Saturday, 8 February 2014
Wowww...Anak Perempuan Zahid Hamidi Pula Tawar Diri Jadi Calon Di Kajang
BN nampaknya masih buntu untuk menentukan siapa calonnya yang sesuai untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Walaupun secara tradisinya, kerusi itu milik MCA tetapi UMNO jelas begitu inginkan calonnya dipilih mewakili BN bertanding di kerusi tersebut.
Selain disebabkan jumlah pengundi Melayu seramai 48 peratus, UMNO juga mahukan formula lama tidak lagi diguna pakai dengan alasan apabila ada pilihanraya kecil, selalunya jentera UMNO lebih aktif dan menonjol. Maka dengan itu, di tambah pula dengan trend pengundi Cina yang tidak lagi menyokong kerajaan, kewajaran agar UMNO yang bertanding di Kajang semakin kuat kedengaran.
Bagaimanapun MCA tetap tetap mahukan kerusi itu menjadi milik mereka dengan alasan persefahaman dalam komponen BN seharusnya dikekalkan dalam konteks kebersamaan jangka panjang, bukannya sekadar kepentingan Kajang semata-mata. Sehingga ini belum diputuskan siapa wakilnya, walaupun ada desakan agar pemain badminton negara, Lee Chong Wei dipilih berdasarkan populariti dan jutaan peminat yang dimilikinya.
Namun demikian, sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara mahukan MCA diberi peluang bertanding di Kajang atas alasan parti itu dengan kepimpinan barunya sedang bangkit untuk meraih kepercayaan masyarakat Cina, suara dalam UMNO yang mahukan kerusi itu mulai kurang kedengaran.
Mahathir nampaknya bukan saja masih dihormati dalam UMNO tetapi suaranya seolah-olah lebih berbisa daripara Najib sendiri.
Bagaimanapun, di sebalik penentuan calon yang masih kabur itu, Nallakaruppan, Presiden MUIP atau Parti India Bersatu Malaysia, telah tampil menawarkan dirinya sebagai calon mewakili BN. Dengan alasan beliau pernah berkawan rapat dengan Anwar dan mengetahui banyak rahsia Ketua Pembangkang itu, Nalla merasakan beliaulah calon paling "winnable" di antara semua rakyat Malaysia yang menyokong BN.
Seorang lagi yang turut menawarkan diri mewakili BN ialah penyanyi Herman Tino yang pernah kalah serta hilang wang pertaruhan dengan bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam PRU 13 lalu. Herman yang juga semata-mata ingin menentang Anwar menulis di twitter berkata, jika beliau kalah ia tidak memberi kesan apa-apa dan beliau masih boleh menyanyi selepas itu.
Kedua-dua calon yang menawarkan diri ini bagaimanapun, tidak mendapat respon yang baik daripada UMNO dan BN, malah dalam konteks Nalla misalnya, beliau lebih menerima kutukan, cacian dan makian berikutan hasratnya menawarkan diri itu. Nalla dianggap lebih membebankan UMNO dan BN dengan jajaan cerita seks dah lucahnya itu, di samping latar belakangnya juga amat diketahui umum.
Selain dua nama itu, ingatkan tiada sesiapa lagi yang teringan dan berminat untuk menawarkan diri bertanding mewakili BN di Kajang. Selain harapan untuk menang juga agak tipis, setelah Mahathir bersuara, hampir semua orang juga akhirnya menyedari kerusi Kajang adalah milik MCA dan parti itu mesti diberi peluang lagi.
Rupa-rupanya dalam cuaca jerebu, hujan turun juga di tengahari. Tanpa angin dan tanpa banyak spekulasi, tiba-tiba anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bernama Nurul Hidayah muncul meluahkan hasratnya mahu menawarkan diri bertanding menentang Anwar Ibrahim di Kajang.
Dengan alasan beliau tinggal di Kajang kerana rumah Zahid Hamidi terletak di Country Height, Nurul bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya. Beliau juga turut memberitahu mengenai hasratnya itu kepada rakan-rakannya.
Jika akhirnya BN memilih anak perempuan Zahid bertanding di Kajang, bermakna pilihanraya kecil ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri di mana kedua-dua calon BN dan PKR iaitu Nurul Hidayah dan Anwar Ibrahim, sama-sama menggunakan alamat tempat tinggal di Country Height, sebuah kawasan kediaman elit dan mewah di pinggir ibu kota.
Nurul Hidayah beralamat di Country Height kerana bapanya tinggal di situ manakala Anwar pula menggunakan alamat di tempat yang sama kerana keluarga bapanya juga tinggal di situ.
Walaupun mungkin hasrat Nurul Hidayah hanya suka-suka untuk menguji UMNO dan BN yang seolah-olah ketandusan pemimpin untuk berhadapan dengan Anwar dan barangkali sebagai isyarat awal penonjolan dirinya dalam dunia politik selepas ini, tetapi semua ini akan menjadikan perbualan mengenai Kajang tambah hangat lagi.
Selain hangat dengan cerita-cerita kempen serta program turun padang Anwar yang sudah pun bermula, di samping kehangatan lain yang melibatkan Khalid Ibrahim, Azmin Ali, PKNS dan hubungan PKR dengan Pas, kemunculan berita mengenai hasrat anak Zahid Hamidi ini pasti menambah-meriahkan lagi kehangatan Kajang.
Cuma, jangan sampai keghairahan anak Zahid menonjolkan diri ini akan menjadikan masa depan politik bapanya turut "kejang" akhirnya. (SH 08/02/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahahahhaha bapa borek anak rintik....banyak sangat makan duit haram otak pun beku tak tahu berfikir....
ReplyDeleteAda padang ragut menghijau yang subur disana. Tentunya ada berbagai ternakan yang terigin untuk meragut daun daun disitu. Pastikan jangan ada lembu dan kambing mengondolkanya. Kita mahu specis baru untuk diternak disitu.
ReplyDeleteSdr.Shahbudin Husin pembetulan fakta ada lagi yg menawarkan diri bertanding Ketua Refomasi pun nak tanding bebas dan Herman Tino bulan minta jadi calun BN tetapi hasrat tanding calun bebas.Harap semak semula fakta krn itu merupakan kredebeliti penulisan seseorang. Maaf tertegur.
ReplyDeleteAnwar test market pengundi samada kekal menyokong pakatan ke tidak sebab pengundi Cina dikatakan dah kembali kpd BN.Eluklah di uji.
ReplyDeleteElok letak Mahadet atau Najib bertanding di situ walaupun situa tu kata dah bersara tapi masih dikatakan ada pengaruh. Letak najib untuk menguji samada dia ni masih diterima rakyat. Tak timbul isu Anwar nak test market sebab Umno sendiri yang penakut lagi bacul.
ReplyDelete