Wednesday, 3 August 2016

JIKA ADA HARGA DIRI, AZWANBRO PERLU LETAK JAWATAN AHLI MT DAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO


Sekarang sudah sah dan sahih bahawa laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah tidak benar dan hanya berdasarkan andaian.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar semalam, Khairul Azwan atau Azwanbro tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong laporan polis yang dibuatnya pada 26 Julai lalu.

Dalam erti kata lain, laporan polis terhadap tiga Tan Sri itu juga boleh dianggap sebagai laporan palsu dan  menurut seorang peguam, Syahredzan Johan, ia adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Kata Syahredzan lagi, memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran atau bencana kepada orang orang lain adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Mungkin seseorang perlu membuat laporan polis dalam hal ini.

Sebelum itu, Najib Razak selaku Presiden UMNO menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Azwanbro adalah atas kapasiti peribadinya dan bukan parti.

Susulannya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mengatakan tindakan naibnya adalah bersifat individu dan tidak mewakili pendirian sayap kanan parti itu.

Tetapi, di dalam UMNO, Khairul adalah Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Dalam hal ini, terbukti bahawa sebelum pun laporannya itu disahkan oleh pihak polis sebagai tidak benar, hanya berdasarkan andaian dan tiada bukti dapat ditunjukkan, UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO sudah mula menjauhkan diri daripadanya.

Kecuali jika Azwanbro ingin terus bertahan dengan pendiriannya dan sedia menunjukkan bukti-bukti yang ada dalam tangannya, beliau bukan saja harus meminta maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri yang telah dicemarkan namanya itu, malah mesti juga meletakkan jawatannya daripada UMNO dengan segera.

Selepas membuat laporan polis, beliau sudah dijauhi oleh UMNO dan Pergerakan Pemuda yang merupakan payung kepadanya dan sebaik disahkan laporannya hanya berdasarkan andaian, bermakna jawatan dan kedudukannya jadi tidak berharga lagi.

Meletak jawatan dan berundur, sekurang-kurangnya menjadikan beliau manusia yang ada prinsip dan harga diri. (SH 03/08/2016).

36 comments:

  1. kesian pada beliau tak payah paksa letak jawatan,usaha beliau dalam menarik benang dalam tepung tak berjaya sebab benang basah.mungkin perasan beliau pun rasa kecewa sebab nak tahu cerita sebenar berkaitan 1MDB terbantut dipermulaan jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan yang sering ditanya adalah ke mana hala tuju kita ataupun Quo Vadis dalam bahasa latin.

      Parti pembangkang mula tunjuk kelemahan dalam pentadbiran masing-masing dan sering terlibat dalam perebutan kerusi, perbalahan sesama pimpinan parti dan juga serangan peribadi antara pimpinan parti pembangkang.

      Keadaan ini tidak dibantu dengan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga berdepan dengan pendakwaan di mahkamah. Isu yang paling hangat di Pulau Pinang adalah spekulasi pilihan raya mengejut dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

      Isu pilihan raya mengejut ini kini mendapat liputan media dengan komen pimpinan DAP dan PKR dengan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan antara satu sama lain. Isu ini pada pandangan saya sekiranya DAP bertegas hendak menjalankan pilihan raya mengejut hendaklah mendapatkan kebenaran rakan daripada parti PKR dan Amanah.

      Keputusan ini melibatkan semua pihak dan berdasarkan prinsip setia kawan dan solidariti jikalau salah satu parti membantah keputusan tersebut pilihan raya mengejut ini tidak haruslah diteruskan. Sekiranya DAP masih dengan egonya untuk meneruskan hasrat mereka tanpa persetujuan PKR dan Amanah maksudnya DAP tidaklah banyak berbeza daripada Umno.

      Malang sekali pimpinan DAP dan PKR membawa perbezaan pendapat mereka ke ruang awam dan berpaksikan satu pertunjukan yang tidak senang dilihat orang awam khususnya penyokong masing-masing.

      Keadaan bertambah teruk apabila macai parti masing-masing ambil peluang ini untuk membodek pimpinan masing-masing dengan menyokong pendirian parti mereka. Macai ini kemudian menyerang antara satu sama lain di media sosial. Tindakan mereka langsung tidak mencerminkan semangat ukhuwah yang ditonjolkan masing-masing pada 2008 dan 2013 semasa pilihan raya umum.

      Saya mengakui kini setiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai kepentingan masing-masing daripada segi perebutan kerusi, jawatan kerajaan negeri dan berlumba-lumba mengejar habuan dalam bidang politik. Setiap kritikan yang pernah dilontarkan mereka terhadap Umno dan BN kini boleh digunakan balik terhadap mereka. Dan di mulut rakyat jelata dan mula kami mendengar kata-kata Pakatan Harapan tiada banyak perbezaan dengan BN.

      Yang menghairankan saya adalah ke mana perginya suara anak muda dalam parti pembangkang yang selalunya menjadi suara hati nurani. Anak muda parti pembangkang dilihat menyokong sebulat-bulatnya keputusan orang tua dalam parti. Mungkin cara terbaik untuk mendapat dedak daripada parti adalah menjadi Pak Turut. Tetapi lama kelamaannya kita akan melihat kesan buruk yang bakal datang ke parti tersebut.

      Budaya tanggungjawab kolektif dalam politik adalah untuk mewujudkan kebersamaan dalam tindakan dan bukannya budaya Pak Turut semata-mata. Sekiranya kita mengikut jejak langkah ahli Umno dan BN yang membuta tuli menyokong pimpinan yang melakukan kesalahan maka kita sememangnya tiada perbezaan dengan mereka yang kita mengutuk.

      Sudah tibanya pimpinan DAP dan PKR perlu mengakui mereka tidak akan menang PRU14. Mereka perlu mengakui banyak kesilapan dilakukan dalam pentadbiran mereka sepanjang pilihan raya umum yang lepas hingga sekarang. Dan selepas berani mengakui kesilapan tersebut bolehlah mereka memperbaiki kelemahan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan.

      Saya menyeru anak muda dalam parti pembangkang melaksanakan peranan tradisi masing-masing sebagai suara imbang kuasa dan bersuara terhadap pimpinan parti masing-masing yang membawa kita ke mana kita berada pada hari ini.

      Masa untuk menjadi lena dan leka sudah berakhir. Ketahuilah selepas pemenjaraan dan pendakwaan terhadap pimpinan masing-masing akan meninggalkan satu vakum atau ruang kosong yang perlu diisi untuk meneruskan perjuangan masing-masing. Tetapi perjuangan tersebut tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya anak muda masih terikut-ikut dengan politik lama dan enggan memeluk idealisme politik baru.

      Delete
    2. 14.43, buat blog sendiri la bro. Tajuk lain, komen lain. Jangan paksa orang lain baca komen yg tak kena tajuk atau lari tajuk.

      Buka thread dan buat tajuk sendiri.

      Apa komen yg lari tajuk menjadi spam dan sampah pada thread ni, masih dibenarkan admin Budin, terpulanglah. Tapi mmg ANNOYING la

      Delete
    3. Yang tulis panjang2,sapa nk baca?
      Isu lari dr tajuk.
      Buat blog sendiri la

      Delete
    4. kasian dia bro! dia ni cuma nk tumpang sekaki, klu sdri blog sah xde org singgah... kan kan kan...

      Delete
  2. Dalam UMNO, siapa pedulik harga diri. Maruah dan harga diri hanyalah utk dilacurkan. Bini dan anak2 juga begitu.

    Nak letak jawatan buat ape ha? Rugi la duit masyuk kiri kanan depan belakang siang malam bro. Jawatan ni mcm tahan bubu dan lukah.. 24 jam berjalan..

    ReplyDelete
  3. Memalukan orang Perak saja!

    Balik kampung tanam jagong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik Perak pi Beraklah.

      Lepas tu baru buat baja tanam jagong.

      Delete
    2. Audzubillahi minash shaitanir rajiim wa min hamazatin shaitan!
      Lindungi lah kami ya Allah daripada kaum zalimin dan kaki finatul syaitan!

      Delete
    3. Anon 13.16
      Ya betul depa tu macam geng pemuda umno la iaitu contoh baik buat rpt polis berdasarkan fitnah latnatullah

      Delete
  4. Soekarno berkata "berikan aku 3 pemuda, akan ku goncangkan dunia ini..". Umno Najib pula berkata, berikan aku satu Naib Ketua Pemuda, akan ku goyangkan 3 orang Tan Sri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goyank? Letup la..lagi baguih.

      Delete
  5. Mana ada dah Pemuda Harapan Bangsa dalam ummo hari ni.

    Pemuda penagih dedak saja yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang si Azwan tu dirinya ada harga... maaahaaaal!
      Tapi Ahjibgor sanggup tanggung budak macainya mah!!!

      Delete
    2. Hairan sungguh aku. Buat laporan palsu pun masih tidak dikenakan apa2 tindakan.
      Sah sah pilih bulu

      Delete
  6. Umno bodoh umno bangang
    Umno setan dah

    ReplyDelete
  7. Ada sesiapa yang dalam MT UMNO yang harga diri ? Cuma Tanya, jangan marah ....

    ReplyDelete
  8. KJ = Kaki Jilat (macai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kj..??huh,Mamat ni lah buat ramai org angkat kaki pangkah pembangkang pilihanraya 2008 dlu..membusukkan ,pelingkup nm umno..jgn nak buat2 lupe pulak otai2 umno..dia ni la salahsatu punca prestasi cemerlang umno jatuh merudum teruk.lagak bdk tingkat 4 ni makin menjadi2 sejak kebelakangan ni..budak2 generasi y jgn nak perasan nak angkat dia ni hero belia..org lama umno mesti tau kes dia ni..graduate oxford konon,tp rela jd macai/balaci pemakan dedak peringkat tertinggi..phhuuuiii.!!

      Delete
  9. Azwan cuma buat kerja ikut arahan. Tapi tak menjadi kerana akan makan diri tuannya. Tuannya ingat bila ada laporan terhadap 3tan sri tu maka rakyat akan simpati dan menyokong beliau. Rupanya rakyat bersimpati pada 3tan sri tu dan makin bertambah rasa marah pada pm. Terpaksa la buat cerita baru kononnya DOJ dah tarik saman sivil keatas anak tirinya.
    Helah terus berjalan untuk memperdaya jutaan rakyat. Siapa tak kenal najib, kalau tidak pembohong maka itu bukan najib. Cuma bila dia guna duit tabur sana sini maka tak lah nampak yang kerja itu dia yang buat. Tapi yang buat tu semua balaci dia juga.

    ReplyDelete
  10. Aaaaddaaaaa....jangan risau! SALLEH KRUAK...

    ReplyDelete
  11. Plan A mereka telah gagal dan Plan B mereka pasti akan menyusul pula,, ini semua di adakan dengan tujuan untuk mengalihkan pandangan kes 1MBD semata-mata agar rakyat tertumpu kepada isu-isu berkenaan 3 Tan Sri.....!!!

    ReplyDelete
  12. Teori konspirasi ANC dgn Dana status million USD, langkah menjatuhkan pemimpin yg dipilih secara demoikrasi dan jejas keselamatan Negara blah blah sudah lama didendang. Semua pembela pakai line tu seolah skip yg standard.. RPK, LSS, Rocky Bru, JASA, menteri2.

    Jadi bila IGP kata andaian copy paste dan takda bukti, semua kena debunk.

    Terkini AG keluar pulak FAQ DOJ difacebook semacam ala propaganda JASA jawab isu 1MDB Dulu. Hampeh jugak!

    Fakta forensik DOJ lengkap dgn nama pembayar Wang,pmenerima Wang, no akaun, tarikh .. semua ada trail, ko Abih semua cerita dongeng.

    Ada berani berdepan? Fakta lawan auta?

    ReplyDelete
  13. Sanggup ke dia letak jawan ? He he he!!kerana jawatan tu lah dia dah jadi kayo rayo

    ReplyDelete
  14. Itulah dia org umno mengampu makan dedak muka mereka memang tebal

    ReplyDelete
  15. Itulah dia org umno mengampu makan dedak muka mereka memang tebal

    ReplyDelete
  16. Backfire.
    Kesian jugak dia ni kena main jea dgn boss.
    Nama pun macai...
    Harap2 dia ni bermaruah. Tunjukkan bukti-bukti dan fight di Mahkamah. Di mahkamah nanti macam-macam cerita akan timbul.

    ReplyDelete
  17. Pemimpin umno manusia ke? Kalau bukan manusia tak heranlah sebab tak ada prinsip dan harga diri. Elok lagi kucing aku kat rumah - dilatih kencing berak secara berhemah kat toilet. Pemimpin umno?

    ReplyDelete
  18. Kalau 3 Tan Sri ni tak saman si budak khairul ni...andaian saya memang lah 3 tan sri nak menjatuhkan najib dan kerajaan.

    Haa...tan sri2,kan nak diam kot.apa lagi?
    Kan xde telor??

    ReplyDelete
  19. Jika dia bukan org umno, dah pasti dia kena tindakan undang-undang. Alahai, demokrasi acuan Malaysis.

    ReplyDelete
  20. kalau siat siat akan jumpa bukti
    tapi buakn bukti jatuhkan orang
    bukti siasatan 3orang tu betoi
    jadi bial dah kantoi
    maka dikatakan andaian khayalan

    ReplyDelete
  21. Oii kome..ni sebenornye diversion kepada isu DoJ ngan 1MDB jer..kalo budak azwan tu berjaya alehkan perhatian kome..banyak le habuan akan diterimenye nanti..tu pun mungkin (andaian jer nih - tak boleh tangkap tau!) dah dapat duit gedeban..orang umngok mane ade maruah..kalo idak takkan ramei bebenor yang sanggup jadi badut sarkas dan berok makyeh..cube kome nengok Jamal Kotek Ikan Tongkol..udah selesai koje..dapat duit..tak jadi calon pon tak ngape..walaupon ketua bahagian..ade dia kesah!

    ReplyDelete
  22. Azwan bro da diberukkan oleh official barua 1 dan kari kerbau oxford dan disahkan ketua penyamun negara amat albulb.3 tan sri boleh pilih nak jadi 3 musketeers atau 3 stooges choice is yours#patriot

    ReplyDelete
  23. "Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi parti PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada di majlis bersama 6 orang pelanggan parti PAN Kelantan di perkarangan pejabat PAN Kelantan.

    Untuk makluman pembaca setiap pagi Rabu, parti PAN Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat PAN negeri. Kalau 6 orang itu kira paling ramailah. Kalau anda tak percaya kata-kata saya datanglah Rabu minggu depan dengan kamera ada boleh buktikan kata-kata saya.

    "Hari Bertemu Pelanggan" itu kira macam sedap didengar dan nampak hebat tapi sebenarnya sarapan pagi aje...

    Saya tak akan banding dengan PAS, baik kita lihat rakan baru parti PAN, UMNO. Pasal PAN ni tongkat UMNO. Kalau tak ada PAN dah lama UMNO akan tumbang.

    Kalau dibandingkan PAN dengan UMNO, lagi hebat UMNO pasal setiap pagi UMNO Ketereh terutama pemudanya Muhammad Azam Ismail sarapan pagi dengan pelanggan. Entah-entah Wan Abdul Rahim dapat idea dengan UMNO Ketereh kot!

    541 cawangan kata Wan Abdul Rahim menjelang 31 Ogos ini??

    Dulu dia ini juga kata 10 orang Adun PAS akan keluar parti dan Wan Abdul Rahim ini juga yang mewar-warkan Husam Musa akan masuk parti PAN tapi sampai sekarang parti PAN sendiri pun tak nak Husam Musa yang banyak masalah dengan parti. Takkan bodoh Mat Sabu dan Salahudin nak terima orang bermasalah dalam parti bersama mereka. Mat Sabu dan Salahudin cukup kenal siapa Husam bercakap di pentas lain buat lain.

    Saya rasa adalah lebih baik Wan Rahim tingkatkan ahli PAN daripada 700 kepada 800 orang seluruh Kelantan menjelang 31 Ogos ini, sekurang-kurangnya aada peningkatan sebanyak 14%.

    Kalau setakat ahli 700 orang nak agihkan kepada 541 cawangan rasanya macam puak PAN ni tak tahu kira-kira ilmu hisab!

    ReplyDelete
  24. Harga diri ?? Abg din silap ni. Kalau pemimpin umno ada harga diri ..takkanlah rakyat menderita macam ni.

    ReplyDelete
  25. Jenis pemimpin takde maruah dan dayus politik!!!! Berani buat tp lembik jatidiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...