Thursday, 6 November 2014

Noh Omar, Bersaralah!!!


Selepas Presiden UMNO, Najib Razak mengkritik kepimpinan UMNO Selangor yang disifatkannya masih tidak berubah sehingga beliau berasa letih dan malu dengan keadaan itu, kini giliran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pula berbuat demikian.

Dalam tulisan terbaru di blog Chedet,  bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mahukan UMNO Selangor segera melakukan perubahan dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula struktur kepimpinannya.

Katanya, pemimpin UMNO negeri itu perlu menerima hakikat bahawa mereka harus berundur selepas menerima kekalahan dalam PRU 12 serta PRU13 dan sedia menerima lebih ramai kemasukan ahli baru, terutamanya Generasi Y.

Tambah Mahathir lagi, pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima kemasukan ahli baru yang berbakat kerana takut dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon dalam pilihanraya.

Tindakan mereka itu, bukanlah untuk memperkuatkan parti tetapi hanya mahu mengukuhkan kedudukan sendiri, jelasnya lagi.

Kritikan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO Selangor ini menjadikannya sudah dikritik sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminggu. Sebelum ini, Najib secara terbuka meluahkan kekecewaannya kepada UMNO Selangor yang diketuai oleh Noh Omar kerana mendapati tiada perubahan dalam usaha mahu menawan semula negeri itu.

Menurut Najib lagi, setiap kali UMNO digelar pembangkang di Selangor, beliau merasa letih dan malu dengannya.

Selain mengekalkan kuasa di peringkat Pusat, usaha menawan semula Selangor adalah cabaran paling besar bagi UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana, walaupun menang di peringkat Persekutuan, kegagalan menguasai negeri yang paling kaya itu hampir tidak memberi makna kepada UMNO dan BN.

PR pula, sebaik berjaya menguasai Selangor, mereka bukan saja mahu mengekalkannya, bahkan menjadikannya sebagai loncatan untuk menawan Putrajaya pula. Meskipun Langkah Kajang berjaya disekat dan Anwar Ibrahim dapat dihalang daripada menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi dengan Azmin Ali yang menduduki kerusi ketua kerajaan negeri itu, peluang dan harapan BN tetap tidak berbeza getirnya.

Bukan saja kerana Azmin dianggap pemimpin yang menepati citarara anak-anak muda, penyusunan barisan Exconya yang menampilkan ramai pemimpin muda menampakkan tidak sukar baginya meneruskan kemenangan PR pada PRU 14 nanti. Ditambah lagi dengan pelbagai pendekatan terjah dan mahu meluangkan lebih banyak masa turun ke lapangan bersama rakyat, ratingnya kini cukup positif.

Berbeza dengan UMNO Selangor, majoriti pemimpinnya bukan saja bergelut dengan pelbagai masalah yang bukan rahsia lagi di kalangan rakyat, bahkan juga seperti kaku dan beku dalam mendepani pelbagai isu yang melibatkan rakyat di negeri itu.

Noh Omar yang mengetuai  UMNO Selangor sekarang bukan saja tidak disukai oleh rakyat biasa, bahkan ramai ahli UMNO sendiri tidak tersentuh hati dengan kepimpinan dan perwatakannya.

Dalam banyak bahagian di Selangor, ramai ahlinya tidak segan-segan mengatakan tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang selagi Noh Omar menjadi ketuanya.

Apatah lagi untuk berhadapan dengan Azmin dan barisan Exconya yang dikira agresif dan dinamik, Noh Omar serta kepimpinan UMNO Selangor sekarang semakin tidak relevan untuk diberikan tugas menyalakan obor kemenangan itu. Tanya siapa saja, harapan untuk terus kalah jauh lebih terbuka berbanding mencapai kemenangan.

Setelah Najib dan Mahathir mengkritik dan memberi teguran, Noh Omar sebenarnya tiada pilihan lain selain mengakui hakikat yang sebenarnya. Beliau harus secara sukarela menawarkan diri untuk berundur dan menyerahkan kepada kepimpinan yang lebih layak lagi muda mengambil alih tugasnya.

Sebagai pemimpin yang pernah menjadi menteri di peringkat dan kemudian digugurkan, secara langsung labelnya kini adalah pemimpin yang sudah berlalu dan bukannya pemimpin harapan masa depan.

Berundur, bersara dan memberi ruang kepada perubahan dalam kepimpinan UMNO Selangor adalah langkah terpujinya ketika ini. Beberapa pemimpin lain yang sudah tua juga harus belajar-belajar mencermin diri dan sebaiknya turut sama mengundur diri secara sukarela bersama Noh Omar.

Kiranya Noh Omar dan lain-lain pemimpin tua ini tidak sedia berundur serta berkorban, bermakna lebih lama lagilah PR berkuasa di negeri itu. (SH 06/11/2014)

Di Parlimen baru-baru ini, Noh Omar tampil dengan gaya serba hijau - baju, seluar, kot, tali leher malah kasutnya pun warna hijau juga.

15 comments:

  1. Alhamdulillah.....Allah bayar cash.......kamu jatuh disebabkan kesombongan kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai yaa.... ,Noh Omar ,salah hor rr .

      Delete
  2. Aku Sokong Shahbuddin dalam artikel ini, memang tepat.

    Mohon Shahbuddin jugak sarankan Najib Bangang Bahalul turun letak jawatan.

    Nuar Berahim Masok Penjara.

    Aman Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tak benda nak buat, tu yang jadi bosan tu....

      Delete
  3. Sepatutnya parti umno dibubarkan diSelangor kerana tak relevan lagi, dan ramai ramai masuk kedalam parti-parti PR. Inilah natijahnya bila orang melayu dah cerdik, umno akan terhapus dengan sendirinya.Berpuluh-puluh tahun umno menipu melayu sehinggakan bangsa melayu jadi mundur. Melayu tiada apa yang dibanggakan dari segi ekonomi. Tiada memiliki apa-apa perusahaan seperti bangsa lain.hidup hanya cari jalan pintas.akhirnya melayu tiada boleh menumpang atas kekayaan melayu dari segi pekerjaan. semua bisnis dikuasai bangsa lain.melayu minta kerja bagai peminta sedekah.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan artikel ni..nak tambah sikit..najib, anwar, hj hadi dan lim kit siang pun patut berhenti..dah lama sangat..rakyat bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANOYMOUSE 06:59.PERJUANGKAN ISU2 RAKYAT BOSAN KE?.. KO BOSAN SBB KO BANGANG... DAN KO X BERJUANG APA2 PUN.. MAKAN TIDOR JA ...

      Delete
  5. UMNO Selangor memamg ke**** bu***.

    ReplyDelete
  6. mana boleh undur... perjuangan yang belum selesai... how can gostan ... ?

    ReplyDelete
  7. Jangan , biar dengan orang lama umno , senang untuk pkr maintain Selangor.

    ReplyDelete
  8. Noh omar dan pemimpin umno selangor peduli apa pr menang selangor.
    Selagi jd ketua bahagian mereka masih dpt kontrak / projek persekutuan di selangor. Mereka masih tak rugi.

    Mereka masih bersyukur dgn apa yg ada.

    Kalau undur atau bubar umno selangor, baru rugi.

    Selagi boleh tutuh, tutuhlah habis2. Lepas ni mana ada peluang lagi.

    Samalah najib n rosmah.

    ReplyDelete
  9. Tuan Shah, ini nama nya 'denial syndrome' yang melanda porla pemikiran pemimpin2 UMNO.hari ini. Najib pun satu hal. Image2 buruk Najib juga yang menyebabkan rakyat penci pada UMNO.

    ReplyDelete
  10. Noh Omar, kuatkan semangat jangan berhenti jangan letak jawatan tebalkan muka jangan ada sedikit pun rasa malu teruskan perjuangan merembat apa saja sehingga ke kepingan sen terakhir.

    ReplyDelete
  11. Ina fikir elok lantik calon bebas TS Khalid Ibrahim yg kena tendang dgn anwar tu hari ganti Noh Omar ni.

    ReplyDelete
  12. Tuan, peminpin2 tempatan UMNO tak kisah pun samaada mereka kalah ke menang. Selagi Malaysia mereka memerintah budget masih dsalurkan melalui mereka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...