Petang ini akan berlangsung perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran Persatuan Mahasiswa Melayu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dijangka akan turut hadir memberi sokongan dalam perhimpunan tersebut. Dilaporkan juga bahawa Tun Mahathir Mohamad akan hadir sama sebagai memenuhi jemputan dan untuk memberikan sokongan.
Bagaimanapun, gerakan baju merah yang sebelum ini bertekad mahu menunjukkan bantahan terhadap himpunan #Tangkap MO1 telah membatalkan hasrat mereka.
Alasan yang diberikan kononnya ia hanya perhimpunan budak-budak kecil yang tidak mungkin disertai ramai orang.
Ia tidak akan berjaya seperti himpunan Bersih, paling tidak 100 atau 200 orang akan hadir. Kalau berjaya menghimpunkan 1000 atau 2000, ia sudah dianggap berjaya, kata Jamal Md Yunus cuba memperkecil-kecilkan perhimpunan #Tangkap MO1 petang ini.
Usaha mahasiswa ini sebenarnya adalah langkah terpuji untuk menyedarkan rakyat tentang kemelut besar yang sedang melanda negara kita. Berapa ramai yang akan hadir dan sama ada MO1 akan ditangkap oleh pihak berkuasa negara kita atau sebaliknya, ia bukanlah isu yang sangat penting sebenarnya.
Kehadiran mencecah 5000 atau 10,000 adalah bonus bagi gerakan mahasiswa terbabit. Tetapi, rasanya bukanlah masalah besar bagi mereka untuk mendapatkan kehadiran sebanyak 2000 atau 3000 orang.
Yang penting MO1 atau Malaysian Official 1 telah menjadi sebutan dunia dan dikenalpasti oleh pihak Jabatan Kehakiman AS dan FBI sebagai telah menerima wang 1MDB sebanyak AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta ke dalam akaun bank peribadinya.
Pihak berkuasa negara kita mungkin tidak akan berbuat apa-apa, malah proses tindakan di Amerika juga barangkali memakan masa yang agak lama. Pembekuan harta Jho Low dan Riza Aziz pun belum selesai lagi. Selepas harta-harta tersebut dibekukan, biasanya barulah proses-proses seterusnya akan bermula.
Maksud lebih besar mahasiswa mengadakan himpunan #Tangkap MO1 adalah agar salah laku MO1 sentiasa melekat atau tertangkap di hati setiap kita. Kesalahan yang dilakukan MO1 sebagaimana disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS bukanlah kesalahan biasa, bahkan luar biasa serta memecahkan rekod dunia.
Jika kita begitu benci benci dan selalu mengutuk semua jenis pencurian, daripada yang besar sehinggalah kepada kecurian sebiji telur ayam atau kehilangan wang tabung masjid, memang jenis manusia paling terkutuk saja yang sanggup berdiam diri terhadap kehilangan wang sehingga RM3,000 juta banyaknya.
Tidak kira berapa ramai yang hadir petang ini, mahasiswa mesti terus menyedarkan rakyat melalui himpunan #Tangkap MO1 ini secara berterusan sehingga tarikh PRU 14 diadakan.
Kalaupun tidak dapat ditangkap sepertimana mudahnya menangkap Pokeman Go, yang lebih kita mahu ialah MO1 benar-benar tertangkap di hati rakyat yang akan diterjemahkan dalam kotak-kotak undi pilihanraya nanti. (SH 27/08/2016).
Tangkap sama Taigor Mo1man tu!!!
ReplyDeleteBinate yang memampuskan daulat Isle kite!
Hidup Mukmin Melayu!
Secara definisi Pokemon(Pocket Monster) adalah berbagai jenis makhluk hidup dalam berbagai bentuk dan ukuran yang hidupnya di alam liar/maya. Dan kebanyakan dari pokemon itu tidak dapat berbicara kecuali bersuara dengan menyebutkan namanya sendiri.”Dan marilah kita sama2 cari dan tangkap'Pokemon"tersebut.
ReplyDeletePetang ni, setakat 30,000 tu dikira biasa. Jika cecah mcm duku 700,000. Mmg fenomena.
ReplyDeleteSbb parti PIS sudah sakit jubur. Bisul banyak sangat tumbuh.
Ingat MO1 ingat Malaysia......pergh.....!!!
ReplyDeleteIngat MO1, ingat Najiblah.
DeletePerhimpunan budak kecil??? Budak kecil ni lebih matang dan pandai dari budak tua Baju merah yg diketuai olih Jamal Ikan dan Ali tonggeng buntut.
ReplyDeleteAli & pengikutnya berdemonstrasi depan rumah Ambiga dgn 'senaman buntut'. Punya lah bodohnya demonstrasi buntut tu...& budak2 tua yg melakukannya.
Budak2 tua yg menyokong penyamun bugis yg merompak wang rakyat adalah bodoh dan bangang...
Jamal pak tongkol sebenarnya tiada alasan kenapa mesti halang himpunan tangkap mo1. Kerana mo1 masih manusia misteri yang terlibat dalam jenayah yang dibenci rakyat. Sekiranya jamal turut mempertahan MO1 dari ditangkap bermakna jamal bersetuju dengan jenayah yang dilakukan oleh MO1. Bererti juga dalan masa yang sama menunjukan jamal kenal siapa MO1 dan akan dianggap bersubahat dengan MO1. makanya jamal tarik diri dan anggap ianya hanya perhimpunan budak2.
DeleteKlu ptg ni tak dpt tangkap MO1,kita trpksa minta tolong dgn pmbina aplikasi Pokemon Go untuk bina apikasi baru,MO1 Go..
ReplyDeleteKlu ptg ni tak dpt tangkap MO1,kita trpksa minta tolong dgn pmbina aplikasi Pokemon Go untuk bina apikasi baru,MO1 Go..
ReplyDeleteDemo kena buat selalu dan dalam pada masa yang sama bagi umat Islam setempat harus sering kali melaksanakan shalat hajat secara berjamaah agar MO1 segera tertangkap,,insya'allah tercapai juga matlamat kita dari di jajah oleh pemimpin korup dan tidak bermoral ini.......!!
ReplyDeleteYa cadangan solat hajat tu bagus. Minta pertolongan Allah. Buat sekerap yg mungkin supaya penyamun2 ni cepat di tangkap. Kalo dibiar lg lama, lg byk damage kpd negara kita.
DeleteJika pok jib guna kuasa wang untuk membeli dedak kpd pegawai yg ada kurap, kita bersama guna kuasa Allah(memohon pertolongan Allah) agar memberi petunjuk kp pengkhianat negara kita.
DeleteSemua rakyat Malaysia tahu latar belakang pemimpin baju merah ni.
ReplyDeletePemimpin yg mendakwa dia yg menjaga najib dan rosmah.
Hebatkan? Malah cukup hebat lagi apabila mendapat dana untuk membuat t shirt dan memberi duit poket untuk turun padang bagi mencetuskan huru hara.
Setidak tidaknya Mahasiswa Melayu mempunyai asas kukuh dan hujah yg cukup kuat untuk meluahkan perasaan mereka mengenai tekanan hidup akibat kos pendidikan dan kos sara hidup di kampus yg menjadi semakin tinggi sehinggakan mereka terpaksa ikat perut.
Gerakan baju merah adalah daripada kalangan ibu bapa yg juga mempunyai anak2 yg masih lagi menuntut ilmu.
Anehnya, manusia yg tidak berpelajaran ini mempunyai agenda yg tersendiri. Mereka ada ini adalah pak sanggup semata mata. Pak sanggup yg dibayar. Pak sanggup yg makan upah atau yg lebih tepat lagi mereka ini adalah pak sanggup yg sanggup makan segala jenis dedak.
Mereka sanggup berbuat apa saja untuk hari ini kerana dedak walaupun esok masa depan anak2 mereka sendiri punah.
Pertualang ini apabila diangkat menjadi pemimpin maka kesudahannya adalah mala petaka yg paling besar bagi negara.
Adakah Tun Musa Hitam sanggup melihat semua ini terjadi depan mata beliau sendiri ketika beliau masih lagi hidup?
Bagi ismail sabri yg lebih penting baginya adalah untuk mengisi jawatan naib presiden umno sahaja.
Mimpi di siang hari sajalah kau lsmail Sabri dan teruskan bermimpi...
Politik dan demokrasi ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.Raja-Raja Melayu tetap untung.
ReplyDeleteYa sampai keanak cucu.
DeleteWalau pun budak budak mereka tidak menjadi PENGKHIANAT ANAK BANGSA YANG MENGELAPKAN DANA RAKYAT DANA NEGARA.MOGA MOGA LEPAS BERDEMO YANG BERUGAMA ISLAM AKAN TERUS KEMESJID NEGARA UNTUK SEMBAHYNG HAJAT.MEMOHON KEPADA ALLAH UNTUK SEMUA PENGKHIANAT PENGKHIANAT DURJANA NEGARA INI AKAN DILAKHANAT DIAZAP DIBALA SERTA DIBALAS DGN SIKSA DISUNIA MAU PUN AKHIRAT
ReplyDeleteAaminnnn.....
DeleteMO1 tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam negara tapi kesalahannya hanya sah bersalah diluar negara.Bolehkah kita paksa rela terima kenyataan ini?Kita mungkin mengunakan dalil agama dan undang-undang bagi mendapatkan keyakinan rakyat marhaen tapi kena terima bahawa MO1 hanya bersalah atas kesalahannya bila dirujuk kepada undang-undang negara luar.
ReplyDeleteSerendah-rendah iman adalah tidak redha dengan kemungkaran.
ReplyDelete...orang yang bantah "Tangkap MO1" ni ada iman lagi ke?
Tepuk dada tanya iman masing2, masih sudi ke kita memilih pemimpin yang tidak ada iman?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteDulu BN UMNO hunus keris di perhimpunan agung PAS PIS PUS pun hunus julang keris di muktamar lepas.BN UMNO buat tarian gelek tutup aurat PAS PIS PUS pula sibuk buat pertandingan tayang bodi buke aurat.PAS PIS PUS tiada mase datang demo tangkap MO1 tapi sibuk hadir mencari Awang Selamat di Kelantan.anda memang tak layak memerintah negeri dan negare ini.tak usah sibuk terhegeh hegeh nak bertanding pru14 ok. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR
ReplyDelete