Wednesday, 26 February 2014

Apabila Daim Bersuara Lagi....


Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib tidak bijak mengurus perbelanjaan, terlalu bergantung kepada penasihat dan berbagai lagi.

Selain melabelkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lemah, Daim juga membayangkan jika pilihanraya akan datang diadakan dalam situasi seperti ini, ia lebih mengundang kemungkinan BN tewas dan hilang kuasa di peringkat pusat.

Namun, belum pun sempat kritikan beliau itu dibahas dan diperbualkan dengan lebih meluas, ia kemudian tenggelam dengan isu pilihanraya kecil DUN Kajang dan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadi MB Selangor yang tiba-tiba muncul.

Sebelum ini, Daim dan Mahathir dilihat sudah pun memulakan langkah mengkritik beberapa dasar dan pendekatan Najib atas kebimbangan bahawa kelemahan Najib yang berterusan itu akan membahayakan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Kritikan Mahathir dan Daim mengenai pelbagai kelemahan Najib, walaupun belum lagi menjurus secara khusus untuk menggantinya dengan pemimpin lain tetapi secara umumnya telah mendapat respon yang positif daripada golongan konservatif yang rata-rata turut bersetuju bahawa peluang BN dalam PRU 14 nanti hanya mungkin lebih baik kiranya Najib sedia berundur atau diundurkan.

Pengakuan mengenai pelbagai kelemahan Najib dan kedudukannya yang mula dilihat sebagai liabiliti berikutan terlalu banyak isu yang gagal diselesaikan, kini sudah mulai merebak di peringkat yang lebih meluas ke seluruh negara.

Kritikan dan serangan terhadap pelbagai kelemahannya hanya reda seketika ketika ini berikutan pilihanraya kecil Kajang yang menjadikan semua orang memikirkan kepentingan parti, mahu melihat BN menang dan menumpukan serangan terhadap Anwar.

Sebaik keputusan Kajang diketahui yang mana Anwar diramalkan tidak mungkin ditewaskan oleh BN, kritikan terhadap Najib diramalkan akan memuncak kembali. Sepertimana yang diketahui, dengan Anwar selepas ini berjawatan MB Selangor manakala Najib kekal tidak berubah serta berlumut dengan masalah, kedudukan BN menjadi lebih bahaya lagi.

Bagaimanapun Daim nampaknya tidak menunggu sehingga keputusan pilihanraya Kajang diketahui untuk meneruskan kritikannya terhadap Najib. Dalam wawancaranya dengan Kinibiz, Daim meneruskan kritikannya dengan menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang rapuh dan kurang tegas.

Beliau juga dilihat cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dengan berkata, sementara rakyat masih selesa dengan kerajaan tetapi secara majoritinya, luahan yang kedengaran di peringkat bawahan ialah seperti masih banyak yang tidak betul di mana-mana serta perlu diperbetulkan dengan segera.

Kritikan terbaru Daim ini dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan tanpa menunggu keputusan Kajang. Kritikan yang dilakukan ketika bahang kempen baru saja bermula boleh juga digambarkan sebagai isyarat bahawa jika beliau berdiam diri dan tidak mengkritik Najib pun, BN tetap mustahil untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, sementara kekalahan BN sudah dijangka, Daim seperti ingin mengukuhkan lagi keyakinan umum bahawa kelemahan Najib adalah sesuatu yang sukar diperbaiki, meskipun sudah banyak kali diperingatkan mengenainya.

Kritikan dan mendedahkan secara berterusan mengenai kelemahan Najib dalam mengurus negara dan membayangkan potensi kekalahan dalam PRU 14 secara tidak langsung akan mendorong ahli UMNO khususnya agar lebih menyayangi parti dan masa depannya berbanding batang tubuh presidennya.

Sekiranya semangat sayangkan parti melebihi presiden itu dapat meresap dengan lebih mendalam lagi, menggantikan Najib bukanlah suatu masalah lagi kerana mengekalkan pemimpin yang sudah menjadi liabiliti adalah malapetaka kepada parti. Ini nyata berbeza dengah pendekatan Najib sejak sekian lama yang cuba menebalkan sokongan ahli parti serta rakyat terhadap kepimpinannya lebih kepada aspek peribadi, malah cara gerak kempennya dalam PRU 13 lalu yang mirip pemilihan Presiden Amerika adalah jelas ke arah matlamat itu.

Meskipun Najib masih mendapat sokongan daripada majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian tetapi kepimpinannya yang rapuh yang dijelmakan antaranya melalui kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kian meninggi, turut menyebabkan kerapuhan sokongan rakyat. Dalam masa sama kebimbangan bahawa BN akan hilang kuasa ketika teraju kepimpinan ditangannya juga kian meningkat sekarang ini.

Oleh itu, meskipun ternampak sukar tetapi jika perasaan sayangkan parti dan ketakutan BN hilang kuasa berjaya ditebalkan serta bagaimana seharusnya kerajaan berperanan menjaga rakyat, menggantikan Najib sebelum PRU 14 dan bagi mengelakkan BN kehilangan kuasa akan menjadi suatu keperluan yang tidak perlu ditangguhkan lagi.

Melalui pelbagai kritikannya, Daim terlihat sedang berusaha ke arah itu. (SH 26/02/2014)

4 comments:

  1. Hmm
    Rumah dah siap pahat masih berbunyi.itulah nasib orang/ahli UMNO yg tinggal di rumah itu.
    The solution pindah rumah dan buat istana dan tinggal di istana buatan sendiri.jangan bagi dan cari alasan.jangan jemu cari ilmu bermanafaat Dunia & Akhirat kerana di luar sana laksana pertunjukan sarkis (circus). Bekerja bersungguh2 dan berdoa kpd Rabbmu diperkenankan usaha muni ini because you are on a mission to be the visgrent of yr Rabb.Amin

    ReplyDelete
  2. salam,
    kalu kita ketua kat sesuatu jabatan, kita sendiri kena fikir semua masalah jabatan kita. mana boleh guna orang luar untuk selesaikan masalah jabatan kita. hanya kita aje yang tahu masalah tersebut kerana melibatkan banyak perkara. kalu orang luar, dia hanya nampak masalah ikut mata dia ajer.
    macam tu juga penasihat pm kita. cadangan dia ikut kaca mata dia, bukannya daripada kaca mata pm, orang politik, pemimpin, dan sebagainya. penasihat ikut suka dia ajer. walaupun tdm ada penasihat, tetapi beliau ikut mata dan fikirannya sendiri bila buat keputusan. banyak perkara yang difikirkan sebelum sesuatu itu diputuskan. bukannya ikut penasihat pemandu, kemudian tukar. salah pun nak terus juga kerana malu dah buat. walaupun penyokong sendiri yang bantah, tetap nak ikut pemandu, kononnya pemandu ada maklumat, walaupun maklumat tu mungkin tidak berapa tepat.

    ReplyDelete
  3. Kloanwar janji xnak jadi pm klo pr menang ge14...i mesti sapot dier... alamak... slalu anwar janji tp xpernah jadi.. camner?

    ReplyDelete
  4. Damaaaaaaaaam!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...