"Saya rasa sangat letih dan memalukan apabila kita dipanggil sebagai pembangkang," katanya lagi.
Tambahnya lagi, UMNO Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dua kali dalam pilihanraya umum dan perlu berani membuat perubahan bagi merampas kembali negeri itu.
Ada yang bertanya, kenapa hanya letih dan malu dengan Selangor saja sedangkan BN juga jadi pembangkang di Pulau Pinang sejak 2008 dan di Kelantan pula sejak 1990 lagi?
Berdasarkan perkembangan semasa, gerak kerja dan struktur kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini, memang Najib berhak untuk berasa malu dan letih. Walaupun PR di Selangor pernah bergolak dengan kemelut pertukaran Menteri Besar, pimpinan parti itu dilihat beku dan kaku untuk mengambil peluang dah kesempatan.
Sebab itu, walaupun berdepan krisis dan kemelut, sebaik isu Menteri Besar berakhir, hasil kajian mendapati sokongan rakyat terus meningkat kepada PR. Berdasarkan kajian Umcedel, berbanding Mei lalu di mana sokongan rakyat didapati menjunam kepada 35 peratus, tetapi terakhir ini ia meningkat semula ke paras 43 peratus.
Atas kegagalan merebut peluang dan mengeksploitasi isu, ramai yang beranggapan bahawa selagi Noh Omar menjadi Pengerusi UMNO Selangor, selagi itulah tiada kemajuan dan lompong harapan untuk merampas kembali negeri itu daripada PR. Beliau bukan lagi pemimpin harapan masa depan, tetapi pemimpin yang sudah berlalu.
Yang lain pula berpendapat, bukan sekadar pertukaran kepimpinan harus dilakukan, bahkan UMNO Selangor juga perlu meletakkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan mereka pula tidak semestinya daripada kalangan yang mengetuai UMNO di peringkat bahagian-bahagian.
Selain meletakkan beban kesalahan kepada UMNO Selangor, kekalahan dalam pilihanraya lalu juga sebenarnya adalah tanda penolakan terhadap Najib sendiri. Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, Najib adalah Pengerusi UMNO Selangor dan beliau sendiri menghabiskan banyak masa mahu menawan kembali negeri itu.
Berbanding pilihanraya 2008 di mana BN Selangor menang sebanyak 20 kerusi, tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu kemenangan BN hanya tinggal 12 kerusi saja lagi. Jika ditolak dua kerusi lagi iaitu Kota Damansara dan Semenyih yang dimenangi BN kerana pertindihan calon PR, hakikatnya jumlah sebenar kemenangan BN hanyalah 10 kerusi saja.
Jika di peringkat pusat, BN ditolak oleh 52 peratus undi popular serta kekurangan tujuh kerusi berbanding 2008, di Selangor pula penolakan itu meningkat sebanyak sekali ganda lagi. Dengan komposisi pengundi bandar dan separa bandar menjadi majoriti di Selangor, itulah sebenarnya perlambangan citarasa mereka di seluruh negara tentang UMNO dan BN.
Jika kedudukan di Selangor mahu dijadikan ukuran, ia adalah tanda dan signal penolakan yang sangat jelas, bukan saja kepada UMNO dan BN tetapi lebih ketaranya ialah kepada Najib sendiri.
Najiblah yang memimpin dan mengetuai UMNO Selangor dalam pilihanraya lalu dan ditangan beliaulah parti itu menjadi pembangkang dengan keputusan yang jauh lebih merosot.
Jadi, kalau malu dan letih dengan gelaran BN sebagai pembangkang, Najib hakikatnya lebih wajar "menembak dirinya sendiri" daripada menghalakan muncung senapang kepada pihak lain.
Kiranya beliau sendiri dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri pun ditolak dengan lebih parah oleh pengundi Selangor, mengharapkan perubahan dan kejayaan oleh UMNO negeri itu tidak lebih umpama angan-angan kosong saja. Sehingga ini rakyat Selangor gembira dan selesa dengan PR dan Azmin Ali sebagai ketua kerajaan negerinya.
Najib bukan saja boleh menutup kesalahannya dengan menuding jari kepada pihak lain, bahkan boleh juga terus bermimpin dan berangan-angan untuk menjadi kerajaan di Selangor. (SH 02/11/2014)
Najib adalah PM paling haprak dalam sejarah Malaysia.Lebih baik dia berambus saja dari sekarang kerana BN akan terus menerus jadi pembangkang pada peringkat persekutuan pada PRU14.
ReplyDeleteShah, tak perlu komen panajang2. The speech seolah2 keluar dari jubur beliau( from his arse !!!) Menjijk kan !!!
ReplyDelete57 tahun lea UMNO (BN) sutak kasi pelintah lea aa ,sampai sikalang Wa tatak nampak itu pembangkang ea aa , atak cukup dewasa mau kasi ambil alih sama kelajaan lor rr.
ReplyDeleteSikalang Wa tengok itu Najib manyak lembek maa aa ,tapi itu pembangkang pon tatak bolih tunjuk lia mampu buat lebih baik lea aa.
Cakap lain olang tatak babut ,manyak bising ea aa ,tapi sendili tatak nampak bolih keleja loo rr.
Itu lembik punya pon bolih masuk maa ,kelas punya tatak bolih loo rr .
Tuan, Najib tak perlu malu malah dia patut bangga. Tidak pernah ada PM di dunia ini yang begitu prihatin untuk membantu rakyat yang gagal dlm Universiti bagi dapatkan biasiswa melainkan hanya PM Najib satu satunya. Najib patut bangga kerana ini.
ReplyDeleteKesediaan Najib meluangkan masa menyambut seorang yang gagal seperti Saiful datang ke rumah untuk hal biasisiwa adalah suatu tindakan yang sangat mulia. Diharapkan Najib dapatlah menyambut lebih ramai rakyat Malaysia lain yang perlu biasiswa, sambut mereka di rumah dan bantu mereka dapatkan biasisiwa sebagaimana yang Najib telah lakukan kepada Saiful Bukhari.
Tidak cuma Najib yang sanggup melayani Saiful malah pegawai khas beliau sendiri juga berbesar hati meluangkan masa untuk Saiful, manusia yang kononnya malang kerana di liwat. Najib wajar bangga dan tidak perlu rasa malu kerana sikap beliau itu menunjukkan betapa prihatinnya Najib khususnya kepada Saiful, pelajar kandas U.
Rakyat Selangor harus sedar akan kebaikan Najib ini, satu satu nya PM paling pemurah di dunia khususnya pada manusia gagal U spt Saiful.
Tahniah Najib! Kah kah kah
Malu aku dengan najib.. Ok bye!
ReplyDeleteApa lagi, perkemas saf-saf Pakatan Rakyat, buang segala yang keroh, ambil yg jernih, muhasabah diri dan akui kelemahan masing-masing. PAStikan Selangor di bawah penguasaan PR untuk seterusnya.
ReplyDeleteBN dah bagi laluan mudah melalui janji-janji yang TAK DITEPATI seperti kenaikan Bahan Api, GST, Tak Naik Gaji dan mcm-mcm lagi dan jawabnya Ini Kali....
Najib perlu berubah!
ReplyDeleteJika ingin menjatuhkan Anwar sekalipun, Najib tidak mampu di Selangor kerana rakyat negeri Selangor lebih celik maklumat berbanding di negeri lain yang di perintah BN sebelum ini. Faktanya rakyat lebih membenci musuh dalam selimut yang pada bila-bila masapun mampu menikam Anwar dan PKR dari depan dan belakang. Jika tidak kerana Lebai Adi Awe yang tamak haloba, berhati busuk, flip-flop, U-turn dan "bapa mengkafirkan" , tikam belakang kawan dab berlidah biawak rasanya DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih akan jatuh mudah ke tangan PKR dan majoriti pastinya bertambah. Anwar dan PKR sepatutnya sudah tidak boleh mengharapkan apa-apa kerjasama dan perhubungan baik dengan manusia berperangai "munafik" yang saban hari menjual hadis dan ayat Al-Quran demi kuasa dan menantu. Sesiapa pun yang pernah membaca atau bersama memperjuangkan keadilan bersama Anwar pastinya amat memahami bahawa beliaulah individu yang kerap kali dikhianati dan dianayai oleh orang atau rakan yang paling rapat dengan beliau. Sebagai seorang Islam yang berfikiran liberal dan kritis, beliau (Anwar) tidak seharusnya dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama sehingga 2 kali (hinggakan ular berserban pun dah mematuk beliau juga)...........
ReplyDeleteTidak syak lagi Najib adalah sebahagian dari filem liwat II Anwar. Keengganan dan alasan yang dicipta utk elak Najib hadir ke mahkamah berkait kes berkenaan adalah bukti ketakutan Najib, seorang yang bersalah memang menjadi takut untuk berhadapan dengan kenyataan.
ReplyDeleteKehadiran Saiful ke rumah Najib sebelum filem liwat II ditayangkan adalah bukti bahawa Najib ikut terlibat samada sebagai penyumbang skrip atau memberi arahan kepada pelakon terbaik adegan liwat Saiful Bukhari. Najib yang tidak mengaku kehadiran Saifdulk diperingkat awal dan hanya terpkasa mengaku selepas bukti didedahkan membuktikan Najib cuba menyembunyi sesuatu.
Dan alasan mengatakan Saiful hadir untuk dapat bantuan memohon biasiswa adalah auta dan sukar diterima akal apa tah lagi seorang yang gagal pengajian memohon pertolongan biasiswa dari orang nombor satu negara walhal tidak ada apa pun hubungan kuat antara Najib dan Saiful.
Dengan ini apa yang berlangsung dan ditayangkan di mahkamah tentang liwat II hari ini dan hari hari sebelumnya hanyalah lakonan dari skrip yang telah siap disediakan kepada team pendakwa dan pihak mahkamah.
Banyak sangat kebetulan dalam kes Anwar dan yang terhebat sekali ialah kejadian Saiful diliwat oleh Anwar hanya selepas 2 hari Saiful bertemu dengan Najib, PM Malaysia.
Dan kes rayuan juga kononnya kebetulan diambang Anwar untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang lepas. Masih ingatkah anda kes lebam mata Anwar...samseng kepala polis dajal itu yang menumbuk Anwar hanya sepikan kejadian berkenaan sampai terpaksa pihak kerajaan terpaksa membazirkan masa dan wang ringgit semata mata mewujudkan Suruhanjaya Di RAja Siasatan.
Jadi apa nak heran kalau pun boleh menjadi dajal dan barua pemerintah ketika itu, apa tah lagi pegawai pegawai bawahan yang terlibat dengan kes liwat II Anwar ini. Jadi jangan pelik dan heran kerana bukti lepas telah mendedahkan bahawa polis juga boleh menjadi dajal atas tujuan tertentu.
Pok jip perlu tambah lagi hutang sampai bangkrap negara...barulah dia malu nak jadi piem.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Air-Mata-Buaya/314688108733492?fref=nf
ReplyDeleteFaktor penolakan rakyat terhadap kepimpinan Najib adalah kerana Najib terlalu memberi muka kepada kaum lain selain Melayu. UMNO itu Melayu, kalau nak UMNO menang banyak, perlulah dibela dan dijaga orang2 Melayu ini. Barulah mereka akan menyokong UMNO. Ini tidak, bela orang lain, beri peruntukan dan kemudahan macam2, tetapi akhirnya mereka tetap tidak sokong BN. Tak kan Najib tak nampak lagi. Kalau nak berharap kepada orang Melayu untuk menyokong UMNO perlulah mereka dibela dan dijaga. Apa yang Najib buat adalah sebaliknya. Macamana orang Melayu nak menyokong UMNO. Orang lain bila minta semua dapat, orang Melayu bila minta ada saja kekangannya. Macamana nak dapat sokongan orang Melayu kalau begitu layanan yang Najib berikan. Harapkan Noh, lagilah tak ada apa program memperkasakan Melayu. Kata dia sebagai penyelaras BN negeri Selangor bertaraf menteri, tapi tak nampak apa pun program memperkasakan BN di Selangor. Itu sebab Melayu berhijrah. Kalau tengok YB PAS pun bukannya bagus sangat. Tiada apa program menyatukan rakyat yang mereka buat di kawasan yang mereka menang. tetapi UMNO leka dan lalai. Tidak mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan YB2 tersebut. Maka tetaplah UMNO tinggal menjadi pembangkang yang semakin layu di Selangor. Ketua Penerangan UMNO Selangor pun entah hapa yang dibuatnya. Program yang dianjurkan tiada mendapat sambutan. Belajarlah dari parti pembangkang cara bagaimana mereka menarik dan mengumpulkan pengundi baru yang menjadi penyokong mereka. Tak salah meniru. No harm copying.
ReplyDeletePNS.