Thursday 25 August 2016

PEMIMPIN UMNO AKAN MASUK BERSATU?


Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu,  BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai.

Jangan pandang mudah kerana BERSATU boleh jadi merupakan pencabar yang gagah dan mampu menggugat UMNO, ujarnya lagi.

Tetapi, adakah UMNO dan BN benar-benar melihat BERSATU sebagai cabaran kepada mereka?

Berapa ramaikah yang sedar mengenainya dan kemudian berusaha memperkuatkan UMNO di bahagian masing-masing?
Jika dilihat secara umum, pimpinan UMNO seolah-olah tetap selesa dan yakin mereka akan kekal berkuasa, meskipun setelah wujudnya BERSATU.

Di peringkat pimpinan yang selalu muncul di media, majoritinya lebih banyak memperlekeh kewujudan BERSATU sebagai tidak mampu memberi cabaran kepada UMNO, malah ramai juga yang meramalkannya akan menerima nasib seperti Semangat 46 akhirnya.

Selain itu, tidak ternampak sama sekali usaha luar biasa di peringkat akar umbi oleh pimpinan UMNO untuk lebih memperkukuhkan parti atau menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

Semuanya macam biasa-biasa saja, tiada apa-apa yang berubah pun berbanding setahun atau dua tahun yang lalu.

Kenapa ini berlaku? Tidak bimbangkah mereka UMNO kehilangan kuasa?

Dalam tinjauan rambang kepada beberapa pimpinan UMNO di seluruh negara, mereka sebenarnya bukan tidak bimbang atau gundah gulana dengan wujudnya BERSATU ini.

Namun, kata mereka, apa yang boleh dilakukan lagi memandangkan semua masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh Najib Razak dan selagi beliau kekal, kecelaruan akan terus berlaku.

Usaha-usaha pemulihan parti atau meningkatkan kerja di peringkat akar umbi juga, kata mereka, tidak mungkin menampakkan sebarang kesan selagi punca segala masalah dalam parti dan negara masih tercongok di Putrajaya.

Bagaimana jika UMNO dan BN kalah pilihanraya nanti? Tidak bimbangkah menjadi pemimpin dalam parti yang tidak ada kuasa?

"BERSATU tidak banyak berbeza dengan UMNO, malah pemimpinnya juga adalah bekas pemimpin UMNO. Kita juga yakin sebahagian besar yang akan menyertai BERSATU nanti adalah juga bekas ahli-ahli UMNO.

"Jika UMNO kalah dan BERSATU menjadi sebahagian kerajaan baru, ketika itu kita akan memilih untuk menyertai BERSATU untuk meneruskan perjuangan.

"Apa yang susahnya....sekarang biarlah Tun Mahathir memperkuatkan BERSATU dulu."

Alamak, macam tu pulak!! (SH 25/08/2016).

28 comments:

  1. Kalau macam tu Kuli,mari kita ramai-ramai keluar UMNO dan masuk BERSATU.UMNO ni dah tak relaven lagi.
    UMNO ni dah macam kereta buruk dan pemimpinnya hanya pentingkan kekayaan keluarga dan kroni.
    Cakap je nak memperkasakan orang melayu tapi macam tin kosong.Apa pun tak ada.Pemimpin UMNO ni,majoritinya semua hampeh.Cakap dah macam orang tak siuman.Otak macam letak kat kepala lutut.Masih ada hati lagi nak bodohkan rakyat.

    Ko jilatlah Najib tu sampai kering air liur.Ko kipas lah najib tu sampai tercabut tangan.

    Ingat,sampai masa nanti ko semua akan masuk Sg Buluh ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai ahli2 umno....jgn pilih ketua yg MENCURI duit rakyat.
      jangan jadi BODOH

      Delete
    2. Laa baru sedar ke? Bkn nya baru skrang, dari dulu, kini & selamanya pemimpin umno ni ramai yg sampah dari yg bole pakai

      Delete
  2. Betul tu...UMNO atau Bersatu sama je.
    Cuma parti baru melayu kita boleh clarify lagi tujuan dan matalamat parti baru.
    UMNO sekarang kosong kerana tenguk saja siapa yang ada.
    Azlina, KJ , Hishamudin.
    Yang kuat brand UMNO, mereka ni mcm Salleh, Rahman semua menempel.
    Kita perlu Melayu yang berjuang untuk kepentingan Melayu bukan apologist atau mahu cepat kaya dengan kontrak.
    Kita mahu kekayaan sama rata, budaya melayu yang mantap, sukan melayu yang mantap, sekularisma moden bukan arab totok pakai jubah, itu semua melayu umno pas zaman 50 puluhan.
    Sebab itu Melayu tak kisah.Cina skg makin kaya, bangla makin ramai, india makin ramai di kerajaan umno.
    PKR yang tak ada orang pun boleh hidup dan dapat kuasa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg nak ditakutkan?

      Bukankah selama ini hulubalang2 umno yg gagah perkasa seperti keruak, nazri aziz, freddy krueger, ramona dahlan, shima bapok,mat basah dan yg lain2 berkata BERSATU tidak akan memberi sebarang impak kpd umno.

      BERSATU ni parti nyamuk saja. Parti orang2 susah. Jadi nak takut apa kalau nak dibandingkan dgn umno yg mempunyai kekuatan duit berbilion ringgit, pengaruh media arus perdana yg kuat dan ahli berjuta juta orang.

      Delete
  3. Ya.. bersatu ni pun, kompulan perompak juga. Lari mulut singa, masuk mulut buaya. Terlepas mulut buaya, masuk mulut biawak.

    Nak pilih siapa? Janhan malu, jangan segan, pilihlah perompak juga. InsyaAllah selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..yg ni btol. Sokong 100% statement ni. Igt kn bila da tamat era pemimpin yg anak2 nya kaya tahap dewa2..dpt plak era pemimpin yg satu family kaki kapor. Pengundi melayu pn da cuntfuse nk undi sape sbb kluar mulut buaya masuk mulut singa

      Delete
    2. Jgn termakan dgn kenyataan en kuli tu.. Itu yg dia nak org ramai fikir.. Bersatu sama dgn umno.. Dasar keahlian saja yg sama malah bersatu lebih baik sbb buka keahlian pada bukan melayu juga.. Yg jelasnya bersatu takda 1mdb.. Taj sbbkan hutang negara meningkat.. Tak jatuhkan ekonomi.. Bukan buat gst.. Harga minyak naik.. Tol naik.. Tambang kenderaan awam naik.. Elektrik naik.. Subsidi dihapuskan. Kawasan bebas cukai dimansuhkan.. Tempat ketak kereta harga mahal.. Brg mknan mahal.. Serba serbi masalah.. Semua dtg dari pentadbiran umno.. Kehadiran parti bersatu adalah utk bersama dalam wadah perubahan bersama parti pembangkang yg sayang pada negara.. Benar byk masalah dlm pakatan pembangkang.. Itu yg harus diusahakan bersama dlm mencari titik bersama kearah perubahan.. Kita tak boleh harap parti umno lagi..
      Persoalan kenapa parti bersatu mirip umno.. Ada lah kerana parti bersatu untuk memenuhi pilihan pengundi yg selesa satu kaum.. Utk yg selesa pelbagai kaum anda ada byk pilihan lain.. Pkr. Dap.. Pas hanya melayu saja sama dgn umno dan bersatu..
      Parti bersatu diwujudkan utk memenuhi pilihan kepelbagaian citarasa para pengundi selain umno.. Org umno yg kecewa lebih rela masuk bersatu dari pkr atau dap dan pas..
      Mic utk india.. Mca dan gerakan utk cina.. Umno... Pas Dan bersatu (bukan bumiputra boleh juga) utk melayu.. Dap dan pkr utk pelbagaui kaum.. Parti2 dari sabah dan serwak hanya utk peribumi mereka.. Pelbagai pilihan pengundi..

      Delete
    3. Hehe..jgn yakin sgt. Belum tau lg apa yg bakal terjadi. Maklum lah...dari acuan yg sama. Kalau x sama bentuk nya sekurang2 nya sama bau nya.

      Delete
  4. Ku Li ni jenis pemimpin lalang takde pendirian. Bising sekejap utk harap kan dedak dari MO1 pastu senyap. Jenis suka pukul belakang dan ambil kesempatan utk diri sendiri. Apa peranan dia utk perbetulkan keadaan negara dgn kemelut 1MDB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurung setuju pendapat anon 21:36. Bukan tengku razaleigh lalang. Tetapi dia dah tak boleh buat apa². Kapal klu dah nak karam,apa yg boleh di buat selain dari menyelamatkan diri masing². Semua peralatan dah rosak,air dah penuh,kapal dah bocor. Takkan baru nak baiki. Agak² sempat lagi ke nak dibaiki...

      Lebih baik dia berkata jujur. Tunggu TUN perkuatkan Bersatu, lepas tu tinggalkan ameno...

      Delete
  5. Bersatu lebih baik screen dulu pemimpin umno mana nak join. Jangan pulak mengumnokan bersatu....nanti rakyat sendiri perlekehkan bersatu. Lagi hebat kalau buat list sapa tak boleh masuk bersatu....akan benar2 meyakinkan rakyat yang bersatu ni for real, nak tubuh kerajaan, bukan setakat nak mencabar umno.

    ReplyDelete
  6. Kehabcuran dan lenyapnya umno bn dari sejarah makaysia kelak

    ReplyDelete
  7. Melayu telah ujud beribu tahun. Ameno ujud baru 70 tahun. Dahulu beribu tahun sebelum adanya ameno, melayu boleh hidup. Melayu berunai tiada ameno, mereka hidup. Ramai lagi melayu di luar sana boleh hidup walau tanpa ameno. Oleh itu, usahlah risau jika dengan parti Bersatu atau parti lain. Melayu tetap hidup.

    ReplyDelete
  8. Ala Bersatu ke umno ke pas ke pkr ke peangai semua sama. Dia kata dia.. dia kata dia. Kong kali kong jugak.

    Memperkasakan Melayu..sudah la..jam belum cakap melambung-lambung. Bila kalau dah dapat kuasa belum tau lagi.
    Sebenarnya tak ada jaminan pun.
    At least orang Melayu ni boleh la ada pilihan sikit. Sikit aje.
    Kalau tak balik balik umno. Balik balik pas. Balik balik pkr. Ni sekarang ada amanah lagi..dan kemudian bersatu.

    Umno ni sebenarnya sekarang bongkak dengan orang Melayu. Itu le sebab orang Melayu dah menyampah tapi pemimpin umno yang hanya layak dipimpin ni tak sedar diri dan tak sedar dek untung. Kita bagi peluang berkhidmat kepada kita, masing masing buat kerja kotor mengumpul harta karun untuk anak beranak. Kita ni tengok terkulat kulat aje. Tengok la sendiri banyak orang besar umno ada kes. Dia orang ni jenis tak tau malu. Telan ludah sendiri.
    Harap harap Bersatu ni nanti bakar la sifat dan sikap umno ni. Jangan ada sifat dan sikap Pas jugak. Serban aje boleh harap. Kalau doa Pas mujarab negeri Pas tak lintang pukang. Sikap dan sifat Pkr ni pun jangan ikut.

    Orang Melayu nak kelainan. Kalau tak boleh dapat pun jadi la Bersatu macam Umno tahun 50an. Yang berjasa. Bersih. Cekap. Amanah.

    ReplyDelete
  9. UMNO tersendeng dan udah senget semenjak presiden menjadi punching bag geng Bersatu.
    Bersatu bukan sahaja boleh menggiurkan ahli UMNO malah dilihat sebagai pintu utama yang berkeupayaan menggamit perubahan dominasi UMNO kepada kuasa pribumi.
    Bersatu tidak boleh disamakan dengan parti semangat 46 yang terdiri dalam kelompok "UMNO lama'. Bersatu mungkin boleh dilihat sebagai perspektif lain iaitu rebranding .
    UMNO sudah lama terkesan dengan politik wang dan difokus sebagai pemerhati luar sebagai parti racist. Istilah pribumi yg mewakili para pendudk asal adalah lebih besar daripada UMNO yg khusus untuk etnik melayu. Maka pribumi tanah Semenanjung jika digabungkan dengan pribumi Sabah dan Sarawak dibawah bersatu mungkin boleh menguatkan kedaulatan dan mengukuhkan perjuangan secara bersama.
    Oleh yang demikian pemikiran Tun M jika selari dengan pendapat ini bakal menghasilkan suatu titik perubahan baru yang bermomentum kuasa pribumi.

    ReplyDelete
  10. Bukan hanya pemimpin umno shj yg tgh nazak...umno sendiri pun dah nak kena kafan. Gaji kakitangan ibu pejabat umno pwtc pun dah 2 bulan tak bayar. Duit parti najib bawak lari cover hutang 1mdb & belanja peribadi. Bahagian & cawangan pun takde duit nak buat aktiviti. Brapa ramai ahli yg dah putus asa di bwh pemerintahan najib. Yg tinggal cuma org atasan yg tak sedar2..hahaha. Selamat tinggal umno.

    ReplyDelete
  11. Jangan lupa....kita pakat pakat buat solat hajat dirumah memohon kapada ALLAH supaya SEMUA PENGKHIANAT BANGSA diberi petunjuk. Kapada kawan semua...tolonglah buat solat hajat jika anda masih sayang kapada negara kita Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Hang buat parti sendiri lah ye?, hang jadi presiden, anak hang jadi timbalan.
    Jika menang undi hang boleh jadi PM ganti najis.

    ReplyDelete
  13. Saya tertarik dgn satu artikel dlm akhbar Sinar semalam. Penulis mencadangkan pemimpin2 Bersatu perlu lebih agresif dan sudah turun padang.

    Penulis tersebit membandingkan bagaimana Anwar Ibrahim menjelajah ke hampir semua tempat di serata pelosok negara dlm tempoh 18 hari selepas dipecat dari kerajaan dan Umno.

    Tidak perlu tunggu ROS lulus baru nak bergerak. Lagipun kita sudah tidak punya banyak masa. PRU14 akan diadakan pada bila2 masa. Sebab BN yakiñ menang besar dlm keadaan parti2 pembangkang yg lebih cenderung utk bercakaran sesama sendiri.

    Ikutlah resmi Uber dan GrabCar. Walaupun belum diluluskan dan dikuatkuasa secara rasmi, ribuan kereta sapu mereka sudah berkeliaran di Lembah Kelang dgn garangnya.

    Majoriti rakyat yg inginkan perubahan merasa sungguh kecewa dgn kegagalan pembangkang bersatu hati. Rakyat bagai dikhianati barisan pembangkang yg seolah2 hilang punca.

    Saya tak mahu menyedapkan hati sendiri dgn berkata pembangkang akan menang apabila realiti berada di sebaliknya. Barisan pembangkang akan kalah teruk.

    Kalau Anwar Ibrahim tidak berada di dalam penjara beliau mungkin boleh diharapkan mengatasi perpecahan ini.

    PAS dan 'one man party' Ikatan baru2 ini mengisytiharkan gabungan mereka sebagai Gagasan Sejahtera. Saya melihat peranan mereka tidak lebih dari menjadi pemecah undi utk memenangkan UMNO/BN. Ini sebenarnya bukan pendirian majoriti ahli akar umbi PAS seramai lebih sejuta orang itu. Ini adalah pendirian dan tindak tanduk bebetapa kerat pemimpin atasan dlm PAS yg menguasai parti itu. Mereka melakukannya atas sebab2 yg mereka sendiri ketahui.

    Tak sangka tergamak mereka mengkhianati kesucian perjuangan Islam. Tidak takutkah kpd Allah ?

    Oleh itu yg perlu kita tentang bukanlah parti PAS. Tetapi hanya pemimpin2 atasan tertentu dlm PAS. Pemimpin2 ini sangat tegas dlm hal perempuan kelihatan seksi tetapi bukan sekadar memejamkan mata malah sanggup bersekongkol dgn pemimpin2 rasuah. Inikah perjuangan Islam?

    Apabila majoriti ahli akar umbi PAs bersuara dgn lantang akhirnya pemimpin2 atasan yg tersasar ini terpaksa tunduk dgn desakan ahli2 jika mereka tidak mahu kehilangan jawatan tinggi dlm parti.

    Apabila difikirkan dgn mendalam dan penuh keinsafan, timbul soalan.... Siapa sebenarnya kafir harbi? Siapa munafik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa ada parti, tanpa jadi ahli, macam mana nak buat kerja? Borang ahli pun belum ada. Nak buat siri jelajah, biar isi borang ahli sekali. Tubuh cawangan, tubuh bahagian. Bukan jelajah kosong. Kami (rakyat biasa yg tak kejar jawatan) pun dah standby 20-30 ahli sbg permulaan untuk bawa masuk sebaik shj Bersatu diluluskan. Ramai lagi nak join termasuk ahli umno yg kecewa. Bukan bagi cadangan macam2, cakap berapi tapi diri kita sendiri cuma tengok dari jauh. Masa anwar dulu lain..masa tu dia terpaksa hadapi kes. Sabar tuan..dalam 10 orang kita jumpa hari ni, 8-9 orang meluat dgn najib/umno. Tak kira sama ada pengundi atas pagar/anak muda/makcik2..bahkan ramai tekad tinggalkan umno. Platform je berbeza.

      Delete
    2. Tidak bijak menganggap Pas dan Ikatan sebagai parti pembangkan. Tu anggapan yg menjurus kpd political suicide.

      Pas dn Ikantan patut dianggap 'unofficial allies'

      Delete
    3. samb: Pas dan Ikatan patut dianggap 'unofficial allies' Umno dan Cash King. Spt kata Zahid, org2 Pas kiKelantan sokong Cash King.

      Delete
  14. Pemimpin2 Umno adalah kaki rasuah dan pemakan dedak yg ditabur olih Cash King. Minda mereka diselaputi kemewahan hidup hasi dari wang haram. Mereka bongkak, ujub dan sombong dan tabii mereka merendahkan atau memperlekehkan orang lain. Mereka kurang ada 'analytical mind'.

    Hanya melayu2 bodoh shj yg memandang mereka sebagai pemimpin melayu.

    ReplyDelete
  15. Bn dan Umno hanya menunggu masa untuk dikuburkan insyaallah dlm pru14 ini mca mic dan gerakan mereka ni sebenarnya dah mati cuma kaut keuntungan je maka marilah kita org melayu sokong Ybg Tun dan TSMY memperjuabgkan pederitaan rakyat aaammmmiiiinnnn

    ReplyDelete
  16. Bn dan Umno hanya menunggu masa untuk dikuburkan insyaallah dlm pru14 ini mca mic dan gerakan mereka ni sebenarnya dah mati cuma kaut keuntungan je maka marilah kita org melayu sokong Ybg Tun dan TSMY memperjuabgkan pederitaan rakyat aaammmmiiiinnnn

    ReplyDelete
  17. Pemimpin korupsi dan kleptokrasi akan masok sg.buluh.Orang melayu yang miskin dan dihimpit kemiskinan sudah tiada apa yang tinggal melainkan mewariskan mentaliti fanatik agama dan rasis kepada anak cucu mereka, berbeza dengan puak korupsi dan kleptokrasi yang punya harta berbilion berjuta diwariskan kepada anak dan mewariskan laluan mudah politik kepada keturunan mereka.Ramalan demi ramalan politik pabila parti baru muncul, ironinya cash is king akhirnya akan menguasai manusia.

    ReplyDelete
  18. jumpe esok di dataran merdeka.sama2 ramai2 jerit kuat2 " HIDUP HIDUP,HIDUP RAKYAT,MANSUH MANSUH,MANSUH GST,TANGKAP TANGKAP,TANGKAP NAJIB,TUMBANG TUMBANG,TUMBANG BN. "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...