Thursday, 11 August 2016

SYUKUR KEPADA TUHAN


Alhamdulillah, Tun Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di IJN kerana jangkitan kuman, tidaklah berada dalam keadaan yang membimbangkan kita semua.

Beliau nampaknya cuma demam biasa-biasa saja dan sekarang keadaannya boleh dikatakan sudah pulih sepenuhnya. Namun, atas nasihat doktor, beliau mungkin perlu untuk berehat lagi.

Dari katil IJN, Tun Mahathir bukan saja terus menulis melalui blognya, malah masih mampu mencabar Najib untuk berdebat dengannya mengenai pentadbiran negara.

"Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulilah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran televisyen secara langsung.

"Perbahasan hendaklah mengenai mentadbir negara. Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya.

"Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya," demikian antara tulisan Tun Mahathir yang dipetik daripada blognya, chedet.cc.

Mudah-mudahan Najib tidak demam secara tiba-tiba dengan cabaran dari katil hospital ini!! (SH 11/08/2016).

71 comments:

  1. MO1 ada ilmu BEBAL SELAMBA peringkat paling tinggi di dunia, saya yakin dengan selambanya saja MO1 akan buat bodoh terhadap cabaran Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemuda DAP hari ini menolak kerjasama dengan parti politik yang berlandaskan kaum seperti parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan berkata ia tidak berbeza daripada Umno.

      Jurucakapnya Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya hanya akan terus bermaharajalela di negara ini.

      “Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

      “Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya menerusi kenyataan.

      Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu yang dikenali dengan nama singkatan “Bersatu” itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

      Beliau berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

      Yoke, pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, berkata dasar kaum Bersatu itu merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi.

      “Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara Umno dengan Bersatu.

      “Dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib” tegasnya.

      Delete
    2. Lancau lah yoke. Lu pi undi pas lah. Nagamlah... lu Buaya Pas ular sama sama tak boleh dipercayai.

      Lu mau ajar orang ker? Lu tengok lu punya parti dulu laaaa yoke.

      Orang punya parti orang punya suka lah.

      Lu apa susah? Kalau lu punya punggong gatal lu pi car wash sanalah suruh vaccum.

      Delete
    3. Isu Laporan Sarawak Report, bila keluar sahaja laporan palsu tersebut, terus kita dapat lihat parti mana yang amat gembira dengan fitnah ini.


      Mereka baca, dan terus telan bulat bulat cerita itu. Kalau jenis ikan, ia tak perlu bubuh umpan, cukup dengan lempar mata kail sahaja ke air, terus ditelan, dengan tali tasi dan batang kail sekali.


      Mereka jaja dan sebarkan fitnah tersebut. Gembira bukan kepalang. Ini peluru besar kata mereka.

      Habis group whatsapp dan laman facebook disebar. Kalau mereka ada saluran TV, boleh kata setiap 5 minit sekali mereka akan buat Berita Terkini tetapi hanya akan melaporkan berita RM90 juta ini sahaja. Ya, orang tengah gembira.

      Kurang 24 jam, Sarawak Report membuat laporan kedua, bahawa mereka tidak pun memiliki apa apa bukti akan dakwaan RM90 juta. Ia sekadar laporan daripada 'cakap cakap orang' sahaja. Portal ini sudah berbelit di penunggul sendiri.

      Ibarat lembu berbelit tali, nak angkat kepala tak boleh, nak makan dan minum lagi tak boleh. Ya, tali membelit leher sendiri.

      Parti ini merasa malu. Ya, mereka tadi siangnya galak menyebar fitnah daripada penulis yang kafir. Takdan lama, terbukti berita ini palsu semata. Malu.

      Tapi kita parti yang takkan kalah. Terus dilanjutkan pula, bila mahu PAS saman akan portal ini? Hari apa? Selasa juga ke tanya mereka? Penuh nada sinis dan sindiran.

      Jawapan TITM dibalas dengan sindiran. Tiada apa yang dapat memuaskan hati mereka terhadap PAS. Benci mereka kepada PAS, melebihi bencinya mereka kepada UMNO.

      Ini kisah semalam dan hari ini.

      Minggu lepas dan bulan bulan sebelumnya, parti ini kekal hidup dengan fitnah dan andaian.

      Fitnah isu balak.

      Fitnah kereta mewah pimpinan PAS.

      Fitnah isu air.

      Fitnah Kg Laut.

      Fitnah Krabi.

      Fitnah Sarawak Report.

      Dan yang paling agung adalah fitnah UG. Ini paling lama. 8 tahun mungkin lebih. Namun kekal mereka percaya walaupun hingga sekarang tiada apa yang berlaku. Ini dasar parti mereka. "UG is Real" katanya.

      Parti ini akan terus wujud. Insyaallah. Selagi mana adanya isu, utk dibuat fitnah, ya mereka akan terus mantap dan bergerak, mara ke hadapan.

      Tuan tuan tahu parti mana?

      Delete
    4. Loke....cermin muka kamu dulu sabelum bercakal parti perkauman...lu ingat org melayu tak kenal siapa DAP?
      Kamu ini lebih barua dari PAs....jika depan org melayu lu cakap Dap parti pelbagai kaum konon nak perbodoh melayu dan india....bila pegang jawatan...yg penting beri cina....poorahh lu...

      Delete
    5. Anon 12.30...Orang macam kamu ini disukai oleh semua Presiden Parti dan Semua Isteri Yg Curang.
      Kamu termasuk dalam golongan 'Lurus Bendul'...kamu tetap setia dan percaya pada org yg kamu puja dan sayang.
      Jgn begitu kawan, Allah kurniakan kita akal yg cerdik, bila kita dapat berita buruk, siasat lah pada semua sumber maklumat jgn terus terima penuh cakap org yg kena tuduh.

      Delete
    6. PAS negeri-negeri terus menyatakan bantahan terhadap dakwaan RM90 juta disalurkan kepada pemimpin parti itu oleh Datuk Seri Najib Razak.


      PAS Kedah pula berkata dakwaan berdasarkan “kecurigaan meluas” itu tidak berasaskan bukti atau fakta dan berniat jahat.

      “Ini kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh sebuah media yang boleh disifatkan sebagai penyalahgunaan medium.

      “Malah, ia nyata bertentangan dengan etika profesionalisme entiti media.

      “Oleh itu, ia layak dilihat sebagai satu jenayah,” kata pesuruhjayanya Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi merujuk laporan Sarawak Report pada Sabtu.

      Laman pembocor maklumat itu mendakwa Najib berjaya 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang dengan RM90 juta mengalir secara meluas kepada pemimpin atasan parti Islam itu sejak beberapa bulan lalu.

      Selepas diancam saman, pengarangnya Clare Rewcastle Brown semalam menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

      Beliau membangkitkan pendekatan PAS yang tiba-tiba mesra kepada Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' (raja wang tunai) dan dikaitkan dengan amalan korup.

      Sarawak Report yang berpangkalan di London itu memainkan peranan penting membocorkan dakwaan-dakwaan berkaitan kontroversi 1MDB dan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.

      Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkan nama perdana menteri dan Najib sendiri menafikan menyalah guna wang untuk kepentingan peribadi.

      Dalam kenyataannya, Ahmad berkata, mutakhir dilihat terdapat pihak-pihak tertentu menjadikan fitnah sebagai permainan, suka-suka, olok-olok serta gurauan.

      “Ia berpotensi besar mengundang ancaman dan keburukan terhadap pihak yang difitnah, sedangkan pemfitnah bersikap sewenang-wenangnya,” katanya.

      Ahmad Fakhruddin juga menyokong cadangan supaya PAS menyaman laman itu.

      Delete
    7. Bila nak saman?
      Nak tunggu hari selasa?
      Orang pas yg tongong tongong tu bolehlah diauta dan diuntakan dan dipujuk manja oleh tuang presideng yg selalu tuang kerja tu.
      Tuang Presideng kata undi pas masuk syurga pun mereka percaya bulat2.
      Tuang presideng suruh angkat bai'ah supaya menceraikan istri talak tiga pun diaorang ikut.
      Kalau tuang presideng kata makan taik masuk syurga mesti diaorang makan.
      Ikut membabi buta saja. Sedangkan babi pun tak buta.

      Delete
    8. “Raja Petra Kamaruddin, dedahkan Anwar Ibrahim terima dana RM600 juta pada PRU13 daripada NGO Yahudi di Amerika Syarikat untuk merampas Putrajaya.

      Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohd Ezam Mohd Noor, dedahkan Pakatan Rakyat dan PKR terima dana ratusan juta daripada yayasan milik Zionis, pro-Israel seperti Al Gore Foundation, National Endowment for Democracy (NED) dan National Democratic Institute(NDI).



      Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dedahkan, Anwar pernah memohon dana daripada Yahudi melalui syarikat milik Anwar sendiri yang berpangkalan di US iaitu Anwar Ibrahim & Associate. Surat dihantar kepada NED, AccountAbility dan Soros Fund Management.


      Bekas Pengarah Strategik DAP, Mohamed Razali bin Abd Rahman dedahkan, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak USD300 juta untuk PRU13 kepada DAP melalui wakil Duta Israel di Singapura.

      Dedah Razali lagi, sumber kewangan terbesar DAP di Selangor adalah daripada ‘black economy’ seperti rumah urut, tempat pelacuran dan penyeludupan di mana ‘cukai’ dibayar kepada DAP.

      Singapura mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

      Perhubungan Singapura dan Israel bagai adik beradik malah doktrin ketenteraan dan polis mereka diasaskan daripada rejim Zionis itu berikutan kedudukannya dikelilingi negara Islam dan Singapura mengambil langkah yang sama.

      Bayangkan, jika Malaysia jatuh kepada tangan PKR dan DAP. Tentu sekali si penghutang budi terpaksa akur dengan si pemberi budi. Lihat apa yang sudah terjadi di beberapa negara di Timur Tengah sehingga sukar dibendung hingga ke hari ini.

      Tentu sekali ada pihak yang mahu kepentingan Islam dipelihara agar tidak jatuh ke tangan boneka Yahudi.

      Delete
    9. Apakah Claire akan memperolehi bukti2 tersebut pada masa-masa mendatang? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Apa pun buat masa sekarang malas la nak bercerita macam ye ye sangat PAS terima 90 juta. Benda terawang2an macam neh nak pegang sebagai fakta apakah logik.

      Dan PAN, tak payah la tunjuk sangat sikap dengki korang tu. Nak jadi wakil PAS dalam menyaman Sarawak Report konon. Sedar la sikit buat masa sekarang tumpuan korang ialah menambat kepercayaan dan keyakinan pengundi.

      Bagaimana?

      Kurangkan buat kerja2 kontroversi yang tak mendatangkan faedah ke atas imej parti, tingkatkan prestasi parti, buktikan kemampuan bahawanya korang parti yang berkelayakan untuk dipangkah rakyat pada PRU ke 14 kelak bagi menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

      Masalah PAS dibayar 90 juta atau tak dibayar neh, biarlah dorang bertekak dengan Sarawak Report sampai mati. Korang tak payah semak kat situ. Bukan masalah korang. Telah dinoktahkan dalam ahti bahawa kedudukan PAS ialah pembangkang pada PH sama seperti kedudukan BN. Bukan kah itu yang menjadi pendirian korang? Najib yang membayar tak pula diperli diserang tetapi yang menerima je korang ratah sakan? Kebencian ini berdasarkan dendam peribadi ke?

      Tindakan korang tu sebenarnya buatkan ketawa Najib makin besar. Ya, makin besar. Tak boleh fikir ke?

      Berita dilaporkan pada hari sabtu brader.
      Hari sabtu.

      Najib bayar 90 juta. Kepada PAS.
      Yang kontroversi dan jadi keutamaan ialah pihak yang terima bayaran. PAS.

      Najib yang membayar, macam mana?
      Disenyapkan pula? Yang membayar bukan isu ka?

      Kenapa tak laju2 pula peguamnya menafikan?
      Keluarkan kenyataan rasmi, kenapa?

      Hadoi.

      Jauhla lagi la puak2 pembangkang neh nak tadbir Malaysia. Geleng kepala je tengok kebodohan mereka neh. Menyesal plak terikut2 dulu. Nampak sangat kebebalan aku disitu.

      Delete
    10. Najib terima 2.6 billion dari raja arab..raja arab kena jadi isu?kedudukan 90juta memang blm jelas..nama dah tercalar..ape perlu buat?nafikan saje?samanlah bro..dengan bukti laa

      Delete
  2. Org Melayu ni rata2 jenis bebal tahap gaban. Mengapa ada yg bersusah payah nak tolong?

    Biarkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka dgn cara bebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kamu rasa orang melayu menyusahkan elok kamu balik negeri datuk kamu dulu....ada org macam kamu buat menyemak m'sia.
      Malaysia negara melayu...kerana ada keturunan lain lah m'sia rosak...spt contoh ada keturunan bugia...

      Delete
    2. yg dituduh dan dicurigai secara meluas itu adalah pemimpin peringkat tinggi PAS. Kenapa pulak ahli PAS bawahan yg sibuk nk pertahankan. Sepatutnya ahli bawahan kena bertenang macam TGHA tu. Kalau benar, apa nk takut. Yang walaun tu jadi kecoh cam dia aje yg terima wang itu. Lagi pun, terima wang derma walau dari musuh politik tak jadi kesalahan....

      Delete
  3. Selimutkan aku labu. Brrrrr, selimutkan aku labu,

    ReplyDelete
  4. Selimutkan aku labu. Brrrrr, selimutkan aku labu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud selimutkan aku.. Harap tidak sama maksud spt nabi muhammad minta diselimut ketika menerima wahyu pertama.. Harap takda yg permain2kan kejadian wahyu pertama dgn situasi politik.. Jgn ada yg main2kn islam walau dlm komen..

      Delete

    2. 6.46,

      Yang dirujuk oleh 01.15 tu adengan filem Labu dan Labi la.

      Yang kau pi melencong ke tempat lain tu apa hal.

      Delete
    3. Entah, tak pick up la. Tak Pernah Tgk cerita p.ramli kot

      Delete
  5. Dialog daripada filem Do Re Mi,....."badan saja besar,...otak kecik".Sangat sesuai untuk Bugisman yang tak ada teloq.

    ReplyDelete
  6. PM muka selamba tu. Aku yakin 100% tak nye berani. Paling kuat pun Salleh Kruak yang di suruhnya berdepan dgn Tun. Hah hah hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keruak nak berdebat macam mana?Cakap sebutan pun tak betul.

      Delete
    2. Buat apa nak berdebat dgn karabau. Dia bukan faham pun

      Delete
  7. Yang pasti pundekar boges hanya tinggal nama, x berani berdebat.anggaplah cabaran TDM yang sedang telentang dihospital akan dijawap oleh macai-macai dan balaci-balaci kleptokrasi.pelik tapi ajaib, derang fikir rakyat tidak mampu humbankan pemimpin kleptokrasi kedalam sg buluh?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sekurang2nya Bugis ni masoh Melayu nya. MAMAK ni aku tak tau nak kata Melayu ka apa. Melayu ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny lau

      Lu mau masuk sini cakap baik baiklah.

      Pergi potong lu punya lancau dulu kalau mau masuk melayu. Sini bukan najis punya tempat.

      Najis punya tempat di mykmu.

      Delete
  10. Sekurang2nya Bugis ni masih ada Melayu nya. MAMAK ni aku tak tau nak kata Melayu ka apa. Melayu ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny,

      Nyata tak dalam pengtahuan kamu, tak luas pemandangan kamu, tak bijak komen kamu.

      Kamu tak tahu pun bahawa Tun M ada lah 75% Melayu. Dia sendiri mengaku begitu, mengatakan yang darah India ia lah datuk nya, berasal dari Kerala, tapi kahwin dengan Melayu di negara ini. Ada di tulis nya dalam blog nya Chedet cc.

      Boleh nak keluarkan komen, tapi yang berdasarkan fakta lah, kalau tidak kamu di caci dan di keji.

      Kamu memang lah sokong Najib sebab dia tak tonjolkan sangat hal dia Melayu. Sebalik nya, dia kata dia Bugis, "jugak pendatang", konon nya nak ambik hati kaum pendatang di negara ini.

      Tapi Najib tak sedar bahawa dengan itu dia telah menjatuhkan maruah Melayu dan selalu terbaca kejian di atas nya sebab ini.

      Aku khuatirkan bahawa dengan bermacam kutukan, cacian dan kejian di atas nya, akibat penyelewengan 1MDB dan pengsonglapan berbilion Ringgit masuk akaun bank dia, anak tiri dia dan kroni dia Jho Tek Lo, dia akan dapat Tsunami Melayu di PRU14, menambah kapada Tsunami Cina yang korang dah kasi dia di PRU13.

      Namun demikian, ada sikit keraguan kamu bukan Cina, ha nya Melayu yang menyamar sebagai Cina, dah berlajar cara DAP Red Beans.

      Delete
    2. Definasi istilah Melayu ada di nyatakan di Perlembagaan negara - beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mempraktik cara hidup Melayu secara harian.

      Selain dari itu, ada buku buku yang di terbitkan Persatuan Sejarah Malaysia yang menerangkan betapa banyak dan ramai nya apa yang di katakan "Rumpun Melayu", yang berjumlah 350 juta di dunia ini (termasuk di Indonesia dan Philippines), yang berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu (The Malay Archipelago) ini, di rekod dalam sejarah sebagai wujud sejak lebih 6,000 tahun dahulu.

      Baca lah buku buku

      1. Tamadun Alam Melayu
      2. The Malay Civilization

      yang boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL. Atau di Muzium Negara.

      Persatuan Sejarah itu telah di tubuhkan sejak zaman kolonial lagi. Ahli2 dan Jawatan Kuasa mentadbir nya sekarang termasuk professor professor dalam berbagai disiplin, termasuk pengajian Melayu (Malay Studies), sejarah (History), pengajian bahasa (linguists - yang banyak peranan dalam penentuan bangsa manusia), pengajian asal usul manusia (anthropologists), pengajian bahan bahan sejarah (archaeologists), pakar sains dan DNA.

      Teori mengatakan Melayu bersal dari Yunan (ada juga yang mengatakan dari Taiwan), yang di kemukakan oleh pihak pihak Barat di tahun 1930an hingga 1950an sudah tak laku lagi sejak tahun 1960an bila ramai pakar pakar di Timur, termasuk pakar pakar tempatan, timbul, dan pengkajian di rantau ini di pesatkan.

      Delete
    3. Kesian Danny,
      Pagi pagi dah mabuk dedak....ha ha ha

      Delete
    4. Manusia, kalau banyak makan hasil daripada sumber-sumber yang haram dan meragukan, memang akan jadi tak tentu hala macam Danny ni.

      Delete
    5. Danny Lau....kamu ini lagi jenis tak guna, bila masuk kristian terus tinggal pesan nenek moyang.
      Jenis kamu ini jika boleh mahu buang perkataan 'Lau' supaya nampak keturunan orang putih.
      Ada hati kamu nak ungkit keturunan org lain....muka tebal berapa inci?...makan dedak basi tahap tiga...inj mca punya geng....ditolak oleh bangsa sendiri....tapi masih lagi berlagak besar..

      Delete
    6. Atuk tun m yg india.Neneknya Melayu.Bapaknya dah kira Melayu atau separuh Melayu.Maknya Melayu betul keturunan wan mat saman dari susur galur mahsuri.Kiranya tun bukanlah mamak atau india muslim seperti yg org2 rasis selalu gembar-gemburkan.Cuma ada sikit darah campuran.Biasalah orang kahwin campur.Janganlah jakun sangat.

      Delete
    7. Setahu saya melayu ni dtg dari jawa kan. Gamaknya la.

      Delete
    8. Setahu saya melayu ni dtg dari jawa kan. Gamaknya la.

      Delete
    9. Jawa datang daripada mana pulak?

      Delete
    10. pomenbawahpokok oi melayu malaysia ni mai dari tanah melayu la...mana lagi

      Delete
    11. Ye ke, setau saya org Dari jawa masuk melaka Dan tersebar yang johor Ngan selangor lanun. Bapak saya bugis banting. Kelanang, ha tu memang bugis betul, Pasal tepi laut. Saye dengar je. Tak tau la betul ke tak

      Delete
  11. Semoga Allah SWT merestui segala usaha murni TDM dan diberi kesihatan yang baik.Ammin!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahir Rahmanir Rahim

      Mereka itu tidak sama; di antara Ahli al-Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus: mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, dan mereka juga bersujud pada salat malam. Mereka beriman kepada Allah dan Hari Pengadilan; mereka itu menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah dari yang mungkar, dan bersegera mengerjakan pelbagai kebajikan - mereka itulah yang terkumpul dengan orang yang salih.

      (surah Ali Imran, 113-114).

      Delete
  12. To Anon 0610
    Si Danny lau tu sebenarnya orang melayu
    Kulit sawo matang juga
    TAPI malu nak ngaku melayu dan bersembunyi menggunakan nama kaum CAI...

    ReplyDelete
  13. Tun mempamerkan sifat sebenar seorang pejuang dan pemimpin. Dalam apa keadaan pun beliau terus istiqamah dengan apa yang diperjuangkannya tanpa perlu dibentengi oleh pemakan dedak, tukang kipas dan penjilat tapak kasut. Bravo Tun, semoga segera sembuh.

    ReplyDelete
  14. Buang masa saya cabar pahlawan bugis ni.

    Pahlawan bugis mana ada telor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...telok kemuruk najib mana ada...dah pecah...sedunia sedang menghidu keharuman kebauwan telok kemuruk Najib tu....

      Delete
  15. Aminsyukur tun m
    Pejuang negara bangsa
    Jatiri seluruh jiwa raga

    ReplyDelete
  16. Tiap tiap hari debat berlaku dalam Blog, media massa, FB dan kedai kopi, berbulan lamanya. Semua fakta dan auta diketahui umum. Apa guna PM berdebat sejam dua. Tidak bertanggung jawab jika ia berbuat demikian.

    ReplyDelete
  17. Diantara Umno dan Pas yang mana lebih disukai Dap?

    Sudah tentu semua sudah mengetahui jawapan bagi persoalan diatas, Dap sememangnya lebih menyukai Umno berbanding Pas. Sebagai bukti, cuba perhatikan statement terbaru oleh pimpinan Dap P.pinang yang menyatakan Pakatan Harapan perlu bersedia menghadapi 3 penjuru. Pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemenangan mudah kepada BN. Ini bukti pertama yang Dap lebih menyukai Umno berbanding Pas.


    Sebenarnya tidak perlukan bukti pun untuk menunjukkan Dap lebih sayangkan umno. Secara logiknya memang begitu. Aliran pemikiran umno lebih dekat dengan mereka tengoklah gaya anak-anak pimpinan umno.So tak timbul persoalan kenapa Dap lebih sukakan umno kerana logiknya begitu.

    Lim Kit Siang sendiri pun pernah mengajak BN untuk bergabung dalam gerakan selamatkan Malaysia yang dipeloporinya sewaktu isu hudud heboh dahulu. Waktu tu isu 1Mdb telah pun meletop. Gambaran mudahnya begini walaupun umno terpalit scandal berbillion sekalipun, bagi dap umno tetap lebih baik dari Pas. Jika terdapat 1 trillion scandal pun Umno tetap lebih baik dari Pas.

    Kenapa?Kenapa jadi begitu? sebabnya Pas menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan. Sebab itu Pas tetap jahat di mata mereka.

    “Dap tak mahu umno mati cukuplah mampu muhasabah dan berubah”ini kata-kata Lim Kit Siang setelah Demo “duit neraka” oleh orang umno. Manakala Nga Kor Ming pula “ Semangat raya, Nga maafkan demo “duit neraka”. Rupa-rupanya dalam diam Dap ada menyimpan perasaan terhadap umno.

    Setelah orang rapat mereka keluar dari Pas, serangan pertama dari Dap hadir dari Setiausaha agung mereka iaitu anak Lim Kit Siang “ Dap perlu ada untuk halang Pas buat JAHAT’’. Berdasarkan article Malaysiakini 3 kali anak Lim Kit Siang ni sebut perkataan Jahat kepada Pas. Apa yang jahat sangat Pas ni?

    Pas ada terpalit dengan scandal berbillion?Takde pun. Pas jahat kerana ingin memartabatkan Islam. Pas jahat kerana memperjuangkan undang-undang Islam.

    Mengikut kaca mata mereka Pas ini Jahat. Sejahat-jahat Pas, Pas tidak pernah berdemo dengan “duit neraka”. P Ramasamy!..Sejahat-jahat Pas, Pas tidak pernah berdemo dengan membawa kepala Lembu. Ada dikalangan pemimpin Dap mengatakan ia perbuatan ektrimis. Adakah demostrasi tersebut daripada Pas?

    Dulu Pas mengadakan perhimpunan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Myamar untuk menyatakan bantahan orang islam Malaysia diatas kekajaman dan kezaliman puak Rakhine yang membunuh orang islam di sana. Jika kami ini seperti apa yang kamu bayangkan sudah tentu kami merempuh pagar kedutaan tetapi sebiji batu pun tidak melintasi pagar kedutaan Myammar.

    Walau diberi seribu bukti pun Pas tetap jahat pada pandangan mata kamu. Walaupun kebanyakan ahli dan pimpinan kami ramai berkopiah dan berserban manakala wanitanya bertudung labuh dan berjubah kami bukan Taliban.

    Dalam Pas ada ahlinya yang engineer, doctor, peguam, akauntan dan bilangannya bukan sedikit malah pakar penerbangan pun ada Dr. Ahmad Samsuri. Jika kamu berbangga ada ahli kamu yang mendapat A dalam subjek Calculus. Untuk pengetahuan kamu dalam Pas ada yang dapat A+.

    Walaupun kulit kami tidak seputih kamu Dap, kami juga tetap mampu berfikir secara rational. Malah pimpinan kami lebih rational daripada kamu.

    Jika kita tanya kepada Dap diantara Umno dan Pas yang mana lebih baik? Jawapannya tetap umno, Dan Pan dijadikan senjata untuk jatuhkan Pas.Tapi Pas takkan jatuh malah akan semakin kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 0903,

      Buka blog sendiri la.
      Orang cerita pasal lain la.apa yang ko merepek ni.

      Delete
    2. Pas sudah makan RM90 juta mesti kukuhlah. Tapi apa yg kukuh?
      Ilmu dgn iman ker atau kukuh sebagai macai tegar umno seumur hidup.

      Amalan pas pun dah sama dgn umno skrng ni. Cash is King.

      Hudud tu hanya perhiasan dan sandiwara pas semata mata agar parti tu tak mati.

      Janji perut kenyang hati senang. Selagi hidup selagi tu boleh temberang.

      Modal hanya isle. Isle kepala bapak kau!!!

      Delete
  18. Di saat indonesia nak turunkan cukai perniagaan sehingga 17% (menyamai singapura), kita masih bergelut dengan masalah politik dalaman. Kilang banyak sudah/akan ditutup, sykt asing banyak cabut keluar, rakyat ramai kehilangan pekerjaan..perdana menteri pula selaku menteri kewangan sibuk cari jalan sedut duit rakyat melalui pelbagai cara. Diberi alasan kejatuhan harga minyak sebagai faktor utama. Padahal kutip dari rakyat lebih banyak dari kutip melalui petronas. Masih tak sedar ke najib? Atau kau memang PM haprak takde idea majukan malaysia? Malaysia dah ketinggalan jauh sbnrnya disebabkan kedegilan najib utk letakkan jawatan..

    ReplyDelete
  19. Diharap parti baru Bersatu & Amanah dapat bergabung lawan pas dan umno di kawasan majoriti melayu islam. Rugi kita sekadar masuk pilihanraya & tunjuk kita ada beberapa kerat penyokong. Silap2 jadi pertandingan beberapa penjuru & pembangkang kalah. Bergabunglah / jalinkan kerjasama..jgn bergaduh pasal kawasan dlm pru 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.... demi perjuangan menegak kebenaran, harap kedua2 pemimpin Bersatu & Amanah dapat mencapai kesepakatan.

      Delete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Get well soon Tun, we need you

    ReplyDelete
  22. Doa moga Tun M segera sembuh dan terus berjuang menentang kebatilan yg sedang Di lakukan oleh Najib penyamun dan konco2 nya. Mohon bekas2 menteri2 supaya beri sokongan pd Tun M, agar dpt buka mata rakyat akan kerosakan yg sedang di lakukan oleh Najib kpd negara kita Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa busuk tak akan Di makbulkan..

      Delete
  23. Anon 11.39...
    Ini sekor lagi bugis mabuk ketum.
    Ini bukan tempat jual ubat.

    ReplyDelete
  24. Alhamdullilah dengan amalan disiplin rehat,ubatan ,doa serta izin Allah semoga YB Tun semakin pulih dan sihat kembali,insyaAllah.

    ReplyDelete
  25. Tg razali dah meroyan pasal bersatu
    Tg adnan dan sewel pasal bersatu
    Semua balaci najib dah kepanasan
    Sinar dah buat bancian bersatu tertinggi
    Kj takut dah dgn aura bersatu
    Dap pun takut rasis
    Mic makuk todi
    Mca tak dapat projek
    Pkr tak dapat pm
    Pas makan dedak

    Kecoh dah politik msia

    EMPAYAR BARU BETSATU tun m dan tsmy
    Telah memulakan jajahan dan takluk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah target tarik ahli pas, Bersatu target tarik ahli umno. Kebanyakannya dun/parlimen luar bandar majoriti melayu. Kalau bergabung, ada peluang menang. Kalau tak jd bergabung, jgn gaduh masa pengagihan kerusi PRU 14. Rakyat tak sanggup tunggu PRU 15 baru pembangkang nak sedar. Dah terlambat sgt. Rugi masa, wang ringgit dan tenaga. Jika najib terus berkuasa, entah apa kecelakaan lg bakal dibawa kpd negara kita.

      Delete
  26. Dalam satu jawapan balas, Claire Newcastle Brown memperjelaskan bahawa laporan tersebut bersandarkan kepada 'syak-wasangka'.

    Yakni, belum lagi menemui bukti yang konklusif bagi menyokong dakwaan.

    Ini bermaksud, para penyokong PAN/PH seharusnya bersabar sehingga bukti berjaya dikemukakan. Dalam mana-mana pertuduhan ke atas pembangkang oleh mana-mana pihak, pandai pula mereka mempersoalkan mana-mana pihak yang gagal mengemukakan bukti jelas sebenarnya sedang melakukan fitnah ke atas pihak yang dituduh tetapi kenapa pula dalam soal PAS menerima bayaran 90 juta, mereka tidak berpegang kepada prinsip yang sama? Flip flop apekah ini? Kita patut bincang perkara ini secara mendalam hanya selepas bukti dihadirkan di hadapan kita terlebih dahulu.

    Tidak dinafikan dakwaan itu sedikit sebanyak ada asasnya apabila kita menilai kepada tindakan Hadi sejak akhir-akhir ini. Tetapi syak wasangka bukan bukti dan tidak boleh dijadikan bukti.

    Kenapa tidak kita tunggu bukti selanjutnya atau mendesak sahaja Claire untuk mengemukakan bukti yang menyokong dakwaannya itu? Pun begitu, Claire sendiri mengakui bahawa kenyataannya bertitik tolak atas perasaan syak wasangka. Ianya tidak berpandukan kepada bukti.

    90 juta kot. Apakah Najib mahu beri 90 juta kepada PAS? Dengan wang sebanyak itu lebih baik dia upah team propaganda bagi meranapkan Pakatan Pembangkang termasuklah PAS.

    Jika kita teliti kepada laporan itu, ditulisnya Claire bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wang disalurkan kepada beberapa pihak berkepentingan dalam PAS.

    Pertama. Disalurkan bagaimana? Cash, bank in, cash deposit? Ada tak dinyatakan oleh Claire?

    Kedua. Siapa pemimpin2 yang dimaksudkan? Kenapa tidak dinamakan?

    Ketiga. Tujuan disalurkan bagi memecahkan Pakatan Pembangkang.

    Hello, Pakatan Pembangang kita neh dah berpecah sejak tahun 2013 lagi. Babak-babak pra perpecahan ialah sebelum PRU ke 13. Selepas PRU ke 13, pertindihan kerusi, hudud, isu Anwar, Khalid, Azmin dan Kajang Movie ialah isu2 yang menyebabkan Pakatan Pembangang semakin bergolak dari sehari ke sehari.

    Tak perlu Najib bayar 90 juta pun.

    Bodoh-bodoh watak2 tertentu dalam pembangkang pergi ranapkan kerjasama di antara mereka.

    Beberapa bulan yang akhir ini tidak pula PAS bersama PH. Bahkan semakin menjauh selepas tertubuhnya PAN.

    Maksud aku kat sini ialah, alasan pembayaran 90 juta itu tidak cukup kuat.

    Jika dibayar 90 juta bagi memastikan PAS melakukan tindakan2 yang membuatkan umat Islam akan membenci PH, ada logiknya disitu.

    Tetapi sekali lagi, syak wasangka bukannya bukti.

    Dan pihak yang dituduh tidak pula patut dipertanggungjawabkan untuk membuktikan apa yang dituduh ke atas mereka.

    Yang menuduh la patut membuktikan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abaikan pas..mereka buat pilihan untuk asingkan diri. Tak payah pening2 kepala. Besok lusa bila pas makin mengecil, hilang dun dan parlimen, baru mereka akan sedar nak tadbir malaysia tak boleh ego keseorangan.

      Delete
  27. Parti Bersatu pun belum diluluskan oleh ROS, Ku Nan sudah panik dalam ketakutan, dengan mengatakan DSMY tidak boleh mengunakan perkataan Bersatu bagi parti baru ini.

    ReplyDelete
  28. Betul kata ku nan tu, memang tak blh guna nama bersatu sbb apa, macamana pada perhimpunan agong nanti nak menyanyi lagu umno bersatu kita bersatu setia berganding bahu. Nak kena tukar dari bersatu ke bersapu kita bersapu kot. Susah susah macam ni

    ReplyDelete
  29. Ko pi sapu jubur ku nan lah. Ular sawa umno tu.Dah buncit perut dia makan duit rakyat

    ReplyDelete
  30. Tengku penipu tu.
    Tanya orang tua2 kat kampong baru kuala lumpur tu. Semua orang tau siapa adnan mansur tu.
    Mak bapak dia pun bukan tengku.
    Dia saja yg tiba2 jadi tengku bila masuk umno.
    Betul2 penipu punya manusia.
    Muka dia pun sebijik macam Belanda

    ReplyDelete
  31. Fuh,,,seronok betui nampak geng pan,,,Putrajaya dapat kat hangpa la lps ni, pas dan umno kalah habis...( mimpi org pan akibat mabuk tahi anjing lim Guan Eng.. Kah kah....

    ReplyDelete
  32. YBhg Tun saya sekeluarga mendoakan agar Tun cepat sembuh dan meneruskan perjuangan rakyat aaammmmmiiiiinnñn

    ReplyDelete
  33. YBhg Tun saya sekeluarga mendoakan agar Tun cepat sembuh dan meneruskan perjuangan rakyat aaammmmmiiiiinnñn

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wbt. Tun saya mendoakan Tun sehat dan kembali semula untuk meneruskan penerangan tentang isu isu semasa yang melanda ini.

    Kami sentiasa di belakang perjuangan Tun. Hidup Tun Hidup Bersatu.

    Hidup bersatu hidup TUN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...