Sunday, 9 February 2014
Najib Kena Penampar!!
Sementara ramai tertunggu-tunggu siapakah yang berani menyahut cabaran untuk menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok demi untuk mendapatkan ganjaran wang tunai RM1200 yang ditawarkan oleh sebuah NGO, secara tiba-tiba keluar berita mengenai perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Februari ini.
Meletak jawatan dalam suasana politik tidak menentu sambil menuduh Najib dan Putrajaya sebagai pemungkir janji, pedihnya lebih memeritkan berbanding tamparan yang singgah dipipi.
Sebagaimana yang dipetik daripada kenyataan Setiausaha Hindraf, P Ramesh bahawa perletakan jawatan itu adalah kerana kegagalan Putrajaya menunaikan janjinya kepada masyarakat India seperti yang dimetrai antara Najib dengan Waytha, beberapa hari sebelum pilihanraya umum lalu.
Dengan adanya perjanjian itu yang didapati menyaksikan beralihnya sebahagian sokongan pengundi India kepada BN sebagaimana yang dibuktikan melalui kemenangan MIC yang lebih baik berbanding pilihanraya 2008 dan juga melalui peti undi di kawasan yang didiami mereka, Waytha kemudian telah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun hanya kira-kira lapan bulan berada dalam kerajaan dan menunggu janji-janji kepada kaum India masih seperti menunggu buah yang tak gugur, Hindraf akhirnya memutuskan Waytha perlu "mencampakkan" semua jawatan yang diberikan Najib itu berikutan tiada tanda-tanda ianya akan ditunaikan oleh kerajaan.
Menurut Ramesh lagi, pihaknya telah melakukan segala yang boleh, menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata untuk kepentingan masyarakat India serta dengan kepercayaan segala janji yang ditandatangani akan menjadi kenyataan.
Malangnya, tambah Ramesh, setelah lapan bulan menanti dan bersabar, Hindraf sudah putus asa dengannya.
Di ketika kepimpinan Najib begitu dipertikaikan sebagai lemah, tidak tegas, gagal menunaikan janji, tidak mengutamakan rakyat sebagaimana yang dijanjikan sebelum pilihanraya, melupakan beberapa akujanjinya sendiri serta banyak lagi, perletakan jawatan pemimpin Hindraf itu yang bermakna mereka sudah menarik balik sokongan yang pernah diberi sebelum ini, keadaan ini tentunya merupakan tamparan yang menyakitkan bagi Perdana Menteri.
Di tambah dalam suasana BN perlu menghadapi pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan, putusnya ikatan kasih antara kerajaan dengan Hindraf ini pastinya juga bakal menyaksikan sebahagian lagi daripada jumlah 10 peratus pengundi India di DUN Kajang tidak akan memberikan undinya kepada BN.
Jika Teresa Kok sedang kerisauan kiranya cabaran menamparnya disambut oleh mana-mana pihak yang pendek akal, lebih-lebih lagi setelah Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa ganjaran yang ditawarkan oleh sebuah NGO mengenainya tidak boleh dikira sebagai ugutan serta tidak perlu disiasat polis, tamparan yang dilakukan oleh Hindraf ini jauh lebih menyakitkan Najib.
Dengan adanya serangan terbuka terhadap Najib daripada dalam UMNO sendiri, sokongan rakyat secara keseluruhan tidak bertambah baik, pengundi Cina kekal menolak BN, Pakatan Rakyat makin meningkatkan tekanan menghadapi PRU 14, dan kini Hindraf pula memutuskan ikatannya lantaran kecewa kerana janji-janji tidak ditunaikan, kedudukan BN atau kerajaan bukan saja dilihat sukar di Kajang, bahkan juga untuk mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya akan datang.
Hindraf pula, melakukan tamparan kepada Najib ini bukannya kerana adanya ganjaran terbuka yang ditawarkan oleh Anwar atau Pakatan Rakyat tetapi barangkali dengan berbuat demikian, faedah untuk kaum India sudah boleh dibayangkan untuk diperolehi melalui Selangor yang bakal mendapat ketua kerajaan yang baru selepas ini, sebelum manfaat selebihnya akan dikutip selepas PRU 14 nanti. (SH 09/02/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
najib kena penampar...nape x kena c4 aje...kah..kah..kah..?
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya tidak terkejut dengan tindakan wartha hindraf ini. Juga sudah menjangka dia akan malukan dirinya sendiri dengan perletak jawatan ini. Semua orang dari awal lagi tidak percaya dengan alasannya menerima jawatan yang dari Najib.Inilah orangnya yang menikam Pakatan Rakyat dalam PRU 13. Sekarang PR jangan beri muka lagi kepada orang ini.
Tindakan Najib? Sanggup buat dan setuju dengan sesiapa sahaja apabila tersepit dan akan mungkir janji atau kencing big time sebaik sahaja tengkoknya t3lerlepas dari tersepit - itulah stail politik Najib. Masih tak nampak lagi?... Saya hanya dapat ucap tahniah je kepada sesiapa yang percaya dengan apa yang keluar dari mulut Najib. Juga tahniah kerana mereka kerana telah membodohkan diri sendiri dengan mempercayai Najib. Ini tahap kebodohan tahap.paling tinggi sekali.
Padan muka si keling ni percaya sangat dengan najib sipenipu tu.Selagi BN memenrintah selagi tulah melayu, cina, india kena kencing.....
ReplyDeleteHindraf ini tak kan ke mana sbb tak selari dgn arus politik masa kini & akan datang yg bukan memperjuangkan mana2 kaum, dgn BN tak boleh dgn PR lebih2 lagi la
ReplyDeleteBukankah dua kali dia kena lempang, keduanya bila sarawak haramkan politik rasis umno.
ReplyDelete