Monday, 22 August 2016

ADAKAH TENGKU ADNAN MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA?

Apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan begitu takut untuk mengisytiharkan hartanya kepada umum kerana bimbang isteri dan anak diculiknya, persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah wang dan hartanya begitu banyak jumlahnya?

Berapa jumlah harta dan wang yang dimilikinya? Adakah beliau paling kaya atau lebih kaya daripada Najib Razak yang mengakui dalam akaun bank peribadinya pernah berlabuh wang derma lebih RM2,600 juta?
Di negara kita, siapa orang paling kaya dan berapa pemilikan harta mereka, bukanlah sesuatu yang rahsia sejak sekian lama.

Setiap tahun, senarai mereka yang paling kaya sentiasa didedahkan dan disiarkan dalam media-media.

Malah, golongan Melayu-Melayu yang kaya dan berapa jumlah harta mereka juga tidak pernah rahsia?

Di seluruh dunia juga begitu, siapa ahli perniagaan, usahawan, pemain bolasepak, selebriti dan semua golongan yang paling kaya antara mereka, sentiasa didedahkan kepada orangramai setiap tahun dan senarainya sentiasa bersilih-ganti.

Pernahkah kita mendengar mereka yang didedahkan kekayaan itu merungut oleh kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum, lalu bimbang isteri dan anak-anak mereka mungkin menjadi mangsa culik?

Di antara mereka yang kaya-kaya itu, kita juga tentunya selalu terserempak dengan mereka di mana-mana hotel atau pusat membeli belah bersama kenalan dan keluarga.

Pernah kita mendengar, disebabkan kekayaan mereka sudah diketahui umum dan disiarkan di media-media itu, mereka memberontak dan membantah kerana ia mungkin membahayakan keselamatan isteri dan anak masing-masing?
Mengapa hanya Tengku Adnan saja yang takut jumlah harta kekayaannya diketahui umum?

Adakah beliau merupakan orang terkaya dan paling banyak sekali wangnya di Malaysia ini?

Adakah mereka yang tersenarai selama ini dan oleh kerana tidak pernah membantah kekayaan itu didedahkan kepada umum, pemilikan harta dan wang mereka sebenarnya jauh lebih kecil berbanding apa yang dipunyai oleh Tengku Adnan? (SH 22/08/2016).

45 comments:

  1. Shah...sebenarnya ahli politik yang jutawan ni takut nak istihar harta mereka kerna adalah bersubahat dengan para rasuah. Semua projek yang minta sokongan ahli politik akan dikenakan political money sekurang2nya 15%. Itu belum yang jalankan perniagaan sendiri,maklumlah projek free yang kera jaan BN berikan untuk rakyaat...habis depa kebas.Jadi faham2 saja lah kenapa mereka INI takut sangat nak istihar harta mereka. Rafizi pernah istihar harta dia pada umum, lim guan eng pun pernah....cuma Dari pihak kera jaan BN saja yg tak pernah dengan terutama yang bergelar MO 1....Katanga dia ada rm2.6 billion cash!!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang karut2 tak masuk akal pun tak jugak dapat perintah malaysia..teruskanlah fitnah2 kau orang..

      Delete
    2. Mkn duit haram byk sgt rumah sampai terbakar

      Delete
    3. Anon 10.04,
      bagi kau apa yang tak masuk akal dan apa yang fitnah, Ada ka derma tok Arab sebesar RM 2.6 billion tu yang masuk akaun Najib masuk akal sehingga sekarang tak ada pun individu arab yang mengaku bagi derma cuma khabar angin dari kere-jaan.

      Apa kah pemecatan bekas AG ,memecat bekas TPM ,ganggu siasaitan BNM ,SPRM dengan menahan pegawai mereka serta menamatkan perkhidmatan pegawai kanan SPRM fitnah bukan kah ini semua tindakan menghalang Najib di heret ke makamah kerana seleweng......dan banyak lagi tindakan najib serta kuncu kuncu yang rakyat syak najib menyeleweng.

      Kenyataan KU NAN (freedy Kruger) yang beliau sendiri cakap pada kelmarin dalam perasmian bahagian umno adalah sah dan jelas ..memang dia yang memberi kenyataan yang pihak menteri atau beliau sendiri takut bila diistihar harta akan bahaya diri...jadi jelas apa maksudnya...ia bermaksud mereka ini semua kaya raya dan harta berjuta juta kerana kononnya perompak akan merompak jutawan dari yang tiada apa apa.

      Mesej KU NAN jelas menteri semua jutawan...kalau dibandingkan dengan kehendak syariat Islam mengikut sirah sirah dari syaidina Omar dan lain lain sahabat Rasullah SAW jelas situasi pemimpin pemimpin dalam UMNO dan PM sediri sudah banyak melakukan mungkar dalam pemilikan harta hasil dari jawatan dan kedudukan yang diperolehi dari AMANAH yang rakyat beri...semua orang yakin kalau kebanyakan pemimpin bukan pemimpin yang memegang kuasa hasil dari AMANAH rakyat mereka ini tidak sekaya seperti sekarang jadi insaf la wahai orang melayu kita ditipu dengan AMANAH yang kita beri kepada mereka melalui undi pilihanraya, dengan masih memilih pemimpin yang dusta dan tidak AMANAH serta zalim mengenakan cukai berlebihan kita sendiri akan terdedah kepada azab api neraka setelah mengetahui kemumngkaran pemimpin seperti ini.

      Delete
    4. Anon 10.04,
      bagi kau apa yang tak masuk akal dan apa yang fitnah, Ada ka derma tok Arab sebesar RM 2.6 billion tu yang masuk akaun Najib masuk akal sehingga sekarang tak ada pun individu arab yang mengaku bagi derma cuma khabar angin dari kere-jaan.

      Apa kah pemecatan bekas AG ,memecat bekas TPM ,ganggu siasaitan BNM ,SPRM dengan menahan pegawai mereka serta menamatkan perkhidmatan pegawai kanan SPRM fitnah bukan kah ini semua tindakan menghalang Najib di heret ke makamah kerana seleweng......dan banyak lagi tindakan najib serta kuncu kuncu yang rakyat syak najib menyeleweng.

      Kenyataan KU NAN (freedy Kruger) yang beliau sendiri cakap pada kelmarin dalam perasmian bahagian umno adalah sah dan jelas ..memang dia yang memberi kenyataan yang pihak menteri atau beliau sendiri takut bila diistihar harta akan bahaya diri...jadi jelas apa maksudnya...ia bermaksud mereka ini semua kaya raya dan harta berjuta juta kerana kononnya perompak akan merompak jutawan dari yang tiada apa apa.

      Mesej KU NAN jelas menteri semua jutawan...kalau dibandingkan dengan kehendak syariat Islam mengikut sirah sirah dari syaidina Omar dan lain lain sahabat Rasullah SAW jelas situasi pemimpin pemimpin dalam UMNO dan PM sediri sudah banyak melakukan mungkar dalam pemilikan harta hasil dari jawatan dan kedudukan yang diperolehi dari AMANAH yang rakyat beri...semua orang yakin kalau kebanyakan pemimpin bukan pemimpin yang memegang kuasa hasil dari AMANAH rakyat mereka ini tidak sekaya seperti sekarang jadi insaf la wahai orang melayu kita ditipu dengan AMANAH yang kita beri kepada mereka melalui undi pilihanraya, dengan masih memilih pemimpin yang dusta dan tidak AMANAH serta zalim mengenakan cukai berlebihan kita sendiri akan terdedah kepada azab api neraka setelah mengetahui kemumngkaran pemimpin seperti ini.

      Delete
    5. Hanya ahli politik Msia termasuk adnan mansor dan nazri aziz adalah ahli politik yg terkaya didunia.
      Berniaga tu alasan saja.

      Delete
    6. Macam mana perniaga Melayu nak berjaya kalau terpaksa bersaing dgn menteri2.
      Menteri2 dapat projek anugerah.
      Perniaga2 Melayu yg lain terpaksa bersaing masuk tender dan lawan harga.
      Perjuangan umno hari ini untuk mengemokkan diri menteri2 sendiri bukan lagi untuk membantu anak bangsa.
      Lepas tu salahkan syarikat bangsa sendiri kononnya tak pandai merebutkan peluang.
      Peluang apa yg ada lagi kalau menteri2 yg telan dulu.
      Menteri2 makan isi
      Perniaga Melayu dapat kuah saja.
      Kalau dah pandai sgt berniaga nak buat apa memegang jawatan menteri lagi.
      Jadilah ahli perniagaan sepenuh masa. Tengok kalau boleh hidup ke tidak.

      Delete
    7. Ku nan dan menteri2 lain buat busines jolok jolok.
      Itu lah yg untung besar.
      Setiap tahun pm umumkan bajet.
      Ekonomi negara pun makin berkembang maju.
      Jadi bajet meningkat ningkat.
      Projek RM100 juta. Margin busines jolok jolok 15%.
      Untung bersih busines jolok jolok RM15 juta.
      I penggal ada 5 tahun. Maknanya ada 5 kali pembentangan bajet oleh pm
      Margin busines jolok jolok dalam 5 tahun = RM15 juta x 5 = RM75 juta dlm 1 penggal.
      Kalau 2 penggal RM75 juta x 2 = RM150 juta.
      Business jolok jolok ni tak ada cost. Yg ada hanya margin bersih saja.
      Kalau projek terbengkalai pun margin tetap 15%.
      Prinsip business jolok jolok ni ada lah Cash in Advance.

      Delete
    8. Menteri takut nak istiharkan harta bukan kerana dia takut anak isteri di-culik...tapi takut orang bertanya tentang SUMBER mana kekayaan mereka.

      Adakah dari DERMA atau pun project bawah meja!

      Delete
    9. Anon 10:04. Kau yang tak ada akal, tak boleh berfikir dengan baik. Makan duit haram banyak sangat mungkin otak menjadi tepu dan gagal berfungsi.

      Delete
    10. freddy kruger,...hehehe,..sy sokong tuan roslan, ..hehehe,...:-)

      Delete
    11. Orang melayu lebih suka tengok top 100 adalah orang cina. 🤣 Bodoh benar orang melayu, kalau malaysia kena serang, takda orang islam yang nak bagi sumbangan, kalau semua tycoon besar hanyalah cina. Sedih mat tengok orang melayu, dengki sesama sendiri berbanding bangsa cina. Dorang saling tolong menolong untuk ke top 100 billionaire. 😔

      Delete
  2. Majalah Fortune500 perlu membuat senarai kategori baru iaitu..
    "Senarai Top10 Penyamun" didunia. Mesti ada,rakyat Malaysia yg dapat kedudukan teratas....ha ha ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anon 06:46. Melayu akan menduduki senarai 5 teratas....kihkihkihkih

      Delete
  3. kalau takut sangat tu... paham2 je la kenapa kan...
    dia orang politik.. kalau kaya melampau maknanya byk la duit rasuah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Mengapa hanya Tengku Adnan saja yang takut jumlah harta kekayaannya diketahui umum? Adakah beliau merupakan orang terkaya dan paling banyak sekali wangnya di Malaysia ini?"

      Dari Abu Abdullah An Nu’man bin Bashir (radiallahu ‘anhuma) dia berkata:
      "Aku mendengar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam) bersabda:

      “Sesungguhnya apa yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas; tetapi di antara keduanya itu terdapat perkara yang samar agak kabur, yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa yang menghindar diri dari yang bersamaran itu dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara yang samar-samar maka dia telah terjatuh dalam perkara yang haram, seperti penggembala yang berada dekat di pagar milik orang lain dikhuatiri dia masuk ke dalamnya.
      Ketahuilah setiap raja memeliki pagar (peraturan), dan peraturan Allah adalah larangan-laranganNya.
      Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging - jika dia baik maka baiklah seluruh jasad itu, jika dia rosak maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah yang dimaksudkan itu adalah hati.”
      (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

      Mungkin Adnan Mansor terkacau hatinya akibat terjatuh ia ke tempat2 yang diharamkan Tuhan Yang Maha Adil. Ataupun ia betul2 takut rakyat akan menuntut daripadanya hak2 mereka yang dirampaskan?

      Delete
    2. jangan berlagak alim lah kau..yang peliwat tak ada hadis sahih ke..jangan puak2 kau saja yang betul..

      Delete
    3. 2 X 5 = 10 = 5 X 2

      peliwat main pendusta sama saje dgn pendusta main peliwat! semua KARUT!

      Delete
    4. anon 8:38 memberikan pendapatnya berserta dengan hadis dari Abu Abdullah An Nu’man bin Bashir (radiallahu ‘anhuma),..bukankah itu bagus untuk kita baca dan fahami,...

      mengapa anon 10:21 dan anon 10:28 mencerca dia,..sedangkan dia cuma menyebarkan ilmu,...

      jika anon 10:21 anon 10:28 mahukan hadis tentang peliwat,..anon berdua bule mencarinya sendiri dan tulis di ruangan ini untuk tatapan pembaca semua,...

      jikalau anon berdua hanya sekadar tahu melabel dan mencerca orang,..ini menunjukkan tahap pemikiran anon berdua cume dilevel sampah saja,...anon 10:21 dan 10:28 hanya bagaikan anjing2 yg menyalak bukit,bukit takkan runtuh seperti peribahasa melayu yg bermaksud 'Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa atau hapus kebaikannya',...

      moga anon 10:21 dan anon 10:28 mendapat hidayah dari Yang Maha Esa,...

      salam maaf dari sy,...:-)

      Delete
  4. Berani kerana benar...
    ....Takut kerana salah.

    UMNO paling takut perpatah ini...sebab pemimpin UMNO kecut menikus bila kena batang hidung sendiri.

    Tengku Fake Adnan ... ko cakap pandai sampai bagi alasan tak masuk akal yang waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekakar seram jadinya apabila dia mengaku dia telah mengishtiharkan senarai hartanya kpd PM sahaja.

      Delete
    2. Adnan mansor tu mereng. Cakap pun merapu. Macam mana pula dia boleh jadi ahli perniagaan yg begitu berjaya.
      Dia berniaga apa? Jawatan dia menteri dan setiausaha agung umno sepenuh masa.
      Bila masanya dia berniaga?
      Kat mana dia berniaga?
      Tak nampak pun dia berniaga.
      Kalau jual project kementerian dia ada kah itu dinamakan berniaga?
      Siapa Ali Baba yg sebenarnya dan siapa pula pertualang bangsa dan negara?
      Adakah jual project dikementerian sendiri dinamakan perniagaan?
      Apa nama perniagaan serbegini?
      Adakah menjual project dia namakan perniagaan.
      Jadi perniagaan utama adnan mansor dan menteri2 yg lain adalah jual project2 kerajaan?
      Buat business project jual project.
      Busines ini hanya ada taukeh saja. Pekerja, pejabat dan paku sebatang pun tak ada.

      Delete
    3. Dia buat bisness parking bhai.. Kira jam pendapatan dia ni..

      Delete
  5. Owh yang gi naikkan caj parking kat KL tak takut pulak orang belasah(bidalan) keluarga sanak sedara macam dia yang bayar gaji orang kerja KL.

    Isytihar la.. Bukan orang minta pun.. Tapi kalau harta terlebih-lebih tu.. Paham paham la ke mana hala tujunya..

    ReplyDelete
  6. BANYAK MAKAN LUAR KOT ..TU YANG TAKUT NAK ISYTIHAR HARTA ..... LA NIE KETUA SPRM PUN DAH ISYTIHAR UTK MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KPD PARA PERASUAH (HARAP-HARAP JANGAN HANGAT2 TAIK AYAM JE SPRM DAN JANGAN PILIH BULU).......

    KALAU DAH KAYA SANGAT TAK PAYAH LE JADI MENTERI
    DAN WAKIL RAKYAAT ....BEREHAT JE LE DAN BERIBADAH LE PULAK UTK MENCARI BEKALAN (KEKAYAAN) DI DUNIA YANG SATU LAGI....SEBELUM DIPANGGIL OLEH ALLAH YANG MAHA ESA.

    ReplyDelete
  7. Babi yg berjalan membawa anak sebanyak 12 ekor....pun kita tau itu lah hartanya! Ada kita kisah?
    Tapi babinan ni membuktikan kpd kita bahawa dgn sebaris dua ayat dungu nya tu beliau amat berkuasa. Dasar banjingan pengkhianat. Dasar maling main mata...ni pejuang bangsa?
    Celaka lah kau adnan.

    ReplyDelete
  8. Inilah antara berpuluh puluh kes yang menunjukan betapa bangsatnya para pemimpin kerajaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 09.42 dan kawan kawan semua, negara memerlukan kita bertindak....sekurangnya kita jadi pegawai penerang kpd kawan kita, saudara mara kita, anak kita keadaan sebebar sekarang ini. Apa kah ini bukan jihad?

      Delete
  9. KALAU BEGITU MESTI LEBIH BANYAK DARI 10 ORANG TERKAYA MALAYSIA. MACAM MANALAH NAN NI BOLEH JADI MENTERI. TAPI ORANG MACAM INILAH NAJIB SUKA KERJA DENGANNYA !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Biasa lah ...selalunya orang yg betul betul kaya lebih bersikap terbuka Dan rendah diri.
    Berlainan dengan orang yg perasan dia ...selalunya bercakap Dan bergaya berlebih lebih Daripada orang kaya yg sebenarnya.
    Kalau lah nama sebenar boleh di tukar darjatnya ini kan harta kekayaanya sudah tentu ceritanya sama.
    MACAM ORANG KUAT UMNO sendiri buat...buat bust kaya tapi sendiri tahu duit yg dia dapat hasil DUIT JUDI DAN MENIPU RAKYAT Dan paling jijik sekali DIA SANGGUP PERTIKAIKAN MARUAH orang sedangkan diri sendiri punyai MARUAH YG PARIA..
    BETUL TAK WAHAI ORANG MELAYU UMNO sekian alam semasta?.

    ReplyDelete
  11. Kah kah,, Pan, pan,,,berapa bnyk korang dapat ahli anjing kurao baru dgn artikel hari ni hah?? Barangkali anjing kurap pun dah tak minat dengan korang ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing kurap hanya minat dengan UMNO, PAN tak kuasa....hanya UMNO boleh boleh samak dosa dia orang muntah kedarah duit haram..

      Delete
  12. Soalanya mudah saja adakah kekayaan itu diperolehi dgn cara yg halal tidak ada rasuah penipuan mencuri duit rakyat menyamun duit negara kalau tidak kita diakan agar allah turunkan bala semoga mendapat pembalasan itulah pegangan org islam kalau tulis atas kertas semua org mengaku mereka bersih itu saja

    ReplyDelete
  13. Soalanya mudah saja adakah kekayaan itu diperolehi dgn cara yg halal tidak ada rasuah penipuan mencuri duit rakyat menyamun duit negara kalau tidak kita diakan agar allah turunkan bala semoga mendapat pembalasan itulah pegangan org islam kalau tulis atas kertas semua org mengaku mereka bersih itu saja

    ReplyDelete
  14. Halal ker haram ker apa mereka ni peduli.
    Kuasa mutlak ada dalam tangan.
    Daripada tangan suap terus masuk kemulut.
    Rakyat pergilah berniaga burger berniaga nasi lemak atau jual ubat kuat di tepi jalan.
    Pandai pandai settle dgn penguat kuasa DBKL.
    Itulah standard kamu.
    Standard menteri tak boleh berniaga di tepi jalan.
    Standard menteri berniaga di pejabat.
    Lagi pun meeting banyak.
    Kadang kadang ke pergi meeting di luar negara.
    Urusan penting urusan negara.
    Rakyat mana tahu dan tak payah ambil tahu ini urusan resmi.
    Untuk kesenangan rakyat juga di masa hadapan.

    ReplyDelete
  15. Kenyataan bangang dari menteri bangang.Kekayaan kleptokrasi memang payah hendak diistihar pabila harta yang ada melangkaui lojik diperoleh dari gaji/elaun sebagai menteri, adun atau mp.

    Kalau rasa dah kaya sangat sampai tak berani kerana benar untuk istihar lebih baik letak jawatan, hukumnya harus untuk mengelak fitnah berleluasa.

    Kalau menteri dan keluarga yang dikawal keselamatannya sepanjang masa pun takut kepada penjenayah, pikiaq sendrila dimana keselamatan rakyat yang miskin-miskin pun kena samun/diragut/dirompak hampir berlaku setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagiakah jika dlm ketakutan mcm tu?
      harta dunia yg belum tentu halal tu bw kesenangan hidup di dunia tp tak jamin hati tenang dada lapang
      jgn fikir nak basuh dosa dgn bina sebuah masjid boleh bg pahala berterusan
      tunggulah balasanmu

      Delete
  16. Selagi belum ada undang-undang anti kleptokrasi selagi itulah rakyat tidak percaya.Kalau bukan rasuah iaitu bukan bidang kuasa sprm, buatlah jabatan baru SPKM - SURUHANJAYA PENCEGAH KLEPTOKRASI MALAYSIA

    ReplyDelete
  17. Nak culik anak dia...tu kerja gila..tengok size peha anak perempuan dia, letak sebelah peha aja dah boleh blok KLCC Tower, Power tu weh !! Jangan cari pasal nak culik dia... sekali dia sepak, terus koma orang yang culik dia....

    ReplyDelete
  18. Robert Kuok orang Malaysia paling kaya tak risau pun dengan Forbes menyenaraikan namanya.

    Malah agaknya Robert Kuok akan marah kalau namanya tak tersenarai. Begitu juga orang-orang yang ke 2,3 atau ke 4 paling kaya. Seolah-olah mereka dihina jika nama mereka tiada dalam senarai.

    Susah ke Robert Kuok nak jawab kalau ada orang yang hendak pertikaikan kekayaannya?

    Senang ke Kunan nak jawab, apa kah nama bisnes yang nko buat dalam kementerian kamu hingga tersenarai dalam carta kekayaan Forbes?

    Begini lah, ada nilai tambah ke kalau apa yang kita hendak badutkan itu pada zahirnya pun dah lah badut?

    Nak takut kepada apa kalau bukan bayang-bayang sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatlah..kekayaan seseorang manusia diperolehi dari politik (kuasa/jawatan) tidak sama dengan kekayaan seseorang manusia yang disenaraikan oleh forbes.Oleh itu kita kena hormati pandangan ahli-ahli politik walaupun pendapat itu hanya menunjukkan terlebih bangang berbanding kecerdikkan menilai rakyat marhaen.

      Delete
    2. Orang politik yang hartawan dan kayaraya pegang kebebasan media massa berbeza dengan orang kaya original akan membiarkan kebebasan media massa melaporkan kekayaan mereka.

      Delete
  19. Penculik dan perompak selatan filipina tu beragama islam atau kafir? Tertindaskah agama islam diselatan filipina oleh kerajan filipina kalau punca pendapatan dengan aktiviti merompak dan menculik?

    ReplyDelete
  20. Bila ku amat amati wajah ku Nan alangkah terperanjatnya.. Seri wajahnya sudah tiada kerana tergadai lantaran sanggup mengorbankan roh islamnya demi melindungi MO1. Apa nak buat..dunia punya pasal..kesian sungguh S/U agong UMNO ni..

    ReplyDelete
  21. ataengku adnan mansor:yang penting masyuuuuk apa saya peduli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...