Wednesday 3 August 2016

"BUKAN ANDAIAN DAN IA MEWAKILI SUARA PEMUDA" - APA REAKSI KPN DAN KJ SELEPAS INI?


Tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menutup siasatan berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib Razak oleh tiga Tan Sri dan menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hanya berdasarkan andaian, nampaknya tidak menjadikan kes tersebut benar-benar tertutup.

Khairul Azwan yang mengadakan sidang akhbar petang tadi bukan saja menolak laporan polis yang dibuatnya berdasarkan andaian, malah juga mengatakan tindakannya adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh naibnya itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO.

Dengan mempertahankan laporan polisnya bukan berdasarkan andaian serta tindakannya adalah juga mewakili suara Pemuda UMNO, Khairul Azwan secara sekaligus menolak tanggapan Khalid Abu Bakar dan KJ terhadap tindakannya.
"Kami telah buat laporan polis, itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab, jadi kami buat laporan.

"Ia bukan andaian dan laporan polis telah kami buat. Tetapi saya difahamkan polis tidak akan teruskan siasatan dan tiada tindakan akan diambil terhadap saya," katanya lagi.

Khairul Azwan juga mempertahankan laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan di mana ia akhirnya telah berjaya mematahkan percubaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

Dalam sidang akhbarnya itu, beliau mengungkapkan perkataan "kami" yang jelas menggambarkan semua tindakan yang diambilnya adalah mewakili Pemuda UMNO dan bukan dirinya secara individu.

Jadi, isu ini seolah-olah belum lagi tertutup. Malah Khairul sedang membukanya semula secara perlahan-lahan.

Apa reaksi seterusnya daripada Ketua Polis Negara berhubung kenyataan Khairul Azwan ini?

Apakah Khalid akan terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa dakwaan Khairul mengenai konspirasi itu hanya berdasarkan andaian atau beliau sedia membuka semula siasatan?

Jika hanya andaian, bagaimana Khairul Azwan begitu bangga bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya menyelamatkan kedudukan Najib?

Mungkinkah juga, demi mempertahankan kenyataan berkaitan andaian  itu, pihak polis sebaliknya akan membuka kertas siasatan terhadap Khairul atas dakwaan membuat laporan palsu?

Bagaimana pula dengan KJ?

Adakah beliau akan tetap berkeras bahawa tindakan Khairul Azwan adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO atau sedia mengakui apa yang diperkatakan naibnya itu?

Bagaimana jika Khairul Azwan dapat membuktikan tindakan membuat laporan polis telah mendapat restu daripada KJ sendiri?

Lagi pun, tentu ramai yang sedar bahawa sehari sebelum beliau membuat laporan polis yang mendakwa wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz, telah diadakan mesyuarat bulanan Exco Pemuda UMNO.

Apakah tidak ada apa-apa perbincangan mengenai laporan polis itu dalam mesyuarat Exco Pemuda?

Khalid dan KJ, tampillah dengan segera!! (SH 03/08/2016).

47 comments:

  1. khalid twiter sama kj sama sama tlg ttp lobang masing masing mau jaga periuk dan pencen. khairul cuma jadi kuda najibun saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno dah rosak teruk.
      najib telah merosakan umno.
      tak ada harapan umno boleh menang d pru akan dtg.

      Delete
    2. Pemuda umno ni semua anjing2 kurap belaan najib. Suruh jilat... dia jilaaat, suruh isap... dia isaaapp. Suruh makan taik... dia makan taiiiikkkk... jilat jari lagi.

      Delete
    3. "Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi parti PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada di majlis bersama 6 orang pelanggan parti PAN Kelantan di perkarangan pejabat PAN Kelantan.

      Untuk makluman pembaca setiap pagi Rabu, parti PAN Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat PAN negeri. Kalau 6 orang itu kira paling ramailah. Kalau anda tak percaya kata-kata saya datanglah Rabu minggu depan dengan kamera ada boleh buktikan kata-kata saya.

      "Hari Bertemu Pelanggan" itu kira macam sedap didengar dan nampak hebat tapi sebenarnya sarapan pagi aje...

      Saya tak akan banding dengan PAS, baik kita lihat rakan baru parti PAN, UMNO. Pasal PAN ni tongkat UMNO. Kalau tak ada PAN dah lama UMNO akan tumbang.

      Kalau dibandingkan PAN dengan UMNO, lagi hebat UMNO pasal setiap pagi UMNO Ketereh terutama pemudanya Muhammad Azam Ismail sarapan pagi dengan pelanggan. Entah-entah Wan Abdul Rahim dapat idea dengan UMNO Ketereh kot!

      541 cawangan kata Wan Abdul Rahim menjelang 31 Ogos ini??

      Dulu dia ini juga kata 10 orang Adun PAS akan keluar parti dan Wan Abdul Rahim ini juga yang mewar-warkan Husam Musa akan masuk parti PAN tapi sampai sekarang parti PAN sendiri pun tak nak Husam Musa yang banyak masalah dengan parti. Takkan bodoh Mat Sabu dan Salahudin nak terima orang bermasalah dalam parti bersama mereka. Mat Sabu dan Salahudin cukup kenal siapa Husam bercakap di pentas lain buat lain.

      Saya rasa adalah lebih baik Wan Rahim tingkatkan ahli PAN daripada 700 kepada 800 orang seluruh Kelantan menjelang 31 Ogos ini, sekurang-kurangnya aada peningkatan sebanyak 14%.

      Kalau setakat ahli 700 orang nak agihkan kepada 541 cawangan rasanya macam puak PAN ni tak tahu kira-kira ilmu hisab!

      Delete
    4. Anon 8.46,
      Inin bukan makluman ini berita prono lah!!!

      Delete
    5. Mamat Khairul ni sebenarnya mabuk ke mengigau? Meracau tak tentu arah. Apabila saya baca dialog soal jawab 'sidang akhbar' mamat ni, jelas sangat ianya lebih kepada sidang badut. Jawapan sewel tak tentu pasal. Lebih baik buat soal jawab assalaamu'alaikom; kom ape? kombat; bat ape? batman; man ape? mentol; tol ape? tolak; lak ape? lakse; se ape? sepak; pak ape? pakse; se ape? sepak; pak ape? pakse; se ape? se... heylaa, takde ke sape2 yang nak sepak mamat ni? Kesian betul laa..

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Ketua Pengecut Negara nak jadi apa? Tak malu ke pada anak bini. Nampaknya Bapa Klepet Malaysia dengan slogan Sebattiyyah atau Sebat je lah duit negara, semakin selesa.

      Delete
    8. Cutting ties with Islamist party PAS will do the Opposition no favours and is a “short-sighted” political strategy, says PKR Deputy President Azmin Ali.

      Azmin, who is also Selangor Menteri Besar said that as long as the Opposition coalition could not see eye to eye with PAS, it would be difficult to beat ruling coalition Barisan Nasional in any election and to take over Putrajaya.

      “The moment you sever ties with any Opposition party, including PAS, it will not help our efforts in bringing changes.

      “We should not be short-sighted in deciding our strategy,” The Sun Daily reported him as saying after attending a Hari Raya Aidilfitri celebration at the state secretariat building here.

      Delete
  2. Saya rasa kasim.ghani dan zeti perlu membuat saman fitnah terhadap pemuda itu...baru kita dpat tahu cerita sebenar siapa tok dalangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah peluang sebenarnya bagi pihak 3 tan sri ni nak bertindak. Saman je kemudian kat mahkamah lambakkan bukti2 yg anda ada. Baru rakyat tahu bahawa anda mmg bermaruah. Tapi rasa2nya mereka tak mahu menyaman budak bodoh ni. Bagi mereka hanya buang masa. Itu lah kesilapan mereka. Jgn sia2kan peluang keemasan yg tergolek ni. Saman je, PASTI menang sbb laporan tu adalah palsu. Dgn najib tergolek dog nnt.

      Delete
    2. Sebenarnya bukan buat saman fitnah dah boleh buat report polis dibawah kanun jenayah kerana fitnah berniat jahat.tapi sure IGP suruh tutup dan AG suruh buat kertas siasiatan.

      Negara malaysia dah terkeluar dari syariat sebenar dalam hal maslahah kepimpinan mengikut islam kerana,"Yang salah dipertahan dan diperbetulkan, Yang benar dipersalahkan" kemudian " orang yang salah berani bersuara kerana dilindungi dan dipertahankan ,yang orang yang benar terpaksa membisu kerana tiada siapa mempertahankannya dan diugut dengan kezaliman,"

      Delete
  3. Ya Allah ..bukan saje bangang nak mampus budak khairul ni ..dia jugak gila. Dia ni patahkan cubaan apa ni. Kes yg dah ditutup dia cuba nak buka balik pasal kata sibangang ni ..ada cubaan. Polis wajib siasat tu. Pucat muka bro kau ni macam sejuk kena peluk gro je. KJ mesti lepas tangan sebelum dia sekali kena siasat. Dia ketua pemuda. Inilah kialiti pemuda umno sekarang. Kilang pemimpin masa depan tu bang din. Mampus kita kalau nilah pemimpin masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni yg ketinggalan!! Kat rumah Zeti mmg dijumpai bertan2 bahan letupan buatan sendiri juga molotov cocktail. Zeti mmg berbahaya.

      Rumah Abu Kassim, sebanyak 500 bilah parang panjang. Dalam setiap kereta, Abu Kasim ada menyimpan molotov cocktail.

      Gani4tail, x syak lagi beliau mmg ada simpan molotov cocktail

      Delete
    2. Maaf anon 2130,ada penambahan sikit.. anon2130..rumah zeti ade bahan peledak nuklear..

      Rumah Abu Kassim ade kem merekrut tentera gerila seramai 5000 org..

      Rumah gani ada roket atom yang disasarkan ke PMO Putrajaya..

      #bestrong mo1

      Delete
    3. Laaaa ..ye ke. Sorrylah bro memang aku tak tau. Padanlah raya tahun mercun banyak abis. Rupanya zeti dok kumpul nak buat bom ...hahaha

      Delete
  4. Pemuda UMNO, KJ, KPN, AG Apandi semuanya gila tahap gaban dek tuhan Najib yang depa dok sembah. Telor depa semua dah kena ikat - in twisted braid serupa tocang rambut susah nak dibukak sebab dah melekat simpul mati. Penyelesaiaannya kena potong saja.

    ReplyDelete
  5. Betulah kj ckp biar jd belaci janji mempertahankan ketua walaupun nampak bodoh
    ...ini contoh terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat graduate oxford acah2 genius ni jgn nak buat lupa..election 2008 yg byk bg pelingkup,busuk nm umno inilah org nya..budak2 generasi y rentikanlah nak angkat KJ ni hero belia..otai2,org lama umno pun takkan lupa 'KENANGAN MANIS' dia ni waktu pak lah memerintah..

      Delete
    2. Dalam UMNOdoh skrg ada pantun semangat: Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Kalau pandai bohong, bolej jadi Perdana Menteri.

      Delete
    3. Tepat sekali..SRP pun boleh jadi Menteri Besar

      Delete
  6. Ha ha ha! Ini lah PDRM dibawah Kalid bakar dah jadi tempat main main dan acah acah .Nasib korang Ler Abg polis wei!

    ReplyDelete
  7. Jgn terlampau sensasi kan sgt budak separuh masak ni....nanti ngada2 dia.
    Usha tan sri tu....saman bdk 1/2 msk ni....jgn bagi muko

    ReplyDelete
  8. Jgn terlampau sensasi kan sgt budak separuh masak ni....nanti ngada2 dia.
    Usha tan sri tu....saman bdk 1/2 msk ni....jgn bagi muko

    ReplyDelete
  9. Komen ini pun andaian juga entah-entah KPN tanya najib dulu sebelum buka kertas siasatan sebabnya yang bahlul mamt ni tak sedar yang dia hendak buat tuduha keatas tiga Tan Sri itu semuanya sarang tebuan tanah yang fakta isue 1MDB semua duduk ditangan mereka jika masuk mahkamah semua akan terburai jadi sudah semestinya sebelum terlajak siasat lebih baik disekat yang menyekatnya tidak lain dan tak bukan adalah KPN nanti tamat riwayat najib KPN tak sempat makan pencen,ini andaian serupa yang KPN nyatakan.

    ReplyDelete
  10. Tengok muka budak azwan nie memang muka budak bodoh.. Malu tgk ada budak melayu yg bangang sgt macam dia..

    ReplyDelete
  11. Drama apa ni? Kaaa cerita kartun

    ReplyDelete
  12. Azwan brok - hulubalang cheapsale mempertahankan najib

    KJ (kaki jilat) - pembela tegar aka macai/balaci najib

    Kedua2 individu diatas antara anggota majlis tertinggi PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU


    Orang Melayu (rakyat) - melopong dok nganga sambil bertanya sesama "apa dah jadi????"

    ReplyDelete
  13. Ini adalah wayang umno derama terbaik patut diberi oscar kpd pelakon dan heronya sudahlah umno itulah dia rupa pemimpinya sampai bila org melayu nak diperbodohkanya tak tahu lah

    ReplyDelete
  14. Saya pun heran betul.Si KJ ni ramai sungguh belia2 yang sukakan beliau ,tambah2 lagi yang perempuan ,sebab itu beliau selalu mendapat kemenangan dalam apa2 pertandingan pun.Beliau dipilih bukan atas dasar kewibawaan tetapi atas dasar penampilan!!....saya rasa sikap seperti ini tidak baik bila tiba pemilihan untuk pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa peranan dia kat org Melayu pun kita xtau..xde fungsi..
      dok kat KBS,stay fitness.zumba punya zumba,dgn duit KBS 100j pon dizumba ntah kemana..mata pon kuyu semcm..ckp kat perhimpunan Agung berapi2 tp habok pon tadak..
      letak jawatan lg baik.pegi jd atlet ke,model ke ,pemidato ke,aktor ke..sng2 bole buat duit drp jd macai..buat gelak dek orang je..KETUA PEMUDA SEMBANG, POKOK PON BOLEH TUMBANG LORR..

      Delete
  15. mula2 saya ingat kan sdr khairul ini kurang intellect. namun setlh mengkaji tindak2 nya baru saya sedar bahawa kemungkinan besar tindak nya adalah 'precursor' kpd perkara yg lebih 'explosive'.

    kita tunggu n lihat. ds zahid agak kurang menyerlah kebelakangan ini. ada apa2 ke?

    ReplyDelete
  16. amno dah makin hancin
    oleh pembantu pembantu yang sombong
    pura pura tak nampak kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang otak macai itu, diri kemanusiaan mereka dah terkucai dan marwah mereka kian menerjun ke lembah kehinaan. Dia tahu bukan dia tak sedar...tapi dia fikir macam mana dia mahu selamatkan air muka dia kalau terdedah jenayahnya oleh cahaya kebenaran... maka nafsu serakahnya terus memaksakan dirinya menyatakan kedustaan yang terlebih besar untuk tutup lobang penipuannya dari semalam.

      Delete
  17. Saya rasa KJ ni sukar untuk jatuh....ramai orang yang bercakap pasai ini,kalau ditakdirkan Zahid naik pun lagi baik untuk KJ sebab sejak dari dulu Zahid memang sukakan KJ .Dan boleh dikatakan seluruh kabinet Najib sukakan KJ ,sebab pada mereka KJ seorang yang cerdek lagi pun mana ada seorang pun menteri dalam kabinet Najib yang berkelulusan Oxford??....hok yang dok ada tu semuanya macai2 stupid je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxford boleh menghalalkan rompakan ke,...bangang???

      Delete
  18. Siapa tikam belakang siapa ni...????
    2nd round dah bermula.....

    Jap jap.... stok kuaci dah abis.

    ReplyDelete
  19. Siapa tikam belakang siapa ni...????
    2nd round dah bermula.....

    Jap jap.... stok kuaci dah abis.

    ReplyDelete
  20. 1. KAMI bukan membuat andaian dan laporan polis telah kami buat.
    Azwan mempertahankan tindakannya adalah betul dan tidak bersandar pada andaian semata-mata dan keputusan untuk membuat laporan polis itu adalah tindakan bersama dalam kepimpinan pemuda.
    2. Kami telah berjaya mematahkan cubaan untuk menjatuhkan najib
    Azwan dan pemuda dengan penuh yakin yang 3tan sri terlibat dalam komplot mengulingkan najib.

    Berdasarkan kenyataan azwan untuk kali kedua, maka sudah semestinya menggugat reputasi 3tan sri sebagai bekas penjawat awam.
    Tuduhan yang berat itu bukan kenyataan peribadi azwan tetapi hasil mensyuarat pemuda.
    Maka dengan ini diharapkan 3tan sri ini tampil membela diri dari keaiban dan penghinaan melalui saman fitnah.
    Manusia seperti ini harus diajar supaya tidak menjadi terlalu kurang ajar. Inikah bakal pelapis kepimpinan negara. Sanggup menjadi iblis pada bapa syaitan semata-mata untuk jawatan.

    ReplyDelete
  21. 1. KAMI bukan membuat andaian dan laporan polis telah kami buat.
    Azwan mempertahankan tindakannya adalah betul dan tidak bersandar pada andaian semata-mata dan keputusan untuk membuat laporan polis itu adalah tindakan bersama dalam kepimpinan pemuda.
    2. Kami telah berjaya mematahkan cubaan untuk menjatuhkan najib
    Azwan dan pemuda dengan penuh yakin yang 3tan sri terlibat dalam komplot mengulingkan najib.

    Berdasarkan kenyataan azwan untuk kali kedua, maka sudah semestinya menggugat reputasi 3tan sri sebagai bekas penjawat awam.
    Tuduhan yang berat itu bukan kenyataan peribadi azwan tetapi hasil mensyuarat pemuda.
    Maka dengan ini diharapkan 3tan sri ini tampil membela diri dari keaiban dan penghinaan melalui saman fitnah.
    Manusia seperti ini harus diajar supaya tidak menjadi terlalu kurang ajar. Inikah bakal pelapis kepimpinan negara. Sanggup menjadi iblis pada bapa syaitan semata-mata untuk jawatan.

    ReplyDelete
  22. Polis repot tu dibuat atas arahan najib dan Khairy. Tu fakta.

    Ahli2 dan pemimpin Umno memang bodoh...tu fasal buat polis rpt yg bodoh.

    Konspirasi atau plot utk menjatuhkan pemimpin adalah dibenarkan olih undang2. Apa yg tak bolih ialah 'criminal conspiracy'..iaitu konspirasi berjenayah..membuat perkara2 atau melakukan perbuatan yg menyalahi undang2 untuk menjatuhkan Najib yg kaki rasuah.

    apa yg dibuat olih 3 org tu semuanya adalah kehendak & mengikut undang2. Sbb budak umno ni bodoh...dia buat report pd hal satu Msia mahu Najib didakwa diMahkamah dan dibuang dari jawatan PM atas perbuatan rasuah...& mencuri duit rakyat Msia.

    ReplyDelete
  23. Jerat makan tuan. Ingat sejarah dunia setiap yg bersalah akan terima pembalasan walaupun bagaimana sekali pun ianya dilindungi,disembunyi kesalahan nya.

    Insyaa Allah, kita tetap akan mendapat pembelaan jika kita berada di pihak yang benar. Tanda tanda kebenaran sudah mulai timbul.

    ReplyDelete
  24. KPN bertindak LEBIH SUDU DARI KUAH.....BERLAGAK MACAM MENTERI DALAM NEGERI....mamak..

    ReplyDelete
  25. Entahlah saya pun keliru,kata sahabat saya kelibat Azwan bersama team pemuda umno berada di jakarta bersama PM.KJ tak ada.

    ReplyDelete
  26. Baguslah tu
    Ketua Macai
    Naibnya Pencacai

    Sekarang ni FLOM & MO1 berak pon dua ekor ni sanggup nganga mulut tadah. Kalu dh hilang kuasa, Macai dan Pencacai nanti yg paling dulu terajang buntut FLOM & MO1 tu.

    ReplyDelete
  27. Mungkin budak hingus ni bercakap benar. Tapi menyedari laporan polis yg dibuat bakal jadi senjata makan boss jadi bermula lah wayang kulit sesama mereka termasuk pdrm pun ikut sama main wayang.

    ReplyDelete
  28. ...sudah tidak ada apa lagi yg hendak dibanggakan dengan perjuangan Pemuda UMNO...sekadar a^%!^& kurap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...