Monday, 27 February 2017

NAJIB BENAR2 SUDAH TERDESAK


Siapa pun yang membaca kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak, perlaksanaan BR1M serta GST dan percubaan membandingkannya dengan Arab Saudi, dapat merasakan beliau dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat sempena lawatan Raja Salman ke negara ini.

Membandingkan dengan Arab Saudi dalam beberapa perkara ketika Raja Salman berada di sini memperlihatkan Najib dalam kesempitan dalam mengambil kesempatan sehingga perbandingan yang dibuatnya kelihatan tidak kena sama sekali.

Kalau pun mahu membuat perbandingan, Najib sepatutnya membandingkan epal dengan epal juga dan bukan menyamakan pisang dengan kurma. 
Mungkin sebagai satu petanda bahawa harga minyak akan naik lagi pada 1 Mac ini, Najib mengkritik mereka yang bising-bising dengan kenaikan petrol sebanyak 10 sen atau 20 sen, sedangkan kata beliau, di Arab Saudi kenaikannya adalah 50 peratus.

Sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini, kali terakhir Arab Saudi menaikkan harga minyak ialah pada Disember 2015 iaitu Ron91 sebanyak 20 sen daripada 0.45 riyal kepada 0.65 riyal, manakala Ron95 daripada 0.60 riyal kepada 0.90 riyal.

Berapa harga semasa minyak di Malaysia meskipun kenaikannya cuma 10 sen atau 20 sen?

Berapa pula harga kenderaan di Arab Saudi jika dibandingkan dengan Malaysia?

Maka, adil dan tepatkah perbandingan harga minyak antara Malaysia dengan Arab Saudi yang dibuat Najib itu?

Selain itu, Najib juga mendakwa Arab Saudi turut merancang untuk menyalurkan bantuan wang tunai mirip BR1M kepada rakyatnya, di samping akan memperkenalkan GST.

Sekali lagi, Najib tersilap dan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat dalam membuat perbandingan sehingga terlupa bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, sedangkan Arab Saudi sebuah negara monarki.

Di Arab Saudi, oleh kerana ia pemerintahan monarki dan tiada pilihanraya umum, bantuan yang dihulurkan adalah semata-mata untuk membantu rakyat yang kesusahan dan bukan untuk mendapatkan populariti.

Bantuan yang mereka berikan tiada elemen politik kepartian, tidak disalurkan melalui pejabat parti dan tidak juga digembar-gemburkan berulangkali di televisyen seolah-olah idea yang cukup luar biasa.
Dari segi GST pula, sedarkah Najib bahawa di Arab Saudi, rakyat mereka tidak dibebankan dengan banyak cukai seperti di negara kita ini?

Berapa pula pendapatan per kapita dan gaji asas kakitangan awam di Arab Saudi?

Oleh itu, dapat difahami bahawa jika GST dilaksanakan di Arab Saudi ia adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan bagi kepentingan rakyatnya yang sudah diberi banyak keselesaaan selama ini dan berbeza dengan di Malaysia di mana GST lebih bertujuan mendapatkan wang semata-mata sambil menutup kegagalan Najib dari segi memajukan ekonomi negara.

Berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad, disebabkan gigih memajukan ekonomi dan berjaya menarik banyak pelaburan asing, beliau tidak memerlukan GST yang menyusahkan rakyat untuk mendapatkan wang bagi negara.

Lantaran terdesak itulah agaknya sampai Setiausaha Akhbar Najib sendiri, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad untuk kesekian kalinya terpaksa membuat kenyataan bagi pihak dirinya sendiri untuk menyerang Tun Mahathir.

Biasanya seorang Setiausaha Akhbar hanya mendraf kenyataan akhbar untuk ditandatangani oleh bossnya saja, bukan beliau yang bertindak menyerang musuh majikannya. 

Apalah sangat level seorang Setiausaha Akhbar yang cuma makan gaji jika dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri?

Apakah sudah tiada menteri, timbalan menteri atau pemimpin UMNO  lain yang sudi bersuara, maka sekarang ini Setiausaha Akhbar juga sudah mahu masuk gelanggang politik?

Adakah dari sudut lain, ini bermakna Setiausaha Akhbar tersebut sedang mempromosi dirinya dengan harapan agar diberi peluang bertanding dalam PRU 14 akan datang? (SH 27/02/2017).

100 comments:

  1. Itu kira ok le tuan budin su akhbar yg jawab walaupun tak relevan,jawapannya tu sebenarnyaon behalf kak semah bukan najib..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape sebenar tahap pendidikan menteri nie yea...

      Dah la jahat... Bodo pulak tu.. dia main sebut je.. dah la tu.. kerja nak mengenakan org miskin je... Woi turun la woi...

      Delete
    2. Perbandingan demi menghalalkan cara.......konon nak bagi nampak apa yg dibuat tu semuanya berpatutan sebab ada orang lain buat lebih terok lagi.

      Apa tak cerita pasal gaji dan pendapatan pekerja di Arab Saudi berbanding Malaysia??? Apa bodoh sangat???

      Tau tak kebanyakan orang Malaysia memang dah maklum gaji pekerja2 Arab Saudi berlipat kali ganda berbanding pendapatan pekerja2 di Malaysia. Tolong ingat sikit.....informasi di hujung jari.....

      Ini petikan dari Harian Metro
      (Jumaat, 19 Ogos 2016)
      Tajuk: Tarikan Gaji Lumayan.
      Temuramah dengan Antarini Karimun, seorang rakyat Malaysia yg bekerja sebagai jururawat di Hospital Arab Saudi:-

      Semuanya bermula 10 tahun lalu apabila Antarini, 56, yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Malaysia mendapat tawaran bekerja di Security Forces Hospital, Riyadh.

      Kata Antarini..........“Gaji yang ditawarkan agak lumayan iaitu lebih tiga kali ganda berbanding di tanah air.

      Menurutnya, gaji jururawat di Arab Saudi berdasarkan gred yang bermula daripada gred satu sebanyak RM14,000 sebulan, gred dua (RM10,000) dan gred tiga (RM8,000).

      Katanya, semua jururawat dari Malaysia diberi gred satu atau dua, manakala gred tiga biasanya untuk jururawat dari Filipina, India dan beberapa negara lain.

      Bagi yang bernasib baik, katanya, mereka boleh mendapat gred khas yang gajinya mencecah RM25,000 sebulan."

      Untuk baca cerita dgn lebih lanjut sila layari link di bawah:-
      http://www.hmetro.com.my/node/160340

      Bayangkan jururawat Gred 3 di Arab Saudi boleh dapat gaji RM8,000 sebulan.........anak aku engineer ada ijazah start gaji RM2,500. Penyangak dan penyamun......tolong celikkan bijik mata woiiii.......reti mengira ke tak??

      Itu pon anak aku masih bujang tak kawin lagi. Kalo kawin beranak pinak tah macam mana nak survive. Kalo orang bujang gaji RM2,500 pon susah nak hidop.....apa lagi yg dah ada family.

      Cuba bayangkan orang dengan gaji RM1,000-RM3000......tolak KWSP 11% pastu nak bayar loan rumah dan kereta, makan-minum, barang runcit, pakaian, GST, cukai rumah, cukai tanah, cukai perbandaran, petrol, api air.......mana yg ada baby nak bayar upah pengasuh, susu, diapers anak lagi. Boleh nak hidop ke???

      Woooiii billionaires.....hoiii orang kaya duduk atas duit......cuba korang letak diri korang di tempat orang bawahan. Put your bloodyself in our shoes........konpom memang mampos keras ko tak bernafas kalo hidop dalam keadaan subsidi ditarik, harga barang naik, GST lagi nak bayar.......kos keperluan dan sara hidop yg tinggi nak dipikul........patutlah sampai ada yg bunuh diri terjun Jambatan Penang sebab tak mampu bayar saman.

      Gaji atau pendapatan di Malaysia ni tak padan dengan beban kos hidop yg terpaksa ditanggung........dapatnya ciput tapi yg nak dibayar banyak gila.

      Jadi tak payah nak bandingkan dgn Arab Saudi negara kaya.....towkey minyak. Dia orang kalo petrol naik 1.00, 2.00 Riyal sekalipon mereka mampu nak tanggung. Kalo nak banding pon agak agaklah sikiiit.....

      Betol kata Tuan Shahbudin kalo nak banding.....bandinglah epal dengan epal. Begitu jugak....tikus dengan tikus....bukan tikus dengan badak.

      Dan....jangan bandingkan Lord of the Money dengan Khalifah Islam.......Khalifah Islam bertuhankan Allah Taala.......bukan bertuhankan duit tapi Lord of Money bertuhankan $$$$£££££.......


      Delete
    3. Anon 0656..ulasan terbaik!!!

      Delete
    4. Anon 0656. Sy berdoa agar Allah gerakkan hati dia baca ulasan awak..

      Delete
    5. Bro phantom.

      Terbaik bro.. Dgn semangat lagi tuh..

      Keep it up..

      Delete
  2. Setiap kali SUA ini mengeluarkan kecaman pada Tun...setiap kali itulah saya rasa Tun telah melakukan sesuatu yang betul..sebab itu mereka terasa derdesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUA ni lulusan drp UiTM Dip.in journalism saja pun.

      Delete
    2. patut la, nk bersaing kt luar mmg dua tak mampu la. tu pulun jilat smpai kelentit nk jg periuk nasi. dh terdesak nk bungkus tu. yg sekor lg dh bungkus, kosmetik tak laku. tu bini jd rela ditarah org atas2 demi duit byr hutang

      Delete
  3. apa pun najib adalah pm paling bangsat dan pencuri duit rakyat !!!
    rakyat akan humban umnobn serta parti pas tak tentu hala dalam parit dlm next election !!! that's for sure !!!

    ReplyDelete
  4. THE PROMISED LAND : LAYAK KE PERBANDINGAN DENGAN ARAB SAUDI??
    Bismillahirrahmanirrahim.

        ".  ZAHIR SAJA KAYA
            BATINNYA .. NAZAK"

    Kenapa tak dibuat perbandingan yang setara, kalau  merpati dengan merpatilah dan bukan antara merbah dengan helang. Pasti lah jauh bezanya antara keupayaan dan sizenya.

    Ini tidak , perbandingan dibuat antara negara yang telah lama kaya dengan negara yang baru nak naik. ( Tetapi sekarang dan nak nazak balik ) Memang taklah.

    Samakah diantara kerajaan pilihan keturunan berbanding kerajaan pilihan rakyat yang dibuat melalui pengundian???

    Arab Saudi diperintah oleh Raja dan keturunan nya tetapi Malaysia ni walaupun pada Perlembagaan ,peringkat Pemerintah semua nya berkiblat kan kepada Yang Di Pertuan Agong tetapi kuasa mutlak memerintah adalah dibawah Perdana Menteri.

    Hala tuju Arab Saudi ditentukan oleh Rajanya berserta keluarganya tetapi negara kita di tentukan oleh Parti Pemerintah.

    Arab Saudi tiada pilihan raya atau pilihan dari suara rakyat tetapi kita Parti Rakyat yang berkuasa.

    Oleh itu janganlah.buat perbandingan yang dangkal ini.

    Sebenarnya memang wajarlah Arab Saudi sekira mahu memberikan wang kepada rakyatnya seperti yang di dakwa  Najib macam BRIM. Tetapi tahukah kita bahawa 10 juta dari ,25 Juta rakyatnya yang hidup dibawah paras kemiskinan,???

    Adilkah mereka? Baik kah mereka,,? Bertanggungjawab kah mereka,? Ikut sunnah ke mereka?

    Kerajaam Beraja Arab Saudi telah terlebih dahulu kaya raya dari Malaysia dan kiblat keseronokan nikmat dunia mereka adalah negara Barat , sehingga kan seluruh warga Barat mengetahui baik dan buruk luar dan dalam kain mereka,  dan kenapa baru sekarang baru sedar?

    Ataupun pemimpin dan rakyat negara Barat dah mula fedup dengan perangai buruk mereka??

    Adakah kita ingin mencontohi mereka?

    Najib perlu sedar bahawa wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi ,'BRIM' kepada rakyatnya, kerana telah berkurun kekayaan yang dimiliki keluarganya tidak diagihkan kepada rakyat nya. Semuanya disebat untuk kepentingan keluarga mereka saja.

    Dan kini Arab Saudi tengah kegawatan ekonomi kerana harga minyak merudum dan hasil kekayaan telah mula merosot.

    Semua ini adalah bala yang didatangkan ALLAH SWT kepada pemerintah yang menzalimi kaum hawa dan menafikan hak rakyat serta  tidak mengikut Al Quran .

    Waktu senang lenang lupa rakyat tetapi bila bala datang , poket' rakyat lah.yang diintai nya. ( Saling tak tumpah macam Malaysia)

    Alasannya ,Kerajaan Najib cuba menghalalkan cukai GST terhadap rakyat melalui contohan
    pengenaan GST oleh Arab Saudi terhadap rakyat nya .

    Maksud nya kalau Arab Saudi kenakan GST terhadap rakyat nya maka secara automatik apa yang dibuat Kerajaan Najib juga halal lah ya. ( Kitab mana yang diikuti ini, ajaran siapa ni)

    Pernahkah anda fikir kan kenapa negara negara Arab bertukar,," kiblat"? dan tidak lagi kepada Barat dan jiran jiran mereka?

    Kalau nak tahu belajarlah " makrifat,," baru tahu erti "hakikat'.

    Wahai Arab Saudi sedar lah bahawa
    Nabi kamu dah mengajar ,

    " makmur kan lah jiran kamu,,dan inshaallah Allah SWT akan makmurkan kamu'

    ini tidak jiran kamu pun kamu perangi..Tanda kemurkaan Allah SWT pasti tertimpa keatas kamu.

    Keberkatan "Mekah dan Madinah' dibumi Arab Saudi  bukan jaminan bahawa bala Allah SWT tidak akan sampai.

    "Bumi Nuh di banjiri Allah SWT secukupnya"

    'Bumi Lut juga dihujani api panas dari langit"

    "Kebenaran ALLAH SWT yang mana mahu kamu nafikan"

    " Kerosakan adalah diatas perbuatan tangan kamu sendiri"

               
                       Cahaya Al Majid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari bro teddy.

      Adakah bro teddy dan cahaya al Majid orang yang sama?

      Delete
    2. berdoa dkt Allah swt... raja Arab tu baca ulasan hang ted.. baca, paham dan berubah.. amin

      Delete
  5. Tak cukup tinggi lagi naik harga minyak? Nak ikut arab...wah, ni kira tak cukup siksa rakyat lagi le nih...buta betul mata pm kita ni..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya manusia yg berotakkan najis saja yang boleh terima apa saja yg najib cakap.

    ReplyDelete
  7. Harga minyak zaman najib ada turun ada naik.... zaman aljuboori...... pak lah dan mamak tak ade yg turun.....naik manjangggg....
    Rakyat lagi tersiksa di Sgork cukai pintu.. cukai tanah... cukai utk nelayan dah lamo naik.... sykt 2 hengget tekan 32 billion GLC Sgork..... ubah dan simen

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2050,kau ni bodoh ke apa..ubah dan simen kepala bapak kau!!!

      Delete
    2. Woi bodoh,

      Zaman anwar minyak baru rm1.20 itupun naik 5sen anwar tak beri takut membebankan rakyat!!!

      Yang kau memfitnah ni dah kenapa, memang kalau jadi lebai pigs kena jadi kaki fitnah juga ke???

      Kalau kau tu sekolah tak tinggi eloklah tu!!! Exco agama pas kelantan pun tak pas degree!!!

      Sama-samalah korang jadi bodoh!!!

      Delete
    3. Zaman Tun M dan Anwar minyak naik tapi 1 sen, 3 sen... umum pun tak siapa buat demo di stesen minyak beratur panjang.. Hanya zaman Najib beratur bazir masa dan produktiviti rakyat berlaku secara kerap dan berpanjangan. Berhenti dan letak jawatan Najib. Serah diri untuk disiasat SPRM.

      Delete
    4. Ada pemakan dedak buta dan tuli rupa nya

      Delete
  8. Salam. Terima kasih Ted kerana memanjangkan tulisan blog saya diblog Tuan Budin. Semoga sama sama kita berjuang demi Agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bro..copy tulisan bro..nk copy link blog bro susah sikit..pasal guna hp..kalau guna laptop boleh letak link blog bro tuu..senang pengunjung terus klik saja..πŸ‘πŸ»πŸ˜ΈπŸ˜Έ

      Delete
    2. Ooh baru ku faham. Syabas kedua-duanya.

      Syabas bro cahaya di atas tulisan yg baik.

      Syabas bro teddy kerana kongsikan tulisan yg baik itu dgn kami. Siap tunjukkan ia tulisan bro cahaya dan tak buat mcm sndiri yg tulis.

      Syabas keduanya.

      Salam perjuangan.

      Delete
    3. Tahniah Cahaya masjid... Suka dgn hujah anda

      Delete
  9. tak jemu jemu mempeboddokan orang
    gigih macam iiblis menyesatkan manusia

    ReplyDelete
  10. Kikikiki... demi bangsa dan agama... kikikiki.. pluralist tu utk agama ka...? Lgbt dan gay uyk bangsa ka..?

    kikikikikiki... terdesak ssgtt cap munga .... tun mamak.... tercungap cungap mintak nyawa pada sapa yg sudi....kikikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tak berisi, ha nya mencaci, Anjing Najib @ Kejora, kukukuku

      Delete
    2. Kalau lebai tunjuk kote dalam fb tu untuk agama ke hihihi!!!

      Kalau budak tahfiz dilancap senior untuk agama ke hihihi!!!

      Yang tercungap pas dan umno pasal rakyat dah benci!!!

      Maklumlah siapa suka pemimpin pencuri dan ulama makan duit haram!!!

      Delete
  11. Perbandingan ni ditujukan pada orang kampung. Maka anak2 kampung di bandar yg bakal pulang utk mempengaruhi orang2 tua dikampung nanti (spt mana kata zahid)....tunggu apa lagi, ayuh, sila buat research tahap sosio ekonomi saudi, dan bandingkan dgn malaysia. Jgn biarkan orang2 tua kita dikampung diperlekehkan dan diperbodohkan.

    ReplyDelete
  12. Raja saudi dtg ni atas jemputan ke?
    Berapa byk duit buat persediaan semua?

    ReplyDelete
  13. Mahathir ‘Harimau Asia’ Yang Sudah Semakin Uzur
    Seperti yang kita tahu, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan ‘harimau tua’ yang sepatutnya bersara kerana sering mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.
    Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata realiti ketika ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak mahu lagi mempercayai kata-kata dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu.

    “Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini memberi gambaran mengenai Dr Mahathir yang dulu mengatakan pembangkang adalah musuh tetapi kini dia boleh duduk semeja dengan mereka dan menjadi rakan karib.

    “Dr Mahathir turut menjulang media Barat dengan mengatakan laporan mereka kini semua fakta, sedangkan dulu ia dikatakan sekadar mereka cerita.

    “Kritikan Melayu mudah lupa juga seakan memakan diri apabila Dr Mahathir seolah-olah menjadi pelupa atau mungkin nyanyuk sedikit (kerana usia tua)” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Tengku Sariffuddin berkata, sehingga kini pelbagai dakwaan dangkal dilemparkan Dr Mahathir, termasuk cubaan menjatuhkan imej negara demi kepentingan peribadi dengan mengatakan Malaysia adalah antara 10 negara paling korup di dunia.

    Namun begitu, beliau menyatakan bahawa hakikat menunjukkan Malaysia adalah negara ke-55 yang paling tidak korup di dunia seperti dipaparkan dalam senarai terkini Transparency International.

    Tambahnya lagi, ia sekali gus menimbulkan persoalan Dr Mahathir sekadar berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan.

    “Dulu ada ‘harimau Asia’ bernama Dr Mahathir yang digeruni semua orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.

    “Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    “Ini adalah agenda supaya anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri, selain sanggup bersekongkol dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan berjabat tangan dengannya sehingga menimbulkan tanda tanya adakah beliau sanggup menerima seorang pelaku homoseksual sebagai pemimpin Malaysia” jelasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.35,
      Kamu ini nak reka tolong la jangan masuk unsur unsur menipu macam najib penyamun..kamu itu kalau nak jilat najib atau nak puja dia patut patut la sikit jangan sampai menampakkan kebodohan macam setiausaha akhbar najib samapai nampak bodoh dan ketakutan.

      Delete
  14. Mentang2 raja saudi datang, semua benda haram nak dijadikan halal. IQ zero.

    ReplyDelete
  15. Mahathir Dan Kuda-kudanya
    Dalam permainan politik, perkataan atau kata kerja yang melibatkan Kuda seringkali digunakan seperti ‘menjadi kuda’, ’dikuda’, ‘ditunggang’ serta ‘memperkuda’. Bagi siapa yang biasa menunggang kuda, seni menunggang kuda ini juga boleh dikatakan hampir mirip dengan seni berpolitik. Apatah lagi jika seorang ahli politik itu merupakan penunggang kuda yang berpengalaman.

    Kuda dalam politik, diertikan sebagai mana-mana individu atau organisasi yang menjadi bahan tunggangan kepada orang atau organisasi lain untuk mencapai cita-cita mereka. Dalam sejarah politik Malaysia ini, kita sudah cukup kenal dan masak dengan dua individu yang paling gemar ‘memperkudakan’ sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

    Kedua-dua ini, yang pernah menjadi pemimpin nombor satu dan dua negara pada masa dahulu, juga mempunyai minat yang sama dalam sukan berkuda.

    Negara telah melihat bagaimana Anwar memperkudakan ramai penyokong, parti politik dan NGO untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional. Kerakusan Anwar berkuda ini akhirnya menyebabkan dia tertendang dari arena politik negara buat waktu ini.

    Apa yang tidak dijangka oleh sesiapapun, bekas kuda-kuda Anwar ini akhirnya ditunggang oleh ‘arch nemesis’ Anwar sendiri, Mahathir. Apabila Anwar ke penjara buat kali kedua, Mahathir sebagai seorang ahli politik dan penunggang kuda yang berpengalaman, cepat mengatur langkah. Satu per satu kuda Anwar dipujuk supaya tunduk jinak agar mudah ditunggangnya.

    DAP, merupakan kuda Anwar yang paling utama bagi merampas kuasa politik di Malaysia. Seperti seekor ‘stallion’, ianya sukar dikawal tetapi enak ditunggang. Jika Mahathir dapat menunggang ‘stallion’ ini maka mudah lah baginya untuk menjinakkan kuda-kuda yang lain. ‘Stallion’ bermaksud kuda jantan yang belum dipotong kemaluannya dan masih boleh mengawan. Kuda ini kebiasaanya mempunyai nafsu yang kuat untuk membaham kuda-kuda betina lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir dan kuda kudanya..kamu dan najib sama macam monyek monyeknya.

      Delete
    2. ada macam-macam kuda
      kuda lumba
      kuda poni
      kuda padi
      zebra pun kuda
      keldai macam kuda
      pasang kuda-kuda
      kaki kuda
      kuda hitam (lagu)
      kuda kepang
      kuda sarkas
      kuda pencen

      Delete
  16. Sebab itu antara parti pertama yang dirapati oleh Mahathir adalah DAP kerana bagi Mahathir DAP merupakan parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang. PKR, Amanah dan lain-lain cumalah seperti kuda betina biasa yang mudah untuk dijinak.

    Selain daripada parti-parti politik, Mahathir juga menggunakan sejenis lagi kuda yang dipanggil kuda trojan. Kuda-kuda trojan ini adalah mereka yang berada dalam kerajaan tetapi cuba menjadi balaci untuk menumbangkan Najib. Mahathir menyangka, dengan adanya kuda-kuda trojan ini maka mudah untuk Najib ditumbangkan.

    Sangkaan Mahathir meleset, Najib dan panglima-panglimanya (yang selalu disebut oleh Raja Petra sebagai ‘boffin boys’) tidak bodoh seperti Raja Troy untuk membenarkan kuda trojan ini terus lama dalam kubu mereka. Percaturan bijak panglima-panglima Najib ini, dalam diam dan senyap akhirnya mengakibatkan kuda-kuda trojan ini tertendang keluar dengan sekelip mata.

    Setelah kuda-kuda trojan ini terkeluar dari kubu, datang lah budak-budak penjaga kandang Mahathir untuk memaksa kuda-kuda trojan ini bercakap mengenai apa yang dilihat oleh kuda-kuda ini semasa berada dalam kubu Najib. Bodohnya mereka, mereka tidak sedar bahawa kuda trojan ini adalah kuda kayu. Tidak seperti kuda politik, kuda-kuda kayu ini tidak pandai bercakap dan tidak mempunyai keberanian walaupun mereka bergelar ‘Tan Sri’.

    Berbalik kepada kuda stallion tadi (DAP), kuda ini mempunyai persamaan dengan si penunggang. Si penunggang akan memastikan anaknya terus menjadi penunggang yang baik seperti seorang raja. Begitu juga dengan kuda stallion tadi, baka kuda ini akan dijaga dan dilatih menjadi seekor kuda yang hebat seperti bapanya. Jadi tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa si penunggang dan si stallion ini ‘berpakat’ untuk menaikkan anak-anak mereka.

    Bagi si stallion ini pula, dia tidak boleh memenangi mana-mana pertandingan atau peperangan jika tidak mempunyai seorang penunggang yang berpengalaman. Sebab itu ianya lebih dari rela untuk ditunggang oleh Mahathir.

    Persoalanya, apa akan jadi kepada kuda-kuda yang lain? Hakikatnya mereka ini akan terus ditunggang selagi boleh. Selagi mereka boleh menari seperti seekor kuda dressage, maka mereka akan terus disuruh menari untuk menarik perhatian dan hati penonton. Selesai menari, mereka akan dimandikan, dikurung dalam kadang dan diberikan ‘carrot’ oleh penunggang. Itu sahaja.

    PPBM pula tidaklah jauh jika disamakan dengan budak-budak kandang, walaupun mereka cuba berlagak menjadi Bahadur. Budak-budak ini cuba untuk menumpang kuda-kuda yang ada dikandang untuk dinaiki. Untuk membolehkan mereka menunggang kuda-kuda ini, mereka perlu melayan, memujuk dan membelai kuda-kuda yang ada tadi. Itu yang terjadi pada ketika ini, budak-budak kandang ini cuba memujuk DAP, PKR dan Amanah untuk memberikan mereka kerusi dan jentera untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik aku sokong DAP cina yang tak mencuri dari sokong melayu UMNO PENCURI dan PENYAMUN

      Delete
  17. Minggu lepas, Mahathir cuba mendekati kuda yang belum dijinakkan oleh beliau. Kuda ini, merupakan kuda yang cukup setia pada Anwar sebagai tuannya yang dahulu. Kuda ini juga digunakan oleh Anwar untuk menumbangkan Mahathir pada era reformasi 1998. Tetapi kuda ini tidak mudah menyerah kalah, mereka memberontak, memaki hamun dan mencerca ketika Mahathir cuba mendekatinya.

    Kota yang dikuasai oleh Najib, panglima dan bahadur-bahadurnya ini tidak mudah untuk dirobohkan. Mahathir, budak-budak kandang dan kuda-kuda tadi lupa bahawa kebanyakan dari mereka juga pernah mendiami kota yang dikuasai Najib sekarang. Di situlah tempat mereka bermain, tidur, makan dan berak, maka segala pemikiran, perangai dan busuknya najis mereka masih tertinggal dikota tadi.

    Pasukan Najib lebih bijak mengatur strategi, tindakan diam mereka untuk separuh masa pertama serangan Mahathir dan kuda-kudanya membuahkan hasil. Kerana ketakjuban dan terlebih yakin, mereka telah menggunakan segala senjata, kudrat dan helah. Mereka sebenarnya kini telah kehabisan sumber untuk menyerang, tetapi kerana ego dan sifat tidak mahu menyerah mereka terus membuat serangan dengan membuta tuli. Walaupun ada yang pecah kepala kerana ditunggang dengan laju untuk merempuh tembok.

    Bagi tentera Najib yang berada dalam kota, serangan ini amat mudah untuk ditangkis. Tidak perlu menggunakan senjata berat ataupun meriam besar seperti Sultan Muhammad Fateh menawan Konstatinopel. Mereka cuma perlu melemparkan najis-najis lama yang ditinggalkan oleh pihak lawan sewaktu masih berada dalam kota dahulu. Lebih menarik apabila ada antara kuda trojan dan kuda hidup ini nanti bakal menjadi saksi antara satu sama lain mengenai najis-najis yang ditinggalkan dahulu.

    Saya tidak pasti samada kuda-kuda Mahathir ini diberikan rumput kering yang cukup ataupun tidak untuk berperang. Walaupun mereka sering mencerca orang yang mempertahankan kota tadi sebagai pemakan dedak, mereka juga tidak berbeza kerana memakan rumput kering. Jika mereka tidak diberikan rumput kering, maknanya mereka cuma dihidangkan dengan ‘janji’ untuk makan carrot dan epal jika menang. Ini lebih bodoh, mereka akan mati kelaparan kerana mereka tidak mungkin akan menang!

    Apa yang kuda-kuda ini tidak tahu, jika mereka sudah tua, tidak larat dan tidak dapat memberi nilai kepada tuannya, mereka samada akan dijual, disembelih ataupun disuntik. Orang putih kata ‘put to sleep’. Bagi kuda kayu seperti kuda-kuda trojan pula, ianya dicampak ke laut ataupun dibakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak reka cerita biar la orang faham , kamu tau dak kamu itu pun sama macam kaldai..nak mampos sekurang kurangnya Mahathir ada kuda.

      Delete
  18. Skandal FOREX: Apa Yang RCI Akan Jumpa
    Mahathir dan Daim ‘mendapat’ berbilion-bilion. Berapa banyak mereka dapat RCI perlu menentukan tetapi yang pasti jumlahnya berbilion. Menurut mereka yang rapat dengan Mahathir dan Daim, nilainya adalah sekitar AS $ 8 bilion atau lebih. Dan jika RCI melakukan tugasnya dengan baik ia akan mendapati bahawa kerugian Forex AS $ 10 bilion bukan kes yang mudah untuk membuat penghakiman yang tidak baik atau kebodohan tetapi kes penipuan yang sengaja untuk melarikan wang Bank Negara dengan membeli dan menjual mata wang melalui 50- 100 ejen di seluruh dunia.
    Tun Dr Mahathir Mohamad sangat bimbang dan semakin sangat terdesak. keputusan Kabinet untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk meletakkan asas bagi pembentukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian Forex $ 10 bilion yang dialami oleh Bank Negara antara 1987-1992 akhirnya akan mendedahkan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang mendapat manfaat daripada AS $ 10 bilion yang Bank Negara hilang itu.

    Ya, ini bukan kes yang mudah untuk membuat penghakiman atau untuk mengubah dari baik kepada hakikat sebenarnya. Jika ketika itu ia pada tahap terbaik jenayah di sini akan menjadi satu kebodohan. Kes ini adalah sebenarnya lebih teruk daripada itu. Ini adalah satu kes penipuan yang melibatkan pemindahan keluar wang Bank Negara menggunakan perdagangan Forex sebagai penyamaran dan ‘kerugian dagangan’ kerana menyamar untuk mencuri berbilion-bilion.

    Untuk memesongkan daripada pasukan petugas khas dapat mengesannya dan apa RCI akan menemui, pihak Pakatuns dan DAP mula ‘banjirka’ internet dengan komen seperti ini adalah satu isu lama, kerajaan perlu menyiasat lagi isu-isu semasa, jika mereka mahu menyiasat skandal Bank Negara Forex maka mereka juga perlu menyiasat 1MDB, dan sebagainya.

    Strategi di sini adalah sangat jelas. Mereka cuba untuk membayangkan dan menyindir bahawa kerajaan mengamalkan ‘siasatan terpilih’ dan ‘taktik gangguan. Sasarannya ialah Mahathir dan apa-apa yang menyakitkan Mahathir disiasat dan pada masa yang sama penyiasatan ini akan mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang lebih besar.

    Apa yang mereka ini tidak nyatakan adalah bahawa 1MDB adalah satu isu yang berterusan dan belum ‘mati’ seperti yang berlaku dalam hal Bank Negara Forex. Kedua, pelbagai siasatan telah pun dijalankan ke atas 1MDB oleh pelbagai badan dan agensi manakala tiada apa-apa penyiasatan yang pernah dilakukan dalam 25 tahun pada kerugian Forex yang berjumlah AS $ 10 bilion. Ketiga, tidak ada cerita baru mengenai 1MDB selain daripada apa yang telah berkata pada 2015 manakala pada bulan lepas, pada bulan Januari 2017, bukti baru telah muncul mengenai kerugian Forex Bank Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22.00,
      Kamu ini orang ke hantu...cara tulis macam takda jiwa manusia dah la isi cedok dari blog blog dedak babi yang terima dari orang suruhan najib..cuba nak tunjuk lagak menulis nak cerita pasai kes forex nampak bodoh..cerita pasal 1MDB jelas bangang.

      Delete
    2. Yang sudah pasti MO1 pencuri tersohor manakala isu Forex belum tentu Tun M involved.........!! Hidup Tun M
      Pergi mampus dengan MO1

      Delete
  19. Jika Pakatuns dan DAP mahu spin perkara ini mereka perlu lebih bijak daripada itu kerana mereka tidak membandingkan yang setara – apples to apples. 1MDB telah disiasat banyak kali dan laporan di luar sana untuk sesiapa sahaja boleh membacanya. Sebaliknya, skandal kerugian US $ 10 bilion Forex Bank Negara tidak pernah disiasat. Kami tahu apa yang berlaku dalam kes 1MDB. Kita tidak tahu apa yang berlaku dengan skandal US $ 10 bilion FOREX Bank Negara. Dan sekarang kita akan mendapati bahawa dalam skandal US $ 10 bilion FOREX Bank Negara bukan kes yang mudah untuk membuat penghakiman yang tidak baik tetapi kes penipuan yang disengajakan. Dan ini adalah sesuatu yang tidak pernah didedahkan dalam tempoh 25 tahun.
    Persoalannya adakah RCI akan sampai ke tahap yang sepatutnya itu atau mereka akan mengetahui bahawa kebanyakan bukti yang telah hilang secara misteri? Dan para saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan RCI akan mengaku kejahilan atau mengatakan bahawa mereka mengalami hilang ingatan dan telah lupa? Manusia seperti Mahathir boleh bercakap berjam-jam mengenai Umno pada tahun 1946 dan apa yang berlaku dari tahun 1946 sehingga Merdeka pada tahun 1957 dan kemudian akan memberitahu anda dia telah lupa mengenai apa yang berlaku 10 tahun yang lalu.

    Hakikatnya Amerika Syarikat dan Jepun telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1989 bahawa Bank Negara telah mengambil risiko yang besar bermain pasaran Forex dan bahawa apa yang Bank Negara ‘pertaruhkan’ dalam satu hari melebihi apa yang Jepun lakukan dalam enam bulan adalah sangat ketara. Walaupun kedua-dua negara negara terkenal itu, Amerika Syarikat dan Jepun, telah menggegarkan Bank Negara dan mereka memberi amaran kepada Malaysia untuk ‘berehat’. Bank Negara, bagaimanapun, tidak endahkan. Ia terus menjadi ‘kaki judi’ Forex terbesar di dunia.

    Bank Negara telah lakukan urusniaga melalui 50-100 agen dan proksi di seluruh dunia. Pada asasnya Bank Negara adalah kedua-duanya, jual beli pada masa yang sama, dan juga membuat keuntungan serta kerugian wang kedua-duanya pada masa yang sama. Tetapi perkara yang pelik mengenai keseluruhan episod ini adalah bahawa walaupun Bank Negara telah kehilangan wang namun terdapat orang-orang tertentu yang membuat wang. Ini mengingatkan saya kepada George Tan yang membeli dan menjual hartanah pada keuntungan yang besar tetapi satu-satunya perkara yang dia telah membeli daripada dan menjual adalah kepada syarikat-syarikatnya sendiri. Dan itu adalah bagaimana mereka menyapu keluar sejumlah besar wang dari BMF Hong Kong.

    Dan dalam kes Bank Negara ia adalah lebih kurang sama. Mereka hilang dan membuat wang kedua-duanya pada masa yang sama. Tetapi kerugian pergi ke Bank Negara manakala keuntungan telah dibuat oleh proksi tertentu. Itulah caranya bagaimana mereka memindahkan wang Bank Negara ke dalam poket masing-masing. Amerika Syarikat dan Jepun tahu apa yang sedang berlaku. Dan kerana itu, apabila mereka memberi amaran kepada kerajaan Malaysia tentang hal tersebut, tiada apa yang telah dilakukan dan Bank Negara terus berjudi selama tiga atau empat tahun lagi sebelum segala-galanya hancur.

    ReplyDelete
  20. Yang lebih penting adalah bahawa bukan sahaja Amerika Syarikat dan Jepun tahu mengenainya, George Soros juga tahu mengenainya. Dan dia tahu bahawa Bank Negara sedang sangat terdedah dan berada dalam bahaya kehancuran jika orang lain menyertai ‘permainan’ dan ‘bertaruh’ melawan Bank Negara.

    Jadi, pada tahun 1992, Soros meminjam US $ 8 bilion dan secara senyap-senyap memasuki pasaran. Tetapi dia melakukannya secara perlahan-lahan dalam tempoh beberapa bulan supaya tidak menarik perhatian. Kemudian, pada 16 September 1992, Soros tiba-tiba diselamatkan dan dalam hanya beberapa hari kemudian ia membuat keuntungan sebanyak US $ 1.2 bilion. Bank Negara telah terperangkap hancur, dan semasa ejennya membuat keuntungan berbilion-bilion, Bank Negara mengalami kerugian sebanyak US $ 10 bilion.
    Sebenarnya semua ini diilhamkan pada tahun 1987, walaupun Amerika Syarikat dan Jepun tidak memberi amaran kepada Malaysia mengenainya sehingga 1989. Dan sebab mengapa mereka lakukannya adalah kerana Mahathir memerlukan wang untuk membiayai Team A-Team B perebutan tahun yang sama. Tengku Razaleigh Hamzah Team B mahu menggulingkan Mahathir dan berbilion-bilion telah diperuntukkan untuk ini.

    Tengku Razaleigh mempunyai banyak wang (masih, sebenarnya) manakala, pada masa itu, Mahathir tidak lagi kaya seperti dia sekarang ini. Dan Tengku Razaleigh telah bersedia untuk membelanjakan berbilion untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir tahu dia akan kalah jika ia tidak ‘melawan’ dengan ‘berbilion’ kepunyaan Tengku Razaleigh. Dan kerana itulah Mahathir dan Tun Daim Zainuddin keluar dengan skim itu untuk menyapu keluar berbilion-bilion daripada Bank Negara melalui perdagangan Forex.

    Gambaran yang diberikan adalah bahawa Bank Negara ‘berjudi’ di pasaran Forex untuk membuat wang. Sudah tentu itu sendirinya adalah satu kesalahan kerana tugas Bank Negara bukan untuk ‘berjudi’ dan membuat wang. Walau bagaimanapun, itu bukannya sebab sebenar Bank Negara ‘berjudi’ di pasaran Forex. Sebab sebenar adalah untuk ‘menghilangkan’ wang supaya orang lain boleh membuat wang, kerana kerugian seseorang itu adalah keuntungan untuk orang lain. Maksud saya ia sama seperti apabila anda kehilangan wang pada pasaran saham seseorang, di suatu tempat ada pihak akan membuat wang.

    Jadi Mahathir dan Daim ‘membuat’ berbilion-bilion. Berapa banyak mereka membuat RCI perlu menentukan tetapi yang pasti ia adalah dengan jumlah berbilion. Menurut mereka yang rapat dengan Mahathir dan Daim, nilainya adalah sekitar AS $ 8 bilion atau lebih. Dan jika RCI melakukan tugasnya dengan baik ia akan mendapati bahawa kerugian AS$ 10 bilion Forex bukan kes yang mudah untuk membuat penghakiman atau kebodohan tetapi kes penipuan yang sengaja untuk menyapu keluar wang Bank Negara dengan membeli dan menjual mata wang melalui 50- 100 ejen di seluruh dunia.

    Anwar Ibrahim tahu bahawa Nor Mohamed Yakcop adalah pemain utama dalam penipuan ini. Sebab itu apabila Anwar mahu mengambil tindakan terhadap Nor Mohamed, Mahathir menghalangnya daripada berbuat demikian. Sepatutnya Nor Mohamed dihukum namun dia kemudianhya dinaikkan pangkat menjadi Menteri. Lim Kit Siang telah berdiam diri semenjak dia membuat perjanjian dengan Mahathir pada Disember 2016 tetapi dia juga tahu ini adalah hanya satu penipuan untuk menyapu keluar wang Bank Negara, yang mengapa Kit Siang mahu RCI ditubuhkan.

    Anwar, sebaliknya, mendakwa dia tidak sedar tentang perkara ini, walaupun beliau mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1991, sehingga dia diberitahu mengenainya apabila beliau ke luar negara dan seseorang memberitahu mengenainya. Ia seolah-olah semua orang di dunia tahu bahawa Bank Negara telah ‘berjudi’ dan kehilangan wang sejak 1987 tetapi Anwar tahu mengenainya hanya pada tahun berikutnya selepas Soros telah membawa pulang AS $ 1.2 bilion dan Bank Negara telah hilang US10 bilion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22.02,
      Kau punya cerita sama macam RPK kaki fitnah no 1 malaysia dulu orang suka baca cerita dia sejak jadi pemakan dedak babi kepada najib terus merudum siapa pun tak minat nak lihat blog nya ..cerita ini ada sikit cedok dari RPK..kamu tau dak RPK ini cari ilham dengan tonggang air syaitan dan wiski..jadi bersangka baik la kalau ada iman dan beriman dengan islam.

      Delete
    2. KALAU NAK TULIS PANJANG BUKA BLOG SENDIRI,DISINI TAK ADA MASA NAK BACA AMPUAN KAMU

      Delete
  21. .
    .

    Berapa banyak tentera najib nak bagi pada arab kali ini ?

    ReplyDelete
  22. ni ada satu org ....pig.....tulis panjang2 macam org nak baca.....itu2 aja yg ditulis.....

    brain in the shit pit!

    forex yg dah 30 tahun tu yg diulang lagi.....ni duit 1mdb masih sangkut ni tak peduli atau buat2 bodoh.....or already dumb stupid.....

    ok la tolong check kalau forex tu ada masuk akaun peribadi......yg dah jelas masuk akaun peribadi......tak peduli.....or just plain dumb stupid.....

    arab minyak murah.....nak naik 100% pun, apa yg dia org rasa? sini naik 10 sen, nak beli susu pun dah sangkut.....tak yah beli minyak......habis nak beli susu, jalan kaki?........brain already deep in shit pit!......or bloody damn stupid.....

    pigs always be pigs......eat shit, smell like shit, think shit....and full of bloody shit!

    -hate pigs-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kamoungblagi bagus pemikiran dari orang bandar.. org kampung tahu sapa yg patut dihumban bersama mamak dlm jamban... org kampung tak koman lagi dah... ada internet... jgn jadi vangang macaibido mammak nihhh... kikikiki

      Delete
  23. Ada analisa ekonomi yang mengatakan Saudi sedang mengalami masalah ekonomi kerana harga minyak pasaran dunia yang rendah and belanjawan yang tinggi akibat peperangan di sempadan Yemen and pembelian senjata.

    Kerajaan Saudi sedang berusaha menjual syarikat minyak negara, Aramco, melalui IPO. Kenaikan harga petrol dan cadangan melaksankan BRIM di Saudi adalah tanda-tanda masalah kewangan yang di hadapi kerajaan Saudi (serupa dengan Malaysia).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kjaan british pun nak buat BRIM... yg tu mintak komen sikit... ct nohalija dah lama x komen... komen ckeett..kikiki

      Delete
  24. Puak2 yg berkokok nk menyedapkn hati perut sendiri

    ReplyDelete
  25. for you to think damn macai shit head!

    forex was in the 80s.....i was one that received scholarship during those years.....in the states.

    and i tell u, there was not cut on the monthly disbursement, it was on time.

    but in 2016, to pay few hundreds ringgit, have to wait for a couple of months....my daughters were on the list....and both of them are in local u......the bursary, just remained a name.....nothing more than pptn....still u have to pay back...some amount though.......

    pity on those who really have to wait for the disbursements.....we saw what happened in those colleges.....there were some donations collected to help those students.....and it was done privately......by parents of other students...and some of the lecturers.....but did najib know all these......doubt it.....doesn't give a shit.....busy with his 2.6b....

    so, try to tickle your brain a bit.....if u have one........what r the differences?

    did u notice, any gst to recover? did u see, the crude oil went up....also to recover some losses.....subs already taken out to recover the 1mdb losses......those days, subs still remained.....did u notice ringgit was still 2.35 a dollar?.......today......ringgit is no where....or don't know where....please honestly tell me your thoughts.....anyway if u have one that is working......very slim chance, i would say...

    -hatepigs-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro2223
      Those PIGS don't speak ompotui sepatah haram...they got no brain, but i totally 100% agree with you

      Keep it up bro!

      Delete
  26. ‘CAP BUNGA’ VS PKR: ADA MASA DEPANKAH?
    Jika merujuk kepada cakap-cakap besar yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin parti ‘cap bunga’, bukan setakat meja di kedai mamak, malah dunia pun mungkin boleh terbalik melihat pada gaya dan retorik mereka.

    Kononnya mereka akan menang besar di beberapa negeri, kononnya Putrajaya akan kembali jatuh ke tangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kononnya itu, dan kononnya ini. Tapi tidak pula mereka ceritakan tentang mereka yang terpaksa tunduk di kaki DAP?

    Dijanjikan ‘bulan dan bintang’, gula-gula yang manis-manis belaka. Jika ‘cap bunga’ menang, maka rakyat tidak lagi ‘sengsara’. Apa pengertian ‘sengsara’ pada mereka pun penulis tidak pasti. ‘Sengsara’ berbelanja?

    Entah sengsara di mana? Penulis melihat di media sosial, ramai yang menayang gambar menunjukkan mereka masih mampu menjamu selera makan besar di restoran tomyam sambil membazir membuang saki baki juadah ke dalam tong sampah akibat tak habis dimakan.

    Ada pula yang tayang gambar bercuti di Paris, London, Lombok dan Medan. Ada yang berlibur di Langkawi dengan ‘janda yang khabarnya belum habis edah’, dan ada pula yang bercuti sakan di Cameron Highlands. Ada yang tinggal di Cerok Tok Kun, tapi sanggup ‘shopping’ di Pavilion – Bukit Bintang?

    Jika dirujuk pada parti ‘cap bunga’, kononnya mereka mendakwa dapat sambutan hangat. Tapi jika ditanya jumlah sebenar keahlian, pelbagai dolak dalih diberikan. Kenapa? Risau orang tahu satu bahagian pun hanya mampu ada sekadar 100-200 ahli saja?

    Pada pandangan penulis, jika dibandingkan dengan kekuatan PKR ketika parti itu awal ditubuhkan, rasanya parti Anwar itu lebih ramai bilangan pengikutnya. Gerakan reformasinya saja mampu buat Mahathir pening kepala hingga mengerah segala jentera FRU dan sebagainya.

    Gerakan menyokong Anwar ketika itu bukan hanya membara di ibu negara sahaja. Malah di seluruh negara menyaksikan ‘api reformasi’ merebak ke serata tempat. Tidak cukup dengan itu, dilebarkan pula sayapnya ke luar negara. Bukan Indonesia saja, malah Amerika Syarikat pun…

    Tapi apa hasilnya? Hanya sekadar menang satu Parlimen sahaja? Itu pun di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Anwar? Maklumlah, ramai saudara mara, adik beradik, piut miut suku sakat keluarganya di sana.

    Tapi hanya satu saja? Penuh jalan raya, huru-hara ibu negara, pening kepala Perdana Menteri, tapi hanya satu kerusi parlimen saja? Bagai meriam buluh berdentum di sana-sini, tapi hasilnya langsung tidak memberi kesan?

    Pada penulis, mungkin itulah juga kesudahan parti ‘cap bunga’ itu. Malah berkemungkinan, umurnya juga tidak akan panjang seperti PKR. Apatah lagi dengan melihat gerakannya yang jauh lebih malap berbanding PKR dulu, ada masa depankah?

    ReplyDelete
  27. BAGAIMANA MAHATHIR SANGGUP TERIMA SORAKAN DAN EJEKAN PADA USIA EMAS?
    RAMAI beranggapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang tua yang sepatutnya menumpukan sepenuh masa membuat persediaan untuk akhirat memandangkan umur beliau sudah melebihi 90 tahun.

    Kita juga tahu bahawa Mahathir kini gigih cuba mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau sanggup bersekongkol dengan musuh tradisi beliau iaitu DAP.

    Penganalisis politik melihat tindakan Mahathir tersebut sebagai usaha terdesak untuk meletakan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri dalam memastikan legasi keluarga terpelihara dan segala salahlaku Mahathir akan terus dapat disembunyikan.

    Cuma kita agak terkilan dengan sikap terdesak Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang cuba mempergunakan orang tua itu bagi memastikan kesinambungan parti milik Anwar Ibrahim tersebut. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berharap agar kumpulan “reformis” dapat menerima Mahathir dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

    Semasa Konvensyen Reformis Sabtu lalu, Mahathir dikatakan telah diejek. Kini Nik Nazmi menyeru agar setiap ahli mereka berlapang dada sepertimana yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, mereka perlu melupakan dendam terhadap Mahathir demi nafsu politik yang lebih besar.

    Dalam perkara ini, PKR akhirnya menyerlahkan warna sebenar mereka. Nampaknya matlamat akan menghalalkan cara. Perkara ini sudah tentu tidak seiring dengan budaya Melayu dan cara yang dihalalkan oleh Islam. Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.

    “Bagaimanapun kita harap Mahathir sebagai bekas perdana menteri, kita hormatinya kerana kita sekarang ada agenda yang sama untuk turunkan Najib. “Jadi kita perlu bekerjasama. Semua pihak harap berlapang dada seperti yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar dan keluarganya. “Kalau pahit bagi reformis, sudah tentu lagi pahit tuan punya badan (Anwar),” kata Nik Nazmi.
    Untuk makluman, Sabtu lalu, Mahathir membuat kemunculan mengejut pada Konvensyen Reformis yang diadakan di Shah Alam. Walaubagaimanapun beliau telah disorak dan diejek termasuk disorak sebagai “firaun”, sebelum diredakan oleh pengerusi majlis.

    Kita tertanya-tanya bagaimana seorang lelaki yang angkuh dan sombong seperti Mahathir sanggup menerima ejekan dan sorakan tersebut. Adakah beliau terlalu terdesak sehingga sanggup menelan segala-galanya? Tolonglah jangan terus malukan diri anda sendiri pada usia emas. Simpan maruah dan harga diri untuk anak cucu anda juga.

    ReplyDelete
  28. GELAR ‘ARAB GILA’ KEMBALI PADA PENGGELARNYA?
    Sejak dari semalam, terpampang di sana-sini laporan berita mengenai lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara kita yang dijadual berlangsung selama empat hari, atas jemputan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Muhammad V.

    Rata-rata reaksi dari rakyat Malaysia, khususnya umat Islam menyambut baik kesudian Raja Salman memilih negara kita sebagai destinasi pertama lawatan baginda, sekaligus menandakan keakraban dua negara Islam yang rapat bersaudara, Malaysia-Arab Saudi.

    Namun ada pula yang tidak senang hati, menuduh kononnya ziarah Raja Salman menuntut sesuatu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Buruk betul perangainya. Mungkin tidak boleh dibuang lagi sikap syak wasangka buruk dalam hatinya?

    Melihat gambar-gambar yang tersiar di media hari ini yang memaparkan keakraban Najib dan Raja Salman, penulis terbayang memek muka warga emas yang pernah menuduh pemelihara Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu sebagai ‘arab gila’…

    Penulis tidak pasti sama ada Raja Salman tahu atau tidak tentang mulut celupar seorang warga emas tersebut. Namun penulis tertanya-tanya juga tentang apakah reaksi baginda jika tahu tentang gelaran ‘arab gila’ itu keluar dari mulut ‘bacin’ warga emas itu?

    Pada pandangan penulis, berkemungkinan besar Raja Salman akan tersenyum jika dikhabar mengenai gelaran tersebut. Apatah lagi baginda baru saja dikurniakan darjah tertinggi negara, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N), dibanding pula dengan gelaran ‘arab gila’?
    Cuba bayangkan, Yang DiPertuan Agong beri gelaran tertinggi negara kepada Raja Salman, tapi warga emas bekas pembesar negara itu pula pernah membayangkan baginda sebagai ‘arab gila’? Itulah bezanya akhlak antara Yang DiPertuan Agong berbanding warga emas itu.

    Akhlak Yang DiPertuan Agong berkonsepkan Islam yang menghargai dan menghormati tetamu negara, serta memberikan pengiktirafan serta kemuliaan kepada baginda. Sebaliknya warga emas yang bagai tidak puas berkuasa pula sibuk menghina baginda dengan gelaran yang bukan-bukan?

    Penulis tidak pasti tentang kebolehan warga emas itu menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar, khususnya negara Islam dan negara maju. Dulunya memang dia terkenal pandai cari gaduh dengan ramai pihak.

    Anwar dapat layanan karpet merah, dia pula tidak. Dia bergaduh dengan Britain, dia bergaduh pula dengan Australia, Singapura dan beberapa negara lain. Bergaduh dengan ramai pihak, dia boleh pula dengan Robert Mugabe? Cuba cari siapakah gerangan Robert Mugabe hari ini?

    Mungkin benar telahan ramai yang mengatakan warga emas tersebut sedang menghadapi krisis ‘nyanyuk’. Merujuk pada usianya yang sudah begitu lanjut, tidak mustahil untuknya mengidap ‘penyakit mental’ itu, bukan?

    Apatah lagi dengan asakan-asakan dan terbitnya skandal-skandal lamanya dulu yang bagai ‘bangkit dari kubur’, ditambah lagi ‘hutang psikologi’ dari puak pembangkang yang hanya menunggu masa untuk ‘membaham dalam senyuman’, boleh jadi ‘gila’ dibuatnya, bukan?

    Maka kerana itulah juga ramai yang menyarankan dia supaya kembali ke tikar sejadah. Menenangkan diri dengan ibadah dan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi pengubat hati yang mujarab. Itu pun dia tak mahu ikut saranan tersebut? Terpulanglah…

    ReplyDelete
  29. ADA KE ORANG DATANG MELAWAT SEBAB PERMUSUHAN? BODOH BETUL MAHATHIR NI
    KATA Mahathir – yang dijadikan tajuk oleh portal berita pro pembangkang, “mereka datang bukan kerana persahabatan”. Tanpa merujuk kepada sesiapa, tapi semua orang tahu ia disasarkan kepada kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke negara kita hari ini (semalam).

    Apa cakap macam itu? Takkan orang bermusuh pulak saling datang melawat? Kalau betul, kenapa Mahathir tunggu 17 tahun untuk melawat Anwar di penjara? Perbandingannya lebih kurang macam itulah kan, senang faham.

    Macam antara Mahathir dengan Datuk Seri Najiblah sekarang. Lepas Mahathir melancarkan permusuhannya dengan Najib, ada ke Mahathir melawat Najib vice versa? Ada?

    Sebab bersahabatlah saling datang melawat ni, kalau bermusuh, takkan datang melawat. Apa punya bodoh lah tua kutuk ni? Ini terpakai lah dalam semua hal pun, persaudaraan, hubungan antara negara dan sebagainya. Orang datang melawat sebab hubungan yang baik, musuh mana ada saling melawat, kok ada pun rarelah, satu dua kes dalam sejuta.

    Apa pun diminta Mahathir tidak cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan kenyataan kenyataan bodoh semacam ini. Patutnya, masa Raja Salman ada sinilah, isu derma RM 2.6 billion tu diperhebatkan lagi, ini tidak, semua pakat-pakat buat bodoh atau alih isu ke lain pulak.

    Itu hari sibuik sangat mengatakan Najib penipu bila beri alasan itu (derma dari Arab), siap dikutuknya Arab dengan macam-macam kata hina. Sekarang Raja Arab dah datang sini, tak pulak nak berjumpa dan mengesahkan apa yang Najib cakap tu betul ke tidak. Jumpalah kalau rasa hebat sangat?

    Kata nak selamatkan Malaysia sangat hari tu, takkan jumpa Raja Salman untuk dapatkan penjelasan pun takut?

    ReplyDelete
  30. 22 TAHUN, APA YANG DIA BERI PADA PEMIMPIN ASING MELAWAT MALAYSIA?
    Tapi kita tahu sebab-sebab yang orang asing membuat lawatan ke Malaysia. Saya tak perlu nak sebut di sini. Tapi mereka datang bukan kerana persahabatan tapi kerana ada sesuatu yang Najib boleh bagi kepada mereka… Inilah sebabnya mereka berada di sini,”

    Kata-kata di atas adalah kenyataan dari seorang bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa di negara ini. Dianggarkan lebih 22 tahun berkuasa sebagai ‘diktator’ di Malaysia, penulis yakin sudah beribu pemimpin asing datang melawat negara di era dia memerintah.

    Kata-kata berbaur prejudis itu juga dilapor terbit dari mulut Mahathir semalam, dan hari ini Raja Arab Saudi yang diamanahkan Allah menjaga dua rumahNya, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, hadir mengadakan lawatan 4 hari ke negara kita.

    Raja Salman Abdulaziz As-Saud merupakan seorang Raja beragama Islam yang sangat dihormati oleh berbilion umat Islam di seluruh dunia. Dengan kekayaan yang diberi Allah pada negaranya, baginda bukan saja sering membantu negara Islam secara terbuka, malah khabarnya banyak yang menerima sumbangan darinya secara diam-diam.

    Misalnya, dikhabarkan bahawa sudah berbilion-bilion disumbangkan Arab Saudi kepada negara-negara Islam tertindas dan miskin seperti Palestin, Bosnia dan negara-negara majoriti muslim di Afrika. Namun bagai Umar Al-Farouk, sumbangan itu khabarnya tidak diwar-warkan secara terbuka.

    Merujuk kepada kenyataan Mahathir itu, meskipun tidak menyatakan pemimpin atau orang asing yang dimaksudkan, namun ramai yang dapat mengagak ia ditujukan kepada Raja Salman Abdulaziz As-Saud yang tiba hari ini di negara kita.

    Kononnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berikan sesuatu padanya? Benarkah begitu? Apa yang Raja Salman mahu Najib berikan? Sedangkan Arab Saudi kita semua tahu merupakan salah sebuah negara Islam paling kaya di dunia. Penulis tidak rasa Raja Salman mahukan apa-apa dari negara ini.

    Jika ada pun yang diperlukan Arab Saudi dari Malaysia, penulis yakin ia bukan berbentuk material atau kebendaan. Mungkin mereka mahukan hubungan persahabatan yang lebih akrab, jalinan kerjasama yang lebih mantap dan membicarakan tentang hal-ehwal kepentingan Islam serta umatnya sedunia.

    Kita pun tahu bagaimana Arab Saudi menghargai Malaysia berbanding di zaman Mahathir. Melihat pada kata-kata Mahathir itu, penulis juga yakin ramai yang dapat menghidu keadaan sebenar hubungan Mahathir dengan pemegang amanah Al-Haramain itu. Pokok pangkalnya, seorang sahabat yang baik tidak akan mengungkap kata-kata biadap begitu, bukan?

    ReplyDelete
  31. Mengulas mengenai kenyataannya itu juga, terlintas di fikiran penulis tentang apakah yang dia berikan kepada pemimpin-pemimpin asing yang datang membuat lawatan ke negara kita sepanjang 22 tahun sebelum ini.

    Jika beribu pemimpin yang hadir, apakah yang dia berikan kepada mereka? Sebagai contoh, jika Mugabe pernah melawat negara ini di era pemerintahannya dulu, apa yang dia berikan kepada sahabat baiknya itu? Boleh jelaskan?

    Pada penulis, apa yang dinyatakan Mahathir itu hanyalah salah satu serkap jarang yang sengaja dilontarkan untuk mencipta persepsi buruk terhadap persahabatan Najib dan Raja Salman. Mungkin dia cemburu dengan hubungan baik tersebut berbanding dirinya yang suka bergaduh dulu?

    Paling utama yang perlu diketahui bahawa lawatan Raja Salman itu difahamkan adalah atas undangan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Muhammad V. Jadi, kenapa Mahathir cuba cemar lawatan DiRaja itu dengan syak wasangka buruknya?

    Mungkinkah itu salah satu petanda ‘busuk hati’ atau ‘buruk sangka’ yang dilarang dalam Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah SAW bersabda dan mafhumnya mengatakan bahawa mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki bersyak wasangka buruk itu akan menyebabkan segala pahalanya hilang bagai api memamah kayu. Banyak sangatkah pahalanya?

    Namun itulah ‘dewata raya’ yang menjadi ketaksuban puak-puak parti ‘cap bunga’. Walau pada usia ‘kubur kata mari’, dia masih lagi gemar mengejar dunia dengan permainan politiknya. Kita sama-samalah doakan agar dia sempat bertaubat dan memohon ampun dari mereka yang pernah dia sakiti, zalimi dan ‘cantas’. Semoga masih ada ‘ruang’ untuknya…

    ReplyDelete
  32. DERMA RM 2.6 BILLION: KEDATANGAN RAJA SALMAN BUKTI NAJIB TIDAK MENIPU
    SETAKAT ini dakwaan Pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan Mahathir kononnya wang RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang yang dicuri dari 1MDB, tidak pernah dibuktikan, yang ada hanya andaian demi andaian.

    Hanya kerana wang itu dipindahkan dari Bank yang sama di Singapura dimana 1MDB turut pernah menggunakan perkhidmatan mereka, maka diandaikan RM 2.6 billion ini adalah wang yang dicuri dari 1MDB – seolah-olahnya Bank itu tidak boleh berurus niaga dengan orang lain.

    Mana dia dokumen yang menunjukkan wang sebanyak itu dipindah dari 1MDB masuk ke akaun Perdana Menteri? Tarikh, masa dan sebagainya, itu bukti yang kita minta, sampai sudah tak pernah nampak.

    Perdana Menteri telah menjelaskan dan segala macam siasatan yang menyusul selepas itu, menunjukkan wang itu memang datang dari Arab Saudi, tidak pernah diambil peduli, masih nak percaya kepada andaian mereka sahaja.

    Sepatutnya, dengan menggunakan konsep andaian yang sama, kedatangan Raja Salman ke negara kita hari ini, bolehlah di andaikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menipu tentang sumber wang RM 2.6 billion itu. Sebelum inipun kita tidak mendengar Arab Saudi menafikan wang berkenaan dari negara mereka dan kedatangan Raja Salman hari ini mengesahkannya.

    Takkan Raja Arab Saudi nak datang ke tempat yang ‘memfitnah’ negaranya kot?

    Maka tak hairan kenapa Mahathir sendiri pun nampak tidak serius untuk berjumpa sendiri dengan Raja Salman dan bertanya sendiri kebenarannya, sebab dia tahu apa yang banyak dilaporkan sebelum ini berkenaan sumber wang berkenaan, adalah benar, dia saja yang menjadikan perkara itu isu untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

    Ini semua sudah cukup bukti bahawa Mahathir sebenarnya seorang penipu dan Najib adalah orang yang benar, tak payah fikir panjang-panjang sajalah. Kalau benar nak menyelamatkan Malaysia, Mahathir sepatutnya dah menunjukkan usaha untuk bertanya sendiri ketika Raja Salman berada disini.

    Tapi yelah, masa berkuasa pun tidak seorang Raja Arab Saudi yang sudi berjumpa dengannya apatah lagi menjejakkan kaki ke negara ini, kenapa pula sekarang setelah dia bersara dan hanya bertaraf Ketua Bahagian Pribumi Langkawi (jawatan lantik sendiri), Raja Arab Saudi nak jumpa dia pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. King Salman bole buat press conference because there is nothing to hide....

      Delete
  33. Adakah Hina Bantuan Dari Arab Saudi Kepada Malaysia Pada Kacamata Pembangkkang?
    Bagi kalangan negara Islam, selain Qatar dan UAE, Arab Saudi adalah sebuah negara Islam paling kaya di di dunia. Boleh dikatakan 90 peratus kekayaan ini datangnya dari sumber minyak yang sememangnya cukup sinonim buat negara-negara Timur Tengah dan Semenanjung Arab. Di atas kekayaan mereka inilah, mereka kerap menghulurkan derma dan bantuan buat negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.

    Disebalik kemurahan budi para keluarga DiRaja Arab Saudi ini, bagi pihak pembangkang, mereka kerap menuduh sumbangan berkenaan lebih banyak digunakan untuk tujuan politik dan bukannya pembangunan negara. Lebih menyedihkan, ada diantaranya mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib menagih bantuan dari keluarga DiRaja Arab Saudi hanya untuk kepentingan beliau sahaja.
    Sebenarnya, dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak pernah menyasarkan Malaysia sahaja sebagai lubuk untuk mereka membuat sumbangan. Banyak negara Islam yang lain turut menerima tempias dari kemewahan yang ada pada keluarga Diraja Arab Saudi ini seperti yang dinikmati oleh Indonesia, Rohingya, Palestin dan banyak lagi negara Islam di seluruh dunia.

    Apa yang mereka lakukan adalah untuk memperkasakan syiar Islam di seluruh dunia disamping berkongsi kekayaan yang mereka ada. Sebagai balasan, sesebuah negara penerima, jika boleh tidak mengumumkan siapa penderma yang mereka terima dan membangunkan apa jua rancangan yang dibuat untuk mengembangkan syiar Islam di negara masing-masing.

    Persoalannya, adakah hina jika sesebuah negara seperti Malaysia menerima derma sedemikian? Jika ada yang menganggap hina, mari kita lihat bagaimana DAP sedaya upaya menyorokkan derma RM 1.2 bilion yang mereka terima dari Israel seperti yang didedahkan oleh seorang bekas ahli DAP, Mohamed Razali, kira-kira 4 tahun yang lalu.

    Apa yang menariknya, sehingga kini, tidak ada walau seorang pun pemimpin DAP tampil untuk menyanggah dakwaan ini. Ugutan saman yang dibuat oleh Lim Guan Eng terhadap Razali juga langsung tidak menjadi kenyataan. Timbul juga persoalan, jika dilihat dari tindak tanduk DAP ini, adakah terdapat kebenaran disebalik dakwaan Razali ini?
    Jika melihat daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir dan PPBM terhadap isu derma yang diperolehi oleh Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan Malaysia, ingin juga untuk ditanyakan soalan, bagaimana Mahathir dan anak-anaknya boleh membina empayar perniagaan sedangkan jika diukur dari gaji Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri, amatlah sukar untuk anak-anaknya membina empayar sedemikian rupa.

    Mungkin bagi pembangkang, Mahathir dan PPBM, mereka tidak memahami istilah derma. Bukan suatu perkara yang menghairankan apabila kerajaan Arab Saudi boleh menghulurkan derma sehingga mencecah USD $1 bilion sekalipun. Mereka berkemampuan dan terpulang kepada mereka untuk menyalurkan sumbangan mereka kepada sesiapa pun. Adakah inipun masih gagal difahami oleh pembangkang, Mahathir dan PPBM?

    ReplyDelete
  34. PEDIH MATA MAHATHIR LIHAT NAJIB CEMERLANG DENGAN ARAB SAUDI
    Jika seseorang itu jujur, apa apa kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, tambah lagi jika orang itu Perdana Menteri Malaysia tentu dia akan gembira dan bangga.

    Tetapi jika orang itu jujur lah, jika orang itu seperti Tun Mahathir tentu dia akan sakit hati dan pedih mata kerana iri hati.

    Mahathir yang berencana peribadi mahu tumbangkan semua Perdana Menteri selepas nya supaya ngam ngan tahun 2020 boleh menaik kan anak nya tentu sekali pedih mata apabila Najib Razak bertambah cemerlang mentadbir negara.

    Maka Mahathir menggunakan bala tentera tua dan diri nya sendiri untuk memfitnah negara bawah kepimpinan Najib.

    Dalam Mahathir menuduh negara hendak muflis , perniagaan anak beranak dan para sidang kroni nya tidak lansung menunjuk kan tanda tanda negara akan muflis dengan tidak menarik diri dari pelaburan dan tidak menjual saham.

    Ini kerana Mahathir hanya mahu memburuk kan Perdana menteri dan menjatuhkan nya dengan permainan presepsi memandangkan rakyat memiliki prasangka buruk yang kuat.

    Saudi Arabia di jangka akan menandatangani perjanjian dan MOU sebanyak hampir 100 MOU dan juga perjanjian antara Petronas dan syarikat Minyak Saudi Aramco.

    Dijangka kerajaan Arab Saudi mahu memberi peluang warga nya ambil kesempatan perniagaan di negara ini memandangkan terdapat ramai rakyat nya melawat Malaysia.

    Tentu sekali kebaikan Najib ada lah racun untuk Tun Mahathir dan kuncu.

    Bagaimana mahu tumbangkan Perdana Menteri jika ia cemerlang, mungkin itu lah yang di fikir kan oleh Tun Mahathir.

    Selain itu paling mengaibkan Tun Mahathir ada lah tuduhan nya terhadap derma dari Arab Saudi.

    Tuduhan Mahathir tidak berasas kerana laporan wang derma dari Arab Saudi tidak mendapat bantahan dari kedutaan Arab pun kerana mereka juga tahu akan hal itu dan ia urusan sulit kerana tidak mahu gerakan sulit Yahudi menggangu sebarang bantuan terhadap negara Islam, namun mulut Mahathir amat besar untuk menghebahkan nya .

    Selain Malaysia ,MORO juga mendapat bantuan yang sama bersama Aceh.

    Ia sumbangan dari tabung negara Arab yang sememang khas untuk pihak dan individu yang mereka pilih, dan Tun Mahathir ambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia yang jahil.

    Apa pun kedatangan Raja Salman tentu sekali membuku hati Mahathir kerana sebagai orang yang berencana ia mengagalkan kerja mahu menjatuhkan Najib.

    Apakah Mahathir dan kuncu mahu tuduh Najib jual kepada Arab pula?

    Kita tunggu muslihat Mahathir selepas ini kerana selagi tidak berjaya menaikan anak nya selagi itu dia akan menganggu Najib Razak.

    ReplyDelete
  35. SEBUAH CERITA LIM KIT SIANG DARI KELUARGA KOMUNIS?
    ALKISAH KELUARGA KOMUNIS

    Lim Kit Siang ialah bapa Lim Guan Eng. Pasti semua tahu akan fakta ini. Tapi dalam kalangan orang muda di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu susur galur keluarga ini dan cita-cita politik mereka.
    Misalnya, masih ramai yang tidak tahu fakta bahawa Lim Kit Siang ialah sepupu Chin Peng, bekas ketua komunis paling kejam dalam sejarah kemerdekaan negara.
    Walaupun Chin Peng pernah menerima anugerah Order of the British Empire (OBE) kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, namun lelaki komunis ini juga sebenarnya amat kejam dan bercita-cita besar untuk memerintah negara ini berlandaskan ideologi komunisme.
    Meskipun tidak kesampaian, hakikatnya aspirasi Chin Peng tidak pernah terpadam malah diteruskan pula oleh Lim Kit Siang melalui pentas demokrasi yang ditinggalkan oleh British. Kedua-duanya, dan seorang lagi sepupu mereka iaitu Lee Kuan Yew, tetap bersemangat untuk menguasai tanah orang Melayu ini walau dengan apa-apa jua cara dan kaedah sekali pun.
    Legasi Chin Peng – Lim Kit Siang – Lee Kuan Yew juga tidak pernah terputus. Selain Lim Guan Eng yang kini sedang memainkan peranan penting untuk menjayakan cita-cita komunis itu, mereka turut berjaya melahirkan sejumlah individu lain yang berpengaruh serta memegang posisi penting baik dalam parti-parti pembangkang mahupun sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.
    Untuk rekod, Ahli Parlimen Batu (PKR) Tony Pua ialah anak saudara kandung Lee Kuan Yew sementara Ahli Parlimen Siputeh (DAP), Teresa Kok pula ialah sepupu isteri Lim Kit Siang. Kedua-duanya kini ialah pemimpin penting yang giat menjalankan agenda Tawan Malaysia.
    Chin Peng yang meninggal dunia pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok turut mempunyai beberapa orang anak saudara yang boleh dianggap sebagai ahli politik yang berjaya di Malaysia iaitu Anthony Loke (Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping merangkap Penolong Bendahari Kebangsaan DAP) dan Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Beruas merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP).
    Maka tidak hairanlah DAP begitu komited dan tidak pernah mengendurkan gerakan mereka dalam usaha menawan Malaysia sebagaimana Lee Kuan Yew berjaya menawan Singapura daripada kekuasaan orang Melayu.
    Usaha dan gerakerja DAP juga menjadi semakin mudah apabila orang Melayu sendiri turut menyokong parti tersebut, baik sebagai ahli atau melalui kerjasama politik seperti yang berlaku dalam Pakatan Harapan ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang paling bodoh ialah walaun pas!!!

      Ada pemimpin pilih pencuri duit rakyat!!!

      Ada ulama pilih ulama pro syiah makan duit haram!!!

      Ada halal pilih pigs hahahhaha!!!

      Sama je dengan umno!!!

      Cut and paste panjang2 pun kalau ada halal kau pilih babi tak guna juga hahahhaha!!!

      Pigs: pas+ikatan=gagasan sejahtera

      Allah dah beri tanda siapa babi sebenarnya walaun pas dan umno masih nak ikut babi???

      Delete
  36. apa punya malang nasib kita ada ketua bengap mcm ni.

    ReplyDelete
  37. saya ketawa sinis sendiri apabila membaca laporan yg d buat mengenai lawatan raja salman k Malaysia.

    sebenarnya lawatan k Malaysia saya anggap sebagai lawatan sampingan. bak kata orang utara Malaysia hanya tumpang sekaki.

    segala usaha utk membawa raja salman k rantau ini adalah kerja kuat dubes Indonesia pak agus maftuh n dubes arab Saudi k Indonesia, Osama b Mohd Abdullah.

    satelah berjaya membawa al waleed b talal, putera arab terkaya k Indonesia, maka dubes indon bekerja tlh keras utk membawa raja Saudi yg sudah 47 tahun tidak berkunjung k Indonesia.

    selepas 3 hari lawatan resmi n menanda tangani 15 mou, rombongan 1,500 dlm delegasi akan bercuti selama 6 hari d bali.

    saya kuran pasti berapa yg mengiringi raja salman k Malaysia.

    saya percaya d bali kelak, banyak lagi ikatan perniagaan akan d meterai.

    pak2 arab ini bukan nya 'uninformed'. mereka tahu cerita najib/rosmah merompak wang rakyat.

    jika d bandingkan dgn pak jokowi dari segi intergriti, maka serupa lah mcm langit dgn bumi.

    mat salleh kata 'd difference is like chalk n cheese'.

    MALU!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hek eleh..

      Ape kejadahnya lawatan Raja Arab ni dgn kehebatan Najib.

      Dulu pun dia ambik selfie dgn Obama dan kemain tunjuk yang dia dan obama geng. Last2 kena tindakan DoJ dan gelaran MO1 jugak.

      Ni nak tunjuk konon Raja Salman geng dgn dia plak.

      Dah desperate sampai lawatan camtu pun dia nak spin bnda yg takdak kaitan..

      Hampeh..

      Delete
    2. Bro John Doe.....baik sape ponlah yg datang.....baik dengan sape pon berselfie.......kalo dah toyol tu toyollah jugak....takkan bole bertukar jadi malaikat. Macam tu jugak orang pandang....tak berubah apa pon.

      Delete
    3. Pak Rahman
      Apa pon dibuat takkan dapat tutup pekong 1mdb.

      Delete
    4. Bro phantom

      Bak kata upin ipin...

      Betul betul betul..

      Delete
  38. betul tu pak rahman.....

    team arab dah beberapa hari kat jakarta ni....siap ada special lift nanti kat dpr...raja salman akan berucap kat dpr....lepas tu ada special lift dia org pasang kat masjid istiqlal....dia nak pegi sana

    semalam ada convoy pegi halim airport....convoy nak prepare security......memang kat jakarta ni siap besar.....semalam ada news dia datang dalam beberapa biji boeing.....rasa2 ke malaysia tu singgah kejap yaa.....macam pitstop......tujuan dia memang nak ke indonesia......kat bali pun dah prepare.....schedule commercial flight semua berubah.....

    ReplyDelete
  39. Protuns semua you're the best
    Terkincit Anon tak boleh nk rest
    Copypaste kosong saja nak test
    Isi membohong an empty nest

    Siapa itu setiusaha akhbar
    Hina Mahathir tanya lu sapa
    Dia berhingus Mahathir dah besar
    Pada Negarawan,jgn kurang ajar

    Datang pelawat negara Arab
    perbandingan negara terus digarap
    Rakyat percaya itu diharap
    Bukannya mudah, ramai dah fed up

    Nak kata buta Anon mengomen
    Forex,BNM diungkap kain
    Sejarah lama mahu di komen
    Didepan mata alih kemain

    Copypaste panjang penuhi tugas
    Kecam Mahathir macam berogas
    Culprit sebenar sepasang belangkas
    Dunia mengutuk di sini tak jejas

    Anon, Unknown atau Kojola
    Kutuklah Tun apa pun cara
    Rakyat menilai siapa yang gila
    Api mengganas kan jadi bara

    Kesian Anon dan si SUA
    Tak baca komen browse sahaja
    Disebut kuda dalam cerita
    Kuda tunggangan itulah dia

    Dikorek, digali dizaman Mahathir
    Cari kesalahan memangnya pandir
    Kudis bosnya penuh berlendir
    Mahu ditutup belakang tabir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari fan tun.

      Welcome back bro.

      Miss ur superb pantuns.

      Delete
    2. Bro Fan Tun.....ke mana menghilang?? Kurang seri kalo tak der pantun.

      Delete
  40. for a sitting prime minister who actually seems totally proud of giving handouts to its people as though it's a major policy achievement has got to be either desperate for favours in return or totally short of ideas to improve their well being...
    taxpayers are paying for it NOT the gomen, be mindful

    ReplyDelete
  41. Apa kejadahnya dia nak tunjuk Saudi kutip GST tandanya GST tu betul.

    Saudi pun sejak terlibat dalam gerakan menghancurkan Yemen makin susah plak. Minyak berkepuk dan ziarah haji dan umrah berjuta pun dah mula nak kena kutip GST. Tanda ada sesuatu yang tak kena.

    Mcm bebudak kecik bila buat benda tak elok cakap 'tengok tu, orang tu pun buat macam aku'. Camtula Jibo ni.

    Kalau tntg BRIM di Saudi ia dah buat puluhan tahun dulu.

    Monarki Saudi pun dah tepu. Dulu Raja Saud dikrikan kesemua anak lelakinya mesti jadi Raja. Kesemua dah merasa kecuali si bapa kpd putera yang tembak mati Raja Faisal.

    Raja Salman dah terakhir, nak buat dikri baru pun tak kena. Kalau dikrikan anak2 dia akan teruskan nanti anak2 bekas Raja2 lain sebelumnya akan memberontak plak.

    Sbgmn tepunya monarki Saudi begitulah tepunya UMNO hari ini. Bezanya monarki Saudi tepu bkn disebabkan kesilapan sang Raja tapi disebabkan keadaan.

    Ada pula UMNO di Malaysia tepu disebabkan khalifahnya adalah pengkhianat yang mencuri duit.

    ReplyDelete
  42. Bro John and the rest, I say thank you
    Sepuluh hari lepas I left Tanah Melayu
    Frust kecewa, hati rasa tambah sayu
    Tengok semua tajuk cuba komen tak go through..

    To all of you propakatan heroes
    What you've sent were all marvellous
    Bro Labu Labi what's up after walimatulurus
    Biasanya kaki bengkok kah atau boleh jalan lurus..?

    ReplyDelete
  43. Najib si bugis penyamun harta rakyat tu memang bongok, kayu sebab tu su akhbar dia pun kayu mangkuk hayun tolol. Buat perbandingan dgn arab pun tak pandai...memang lah tahap pemikiran najib ni taraf pm tahi ayam dan tahi jho low aje...

    ReplyDelete




  44. Raja Salman: PROTUN Alih Isu Untuk Elak Malu


    Kedatangan Raja Arab Saudi bersama delegasinya ke Malaysia semalam boleh dikira sebagai satu petanda bahawa negara ini sememangnya baik untuk dijadikan hub pelaburan di rantau ASEAN.

    Walaupun baru semalam Raja Arab Saudi Raja Salman mendarat di KLIA, sebenarnya perancangannya sudah lama dibuat untuk program itu.

    Maka atas sebab itulah hampir 100 MOU akan ditandatangani oleh kedua dua pihak.

    Jika diikutkan pada ucapan Mohd Ali Rabea iaitu Secretary General of the Council for Arab Economic Unity , The Arab League kepada BERNAMA seawal tahun 2012 lagi , beliau memberitahu negara Arab akan “redirect” dana mereka ke negara Asia Tenggara terutamanya Malaysia.

    Ini memandangkan kajian mereka bahawa rantau Asia Tenggara seperti Malaysia adalah lebih selamat berbanding Asia Barat dan Timur Tengah.

    Maka tidak hairanlah mereka membawa delegasi yang besar mengikuti Raja Salman.

    Antara yang dibincangkan adalah sektor ternakan seperti ayam , di mana mereka mahu ayam halal dari Malaysia di bawa ke negara Arab dari Malaysia dengan sejumlah yang besar.

    Selain itu perjanjian ketenteraan, rel keretapi elektrik dan bidang pelajaran juga turut ditandatangani

    Dalam hal minyak pula Malaysia dijangka menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat minyak ARAMCO. Perjanjian dua hala untuk menjamin keuntungan kedua dua belah pihak.

    Inilah antara cubaan menipu oleh pihak ProTun yang mendakwa kononnya Arab Saudi bukan mahu membantu tetapi mahu ambil kesempatan ke atas Malaysia.

    Tun Mahathir cuba perlekehkan lawatan Raja Salman kerana beban menampung malu apabila kisah RM2.6 billion yang dikatakan dicuri oleh Najib Razak dari wang 1MDB dan bukan wang dari Arab, telah terjawab apabila si pemberi datang berjumpa dengan si penerima.

    Jika Najib mengunakan nama mereka tentu sekali mereka akan menafikan dan menyaman Najib Razak.

    Tetapi semua pun tahu Najib tidak perlu berusaha keras menangkis hal ini kerana ianya sudah pun terjawab

    Sebaliknya Tun Mahathir masih terkiyal kiyal mencari bukti wang RM2.6 itu sebagai wang 1MDB dan sehingga kini telah mengunakan segala sumbernya untuk mencari maklumat dari bank penerima dan bank pengeluar namun tarikh pun tidak wujud.

    Sebaliknya cubaan mengenakan Najib Razak mengunakan salah seorang Tan Sri menemui jalan buntu kerana demi mahu mencipta dakwaan satu tarikh kejadian dan kecurian perlu ada dan ini gagal dicipta lalu semua rancangan terpaksa dibatalkan.

    Aib Tun Mahathir amat besar , kerana tuduhannya secara tidak langsung dikira sebagai fitnah.

    Malah jika Raja Salman tidak datang ke negara ini pun Tun Mahathir boleh membuat temujanji pergi ke negara Arab Saudi kerana Tun Mahathir dikira amat popular di negara Arab dan sudah tentu tiada masalah untuk diterima mengadap.

    Tetapi pemimpin negara Arab ini tahu dan dengar siapa yang gelar mereka “tok arab gila”.

    Begitu juga , seperti yang dikatakan oleh Arul Kanda, dia bersedia untuk menemui Tun Mahathir untuk menjelaskankan isu 1MDB tetapi Tun Mahathir tidak berminat kerana matlamat dia bukanlah kebenaran tetapi mahu menjatuhkan Najib Razak. Isu 1MDB adalah “alat” untuk menjatuhkan Najib semata mata.

    Kini nyata sekali kedudukan puak anarki Tun Mahathir dalam keadaan “lowest” sekali. Satu persatu “setback” diterima olehnya.

    Selain diejek dikeji pada majlis Reformis, dia juga bakal menghadapi RCI berkenaan wang negara yang hilang. Tiada berita baik langsung menyebelahi Tun Mahathir.

    Sebaliknya orang yang disasarkan kejian iaitu Najib Razak menerima berita baik satu demi satu. Kemenangan pilihanraya kecil berganda. Kejayaan ekonomi dagangan dengan negara China dan Arab Saudi bertambah dan makmur.

    Maka usah tekejut jika terkeluar kenyataan berbau busuk dari Tun Mahathir dan perwira tuanya, kerana perjuangan mahu naikkan anaknya masih belum berjaya dan waktu semakin kritikal dan atas sebab itulah kemarahan dan dendam akan bertambah kuat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa belajar dulu ada la beberapa kengkawan aku yg di'fail'kan thesisnya sbb kopipes thesis org lain

      Agaknya golongan2 ni la yg mcm nk gila mengopipes dalam blog ni - golongan malas fikir malas keja tapi nak duit.

      Biar dikata bodoh nak mampos pun tak apa asalkan dedak masuk..

      Back kata si kojola - VODOOOH NAK VAMPOS

      Delete
    2. Bro.....banyaklah U......yg ni UPSR pon tak lepas, U pon tak kenal....sama taraf dengan kellie's castle. Benak dari kepala sampai bontot. Tu sebab kerja cuci jejak tapak penyamun bro......


      Delete





  45. Tun Dr Mahathir Mohamad is very worried and is getting very desperate. The Cabinet’s decision to set up a special task force to lay the groundwork for the formation of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the US$10 billion Forex losses suffered by Bank Negara from 1987 to 1992 is finally going to reveal the truth regarding what really happened and who benefitted from the US$10 billion that Bank Negara lost.

    Yes, this was not a simple case of bad judgement or adventurism turned sour. If it was then at best the crime here would be of stupidity. This case was actually worse than that. This was a case of fraud involving the syphoning out of Bank Negara’s money using Forex trading as the camouflage and the ‘trading losses’ as the disguise to steal billions.
    To deflect the fallout from the special task force’s finding and what the RCI is going to discover, the Pakatuns and DAPsters are flooding the internet with comments such as this is an old issue, the government should investigate the more current issues, if they want to investigate the Bank Negara Forex scandal then they should also investigate 1MDB, and so on.

    The strategy here is very obvious. They are trying to imply and insinuate that the government is practicing ‘selective investigation’ and ‘distraction tactics’. The target is Mahathir and anything that hurts Mahathir is being investigated while at the same time this investigation will distract Malaysians from the bigger issues.
    What these people are not mentioning is that 1MDB is a going concern and has not ‘died’ like what happened in the Bank Negara Forex matter. Secondly, various investigations have already been conducted on 1MDB by various bodies and agencies while no such investigation has ever been done in 25 years on the US$10 billion Forex losses. Third, there is no new story regarding 1MDB other than what has already been said in 2015 while last month, in January 2017, new evidence has surfaced regarding the Bank Negara Forex losses.

    If the Pakatuns and DAPsters want to spin this matter they have to be cleverer than that because they are not comparing apples to apples. 1MDB has already been investigated many times and the reports are out there for all and sundry to read. On the other hand, the Bank Negara US$10 billion Forex scandal has never been investigated. We know what happened in the 1MDB case. We don’t know what happened in the Bank Negara US$10 billion Forex scandal case. And now we are going to find out that in the Bank Negara US$10 billion Forex scandal matter it was not a simple case of bad judgement but a case of deliberate fraud. And this is something that has never been revealed in 25 years.


    ReplyDelete
    Replies
    1. (cont)
      Was there actually a collaboration between Soros and Mahathir?
      The question would be is the RCI going to get to the bottom of the matter or are they going to find out that much of the evidence has mysteriously disappeared? And are the witnesses who are going to be called to testify in front of the RCI going to plead ignorance or say that they are suffering a memory lapse and have forgotten? People like Mahathir can talk for hours about Umno in 1946 and what happened from 1946 up to Merdeka in 1957 and then will tell you he has forgotten about what happened 10 years ago.
      The fact that the United States and Japan had warned the Malaysian government in 1989 that Bank Negara was taking a huge risk playing the Forex market and that what Bank Negara plays in one day exceeds what Japan does in six months is very revealing. Even the two top countries then, the US and Japan, were shuddering at what Bank Negara was doing and they warned Malaysia to cool it. Bank Negara, however, did not cool it. It continued being the biggest Forex gambler in the world.

      Bank Negara was trading though 50-100 agents and proxies all over the world. Basically Bank Negara was both buying and selling at the same time, and also making and losing money both at the same time. But the weird thing about this whole episode is that while Bank Negara was losing money there were certain people who were making money. This reminds me of George Tan who was buying and selling property at huge profits but the only thing is he was buying from and selling to his own companies. And that was how they syphoned out huge sums of money from BMF Hong Kong.

      And in the Bank Negara case it was more or less the same. They lost and made money both at the same time. But the losses went to Bank Negara while the profits were made by certain proxies. So that was how they transferred Bank Negara’s money into private pockets. The US and Japan knew what was going on. And that was why, when they warned the Malaysian government about it, nothing was done and Bank Negara continued gambling for another three or four years before the whole thing collapsed.

      Even more important is that not only did the US and Japan know about it, George Soros also knew about it. And he knew that Bank Negara was being heavily exposed and was in danger of collapsing if someone else joined the game and bet against Bank Negara.

      So, in 1992, Soros borrowed US$8 billion and quietly entered the market. But he did it slowly over a few months so as to not attract any attention. Then, on 16th September 1992, Soros suddenly bailed out and in just a few days he made a profit of US$1.2 billion. Bank Negara was caught with its pants down, and while its agents made billions, Bank Negara suffered losses of US$10 billion.

      Delete
    2. (cont)
      Will Anwar testify in front of the RCI and reveal the truth that Bank Negara suffered fraud?
      Actually this whole thing was mooted in 1987, although the US and Japan did not warn Malaysia about it until 1989. And the reason they embarked on this exercise is because Mahathir needed money to finance the Team A-Team B tussle that same year. Tengku Razaleigh Hamzah’s Team B wanted to oust Mahathir and billions were being allocated for this.
      Tengku Razaleigh had a lot of money (still has, in fact) while, at that time, Mahathir was not yet rich, like he is now. And Tengku Razaleigh was prepared to spend billions to become the Prime Minister of Malaysia. Mahathir knew he was going to lose if he did not match Tengku Razaleigh’s billions. And that was when Mahathir and Tun Daim Zainuddin came out with the scheme to syphon out billions from Bank Negara through Forex trading.

      The impression given is that Bank Negara gambled on the Forex market to make money. Of course that in itself was wrong because the job of Bank Negara is not to gamble and make money. Nevertheless, that is not even the real reason for Bank Negara gambling on the Forex market. The real reason was to lose money so that someone else can make money, because one person’s loss is another person’s gain. I mean it is just like when you lose money on the stock market someone, somewhere would be making money.

      So Mahathir and Daim made billions. How much they made the RCI will have to determine but it was billions for sure. According to those in Mahathir’s and Daim’s circle, the amount is around US$8 billion or so. And if the RCI does its job properly it is going to discover that the US$10 billion Forex losses was not a simple case of bad judgement or stupidity but a case of deliberate fraud to syphon out Bank Negara’s money by buying and selling currency through 50-100 agents all over the world.

      Anwar Ibrahim knows that Nor Mohamed Yakcop was the key player in this scam. That was why when Anwar wanted to take action against Nor Mohamed, Mahathir stopped him from doing so. Instead of punishing Nor Mohamed, as he should have, Mahathir made him the Economic Adviser to the Prime Minister. Lim Kit Siang has been keeping very quiet since he made his deal with Mahathir in December 2016 but he, too, knows this was just a scam to syphon out Bank Negara’s money, which was why Kit Siang wanted the RCI to be set up.
      Anwar, on the other hand, claims he was not aware of this, even when he took over as the Finance Minister in 1991, until he was told about it when he traveled overseas and someone told him about it. It seems everyone in the world knew that Bank Negara had been gambling and losing money since 1987 but Anwar knew about it only the following year after Soros has walked away with US$1.2 billion and Bank Negara had already lost US10 billion.






      Delete
    3. rpk is trying to make it look like tun and lks is afraid of the task force investigation but truth is every one welcomes it especially lks because he has nothing to hide, let's just hope that the task force are made up of people of high integrity and publish the FULL content of its findings and not selective ones to try to implicate the targeted individuals, alot of past umno bigwigs will be exposed, bring it on asap

      Delete
  46. ...hmm Budin oiii, Tauke cafe Bugis kt Manchester pun masok buat menyemak kt simi. Maklumlah, blog sendiri pun mana pelawat lagi. Kesian kan,?

    ReplyDelete
  47. Wahai rakyat sekalian, terimalah hakikat yang rega minyak bakal naik lagi. Jangan risau dan gundah gulana, Ku Nan akan bagi minyak free setiap awal bulan di setiap Wilayah Persekutuan. Tahanlah seminggu kot minyak tu kalau penuh tangki la.
    Oleh itu, bermula bulan depan, naiklah motor pergi kerja. Tak payah naik kereta. Kita sedang menuju ke arah TN 50. Negara berpendapatan tinggi di mana rakyat bertukar status dari naik kereta kepada naik motor pergi kerja dan graduan jurusan kejuruteraan bekerja sebagai peniaga nasi lemak. Ini satu kebanggaan kepada negara sehingga diumumkan dalam pembentangan bajet. Sesungguhnya hari-hari di mana kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir. Sebab itu formula harga minyak tidak boleh didedah kepada umum..kih..kih..kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap negara paling maju bila semua penduduk naik beskal pegi keje bro...kihkih

      Delete
  48. Dgn izin Allah saya dpt buat Umrah awal bulan Dis lpas.
    Di Mekah, secawan teh susu cuma 2 Riyal, burger dlm 4 atau 5 Riyal. D Jeddah bole dpt sandwich telur rebus dlm 2 Riyal.
    Dgn gaji 8k Riyal sebulan qualiti hidup is gd..
    PM kita ni suka bandingkan negara kita dgn negara luar. Kenapa x banding dgn Korea Selatan negara yg lebih miskin dari Malaysia 50 tahun yg lampau. Tapi sekarang jauh lebih kaya dari Msia.
    Sebab d KS, BN x ada.
    Kalau ada accountabilities the noble thibg for Najib to do is to step down and acknowledge that he is NOT a PM who fit in Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diri ko sendiri tu ko banding dulu, mengapa kawan ko yg se kelas dg ko dah pakai BM, ko masih lagi proton 2nd hand.

      Delete
  49. Anoy 930.
    So what kalau pakai BM?
    Belum tentu dia bahagia.
    U ni mkn gaji dgn UMNo ka?
    Komen u level Tadika Kemas lah.
    Sori biadap sikit.

    ReplyDelete
  50. Najib memang SIAL. Macam Anon 23.13

    ReplyDelete
  51. Bior najibrazak sesak nafas...pribumi warisan harapan pulak...kerajaan malaysia memerintah

    ReplyDelete
  52. Kesian aku lihat cubaan Shahbudin untuk membela nasib Tun. Tetapi malangnya kenapa tak cerita juga bagaimana Tun telah menjadikan semua anak-anaknya hidup kaya raya sehingga salah seorangnya digelar sebagai jutawandalam majalah forbes.

    Isu Tun dengan kerajaan Arab Saudi dulu ada pernah diceritakan tak bagaimana Tun membuat pinjaman (kalau tak silap lebih 10 billion) kepada kerajaan Arab Saudi?

    Kemana duit tersebut diagihkan? Adakah kepada rakyat atau kepada projek mega dia sahaja? Apa jasa Tun kepada rakyat? Cuba senaraikan.

    Masa zaman gawat tahun 98 dulu, apa usaha Tun untuk membantu meringankan beban rakyat? Ada pernah bertanyakan soalan ini?

    Orang kalau takde iman dalam diri tentu lupa akan pesanan Rasulullah tentang mentaati pemerintah. Maklumlah kan ke hari ini manusia(termasuk yang beragama Islam) lebih percaya pada fitnah Dajjal dan terikut-ikut sifat Syaitan. Tapi mana nak percaya semua itu kerana TERLAMPAU TAKSUB dengan seseorang yang dianggap TIDAK ADA LAKUKAN APA-APA KESALAHAN LANGSUNG DALAM HIDUP DIA. Macam sama sifat seperti Rasulullah kan.

    Cubalah buka mata seluas-luasnya. Pandang balik apa yang Tun sudah lakukan sepanjang pemerintahan dia.

    Jangan kerana taksub melampau sehingga apa saja usaha Najib dianggap salah. Itulah yang amat Allah sangat tidak suka lihat ada dalam diri semua umatNya.

    Kita sibuk sangat nak seorang pemerintah seperti Umar Al-Khattab tetapi adakah kita pula sama seperti rakyat Umar?

    ReplyDelete
  53. Kesian aku lihat cubaan Shahbudin untuk membela nasib Tun. Tetapi malangnya kenapa tak cerita juga bagaimana Tun telah menjadikan semua anak-anaknya hidup kaya raya sehingga salah seorangnya digelar sebagai jutawandalam majalah forbes.

    Isu Tun dengan kerajaan Arab Saudi dulu ada pernah diceritakan tak bagaimana Tun membuat pinjaman (kalau tak silap lebih 10 billion) kepada kerajaan Arab Saudi?

    Kemana duit tersebut diagihkan? Adakah kepada rakyat atau kepada projek mega dia sahaja? Apa jasa Tun kepada rakyat? Cuba senaraikan.

    Masa zaman gawat tahun 98 dulu, apa usaha Tun untuk membantu meringankan beban rakyat? Ada pernah bertanyakan soalan ini?

    Orang kalau takde iman dalam diri tentu lupa akan pesanan Rasulullah tentang mentaati pemerintah. Maklumlah kan ke hari ini manusia(termasuk yang beragama Islam) lebih percaya pada fitnah Dajjal dan terikut-ikut sifat Syaitan. Tapi mana nak percaya semua itu kerana TERLAMPAU TAKSUB dengan seseorang yang dianggap TIDAK ADA LAKUKAN APA-APA KESALAHAN LANGSUNG DALAM HIDUP DIA. Macam sama sifat seperti Rasulullah kan.

    Cubalah buka mata seluas-luasnya. Pandang balik apa yang Tun sudah lakukan sepanjang pemerintahan dia.

    Jangan kerana taksub melampau sehingga apa saja usaha Najib dianggap salah. Itulah yang amat Allah sangat tidak suka lihat ada dalam diri semua umatNya.

    Kita sibuk sangat nak seorang pemerintah seperti Umar Al-Khattab tetapi adakah kita pula sama seperti rakyat Umar?

    ReplyDelete
  54. Kesian aku lihat cubaan Shahbudin untuk membela nasib Tun. Tetapi malangnya kenapa tak cerita juga bagaimana Tun telah menjadikan semua anak-anaknya hidup kaya raya sehingga salah seorangnya digelar sebagai jutawandalam majalah forbes.

    Isu Tun dengan kerajaan Arab Saudi dulu ada pernah diceritakan tak bagaimana Tun membuat pinjaman (kalau tak silap lebih 10 billion) kepada kerajaan Arab Saudi?

    Kemana duit tersebut diagihkan? Adakah kepada rakyat atau kepada projek mega dia sahaja? Apa jasa Tun kepada rakyat? Cuba senaraikan.

    Masa zaman gawat tahun 98 dulu, apa usaha Tun untuk membantu meringankan beban rakyat? Ada pernah bertanyakan soalan ini?

    Orang kalau takde iman dalam diri tentu lupa akan pesanan Rasulullah tentang mentaati pemerintah. Maklumlah kan ke hari ini manusia(termasuk yang beragama Islam) lebih percaya pada fitnah Dajjal dan terikut-ikut sifat Syaitan. Tapi mana nak percaya semua itu kerana TERLAMPAU TAKSUB dengan seseorang yang dianggap TIDAK ADA LAKUKAN APA-APA KESALAHAN LANGSUNG DALAM HIDUP DIA. Macam sama sifat seperti Rasulullah kan.

    Cubalah buka mata seluas-luasnya. Pandang balik apa yang Tun sudah lakukan sepanjang pemerintahan dia.

    Jangan kerana taksub melampau sehingga apa saja usaha Najib dianggap salah. Itulah yang amat Allah sangat tidak suka lihat ada dalam diri semua umatNya.

    Kita sibuk sangat nak seorang pemerintah seperti Umar Al-Khattab tetapi adakah kita pula sama seperti rakyat Umar?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...