Tuesday, 18 February 2014
Kenapa Mahathir Takut Anwar Jadi MB Sedangkan Najib Relaks Saja?
Beberapa kenyataan Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini mengenai Anwar Ibrahim dan pilihanraya kecil DUN Kajang, tidak lain menyerlahkan ketakutannya mengenai kebangkitan musuh poltitiknya itu. Bermula dengan jujur mengakui bahawa jawatan sebagai MB Selangor akan memberi kelebihan kepada Anwar untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, beliau kemudian mengatakan niat Anwar sejak awal menyertai UMNO adalah semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.
Mahathir seterusnya cuba menghasut Pas dengan mengatakan sepatutnya jawatan MB Selangor adalah kepunyaan parti itu memandangkan mereka mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih bahyak berbanding PKR.
Ketika Ops Lalang dibangkitkan semula oleh MCA, Mahathir sekali lagi menuding kepada Anwar sebagai turut bertanggungjawab dalam operasi yang menyaksikan ramai ditahan dibawah ISA itu, meskipun seluruh dunia tahu ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan dalam sebuah buku pula beliau pernah berkata penahanan itu adalah tindakan yang diambil oleh pihak polis sepenuhnya.
Menuding jari kepada Anwar semata-mata beliau anggota kabinet yang turut melibatkan Najib juga ketika itu, hanya menyerlahkan sikap Mahathir yang cuba melonggokkan semua kesalahan kepada bekas timbalannya yang dipecat pada 1998 itu sebagai sebahagian usaha untuk menghalangnya menjadi ADUN Kajang dan MB Selangor.
Semalam pula, Mahathir bersuara lagi dengan mengatakan mengundi Anwar salah seperti memberi undi kepada Amerika, walaupun seluruh dunia juga tahu bahawa Amerika adalah "tuhan politik" kepada Najib di mana sejak memimpin negara pada 2009, keinginannya untuk berbaik-baik dan dilihat akrab dengan Amerika cukup luar biasa.
Najib bukan saja paling kerap mengunjungi Amerika, bahkan sebaik menjadi Perdana Menteri telah melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebsgai duta ke negara itu dengan misi untuk menjalinkan hubungan lebih akrab dan mempromosi dirinya sebagai peneraju Malaysia yang pro Amerika kepada Barack Obama.
Jika dengan mengatakan Pas lebih berhak menduduki kerusi MB adalah bertujuan meracuni pemikiran pengundi Pas manakala menuduh Anwar terlibat dslam Ops Lalang pula dengan harapan pengundi Cina menolak Anwar, dakwaannya yang mengatakan mengundi Anwar sama seperti memberi undi kepada Amerika, nyata lebih disasarkan kepada keseluruhan pengundi Melayu di Kajang.
Sehingga ini hanya pengundi India yang berjumlah kira-kira 10 peratus saja lagi yang belum dihasut dan diracuni oleh Mahathir.
Berbanding pilihanraya kecil sebelum ini, Mahathir bukan saja terlihat lebih aktif dan agresif untuk memastikan kekalahan calon PKR, malah ketakutannya akan kemaraan Anwar menduduki kerusi MB Selangor melebihi Najib sendiri.
Najib pula hanya relaks saja mengenai pilihanraya Kajang. Hanya sekali Najib bercakap mengenai Kajang, itu pun mengenai penentuan calon yang akan diputuskan oleh BN selepas sambutan Tahun Baru Cina. Najib malahan tidak bercskap langsung mengenai Anwar, kerusi MB Selangor serta kesannya kepada BN dalam PRU 14 nanti, kecuali sekali menulis di twitternya bahawa pilihanraya kecil Kajang adalah untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi rakyat. Tetapi tulisannya sekadar bersifat umum dan tidak menyebut nama sesiapa.
Kiranya dengan jawatan MB Selangor memberi kelebihan kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, seharusnya Najiblah yang lebih bimbang kerana beliau yang bakal kehilangan kuasa dan jawatan Perdana Menteri tetapi nampaknya Mahathir yang terlebih takutnya.
Mungkinkah Najib bersikap agak relaks kerana merasakan kemaraan Anwar di Kajang dan seterusnya sebagai MB Selangor sesuatu yang sukar ditahan dan jika berhempas-pulas pun, hanya menghabiskan stamina saja? Atau boleh jadi Najib merasakan pertempuran sebenarnya ialah pada 2018 nanti dan oleh yang demikian beliau perlu menyimpan tenaganya sekarang ini?
Atau mungkin juga Najib beranggapan tempoh hayat BN hanya sekadar 2018 saja dan bersikap redha saja sambil menghabiskan sis-sisa yang ada ini untuk menikmati sepenuhnya kehidupan sebagai Perdana Menteri?
Selain Najib yang bersikap relaks, Muhyiddin pula sebagai Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya menjadi ketua jika berlaku pilihanraya kecil, turut tidak seghairah mana. Mungkin barangkali ada benarnya beliau sudah keletihan dan berpuas hati jika dapat pencen sebagai orang nombor dua saja.
Kenapakah ketakutan Mahathir begitu menyerlah dan melebihi Najib sendiri?
Mungkin jawapan sebenar hanya Mahathir saja yang tahu walaupun umum boleh membuat telahan yang berbagai yang antaranya mahu menjaga legasinya, memastikan masa depan anak-anaknya terjamin, memelihara egonya yang pernah memecat Anwar dan bermacam-macam lagi.
Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Mahathir akan surut daripada pendiriannya. Sementara hari pengundian masih jauh iaitu 23 Mac depan, adalah dijangka banyak lagi serangan dan belasahannya terhadap Anwar.
Dan dengan usianya sudah menginjak 89 tahun, manakala Anwar pula berulangkali mengungkapkan secara terbuka bahawa beliau sudah memaafkan bekas mentor itu serta tidak menyimpan sebarang dendam andai ditakdirkan berjaya menawan Putrajaya, Mahathir sebaliknya seperti ingin membawa permusuhan itu sehingga ke liang kubur.
Berbeza dengan Pak Lah yang sedia mengeluarkan Anwar daripada penjara dan Najib yang terbuka untuk berdialog serta saling bekerjasama, Mahathir seboleh-bolehnya tidak mahu sekalipun sekadar cuma bertentang mata.
Kecuali jika Tuhan menuliskan takdir yang berbeza, permusuhan Mahathir dan Anwar ini nampaknya hanya akan berakhir sehingga ke penghujung usia. (SH 18/02/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan,
ReplyDeleteJelas sekali TDM dalam ketakutan.
Mahathir ni jenis manusia tabur fitnah merata tempat untuk mengekalkan pengaruh politiknya. Kita lihat stail ini dari dia muda sampailah kepada hari tua. Semasa dia dipuncak kuasa, semua fitnah dan auta yang dia lemparkan dibiarkan oleh orang kerana takutkan kuasa yang ada pada dirinya. Tetapi setelah dia tidak mempunyai kuasa yang boleh digunakan untuk mengainaya musuh-musuh politiknya- dia masih tidak berubah.
Dia harus menerima hakikat bahawa kuasa sakti yang dia mileki sudah tiada. Orang sudah tidak takut dan sudah berani untuk tidak mengambil pot mengenai fitnah dan auta yang sedang taburkan sekarang. Malah saya percaya ramai yang meluat. Cuma mereka tidak menunjukkan sikap meluat mereka kerana menghormati umurnya yang lanjut dan kerana dia sekarang nobody yang tak boleh mendatangkan apa-apa mudharat kepada sesiapa.
Jadi nasihat yang paling sopan dan bertertib yang boleh kita beri kepada Mahathir ialah tolong duduk dendiam sahajalah. Jangan sampai rasa hormat rakyat kepada usia lanjutnya itu hilang kerana apa sahaja dalam dunia ini ada had dan batasnya.
Meng3nai dendam kepada Anwar, cara terbaik untuk Mahathir menghapuskan Anwar ialah dengan bertanding melawan Anwar didalam PRK Kajang. Inilah jalan terbaik kerana tiada sesiapa yang berkemampuan untuk mengalahkan Anwar baik dari UMNO atau BN buat masa ini. Jika ini dendam peribadi, jangan harapkan kepada orang untuk m3lunaskan bagi pihak kita. Jika kita anak jantan, kita lunaskan sendiri dendam kita kat orang!
Perlu diingat disuatu masa dulu Mahathir adalah perdana menteri dan Anwar adalah timbalan perdana menteri. Mereka bekerja dalam satu kerajaan. Dan mereka juga mengetahui rahsia baik buruk diri masing-masing. Cuma rahsia yang tidak diketahui umum iaitu bagaimana Mahathir boleh menjadikan semua ahli keluarganya jutawan.
ReplyDeleteKita sebagai orang luar hanya diberitahu melalui media yang berat sebelah secara prasangka. Mereka memutar belitkan auta jadi fakta yang akhirnya orang ramai percaya sehingga Anwar tersungkur dalam penjara. Adat bermain dengan api....tersalah pegang akan membakar diri.
Antara Mahathir dengan Anwar boleh dianggap sebagai gajah sama gajah bergaduh.... tapi kita sebagai penyokong diantara mereka tidak sepatutnya jadi kancil tersepit ditengahnya.
Kita perlu duduk ditepi sambil perhatikan atas isu apa yang mereka gaduhkan. Apakah pergeseran diantara mereka itu menguntungkan kita selaku rakyat bawahan atau tidak memberi apa-apa faedah langsung ?
Cerita antara Mahathir dengan Anwar yang dulu sudah jadi sejarah tidak boleh kita ubah lagi, tapi kita kaji cerita sekarang. Sepajang DUN Kajang diisytiharkan kosong, apa yang dijanjikan oleh Anwar untuk pengundi Kajang, dan apa pula yang diwar-warkan oleh Mahathir....?
Anwar berjanji akan menyelesaikan masaalah Keselamatan dan jenayah. Kesesakan trafik. Pengurusan sampah dan kebersihan. Masalah sosial. Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah. Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil. Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang.
Mahathir pula menceritakan Anwar masuk Umno dulu hanya untuk jadi PM, saya takut Anwar jadi MB kerana orang ramai tidak akan berasa selamat kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral.
Kakitangan beliau juga tidak selamat. Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya mementingkan jawatan namun bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.
Ungkapan yang sering di ulang-ulang dalam kenyataan akhbarnya.
Dimana pandangan dan cadangan terbaik dari Mahathir selaku ahli UMNO Baru untuk rakyat Kajang ?...tidak ada ! Jelas sekali perwatakan Mahathir yang menjadi sanjungan sesetengah rakyat Malaysia hanya retorik dan hipokrit.
Pertelingkahan diantara Mahathir dan Anwar sehingga lahir perasaan takut itu bukan kerana isu moral tapi tidak lain hanyalah mempertahankan kuasa yang menguasai ekonomi negeri Selangor yang sekarang ini menjadi milik kroni Mahathir dilindungi oleh kerajaan pusat.
Rujuk kepada Khalid Ibrahim yang kini mereka dijadikan alasan kononnya mahu pertahankan kedudukan nya sebagai menteri besar.
Itu sebabnya Najib tidak teruja dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan berbeza ketika beliau mengetuai rampasan kuasa di negeri Perak dulu.
Sudah lah Mahathir...
ReplyDeleteSudah lah Anwar...
Sudah lah
Mahathir..ingatlah Allah moga hatimu jadi lembut dan fikiranmu tenang
Anwar.. ingatlah Allah moga jiwamu redho menikmati kalazatan..
Insaf lah kalian...
Dari hamba yang kerdil...
anuwar perlu berjuang membersihkan nama dan haknya selagi hayat masih ada. Setelah berusaha tampa putus asa barulah berserah kepada ketentuan (redho) Allah.
DeleteAnuwar berhak mepertahan dan membersih fitnah terhadap dirinya dengan apa cara sekali pun selagi tidak melanggar hukum Allah. Anuwar juga perlu berjuang menegak kebenaran.
DeleteSetelah berjuang tanpa putus asa baru lah beliau boleh berserah yakni redho dengan ketentuan Allh.
Mahathir tida pernah fikir akan balasan Allah yang akan diterima, apa yang difikirkan hanyalah bagaimana untuk mempastikan kekayaan anak2nya tidak tergugat dan kejahatannya tidak terburai.
ReplyDeletenak tanyer....kenapa penulis blog x nk ckp yg mahathir lah org yg paling percaya kepada anwar sehingga pada hari perdebatan di dewan parlimen mengenai isu kejatuhan anwar juga mmahathir pertahankan.....mahathir bela dia dan kata andaian itu fitnah dan menyalahkan menteri yg laen....kenapa x nk kata yg sblom anwar banyak lgy TPM yg mahathir dh pecat..dan anwar adalah org yg mahathir paling percaya...kenapa x nk kata yg punca kejatuhan matawang 1998 adalah disebbkan anwar....dan korang patut bersyukur apabila mahathir berjaya menepis serangan Amerika yang mne mahu menyerang malaysia pada suatu masa dahulu....dan jawapan kepada mengapa mahathir takut putrajaya diambil adalah....kerana korang perlu ingat, ketika putrajaya dibangkitkan semua rakyat bising, barisan pembangkang menentang, tetapi apabila sufah mampu berdiri megah sekarang dgn mudah dier nk ambik......sefangkan mahathir yg bertungkus lumus bangunkan....mintak maafla ey....org buta jer boleh kena tipu....
ReplyDeletePolitik hrus saling bbaik bkn kau tduh aku,aku tduh kau..klau cmni mmg x aman la ngara...
ReplyDeletePernahke ke Tun lantik diri sendiri sebagai Ketua Parti , lantik isteri sebagai President Parti Dan lantik Anak sebagai Timbalan President ???
ReplyDeleteAah kan...tun xpenah istihar apa2 pangkat dlm parti untuk anak2 dia...bagus kan tun....tp kan...tun bagi semua kepentingan syarikat besar malaysia mcm petronas kat anak2 dia..mcm mana tue??
DeleteSiapa yg mendapat apa bila & bagaimana ?
ReplyDeleteBN & Pakatan Rakyat , gabungan parti politik yg membawa ideology yg berbeza2 masing2 ada agendanya . Pecahan kaum melayu , cina , india ada halatuju politikusnya .
masing2 bergantung kpd antara satu sama lain itulah dinamakan malaysia.