Saturday, 13 August 2016

BERSATU LEBIH MEMUDAHKAN PERUBAHAN


Pada pilihanraya umum 2013, BN berjaya mengekalkan kuasanya dengan meraih kemenangan di 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi daripada  222 jumlah keseluruhannya.

Daripada 133 kerusi yang dimenangi BN itu, 88 diraih melalui calon-calon UMNO. Ini bermakna jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat hanya lebih satu kerusi berbanding kekuatan UMNO. Banyak kerusi BN disumbangkan melalui Sabah dan Sarawak.

Pada pilihanraya 2008 pula, daripada 140 kerusi yang dimenangi oleh BN, 79 kerusi dimenangi atas tiket UMNO. Berbanding pilihanraya 2008, jumlah kemenangan kerusi UMNO meningkat sebanyak 9 kerusi dalam pilihanraya 2013 lalu.

Di sebalik pelbagai isu melanda Najib Razak dan negara, UMNO pada hakikatnya masih mampu menang banyak kerusi bagi memastikan BN terus berkuasa. UMNO dan parti-parti kompenan BN kecundang di banyak kerusi bandar, separa bandar dan pengundi campuran, tetapi masih dominan di luar bandar, kampung-kampung Melayu serta Felda.

Kemampuan BN menang itu adalah disebabkan UMNO masih dilihat parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, sesuai dengan komposisi Melayu yang meliputi kira-kira 65 peratus penduduk negara ini. 

Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang benar-benar bersifat Melayu. DAP pelbagai kaum dan PKR juga pelbagai kaum, sementara Pas adalah parti Islam. 

Oleh kerana tidak ada yang benar-benar memperjuangkan Melayu, di sinilah UMNO mengambil kesempatan. Walaupun wujud pelbagai isu berkaitan Najib dan Rosmah pada pilihanraya 2013, UMNO masih menang banyak kerusi kerana  kejayaannya memanipulasi pengundi luar bandar dengan memainkan sentimen UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Sementara pengaruh media sosial memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam konteks pengundi bandar, luar bandar dan campuran, mainan sentimen Melayu dengan dibantu elemen 3M iaitu "money, machinery, media", telah memberi kelebihan kepada UMNO.

Meskipun kita seharusnya menolak perkauman dan mahu semua rakyat hidup harmoni tanpa mengira agama dan bangsa, realiti politik Malaysia masih jauh untuk bebas daripada hakikat itu. Tambahan lagi, masih banyak kerusi Parlimen dan DUN di negara ini dihuni oleh majoriti pengundi Melayu luar bandar, miskin dan ketinggalan.

Dalan konteks BN, meskipun MCA, MIC dan Gerakan semakin ditolak kerana pengundi bandar, separa bandar dan campuran lebih memihak kepada pembangkang yang kerap memainkan isu rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya, UMNO sebaliknya tetap punya kelebihan di kawasan luar bandar, kampung dan Felda berdasarkan mainan sentimen Melayu sambil dibantu faktor 3M tadi.

Oleh itu, untuk mengalahkan BN dalam PRU 14, penguasaan UMNO haruslah dipecahkan terlebih dahulu. PKR dan Amanah sukar memikul tanggungjawab itu, begitu juga dengan Pas, walaupun parti Islam itu agak dominan di bebarapa kawasan Melayu di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Di sinilah pentingnya BERSATU dan itulah juga sebabnya mengapa BERSATU ditubuhkan dengan bertunjangkan Melayu dan Bumiputera. Walaupun BERSATU bercorak Melayu dan Bumiputera, ia tidak seharusnya dilabel perkauman selagi ia sedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang mengandungi parti-parti pelbagai kaum serta menghormati hak-hak bangsa lain.

BERSATU tidak lain bertujuan untuk memberi saingan kepada UMNO dan mengurangkan sebanyak mungkin daripada 88 kerusi yang dipegangnya sekarang. Parti-parti lain yang mewakili Pakatan Harapan boleh terus menumpukan kepada kawasan bandar, separa bandar dan juga campuran yang memang merupakan lubuk mereka.

Dengan bantuan pemimpin-pemimpin berpengalaman seperti Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, penguasaan UMNO di luar bandar dan kawasan Melayu lebih mudah dileraikan, lebih-lebih dengan wadah BERSATU yang mirip macam UMNO dan ditunjangi oleh bekas-bekas pemimpin UMNO.

Di Sabah, jika Shafie Apdal bergerak dengan platform "Sabah untuk rakyat Sabah"  yang mirip seperti berlaku di Sarawak yang mana slogan mereka ialah "Sarawak untuk rakyat Sarawak", beliau tidak mustahil mampu mengurangkan beberapa kerusi UMNO di negeri tersebut.

Yang penting, selain menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan, BERSATU melalui pengalaman Tun Mahathir mesti berunding sebaik mungkin dengan Pas dan Amanah bagi memastikan hanya pertandingan satu lawan satu dengan UMNO.

Mesti ada tolak ansur dan berlapang dada dalam perundingan di antara BERSATU, Amanah dan Pas. Yang penting UMNO serta BN mampu dikalahkan dan Najib dapat disingkir keluar dari Seri Perdana.

BN hanya boleh dikalahkan jika penguasaan UMNO terhadap pengundi Melayu dapat dipecahkan. Selagi hanya UMNO yang boleh berkokok tentang Melayu, selagi itulah BN akan berkuasa dan Najib kekal di Seri Perdana. 

Pakatan Harapan dengan disertai oleh BERSATU akan menerima sokongan pengundi Melayu yang jauh lebih baik, tambahan lagi dengan adanya pengaruh Tun Mahathir.

Sebab itu, kehadiran BERSATU mula menimbulkan cuak dan bimbang kepada UMNO dan BN. Bukan saja pemimpin-pemimpin UMNO mula mengatakan orang Melayu tidak perlu sebuah parti lain selain UMNO, bahkan warna merah dan nama BERSATU pun turut memercikkan peluh dingin buat mereka.

Lebih parah, MCA yang bersifat perkauman Cina pun seperti sedang mabuk apabila menolak BERSATU dengan mengatakan wujudnya sebuah lagi parti perkauman Melayu akan memecah-belahkan rakyat negara ini. 

Macam-macam dijadikan alasan untuk menolak kewujudan BERSATU dan ia tidak lain kerana mereka semakin nampak kuasa dalam genggaman bakal terlepas jika BERSATU berjaya memecahkan sedikit saja dominasi UMNO terhadap pengundi Melayu. (SH 13/08/2016).

15 comments:

  1. Tumpuan perlu juga di Pekan agar Bapa Klepet Negara tewas dengan polisi Sebattiyyah dan Sebatjelah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bersatu moga allah makbulkan
    Kemenagan harapan yang adil intergriti progresif

    Betul dah taktik yang en budin huraikan

    Bm umno dah cuak terburai...
    Kata kata sah meracau di rasuk

    Taktik kesepakatan dan satu lawan satu harapan
    Pasti yakin fokus jelma kemenangan besar...amin

    ReplyDelete
    Replies

    1. AR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Penyayang Pem-BERI
      Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Bakti
      Muafakat Ber SATU...Menjunjung INTEGRITY
      Menjulang AMANAH...TAQWA Di Hati
      Amanah-AUDIT-Hisab"NYA"...Kristal Transparency
      Ber SATU Hati...Demi Kaseh Mem-BERI
      Ber SATU Hati...TAK FITNAH Men CURI
      Ber SATU Hati..Loving-GIVING-Sharing in Harmony
      Ber SATU Hati...Mencari PERMATA yg Asli
      PERMATA Asli itu...Hakikat yg HAKIKI
      Oh! Alangkah Indahnya...Kaseh Mem-BERI
      Wow! Alangkah Murninya...FITRAH Syurgawi
      Wow! Saling Mem-BERI itu..Indah TAK Terperi
      Wow! Kaseh Mem-BERI itu..Tak SOMBONG BesarDIRI

      Nape Perlu Mem Fitnah...Nape Perlu MenCURI?
      Bukankah Fitnah-MenCURI...Kan Bankrap-MUFLIS Diri?
      Bankrap-MUFLIS Diri..TunggangTerBALIK yg Keji!?
      Akhirnya Bankrap-MUFLIs Negara..Yg Menyiksakan Skali

      Bukankah Kaseh Mem-BERI itu..Kan Diganda"NYA" lg?
      Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Kan Bertambah7 lg?
      Bukankah Kaseh Mem-BERI tu..Firman-MUKJIZAT yg Hakiki?
      Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..MUKJIZAT"NYA" yg Azali?
      Bukankah AR-RAHMAN AR-RAHIM itu..Dari Yg"SATU Demi PeNYATUAN yg Hakiki?

      Hihihi..Nape maseh mahu menipu SOMBONG Fitnah Dan MenCURI lg??



      Delete
    2. Memastikan pertandingan 1 lwn 1 antara umno/bn lwn pakatan harapan adalah kunci kejayaan utk mengalahkan umno/bn dlm PRU akan datang. Kesepakatan ini mungkin sukar dicapai selagi PAS dikuasai oleh ejen2/barua UMNO/BN.

      Delete
  3. Assalam en budin

    Huraian dah hujah begini
    Dan taktik taktik terkini
    Akan membuka mata dan fikiran rakyat
    Menang harapan

    Tahniah dan terus beri hujah dan ulasan bernas
    Macam bung mokhtar dan kj

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Anon 11.06 & 11.09 koi la tu

    *guling bn-umno#

    ReplyDelete
  5. Ada lagi hujah


    Makcik kampung dan felda
    Mereka disuap kain batik
    Sedia bas ke majlis umno bn
    Suap rm50 seorang ke majlis umno bn
    Suap makan free ke majlis umno bn

    Bukan hadir untuk perjuangan atau patriotik


    Jadi harapan dan BERSATU mesti huat gerak gempur jumpa makcik felda dan kampung
    Bercerita memotivasikan perjuangan adil telus progresif

    Perubahan kepada makcik makcik
    Hapus gst
    Hapus cukai
    Tambah subsidi
    Tambah industri
    Tambah peluang kerja
    Biasiswa tambah
    Hapus ptptn
    Susun kwsp
    Susun thaji
    Susun proton
    Susun tnb
    Susun air
    Susun perumahan rakyat
    Skim gaji
    Hapus miskin
    Hapus gelandangan

    ReplyDelete
  6. Tak payah jauh la, tgk Bapak saya cukup(arwah). Dia marah betul saya bawa bendera selain bn. Ye la, Dia pence ktm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN sesuai la untuk yang dah arwah.

      Delete
  7. Hipothesis yg bagus en. Budin. Utk merealisasinya... Agak sukar sebenarnya. Org melayu kat kg2 n felda sukar utk diubah. Tp. Tidak mustahil dgn gerak kerja yg jitu. Tp. Apabila melihat perangai Pas... Well..itulah cabaran yg amat besar sekali sebenarnya! Mereka ni bersifat pengacau! And sorry to say! Kita masih lagi jauh utk menang..

    ReplyDelete
  8. parti BERSATU wujud apabila pemimpin Pro Tun Dr Mahathir keluar daripada parti untuk menyokong perjuangan Tun Dr Mahatir untuk menjatuhkan Datuk Najib dan Barisan Nasional. perjuangan BERSATU hanya akan menjadi sia-sia apabila Barisan Nasional semakin teguh bersama-sama UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan parti yang wujud di Sabah dan Sarawak.yang jelas pakatan pembangkang yang lain seperti PAS, DAP dan PKR akan meneliti terlebih dahulu sekiranya kumpulan BERSATU ingin berkerjasama dengan mereka kerana bimbang akan dihantui corak pentadbiran Tun Dr Mahathir dan sudah pasti mereka akan berhati-hati untuk bekerjasama dengan kumpulan ini.

    ReplyDelete
  9. Satu analisa yg menarek n mmg gitu... kiranya nak kallahkan dsn n umno n bn kena usaha 1 lwn 1..

    Usahlah menganggap PAS yg bersengkongkol dengan umno@bn, sebbAb PAS ade prinsip dia... takkanlah semua perkara, termasok hal2 islam pun kite kena ikut DAP..

    Ingat masa pemilihan Agong Pas , DAP terang2 sokong gang mat sabu... masa pemilihan DAP, Pas tak kacaupun..

    Sesama kawan, nape dok tikam kawan , hormatlah kawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyik2 salah DAP. macam PAS tak der kekuatan sendiri! Lemah sungguh orang yang mengaku alim ulama tp. lemah akal fikiran, islam tak ajar umat dia jadi lemah! kena berakal..progresif. ini..asyikkk...salahkan orang.

      Delete
  10. Tuhan ciptakan manusia berbagai bangsa Dan agama untuk saling mengenali, tolong menolong. Pas mesti tahu. Terangkan baik2, Lama Lama diaorang akan faham Dan terima. Dap Dan pas sepatutnya saling bantu membantu. Bukan bercakaran. Fikir kan rakyat. Tolak ego jauh jauh.

    ReplyDelete
  11. di sabah line clear parti shafie afdal lawan bn umno 1 lawan satu cume di smenanjung yg payahnya.pas dengan gagasan sejahteranya hampir pasti jadi duri dalam daging,api dalam sekam,gunting dalam lipatan buat pakatan - bersatu nak tumbangkan bn umno najib pru14.#TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete