Monday, 3 November 2014

Ahli UMNO Sebenarnya Lebih Letih Dengan Najib


Pada hari Sabtu lalu, ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor, Perdana Menteri, Najib Razak meluahkan rasa letih dan malunya dengan kedudukan UMNO di negeri itu yang disifatkannya masih tidak berubah.

Sehubungan itu, sambil mengingatkan BN sudah kalah dalam dua kali pilihanraya, beliau juga mahu mereka segera berubah dan bertindak aktif bagi memastikan kemenangan dapat diraih semula.

Dalam konteks UMNO Selangor, walaupun kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu adalah tanggungjawab yang seharusnya lebih merupakan kesalahan beliau, tetapi  ada benarnya juga teguran Najib itu kerana mereka bukan saja tidak berubah, tiada gerak kerja yang konkrit sehingga ini, malah terus  mengamalkan sikap berpuak-puak.

Lebih malang, ketika PR berkrisis berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar, UMNO Selangor terus kaku dan bisu serta tidak berbuat apa-apa untuk mengaut keuntungan politik atau mengekploitasi isu tersebut.

Tetapi, sementara Najib menyalahkan UMNO Selangor yang didakwanya tidak berubah dan menyebabkan beliau letih serta malu, adakah beliau sendiri sudah menunjukkan teladan perubahan yang boleh dicontohi oleh ahli-ahli UMNO semua peringkat?

Adakah Najib sendiri sudah berubah sebagaimana kerapnya beliau meminta pihak lain agar berubah?

Selain sudah banyak dibuktikan sebelum ini bagaimana Najib telah menunjukkan kelemahan dan melakukan kesilapan, semalam heboh di laman sosial mengenai Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Ghazali Ibrahim didapati menampalkan logo rasmi kerajaan dan jawatannya di kereta peribadi Porsche Cayenne miliknya.

Perbuatan itu bukan saja bertentangan dengan peraturan kerajaan, tetapi menunjuk-nunjuk logo dan jawatan rasmi di kereta mewah yang berwarna merah garang seakan-akan seorang "playboy", bukan saja memalukan malah meletihkan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

Kenapakah seorang Setiausaha Politik tergamak melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan naluri dan selera rakyat bawahan?

Kenapakah juga Ghazali tidak mahu menggunakan Proton Perdana yang diberikan oleh kerajaan sebagai kenderaan rasminya?

Atas tindakan Ghazali ini, sekali lagi tentulah Najib harus memikul beban kesalahannya. Apakah beliau tidak pernah menasihati atau menegur kakitangan bawahannya agar sentiasa berhemah dan tidak menunjuk-nunjuk sebagaimana kerapnya beliau memberi nasihat kepada rakyat dan ahli UMNO melalui ucapannya?

Lebih dari itu, bagaimanakah Najib mahu mengharapkan perubahan daripada UMNO sedangkan kakitangan bawahannya sendiri tidak memahami apa itu perubahan yang sebenarnya?

Hakikatnya, ramai ahli UMNO letih dan malu dengan perlakuan Ghazali ini.

Hari ini pula, seorang bekas Setiausaha Sulit Najib, Abdul Halim Samad telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator dan baru saja mengangkat sumpah jawatannya di Bangunan Parlimen.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Setiawangsa tetapi dalam pemilihan 2013 lalu telah menarik diri daripada perebutan setelah tiga kali kiraan menunjukkan undi yang diperolehinya adalah sama dengan pencabarnya iaitu Shuib Ibrahim.

Tindakannya menarik diri itu tidak lain ialah kerana merasakan jika meneruskan pun, tiada harapan lagi untuk menewaskan pencabarnya itu. Dalam ertikata lain, beliau adalah calon yang kalah dan tidak berjawatan dalam UMNO.

Sementara kita mengakui bahawa hak melantik sebagai Senator adalah kuasa Perdana Menteri tetapi sejarah juga menunjukkan tidak pernah ahli UMNO yang kalah bertanding dilantik bagi jawatan itu. Di WP, pemegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pun  tidak pernah merasai jawatan itu.

Selalunya di WP, jawatan Senator hanya diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian saja. Apatah lagi tiga Ketua Bahagian UMNO di WP ketika ini iaitu Shafie Abdullah (Wangsa Maju), Rizalman Mokhtar (Bandar Tun Razak) dan Mustapha Kamal (Seputeh) masih tertunggu-tunggu untuk merasa bergelar YB juga kerana menjadi Ketua Bahagian UMNO selalunya itulah ganjaran yang diterima jika tidak berpeluang bertanding dalam pilihanraya.

Apakah ketiga-tiga mereka ini tidak layak berbanding Abdul Halim Samad? Dengan melantik mereka yang tiada jawatan juga, di manakah konsep parti menguasai kerajaan sebenarnya?

Berbanding parti menguasai kerajaan, apakah konsep kroni menguasai kerajaan sedang diamalkan oleh Najib sekarang?

Di kalangan ahli dan pimpinan UMNO WP ketika ini, ramai yang tidak puas hati dan meluahkan rasa kecewa dengan cara Najib ini yang seolah-olah hanya "memandang sebelah mata" mereka yang berjawatan dalam parti berbanding kroni dan kalangan yang rapat dengannya.

Jika Najib mengadu letih dan malu, ahli UMNO dan mereka yang berjuang mempertahankan parti sebenarnya jauh lebih letih dan malu dengan dua kejadian terbaru ini. Mereka sebenarnya letih dan malu kerana Najib sendiri tidak berbuat yang sewajarnya untuk memelihara dan menjaga parti daripada terus dipandang tidak elok, bukan saja oleh rakyat tetapi juga ahli UMNO sendiri.
( SH 03/11/2014).

Inilah kereta yang dimiliki oleh Ghazali Ibrahim, Setiausaha Politik Najib yang menjadi bualan ramai itu.

Perlantikan Abdul Halim Samad sebagai Senator menyebabkan ramai tidak puas hati dan mempersoalkan di manakah konsep parti menguasai kerajaan sebenarnya?

9 comments:

  1. Ahmad Maslan meminta semua pembicara dan pendebat dikalangan ahli UMNO Baru agar bersiap sedia dengan isu-isu semasa yang relevan dengan negara pada perhimpunan agung Umno mulai 25 hingga 29 November ini.

    Apakah makna isu semasa yang relevan dengan negara ?

    Ahli UMNO Baru bertambah bangang dan akan terus dibangangkan oleh pemimpin bangang kemudian mereka pilih pemimpin dikalangan orang bangang juga..... maka dapatlah sekumpulan melayu bangang ....he..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka cipta masaalah dalam negara, kemudian mereka juga terhegeh-hegeh perbetulkan masaalah yang mereka cipta. Kalau gagal mereka tunding jari pada Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertanggongjawab,....

      Jika mereka mampu menyelesaikannya maka mereka akan mewar-warkan seluruh dunia betapa UMNO Baru adalah parti yang hebat dan mampu menyelesaikan masaaalah yang mereka cipta sendiri.

      UMNO Baru provok institusi raja melayu, UMNO Baru juga yang jadi pengampu, pembodek, penjilat institusi raja melayu. Orang lain nak pertahankan maruah raja melayu dituduh menderhaka.

      Amat jauh kewibawaan ahli UMNO Onn Jaafar yang dipenuhi dengan pejuang agama, bangsa dan negara jika dibandingkan dengan kewibawaan ahli UMNO Baru Mahathir.....penuh dengan penyamun dan perompak yang merampas hak dan harta bangsa melayu.

      Alhamdulilah, rakyat dan pengundi negeri Selangor amat bijak memilih parti Pakatan Rakyat sebagai pentadbir negeri mereka.

      Delete
    2. Ahli2 Umno hanya tahu isu2 liwat, skandal sex, rasuah, duit, harta dan menyalahgunakan kedudukan untuk cari lagi banyak duit dan harta.

      itu lah isu2 semasa bagi ahli Umno.

      Delete
    3. GOLONGAN BERJIWA / HATI KOTOR

      Delete
  2. Haaa Haaa Haaa

    Shahbuddin Berkata Benar..

    Najib = Boddoh, banggang, bebal, Bahalul, Baghal, BLURRR, BOHONG, semuanya ""B""

    ReplyDelete
  3. Pok jib cuba nenasihati alibab supaya buat kerja jangan hanya pandai ampu projek sahaja.

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu dan juga akar-umbi UMNO memang dah letih dengan Najib , tapi, terutama orang Melayu apakah pilihan yang ada ?.

    Yang celik tidak akan memilih PR .

    ReplyDelete
  5. Perasaan ke tidak bahawa selama ini Najib tak pernah menghargai aka mempercayai Ahli2 Parliment BN Bodoh sangat ke MP MP yang ramai sediada dilantik ke jawatan menteri, apa perlunya dilantik orang bukan MP sebagai menteri atau timbalan menteri maka perlu dilantik Idris Jala, Wahid entah apa apa ke lagi termasuk Chew me fun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...