Melalui keputusan terbaru kabinet ini, harga kedua-dua bahan bakar itu akan disemak setiap bulan dan penetapan harga yang akan dibuat pada 1 Disember nanti adalah berdasarkan harga pasarannya pada bulan November dan begitulah seterusnya.
Berdasarkan harga pasaran minyak dunia ketika ini yang menunjukkan kecenderungan untuk terus menurun, adalah dijangkakan harga petrol Ron95 dan diesel yang bakal ditetapkan pada 1 Disember nanti adalah lebih rendah berbanding RM2.30 dan RM2.20 yang dinikmati sekarang.
Bagaimanapun, oleh kerana penentuan harga masih dalam konteks apungan terkawal dan bukannya secara bebas ditentukan oleh syarikat minyak berdasarkan paras siling, berapa banyak penurunan itu masih lagi bergantung kepada kuasa kerajaan menentukannya.
Tetapi dengan penghapusan subsidi ini juga, sekiranya harga minyak dunia meningkat, maka kita terpaksa membayarnya dengan harga yang lebih mahal juga.
Penghapusan subsidi ini bermakna tiada lagi gred minyak yang berbeza untuk orang kaya dengan orang miskin dan antara warganegara dan rakyat luar. Ketika berada di stesen minyak, semua orang sudah sama tarafnya dan pastinya orang yang kurang berada berasa lebih bangga dan tidak lagi rendah diri berbanding mereka yang selama ini menggunakan Ron97 tanpa subsidi.
Barangkali satu-satunya kejayaan yang boleh dibanggakan dengan penghapusan subsidi ini ialah orang miskin sudah boleh berlagak macam orang kaya.
Ketika harga minyak dunia masih rendah, harga tanpa subsidi ini mungkin agak menggembirakan tetapi ia akan memberi kesan apabila harganya meningkat nanti. Kerajaan bakal berhadapan kecaman yang lebih serius, bahkan mungkin akan ada yang menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan semula.
Bagi kerajaan pula, dengan tidak membayar lagi subsidi petrol dan diesel sudah tentulah menjimatkan perbelanjaan yang ditanggungnya. Mengikut apa yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 1 Oktober lalu, jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan pada tahun lepas ialah RM24 bilion setahun, manakala tahun ini pula dijangka antara RM21 hingga RM22 bilion setahun atau dengan kata lain kira-kira RM2 bilion sebulan.
Menurut Ahmad Maslan yang bangga dengan CGPA 3.85 yang dicapainya, subsidi RM2 bilion sebulan itu "hangus terbakar" begitu saja sedangkan dengan jumlah yang sama boleh membina 2000 dewan orangramai berharga RM1 juta di 2000 buah kampung, empat universiti sebulan dengan harga RM500 juta sebuah (48 universiti setahun) dan 2000 kilometer jalan kampung di Sabah dan Sarawak.
Namun, amatlah sedih dan malangnya, kata timbalan menteri itu lagi, semua projek pembangunan seumpama itu tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan disebabkan terpaksa membayar subsidi yang akhirnya "hangus terbakar gitu-gitu saja".
Nah, dengan keputusan kerajaan menghapuskan subsidi petrol serta diesel dan dapat menjimatkan RM2 bilion sebulan ini, adalah diharapkan kerajaan segera menunaikan iltizam pembangunan yang didakwanya terhalang selama ini semata-mata kerana beban subsidi itu.
Moga selepas ini rancaklah pembangunan di seluruh negara dengan pembinaan dewan-dewan dan jalan-jalan kampung yang lebih merata. Semoganya juga, di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Najib Razak dan Pontian yang diwakili oleh Ahmad Maslan, lebih banyak pembangunan dicurahkan dan makin berkurangan penduduknya yang miskin.
Dalam masa yang sama, sebagaimana yang dinyatakan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam reaksinya mengenai penghapusan subsidi ini, adalah diharapkan juga kerajaan segera mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat-peringkat agar rakyat dapat menikmati harga kenderaan yang lebih murah sebagaimana negara-negara lain.
Selama ini, katanya kerajaan sering berdalih untuk menghapuskan cukai eksais itu dengan alasan rakyat sudah pun menikmati subsidi petrol dan diesel yang tinggi.
Beliau menjangkakan, jika cukai itu tidak dihapuskan, kerajaan akan mengutip sekitar RM17.3 bilion pada tahun depan tanpa sedikit pun ianya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.
Berdasarkan hakikat ini, jika jumlah cukai ini dicampur dengan beban subsidi yang dapat dijimatkan, kerajaan sebenarnya mempunyai lebih banyak wang dalam genggamannya. Jumlah itu tentunya bertambah lagi kiranya dicampur lagi dengan tambahan pendapatan melalui cukai GST yang mula dikuatkuasakan pada April 2015 nanti.
Persoalannya, ke manakah perginya lebihan wang itu nanti? Adakah pembangunan dan keselesaan rakyat yang bertambah atau pembaziran dan kemewahan pemimpin yang kian meningkat? (SH 22/11/2014)
Apa lagi cepatla suruh pakar tragedi rafizi turun berdemo skrg....jgn menganggu malam tahun baru....rafizi,skrg ni tkdak sapa nk turun berdemo bila tgk muka ko tu kecuali dr parti longkang rakyat shj....bodo punya pkr...
ReplyDeleteYang jadi mangsa org miskin dah la x tau apa apa tentang ekonomi dan mainan org politik setiap masa dok kena kelentong.
DeleteIni lah yang dikatakan orang bodoh jadi makanan orang cerdik.........yang lena jadi makanan yang jaga....lumrah dunia
Aper susah, Kita tengok Berapa Ratus Buah Universiti Kerajaan akan Bina...
ReplyDeleteBerapa RIBU Buah Dewan Masyarakat Kerajaan akan Bina..
Berapa Banyak & Jauh Kilometer jalan Kerajaan akan Bina..
atau Hanya OMONG KOSONG Mat Maselan Mat Penghafal ajer..
Yang pastinya kemewahan kakmah akan bertambah ruah dan pemimimpin2 UMNO akan maharaja lela
ReplyDeleteOrang umno tak kan bantah sebab bangang...pemimpin umno kaya raya dan ini ada peluang songlap lagi....yang kat kampong hampasss kena kelentong....nasib la...
ReplyDeleteyg menyalak dlm blog ni aku mohon turun berdemo dengan rafizi..tok sah dok byk alasan...aku teringin skali nak tgk rafizi wat demo tanpa parti pas..aku pun teringin nak tgk yg dikatakan pandai tu brapa ramai?
ReplyDeleteJanganlah perasan PAs tu kuat tanpa PKR.PRK di Pengkalan kubor dah tunjukkan parti yang cakap besar kalah terok.Padan muka!
Deletekekuatan pas org dah tahu..gua nak tgk pkr plak demo tanpa pas..hari tu kes ketum al jubur di mahkamah mmg memalukan..byk tu je leh kumpul
DeleteKalu xdak subsidi kerajaan xpayah la control harga bagi saja kat syarikat pengeluar minyak menentukan harga...kita sebagai pengguna cari syarikat yang memberi kerendahan harga yang dipamirkan...keadaan ini terdapat dilakukan saperti negara maju umpamanya Australia...harga bertukar tiap hari...itu hnya cadangan
ReplyDeletemelayu jahanamkan melayu.......sedarlah
ReplyDeleteAhli UMNO Baru pasti suka bila Abdul Wahid Omar berkata pengguna boleh harapkan harga bahan api tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang.
ReplyDeleteDengan penurunan harga RON95 itu rakyat berbangsa melayu wajib bersyukur dan berterima kasih pada pemimpin UMNO Baru yang prihatin pada kesusahan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama... He...he...hee
1MDB pula akan kekal mencipta untung dalam hutang... Hee...hee..hee
Biar melayu jadi bangsat asalkan bersatu.... Hee.hee.hee.
Namun sekiranya harga minyak dunia meningkat melepasi US$80 setong, Ahmad berpendapat rasionalisasi subsidi perlu dilakukan.Ahmad berkata rasionalisasi subsidi itu tidak bermaksud berbalik semula kepada kaedah pemberian subsidi bahan api menyeluruh sedia ada tetapi ia lebih bersasar.
DeleteLihat betapa celakanya pemikiran pemimpin UMNO Baru dalam mengagihkan kekayaan negara pada rakyat jelata.
Mereka mahu semua bangsa melayu sokong apa saja agenda UMNO Baru agar parti itu kuat dan berkuasa tapi dalam hal ekonomi mereka utamakan diri mereka dan kerajaan BN saja tanpa mempedulikan kesusahan rakyat yang bergaji dibawah kemiskinan.
Dalan hal ini ahli UMNO Baru memang semuanya celaka !
Nama pun parti celaka.Rakyat juga jadi macam haramjadah!
DeleteHai yaaa ! , itu pon susah , lagi mau tanya lea aa?.
ReplyDeleteKasi tambah itu BLIM lor rr.
Butoh lu la!
DeleteSebenarnya kalau kita merasakan jawatan yg dipegang adalah amanah kita pd allah dan bukan kemegahan/tunjuk kuasa, kita adalah pemimpin terbaik..kalau dh tak mampu memimpin lebih letak jawatan secara sukarela bukannya dipaksa
DeleteIngatlah setiap sen wang rakyat adalah amanah, sbb tu zaman rasulullah ramai yg menolak jawatan menjadi pemimpin, tp skrg siap melobi nk sst jawatan krn faktor kemegahan/kuasa..takutlah kamu manusia kepanasan api neraka jika tidak amanah sbg pemimpin
DeleteSatu lg di M'sia ni, takut sgt nk menukar parti politik yg memerintah, kalau dh tak boleh memerintah dgn baik, bg la peluang parti lain memerintah, tp apa yg berlaku rakyat ditakut-takutkan dan diugut
DeleteSatu lg penyakit pemimpin UMNO, kdg2 baru pegang jawatan 1 penggal/2 penggal dh buat rmh ala2 istana, kereta wow..mana tak rakyat tengok naik darah dibuatnya, kami ni keja dgn kelulusan degree/master/phd mau sekurang-kurang 5 tahun baru mampu beli rmh teres, kereta pun 1.5cc je
Delete