Harus diakui bahawa kemelut politik dalam negara sekarang adalah berpunca daripada Najib Razak. Tidak ada sebab-sebab lain yang menjadi punca kekalutan itu.
Disebabkan beliau menjadi Perdana Menteri, kemudian menubuhkan 1MDB dan tiba-tiba dalam akaun peribadinya ada wang beribu-ribu juta, itulah sebenarnya punca segala masalah yang berlarutan sehingga hari ini.
Jika Najib tidak menubuhkan 1MDB dan tiada wang begitu banyak dijumpai dalam akaun banknya, kemelut dalam UMNO dan negara tidak mungkin jadi seteruk seperti sekarang.
Lebih mungkin tidak timbul segala masalah dalam UMNO dan negara jika bukan Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2009 dahulu.
Tun Mahathir Mohamad barangkali masih bersama UMNO jika tiada 1MDB dan tiada wang terlalu banyak dalam akaun perjbadi Najib. Kalau pun beliau keluar UMNO seperti yang dilakukannya ketika era Tun Abdullah Badawi dahulu, tidak mungkin beliau bertindak sejauh hingga menubuhkan sebuah parti baru dan bersungguh-sungguh pula mahu mengalahkan UMNO yang ditubuhkannya sendiri pada 1988 dahulu.
Segala-galanya adalah kerana Najib, 1MDB dan wang yang begitu banyak dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri. Di bumi dan planet mana sekalipun, pemimpin yang berdiri atas nama demokrasi tidak seharusnya memiliki wang berbilion-bilion dalam akaun peribadi, apatah lagi jika jawapan mengenai kekeliruan wang tersebut tidak jelas dan berbeza-beza.
Sebab itu banyak sejarah telah membuktikan pemimpin yang berkelakuan sebegitu pasti akan tersingkir akhirnya. Rakyat mungkin dapat menerima pemimpin menjadi kaya, tetapi tidak jika melalui sumber yang dipertikaikan.
Sekarang ini isu 1MDB dan wang beribu juta itu telah menyebabkan majoriti rakyat menolak Najib. Bukan saja rakyat biasa, mereka yang tidak berparti dan penyokong parti-parti pembangkang kian lantang menyatakan Najib seharusnya berundur, bahkan pemimpin, ahli dan penyokong UMNO juga ramai yang beperasaan demikian.
Tinggal lagi disebabkan masih ada sisa-sisa sayang kepada UMNO, mereka terus bersama parti itu dan seolah-olah menyokong kepimpinan Najib. Ramai dalam UMNO hanya menyokong Najib secara luaran saja. Mereka sebenarnya lebih menyokong UMNO, bukan Najib. Mereka sedar Najib telah menjadikan UMNO kian tersisih di hati rakyat, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
1MDB tidak dinafikan telah menyebabkan nama Najib membusuk di peringkat antarabangsa. Selain tujuh negara sedang menyiasat berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB, Amerika dan Singapura sudah pun bertindak membekukan harta-harta yang dikenalpasti dilakukan melalui aktiviti pencurian.
Di Amerika, meskipun nama Najib tidak disebut, tetapi Malaysian Official 1 yang didakwa menerima AS$731 juta daripada wang 1MDB yang dicuri, telah dinyatakan dengan jelas dan terang-terangan oleh Jabatan Kehakiman AS.
Dengan ini, untuk tempoh enam bulan atau setahun akan datang, kita sudah boleh membayangkan tindakan-tindakan di peringkat antarabangsa terhadap 1MDB yang secara tidak langsung akan menyebabkan nama Najib akan terkait sama.
Jika dengan apa yang berlaku sekarang pun sudah menyebabkan nama Najib dibenci dan sokongan terhadapnya jelas semakin berkurangan, bayangkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN jika bersilih-ganti tindakan perundangan dan penangkapan oleh negara luar turut berlaku nanti?
Meskipun Najib masih mahu bertahan dengan jawatannya dan berulangkali mengatakan beliau tidak bersalah, malah sudah dibersihkan oleh Peguam Negara Malaysia, sokongan rakyat tidak mungkin bertambah baik sekiranya beberapa negara mula mengambil tindakan.
Oleh itu, memaksa Najib berundur sudah tidak bermakna lagi ketika ini. Yang lebih afdal ialah UMNO dan BN harus dikalahkan melalui pilihanraya, sesuai dengan parti baru yang sudah pun ditubuhkan dan akan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Najib adalah aset kepada BERSATU dan Pakatan Harapan untuk mencapai cita-cita mengambil alih pentadbiran dan memulihkan imej negara. Tanpa Najib, kelebihan untuk mengalahkan UMNO dan BN mungkin sudah tiada atau akan berkurangan dalam PRU 14 nanti. (12/08/2016).
Haha.. tulisannya hampir benar, cuma separa masak, realitinya tidak membincangkan kenapa Najib begitu yakin UMNO BN akan terus kekal memerintah.
ReplyDeleteMemperkudakan segala kemudahan kerajaan seolah2 milik mutlak UMNO BN. Slot siaran TV 1000000000000% cerita kebaikan kehebatan UMNO serta mengutuk pembangkang siang dan malam tanpa diberi ruang seminit pun utk menjawab tuduhan di media tv. Itu blom kira di siaran radio2 dan ini merupakan kempen UMNO 24 jam berjalan sepanjang tahun.
Bayangkan jika kita dituduh meliwat kambing pun sudah la. Berita ini diulang2 sepanjang tahun. Imej sudah barai dan cukup memalukan. Sekalipun menang kes di mahkamah, reputasi kita mmg sukar dipulihkan. Apatah lagi seperti DSAI, sejarahnya ini kekal utk 100-200 tahun akan datang. Jika berpeluang hidup pada tahun 2100 mahupun tahun 2300, masyarakat waktu itu akan lebih ramai percaya berita2 mainstream berbanding media alternatif.
RTM, TV3, utusan dan BH tak diterima rakyat lagi. Utusan pon dah kering duit, ni TS Zam ada story kat blog dia. Media mainstream hanya relevan di pendalaman. Kenapa najib begitu yakin bn akan terus kekal? Dia kena la tunjuk dia confident, kalu tak menteri pon lari. Realitinya, orang umno pon dah tak yakin bn boleh menang, kecuali yang dapat dedak sorak sana sini. Tu pon ramai dah senyap, supply dedak kurang dah kot.
DeleteNajib HANYA ADA menteri kabinet, ahli ahli dewan negara, ahli dewan rakyat, ahli dewan negeri, mt umno, ketua cawangan umno, pegawai tinggi yg penuh kurap.
DeleteAhli umno sudah meninggalkan najib.
Parti Lebai Musang Berjanggut tetap mempertahankan bijaN berdasarkan dalil dlm kitab biru kerana bijaN dipilih secara sah dlm PRU2013.
DeleteDia bebas melakukan apa saja sehingga PRU akan datang....
Bijak hujah Lebai!!!
Jgn konfiden sangat...!
DeleteSejarah dunia; tak perlu yg jauh dahulu kala,yg terdekat shj pun pernah membuktikan...
Waktu pemerintahan regim Marcos di Filipina, Sukarno di Indonesia, malah Mugabe di Zimbabwe; hampir seluruh rakyat tak berkenan... tapi bila pilihanraya - MENANG TERAMAT BESAR...!!!
Pikir-pikirkanlah yea...
He is really some asset, is it not? To the point that for the state election of Sarawak and the two recent by elections, his side was still the winner!
ReplyDeleteReally it is only to some extent that you-know-who is the cause of all that you, dear Shah, has mentioned in the first few paragraph of your posting - since the truth is that the cause of it all is the "system".
The system built over so many decades has now clearly proven to all from inside and outside the country is not working. Instead, it is responsible in leading to the emergence of a monster supported by little monsters including a good section of the voting and non voting rakyat who just couldn't help themselves in continuing to be on the side of tyranny (even when some of them are of the praying type).
In the final analysis, what is happening today in Malaysia is complicated - and a simple solution such as the country be ridden of you-known-who and it shall then go back to its old usual self is truly wrong.
That said, I am always with you, dear Shah and the rest of our rakan seperjuangan.
Pakatan won 5 states in 2008 (six actually, including FT), without being supported by mainstream media, without access to facilities like dewan orang ramai to conduct ceramah, without much cash. The issues then were comparatively "small", like 4th floor boys and non performing sleeping beauty. The man himself wasnt tainted by any scandal. Yet bn lost badly.
DeleteThey did worse in 2013, again without any major scandal, aside from some diamond, handbags, and a bunch of cows. And BN has all the ammo, like BR1M, KR1M, and tah apa apa lagi with 1 here 1 there.
This time, super mega punya scandal. Therefore, i am confident bn will fall. I am from kampung, and i can tell you, even kampong folks who dont and cant read cnn, bbc, SR etc, do understand what this mega scandal is. How? Whenever their anak2 who work in kl or ipoh or wherever go back raya and cuti, they tell kampong folks the real story...again and again and again, over the past 1 year.
Assets or liability depend on how u judge he is, but for now..i rather say he is a liability to our nation...lol
ReplyDeleteYup.. Ape pun look and see. Can't wait round 14.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePlz take yr bznezz elsewhere Ms Vee.. This ain't a free bznezz blog..
DeleteIni miss vee memang kurang ajar
DeleteHati-Hati dengan biznes Miss Vee is a scam jangan terpedaya
DeleteDisgusting. She has been harassing my blog with her adverts. I have blocked and complained to Blogspot, but nothing happened.
DeleteMoga allah makbulkan kemenangan majoriti pakatan harapan
ReplyDeleteLama dah Yong cakap tak perlu minta Najib resign. Buat jer parti baru dan tarik seramai mana ahli UMNO join parti baru. It's hard work. But hard work pays. InsyaAllah.
ReplyDeleteKalau najib tak turun takhta, mcm mana kita nak buktikan dia & geng penyamunnya bersalah?? Setakat persepsi shj? Dia ibarat telur di hjg tanduk skrg, kita ckp biarkan? Rugi..kita jgn putus asa desak najib dibawa ke muka pengadilan..jatuh hukum & merengkok dlm penjara. Jho low, riza, rosmah, ex BOD 1mdb semuanya mesti terima hukuman. Rampas balik segala harta samun. Kalau tak, orang kampung akan anggap pembangkang cuma tau buat cerita & fitnah. Bila najib terus berkuasa, kes lama2 senyap. Bukti pun boleh hilang. Tubuh parti baru tu hal lain..
ReplyDeleteBrape ramai orang kuat najib yang turut sama terjun parit kalau najib berundur..org2 macam salleh keruak, rahman dahlan, azalina, idris haron, nazri aziz dan ramai lagi akan hilang dari dunia politik, silap2 umno boleh lumpuh kejap. Itu tujuannya kita desak najib selaku ketua penyamun letak jawatan. Lagi cepat lagi bagus.
DeleteBesok lusa bila ROS lambat-lambatkan kelulusan parti bersatu, lepas tu najib isytiharkan pilihanraya macam mana? Tak sempat nak bertindak...nak kena tunggu pru 15 pulak? Rakyat tak sanggup...momentum dah takde. Macai umno automatik akan cakap pembangkang recycle isu lama pasal 1mdb. Nak dekat pru 14 pasti najib lambakkan BRIM, bonus, naikkan gaji etc. Buang masa, tenaga dan yg pastinya..rakyat akan terus menderita.
DeleteYg bodohnya org melayu yg sokong umno mereka ni dapat dedak tetapi yg berkuasa sapu semua yg ada dahlah tipu rakyat dan negara satu dunia tahu yg anehnya org melayu masih dunggu bodoh dan diperbodohkan sokong DAP lagi baik hidup DAP
ReplyDeleteYg bodohnya org melayu yg sokong umno mereka ni dapat dedak tetapi yg berkuasa sapu semua yg ada dahlah tipu rakyat dan negara satu dunia tahu yg anehnya org melayu masih dunggu bodoh dan diperbodohkan sokong DAP lagi baik hidup DAP
ReplyDeleteyang tak malunnya najib sendiri, dah kantoi big time tak nak berundur lagi!
ReplyDeleteKorang ni suke beno bermimpi Indah ye?? Korang tidur dalam bontot lim Guan Eng ke? Dalam keadaan pembangkang sehati sejiwa sehingga pas sanggup letak hudud kat sebelah dek menjaga hati dapig,, pun korang kalah,,apatah lagi korang dah kehilangan pas, org cina dah 15 ke 20 % sokong bn, bgmn korang nak menang? Apa jadi Prn serawak dan Prk sg besar dan kkangsar? Korang ni jenis manusia syok sorang-sorang mcm anjing kurap lapag tahi je
ReplyDelete