Saturday, 11 February 2017

BAGAIMANA ZAHID TAHU MENTERI YANG AZMIN MAKSUDKAN ITU ANIFAH AMAN?


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memecah kebuntuan dengan mengesahkan bahawa menteri yang didakwa mahu meletakkan jawatan sebagaimana yang ditanyakan oleh Azmin Ali melalui laman Twitternya semalam ialah Menteri Luar Negeri, Anifah Aman.


Saya tahu status laman sosial Azmin itu merujuk kepada Anifah Aman, kata Zahid.


Bagaimanapun Zahid menafikan berita perletakan jawatan Anifah itu dan menyifatkan ia sebagai suatu pembohongan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor.


Menurutnya, beliau ada bersama Anifah di Kota Kinabalu malam tadi  sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas tugasan rasmi.

Persoalannya, bagaimana Zahid Hamidi tahu tweet Azmin itu merujuk kepada Anifah sedangkan nama Menteri Luar itu tidak disebut sama-sekali?


Apa yang dibangkitkan oleh Azmin hanyalah sekadar pertanyaan yang kemudian disusuli dengan kenyataannya kepada media bahawa maklumat itu diperolehinya daripada menteri berkenaan.


"Tunggu dan lihat, maklumat itu datang daripada orang yang berkenaan.


"Kita akan umumkan," kata Azmin lewat malam tadi.


Mungkin tidak begitu menghairankan jika Zahid sekadar menolak ada mana-mana menteri yang mahu meletakkan jawatan, tetapi apabila beliau tanpa keraguan mengesahkan maksud tweet yang ditulis Azmin itu ditujukan kepada Anifah, ia tentu menghairankan.


Oleh kerana Zahid bersama dengan Anifah malam tadi, kebarangkaliannya ialah beliau mengetahui tweet Azmin itu dimaksudkan kepada Anifah kerana ia diberitahu sendiri oleh Menteri Luar itu.


Kemungkinan lain, ialah Azmin sendiri memberitahunya kepada Zahid. Tetapi, ia sangat mustahil boleh berlaku.


Dalam hal ini, dua persoalan yang timbul ialah sama ada Zahid bertanya kepada Anifah mengenai perletakan jawatan yang kemudian dinafikannya atau turut bertanya adakah pada bila-bila masa Anifah ada bertemu dengan Azmin mengadu tentang hasratnya mahu meletakkan jawatan?


Jika Zahid mengetahui maksud tweet Azmin itu kerana diberitahu oleh Anifah, ia dengan sendirinya mengesahkan Anifah memang ada bertemu Azmin dan mengesahkan juga memang benar beliau pernah meluahkan hasrat mahu meletakkan jawatannya.


Maka, tidak benarlah Azmin berbohong, sebaliknya Anifahlah yang telah membuat U-Turn.


Anifah pula, bagaimana beliau boleh mengesahkan kepada Zahid bahawa tweet Azmin itu berkaitan dirinya jika tidak pernah bertemu dan meluahkah hasrat mahu meletakkan jawatan kepada Menteri Besar Selangor?


Persoalan lain ialah kenapa sehingga ini Anifah sendiri tidak menafikan mengenai perletakan jawatannya atau sama ada pernah atau tidak beliau bertemu Azmin untuk menyampaikan hasrat perletakan jawatan tersebut?


Mengapa Zahid saja yang bercakap bagi pihak dirinya? 


Kenyataan Zahid pula secara tidak langsung mengesahkan adanya menteri yang tidak puas hati dengan Najib dan ingin meletakkan jawatannya.


Sementara itu, sambil mempertahankan tweetnya semalam, Azmin hari ini memberitahu bahawa beliau tidak boleh mendedahkan nama menteri berkenaan kerana menghormati perbincangan sulit antara mereka.


Selain itu, tambah beliau, jika nama menteri terbabit didedahkan, individu berkenaan juga akan berhadapan ugutan dan tekanan. (SH 11/02/2017).

111 comments:

  1. Mungkin zahid ada dpt info dari blog tuan budin ni kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid perlu siap sedia bila Najib tak perlukan dia lagi...

      Bila ada hung parliamanet zahud akan bincang dgn pembangkang dan Anwar utk tubuhkan kerajaan.

      Kalau hisapuddin dpm mungkin Najib selamat..

      Geng hisap pun dah nak kenakan zahid di bagan datok. Silap amanah menang d situ..

      Zahid baik ko kenankan Najib sebelum nasib ko mcm muhyi. Setia mcm manapun zahid ko liability tak boleh d percayai 100% read my word . Your next !!!

      Delete
    2. Tak payah percayalah kpd si penipu tu.
      Dulu dia yg beria ia memberi tahu rakyat Msia bahwa dia telah berjumpa secara peribadi raja arab yg menderma RM2.6bilion kpd najid.

      Dia juga meminta semua rakyat Msia menerima saja keputusan siasatan oleh PAC.

      Abang aku baru saja balik drp menunaikan umrah. Setiap kali dia disapa oleh perniaga2 arab. Mereka bertanya "you from Msia?" Abang aku kata "yes".Terus arab2 tu kata "Najib no good" "Mahathir good"

      Porpular betul najib dan Tun Mahathir di Mekah. Sampai arab2 yg berniaga pun kenal.

      Jadi zahid dan menteri2 serta ahli2 umno sila tutup mulut kamu. Dasar penipu!!!

      Delete
    3. Hidup noh Omar, bakal mb Selangor lps Pru 14..masak la korang nnti... Menu harian udang!!!

      Delete
    4. Sokong... ketika saya di Mekah pon macam tu.

      Delete
    5. Itu la bahana sibijan..kerana dia punya hal, satu kabinet kerajaan hilang integriti..sesiapa dikalangan mereka pun rakyat tak percaya..

      Delete
    6. Bro Zack....teman setuju. Dulu zahid pernah kata dia dah jumpa dengan Pak Arab tukang derma tu. Terkedu teman bro......ini macam punya hal pon ada jadi. Unbelievable bro......memang terkedu.

      Sebenarnya kalo nak selamat dunia akhirat sila balik pada agama. Dalam Islam kita dihukum taat pada ibu selagi ibu kita tidak menyuruh yg mungkar. Hanya bila perintah ibu itu menyalahi hukum Allah maka kita tidak diwajibkan taat.

      Jadi soalnya di sini, kalo pon nak taat pada big boss........tak perlu sampai sanggup menipu membohong bagi pihak dia semata sebab nak pertahankan......dan tunjukkan kesetiaan buta tuli pada dia. Kalo pon nak setia, jangan sampai tercemar maruah diri......sebab sekali dikata orang, selamanya dihina orang......hinggalah dibuktikan apa yg keluar dari mulut itu benar.

      Salam perjuangan bro Zack.

      Delete
    7. Terlajak keta leh reverse.. Terlajak kata.. Hilang kerusi parlimen..ngeri siot!!!

      Delete
    8. Zack, dialog peniaga arab tu aku yakin 100% bukan rekaan. Sebabnya aku sendiri mendengar dialog yang sama ketika menunaikan umrah tahun lepas. Femes btol si bijaN ni hehe..

      Delete
    9. Peniaga Arab tu bkn boleh kurang kan derita Kita, tp Kita yg kena sokong yg bijan di turunkan dari tampuk kuasa dan di halau ke Makasar.. Krn dia ngaku dia pendatang ari tu dkt Pru 13..he he

      Delete
    10. Setuju dgn semua.

      Zahid ni pun penipu kuat juga. Cerita selalu kontradik diri sendiri...

      Tntg perbandingan Najib dan Tun M tu rasanya satu dunia dah tahu..

      Hanya pendedak buat2 tak faham, sebab dedak leeer tew..

      Delete
    11. kemungkinan dia yang berjumpa azmin, nak tutup cerita katakan hanifah. lebih baik dia lompat katak dari mati katak politik ..

      Delete
    12. Jenis pemakan dedak ni hati mereka cukup hitam legam. Hati mereka dah mati dah jadi Keras mcm besi. Langsung tidak ada perasaan belas kesian terhadap orang bawahan yg hidup susah.

      Mereka ini hanya tahu senang hidup mereka dan kaum keluarga mereka semata mata. Bagi mereka orang adalah orang. Tak ada kena mengena dgn mereka. Kita mengadulah pun kehidupan kita ni susah dihimpit oleh saraan hidup yg tinggi mereka peduli apa. Sebab mereka boleh beli apa yg kita tidak boleh beli. Jadi mereka tak pernah rasa susah mcm kita.

      IM4U tinggal lM4U. Itu satu janji politik semata mata. Janji drp seorang pemimpin yg cukup angkuh. Janji drp seorang pemimpin yg gila glamour. Janji seorang pemimpin yg suka disanjung sanjung. Hakikatnya hanya janji palsu.

      Anak2 kita nak cari kerja pun susah. Anak2 mereka tak rasa ini semua sebab boleh kerja dgn syarikat bapa dia. Jawatan pun Ceo. Anak kita mohon kerja kerani pun tak dapat2.

      Masalahnya orang2 Melayu ni tak suka membaca. Lebih suka mendengar. Tapi tak berbuat apa2. Bila pemimpin kata lM4U mereka percaya bulat2 kononnya PM baguih. PM sentiasa mendengar denyutan jantung rakyat.

      Ada tok guru ada datuk mufti mereka ni pula dok buat diam. Dok kiam tangan saja. Kerja mereka hanya terhad kpd nikah kahwin saja. Terhad kpd tengok anak bulan bila nak posa dan bila nak raya.

      Delete
    13. Bro Zack.....terlanjur cakap pasal anak2 kita nak cari keroje pon susah........ni teman teringat disebabkan peratus pengangguran dah mula naik.....ada sorang mamat yg tak der tandingan bijak pandainya bagi idea suruh lepasan U jadi pemandu Uber......tak pon jual nasi lemak anak dara kat tepi jalan.

      Bukan dia nak cari jalan turunkan pengangguran, naikkan RM dan ekonomi......dia ambik jalan pintas cara nak atasi masalah suruh anak orang bawak teksi Uber...atau bukak meja tepi jalan,  jual nasi lemak.  Bijak bijak.

      Yg pelik....kalo anak dia sendiri tak pulak disuruh bawak teksi Uber atau jual nasi lemak.  Kalo untuk anaknya pandai  nak yg elok2 yg bagus2......tapi anak orang dipercacaikan macam sampah busuk. Dahlah dulu puas mak ayah budak tu cari duit macam nak mampos hantar anak belajar U.

      Apa kata yg bijak bercakap tu sila praktikkan pada anak sendiri dulu.   Suruh anak sendiri pandu teksi dan jual nasi lemak....amacam....boleh???? Ada sanggup?? 

      Kepala hotak memang boleh jadi haram jadah kalo dah banyak sangat makan hasil duit orang.....!!

      Delete
    14. Pasal menteri nak letak jawatan pun nak beri komen yang bukan bukan....

      hehehe....yg ni kata dia penipu, yang dia kata yg ni penipu, Tapi yg pasti tak ada menteri yg letak jawatan pun!!!

      So, siapa yg menipu sebenarnya????

      Delete
    15. Kat arab orang nak cakap Mahathir bagus dan Najib not good .....apa masalahnya??

      Mahathir memang bagus sebab dia bagus la masa tu...tegas, tak bersekongkol dengan media & anasir asing. Tapi sekarang Mahathir dh beza. Dia palng kuat ikut dan percaya media asing. Tapi orang arab tak tahu sebab media asing sokong Mahathir skrg ni...

      Media asing memburukkan najib. Sebab tu dunia dapat persepsi salah..

      Obama bagus ke???
      Trump bagus ke??
      China bagus ke??

      semua bergantung persepsi, negara mana anda berada dan media mana yg anda baca...

      Delete
    16. Media asing yang burukkan Najib?

      Persepsi saja? Mesti 2.6b tu pun persepi kan..

      Kah kah kah.. Setakat ni lah akal pendedak..

      Delete
    17. Bank BSI diarah tutop oleh Singapura kerana didapati terlibat dgn kegiatan pengalihan wang secara haram yg dikaitkan dgn 1MDB pon persepsi jugak........42juta duit SRC lesap pon persepsi......laporan DOJ pasal MO1 tu lagi bapak persepsi.....

      Ini baru betol dikatakan persepsi suku sakat penyamun......

      Delete
  2. Salam Budin....yang pastinya baru sikit aja diacah oleh MB Azmin riuh rendah berkokoknya pemimpin di kalangan parti ketuanan melayu....pada aku ada gabranya jugak pemimpin parti ketuanan melayu ni walaupun berita berkenaan tidak pasti lagi samada fakta atau auta!!Apa2 pun tabik spring aku pada MB Selangor disebabkan kenyataan beliau, ramai yang dah mula berkokok......!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafsu manusia selalunya tamak. Bg seribu dia nk dua ribu. Pru 13 najib beli undi dgn duit 1 mdb 2.6 billion dgn mantra "cash is king".impak nya ekonomi hancur dan taraf kehidupan rakyat merundum. Dan nk dtg pula Pru 14 mana nk rembat lg duit. Pengundi yg dulu ditaburkan dgn duit akan minta lebih lg klu mahukan undi mereka. Terutama pengundi yg pakai HP bijak dan mereka juga bijak. Barang di ingat bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia celik huruf. Kecuali saya tak celik huruf tamil Dan mandarin, tp leh baca subtitles. Pada pengamatan saya yg marhean ini... Najib harus di korbankan jika umno masih mahu pegang tampuk kuasa. Dia yg buat salah percaturan dan harus terima akibatnya... Hanya org bodoh piang je yg sanggup jd pak sanggup atas onar org lain.... Kecuali awek tu cun melecun... Akhir kalam pilih lah partai yg utama kan rakyat dan telah pun di buktikan nya... Iaitu partai bunga pimpinan Tun Dr mahathir...wassallam

      Delete
    2. Tak ada apa yg kecoh dan berkokok pun..!!!

      Sebagai kerajaan , mereka perlu mmebetulkan persepsi salah...

      Itu ajer.....so far, tak ada pun menteri yg letak jawatan...

      Tak payahlah kata menteri tu U-turn pulak. Mereka tu bukan macam Mahathir...raja u turn masa kini....

      Delete
    3. labu labi...kau tulis... "Akhir kalam pilih lah partai yg utama kan rakyat dan telah pun di buktikan nya... Iaitu partai bunga pimpinan Tun Dr mahathir."....

      --> hehehe...parti dh terbukti???

      Itulah kalau tulis tak guna otak...hanya guna dendam kesumat dan taksub melampau, inialh jadinyer....

      parti cap bunga akan berkubur selepas PRU 14 nanti percayalah...Tak ada track rekord langsung. Parti baru merangkak, belum berjalan pun, masih pakai pampers...kata dah terbukti??

      hehehe....mudahnyer kamu terpedaya

      Delete
  3. Anifah bijak

    Ringgit merudum paling teruk dalam sejarah

    Mataeang Thailand dah atasi Malaysia begitu juga Singapore Brunei.

    Wang flipina dah bak hampir sama dgn Malaysia. Wang indon dah nak cecah separuh. Dulu 1/3.

    Siapa ada modal beli wang indon. Tak perlu beli Us dollar.

    Pada 2030 world bank jangka Bangladesh akan atasi Thailand dan Malaysia as asean largest econony !!!

    Pundek betul Najib sial ni...

    Makin jahanam bagi dia pegang menteri bebalwangan.

    Anifah dah tahu 1mdb bakal hancurkan negara... Fakta dan bukti dah ada.

    Masak kau Najib !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Malaysiabaru......bukan ke 1MDB tu bersih lagi suci?? Tu sebab kes ditutup AG. 1MDB ni satu tajuk yg kebal......sebut jer pasal 1MDB siap kena itu ini. Inilah satu tajuk yg pantang ditanya orang tu akan dibawak ke balai disoal......macam yg Australian reporter tu kena. Gempar satu Australia.......harum nama Msia.

      Di Msia, kalo ada penyelewengan ia akan diletakkan bawah akta rahsia. Laporan Audit pon diOSAkan. Kalo ada orang yg bongkar hal rahsia penyelewengan akan dikenakan bawah tindakan akta membocor rahsia yg dilindungi.

      Jadi sampai sudah pon penyelwengan tak boleh disoal, disiasat, dibicarakan. Jadi senanglah bapak penyamun berselindung di sebalik akta ni....jadi perisai yg kukuh.

      Maka dengan itu rakyat Msia takkan dapat selesaikan masalah penyelewengan dan pecah amanah yg berlaku........duit yg lesap hilang disamun tu jangan harap boleh dapat balik. Harap lupakan jer.

      Puas hati bapak penyamun duk gelakkan kebodohan abadi kita......walau asik kena tipu, kena belit tapi macam tu jugak bangangnya kita ni.

      Tolong jangan teruskan bangang kita ni untuk sepenggal lagi tuan2.......sila bukak bijik mata.....informasi di hujung jari.....cari dalam internet, google dan baca, jganga percaya dengan berita yg disajikan di depan mata jer.

      Balik kampong tolong peringat kat family, sedara mara kita.

      Delete
    2. La najib pandai memasak ke? Gulai tempoyak ikan patin SG.Pahang.. The best.. By the way, sape menteri nk berhenti pun, Kita tetap marhean dan tetap berjuang utk kelangsungan hidup.. Esok mgkn ikan kembong naik 50 henget sekilo bila duit Kita dh punah di sebab kan oleh presiden, partai dulu kini selamanya.. Nukilan ikhlas ahli umno totok.

      Delete
    3. Aku tak paham konomi. Najib kata dia nakkan negara pendapatan tinggi. Kot bila harga barang tinggi, majikan naikkan gaji tinggi, negara jadi pendapatan tinggi?

      Sapa boleh kasi tau betul ke tak, aku banyak kasi kasih (bakpa nak kata terima kasih kpd orang yang aku mintak kasi tau pasal konomi).

      Delete
    4. Aku rasa Anifah kena letak jawatan. Dia dah "untenable position" la ni.

      Bila letak jawatan, tolong "keluar berdentum" - hebahkan segala tak puas hati dan seksa nak jalankan keroje sebab 1MDB.

      Kalau boleh, sebutkan dah dapat bisik2 Arab Saudi (diplomats selalu bisik bisik) mengata RM2.6 bilion bukan derma anak Raja Arab.

      Amacam, boleh?

      Delete
    5. Ringgit merudum paling teruk ialah masa zaman mahathir 4.8

      Matawang biasa turun naik...byk faktor yg memepergaruhi nyer. Salah satau faktor ialah persepsi... Kalau siang malam pengkhianat negara dan media asing yahudi yg ditaja oleh penghianat ni, memberitakan cerita buruk yg palsu dan fitnah, ianya sidikit sebanyak mempegaruhi ekonomi kita...

      Tapi syukur, biarkan pun satu dunia nak burukkan & buat fitnah tentang Malaysia, Allah sentiasa bersama untuk terus memberi kemenangan kpd parti Bn/UMNO biarpun pembangknag dah konfident akan menang dlm 2 PRu yg lepas...

      Kuasa Allah mengatasi segalanya dan Allah sentiasa bersama dengan org yg benar

      Doa doa mereka yg pergi haji dan Umrah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan negara kita dari dulu hingga sekarang telah dimakbulkan oleh Allah....Kalau tidak, dah tentu PRU 13 lepas BN kalah...

      Delete
    6. 1MDB tak hancurkan negara pun..

      Yg menghancurkan negara ialah pengkhianat negara serta media asing serta negara asing yg bekerja siang malam menyebarkan berita palsu dan berbentuk persepsi

      Delete
    7. Yang pengkhianat ialah Najib.

      Itu fakta.

      Delete
    8. Allah bersama org yg benar, najib tu org yg benar ker? Dah banyak kali kantoi menipu..ini pun persepsi jugak ker...biar betul mamat ni..mamat persepsi ni.

      Delete
    9. Persepsi penyamun.....fakta dah tak der.....semua fakta dah ditukar jadi "persepsi".

      7 negara siasat 1MDB tu bohong......semua tu persepsi.

      Maka teman pon teringat cerita P.Ramlee Pendekar Bujang Lapok duk kata "dugaan"........tapi tu tahun 60an. Masa sekarang kita tak kata dugaan lagi dah.....kita kata "persepsi.......".

      Delete
    10. 7 negara siasat.....baru siasat. Tak ada keputusan pun...

      Yg kau hebohkan satu dunia dan satu malaysia, seolah olah dah ada keputusan apa kejadahnyer???

      Belum terbukti pun!!!

      Tapi bagi mereka keputusan akhir dan bukti sahih tak penting, Yang penting bagi mereka ialah mereka boleh spin berita dan cerita konnonnya 1MDB bersalah atau berbohong...


      Delete
    11. Pasal apa tolak kerjasama siasatan Swiss. Bukan je bukti banyak berada di Msia ni?? 1MDB ditubuhkan di Msia......orang nak siasat mintak dokumen ke....audit ke....saksi ke....tapi tak nak bagi kerjasama.

      Spin kepala bana ko !!

      Yg spin org yg mula2 tak ngaku ada duit berbilion dalam akaun.....tapi lepas tu ngaku pulak ada terima duit.....lepas tu kata dah pulangkan balik ....tapi transaksi hitam putih tak pernah tunjuk.....apa kejadahnya tu.....baghal...!!

      Satu persepsi???

      Delete
  4. Sssssssstttt!!!! Jap lagi saleh said keruak akan kata org terakhir yg layak mengatakan ada menteri akan letak jawatan adalah Tun M......????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jgn terkejut klu anak keruak masuk parti kerajaan baru pakatan harapan... alasan tak nak bersubahat..kahakah


      Delete
    2. Keruak employing a diversion tactic to save his master skin by playing an old film like bmf and forex losses. Those over 30 over years film are no longer an interest to a younger audience. But they want a new film played title 1mdb and 2.6 billion and why the villain still roaming free while an old man was portrayed as the villain... Believed me come Pru 14 sporadic street demo will sprung because rakyat is no longer had a trust on najib... If you an employee and your employer loss his trust.. You are fired!!!! Wasaalam..nukilan rakyat marhean seorg peon yg duduk ppr dgn anak 8.tp still Ada njoi!!!free ma

      Delete
    3. Nak Said Keruak masuk parti baru, kena tunggu dia puji banyak2 dan/atau defend PPBM selalu.

      Itu saja kelayakan dia yang Najib kasi dia jawatan Menteri.

      Tak masuk pun takpa. Bukan ada otak sangat.

      Delete
    4. rasnya elok korang tak merapu macam org bodoh.

      Pahala tak dapat, hanya dosa yg korang dapat.

      Bersyukur hidup di Malaysia. Not bad actually. Yang teruk hanayalah berita dan tulisn yg ditulis seolah olah Malaysia dah teruk sangat....

      Inilah persepsi namanya...tak kan pembangknag nak kata Malaysia bagus, ekonomi good, rakyat tak susah....

      Tapi in realiti, tak sama macam apa yg di war warkan oleh media pembangkang...

      Delete
    5. "The Monetary Authority of Singapore fined Falcon S$4.3 million ($3.12 million), UBS S$1.3 million and DBS Group Holdings Ltd. S$1 million for anti-money laundering lapses related to 1MDB.

      Malaysian state investment company 1MDB is at the center of several international investigations into alleged corruption and money laundering by public officials. Prosecutors in Singapore, Switzerland and the U.S. and other jurisdictions are looking into a sweeping multiyear scheme in which more than $3.5 billion was allegedly diverted from the investment vehicle."
      Berita dari Bloomberg (11 Okt 2016)

      Mampos BSI Bank kena tutop..
      Mampos Falcon Bank kena tutop.

      Hidop penyamun.....
      Hidop persepsi...!!

      P/S.....informasi di hujung jari.

      Delete
    6. "The Monetary Authority of Singapore fined Falcon S$4.3 million ($3.12 million), UBS S$1.3 million and DBS Group Holdings Ltd. S$1 million for anti-money laundering lapses related to 1MDB.

      Berkataan "related to 1MBD". kau faham tak apa maksud dia...related secara langsung ke?? atau tak langsung??...

      Kalau aku bagi kau duit 1 juta sebagai pinjaman...lepas tu duit tu kau salah guna buat money laundering....

      Orang akan kata kau salah kerana buat money laundering dengan duit yg aku bagi..Tapi adakah aku bersalah ?? Aku hanya bagi duit pinjaman, lepas tu hak kamu lah nak gunakan untuk tujuan apa...

      Delete
    7. ""Malaysian state investment company 1MDB is at the center of several international investigations into alleged corruption and money laundering by public officials. Prosecutors in Singapore, Switzerland and the U.S. and other jurisdictions are looking into a sweeping multiyear scheme in which more than $3.5 billion was allegedly diverted from the investment vehicle."
      Berita dari Bloomberg (11 Okt 2016)""

      --> Berita dari Bloomberg yg boeh dipertikai.

      Bila DOJ buat siasatan dan ramapasan harta yg dikaitkan dengan money laundering yg kononnya dari 1MDB...kat Malaysia semua org kata harta 1MDB di US telah dirampas...

      Padahal, 1MDB tak ada pun any asset atau harta di US....Syarikat di US yg asset mereka pada mulanya diramapas tapi telah dupulangkan semula sebab kekurangan bukti..

      1MDB hanya berurusan dengan syarikat investmnet di abu dhabni

      Kalau syarikat investmnet di abu dhabi ada jugak berurusan denagn syarikat dari US, 1MDB tak boleh halang....

      Sekarang ni mereka mengaitkan yg syarikat dari US tu curi duit dari 1MDB melalui syarikat invesment di abu dhabi..

      Sbb tu 1MDB kata dia hanya berurusan dgn syraikat di abu dhabi...selebihnya diluar kuasa mereka...

      Tapi mereka yg nak burrukkan 1 mdb, telah buatkan senarai transakasi yg kononnya duit tu pusing pusing dari 1MDB...

      Delete
  5. Ssssstttt...betui tu..mungkin karabau kota belud dah komen pun..blom kluar statement minda lemah otak udang nya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang jgn sebut dlm negeri Selangor.. Kata bakal mb negeri tersebut.. Harian metro ahad 12.2.2017

      Delete
    2. Makan banyak sangat udang jadi aphrodisiac. Menguatkan shahwat. Shahwat nak lingkupkan Najib & Umno di Pru14.

      Delete
    3. Sssssttt....pembangknag selangor akan kalah di PRU 14....diam diam ye...

      Mana tak kalah, semua tempat akan ada pertandingan 3 penjuru. Yg pembangknag boleh menang ialah di kerusi majoriti cina ajer...

      Delete
  6. 1 Menteri yg kerap keluar adalah menteri luar.

    2 Menteri luar hanya satu.

    Jangan Jadi tak reti sangat.

    He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno Sabah berbalah menjelang Pru negeri yg nk di buat asing dari sblm nya. Satu puak confident menang, satu puak tak confident.. Dan lg satu puak khunsa.. He he..

      Delete



    2. WAN AZIZAH: JIKA MAHATHIR CUKUP BAGUS BELIAU TIDAK PERLU BERTEMU ANWAR IBRAHIM


      Akhirnya Kak Wan mengesahkan Tun M perlukan Anwar.

      Tanpa Anwar, Mahathir tak boleh buat apa-apa?


      Jika Tun Dr Mahathir Mohamad cukup bagus menyatukan pembangkang, bekas perdana menteri itu tidak perlu bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata presiden PKR hari ini.

      Bercakap kepada media, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu dalam keadaan sekarang Dr Mahathir masih berjumpa dengan bekas timbalannya pada suatu ketika dulu.

      “Beliau (Dr Mahathir) berjumpa Anwar. Saya fikir, kalau beliau begitu bagus menyatukan (pembangkang) beliau tidak perlu datang.

      “Tetapi beliau datang (berjumpa Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam). Ada sesuatu yang lebih daripada bersemuka,” katanya di Subang Jaya.

      Dr Wan Azizah ditemui pada majlis pelancaran buku veteran politik, Dr Syed Husin Ali.

      Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu berlangsung kira-kira 45 minit. Ia adalah pertemuan terbuka kedua mereka sejak Anwar dipecat Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

      Pertemuan pertama mereka – juga di mahkamah – berlangsung pada 5 September 2016.

      Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir kini mengambil tugas sebagai pemimpin sebenar pembangkang kerana dilihat lebih ke depan berusaha menyatukan pelbagai parti bagi menghadapi BN.

      Untuk rekod, Dr Wan Azizah adalah ketua pembangkang ketika ini.

      Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, tugas sebagai ketua pembangkang memang mencabar namun pujian patut diberikan kepada Anwar.

      “Saya rasa ia (tugas sebagai ketua pembangkang) tidak mudah kerana kita sudah dilihat berpecah-belah.

      “Berikan beliau (Anwar) sedikit penghargaan kerana mengambil tanggungjawab itu untuk suatu tempoh tertentu,” katanya.

      Anwar dianggap berperanan menyatukan pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 2007.

      Tindakan itu berjaya membuat BN menguasai Dewan Rakyat hanya dengan majoriti mudah.

      Bagaimanapun pakatan pembangkang bermasalah selepas Anwar dipenjara untuk kali kedua pada 2015 atas tuduhan meliwat yang didakwa sebagai bermotifkan politik.

      Delete
    3. mana letak extinguisher tadi.

      Delete
  7. Coup d'etat zahid terhadap bijan telah bermula...bersama2lah kita saksikan kesudahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kudeta tu dh di patahkan oleh big mama.. Krn yg pecah lobang ialah org yg dlm payroll big mama.. Anti climax.. Kita bakar panggung je lah..

      Delete
    2. Ala bro labu, dont ruin the fun...kasi la ending dusyum2 dulu..hehehe

      Delete
    3. Itu dah dulu lagi Wak Jahid dh nek kudeta tu. Masa dia pergi jumpa arwah penderma arab tu, tak kan tk ingat?

      Delete
  8. Blogger Apanama pun ada bagi hint berkenaan menteri yang dimaksudkan Azmin dalam blog post 'Bila pemyamun bebas mencatur..' bertarikh 9 Februari 2017 yang mana beliau ada menulis pada baris-baris terakhir posting tersebut:

    "Yang berjaya mengghaibkan mereka dengan jet peribadi adalah seorang menteri flamboyant yang kini sedang merajuk hendak letak jawatan kerana budi sudah dilupakan, negeri pula diambang kejatuhan.."

    ReplyDelete
  9. KALAU LETAK JAWATAN PUN DAH TAK ADA GUNANYA..KEROSAKAN TELAH BERLAKU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Kerosakan memang dah tidak boleh di perbaiki tetapi kebenaran terbukti di pihak mana.

      Yang selama ini mempertahankan pihak yang salah dengan mengunakan fitnah dan dusta menanggung dosa sehingga mati.

      Delete
    2. Tak setuju, Bang. Dah koyak ke negara, mesti letak jawatan. Lebih lagi perlu nya, supaya tak rabak negara.

      Tak letak jawatan, kita lingkupkan dia. Itu sebab Tun M tubuhkan PPBM.

      Penting sekarang: kita mesti dapatkan orang kampung betul2 fahamkan issues at stake. Supaya depa pun boleh tolong letakkan Najib on the stake - buluh tajam di Pru14.

      Delete
    3. Anom 08:42

      Orang kampung banyak bebenor dah faham issues at stake tapi bila PRU sampai, dapat kain batik, susu setin, milo sepaket, beras sekampit, semua kefahaman itu hilang dan kekal undi yang sama.

      PPBM, PKR, Amanah dll, kena cari jalan untuk pastikan orang kampung terima bantuan (yang pasti ada pada waktu PRU) tapi tak undi parti yang beri bantuan aka rasuah pilihanraya.

      Kalau ini boleh berlaku, kemenangan ditangan kita.

      Delete
    4. Usaha mesti dibuat. Mungkar mesti diambil tindakan sebaik mungkin,
      walaupun guna lidah jika tak mampu. Mana akidah , mana nahi mungkar?

      Delete
  10. .

    Tunggu punya tunggu.. dia tak jugak letak jawatan.

    Apa lagi Azmin pun dedah lah.

    Bila tanya punya badan.. Ya lah. Ya lah. Minggu depan. Dah lepas minggu depan senyap jugak.

    Itu yang jadi ceritanya .

    ReplyDelete
  11. .

    Zahid .. awak tu TPM.

    Benda remeh macam ini pun awak nak sama buat kecoh.

    ReplyDelete
  12. untuk menyejukkan hati yang panas
    hayatilah lirik lagu nyanyian doris day ini
    que sera sera
    whatever will be will be
    the future's not ours to see
    que sera sera
    what will be will be
    semuanya adalah ketentuan allah

    ReplyDelete
  13. Nak tergelak kita tengok bro Labu,
    Komen tak jelak walau masih bulan madu,
    Terima kasihlah kerana jemput hari itu,
    Kari sedap Ijat Katering daging lembu..

    Bawak bandage tapi nampak simpan aje,
    Takde tinju, takde luka dekat muka,
    Itu tanda pak mertua udah suka,
    Bila pulak dia nak sebelah kita?..

    Siapa aje menteri kanan atau kiri,
    Mau resign tepuk tilam tanya bini,
    Bini penting takde bini kita sunyi,
    Bini mogok hari hari makan Maggie..

    Satu dua mungkin fikir masak masak,
    Taknak subahat atau abis sudah dedak,
    Bukan semua orang pandang wang banyak,
    Sudah sedar, atau nasihat emak bapak..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..

      Terbaik dari fan tun.

      Tapi saya tetap berpendapat pak mentua idaman bro labu tak perlu diberikan karpet merah.

      Biar dia mereput berseorangan kalaupun benar2 insaf.

      Apa pun cucu dia tak bersalah. Hehehe.

      Delete
  14. cina komunis dah ambil alih Sri Lanka akibat hutang ..Baca blog steadyku47

    ReplyDelete
  15. Aku teramat yakin PH menang next election
    PH pasti akan " BERKAHWIN " di PutraJaya

    Yang penting BARISAN NASIONAL " BERCERAI " talak 3

    Kasi roboh
    Kasi koyak
    Kasi rabak
    Kasi tangkap
    Kasi lokap
    Kasi SULA sama dia yang berkenaan
    Yang ROMPAK duit rakkkyat tu

    BINATANG BETUL


    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada aku, tak sula pun takpa. Asalkan depa lingkup di Pru14.

      Penting - menang aje, mesti buang PN Pandi, dakwa penyeleweng dan penyonglap 1MDB.

      Delete
    2. Dah dua PRU yg lepas, pembangkang memang konfident menang pun. Tapi tak juga.

      Sbb Allah masih bersama BN...

      Delete
  16. Kesihan, ada anak2 kita yang mengambil jurusan BBA dari UPM di suruh buat pratikal di gerai jual ikan Pasar Tani, Taman Melewati. Kesihan graduan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BBA tu apa, Bang? Sekarang dah ada berpuluh unibasiti, bermacam jurusan pengajian, tak tau yang mana satu. Kalau tau apa BBA tuh, boleh komen sesuai ke tak nya "belajar di pasar ikan", hehe.

      Ada beratus jenis kursus unibasiti di Malaysia, gamak nya takda yang sesuai untuk heavy engineering industries yang penting Malaysia pesatkan. Saperti kursus "Precicion Engineering Studies" yang Spore dah ada.

      Najib pulak nya pentingkan kursus Mandarin dan buat high rise apartments spt di Forest City Johore Bahru. Yang Tun Mahathir kata akan bawa 700,000 (angka Bloomberg News) pembeli Cina dari China diam di Malaysia. Di beri kebenaran "penduduk tetap", mungkin kerakyatan dalam 4-5 tahun.

      Fikir lah: average 4 per family, jumlah Cina jadi rakyat Malaysia dari nya ia lah 2.8 juta, Beb.

      Crazy. Tentu disturb the status quo re population ratio and voting power di Johor dan seluruh negara. Aku tak faham pemikiran orang tu semua.

      Delete
    2. 2 million settlers awal. Plan ini terbukti berjaya worked in Tibet, Xinjiang. Plan ini juga akan berjaya utk Nanyang. 1Belt1Road...as Mao had visioned, tanpa peluru.
      Malaysia is toast.

      Delete
    3. Untuk maklumat lebih lanjut, sila Google "China economic invasion". Baca dan ketahui apa berlaku selepas mungkin 10 tahun. Kalau tak faham juga kesannya pada Malaysia, tak tahulah apa aku nak cakap lagi

      Delete
    4. Kepada Anon 8.20

      ""Yang Tun Mahathir kata akan bawa 700,000 (angka Bloomberg News) pembeli Cina dari China diam di Malaysia. Di beri kebenaran "penduduk tetap", mungkin kerakyatan dalam 4-5 tahun.
      Fikir lah: average 4 per family, jumlah Cina jadi rakyat Malaysia dari nya ia lah 2.8 juta, Beb""

      --> Kamu pecaya ke berita yg mahathir ceduk dari bloomberg ni??.
      Dia nk mensabotaj dan menggagalkan usaha kerajaan.....Sinagpore takut perkembanga di Johor ni dan ada kemungkinan Johor akan ambil alih sebahagian besar business yg akan menyukarkan singapore...

      Singapore pun diam diam cuba menggagalkan melalui laporan media asing yg berat sebelah..

      Mahthir pulak pegi kutip bulat bulat dan percaya bulat bulat berita dari bloomberg ni dan sebarkan pulak kpd rakyat yg tak boleh berfikir...


      Delete
  17. Najib is nervous and jittery
    Nazri says it aloud its not me
    Its news to me says Johari
    Mostapha says news is cheeky

    Bulldog nan says yes its azmin ali
    Its not anifah says sabahan marsidi
    A lie says zahid as he dines with me
    My witness is sharizat the cow lady

    Azmin says why all feel very uneasy
    The minister talks to me personally
    I will reveal when it is necessary
    Just relax and wait for next entry

    Oil and water never mix so you see
    Truth prevail will down falsity
    Fact not fiction will be history
    Leave fantasy face teality

    ReplyDelete
    Replies
    1. What the bloke known as having "a foot in the mouth" said may not be believable. But this time I agree with him.

      But Johari Mostapha, tak tau le. Maybe the fact that Azmin revealed it is "news to him" but what he said does not sound a strong enough a denial.

      Delete
    2. Jangan marah gunakan perkataan "bloke". It's a common word in Englaaaaaaand.

      The Oxford dictionary definition includes "a ship's captain". But it doesn't say what kind, hehe.

      Delete
  18. .

    Zahid kena tanya semua Menteri Kanan jika dia yakin bukan Anifah yang letak jawatan.

    Selepas hari Rabu ini, semua Menteri-Menteri akan bergambar beramai-ramai saling tersenyum dan menyatakan sokongan penuh pada Najib.

    Harap Azmin selangkah kehadapan dengan menyimpan salinan surat perletakkan jawatan Menteri Kanan tersebut.

    Jika tidak ada, di lain kali kalau ada pemimpin yang berjawatan mengatakan hendak letak jawatan, minta salinan surat untuk letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua rasa tak semua pandai acting atau berlakon. Ada yang nak senyum pun tersimpul - simpul pahit.

      Selagi Anifah tak ngaku atau ada tanda2 lain yang memusat kpd Anifah yang di maksudkan dek Azmain, ramai Menteri Najib yang merasa di curigai.

      Delete

    2. Dia tau la apa dia nak buat, ko buat kerja ko sudah jang dok menyebuk hal org

      Delete
    3. Berceritalah dan menulislah macm orang bododh...

      Yang pasti tak ada menteri yg letak jawatan.

      Yg ada hanyalah 4 orang kuat DAP melaka yg keluar parti sbb tak setuju dgn orang atasan Parti DAP yg bersekongkol dgn Mahathir dan LKS yg dah jadi pondan dan dah jadi singa tak bergigi...

      Delete
  19. Macam mana Zahid tahu itu Anifah yang di maksudkan? Dia teka saja le. Jugak dah baca ada yang meramalkan Anifah.

    "kemudian disusuli dengan kenyataannya kepada media bahawa maklumat itu diperolehinya daripada menteri berkenaan." Ini menunjukkan enough damage has been done.

    Rasa nya, Anifah mesti panas bontot. Najib pening kepala. Sebab, nak buang Anifah, abang dia KM Sabah, fixed depost Najib.

    Pulak nya, Shafie Afdal dll dah giat di Sabah nak kurangkan fixed deposit Najib itu. Hujjah amat senang boleh di gunakan nya - Mr Cash Is King dah ada Fixed Deposit yang amat besar, berbilion ringgit, beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak Tak Ada umno,itu yg BN boleh tubuh kerajaan, tp Sabah Ada umno. Dgn faktor umno bercakaran krn rebut projek pan Borneo dan faktor shafie afdal serta anak pak aman iaitu musang oops.. Muda aman Dan anifah aman yg sedia Kala kaya raya siap bawa sedara Mara Pakistan ramai2 ke Sabah..laluan sukar bg BN.. Sebagai ahli umno, saya doakan umno Dan Sabah kalah kat Pru negeri... Sebagai pembuka mata dan beri tekanan pd najib utk cpt2 dptkan suaka politik di Zimbabwe.

      Delete
  20. Aku tak pelik pun kalau umum hasrat nak letak jawatan kemudian tarik balik.

    Senarionya mudah sangat. Bila tersebar berita nak letak jawatan, akan adalah balaci datang bawak dua tiga guni dedak, U-turnlah jawabnya.

    Yang dah buat SD pun boleh U-turn. Inikan pulak baru hasrat.

    Oh lupa! Tak payah dua tiga guni dedak, jamban pun cukup untuk U-turn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bodoh nyer....asyik cerita pasal dedak, guni dan jamban....

      Kalau dia nak letak jawatan pun kalau mungkin dia ada masalaah kesihatan, apa masalah kau???

      Jagalah ajerlah parti kamu ...

      Siapa maharaja U-turn sebenarnya ?? Kalau bukan Mahathir.
      Aku pun boleh cakap Mahathir buat U-turn sbb dapat dedak dari DAP/Amanah dan PKR...

      Delete
    2. Berceritalah dan menulislah macm orang bododh...

      Yang pasti tak ada menteri yg letak jawatan.

      Yg ada hanyalah 4 orang kuat DAP melaka yg keluar parti sbb tak setuju dgn orang atasan Parti DAP yg bersekongkol dgn Mahathir dan LKS yg dah jadi pondan dan dah jadi singa tak bergigi...

      Delete
    3. Nampak sangat mamat persepsi ni tak betul, tadi suruh org jaga parti sendiri tapi dia yg menyibuk parti org lain tu tak pe pulak...paku serpih..

      Delete
  21. Apa peduli siapa nk letak jawatan? Kaki pencuri duit 1mdb adalah President Umno dn jugak PM Msia. Org bodoh dan gila shj bertuan dn jadi pengikut pencuri. Menteri 2 no semua bodoh den org2 yg kurang bermoral. Pi mampus lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!! Share sentiment pd rakan dan teman..supaya ada chain reaction.biar semua org tahu!!!

      Delete
    2. Sedap mulut bercakap...nanti kena sumpah, takut balik mampos tu kat kau...

      Teruklah akhlak!!!

      Tak heran pun...kalau hati dah gelap dan mati, beginilah jadinyer...

      Delete
    3. Anon14:37, akhlak awak tu baik sgt ker? Bersih sgt ker hati awak sampai kata hati org lain gelap...

      Delete
  22. Betul 834.
    Yang hairan BUKAN siapa yg nak letak jawatan.
    Yang hairan ialah sebab apa masih ada dalam UMNO BN yg SANGGUP TIDAK letak jawatan?!
    Yang hairan ialah apabila Lobai PAs SANGGUP langgar prinsip dan lacur diri.
    Faktor sebab dedak dan imbuhan sudah jadi pengetahuan semua Rakyat. Faktor SANGGUP itu yg menjadi persoalan dan buat timbul hairan skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trick nk jaja tiket ke syurga utk raih undi dh makin krg laku, faktor ekonomi mgkn penyebab utama kutipan tin Milo makin kurang di ceramah pas. Marhean asyik hulur je utk dgr citer lawak jenaka,caci maki. Tp skrg lobai tak lg nk buat ceramah, lobai dh ada sponsor. Buat permulaan 90 juta tunaiiii!!!! Sah??? Sah!!!

      Delete



  23. WAN AZIZAH: JIKA MAHATHIR CUKUP BAGUS BELIAU TIDAK PERLU BERTEMU ANWAR IBRAHIM


    Akhirnya Kak Wan mengesahkan Tun M perlukan Anwar.

    Tanpa Anwar, Mahathir tak boleh buat apa-apa?


    Jika Tun Dr Mahathir Mohamad cukup bagus menyatukan pembangkang, bekas perdana menteri itu tidak perlu bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata presiden PKR hari ini.

    Bercakap kepada media, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu dalam keadaan sekarang Dr Mahathir masih berjumpa dengan bekas timbalannya pada suatu ketika dulu.

    “Beliau (Dr Mahathir) berjumpa Anwar. Saya fikir, kalau beliau begitu bagus menyatukan (pembangkang) beliau tidak perlu datang.

    “Tetapi beliau datang (berjumpa Anwar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam). Ada sesuatu yang lebih daripada bersemuka,” katanya di Subang Jaya.

    Dr Wan Azizah ditemui pada majlis pelancaran buku veteran politik, Dr Syed Husin Ali.

    Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar itu berlangsung kira-kira 45 minit. Ia adalah pertemuan terbuka kedua mereka sejak Anwar dipecat Dr Mahathir daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

    Pertemuan pertama mereka – juga di mahkamah – berlangsung pada 5 September 2016.

    Dr Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Dr Mahathir kini mengambil tugas sebagai pemimpin sebenar pembangkang kerana dilihat lebih ke depan berusaha menyatukan pelbagai parti bagi menghadapi BN.

    Untuk rekod, Dr Wan Azizah adalah ketua pembangkang ketika ini.

    Kata anggota parlimen Permatang Pauh itu, tugas sebagai ketua pembangkang memang mencabar namun pujian patut diberikan kepada Anwar.

    “Saya rasa ia (tugas sebagai ketua pembangkang) tidak mudah kerana kita sudah dilihat berpecah-belah.

    “Berikan beliau (Anwar) sedikit penghargaan kerana mengambil tanggungjawab itu untuk suatu tempoh tertentu,” katanya.

    Anwar dianggap berperanan menyatukan pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 2007.

    Tindakan itu berjaya membuat BN menguasai Dewan Rakyat hanya dengan majoriti mudah.

    Bagaimanapun pakatan pembangkang bermasalah selepas Anwar dipenjara untuk kali kedua pada 2015 atas tuduhan meliwat yang didakwa sebagai bermotifkan politik.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Mandela pun lagi lama. Kebenaran tidak ada tempoh lupus,dedak ada.

      Delete
    2. mahathir dah desperate sangat

      PRU 14 his last chance

      Dia akan buat semua yg pelik2 spt kawan dgn DAP, berbaik dengan Anwar nak berbaik dgn PAS...

      Motif dia nak jatuhkan Najib....itu dendam politik dia. Dia nak tunjukkan pada Najib, kau (Najib) tak ada kuasa. kalau aku (Mahathir) kata kau (Najib) mesti turun, kau pasti turun biarpun Najib cuba melawan..

      Inilah ego seorang negarawan yg disanjung satu masa dulu

      Delete
    3. Tun M tak sedesperate People Communist Republic utk Nanyang kan Malaysia. Hutang dh keluar byk, mcm mana nk service interest kslau semua agreement yg Bijan dgn Wak Jahid sign tak sempat dilaksanakan. 1Belt1Road...u dont pay, i cut your throat.
      1033 pun tahu motto AhLong ini.

      Delete
    4. Org Jerman dan UK berniaga dan invest di Malaysia kau tak cakap pulak mereka akan men Jerman kan atau meng UK kan negara ni...

      Bodoh....itulah akibat dah termakan hasutan org yg dengki dengan kejayaan Malaysia manarik pelabur asing....

      Delete
    5. pembangknag memang sentiasa bermasalah..

      Pakatn rakyat lah..

      Skrg,,pakatan harapan lah...

      Srg,, mahathir nak jadi ketua pembangknag pulak lah...

      Org DAP dan PKR yg masih hat luka berdaarh dgn si mahathir ni memendam rasa..

      Akibatnya 4 orag kuat DAP melaka kelaur parti..

      Dlm PKR pun akan menyusul

      Semua gara gara parti pembangknag yg nak tolong mahathir utk memenuhi nafsu dendam politik dia kepada najib yg mungkin pembangknag ingat boleh pergunakan mahathir jugak utk tujuan politik mereka...

      Last2, mahathir yg sebenarnya pergunakan mereka...

      Tu yg ahli DAP yg lain naik angin dan keluar parti

      Akan ada Tsunami Tolak DAP pada PRU 14 dimana, DAP akan kalah teruk...

      Delete
  24. Reality is it is not anifah.

    I dare say this Sen minister is an umno man who could no longer stand living in fantasies, fictions and falsities.

    He is from Malaya. Not umno sabahan...

    This info is leaked by an MT.

    Azmin...play your card smartly. Hit when the bell rings.

    ReplyDelete
  25. Everyone knows zahid has thrown in red herrings. He has to. Who is an expert in trying to lie through his teeth on rm 2.6bil?

    Which Sen umno minister talks least????

    ReplyDelete
  26. Kami anak muda inginkan perubahan jgn dilayan otak2n pemikiran org yg bebal hanya pandai jadi Pak angguk tanpa mengenangkan masadepan generasi yg akan datang..

    ReplyDelete
  27. Sedikit anak muda skrg samaada makan dedak, buat NGO buat bising paling kuat sokong UMNo BN.
    Separuh lagi asyik hiburan, rempit atau lakon mabuk agama,dan tidak ambil peduli bab masa depan.
    Sebahagian anak muda skrg yg teramai ,tapi paling diam sehingga nasi dah pun jadi Taek low.

    ReplyDelete
  28. Siapa2 mentri dikalaƱgan umno yang berani nyatakan najib penyangak adalah dikira hero. Rakyat pasti akan sokong. Pendak kata ramai2 lah mentri umno menolak najib, kerena mereka pun tahu najib penyamun dan songlap duit rakyat. Ini bukan fitnah tapi fakta. Kita ikuti saja perbicaraan disingapura, banyak membuktikan ada penyelewingan dana 1MDB. Najib dan Peguam Negara tidak boleh menafikannya. Dari itu Ketua Polis Negara wajib siasat mereka berdua, jika perlu tangkap saja. Rakyat malaysia dah cukup menderita oleh mereka berdua ini. Apa lagi nak tanguh, mulakan siasatan terhadap bahlul dua ekor ni. Najib dan PN masuk penjara pun tidak menjadi kehilang besar. Memang mereka berdua wajib masuk penjara.

    ReplyDelete
  29. MELAKA 12 Feb. - Empat pemimpin DAP negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini.
    Tiga lagi yang turut bertindak sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.
    Tong Him dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada parti dan kecewa dengan kepimpinan DAP sedia ada.

    Apa cerita ni???

    Sibuk pasal menteri kerajaan letak jawatan...Nah kau 4 org kuat DAP melaka letak jawatan..

    Mahathir is a liability to pembangknag...

    Mereka berempat tak puas hati dgn LKS dan kepimpinan atas DAP yg terlalu mengikut telunjuk Mahathir.
    LKS pun skrg dah jadi pondan dan dah jadi singa tak bergigi...hehehe...

    ReplyDelete
  30. lho...kok kamu org belum tahu ya....pak jahid itu org nya handal...kan dia sama itu dukun buah kelapa dua butir yg cari pesawat mh370 itu satu perguruan...mereka sama sama berguru perdukunan dibukit dua busut....yang setiap satu busut itu ada lagi satu busut kecil diatasnya.....

    setelah tamat berguru perdukunan didua busut itu...untuk mengampuhkan ilmu tilikan mereka harus merendam kepala mereka dikolam bujur yg terletak dibawah dua busut tersebut....bukan sekadar merendam mereka juga meminum air dari kolam tersebut....lagi lama mereka merendam lagi banyak mata air yang keluar dari kolam tersebut...lagi banyak diminum...lagi ampuh ilmu tilikannya....

    jadi kamu org jangan semberono menganganggap kebolehan wak jahid...bukan perkara enteng lho....

    pasti anda perlu punyai ilmu kayak wak jahid....orgnya hebat...

    ReplyDelete
  31. Ever wanted to get free Facebook Followers?
    Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND TOTALLY FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...