Friday, 14 November 2014

Masa Untuk UMNO Bersikap Jujur - Masih Relevankah Najib Hadapi PRU 14 Nanti?


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi menghalakan kritikannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak dengan menyifatkan pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah dan mengelirukan dari segi menambah pendapatan per kapita rakyat.

Menulis di blognya sebagai  suatu lagi kecaman terhadap Najib, beliau berkata, pendapatan rakyat seharusnya ditingkatkan dengan cara menambah peluang pekerjaan atau perniagaan serta dengan meningkatnya produktiviti, bukannya dengan cara pemberian tunai.

Selain itu, jelas Mahathir lagi, pemberian BR1M juga menyebabkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan serta melemahkan karektor dan mengurangkan daya saing rakyat dalam pasaran.

Kritikan terbaru ini, bukan saja menjadikan semakin banyak kritikan beliau terhadap kepimpinan Najib, malah dalam waktu yang terdekat ini saja serangannya bagaikan bertali arus dengan sebelum ini hutang 1MDB dan kegagalan UMNO Selangor dalam PRU 13 yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, menjadi sasarannya.

Melihat keagresifan Mahathir menyerang Najib sejak kebelakangan ini, dapat dirasakan pasti banyak lagi serangan akan menyusul selepas ini. Mahathir tidak akan berhenti walaupun ketika ini Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO seakan tidak memperdulikan teguran beliau itu. Satu demi satu peluru yang dilepaskannya kepada Najib hampir menyamai dengan apa yang dilakukan kepada Abdullah Badawi dulu.

Meskipun ramai pemimpin UMNO, termasuk yang berjawatan menteri mengatakan Mahathir sudah tidak bertaring lagi sekarang, namun semakin banyak Mahathir menegur dan bersuara, semakin nipis keyakinan rakyat terhadap Najib dan kerajaan.

Apa pun persepsi dan penilaian sesetengah rakyat terhadap teguran beliau, yang tidak dapat dinafikan ialah Mahathir berbuat demikian kerana sayangnya kepada negara ini. Selagi bernyawa dan mampu berbuat sesuatu, beliau seperti tidak rela melihat negara ini musnah dengan hutang yang kian meningkat, ekonomi tidak terjamin dan kehidupan rakyat semakin sukar.

Jika Mahathir seorang yang mementingkan diri sendiri, dalam usia dan kedudukannya sekarang, beliau boleh saja memilih untuk berehat dan berdiam diri tentang apa saja yang berlaku dalam negara tanpa berbuat apa-apa sebagaimana yang sedang dilakukan oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Dalam kehidupan sekarang dan masa depan, tiada apa yang dibimbanginya lagi oleh Mahathir.  Anak-anaknya semua sudah dewasa, berjaya dalam perniagaan dan mungkin  kekayaan mereka cukup untuk beberapa keturunan manakala anak bongsunya, Mukhriz pula agak selesa dengan menjadi Menteri Besar Kedah. Malah sebenarnya lebih untung untuk anak-anak dan keluarganya jika Mahathir memilih menyokong atau berdiam diri saja terhadap kepimpinan Najib, berbanding menegur, mengkritik dan menarik balik sokongan seperti yang dilakukannya sekarang.

Tetapi sudah tentulah kerana ingin menyelamatkan negara ini daripada lebih banyak kerosakan oleh Najib, maka beliau memilih jalan yang dilakukannya sekarang, sekaligus memungkinkan ketidakselesaan kepada masa depan anak-anaknya. Inilah sebenarnya pengorbanan Mahathir yang perlu kita fahami.

Bukan saja rakyat harus menyambut baik pengorbanan ini, malah ahli dan pemimpin UMNO juga seharusnya merenung kembali satu persatu tegurannya itu.

Lebih dari itu, Najib sendiri yang bercakap paling banyak slogan tetapi gagal melaksakannya dan paling berjaya juga meningkatkan hutang negara sehingga ke paras hidung, ditambah dengan 1MDB yang hanya berusia enam tahun tetapi sudah mempunyai hutang lebih RM40 bilion, seharusnya juga sudah memahami mesej daripada tindakan Mahathir ini.

Walaupun pemimpin UMNO kukuh bersamanya dan dalam Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini juga mungkin bertambah lagi pujian dan sanjungan terhadapnya, Najib perlu sedar bahawa semua itu palsu belaka. Sokongan pemimpin UMNO hanyalah kerana mereka ingin menjaga perut dan kedudukan masing-masing, manakala pujian dan sanjungan pula kerana sudah disiapkan skripnya.

Tidak guna memiliki sokongan dan pujian palsu jika hakikat sebenarnya hubungan dengan rakyat makin menjauh. Dalam banyak aspek sekarang ini, kerajaan semakin tidak lagi dihormati oleh rakyat. Rakyat tidak lagi melihat kerajaan sebagai pelindung dan pemberi kesejahteraan kepada mereka, sebaliknya lebih sebagai bahtera usang yang bocor di sana sini dan perlu diganti dengan segera.

Hari ini, mereka yang bercakap tentang kemungkinan UMNO akan kehilangan kuasa bukan lagi ahli biasa dan rakyat kebanyakan, bahkan pemimpin UMNO sendiri sudah secara terbuka memperkatakannya.

Mengingatkan Najib agar segera berubah barangkali sudah terlambat dan sia-sia saja. Najib kini adalah dalam keadaan perlu diubah kedudukannya sebelum rakyat mengubahnya.

Dengan teguran demi teguran, kritikan demi kritikan oleh Mahathir, sudah sampai masanya ahli dan pemimpin UMNO bersikap jujur dan bertanya kepada diri sendiri - masih relevankah Najib dan mampukah beliau terus membawa BN menang dalam PRU 14 nanti? (SH 14/11/2014)

4 comments:

  1. Najib Tak Relevan..Besi Buruk Bau Taik Hanyir..

    Begitulah perumpamaan Najib pada UMNO terkini

    ReplyDelete
  2. Bukan sahaja najib tp hampir kesemua saf kepimpinan tertinggi umno sudah tidak relevan..memerintah tidaklah bermakna anda kuat tp hanyalah sedikit luck disebabkan lawan yg lemah

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Jika dianalisa kritikan kritikan Mahathir terhadap kepimpinan UMNO BN khususnya kpd PM, kita dapat melihat seolah2 adanya korelasi antara waktu atau masa kritikan ini dihambur Mahathir dengan kes liwat Mahathir.

    Kebanyakan kritikan Mahathir kpd pimpinan baik era Pak Lah mau pun Najib akan lebih menjadi jadi disekitar waktu kes liwat Anwar didengari di mahkamah atau diambang kes berkenaan menunggu keputusannya.

    Kali ini Tun Daim nenjadi regu Mahathir menikam Najib sebaik kes liwat Anwar selesai didengari dan menunggu keputusan hakim. Saya yakin kritikan kritikan ini baik oleh Daim mahu pun Mahathir kepada Najib merupakan loceng amaran atau peringatan agar Najib melakukan sesuatu bagi memastikan Anwar tidak semudahnya dibiarkan bebas. Fakta2 kes yang didengari di mahkamah kelihatan banyak memihak kpd Anwar utk kemungkinan Anwar dibebaskan dan ini yang meresahkan regu Mahathir dan Daim.

    Kita jangan lupa bagaimana timbulnya kisah budak2 tingkat 4 yang dikatakan mempengaruhi pentadbiran PM Pak Lah sebelumnya serta isu jambatan bengkok. Kedua isu ini hangat diperkatakan Mahathir sebelumnya akibat Pak Lah gagal menangani kes liwat Anwar yang membawa pembebasan Anwar. Dan sehingga hari ini Pak Lah terus dimusuhi dan didendami Mahathir. Kesalahan besar Pak Lah hanyalah kerana ksediaannya membebaskan Anwar.

    Saya yakin natijah serupa akan menimpa Najib jika Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Jika ini berlaku, Najib akan berterusan dimusuhi dan menjadi sasaran kritikan regu Mahathir tanpa henti malah Najib akan mengulangi nasib yang menimpa Pak Lah.

    Ramai rakyat Malaysia baik yang pro UMNO BN mahu pun pro oposisi gagal untuk melihat korelasi kritikan Mahathir dengan kes liwat Anwar yang didengari di mahkamah. Kali ini Mahathir dapat menghidu bahawa Anwar berkemungkinan didapati tidak bersalah. Maka regu Mahathir perlu mengunjuk "peluru" bagaikan satu ugutan agar Najib segera lakukan sesuatu sesuai dengan kemahuan bekas PM itu.

    Jika Najib bersedia mendengar dan bertindak sesuai dgn apa yang Mahathir mahu, yakinlah bahawa serangan bertalu regu Mahathir ini akan reda dengan sendirinya. Itulah sebabnya kenapa Mahathir tidak konsisten dalam memuntahkan peluru kepada Najib. Ada benci tapi rindu dalam hati Mahathir kpd Najib. Dan bukan mustahil perasaan rindu ini akan kekal bertukar menjadi benci sekiranya mahkamah kelak membebaskan Anwar. Saat itu tidak mustahil Mahathir akan mengguna "C4" bagi menamatkan karir politik Najib.

    Kita selaku rakyat Malaysia jangan biarkan diri diperbodohkan oleh sekelompok pimpinan yang cuba mencaturkan pentadbiran negara untuk kepentingan kumpulan mereka sendiri. Perancang utama kelompok ini tidak lain tidak bukan adalah Mahathir. Bagi Mahathir, nasib negara dan masa depan Malaysia bukan perkara utama selagi Anwar gagal dimatikan terus karirnya dalam persada politik tanah air. Siapa pun PM yang mengganti Najib akan terus dimusuhi Mahathir jika Anwar masih dibiar bebas berpolitik di bumi Malaysia.

    Ketakutan regu Mahathir terhadap Anwar mengatasi segala2bya dan ini tentulah bersebab krn perumpamaan ada menyebut "berani krn benar, takut krn salah". Siapa pun yg cerdik dan berfikir secara waras tahu, angkara siapa siri liwat Anwar ini dipentaskan di pawagam mahkamah Malaysia. Apa yg pasti, Malaysia akan terus caca marba dan dilihat secara negatuf oleh negara luar selagi PM Malaysia adalah manusia2 dari parti UMNO Baru yang diasaskan manusia bernama Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  4. Sir,

    Najib is definitely very relevant for GE14 from Pakatan Rakyat's perspective. Don't be so nice as to teach your rivals about the smart things. Otherwise, Pakatan will forever remain in the opposition.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...