Saturday, 20 August 2016

ANGAN-ANGAN NAJIB

Siapakah yang sebenarnya merosakkan UMNO dan kerajaan?

Di antara semua Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama ini, siapakah yang paling banyak membawa kerosakan kepada parti dan kerajaan sehingga menyebabkan sokongan serta kepercayaan rakyat terus menguncup?

Siapakah yang menukar Peguam Negara secara tergesa-gesa dan melantik calon pilihannya sebagai pengganti?

Siapakah yang melakukan kacau ganggu terhadap SPRM dan ugutan terhadap Bank Negara ketika mereka melakukan penyiasatan berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Siapakah yang menyebabkan hutang negara meningkat, pembaziran dan kemewahan berleluasa serta menekan rakyat dengan cukai dan kos sara hidup yang tinggi?

Siapakah yang menyebabkan nama negara tercemar di seluruh dunia melalui isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya?

Di bawah kepimpinan siapakah, tujuh negara telah melakukan penyiasatan, malah Jabatan Kehakiman Amerika dan FBI telah membuat pendedahan yang menggemparkan dunia?

Semasa siapakah menjadi Perdana Menteri, isterinya bebas menggunakan jet dan harta kerajaan serta dikenali seantero dunia kerana gemar membeli belah dan memiliki perhiasan mewah-mewah?

Jika semua jawapan kepada pertanyaan di atas tidak merujuk kepada Najib Razak, mungkin kita boleh meyakini jika beliau mengatakan mahu menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya.

Bagaimana orang yang telah terbukti membawa kerosakan dan keruntuhan mahu membuat pemulihan dan pembaikan, kemudian berjanji untuk menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya?

Tidakkah orang seperti itu lebih mungkin disingkir dan ditanggalkan kuasanya oleh rakyat daripada terus diberi peluang?

Kiranya sebelum ini Zahid Hamidi mungkin mula "geli-geli" bila Perdana Menteri berjanji tidak akan mengkritik penggantinya secara terbuka, pasti kali ini beliau langsung tidak terasa geli dengan apa yang disuarakan Najib ini. (SH 20/08/2016).

23 comments:

  1. salam

    jasa najib kepada umno 2.6 bilion ialah menjadikan umno tidak lagi memperjuangkan nasib orang melayu...

    tol naik antara bandar...mana ada suara menteri dari umno 2.6 bilion mengenai hal itu...

    caj parking kereta d kuala lumpur naik..mana suara umno 2.6 bilion..adakah kebajikan orang melayu d kuala lumpur tiada nilai kepada parti umno 2.6 bilion...

    yang paling bes..kalau najib letak jawatan sekalipun siapa dalam umno 2.6 bilion yang boleh kita bersihkan dari isu 2.6 bilion...

    semua yang bersuara dah d gantung d pecat dsb dari umno 2.6 bilion...

    umno 2.6 bilion tidak dapat d pisahkan dari isu 2.6 bilion kerana mereka menyokong najib 100 peratus....

    gie7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dapat dinafikan diantara kehebatan bijaN ialah beliau berjaya mendedakkan pemimpin Parti Lebai Musang berjanggut sehingga hancur gabungan kerjasama parti parti pembangkang di Msia.

      Delete
  2. Bagi org melayu yg ada maruah diri....umno mesti di lenyapkan dibumi malaysia. Parti baru dan pemimpin baru mesti menggantikan pemimpin umno sekarang yg sudah dijangkiti kuman yg tiada ubat.
    Puak umno ini mesti di'karentin' supaya wabak ini dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  3. Saudara Budin
    Kebiasaan nya orang yang jahat akan berpura2 baik di depan mata rakyat terutama di depan penyokong dan ahli2 umno boleh di perbodoh dan dibangsatkan untuk menampung talian hayat seorang pemimpin negara yang banyak mencemarkan imej negara di mata dunia dengan berbagai2 skandal yang di ciptanya selain terlibat dengan penipuan wang berbillion ringgit dalam urus tadbir 1MDB.
    Beliau mencipta berbagai2 penipuan yang di ilham menggunakan ayat satu malaysia@1MALAYSIA untuk menarik perhatian berbagai kaum di malaysia sehingga tertubuhnya syarikat atas jenama 1MDB yang telah banyak menyusahkan rakyat dengan hutang rm52 billion sehingga rakyat dibebankan dengan cukai GST dan pernarikan subsidi ke atas bahan bakar dan barangan lain.
    Kesilapan besar najib adalah menubuhankan syarikat 1MDB yang banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada rakyat malaysia sehingga kerajaan terpaksa menanggung berbillion hutang yang dicipta untuk kepentingan kawan dan ahli keluarga beliau sehingga beliau dapat habuan 2.6 billion masuk ke akaun peribadi dan di katakan derma dari pak arab.
    Semasa 1MDB menghadapi masalah untuk membayar pinjaman hutang dengan institusi2 dalam dan luar negara harga minyak pula jatuh mendadak menyebabkan beliau tidak dapat menyembunyikan masalah yang dihadapi oleh syarikat 1MDB dan membuatkan beliau terdesak sehingga beliau berbuat sesuatu dengan menukar peguam negara dan menggantikanya dengan peguam negara yang baru supaya dapat melindungi beliau dan menukar pegawai yang terlibat dengan penyiasatan 1MDB serta melucutkan TS muhydin dan DS safie afdal dari jawatan kabinet.
    Zaman Tun Mahathir walaupun pun negara kita pernah menghadapi kemelestan economi sehingga Tun terpaksa mengikat matang wang negara kepada rm2.80 berbanding US1 tetapi rakyat belum terasa sebab harga bahan bakar dan barang2 makanan dan keperluan sudsidi tidak tarik atau di kurangkan oleh kerajaan.
    Saya adalah salah seorang penyokong kuat BN di sarawak dari zaman Tun Mahathir sehingga saya terlibat dengan membantu calon BN semasa berkempen PRU 13 dimana calon tersebut memenamgi kerusi tersebut dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih besar dan mulai dari sekarang saya sudah hilang kepercayan terhadap kepimpinan DS Najib yang terlibat dengan berbagai skandal sehingga di seluruh dunia pun dh mengetahui beliau terlibat dengan kehilangan wang rakyat di dalam syarikat 1MDB dan saya sekeluarga tidak akan menyokong dan memangkah BN setelah mengetahui beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan yang membabit syarikat 1MDM.

    ReplyDelete
  4. Episode atau skandal 1MDB dgn jelas menunjukkan kebodohan dan mentality org melayu yg telah dijajah beribu2 tahun...dari portuguese kebelanda..ke Inggeris dan seterusnya kpd penyamun2 melayu dlm Umno.

    Fakta Najib masih lagi jadi PM jelas menunjukkan kebodohan org2 melayu terutamanya ahli2 Umno yg kini disokong olih melayu Pas.

    Penyamun bugis bolih terus jadi PM. Bodohnya melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di pejabat,jabatan,di fakulti pengajian tinggi,kolej, dan mana-mana sahaja,...geng melayu bangang menguasai.Mereka berkuasa,...yang berkebolehan kena ikut golongan melayu yang kurang upaya ini.

      Delete
  5. Dalam umno semua pemimpin mmg layak ganti najib jd pm! Mereka semua bijak2 belaka!

    Dah terbukti kebjaksanaan pemimpin umno mentadbir negara. Mana ada pemimpin dpd parti lain yg layak ganti umno...! Mmg takde punyalahhh...jangan mimpi.

    Ada pemimpin dpd parti pembangkang...mampu dpt duit derma dari putera Arab!? Ada...??

    Ada pemimpin pembangkang....tiba2 plink..plink..berjuta juta duit dari SRC masuk personal akaun tanpa disedari...??

    Ada pemimpin pembangkang mampu dgn bijaksana spt menarik rambut dlm tepung gantikan AG..KP SPRM MB dll...dengan sekali petik jari je...!??

    Dalam umno parti keramat umat manusia...mmg tidak dinafi kebijaksanaan para pemimpin seolah-olah insan terpilih oleh takdir utk memimpin umat manusia..umat melayu khususnya.

    Ada dlm parti2 pembangkang pemimpin sebijak Datuk Ahmad Maslan...cgpa 3.84?? Adaaa..??!

    Ada ke yg lebih hebat dpd Datuk Raman Dalan? Tengku Nan..?? Datuk Panglima Salleh Kruak?? Lebih2 lg Datuk Adiwira Perkasa Hassan Malek...??!

    Sekadar menyebut beberapa nama saja...tu. Lg ramai kalau nak dsenarai satu persatu!!!

    Kesimpulannya...tanpa umno dan pemimpin umno...layu le melayu dan hancur le Malaysia ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI kenyataan ikhlas atau perli? Atau sindiran. Harap dapat beri pencerahan.

      Delete
    2. Semua pemimpin umno bijak belaka.Ha ha ha ha.

      Seorg pemuda umno berkata "mereka sokong presiden dan bukannya najib" dan mereka tahu kesalahan najib. Bukankah presiden umno itu najib???

      Klu mereka tak sokong najib mengapa mereka biarkan masalah najib menjadi masalah umno???

      Bukankah "cash is king" itu rasuah???? Umno sekarang menjadikan rasuah itu sebagai budaya resmi parti.

      Biarlah umno berkubur dan bukannya melayu dilayu dan diperbodohkan. Biarlah hanya org umno diperbodohkan oleh pemimpinnya.

      Delete
    3. Abang 21:53

      Kenyataan di atas sangat le ikhlos bang. Jangan diragui lagi keupayaan umno dan seluruh kepimpinannya bang. Tanpa amno siapa le kita ni..

      Hanya umno sbg parti tunggal yg mampu memajukan negara.. Tengok le...US..BRITAIN..JEPUN..CHINA dan RUSSIA. Mereka sgt miskin dan mundur ketana tidak diperintah oleh umno..!

      Dato Panglima Kencana Irama Ahmad Maslan akan mengetuai rombongan ke Eropah bulan depan utk berkongsi dan memberi taklimat kpd menteri2 Eropah bagai mana cara2 memajukan ekonomi dan kesrjahteraan masyarakat ala2 Malaysia kpd mereka!!

      Kita telah diiktiraf sebagai role model negara maju yg berpotensi sbg negara adikuasa setaraf USA dan China.

      Yakinlahhh...

      Delete
    4. Anon 21.53, tak ada di kalangan parti pembangkang yang mampu memberi peluang dan ruang untuk graduan SRP untuk jadi MB. Negara barat, jepun dan songapore boleh mempelajari cara kita memajukan human capital. Kita juga boleh mengajar mereka bagaimana kekayaan boleh dikaut tanpa bekerja keras, terutamanya pada orang jepun, kesian mereka kerja pagi sampai malam, tak kaya kaya jugak. Sebab itulah orang jepun terpaksa jual alphard dan vellfire mereka ke sini, sebab mereka tak mampu bayar bank. Di sini, ramai Ali, Baba dan mereka yang sewaktu dengannya mampu beli.

      Delete
  6. Amaran Ad-Diniyyah kepada Si Pendusta lagi Pengkhianat yang Omong Kosong.

    "Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (dalam Kitabullah) tidak akan diberi petunjuk Allah kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih." (Q.16: 104)

    "Sesungguhnya mereka yang mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah pendusta." (Q.16: 105)

    Al-Fatiha
    "(Tuhan kami) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai Hari Pembalasan".

    "Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan".

    "Tunjukilah kami jalan yang lurus,iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau memberi nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai (Rabbi) dan bukan mereka yang sesat jalan".

    ReplyDelete
  7. Ini maknanya Najib takan letak jawatan..
    Dia dah Ada jawapan... Umno belum kuat n stabil... Renung Renungkanlah

    ReplyDelete
  8. Tun M buat keputusan berhenti makan sebelum kenyang.
    Dato Seri N akan berhenti apabila parti kuat. Itu pasal admin kata Najib angan-angan. UMNO tengah menggelupor telinga akibat ledakan bom atom. Persolan macamana parti boleh jadi lesu tak nak pikir?

    ReplyDelete
  9. Abgan bakal jadi nyata insyaallah rakyat akan guling najib bn umno

    KERIS


    lihatlah tangkap MO1 27 0gos
    Bersih 5 30 ogos
    Babtahan rakyat 29 ogos

    Ayuh rakyat celik fikiran
    Keluar meramaikan sokongan guling pok jib

    ReplyDelete
  10. Nak kuatkan UMNO, satu jalan yang rakyat Malaysia nampak, kau kena pencen dan carikan PM yang bijak, berkaliber dan bersih untuk gantikan kau. Masalahnya, adaker orang UMNO yang bijak, berkaliber dan bersih dalam UMNO...yang ada dalam UMNO majoritinya bodoh tak boleh diajar, rasuah, salah-guna kuasa, kroni (sampaikan jawatan MP, Menteri, ADUN, EXCO parti UMNO semuanya anak2 beranak dia orang..hatta kalau ada mati, tak ada anak, atau janda dia jadi ganti).

    ReplyDelete
  11. nak serah pada pengganti yang kuat sorok
    kemungkaran amno
    baru dia rasa selamat

    ReplyDelete
  12. Betul tu tuan Shah. Gara gara ucapan Najib tu, Zahid HAmidi dah tak geli geli lagi sebaliknya dah berganti geli geleman bak kata orang Kedah. Kalau dulu Zahid rasa macam tersentuh kencing saja, tapi sekarang Zahir dah terasa macam terpkasa menelan najis pula. Makin malang mungkin si Zahid tu tuan. Hisyamudin mesti makin senyum lebar.

    ReplyDelete
  13. Ingatlah kalau kamu sebagai ketua, walaupon terberak ditengah jalan jangan sesekali mengaku.Jangan sesekali memberi nasihat "jangan ikut saya berak ditengah jalan".Berusahalah memberi nasihat yang kamu betul-betul ketua yang sempurna(tidak pernah melakukan kesalahan) , marahlah perbuatan berak tengah jalan dan orang yang menuduh kamu berak (walaupun kamu sendiri yang berak)

    ReplyDelete
  14. Yok ... kita semua kena faham maksud kenyataan Najib tu .

    Pertama . Apa yang di maksudkannya adalah kerajaan dan parti yang kuat menipu , pembohong , putar belit , memporbodohan rakyat .

    Kedua . Mungkin juga dia bermaksud di sebalik makna kuat itu ... ia itu kerajaan dan parti yang lemah . Najib ni bila berkata kata , apabila dia kata tidak , maknanya ya . Apabila dia kata tiada maknanya ada . Jikalau dia kata tidak menipu , maknanya dia menipu ..

    Bila dia kata 1MDB semuanya OK tapi 1MDB sudah KO ! Apabila dia kata tidak ada wang masuk akaun dia , tup tup 2.6 ribu juta masuk .

    Apalah baral punya PM .

    ReplyDelete
  15. Hishamuddin senyum arbok nak jadi pengganti pm confirm.

    ReplyDelete
  16. Kritikan siapakah hang tu Budin ada 8x. Betul ke ada 8x siapakah sahaja? Kalo x silap ikut bilangan aku ada 232x siapakah. Sebenarnya sama ada dia akan kritik penggantinya atau tidak itu x penting, sebab kalo lah tubi-tubi orang kritik aku maka mahu kah aku kritik sesiapa pun?

    Katakan lah orang kritik aku: usah salah guna pesawat kerajaan, tapi aku x ambil pusing. Maka apabila pengganti aku juga menyalah guna pesawat itu kemudian, bolehkah aku kritik dia? Maka itu lah sebabnya aku tak kritik pengganti aku, kan?

    Akhir kata, kritik lah asalkan kritikan itu ada prinsipnya. Kalo tiada duduk diam-diam je lah seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  17. Bank Bumiputra libatkan Jalil, Ambank libatkan Najadi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...