Friday, 14 February 2014
Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron...
Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan MCM 10 dengan harga RM16,610.
Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya.
Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan Perdana Menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya.
Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu?
Kita tidak mempersoalkan pembelian itu jika ianya daripada wang simpanan sendiri atau tinggalan nenek-moyang yang berpeti-peti jumlahnya. Namun jika pembelian itu, sama ada oleh Idris sendiri atau para pegawainya, adalah dari sumber yang meragukan, lebih-lebih lagi memandangkan beliau baru lapan bulan menjadi Ketua Menteri, pihak berkuasa seperti SPRM wajar menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.
Tetapi sebagai pemimpin, terutama di ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan pemimpin sendiri kerapkali meminta rakyat berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana, apa yang dilakukan oleh Idris dan para pegawainya ini adalah bertentangan sama-sekali dengan seruan kerajaan itu.
Idris bukan saja merosakkan imej dan nama baik kerajaan, bahkan telah memberi gambaran buruk mengenai perlakuan yang seharusnya dilakukan oleh seseorang pemimpin. Pemimpin bukan saja perlu menunjukkan sikap baik, bersama dengan denyut nadi rakyat, sentiasa menunjukkan sikap sederhana, bahkan lebih penting ialah tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.
Dengan sejumlah besar penduduk Melaka masih berada dalam kesempitan hidup, terbeban dengan kenaikan kos seharian serta ramai yang lainnya berlumba-lumba memohon BR1M bagi meneruskan kelangsungan bernafas di negara yang semakin sukar ini, kenapakah begitu tergamak Idris Haron dan para pegawainya mempamerkan perbelanjaan mewah mereka?
Apakah mereka tiada perasaan? Tidakkah mereka tersentuh melihat derita hidup rakyat setiap kali turun padang ke kampung-kampung dan desa pedalaman? Bahkan dengan berbangga mengguna plat MCM yang dibayar dengan harga puluhan ribu, ada yang bertanya, berapa tebal agaknya kulit muka beliau sehingga sanggup melakukan perkara yang boleh menyinggung hati rakyat miskin ini?
Jika sebelum ini, Ali Rustam dikecam kerana mengadakan jamuan mewah untuk majlis perkahwinan anaknya yang dihadiri oleh kira-kira 130,000 orang, kini penyakit yang sama berjangkit kepada seorang lagi Ketua Menteri Melaka.
Pemimpin MCA, Liow Tiong Lai turut pernah dikecam kerana memiliki nombor plat WWW 15 dengan harga RM24,200 tetapi beliau akhirnya memulangkan nombor tersebut bagi mengelakkan kontroversi berterusan.
Dengan kesanggupan menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit untuk nombor plat kereta, Idris juga telah menunjukkan teladan yang tidak baik bagi golongan muda. Sebelum ini, ramai yang meminta pucuk pimpinan agar mengenengahkan lebih ramai golongan muda sebagai pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri bagi memberi gambaran kerajaan memandang tinggi tentang potensi mereka sebagai pewaris kepimpinan negara.
Namun, hanya selepas lapan bulan berkuasa di Melaka dan sudah menunjukkan contoh buruk bahawa beliau "mudah geli" dengan kuasa dan kenikmatan yang datang bersamanya, pemilihan beliau sebagai pemimpin barangkali merupakan keputusan yang salah oleh pucuk pimpinan.
Bersama kemungkinan akan lebih banyak perlakuan tidak wajar dilakukannya sebagai pemimpin, Idris Haron tidak seharusnya dikekalkan lebih lama lagi sebagai pemimpin. Beliau adalah antara penyumbang terbesar kiranya UMNO dan BN semakin kehilangan sokongan rakyat dan seterusnya tumbang dalam pilihanraya akan datang. (SH 14/02/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NAJ113
ReplyDeletekita bersangka baik je. mungkin dia menabung semenjak dari perut ibu lagi. hehehe
ReplyDeletebegitulah resmi UMNO dulu kini dan selamanya. Abdul Taib boleh bina empayar besar di S'wak. tak mustahil Mahathir juga.
mohon pautkan blog saya dalam blog tuan:
pen buruk online ™
# blog tuan dalam senarai blog PR. t.kasih
betul tu sdra...sy sokong anda..mmg betul kerna semua pemimpin umno telah dilahirkan sojak kecik or mungkin dr dlm perut tlh jadi ahli umno jadi...sejak dr dalm perut laih dah menabong luit dgn begitu banyak...jadi x heranlah jika luit itu digunakan spt kes cam nie...x gitu...kah...kah..kah..?
DeletePemimpin nak jadik Qarun
ReplyDeletememang payah kalau di uji dengan kekayaan....
ReplyDeleteTak sedar diri namanya..
ReplyDelete