Thursday, 4 August 2016

SATU LAWAN SATU - FORMULA SEBENAR TERLETAK PADA PAS


Dengan tidak semena-mena, tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Mustaffa Ali tampil mencadangkan agar parti-parti pembangkang mencari formula pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan dalam PRU 14 akan datang.

Kata beliau, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihanraya Pas atau JPP Pusat, pertandingan satu lawan satu adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa BN yang memerintah negara sekarang ini. 

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada satu lawan satu, ia memberi laluan mudah untuk BN terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana akan menjadikan UMNO dan BN lebih angkuh serta terus melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang melemaskan rakyat," katanya lagi.
Apakah saranan ini merupakan kesedaran Mustaffa Ali dan JPP Pusat saja atau kesedaran yang sudah menyelinap ke dalam diri seluruh  pimpinan Pas, termasuk Hadi Awang dan juga Dr Haron Din?

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Mustaffa Ali itu bukanlah perkara baru atau asing bagi parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta di kalangan rakyat yang inginkan perubahan.

Pakatan Harapan telah melontarkan idea pertandingan satu lawan itu ketika pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dulu lagi berikutan sedar bala daripada pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu.

Tetapi, siapakah  yang awal-awal menolak untuk berkompromi?

Siapakah yang beria-ia mengatakan Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi milik mereka yang kononnya telah ditandingi sejak merdeka lagi, walaupun tidak pernah memenanginya?

Jika Pas ingin merealisasikan formula pertandingan satu lawan satu menentang BN menjadi kenyataan, yang paling awal perlu mereka dilakukan ialah sentiasa berlapang dada, berunding dengan kepala yang dingin dan jangan meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum perundingan dimulakan.

Dalam suasana sekarang, kiranya benar ada semangat untuk bekerjasama, ingin pertandingan satu lawan satu dan betul-betul mahu menumbangkan BN, Pas harus menerima realiti yang ada di depan mata iaitu DAP dan Amanah ialah sebahagian daripada Pakatan Harapan serta menyambut baik kehadiran parti baru tajaan Tun Mahathir Mohamad.

Pas tidak boleh misalnya, hanya ingin bekerjasama dengan PKR sahaja, tetapi enggan sama sekali duduk semeja berunding atau berkompromi dengan DAP dan Amanah.

Begitu juga, Pas tidak boleh jika hanya mahu bekerjasama dengan PKR serta parti baru Tun Mahathir semata-mata, sebaliknya bertindak membelakangkan DAP dan Amanah.

Berdasarkan realiti politik semasa dan komposisi pelbagai kaum dalam negara, kehadiran semua parti haruslah diterima seadanya, dihormati dan dengan berlapang dada.

Soal perbezaan ideologi dan pembahagian kerusi mesti ditangani dengan sebaik-baiknya, kiranya benar UMNO dan BN adalah musuh utama yang mahu ditumbangkan dan rakyat ingin dibela.

Jika dilihat berdasarkan senario di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan memang sedia untuk berbincang bagi mencari formula agar pertandingan satu lawan satu menjadi kenyataan, malangnya ketika itu Pas yang lebih berkeras untuk meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut tanpa mahu berganjak walau sedikit pun.

Maka itu, untuk PRU 14 akan datang, formula sebenar bagaimana merealisasikan pertandingan satu lawan satu itu lebih banyak terletak kepada Pas. Pakatan Harapan dan parti baru Tun Mahathir barangkali lebih terbuka dalam perundingan dan perbincangan kerana yang utama bagi mereka ialah UMNO dan BN dapat dikalahkan.

Jika Pas sedia melembutkan hati sendiri, menerima realiti dalam bekerjasama dan tidak terlalu keras untuk tetap bertanding di semua kerusi tradisi, termasuk kerusi tradisi kalah, hasrat satu lawan satu menentang BN dan kemudian sama-sama menubuhkan kerajaan lebih mudah untuk dicapai.

Yang penting bukan banyak mana kerusi hendak ditandingi, tetapi berapa kerusi yang boleh dimenangi. (SH 04/08/2016).

59 comments:



  1. inilah jalan terbaik, mohon diusahakan...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semudah itu bro selagi dedak bertaburan. Hapuskan dulu sumber dedak tu...

      Delete
    2. Stopa ni kene sakit bisul. Sama mcm Hadi ngan Harun Din. Lambat nak kebah bisul kat lubang2 jub+q ni..pakat2 tumbuh serentak, bertahun2 ambil masa nak sembuh.

      Delete
    3. pas ni boleh harap ke ??????

      Delete
    4. Pening pening ahli ahli PAS dibuat dek pemimpin mabuk dedak+nasi kangkang umno/bn ni...

      Sekejap cakap PAS kuat bersendirian, sekejap lagi cakap tahalluf, sekejap lagi cakap perlu taawunn, sekejap cakap pasal pepaduang melayu....yg mana satu halatuju ni???

      Kalau Presden dah mabuk nasi kangkang, tukar je lah dgn orang yg lebih layak. Kesian pengikut dan penyokong bawahan habis jadi celaru, harubiru.....

      Delete
    5. Apa kata DAP dan PKR korbankan kerusi mereka pada PAN. Biar PAS kekal bertanding di kerusi sedia ada mereka. Pasti 1 lawan 1 berlaku. Sebaliknya yang hanya dikorbankan kerusi PAS bagi ke PAN.

      Delete
    6. Hari ni cakap lain....esok U-Turn.....

      Delete
  2. Dia org ini cakap tak serupa bikin cakap lain buat lain dlm parti ini terlalu banyak bos yg mana satu ketua kita pun tak tahu yg pentingnha jangan percaya cakap mereka eloklah org melayu sokong DAP lagi baik dpd org islam tetapi cakap berbelit belit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn percayalah kat stopas sakit lutut tu.

      Delete
  3. Dia org ini cakap tak serupa bikin cakap lain buat lain dlm parti ini terlalu banyak bos yg mana satu ketua kita pun tak tahu yg pentingnha jangan percaya cakap mereka eloklah org melayu sokong DAP lagi baik dpd org islam tetapi cakap berbelit belit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn percayalah dgn parti yg suka buat U-Turn.
      Kalau nak mampus buatlah kerjasama dgn Pas = Parti Ajaran Syaitan.

      Delete
  4. ALAHAI sudah ralat untuk percayakan janji janji manis dari PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok aji Tok lebai Tok aji pun menibai

      Delete
  5. Pas pro umno.
    Tp umno ni mmg lah bodoh selamanya, pas ni nk pjt bahu umno unt capai matlamat tawan putrajaya. Sb tu kalau kita prasan byk statement lebai pas ni berbelit2. Katanya lawan umno tp dlm masa yg sama boleh pelukcium umno. Hadi dh buat itu buktinyer.
    So nk caya lg manusia2 mcm ni? Tepuk dada tanya imam. Nampak mcm perangai syiah aje

    ReplyDelete
  6. cakap pemimpin pas nie..
    dengar boleh..nak percaya jangan sekali sebelum dibuktikan benar..
    sejak dulu sampai sekarang.. cakap memang putar alam..

    ReplyDelete
  7. Tidak ada keikhlasan dalam sanubari kepimpinan PAS bila berbicara mengenai satu lawan satu semasa piliharaya. Pandangan Mustafa ini sebenarnya menggambarkan keresahan segelintir pemimpin PAS terhadap masa depan mereka dan kekalutan PAS dalam menyusun strategi dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir. Kebimbangan PAS amat ketara setelah melihat tindak tanduk Hj Hadi yang semakin membebankan, "out of touch" dengan peredaran masa dan hala tuju politik yang sangat mengelirukan. Janganlah terlalu mengharapkan kepada PAS. Sikap dan pendirian mereka boleh berubah sekelip mata. PAS hari ini bukanlah rakan yang boleh dipercayai sepenuhnya. Sejarah membuktikan mereka sanggup meninggalkan rakan demi keuntungan yang belum tentu. Jesteru itu tiada keistimewaan pandangan Mustafa Ali kerana pandangan kepimpinan PAS dewasa ini sangat murah dan hanya layak dibincangkan dipinggir jalan saja.

    ReplyDelete
  8. Sekali lagi.. Ini pandangan peribadi. Bukan mewakili parti spt kenyataan genjatan senjata.. Tekaan saya

    ReplyDelete
  9. Kita sama sama berdoa moga pimpinsn tinggi pas pusat Akan bet lapang dada.insta allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kerusi DAP dan PKR tak berubah...PAS yang jadi mangsa supaya PAN dapat bertanding..apakata cuba DAP dan PKR beritahu berapa banyak kerusi yang mereka sanggup beri pada PAN ..Insya ALLAH PAS pasti akan menyusul.

      Delete
    2. Yang dari parti Amanah tu pun kebanyakan asal dari PAS.

      Delete
  10. Orang Pis ini tak beza dg orang cina...penipu...janggut je panjang berjela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya org cinalah yg mula peluk Islam dr org melayu sbb adanya kubur sahabat Nabis saw disana.

      dlm berniaga, aku pilih utk lebih percaya pd org cina dr org melayu.

      kalau org cina, bila byr cash kerja boleh siap. tp kalau melayu, kita byr cash, dia pi guna duit tu byr duit rumah, duit kete yg dah nak kena tarik.

      Delete
    2. Sorang Melayu buat gitu tak bermakna semua Melayu buat gitu. Pilih lah Melayu yg boleh di percayai.

      Ingat, Cina pun ada yg tak boleh di percayai. Di peringkat atas, ada yg pakat dgn MO1 buat 1MDB, songlap berbilion Ringgit.

      Ingat juga bahawa Melayu takda budaya berniaga, ha nya budaya "berdagang" - tukar barangan berdasarkan "patut", takda budaya timbang menimbang, letak harga, ambik untung. Tak macam Cina yang dah berniaga beribu tahun dalam sejarah.

      Baca lah buku "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization" terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.

      Delete
    3. 8:37, sejarah melayu ialah kepala berserabut , tolol, kuat membodek dan kuat menipu. Lagi power cakap arab, lagi tebal kuat belit dan menipu. Talam dua muka.

      Jika Abu Lahab masih hidup, aku lebih suka berkawan dengan Abu Lahab lagi berbanding melayu.

      Delete
  11. Salam bro.
    Dulu bila kekwn kutuk PAS sya amat terasa hati.
    Skrng PaS terbukti sebysh parti yg d kemudi ole mereka2 yg tak boleh d percayai.

    ReplyDelete
  12. Kemudinya patah pak yg tinggal hanya kemud

    ReplyDelete
  13. Ish....ish....ish..... baru bangun tido??? Kengkawan yang lain lama dah bagitau, kut tak prk sg besar dan kuala kangsar boleh dipraktikkan!! Tak apalah walaupun baru bangun dari tidur tapi pelaksanaan tu dah dipersetujui ke dengan TGHA????

    ReplyDelete
  14. Kalau cakap mengenai Islam, saya tak percaya cakap pemimpin tertinggi Pas. Kesihan dengan ahli Pas yang membabi buta walaq dengan pemimpin mereka yang telah termakan dedak Najib.

    ReplyDelete
  15. Kalau cakap mengenai Islam, saya tak percaya cakap pemimpin tertinggi Pas. Kesihan dengan ahli Pas yang membabi buta walaq dengan pemimpin mereka yang telah termakan dedak Najib.

    ReplyDelete
  16. BN dah ada formula. Hudud! PAS akan digula2kan dengan "kesediaan'UMNO menerima hukum hudud sebagai menyatakan
    kesediaan dan keinsafan utk "menegakan" hukumAllah.
    Apalagi DAP kafir harbi nak kuasai negara.
    PAS mesti "bersama" UMNO bantu UMNO tegakan hukum Allah!
    Hanya Tuan Guru yg mampu bantu ummat melayu malaysia.
    Sebab itu kami UMNO lantik tuan guru jadi punasihat BN.

    itulah umpan BN. idea itu disokong oleh nasarudin, tontowi, zuhdi dan lain2 yg diwaktu yg sama makan aneka dedak pelbagai perasa.

    sedangkan apa yg BN aka UMNO mahu ialah jangan sekali2
    PRU 1 lawan 1. itu sahaja.

    maka strategi dilakar. dedak diperuntukkan, skrip pro islam dan hudud disusun.

    satu penyelidikan intensif tentang lenggok perjalanan PAS
    dengan UMNO mesti dibuat dan diterangkan dengan agresif
    kepada rakyat.

    Biarkan PAS dan blok ke3 nya lawan BN dan PH.

    Tapi kita kena usaha dengan gigigh pada setiap umat melayu khususnya generasi muda.

    PAS bukan mahu kemenangan. ingat polisi PAS tu...mereka mahu hanya keredaan Allah. inilah masa untuk bulatan putih dibendera PAS melarat keseluruh bendera.

    PH + parti melayu baru + parti shafei Afdal mesti berusaha dengan padu
    untuk menyelamatkan negara yg bakal bangkrap ini.
    kuburkan PAS dan UMNO buat selama2nya,

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Betul lah apa yg mustafa ali tu cakap. Cuba haritu semasa Prk sg besar dan kkangsar, panpkrdap beri laluan kpd pas, sudah tentu keputusan berbeza. Tetapi,,siapa yg tidak mahu beri laluan? Sememangnya itu kerusi tradisi pas,,beri laluan dan sokong pas,, apa masalahnya? Apa korang nampak pas saja berbelit cakap,,korang bagus sangat ke? Kajang move ape cerita,,itu semua kerja fitnah 96 ms. Rasuah berita,,siapa yg bangkai,,org pkr sendiri,,306 juta kajian terowong ape cerite? Korang nampak pas je,, dubur korang busuk tak basuh tak terjemahan,,sbb dah selesa dgn barn dubur busuk tu kan? Pada hal, org lain dah nak termuntah. Lagipun, biar la pas tu, tak penting mana pun pas tu,,gabungan korang Panpkrdap tu pun dah cukup kuat,,korang boleh tawan Putrajaya tu. Jgn ambik peduli lah apa pas nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti jual agama perjudikan Islam utk buncitkn perut lebai2 malang Pas. Menjijikkan dari org kafir yg belum terima hidayah Allah.

      Delete
    2. Fullamak. Gaya Bahasa dan cara berfikir kamu, ada harapan jadi Ketua Bahagian UMNU kampong ulu ni. Tak pun jadi Pengarah Strategi PAS (tukang jentik).

      Patut laa Malaysia hancus. Ramai spesis mangkokhayon berkeliaran.

      Delete
    3. Soalnya dah terima dedak dari dacing cap senget...takkan nak 1 lawan 1...kena tunjuk ego PIS....nak tunjuk PIS lebih melayu dari UMNO...tu potong pulut pakai keris dua depa...

      anyway...kau dah makan dedak ker?? Emm Kelantan pun belum tentu boleh kekalkan...rakyat kelantan dah meluat dengan PIS...Next PRU...undi aku bukan untuk PIS di Kelantan...bersama dengan 30 org ahli keluarga aku...PIS bakal hilang banyak lagi undi di Kelantan...adios...

      Delete
    4. Letak PAS di SB dan KK pun bukan nak lawan UMNO.

      Delete
  19. Wayang!

    Ketika ura-ura akan berlaku Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang Taliban bersungguh mahu meletakkan calon di semua kerusi, termasuk kubu PKR dan DAP. Strategi apakah mahu tanding semua kerusi sedangkan pada PRU13 PAS cuma menang satu atas ehsan penyokong PR? Bukankah ia terang-terang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan PH Pulau Pinang dengan memecahkan undi pembangkang?

    Kini ketika ura-ura PRN Terengganu bakal berlaku, kurang 7 hari selepas DAP berkeputusan tidak mengadakan PRN Pulau Pinang, Taliban pantas mencadangkan (baca menunggang) strategi 1 lawan 1 yang lama dipelopori dan sentiasa digalas Anwar-PH.

    Cadangan terbaharu ini, tidak kira ianya pandangan peribadi atau rasmi, tidak lebih hanyalah demi manfaat peribadi Taliban khususnya yang mengaku diri 'ulama', bukannya demi kepentingan umum dan untuk menumbangkan Regim.

    Dengan kedudukan kerusi agak seimbang Taliban hampir pasti mendapat kuasa di Terengganu, kubu mereka. Dan sekiranya PRN berlaku dan Taliban menang majoriti DUN ia bukanlah manifestasi sokongan rakyat terhadap mereka sebaliknya kerana kemarahan rakyat terhadap Regim dan pembelotan besar-besaran pemimpin dan ahli UMNO.

    Namun hasrat merangkul kuasa akan berkecai sekiranya berlaku 3 penjuru antara Regim-Taliban-PKR atau Regim-Taliban-Amanah. Regim akan terus memerintah Terengganu kerana perpecahan undi pembangkang terbukti memenangkan BN. Begitulah natijahnya pada PRU14 bahana 3 penjuru.

    Cadangan 1 lawan 1 tidak muncul semasa ura-ura PRN Pulau Pinang kerana Taliban tidak menguasai negeri, malah sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi pada PRU13 masih tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendiri kerana bukanlah majoriti. Nada mereka berbeda di Selangor berbanding di Terengganu dan Kelantan. Bila mereka ada majoriti bahasa dan air muka mereka sangat keras!

    Inilah jenis manusia yang sebahagian Muslimin Muslimat berwala' secara mengkhinzir buta. Mereka bercakap dan bertindak demi nafsu mereka bukan kepentingan umum. Dan ketika pengkritik melontarkan tomahan mereka menggunakan agama untuk menghalal dan mensucikan tujuan mereka. Jijik bukan?

    ReplyDelete
  20. Dalam Pas parti ajaran sesat penjual agama ramai ulama2 terompah NATO (no action talk only)

    ReplyDelete
  21. Pemimpin2 PAS yg terlalu bodoh dan terlalu slow pemikiran..tutup jela parti ni.. isle la sgt. tp pemimpin korup, pencuri, penipu yg tu yg disokongnya.. bab kata haddy.. 4 org saksi..

    ReplyDelete
  22. Umno parti Najib..yg lain dlm Umno tu semua kaki makan dedak yg dilempar olih Najib. Pas parti Hadi. Yg lain dlm Pas tu, wala tak tahu hujung pangkal.

    najib dan Hadi berlah berikrar hidup semati. Hadi dgn bengong ckp saman DoJ adalah campur tangan kuasa asing. Hadi dgn bangang ckp tak usah libatkan Raja2 utk singkir Najib.

    Najib kaki rasuah..penyamun duit rakyat sgt disenangi olih Hadi yg wala kpd dia. Walaun wala pd Hadi. Hadi wala pd Najib.

    Mustapha ni baru bangkit tidur. Ckp dia tak bolih pakai sangat.

    ReplyDelete
  23. Buat apa la korang sibuk sangat dgn pas ni?? Tumpukan gerakan kerja "selamatkan Guan Eng" tu,,,pas tiada kaitan dgn korang semua. Buang masa saja melayan pas ni. Korang tak perlukan undi org pas kan utk tawan Putrajaya? So,,,apa bising2 mcm anjing tak dpt cium najis kat bontot ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa jemaah 'pewaris anbia'. Sila banyakkan komen anda di blog penyokong Taliban yang gemar membarua, menganjing dan mengkhingzirkan orang. Jijik kelibat anda di sini

      Delete
  24. Selagi wajah Presideng Parti Islang tu masih menyerupai Iblis, maka selagi itulah segala perundingan akan gagal. Tunggu isyarat dari Tuhan apabila muka dan wajah beliau dah bertukar cerah apabila sudah tidak makan dedak lagi maka waktu itu bolehlah kamu dengan rela hati berkerjasama dengan Parti Politik Islang tersebut.

    ReplyDelete
  25. Korang ni gile meroyan ke ape? Korang ni kemaruk undi org pas pis pus tu ek!,,berape sangalah undi diorang tu. Ke korang sakit hati tak dapat tawan Putrajaya kerana tak dapat undi pemakan dedak tu? Habis.. Korang jugak yg kuat menyalak sehingga diorang bungkus tukar. Macamna diorang nak duduk bersama korang? Lagipun diorang makan dedak, korang makan tahi Guan Eng,,, mana kan sama.

    ReplyDelete
  26. Pandai cadangan depa supaya tak masuk kat Terengganu, supaya mereka shj berhadapan umno...NOooooooo Waayyyyyyyyy?.???. Kali ni kami tak bagi jalan mudah kat hj hadi, kamu kane cium kaki Mat Sabuuuu dan geng amanah untuk PRN Terengganu kali ni

    ReplyDelete
  27. Lawan je 3 penjuru pun tak apa. Pakatan Harapan vs Pas VS umno/ BN.
    Yg penting teruskan beri kesedaran kepada rakyat bahawa PAS adalah sekutu BN. Minta rakyat faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja sekutu bn tetapi sekutu syaitan juga tu.

      Delete
  28. Sasaran diaorang trengganulah tu.
    Nak minta tolong rasa malu sebab perbuatan diaorang masa prn sg besar dan kuala.
    Jadi mereka buatlah madah berhelah mcm ni.
    Sombong dan takbur sudah menjadi amalan hidup pas.
    Dalam madu ada racun tu.

    ReplyDelete
  29. Ya,,,lawan je tige penjuru,, baru anak jantan. Kalah menang soal kedua, yg penting tunjukkan kejantanan korang tu. Jgn dok sibuk pas makan dedak ke, sure putar belit ke ape ke, muka Hj Hadi mcm iblis ke ape ke,,korang pun ape kurangnye? Lebih drpd itu pun aku boleh maki hamun korang pun,,tak mahu buat dose je pun. Jadi, korang masuk bertanding je la di semua kerusi di seluruh malaysia ni. Korang pun nama amanah kan? Jalankan amanah korang tu dan lawan dgn pas yg khianat mcm korang percaya tu kan. Lawan... Jgn tak lawan.

    ReplyDelete
  30. Saya tidak percaya pis u-turn, apalagi pis bertuang presidengkan kadi bawang,haruan jin dan 2x5 abuduh.Rakyat marhaen bukan tolak hudud tapi tolak pis u-turn sedondon.PIS lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan, sangat tidak relevan dengan nilai islam yang memudahkan penganutnya.

    Ingat pis ingat label-jelek tuang amanat sushi jepung.

    ReplyDelete
  31. Pas dah panas bontot. Majoriti orang melayu dan budak muda tak berapa nak sokong Pas lagi. Tu yang keluar formula 1 lawan 1.
    Pakatan Harapan jangan tertipu dengan taktik Pas. 3 penjuru pun tak apa. BN menang pun tak pe. Puas hati sebab dah confirm terabg2 bahawa musuh kita yg menang bukannya bagi musang berbulu ayam yang menang.

    ReplyDelete
  32. Jika ada prn mengejut di trengganu boleh lah cuba 3-4 penjuru.. Nak tengok pas mencecer kehulu kehilir.

    ReplyDelete
  33. Jika ada prn mengejut di trengganu boleh lah cuba 3-4 penjuru.. Nak tengok pas mencecer kehulu kehilir.

    ReplyDelete
  34. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...