Tuesday 30 May 2017

MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR


Bukan merupakan kebiasaan bagi pimpinan utama Pas menegur pemimpin bawahan mereka yang didapati mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang melampau atau menyinggung pihak lawan.

Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja.

Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan bertindak terpuji susulan tulisan YDP Pas Gombak, Salehuddin Nasir yang dilihat tidak wajar sama-sekali berkaitan majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin DAP.

Pemimpin Pas kawasan itu bukan saja menulis secara tidak wajar, melulu dan emosi, malah juga melakukan fitnah dengan mengaitkan DAP dengan pesta arak dan majlis onani yang sebenarnya bukan anjuran parti itu.
Membaca tulisannya itu pasti ramai yang geleng kepala kerana imej beliau sebagai pemimpin Islam yang selalu tampil berkopiah dan nampak sopan, sedangkan budak-budak rock atau orang biasa yang pakai topi pun tidak menulis seburuk itu bahasa dan tuduhannya kepada pihak lain.

Ketika pemimpin-pemimpin Pas lain masih berdiam diri dan "berat mulut"  untuk menegur, Tuan Ibrahim dengan berani tampil menegur serta menasihati pimpinan bawahan atau sesiapa dalam parti itu agar menjaga tulisan mereka.

Malah, beliau juga menjarakkan diri dengan mengatakan tulisan sebegitu rupa tidak menepati dasar parti atau mewakili pendirian parti.

Jika diselak sejarah yang tidak terlalu lama, tindakan pemimpin Pas peringkat bawahan yang bertindak keterlaluan, emosi dan tidak menjaga adab,  bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.

Sebelum ini, ada di antara mereka yang mengatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika tidak menyokong usul Akta 355, kiranya meninggal dunia nanti,  sudah layak dikebumi di jirat Cina.

Minggu lalu, seorang bekas pemimpin Pas yang mengetuai sebuah NGO telah mengadakan demonstrasi melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menghadiri majlis berbuka puasa, kecuali jika memeluk Islam terlebih dahulu.

Dalam demonstrasi yang sama juga telah berlaku kejadian tampar yang melibatkan seorang pegawai kepada Lim Guan Eng.
Namun, jika diselak sejarah bertahun-tahun sejak kewujudan Pas, tindakan keterlaluan, tidak wajad dan emosi bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. 

Melabel, menuduh dan memfatwa dengan hukum sembrono terhadap pihak yang dimusuhinya, boleh dikatakan sudah menjadi amalan biasa.

Carilah akhbar lama, kaset atau cakera padat ucapan pemimpin-pemimpin mereka, pasti ditemui "macam-macam ada" di situ.

Sebagaimana biasa, perbuatan itu tidak pernah ditegur dan hanya dibiarkan saja. Tidak kedengaran perbuatan itu pernah ditegur.

Namun, permulaan memberi teguran dan peringatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ini, bukan saja wajar, malah terpuji sekali, meskipun pemimpin Pas yang lain nampaknya masih kekal suka mendiamkan diri.

Tuan Ibrahim, selain satu-satunya yang masih mahu bercakap tentang skandal dan penyelewengan 1MDB, juga adalah pemimpin Pas yang nampkanya kekal terserlah hati dan jiwa yang suci.

Mulai sekarang, beliau mesti terus konsisten menegur dan membetulkan apa-apa yang tidak sihat, tetapi berleluasa dalam parti itu. 

Pas akan kembali berwibawa dan dihormati jika mutlak berada di bawah pimpinannya. (ShahbudinHusin 30/05/2017).

57 comments:

  1. TUAN ITIK TUAN MANGKOK
    (TITM)

    apa ko tau pasal rconomy..ciplak ker kerja ko

    Inilah contoh lebai melompat dlm surau mcam monyet

    ReplyDelete
    Replies
    1. M'sia baru,
      Apa masalah ko?
      Bukan semua pemimpin pas suka2 ko boleh nk hina/label..
      Bagi aku contoh/bukti keluar hujah2/ayat menghina dr mulut
      TITM..kpd mana2 pihak.

      Dasar mulut capoi..

      Delete
    2. Dasar mulut cepot

      Ko kluar gua ker . ..


      Ko tak penah baca malaysiakini

      Thestar. Sinar..


      Aku tak suka ajar org google tapi sebab dah ada org dalam nih.. Ko boleh join geng google mr j dan pemtaksub pas..gooooogle... TiTm

      Delete
    3. Astarfirllah Malaysiabaru..bawak mengucap. Ko puasa tak ni? Apa-apa pun minus makian, minus kata nista, minus salah ejaan, aku enjoy tulisan kau..keep up the good work..

      Delete
    4. http://www.ismaweb.net/2017/04/dap-pan-ibarat-biawak-hidup-tuan-ibrahim/

      Tak sampai 1 saat dah jumpa..


      Delete
    5. Ruangan diatas dan dibawah ini disediakan khas oleh Budin untuk Harakah versi online, satu akhbar yg tak ada sesiapa pun nak baca hatta ahli-ahli PAS sendiri. 

      Dilarang sesiapa membuat conteng dan komen di wall ini ya. Sila beri laluan kjas utk Harakah Online ya.

      Terima kasih.

      Delete
    6. Setuju...Banyak benda pelek...dan kelakar berlaku... bila monyet dah pandai guna facebook...fatwa dan bidaah baru...macam cendawan lepas hujan...hati-hati...monyet pun dah pandai lempang! Monyet zaman millenium katakan...alahai monyet!

      Delete
    7. Pas bwh TGHH. Dari Presiden sampai YDP, Ajk dn ahli biasa. Mulut tngan kaki cirit birit. Nk tego camner?

      Delete
  2. gua dulu lah...

    siap demo pijak gambar pemimpin progresif depan presiden pun tak kena tegur...

    kalau edi ahwang sembuh, tuan itik taun ayam silap2 kena sikat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gue second lah

      Titm patut terhutang budi sama Anwar bagi masuk forum perdana..

      Tapi pemgaruh sepupu nya Nik abudoh sudah bikin tuan itik meroyan..

      Terpaksa ikut Rentak sepupu yg mahu berbaik dgn umno..

      Tuan itik cakap pasal 1mdb gst inflasi pun cedok dari pemuda pas yg cedok dari theedge.com

      Setiap ayat di tiru.. Apa tidak ada otak ekonomi kah tuan itik ini ? Rupenyer anak yg bikin stpm jugak yg draf statement inflasi tempohari..

      Tiba tiba pandai cakap pasal CGT! Nak CGT tang mana lebai ooi..

      Ydp Gombak kata lim Guan rng berpura masuk islam.. Nak berbuka dgn moslem adalah haram..

      Meloncat mcm monyet ydp dlm tazkirah surau semalam..

      Inikah pas yg kukenali?

      Delete
  3. Tuan Ittik Tuan Mangkok juga hadir di pentas selamatkan rohingya bersama Najib d t titiwangsa

    Jgn sekali pecata kpd lebak


    Srlagi lebai lilit 1000 atas kepala .. Jauhkan diri.. Mereka umpama zombie yg mahu menjilat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Malaysiabaru.. skrg ni bulan puasa. Kurang2kan sikit mengomen yg power2 tu. Elok banyakkan bersabar.

      Kata Imam Ghazali, barangsiapa amalnya sama seperti hari semalam, dia adalah org terpedaya. Barangsiapa amal hari ni semakin buruk dari semalam, itu org gila namanya.

      Walaupun kita dgn PAS x berlaga angin lagi, disambut pula perpisahan berkerat rotan sblm puasa, biarkan PAS dgn labu2nya.

      Banyakkan bersabar. Pahalanya bersabar lebih dari pahala berpuasa. Kedua2 amalan ini, Allah x spesifikkan jumlah pahalanya. Ianya lebih utama berbanding amalan2 yg lain.

      Delete

    2. Kalau malaysiabaru tak mengomen yang power power maka geng sebelah sana pula hentam kita bertubi tubi dengan segala macam maki hamun...

      Teruskan malaysiabaru....

      Aku setiasa ikuti komen kau...ada fakta....ada isinya....serta ada kebenarannya.....

      Delete
    3. Terima kasih 2030..

      Demi kemenangan .. Demi pembelaan .... Demi agama.... Demi... Negara..... Demi rakyat .... Demi Anak Cucu Cicit kita.

      Selamat berpose dan melawan nafsu jahil di bulan paling istimewa..ini

      Delete
  4. Rasanya tak perlu di pnjangkan isu.mmg bagus teguran TITM tersebut.kerana persepsi bukan islam akan makin jauh dgn islam sekiranya diikut seruan budak2 pas yg tak abis belajar agama tu.kita sbgai
    Umat islam ni seharusnya berusaha meramaikan umat islam bkannya myebabkan islam dipandang serong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah ler budaya maki memaki,rasuah,kerosakkan budaya sosial melayu dah tahap kritikal.lagiiiii nak tunjuk melayu hebat plk si salahuddin nasir tu.

      Delete
    2. Nk jd calon pru13 lah tu sb tunjuk terrer.hahahahaha

      Delete
  5. Apa guna lilit seri
    Sikap keras macam batu,
    Apa makna dahi lebam,
    Penuh muslihat, hati hitam.
    Tiada guna tempelak konon warak.
    Perangai tak ubah org mabok arak.
    Mana amanah sebagai pemimpin.
    Lagak lebih mcm Brahmin.

    Negara musnah,khazanah punah
    Melayu otak beku,sejak azali lemah.

    ReplyDelete
  6. Ydp bawah parlimen Gombak yg di wakili azmin Ali mb Selangor kata

    DAP PESTA ONANI

    ... Min inimacam ka org yg ko pegi solat terawih semalam.. Dalam surau pun monyet ini ulang balik yg di post fbook...

    Habis dah nak tunggu witir kena lah dgr tazkirah haram pas

    KNP JAIS TAK HARAMKAN TAZKIRAH D SELANGOR?

    APA NAK BAGI.MALU KETUA AGAMA.BILA SURAU DIPOLITIKKAN?,

    onani..macamnaah agak teresa cock onani ?,ostad salahudin yg dapat sijil ceramah oleh JAIS? macamana??? Anak anak kecil dinsurau semalam nak tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAZKIRAH CAP AYAM

      Delete
    2. Aku ingat ulama Pas memang suka onani. Ada sorang siap ponteng mesyuarat mengaku demam...

      rupanya kantoi tengok filem blue dalam bilik. Orang German ni..bukan orang Melayu Islam...

      Kahkahkahkah - ketawa macam dalam majlis ilmu!!!?

      Delete
    3. pesta onani? tak lojik langsung?
      tak pernah aku dengar pesta onani?
      Buat apa nak onani,bukan standart parti
      politik pemerintah,
      parti pemerintah banyak wang..
      Baik buat pesta sex.
      Susah sangatkah nak cari perempuan.
      JADI AKU SEBAGAI HAKIM MENOLAK TERUS
      TUDUHAN SI CACAI PAS TERSEBUT..
      SEKARANG BUANG KES!!!!!
      Kkikikikikikiki.

      Delete
    4. Kawan, yg pesta onani tu ahli pas pangkat pariah je.

      Bg pemimpin pas pangkat brahmin yg dpt derma Tok Arab 90 jota, tak buat mcm tu.

      Brahmin sudah terkujut pariah sudah nk jd brahmin.

      Komrad, lu apa mcm Ingat???

      Delete
    5. Kes Mokhtar Senik dan Syafikah aka janda facebook palsu - satu kes legenda onani dalam Parti Islam Pas. Parti Onani Islam pertama.

      Delete
    6. Setuju 12.15, x pernah dgr pesta onani. First time tau bc Facebook YDP Pas Salehudin Nasir.

      Delete
  7. Takut...takut...apa sudah jadi! Semakin hari semakin kerap tindak-tanduk orang yang mengaku Islam melakukan perkara yang sah dilarangi Agama Suci kita ini.

    Jangan sampai tercipta pulak fahaman ala Saudi, cuma disini dipanggil "Wahab Babi"....Nauzubillah!

    ReplyDelete
  8. Tak kiralah siapa yg menegur orang bawah pas tapi kalau pesta onani tu tidak dia lakukan, itu memang sah fitnah. Orang islam kerja nya fitnah ke?

    ReplyDelete
  9. Saya lihat hanya Tuan Ibrahim satu2nya pemimpin PAS yang masih relevan.

    Yang lain2 termasuk Hadi Awang,Nik Abduh, Nassarudin dan pimpinan lain kerap kali mengeluarkan kenyataan tahap Ahmad Maslan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RELEVAN KA?
      MASA JUMPA MUKHRIZ LAIN DIKATA
      KEMUDIAN BERUBAH.....
      JENIS NI TAK BOLE CAYA LA.

      Delete

    2. Dulu org kata Mat Sabu mpunyai potensi memimpin jamaah PAS, Tetapi dia di tolak mentah2 oleh perwakilan PAS....

      Pemimpin parti tak sama dg peminpin syarikat...pemimpin parti adalah 100% di lantik oleh ahli parti tanpa kompromi.

      Itu yang perlu di ingat.. Datuk Onn dulu Cuba membuka keahlian parti Kpd kaum lain telah di tolak Oleh ahli parti.

      Ahmad Awang Cuba mempertahankan DAP juga di tolak oleh muktsmar PAS. Banyak kes seperti ini berlaku dlm mana2 parti pun.

      Delete
  10. Jika agama ikut selera
    Tuju hanya matlamat dia
    Yang benar tidak dikira
    Wang, kuasa mahu disedia..

    Satu parti yang berkecamuk
    Dulu haram sekarang elok
    Penyatuan bangsa konon ditengok
    Pengkhianat negara mahu dipeluk!

    Macam Syurga dah confirm masuk
    Dia sorang ibadat kusyuk
    Sokong kebatilan buta tak tengok
    Pencuri disanjung sahlah teruk!

    Bukan Islam sangat dibenci
    Tapi sokong Islam pencuri
    Pada Islam MCA mencaci
    Kalau camni mana nak aci!

    Kening lebam sangat berbangga
    Konon ibadat dialah juara
    Tujuan menunjuk alimnya juga
    Kening tak lebam tak layak saudara!

    Guan Eng tak boleh sama berbuka
    Dengan PAS dulu, boleh bercinta
    Masuklah Islam kata mereka
    Apa jenis manusia,tak tahu nak kata!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Kalo nak tahu jenis manusia apa
      Inilah spesis manusia pendusta agama
      Ayat Alquran diguna sesuka hati sahaja
      Melabel orang depalah juara..

      Orang non muslim dikata kesat
      Sesama islam dituduh sesat
      Lupakah mereka pada amanat
      Bila DAP dulu di peluk rapat..

      Kini DAP sudah dibenci
      Hanya kerana tiada tahaluf siyasi
      Pemimpinnya berbuka puasa pun terus dicaci
      Percintaan indah dulu menjadi basi..

      Islam, Iman dan Akhlak
      Komponen penting muslim sejati
      Perangai pemimpin pas ramai dah jelak
      Lihatlah pilihanraya nanti akan terbukti..


      Delete
    2. Cantik dan sungguh bermakna pantun ini untuk bulan ramadani ..hayati lah wahai kengkawan dlm pas.. Lucutkananlah keahkian kamu jika benar kamu memcari keradaan ilahi

      Delete
  11. YDP PAS Gombak otak karat dan dan beku. Sejak dulu dok tahap tu saja malah nampak makin bengong dan tambah celaru sejak Tuan Presideng Marang menguasai PAS. Asyik mengadap kitab saja sampai lupa apa berlaku kat dunia luar. Itu lah jadinya. Tak pasal pasal fitnah kerajaan P Pinang anjur pesta baghal lagi porno macam tu. Hang teruk sangat lah Salahuddin oii. Elok mampus laa lagi baik dari pakai serban tapi menjaja cerita bohong dan palsu pada orang lain. Elok hang bakaq saja serban hang tu Salahahudin Nasir oiii!!! Sampai mampuih la hang jadi tunggul buruk PAS kat Gombak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat dengan kesesatan mesti seiring
      kalau berbeza,timbul keraguan pula..

      Macam dalam mahkamah pula...
      ITULAH HAKIKAT.

      Delete
    2. Hahaha dulu saya pun kt kg curi2 pangkah pas.takut kantoi kena pulau dgn org kg.tapi kali ni mmg sya rejek terus

      Delete
    3. 2031,
      elok la tu. dah lama Melayu dibelenhu Mental Bondage. Sekira silng oendapat, asyik nak pulau boikot. Allah maha adil, tapi Melayu modified Islam seolah ada sistem Brahmin AL waiz Rayid.
      Penjilatan masyarakat umum melayu kepada Akeristokarat juga yg menyebakan Economic bondage.
      Tak cukup lagi kah 400 tahun Melayu diugut taat bodoh , ataupun dipulau diboikot.
      Skrg dah 2017...

      Delete
  12. APA.... PARTI PAS?
    no way man!....dulu curi-curi pangkah
    juga masa pru..
    PRU-14....kita tanam.

    UNTUK SEMUA PEMIMPIN PAS
    "TARIK SAUH KAPAL,
    HAMPIRI KAPAL LANUN"

    ReplyDelete
  13. 1MDB =
    1 MULUT DITELAN BERBILION
    1 MALAYSIA DI BOHONG
    1 MALAYSIA DIKEHENDAKI BAYAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 MALAYSIA DUNGGU BANGANG.
      1 MALAYSIA DUBUR BENGKAK
      1 MALAYSIA DONKEY BAGHAL
      1 MALAYSIA DIHINA BNUMNOPAS
      1 MALAYSIA DUDOK BODOH
      ...

      Delete
  14. Alhamdulillah ada jugak pimpinan tertinggi yg mau tegur.
    Tetapi Ust. Hashim Jasin, Dr Daing Sanusi dan yg seangkatan tak mahu komen ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa baru lepas berbuka...

      Tengah chungkil gigi...

      Delete
  15. Arini TITM KATA LAIN. Esok2 tuang oesodeng komeng laing. Lusa TITM balik air sokong tuang presideng. Walaalk. Itu lah wajah PASSBARU. Slogan KING MAKIE MMEMAKI DIDAHULUKANG POLITIK NATANG RAYAT DIUTAMAKANG. FUUULL LUSSSS.

    ReplyDelete
  16. TITM cuba kambus LUBANG KUBOQ PAS.. TITM cuba selamatkan Ahli Pas yang disembelih Najib beramai-ramai!!! PAS HOLOCAUST PRU14.

    Tapi Haji Hadi... lebih hebat! Haji Hadi dah sedia tukang gali...Lubang Kuboq Pas seluroh negara! Adakah TITM boleh lawan... tukang gali LUBANG KUBOQ PAS? Cubalah TITM. Kambus Lubang Kuboq Pas...Sebelum Najib halakan pisau ke leher kamu... Innalillah!

    ReplyDelete
  17. TOK BOMOH PERTAPAAN GUNUNG MAHAMERU :
    Soalan : bila PRU-14 Tok Moh?
    Jawapan :kalu kakitangan kerajaan diberi
    RM1000 duit raya,maka sah pilihanraya akan
    dibuat selepas raya ni.Kalu RM500,Pru-14
    pada 2018.

    sekadar ramalan......

    ReplyDelete
  18. ahli bawahan pas hanya ikut perangai tuang presiden nya..
    bapak borek anak rintik..

    ReplyDelete
  19. Tok Moh, tulong tengok sat,
    Pakcik makcik felda dapat dorian tergolek ke idok tahun ni
    Harap2 dapat la sama macam kaki2 tangan2 tu , boleh lah sokong bn lagi kalu dapat huhuhuhu....

    ReplyDelete
  20. Tok Moh mahamereng, tumpang tilik sat.
    Betoi ka epf kata 3 bulan untong nek 79% ? dh mcm JJOTR kan?
    Kira sebulan 26% tuuu,labur MLM FOREX tak dapt tok? Ada bau hamis hancing la tok.
    Sy dah ada firasat tapi nak dengar tilik tok moh mahameru kongsi angka BENAR yg nmpk dlm tempurong tu.
    TKASIH MOH.

    ReplyDelete
  21. Gombak Selangor ker Kelantan ni?
    Pesta apa tu Tuang YDP?
    Tuang YDP jadi saksi ker?
    Ganas tul selera Tuang YDP Pas bulan Ramadan ni. Layan porno lettew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS gombak majoriti org kelantan

      Delete
  22. Pesta onani????? Amender ni dol? Sapa buat? Pesta orang ka unta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Salehuddin YDP PAS Gombak ada tauliah bagi kuliah agama..mohon kariah minta penjelasan sikit..

      PESTA ONANI TU APA? SAPA JOIN? SAPA TENGOK? GEGIRL KE BOBOY? BILA DAN DI MANA?

      Paling penting...adakah tauliah Salehuddin Nasir dapat... pasal dia bongkar PESTA ONANI?

      Ini maslahah besar...Maslahah ummah pada masyarakat Gombak ni. Exco Pas Selangor...patut dimaklumkan wujud PESTA ONANI oleh YDP PAS Gombak! Jangan makan gaji buta @ haram. BANTERAS PESTA ONANI. PAS GOMBAK MESTI DEMO!!!!

      Delete
    2. Kami ahli2 Cawangan UMNO G****k bersedia di belakang YDP PAS Gombak, Tuan Sallehuddin Nasir.

      Kami bersama YDP PAS dalam Demo BANTERAS PESTA ONANI...

      Delete
    3. Bahaya tu bro. Kau mau bersedia di belakang ?? Jgn ke situ bro. Ni lagi bahaya cakap pasal onani. Mmg bahaya baii !

      Delete


  23. Kepada Ahli2 (akar umbi) PAS semua

    Jika tuan2/puan2 tidak setuju dengan TITM, tuan2/puan2 boleh pilih parti2 lain yang mesra PAS dlm pru14 ini.

    Sekian. Salam hormat Dari kami
    UMNO Bahagian G****k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Umno terus kan lagi best. Dapat kuasa, faedah, imbuhan, dedak .......... ohh sori bro !!

      Delete
  24. Pesta main tembak2 air kot mcm kat tailand. Guna pistol air siap colour2 lg. Ydp ni dulu suka main sepitol kot itu yg teringat2 aje. So ajak anak2 jgn lupa main pistol air tembak2 keliling umah ya. Ruginya agamawan yg temakan fitnah hanya bila baca dari mana2. Sebagai org yg berilmu sepatut selidik dulu bukan terus jadikan bahan makian fitnah etc. Hilang hormat golongan2 akhor zaman yg beetopengkan agama demi habuan duniawi. Nauzubillah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...