Tuesday, 23 August 2016

BENARKAH NAJIB TIDAK MAHU SAMA-SEKALI MENGGANGGU PENGGANTINYA?


Berkatalah Najib Razak, satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yang skandal kewangan melibatkan dirinya menjadi sebutan seluruh dunia, banyak perkara lain yang boleh dilakukannya selepas bersara nanti selain mengganggu penggantinya.

Katanya, beliau akan menghabiskan masanya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika berkuasa kerana kesuntukan masa.

"Bercucuk tanam ke, tengok Manchester main bola ke. Macam-macam kita boleh buat. Boleh pergi ke negara yang belum pernah dilawati.

"Boleh tulis buku. Kenapa saya nak ganggu pengganti saya?" ujar Najib lagi.

Mengapakah Najib awal-awal lagi memberi jaminan tidak mahu mengganggu penggantinya sedangkan beliau tiada perancangan sama sekali untuk berundur dalam masa terdekat ini?

Apakah beliau benar-benar boleh dianggap sebagai seorang yang baik dan budiman dengan pendiriannya itu?

Adakah Najib masih mahu berdiam diri juga jika penggantinya nanti melakukan kesalahan lebih besar sehingga menjadi kecaman masyarakat dan dunia?

Bagaimana pula jika penggantinya selepas PRU 14 nanti bukan daripada UMNO, apakah beliau masih tidak mahu mengganggu juga?

Sebenarnya adalah menjadi hak Najib untuk berpendirian tidak mahu mengganggu sesiapa yang menjadi Perdana Menteri selepas beliau bersara nanti. Tetapi ia juga dalam masa yang sama menunjukkan Najib sangat-sangat sedar tentang wajah dirinya yang sebenar.

Untuk menjadi penegur dan pengkritik kepada sesiapa yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri, seseorang itu mestilah terbukti lebih baik, diterima ramai, diiktiraf masyarakat dan dunia antarabangsa, mempunyai wibawa yang tinggi, bersih serta  tidak terlibat dengan apa-apa skandal yang mencemar dirinya.

Tun Mahathir berani menegur dan mengkritik penggantinya kerana beliau memang seorang pemimpin yang istimewa dan terbukti kepimpinannya di dalam dan luar negara sepanjang 22 tahun berkuasa. Tiada sesiapa dapat menafikan pemikiran dan kehebatannya dalam mentadbir negara.

Sebab itulah beliau berani menegur dan mengkritik sesiapa juga yang dianggapnya melakukan kesalahan serta merugikan negara. Lihatlah apa yang ditegurnya berkaitan Tun Abdullah Badawi dan Najib, semuanya kerana mereka berbuat sesuatu yang tidak wajar dan merugikan negara.

Dengan pelbagai kemelut melibatkan diri, isteri dan anak-anak, skandal kewangan, hutang serta kerosakan negara yang diakibatkan olehnya, kita tentu saja boleh menjangka bahawa Najib pasti akan terus mengunci mulutnya serapat-rapat yang boleh apabila bersara nanti.

Sebagaimana Tun Abdullah Badawi terus berdiam diri selepas bersara kerana bimbang orangramai mengungkit-ungkit kebejatan budak-budak tingkat 4 dalam era kepimpinannya, Najib yang jauh lebih besar "pekungnya", tentunya akan lebih membatukan dirinya.

Sebarang percubaannya untuk menegur dan bersuara, penggantinya pasti akan sentiasa merujuk kepada pelbagai masalah dan kelemahan dalam kepimpinannya dahulu.

Tentu sekali lebih menyakitkan bagi Najib jika penggantinya turut mengungkit-ungkit mengenai skandal 1MDB, hubungannya dengan Jho Low dan wang RM2,600 juta yang pernah berada dalam akaun peribadinya.

Jadi, memang difahami jika Najib siang-siang lagi memberi jaminan tidak mahu menggangu penggantinya. Beliau tidak mahu mengganggu mereka dengan harapan penggantinya juga tidak mengganggu dunia persaraannya dengan mengungkit-ungkit sebarang kesalahannya.

Itu jika penggantinya daripada UMNO juga. Andainya pengisi jawatan Perdana Menteri selepas PRU 14 bukan daripada UMNO, Najib bukan saja tidak mungkin bersuara, malah barangkali juga akan memilih untuk berhijrah ke negara lain.

Bayangkanlah apa nasib Najib jika Perdana Menteri selepas PRU 14 ialah Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim atau sesiapa yang lain daripada Pakatan Harapan?

Di mana beliau dan apa yang bakal dihadapinya?

Barangkali sebelum pun Najib bersuara, tugas utama mereka ialah memburu Najib terlebih dahulu. Najib paling mungkin akan diadili dan diminta menjawab pelbagai isu yang berlaku sepanjang era pentadbirannya.

Maka, bila Najib cuba menunjuk baik tidak mahu mengganggu penggantinya, eloklah kita senyum-senyum saja membacanya. (SH 23/08/2016).

48 comments:

  1. Najib manakan dapat menganggu pengganti PM.

    Memang benar kata nya...beliau akan menghabiskan masa dengan bercucuk tanam atau menonton TV (kalau dapat)....semasa diPenjara!...Mana dapat bersuara lagi...apatah lagi menganggu PM.

    Mudah mudahan termakbukl keinginan beliau...ameen.

    Memang Najib berwawasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak cari simpati saja tu

      Delete
    2. Pastikan juga jiran sebelah di Sg Bulu tu nanti adalah AG APANDI ALI dan juga KPN Khalid !!!!

      Delete
    3. AAAMIIINNNNN!
      YA ROBBI....TUNJUKKAN KAPADA KAMI SEMUA KE JALAN YANG LURUS..

      Delete
    4. Orang Pekan pun pandai baca surat khabar prang putih kawan....sudah tahu pasal najib....

      Delete
    5. Nak mampos kalau berani ganggu pengganti. Silap haribulan warden sumbat masuk isolated cell....bercakap dengan cicak la jawabnya.....

      Delete
  2. Najib nanti duduk diam dlm sg.buluh ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nak baru nak sambut merdeka.
      Pencuri lagi merdeka
      Siap dgn amanat merdeka lagi menyuruh orang lain berbuat baik.

      Delete
    2. Mesti dia akan kata dalam amanat merdeka dia nanti jgn minta campur tangan asing dlm menyelesaikan masalah negara kita.
      Dengan harapan orang2 kampong dan orang2 Felda termakan dengan kata2 dia.
      Hanya ini senjata yg dia ada untuk mendapatkan simpati.
      DOJ bukan mcm jabatan Apandi peliharaan najib tu.
      DOJ mempunyai pakar pakar dlm pengubahan wang haram dan undang2 negara yg efficient yg tidak dapat diganggu gugat oleh orang2 politik.
      Siapa yg terlebih dahulu menceroboh sistem perbankan dan kewangan mereka serta undang2 negara mereka?
      Apandi sila jawab..
      Najib sila jawab..
      Mungkin nazir adik najib boleh tolong jawab.
      Jadi jgn tuduh Tun Mahathir dan rakyat Malaysia ni yg bukan2.
      Siapa sebenarnya pertualang negara?
      Siapa yg curi duit rakyat?
      Marilah berdebat untuk mencari kebenaran.
      Manusia mcm nazri aziz tu mmg tak boleh pakai.
      Bila dah kaya raya boleh bercakap besarlah.
      Tapi kalau betul2 gentleman kenapa takut nak berdebat.
      Hanya berani bercakap dlm mesyuarat bahagian saja dgn penyokong2 sendiri.
      Jgn sangka rakyat Malaysia ni semua bodoh.
      Jangan gertak rakyat sesuka hati. Apa kah kamu ingat kami ni tak ada pelajaran dan bodoh mcm kamu?
      Kalau najib bodoh. Nazri Aziz lagi bodoh.
      Dia ingat dia menteri. Dia lawyer. Dia ada pistol orang takut sgt kat dia. Phuiiiiii..


      Delete
  3. Najib tegur tak ada siapa nak dengarpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak tegur apa. Bukan dia pandai pun. Apa yg dia tahu selain drp mencuri

      Delete
  4. hahahah...jika najib tak berkuasa,kes yg paling ditakutinya dan bikmama ialah kes C4 ALTANTUYA ,nyawa dibalas nyawa.

    "Siapa yg mengarahkan C4kan altantuya????
    Ghost of altantuya haunting both of you!!!!mana mahu lari najib dan bikmama

    ReplyDelete
  5. kes altantuya kes yg paling luarbiasa dlm dunia:Pecah record "guiness world record"

    ada pembunuhnya,tapi boleh bersenang lenang diluarsana.
    kes bunuh tapi takada motif?pelikkan.
    boleh bersumpah kat mesjid jer,tak payah masuk mahkamah.
    peguam dakwa boleh kamcing dgn peguam bela.hakim yg boleh kawtim.
    orng yg tertuduh,boleh cover muka mereka,sampai habis perbicaraan,selama lebih 2 tahun.

    semua orang berfikiran boleh agak,siapa yg arahkan membunuhnya?tentulah orang yg ada kuasa

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak ganggu lagi budin?

    penganti dia lepas ni bukan dari kalangan UMNO /BN lagi.
    Lepas ni dia,rosmah dan geng menteri bangang dia hanya boleh berkokok dari dalam penjara sungai buluh.

    Kita ramai-ramai buat senaman butut dan jangan lupa ajak sekali ali tinju kalau dia nk ikut.

    ReplyDelete
  7. Jadi macam musa hitam laaa nanti....tulis buku pon berapa kerat nak baca?

    ReplyDelete
  8. Kalau dah bersara nanti tak payah buat kerja lain kira duit hari2 ada berapalagi baki manan duit rasuah mana duit curi mana duit nak bawa mati itu kan lagi baik berapa banyak duit nak tinggalkan utk anak bini itulah kerja org pencen atau lagi satu duduk dekat sg buluh dibelakang tabir besi menunggu mati

    ReplyDelete
  9. Kalau dah bersara nanti tak payah buat kerja lain kira duit hari2 ada berapalagi baki manan duit rasuah mana duit curi mana duit nak bawa mati itu kan lagi baik berapa banyak duit nak tinggalkan utk anak bini itulah kerja org pencen atau lagi satu duduk dekat sg buluh dibelakang tabir besi menunggu mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok dalam pagar besi nànti bagi dia kalkulator bagi dia kita duit pueh2...hehe tak guna punya bapâ mangkuk hayun...laknatla kau sepânjang usia tua ngko

      Delete
  10. Puak puak pengkhianat anak bangsa ini mana ada penghujung bicaranye.Kepada seluruh rakyat malaysia yang berugama islam ,yang prihatin terhadap pengkhianat anak bangsa terhadap rakyat negar ini harus membuat sesuatu,kena mengadakan majlis bacaan yasin (bukan mahyudin yasin dia dulu pun penyangak juga) serta sembahyang hajat untuk pengkhianat anak bangsa ini agar pengkhianat ini mak bapak pengkhianat ini serta anak bini pengkhianat ini zuriat dan keturunan pengkhianat ini ditimpa bala dan bencana diazap dihina serta dilenyapkan dari muka bumi ini dgn begitu dasyat sekali.Tidak juga dilupakan kita doakan bersama mak bapak kuncu kuncu yang pengkhianat ini yang memegang jawatan utama dalam negara dan membela pengkhianat durjana negara ini agar terima padah yang sama saperti pengkhianat durjana ini Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari. Kalau marah pun biarlah beriman. Emak bapak, anak pinak, laki bini dan zuriat keturunan yang tidak ada kena mengena dengan kemungkaran yang seseorang itu lakukan janganlah dibabitkan sama. Agama pun tidak menyuruh kita mendoakan kerosakan, kecelakaan dan musibah untuk orang lain. Cukup sekadar memohon hidayah untuk mereka. Maka sekiranya Tuhan kurniakan hidayah selepas musibah, itu adalah kehendak dan ketentuan Tuhan. Yang penting kita jaga hati kita dan berpada-pada dengan mulut kita kerana kita pun tidak tahu rezeki akhir umur, barzakh dan akhirat kita kelak bagaimana. Saya pun jijik dengan gelagat Najib dan konco-konconya. Semoga Tuhan menyelamatkan kita, nenek moyang, ibubapa, keluarga, zuriat, agama, bangsa dan tanahair seluruhnya jua. Aamiin.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Banyak pun duit. Besar pun kuasa. Hidup tak tenang. Tidoq pun payah nak lena...tarak guna oi.

    Kita aje yg nampak Abg Ajib kita ni mcm best...

    Sebenarnya...tak best langsung hidup beliau weyyy...!! Kalau dia ajak aku tukar kedudukkan dia skrg dgn aku...aku tak mao ooo...!! Baik aku mcm ni aje dpd jd Abg Ajib skrg...hehe

    Siang mlm Abg kita ni...tak tenteram kamu tau tak..!!? Hahaha

    Risau kes MO1 1MDB satu hal. Risau hilang jawatan pun satu. Hilang jawatan bermakna hilang kuasa! Risau fikir kes2 yg bertimpa timpa melilit beliau...silap2 hari bulan boleh dalam jugak masuk....!!

    Itu belum kira...risau pasal pemberontakkan dlm parti lg!! Skrg masih le dpt dineutral pakai serbuk2 dedak..sampai bila??

    Paling merisaukan...kalau Kak Ros naik angin mrrajuk dan tak mao main game pokeMOH...payah jugak le...kah kah kah

    ReplyDelete
  13. Najib saperti orang mengidap kanser. Sudah dijangka baki hayatnya. Sakit dalaman orang tak nampak tapi hanya dia yang rasa. Dah tahu memang tak boleh diubati tapi usaha juga dgn berbagai cara. Pengakuan dan taubat lansung tiada padanya. Adakah simpati kita terhadapnya? Rasanya tiada dan sampai sudah takkan kita lupa.

    ReplyDelete
  14. Asyik nak promote pasal memantat aje keje ko ni...!! Kat mana2 blog ada2 aje kepantatan ko ni...puiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dimaksudkan...MISS VEE tu ye...harap maklum...hehe

      Delete
  15. Memang tak ganggu pasal masa tu INSYAALLAH dia dah duduk dalam penjara.

    ReplyDelete
  16. Selepas bersara beliau boleh meluangkan lebih banyak masa menyamar pada waktu malam mencari2 orang2 miskin utk dibantu serta pertolongan sewajarnya. Pelukan mesra kpd org2 tua serta golongan yg kurang bernasib akan menyentuh perasaan dan membawa erti yg mendalam.

    Sebagai lelaki ganteng (bahasa Indonesia), segak dan menawan, tidak ramai yg tahu Najib berjiwa penyayang dan sangat prihatin terhadap rakyat.

    Walaupun sudah lama tidak berkumandang, ungkapan I LOVE PM amat sesuai utk beliau. Atau lebih tepat lagi, spt kata org Pekan.... I LOVE YOU NAJIB...

    ReplyDelete
  17. Nawawi 4 PM....

    ReplyDelete
  18. Najib bersara akan ke penjara
    Tentu dia akan di dakwa
    Mana kan ada hak bersuara
    Tunggu dan lihat kalau tak caya

    ReplyDelete
  19. kisah akhirnya,mereka2 dipenjarakan.selepas satu tempoh dibebaskan dan diberikan rumah PPRT and pencen peon kerana kenang juga jasa mereka yang ada. Dan mereka juga layak mendapat bantuan BRIM and rawatan hospital percuma di hospital kerajaan kelas 3. The end.

    ReplyDelete
  20. Apa jasa najib. Mencuri adalah

    ReplyDelete
  21. Mana ada penyamun yg pencen berani menggangu pengantinya. Nak nahas. Najib ckp mcm orang bodoh.
    Najib kena faham. Dia penyamun duit rakyat Msia. Masa berkuasa,bolih lah arah budak suruhan kau supaya tak dakwa kau. Dh pencen besok, mesti kena dakwa kerana ambik duit orang pencen RM42million dan duit 1MDB RM2.6billion. Duduk dlm penjara Sg Buloh, mana bolih menggangu pengantinya. Tanam sayur dlm Sg Buloh bolih lahhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjara Sg Buluh bolehlah buat persiapan sediakan tanah pertanian untuk mereka yang minat bertani semasa di penjara nanti.

      Delete
    2. Lepas tu sembelih dia dan tanam je bawah batas ubi (dalam jel tak ada C4)

      Delete
  22. Betul tu, amat tepat sekali pendapat pun Tuan Shahbudin, untuk menegur PM semasa mestilah terbulti lebih baik. Dengan prestasi Najib yang buruk, terlibat dengan skandal jenayah merompak wang negara serta menyalahgunakan kuasa, mana ada kelayakan asas untuk menegur. Atau dah sendiri sedar kut, memang tak layak dari segi apa sahaja.

    ReplyDelete
  23. Budin, Najib bukan sahaja hari ni pemimpin yg tak bertanggungjawab malah akan menjadi rangka yg tak bernilai kpd rakyat, kerana dia tak akan ganggu pemimpin ya menyeleweng selepasnya.

    Apa jenis pemimpin yg lahir dari perut UMNO PAHANG ni.???

    ReplyDelete
  24. Dia ni kan jenis bercakap bohong. Kalau dia bercakap tidak mahu ganggu mesti dibaca mahu ganggu. Kalau dia cakap tak rembat duit rakyat mesti dibaca rembat duit rakyat.

    ReplyDelete
  25. Sdr. Din,

    Saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin Umno yg merasmikan mesyuarat agong bahagian.

    Rakyat kebanyakan dan kebanyakan Ahli Umno bukan tunggul kayu sebagaimana hampa ingat. Kami ahli2 umno menyertai umno kerana perjuangan dan dasar2 umno sebagaimana terkandung didalam buku pelembagaan.

    Jangan sesekali bercakap seperti kamu berucap dihadapan orang2 benggong. Ini merupakan satu penghinaan. Ya, saya mengaku yg sesetengah dari kami memang tidak berapa tahu kemelut yg sedang melanda negera ini. Mereka hanya menelan apa saya sampah dan racun yg disuap kedalam mulut mereka. Tampa disedari yg ianya akan merosak seluruh bada n mereka. Orang2 sebegini bukan saja terdapat didalam umno malah berada didalam mana2 parti, Ahli totok.

    Umno adalah sebuah wadah perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara. Itu yg kami faham dan itu menjadi pegangan kami.Kami memang sedar betapa pemimpin2 memerlukan biaya untuk membantu masyarakat yg di pimpin. Tetapi keadaan sudah berubah dimana sesiapa saja yg berada di kelumpok kepimpinan akan cuba mencari kemewahan untuk diri nya sendiri. Tak kira haram halal lagi. Ucapan perjuangan hanya menjadi halua telingga pendengar saja. Sabagai contoh ucapan dari presiden sendiri. Jangan dikatakan dari pembangkang malah dari kebanyakan kami ahli pun rasa nak termuntah. Dia mengaggap kami dibawah ni lembu lembu yg boleh dicucuk hidung. Bangang yg pernah diucapkan satu ketika dulu kini sudah terpalit kemuka dia sendiri. Nak menipu pun tak pandai. Kini setelah segala gala dilakukan terhadap Tun M tidak berkesan dengan tebalnya muka cuba membandingkan kejayaan dia dengan Tun M. Kami pernah berkidmat dibawah Tun M dan kamu. Kami tahu menilai. Kamu cuba memperlihatkan diri kamu sebagai saorang manusia yg putih bersih suci dari segala pertuduhan yg dilemparkan terhadap kamu dan cuba dijilat bersih oleh pembodek2 kamu dari segala najis yg terpalit pada diri kamu. Kepada mereka mereka ingin saya menyedarkan diri kamu iaitu najis tersebut tersangat tebal.Walau bagaimana kuat kami menjilat nya, mungkin nampak bersih tetapi baunya tetap ada.
    Kepada Najib yg mengikuti kamu adalah bayang2 sahaja, hilang cahaya hilang lah ia. Itu keyataan dalam politik. Tiada teman yg kekal dan tiada musuh yg kekal.

    Ahkir kalam jika pembesar umno enggan mengubati penyakit yg dihidapi umno maka kami tidak ada pilihan melainkan mengubati hati hati kami sendir dengan berhijrah. Perjuangan kami tetap tidak berubah demi Agama bangsa dan negara. PEMIMPIN HENDAK LAH MELINDUNGI BUKAN MEMINTA DILINDUNGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sembang bânykla awang kheng oii..mana ada amno berjuang untuk agama..berjuang untuk buncitkan perut dan bawah perut ada laa..ciss

      Delete
    2. Hehe...tau xpe. Buktinya ialah..namakn sorg je pemimpin umno yg x bertambah secara drastik kekayaan nya sblm & slps jd pemimpin umno? Jawapan nya xde..kalau x bapak nya yg kaya ade gak pesen yg cerdik sket..bg anak nya yg kaya raya mcm la rakyat marhaen xde yg cerdik bole pegang syarikat2 gergasi negara.

      Delete
  26. pm
    penyenang masyarakat bukan penyusah masyarakat
    pengganti yang dicari adalah pengganti yang boleh melindungi nya dari di bicara
    rosak betul sorang mansuia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguhnya kesejahteraan kita rakyat biasa telah banyak terganggu oleh selok-belok permainan kewangan Jibby Mappadulung!!! Hanyasanya kita ingin sangat menggantikan mu Ahjibgor dengan pilihan kita orang ramai

      Delete
  27. What he was saying is just part of the game he has been playing with the people for some time now in relation to what has taken place with the 1MDB and the related stories.

    He has never had any intention to vacate the post - instead, he has the intention of giving his last breath while still in office years and years from now! Perhaps after more than 22 years in office? One just has to be better than dear Tun in some ways, heh?

    His aim in mentioning retirement (and previously in having his people to speak to some Tun bloggers about leaving the country shortly for good, etc.) is to ensure that people's antagonism would come down a bit plus (for the former) to bring some pressure towards dear Tun to lead to some fatal near fatal outcome.

    And to give evidence of the very intention to die in office is the fact that he and his partner were paying millions for some treatment or something to look forever young!

    So, dear Shah, I do not think we should be part of the game he and his people have been playing with us Malaysians for some time now. There are always other things for us to do.

    ReplyDelete
  28. Becucuk tanam, tengok MU, melancong dan bermacam-macam lagi lah yang nak buat kemudian - pekara-perkara yang tak sempat dibuat yang akan mengisi masa yang nescaya akan datang lambak-lambak kemudian.

    Berapa kerat sahaja agaknya orang Malaysia yang boleh bercucuk tanam, tengok MU dan melancong pada hujung usia mereka? Kalau ada tabungan pun tak menang pun; sentiasa kalah kepada susutan nilai disebabkan durjana inflasi yang seolah-olah tak boleh dibendung lagi sekarang ini. Sudah pasti tak semacam yang dialami Sahara Yaakob: usah lah cakap pasal cucuk tanam, tengok MU atau melancong kalau soru pun dah miss.

    Berapa ribu atau juta orang kah yang ada macam Sahara Yaakob yang hidup mereka yang boleh dikatakan merempat? Kerajaan ni nak ambil pusing ada berapa ribu atau juta orang?

    Baru-baru ini terbaca oleh saya warkah Azrene Aziz yang bercerita tentang pada suatu hari nanti suatu "makhluk" akan datang mengetuk pintu dan bertanya, "Dah bayar hutang atau belum?".

    Sebelum itu saya ada buat komen kat sini, Shahbudin.com, tentang 1MDB. Saya rujuk kepada hutang 1MDB yang mahu tak mahu rakyat Malaysia akan bayar selama 25 tahun (sempat untuk mendapat seorang cucu!).

    Dalam komen saya telah aju satu soalan: berapa juta kah rakyat Malaysia telah melafazkan ayat, "Aku tidak redha walaupun 1 sen duit 1MDB yang dicuri".

    Bulu roma di tengkok saya mencanak untuk seketika apabila saya baca warkah Azrene. Dalam basa omputih, chilling.

    ReplyDelete
  29. Betullah tu. Dah penat menabung duit dari hasil titik peluh rakyat. Sounds very ideal, apa kata harini jer letak jawatan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...