Tuesday, 11 February 2014

Sumpah Politik, Sumpah Bola Dan Manusia Sesumpah


Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team berhubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT, rupa-rupanya mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Ahmad Said yang baru pulang dari lawatan ke Antartika dituduh dengan bermacam-macam dakwaan seperti merendah-rendahkan kedudukan Al-Quran kerana sebiji bola, mengadakan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam, membelakangkan undang-undang serta pelbagai lagi kata-kata kurang manis dilemparkan terhadapnya.

Bahkan beliau juga disindir oleh banyak pihak bahawa sekiranya amalan bersumpan sudah menjadi amalan untuk menentukan kebenaran, maka tidak perlu lagilah mahkamah digunakan untuk mencari keadilan.

Yang menariknya, pihak yang mengecam Ahmad Said ini bukan saja golongan pro pembangkang, malahan ramai kalangan dalam UMNO sendiri memperlekeh tindakan Ahmad Said itu dengan mengatakan tindakan itu seolah-olah beliau tidak mempercayai lagi sistem keadilan di negara ini.

Exco Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Zulkurnain Kamisan pula berkata, tiada keperluan bagi pemain JDT untuk mengangkat sumpah dengan Al-Quran bagi mencari kebenaran insiden yang berlaku dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin kerana pihaknya mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk bersikap adil dan tidak berat sebelah.

Tindakan pihak pro pembangkang tidak setuju dengan majlis angkat sumpah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Said itu tidaklah menghairankan tetapi agak mengejutkan apabila golongan dalam UMNO atau pro UMNO juga tidak setuju dengan majlis bersumpah untuk para pemain dan jurulatih T-Team itu.

Ini berbeza dalam majlis bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan liwat oleh Anwar Ibrahim dan juga sumpah oleh Shazryl Eskay Abdullah berhubung penayangan video seks yang juga dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di mana rata-rata kelompok dalam UMNO dan mereka yang pro parti itu menyanjung tinggi keberanian bersumpah itu.

Dalam masa yang sama, selain mengecam Anwar yang menolak untuk turut sama bersumpah, mereka juga tidak henti-henti mencabarnya agar turut berani bersumpah jika benar tidak bersalah sepertimana yang didakwa oleh Saiful dan Eskay.

Dalam dakwaan yang ditujukan kepadanya, Anwar dengan sokongan beberapa ulama dalam dan luar negara, tetap berkeyakinan bahawa bersumpah dengan Al-Quran atau sambil memegang kitab suci itu bukanlah ajaran sebenar yang diajar oleh Islam, sebaliknya pihak yang menuduhnya perlulah mengemukakan bukti dan saksi.

Sementara sumpah politik yang melibatkan Anwar menyebabkan sokongan umat berpecah-pecah kerana lebih didorong oleh kelompok dan kepentingan tertentu sehingga isu itu menjadi perdebatan yang panjang, sumpah bola nampaknya membuatkan lebih ramai yang rasional dan menerima hakikat bahawa sumpah tidak menentukan kebenaran dan keadilan secara mutlak. Bagi menentukan keadilan dalam bolasepak juga terlihat lebih ramai yang mahu menyerahkan kepada pihak polis dan mahkamah untuk menentukan keadilan berbanding dalam politik, terdapat kecenderungan yang kuat untuk hanya bersandarkan kepada sumpah sebagai asas kebenaran.

Anwar telah dikaitkan sebagai bersalah bukan kerana adanya bukti dan empat saksi sepertimana yang dikehendaki oleh Islam tetapi lebih kerana keengganannya untuk turut sama bersumpah. Tetapi Ahmad Said yang mahu mencari kebenaran dengan bersumpah pula nyata telah menerima lebih banyak kecaman berbanding Saiful dan Eskay yang disanjung atas tindakan yang sama.

Penerimaan orang Melayu dan Islam terhadap sumpah berkaitan politik dengan bola jelas ada perbezaan walaupun semua mereka beramal dengan Al-Quran yang satu dan menyembah juga dengan Tuhan yang satu.

Sumpah politik dan sumpah bola telah melahirkan sesumpah di kalangan manusia. (SH 11/02/2014)

6 comments:

  1. Nampak nya ajaran agama "ISLAM" semakin di persenda oleh mereka yang mengaku "ISLAM".
    Sebelum melaku kan sumpah dengan Al-Quran sudah kah bangsa Eskimo dari Terengganu ini mengkaji permainan bola sepak ini berpuca dari dari peristewa apa dan mengapa. Tahu kan si Eskimo siapa yang memcipta permainan bola sepak ini ada apa tujuan nya. Akhir sekali, adakah permain bola sepak ini begitu penting kepada ajaran agama Islam begitu juga dengan kaedaan para pemain dan para penonton nya yang taksub.Ada sesetengah nya sanggup mengecat wajah wajah mereka sehingga kelihatan saperti "syaitan yang di kenali"

    Mungkin akan berulang kembali saperti di zaman jahiliah dulu di mana bas yang membawa para pemain dari Negeri Kelantan dan Trengganu akan di baling batu oleh puak puak jakun yang kalah.

    Sepatut nya para pemain yang ada sekelumit iman tinggalkan sahaja upara bersumpah dengan Al-Qur'an itu.Nasib lah aku ini bukan dari gulungan yang meminati permainan bola sepak

    ReplyDelete
  2. Bukankah di dalam mahkamah, sebelum perbicaraan, angkat sumpah dilakukan...apa perlu angkat sumpah 'kebenaran' itu dilakukan jika sudah ada hakim terpacak di situ?

    Kenapa dipertikaikan angkat sumpah sedangkan yang membuat 'fitnah' di anggap tidak salah dan didewakan?

    Yang buat sumpah sudah membersihkan diri dengan cara mereka sendiri ! Yang membuat dakwaan tetus 'beralasan' dan menutup muka dengan 'jari terbuka'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkah polis dan mahkamah mampu melakukan keadilan utk kedua-dua belah pihak tanpa bias
      sekiranya ini dapat dilakukan maka tak muncullah perkara yg semacam ini
      siapa yg memulakan ini semua dia wajar dikenakan hukuman tak kiralah apa darjat dia sekalipun
      cuma masalahnya sekarang bolehkah tanpa bias dan akhirnya keadilan hanya utk satu pihak tapi bukan krpada pihak yg lain
      perlu diingat keadaan dipadang masa tu boleh dikatakan agak tenang dan terkawal sebelum org itu datang dan mengalutkan keadaan

      Delete
  3. Antara yang mempersendakan ajaran Islam ialah Anwar Ibrahim. Cakap berbelit-belit...berbohong menjadi darah daging sedangkan Islam terang-terang MELARANG perbuatan itu. Masih teringat2 bohongnya masa lari bersembunyi di keduataan turki...konon nyawa terancam...kemudian masa bersih, berbohong lagi bila berpura-pura terbaring dengan 'wayar' penuh hidung...Low class!

    ReplyDelete
  4. Manusia cipta kereta, walaupun kereta sepanjang perkhidmatan yang terbaik itu bila sudah tidak digunakan lagi samaada diabadikan didalam garaj istimewa atau akan dijual dikedai kitar semula.Adakah neraka itu umpama masok tempat kitar semula pembuangan besi buruk atau masuk syurga umpama disimpan dalam garaj istimewa dan amat bernilai tinggi.Kita manusia harus berfikir seperti tuntutan yang maha pencipta dan jangan berfikir seperti kehidupan seorang manusia.

    ReplyDelete
  5. ulasan yang menarik...nampak kontradik tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...