, machinery, media", telah memberi kelebihan kepada UMNO.
Meskipun kita seharusnya menolak perkauman dan mahu semua rakyat hidup harmoni tanpa mengira agama dan bangsa, realiti politik Malaysia masih jauh untuk bebas daripada hakikat itu. Tambahan lagi, masih banyak kerusi Parlimen dan DUN di negara ini dihuni oleh majoriti pengundi Melayu luar bandar, miskin dan ketinggalan.
Dalan konteks BN, meskipun MCA, MIC dan Gerakan semakin ditolak kerana pengundi bandar, separa bandar dan campuran lebih memihak kepada pembangkang yang kerap memainkan isu rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya, UMNO sebaliknya tetap punya kelebihan di kawasan luar bandar, kampung dan Felda berdasarkan mainan sentimen Melayu sambil dibantu faktor 3M tadi.
Oleh itu, untuk mengalahkan BN dalam PRU 14, penguasaan UMNO haruslah dipecahkan terlebih dahulu. PKR dan Amanah sukar memikul tanggungjawab itu, begitu juga dengan Pas, walaupun parti Islam itu agak dominan di bebarapa kawasan Melayu di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Di sinilah pentingnya BERSATU dan itulah juga sebabnya mengapa BERSATU ditubuhkan dengan bertunjangkan Melayu dan Bumiputera. Walaupun BERSATU bercorak Melayu dan Bumiputera, ia tidak seharusnya dilabel perkauman selagi ia sedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang mengandungi parti-parti pelbagai kaum serta menghormati hak-hak bangsa lain.
BERSATU tidak lain bertujuan untuk memberi saingan kepada UMNO dan mengurangkan sebanyak mungkin daripada 88 kerusi yang dipegangnya sekarang. Parti-parti lain yang mewakili Pakatan Harapan boleh terus menumpukan kepada kawasan bandar, separa bandar dan juga campuran yang memang merupakan lubuk mereka.
Dengan bantuan pemimpin-pemimpin berpengalaman seperti Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, penguasaan UMNO di luar bandar dan kawasan Melayu lebih mudah dileraikan, lebih-lebih dengan wadah BERSATU yang mirip macam UMNO dan ditunjangi oleh bekas-bekas pemimpin UMNO.
Di Sabah, jika Shafie Apdal bergerak dengan platform "Sabah untuk rakyat Sabah" yang mirip seperti berlaku di Sarawak yang mana slogan mereka ialah "Sarawak untuk rakyat Sarawak", beliau tidak mustahil mampu mengurangkan beberapa kerusi UMNO di negeri tersebut.
Yang penting, selain menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan, BERSATU melalui pengalaman Tun Mahathir mesti berunding sebaik mungkin dengan Pas dan Amanah bagi memastikan hanya pertandingan satu lawan satu dengan UMNO.
Mesti ada tolak ansur dan berlapang dada dalam perundingan di antara BERSATU, Amanah dan Pas. Yang penting UMNO serta BN mampu dikalahkan dan Najib dapat disingkir keluar dari Seri Perdana.
BN hanya boleh dikalahkan jika penguasaan UMNO terhadap pengundi Melayu dapat dipecahkan. Selagi hanya UMNO yang boleh berkokok tentang Melayu, selagi itulah BN akan berkuasa dan Najib kekal di Seri Perdana.
Pakatan Harapan dengan disertai oleh BERSATU akan menerima sokongan pengundi Melayu yang jauh lebih baik, tambahan lagi dengan adanya pengaruh Tun Mahathir.
Sebab itu, kehadiran BERSATU mula menimbulkan cuak dan bimbang kepada UMNO dan BN. Bukan saja pemimpin-pemimpin UMNO mula mengatakan orang Melayu tidak perlu sebuah parti lain selain UMNO, bahkan warna merah dan nama BERSATU pun turut memercikkan peluh dingin buat mereka.
Lebih parah, MCA yang bersifat perkauman Cina pun seperti sedang mabuk apabila menolak BERSATU dengan mengatakan wujudnya sebuah lagi parti perkauman Melayu akan memecah-belahkan rakyat negara ini.
Macam-macam dijadikan alasan untuk menolak kewujudan BERSATU dan ia tidak lain kerana mereka semakin nampak kuasa dalam genggaman bakal terlepas jika BERSATU berjaya memecahkan sedikit saja dominasi UMNO terhadap pengundi Melayu. (SH 13/08/2016).
Tumpuan perlu juga di Pekan agar Bapa Klepet Negara tewas dengan polisi Sebattiyyah dan Sebatjelah.
ReplyDeleteTahniah bersatu moga allah makbulkan
ReplyDeleteKemenagan harapan yang adil intergriti progresif
Betul dah taktik yang en budin huraikan
Bm umno dah cuak terburai...
Kata kata sah meracau di rasuk
Taktik kesepakatan dan satu lawan satu harapan
Pasti yakin fokus jelma kemenangan besar...amin
DeleteAR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Bakti
Muafakat Ber SATU...Menjunjung INTEGRITY
Menjulang AMANAH...TAQWA Di Hati
Amanah-AUDIT-Hisab"NYA"...Kristal Transparency
Ber SATU Hati...Demi Kaseh Mem-BERI
Ber SATU Hati...TAK FITNAH Men CURI
Ber SATU Hati..Loving-GIVING-Sharing in Harmony
Ber SATU Hati...Mencari PERMATA yg Asli
PERMATA Asli itu...Hakikat yg HAKIKI
Oh! Alangkah Indahnya...Kaseh Mem-BERI
Wow! Alangkah Murninya...FITRAH Syurgawi
Wow! Saling Mem-BERI itu..Indah TAK Terperi
Wow! Kaseh Mem-BERI itu..Tak SOMBONG BesarDIRI
Nape Perlu Mem Fitnah...Nape Perlu MenCURI?
Bukankah Fitnah-MenCURI...Kan Bankrap-MUFLIS Diri?
Bankrap-MUFLIS Diri..TunggangTerBALIK yg Keji!?
Akhirnya Bankrap-MUFLIs Negara..Yg Menyiksakan Skali
Bukankah Kaseh Mem-BERI itu..Kan Diganda"NYA" lg?
Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Kan Bertambah7 lg?
Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Firman-MUKJIZAT yg Hakiki?
Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..MUKJIZAT"NYA" yg Azali?
Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..Dari Yg"SATU Demi PeNYATUAN yg Hakiki?
Hihihi..Nape maseh mahu menipu SOMBONG Fitnah Dan MenCURI lg??
Memastikan pertandingan 1 lwn 1 antara umno/bn lwn pakatan harapan adalah kunci kejayaan utk mengalahkan umno/bn dlm PRU akan datang. Kesepakatan ini mungkin sukar dicapai selagi PAS dikuasai oleh ejen2/barua UMNO/BN.
DeleteAssalam en budin
ReplyDeleteHuraian dah hujah begini
Dan taktik taktik terkini
Akan membuka mata dan fikiran rakyat
Menang harapan
Tahniah dan terus beri hujah dan ulasan bernas
Macam bung mokhtar dan kj
Wassalam
Anon 11.06 & 11.09 koi la tu
ReplyDelete*guling bn-umno#
Ada lagi hujah
ReplyDeleteMakcik kampung dan felda
Mereka disuap kain batik
Sedia bas ke majlis umno bn
Suap rm50 seorang ke majlis umno bn
Suap makan free ke majlis umno bn
Bukan hadir untuk perjuangan atau patriotik
Jadi harapan dan BERSATU mesti huat gerak gempur jumpa makcik felda dan kampung
Bercerita memotivasikan perjuangan adil telus progresif
Perubahan kepada makcik makcik
Hapus gst
Hapus cukai
Tambah subsidi
Tambah industri
Tambah peluang kerja
Biasiswa tambah
Hapus ptptn
Susun kwsp
Susun thaji
Susun proton
Susun tnb
Susun air
Susun perumahan rakyat
Skim gaji
Hapus miskin
Hapus gelandangan
Tak payah jauh la, tgk Bapak saya cukup(arwah). Dia marah betul saya bawa bendera selain bn. Ye la, Dia pence ktm.
ReplyDeleteBN sesuai la untuk yang dah arwah.
DeleteHipothesis yg bagus en. Budin. Utk merealisasinya... Agak sukar sebenarnya. Org melayu kat kg2 n felda sukar utk diubah. Tp. Tidak mustahil dgn gerak kerja yg jitu. Tp. Apabila melihat perangai Pas... Well..itulah cabaran yg amat besar sekali sebenarnya! Mereka ni bersifat pengacau! And sorry to say! Kita masih lagi jauh utk menang..
ReplyDeleteparti BERSATU wujud apabila pemimpin Pro Tun Dr Mahathir keluar daripada parti untuk menyokong perjuangan Tun Dr Mahatir untuk menjatuhkan Datuk Najib dan Barisan Nasional. perjuangan BERSATU hanya akan menjadi sia-sia apabila Barisan Nasional semakin teguh bersama-sama UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan parti yang wujud di Sabah dan Sarawak.yang jelas pakatan pembangkang yang lain seperti PAS, DAP dan PKR akan meneliti terlebih dahulu sekiranya kumpulan BERSATU ingin berkerjasama dengan mereka kerana bimbang akan dihantui corak pentadbiran Tun Dr Mahathir dan sudah pasti mereka akan berhati-hati untuk bekerjasama dengan kumpulan ini.
ReplyDeleteSatu analisa yg menarek n mmg gitu... kiranya nak kallahkan dsn n umno n bn kena usaha 1 lwn 1..
ReplyDeleteUsahlah menganggap PAS yg bersengkongkol dengan umno@bn, sebbAb PAS ade prinsip dia... takkanlah semua perkara, termasok hal2 islam pun kite kena ikut DAP..
Ingat masa pemilihan Agong Pas , DAP terang2 sokong gang mat sabu... masa pemilihan DAP, Pas tak kacaupun..
Sesama kawan, nape dok tikam kawan , hormatlah kawan...
asyik2 salah DAP. macam PAS tak der kekuatan sendiri! Lemah sungguh orang yang mengaku alim ulama tp. lemah akal fikiran, islam tak ajar umat dia jadi lemah! kena berakal..progresif. ini..asyikkk...salahkan orang.
DeleteTuhan ciptakan manusia berbagai bangsa Dan agama untuk saling mengenali, tolong menolong. Pas mesti tahu. Terangkan baik2, Lama Lama diaorang akan faham Dan terima. Dap Dan pas sepatutnya saling bantu membantu. Bukan bercakaran. Fikir kan rakyat. Tolak ego jauh jauh.
ReplyDeletedi sabah line clear parti shafie afdal lawan bn umno 1 lawan satu cume di smenanjung yg payahnya.pas dengan gagasan sejahteranya hampir pasti jadi duri dalam daging,api dalam sekam,gunting dalam lipatan buat pakatan - bersatu nak tumbangkan bn umno najib pru14.#TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR
ReplyDelete