Sunday, 30 November 2014

Najib Oh Najib, Dulu Haramjadah, Sekarang Bangang Pula!!


Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO semalam, meskipun Presiden UMNO, Najib Razak menyentuh banyak perkara seperti usaha menguatkan parti, rasuah, undi Cina, solidariti, serangannya kepada pembangkang dan banyak lagi, tetapi satu-satunya perkara yang terus menjadi bualan ramai ialah "bahasa kasar" yang diluahkannya kepada blogger pro UMNO.

Dalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan sesetengah blogger pro UMNO yang dibayar dan dibiayai tetapi akhirnya menembak pemimpin sendiri, Najib menyifatkan mereka itu sebagai "bangang".

"Blogger ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri, tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucapan penggulungan itu.

Dalam perbualan atau sebutan seharian, "bangang" lebih kurang membawa maksud bodoh, tolol, dungu atau lain-lain seumpamanya yang berupa suatu bentuk penghinaan kepada seseorang atau kumpulan.

Tindakan Najib terhadap blogger ini dipercayai bukan saja kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka, bahkan juga disebabkan sering bertelagah sesama sendiri. Kadangkala pula, blogger UMNO ini mempunyai pemimpin pujaan mereka sendiri sehingga keutamaan menonjolkan pemimpin lebih utama daripada parti.

Apabila masing-masing sudah mempunyai "godfather" yang berbeza, maka kecendungan menembak pemimpin lain yang dianggap sebagai saingan kepada pemimpin pujaan itu sudah pasti tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, dalam maksud tersiratnya ialah Najib mahukan mereka ini mengutamakan UMNO yang membayar dan membiayai mereka serta lebih menumpukan serangan kepada pembangkang saja daripada menembak sesama pemimpin.

Memang sejak internet dan media sosial berkembang pesat, UMNO dipercayai telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar dan membiayai blogger ini, terutama ketika berlangsungnya pilihanraya kecil atau semasa kempen pilihanraya umum dengan tujuan untuk meraih undi golongan muda khususnya.

Meskipun demikian, bahasa yang diungkapkan oleh Najib ternyata tidak sesuai dan agar kasar, apatah lagi diucapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Blogger yang terasa pedas dengan ucapan Najib itu sudah tentu berasa hati, tersinggung dan mungkin mulai rasa marah.

Dalam masa yang sama, ini tentunya akan merendahkan lagi penilaian rakyat terhadap budi bahasa dan perwatakan sebenar Najib sebagai pemimpin utama negara.

Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini mengucapkan perkataan sekasar itu secara terbuka, walau dalam keadaan marah sekali pun.

Tambahan lagi, sebelum ini ketika meluahkan rasa kecewanya dengan peneroka Felda yang menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama menerima semua pemberian agensi itu, Najib juga menggelar mereka sebagai "haramjadah".

Ini bermakna sekurang-kurangnya sudah lebih daripada sekali Najib bertindak secara tidak wajar dan keterlaluan terhadap mereka yang tidak disukainya.

Agaknya selepas ini apa pula bahasa kasarnya dan siapa lagi menjadi mangsanya?

Serangan terbuka kepada blogger ini nyata menimbulkan rasa kurang ramai banyak pihak di media sosial. Ada yang marah dan kecewa kerana selepas jurucakap UMNO luar negara, Nur Farhana Mohd Anuar mempertikai blogger pro UMNO yang didakwa lambat bertindak dalam mempertahankan Rosmah Mansor daripada serangan pembangkang, kini Najib pula berbuat demikian.

Adakah Najib juga sebenarnya kecewa dengan peranan blogger berbayar ini dalam mempertahankan isterinya?

Ramai juga yang berkata, blogger bertindak "bangang" kerana ada pemimpin UMNO sendiri yang terlebih dahulu bersikap "bangang" dalam menjalankan tugasnya. Sementara itu, ada pula yang rela dianggap "bangang" asalkan tanggungjawab mereka menegur dan membetulkan sikap sesetengah pemimpin UMNO sudah dilaksanakan.

Yang pastinya, ramai yang bengang dalam sehari dua ini. (SH 30/11/2014).

20 comments:

  1. Big boss cakap bangang ke apa2 ke bang....... Yang penting masuk. Tak komplain dah.... Timb Presiden dah berucap orang kata macam sistem feudal!

    ReplyDelete
  2. najib tembak Mahadet yang sebenarnya.Nampaknya nyawa Najib dah lama lagi. Mahadet tentu akan bertindakbalas.Bagus,ini sangat baik untuk rakyat untuk lihat najib berambus dan jadi haramjadah.

    ReplyDelete
  3. Betul tu......Anon 13:53, Najib sebenarnya berniat menembak Tun Mahathir. Selain itu beliau juga memfitnah Tun yang katanya kalah Pilihanraya sebab berkata "tidak memerlukan undi kaum Cina". Kalau betulpun Tun berkata begitu, bila masanya di masa pemerintahan Tun Mahathir, UMNO/BN kalah dalam Pilihanraya? Sebenarnya Najib nak kata "banggang" kat Tun Mahathir sebab sepeurnama dua ini asyik menyerang beliau di dalam blog "chedet".

    ReplyDelete
  4. mat sabu kata apa nak takut..dlm pilihanraya dap akan lawan mca ngan gerakan..kalo dap menang sama la kerusi cina..x ada beza pun dalam penubuhan kerajaan.yeaaaaaaay..org melayu yg mls berfikir bersorak girang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga.... Apa nak takut dalam pilihan raya UMNO Baru lawan PAS atau PKR. Kalau PAS atau PKR menang pun itu kerusi melayu tak beza pun dalam penubuhan kerajaan...hanya pencacai bangang saja perasan... Tanpa UMNO Baru melayu pupus...

      Delete
    2. Najib kata pula blogger Umno bangang. Kalau blogger Umno yg dibayar olih Umno bangang...macai Umno yg tidak dibayar apa2 lagi 2x bangang nya.

      Delete
    3. haha..nmpak dah dua ekor bodoh..otak mat sabu..senangnye calculate..mls membaca ni

      Delete
    4. Anon 18:04

      Sdra komen pasal diri sdra ke?

      Logik yang dikemukakan 15:47 masuk akal pe. Kalau xbetul, apa logiknya. Jangan jadi macam 15 orang perwakilan UMNO dari kota bharu yang buta huruf tu. Guna akal yang Allah anugerah untuk berfikir dan menilai. Yang ajaibnya akal ini, jika sesuatu itu logik, akal bol3h terima. Kalau tak logik, akal boleh menunjukkan alasan yang munasabah mengapa tak logik.

      Fikir-fikirlah. Kalau orang buta huruf agaknya dimana dia akan dapat maklumat? Bila takde maklumat bolehkah dia menggunakan akal d3ngan baik? Itu bahan renungan kita bersama termasuk saya.

      Delete
    5. anon 15 47 otak u fail..

      Delete
  5. dap mntak jawatan timbalan speaker pulak..alasan pasal setia semasa langkah kajang..nampak permainan mereka..mereka tahu ada org melayu yang akan menyokong usaha mereka..org melayu yg menentang akan dituduh dan dikecam..malang sekali yg akan mengecam dan mengkritik adalah org melayu sendiri..tak caya boleh tunggu dan lihat..byk kes sblm ini dap yg mulakan seperti kalimah allah..akhirnya yg bergaduh ialah melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:03

      Pandangan sdra adalah salah satu dari perspektif . Sesatu benda itu biasanya boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Itulah lumrah kehidupan ini.

      Satu segi lain, ia adalah satu strat3gi untuk mengajar PAS untuk melihat tindakan-tindakan PAS dalam krisis MB Selangor baru-baru ini. Sikap PAS memaksa orang menerima kemahuannya at all cost. Jika tak terima PAS akan buat onar sama macam perangai UMNO.

      Sejauh mana kebenaran perspektif sdra atau saya, sama-sama kita lihat apa yang akan terjadi selepas ini. Yang pasti sekarang PAS sudah jadi bisu, tidak bertindak agresif dan angkuh s3perti s3masa krisis MB baru-baru ini. Setia Usaha PAS Selangor Khairudin pun tidak sesamseng masa krisis tersebut, menuntut itu m3nuntut ini.

      Wallahualam

      Delete
    2. kan betul telahan di atas..mesti ada melayu akan jawab on behalf dap..

      Delete
  6. U help me, I help u.Ada yang dapat psy gang nam style tetapu yang laun dapat haramjadah dan banggang.Jgn pula dapat C4

    ReplyDelete
  7. tak heran dgn dap ni, nak angkat sumpah sbg wakil rakyat pun tak nak pakai songkok, apa salah songkok tu sekadar istiadat kenapa nak tunjuk keras kepala, jadi tuan bat8 cuba ulas dr segi psikologi manusia dap ni jenis apa, kalu pandai mencari jawpan keatas sikap dap ni akan menzahirkan banyak perkara lagi ttg sikap mereka dgn bangsa pemilik asal songkok ni. Itu pun kalu pernah menjadi pelajar dan bergraduan.

    Akan ada kata eleeh kes songkok pun jadi isu, yg ni lagi bangang, sbb kalu yg kato begini mari aku main2kan atas kepala mereka, mau tak? kalu tak mau bermakna samalah dgn dap ni jenis manusia yg bukan sembarangan nak letakkan sesuatu yg lebih tinggi dr kepalanya, lekehla letak songkok.....

    cari aku kat bdr jengka sesapa tak puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ku berancuk

      Delete
    2. Anon 10:31

      Jangan emosional. Kita t3ngok kearah mana hala tuju DAP,PAS, PKR dan UMNO. Satu sifat manusia, sikap kepura-puraan tidak akan bertahan lama. Mahu tak mahu sifat seb3nar akan timbul juga. Kita perhati, sedikit d3mi sedikit sifat sebenar akan menampakkan kepalanya. Makin diperhati ia semakin jelas.

      Kita bersabar sambil perhati. Makin kita perhati makin faham kita sifat dan rupa sebenar yang akan teserlah. Bila kita sudah kenal sifat dan rupa, senanglah skit kita nak atasi. Cuma dalam dok perhati kita kena waspada juga kot2 dibuat sesuatu diluar jangkaan.

      Bersabar. Perhati. Dan jangan 3mosional kerana bila kita emosional kita hanya nampak benda2 kecil sahaja, isu pokok kita tak nampak.Maklumlah perasaan melebihi dari kerasionalan akal.

      Delete
    3. Anon 10:31 (hulu jengka rupanya?)

      Bagilah nama dan alamat supaya senang orang tak puas hati nak cari kamu kat hulu Jengka tu..... (suruh orang cari, tapi nama pun guna anon dan alamat pun takut nak beri). Kamu ni baru habis SPM ke? Kamu ingat Cina DAP tu lahir di Beijing atau Shanghai ke? Kalau kamu pula ditakdirkan lahir sebagai bangsa Cina atau India bagaimana pula? Mahu kamu jadi hamba kepada bangsa yang korupsi dan mudah ditipu oleh pemimpin atasan mereka? Kalau setakat Melayu yang bersepah menjadi kuli di pasaraya dan kedai-kedai hardware kepunyaan towkeh Cina pun mahu mengaku sebagai "Ketuanan Melayu", maka memang betullah tak lama lagi Melayu hanya tinggal nama dan perasan sebagai bangsa utama di negara ini tapi layaknya sebagai "kuli Cina" kerana ramai pemimpin Melayu yang mendapat projek dari Kerajaan UMNO akhirnya mengadai dan meng alibaba kepada towkeh Cina. Akhir sekali kamu ini mungkin orang kuat Tuan Brahim yang "gila nak berkereta mewah" tu kot?

      Delete
    4. engkau cari kat kedai makan pok lias dkat matau, tanya mana anak sedara tok mandur speei, situ ramai otai2 pkr bekasan gedebe 60an selalu dok lepak, kalu berani pergi jer tanya geng2 situ

      Delete
    5. Apalah dok merapu sangat otak mayonis 22:38 ini? apa masalah dia ni? Sakit jiwa?

      Delete
    6. Anon 22:38

      Agaknya dia ni teringin selalu sangat tonton filem bujang lapok. Nak jadi sarip dol - samseng kg dusun. Kalau dah perasan menguasai diri inilah jadinya, mcm perkasa dan pukida..........Kalau anak sedara najib atau nan yaakob adalah juga strong-nya, ini anak sedara tok madur speei (bekas ketua polis atau ketua hakim ke?). Demam.....demam, melayu kongkang gini...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...