Hari ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.
Oleh kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai perbicaraan itu menjelang lewat malam nanti.
Mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita pula berjumlah AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta daripada AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta yang dikesan oleh penyiasat FBI telah diselewengkan daripada 1MDB.
Mohamad telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Khadem pula ditangkap di Abu Dhabi kira-kira seminggu yang lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka akan hadir atau sebaliknya dalam perbicaraan hari ini untuk mempertahankan pelucutan hak aset yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS itu.
Begitu juga, tiada khabar berita sama ada Jho Low dan Riza Aziz akan hadir atau tidak. Juga tidak diketahui di mana kedua-dua mereka berada pada waktu ini.
Ada khabar mengatakan Riza Aziz berada di Malaysia pada minggu lalu, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.
Jho Low juga begitu, tiada siapa tahu di mana beliau berada ketika ini. Cuma diberitakan kapal mewahnya sedang berada di perairan Hong Kong.
Dengan itu, tidak pasti sama ada mereka akan hadir dalam perbicaraan untuk mempertahankan aset-aset yang mahu dibekukan itu atau akan membiarkan saja ia dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Dalam waktu yang sama, Peguam Negara, Apandi Ali juga dilihat senyap seribu bahasa sejak akhir-akhir ini dan tidak mengesahkan sama ada akan hadir atau tidak mengikuti perbicaraan tersebut.
Hanya pada 1 Ogos lalu, Apandi ada memberikan kenyataan untuk mempertimbangkan kemungkinan beliau sendiri atau menghantar pegawainya untuk hadir menghadiri perbicaraan itu.
Apakah Apandi atau pegawai Jabatan Peguam Negara sudah berlepas ke Amerika sekarang ini?
Jika Jho Low dan Riza Aziz tidak menghadirinya, keputusan perbicaraan barangkali sudah boleh dijangka dan ia pasti akan memasuki episod seterusnya seperti kemungkinan akan disusuli saman jenayah dan sebagainya.
Ketidakhadiran Jho Low dan Riza Aziz juga tentunya tidak memerlukan Apandi atau pegawainya hadir untuk mengikuti perbicaraan.
Bagaimana jika Jho Low dan Riza Aziz tiba-tiba hadir, tetapi tiada sesiapa daripada Jabatan Peguam Negara Malaysia menunjukkan muka mereka?
Tidakkah ia bermakna Jho Low dan Riza Aziz seperti tidak diberikan sokongan moral oleh Malaysia?
Tak simpatikah kerajaan Malaysia pimpinan Najib kepada Jho Low dan Riza Aziz? (SH 22/08/2016).
Tunggu emas dari rio, tak dapat emas tak apa bukan ada salah DLCW tak perlu minta maaf.
ReplyDeleteTunggu berita dari Los Angelas, dahlah tak datang perbicaraan, harta disita dan kedapatan salah adakah puak kleptokrasi akan meminta maaf kepada malaysia?
Eric tan tidak didakwa?
Delete1447...eric mana pulak neh?
DeleteTiada sebab kenapa siapa-siapa pun dari Kerajàan Malaysia KM perlu pergi ke LA.
ReplyDeleteKM yang bermula dari MO1 sendiri hingga lah ke opis boy putrajaya manafikan sebarang talian 2 penyamun tersohor itu ada kena-mengena dengan 1MDB/KM, maka apa kejadahnya Pandi Ali ada uar-uar nak hantar wakil pulak?
Kalau lah Pandi Ali atau ahli-ahli yang sewaktu dengan beliau pergi ke sana sebagai wakil maka sudah tentu lah mereka mewakili dua penyamun tersebut, kan?
Dengan itu persoalan pelik bin benar yang timbul ialah kenapa KM sekarang hendak ada kena-mengena pulak dengan 2 penyamun tersohor itu pulak seikarang?
Ini kes "biasa" AS dan jua MO1. Buat apa kita beria-ia menghabiskan duit cukai rakyat nak ke LA demi kepentingan 2 orang penyamun?
AG oi, nko ni siuman ke? Sejak bila penyamun-penyamun Malaysia dapat keistimewaan dari KM? Sejak Botak Chin?
Mungkin beliau sedang mengira dadu..." Nak pergi ke tidak...nak pergi ke tidak...."
ReplyDeleteNanti bila dah dapat keputusan beliau akan umumkan le tu...sabar ye semua.
Apa pun keputusan di mahkamah US nanti...yang nyata....walaun akan tetap menyalahkan PAN dan DAP...hihi
Dengar khabar, Jho Low sudah balik ke Malaysia. Dikelilingi pengawal peribadi yang amat ketat. Tinggal di sekitar kawasan Conlay. Jika betul Jho Low sudah balik ke Malaysia maka Riza juga telah pulang.
ReplyDeleteDan ingin saya bertanya, adakah PAS sudah saman Sarawak Report? Tunggu apa lagi?
Tunggu Hari Selasa.
DeletePengawal peribadi tu untuk menepis hantu tong simin je.
Deletehari rabu
Delete2 ekoq tu tak pernah keluar statement membela diri untuk menjawap segala pertuduhan yang riuh satu dunia, apakehel plak AG nak hantar wakil ke US? Baru saya ingat..besok hari SELASA keramat kelembai yang ditunggu-tunggu.
ReplyDeleteMereka segan nak pergi ke Amerika takut tak balik lagi......!!!!! Pepatah melayu ada mengatakan " pergi tak kembali"
ReplyDeletePulang untuk menuntut ilmu dari tuang guru pundekar boges halilintar membelah bumi.Ilmu muke selamba bibir merah pantang mundur redah tsunami.
DeleteHebat AG kita nih. Berkhidmat untuk rakyat marhean dengan bersungguh.
ReplyDeletesaya amat yakin bahawa pihak tertuduh akan memohon penangguhan.
ReplyDeletenamun ini adalah tanda2 yg kesalahan tlh berlaku n misi pihak yg d shaki bersalah akan cari apa juga alasan utk melewatkan kes ini d bicarakan.
Duit teket gi sana, nnti back charge dekat mak dia org yea...
ReplyDeleteKerajaan Malaysia dah papa kedana, duit untuk beli tiket terbang untu AG pun tak ada budget.
DeleteIngatilah Encik Apandi yang tergelar AG, amaran surah Yasin:
ReplyDelete(9) "Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka [sifat tamak haloba mereka kepada harta dan pangkat yang menghalang kesedarannya pada keburukan dan kefanaan dunia yang kini], dan sekatan di belakang mereka [yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang bakal sampai hari kelak]. Lalu Kami tutup penuh pandangan mereka; maka mereka tidak lagi dapat melihat (mana jalan yang benar atau yang palsu).
(10) Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
(11) Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut kepada Ar-Rahman (enggan melanggar perintah Allah) semasa ia tidak dilihat orang dan pun semasa ia belum melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia."
Benarlah kata-kata Allah
DeleteMentaliti dan pegangan Melayu, Surah Yasin bila dibaca untuk kalahkan Setan dan Arwah..walaupun dibaca berkali di setiap malam Jumaat atau Majlis Tahlil, sepatah ayat dari Surah Yasin itu dia tak faham dan amal...Melayu Islam Burung Kakak Tua
DeleteHahaha sudah pasti simpati sebab ketua pentadbirnya bapak kepada pencuri itu. Mau engkau kalu mak pencuri tu mengamuk bila anaknya tidak mendapat pembelaan!
ReplyDeleteApandi sekarang ada menyorok bawah ketiak najib.
ReplyDeleteKetaq lutut.
Didunia ini semua penyangak penerima rasuah pencuri penyamun yg ada kuasa boleh melindungi diri mereka tetapi diakhirat nanti takkan nak bawa peguam bela pulak jawablah depan allah dan terimalah balasanya itulah kuasa dunia
ReplyDeleteHa ha,,,,anjung kurap pandap teruja beno bermakna dgn " barang kali, tidak pasti,adakah."..teruskan anjing2 kurap sekalian menyalak bukit...ouk, ouk, berseronok lah wahai anjing2 dgn teori dan omongan kosong korang.....
ReplyDeletesiap menyalak lg,...mesti selalu jadi anjing ni,...sonok ke jadi anjing?,
DeleteDidunia ini semua penyangak penerima rasuah pencuri penyamun yg ada kuasa boleh melindungi diri mereka tetapi diakhirat nanti takkan nak bawa peguam bela pulak jawablah depan allah dan terimalah balasanya itulah kuasa dunia
ReplyDeleteYang curi duit rakyat, aku doakan cepat cepat pi mampos.
ReplyDeleteBalasan seksa kalau sabit, biarlah didunia agar diambil iktibar oleh penyamun lain.
ReplyDeleteBerkata presiden pan..."
Delete"Rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini semakin berleluasa sementara melakukannya pula seperti diizinkan dan menjadi perkara biasa,"... Kah kah kah...rasuah Tokong lge tu guane abg mat? Sembang ja deraih,,, semacam ja hangpa tu dgn umno...
Umngok dan pas (sedondon) bangang diluar kemampuan ekonomi negara untuk pulihkan.Bangang tak betepian, bangang melimpasi sempadan..begitulah tahap kebodohan pas pis pus dan umngok.
DeleteKalau PAN+DAP= PANDAP...Maka tepatlah jika PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA = PIGS!. ... aku tadak parti... cuma nak tanya ja ha ha ha. Yg lawan rasuah..yg lawan kezaliman tu la yg aku sokong..
DeletePencuri tetap pencuri..berhujahlah dengan dalil-dalil agama (islam/kristian/buddha/hindu dll agama) pencuri bila ketempat ibadat (masjid/gereja/tokong/kuil dll tempat ibadat) pencuri itu akan tetap mencari kesempatan untuk mencuri duit tabung (masjid/gereja/tokong/kuil dll tempat ibadat) duit derma ikhlas penganut,kasut dan lain2 barang berharga yang boleh memberi keuntungan duniawi kepada pencuri.
ReplyDeleteTahu kah anda rakyat Malaysia mengapa size badan PN SRI ROSMAH mengembang secara drastik...?
ReplyDeleteSiapa kah yg di selubunginya.?..
Says Rasa tekaan anda pasti yg tepat sekali....itu sebab dia yak BERANI pergi ke RIO utk memeluk DLCW..
Jangan Rasa malu Dan Rasa mual bila DSNR mempertikaikan MARUAH Bekas Bekas ORANG KUAT UMNO.
Paling benar tumit kaki DSNR yak BERANI di jejakan di lantai yg raya.
SO..CINTA NAJIB BERERTI CINTAI DUIT KAMU.
Seandainya Najib bagi arahan kpd pihak tertentu...
ReplyDelete" Saya mahukan MO1 itu...ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin. Bikin malu sama saya sebagai Mr. Prime Minister of Malaysia. Haram jadah punya MO1!! Saya mahu MO1 hidup atau mati!!!"
Agak2 boleh jumpa tak MO1 tu?? Hehe
Najib cakap Bush pun tak kritik Obama. Hisham cakap atuk dia pun tak rosakkan umno. Org ummo tau tak yg dalam dua situasi diatas lain cerita. Ketua dia tak mencuri. Agaknya dapat tak ahli umno bezakan tu ???
ReplyDeletepandir nak pi tapi rasa macam kerdil dinegara orang
ReplyDeletekat sini boleh tunjuk x
pi mampuih lagi baik la puak ni
Umno dah gila neroyan
ReplyDeleteBn di bawa lemas tenggelam
Selamat semua..
ReplyDeleteDok tunggu berita dari Amerika;
Apa cerita?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete