Tuesday, 2 August 2016

TIGA TAN SRI WAJIB SAMAN MALU ATAU SEDIAKAH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MOHON MAAF SECARA TERBUKA?


Dalam satu keputusan yang dianggap tamparan dan memalukan, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Tiga Tan Sri atas dakwaan berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, telah ditutup. 

Kata beliau, siasatan polis mendapati laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan  atau lebih dikenali Azwanbro itu hanyalah berdasarkan andaian semata-mata.

"Kita sudah merakam percakapan dia dan kita mendapati Khairul Azwan membuat laporan itu berdasarkan andaian-andaian sahaja.

"Tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa juga yang dia nyatakan dalam laporan. 

"Untuk itu, pihak polis tidak akan meneruskan siasatan. Kita telah menghentikan siasatan," kata Khalid lagi.
Dalam bahasa yang mudah, bermakna kes ini telah tutup fail dengan serta-merta. Tiga Tan Sri yang didakwa oleh Khairul Azwan iaitu Abu Kassim Mohamed, Gani Patail dan Dr Zeti Akhtar Aziz juga tidak akan dipanggil polis untuk memberi apa-apa keterangannya lagi.

Jika hanya berdasarkan andaian-andaian saja, kenapa Khairul Azwan tergamak membuat laporan polis terhadap tiga tokoh terkemuka terbabit? 

Hello bro, bukankah andaian lebih sesuai dijadikan modal sembang kedai kopi sahaja?

Mana wibawa dan harga dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, jika berdasarkan andaian saja sudah sanggup pergi ke balai polis untuk membuat dakwaan terhadap orang lain?

Masa buat laporan polis, bukan main gempak lagi ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya. Cuba kita imbas semula yang diperkatakan oleh Khairul Azwan pada 26 Julai lalu sebaik saja selesai membuat laporan polisnya.

- Ketiga-tiga mereka yang disyaki itu didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.

- Mereka memberikan maklumat sulit tersebut kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

- Sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

Ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan, Khairul Azwan berkata, beliau hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.

Makna kata, ketika membuat laporan polis itu, Khairul Azwan ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya.

Kenapa alih-alih selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja?

Mengapa tiada sebarang bukti dapat ditunjukkan kepada pihak polis?

Apa jadi ni beb? Tak malukah buat perangai sedemikian sedangkan pegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?

Dengan kenyataan dan pengesahan Khalid itu, apa yang akan dilakukan oleh Khairul Azwan selepas ini?

Adakah beliau akan memohon maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri itu dan membeli iklan di akhbar-akhbar arus perdana  bagi tujuan yang sama?

Atau hanya akan berdiam diri dan selamba saja?

Tetapi, bagaimana dengan ketiga-tiga Tan Sri yang telah diaibkan dengan tuduhan-tuduhan berat dan palsu oleh Khairul Azwan itu?

Bagaimana nama mereka mahu dibersihkan setelah dicemarkan dengan tuduhan-tuduhan yang rupa-rupanya hanya berdasarkan andaian?

Tiada lain, ruang kini sedang terbuka luas untuk Abu Kassim, Gani Patail dan Dr Zeti untuk masing-masing mengemukakan saman malu dan menuntut gantirugi terhadap Khairul Azwan atas dakwaan palsu dan reputasi mereka yang telah dihancurkan. (SH 02/08/2016).

52 comments:

  1. dun worry dedakman in the making...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf? Sorilah!

      Dalam sejarah UMNO, bisnes mesti bankrap, baru boleh buat untung. Namakan apa saja institusi yg untung semasa UMNO memerintah, tak banyak. 98% rugi. Tapi masih mewah beroperasi dan berbelanja. MAS, BIMB, 1MDB?? namakan saja.. lagi rugi, lagi UMNO buat duit dan pemimpin yg linked dgn syarikat gomen tu bertambah kayos gilos secara exponential!!!.

      Nak modal, sumer tersedia. Duit tak bertuntut TH ada 27 billion. KWSP, KWAP, LHDN, Imegresen.. berbillion!! ini sumer perolehan modal tanpa buat kerja. Tahan bubu ja siang dan malam.

      Petronas adalah tabung petty cash. Trillion beb!! Anak bini kaum kerabat nak pakai modal berniaga, meh sini!! Kalo untung, hak kita. Kalo rugi, bleh amik modal percuma lagi. Bayar balik boley... jual aset, masuk akaun sendiri lagi. Modal mcm air laut. Isi borang sekeping A4 jer, sejam lulus!!

      Ini polis, mcm nyamuk bising luaq kelambu ja.

      Delete
  2. Inilah masa hentam san kucar kacirkan umno dan bn

    Apa lagi hentam habisan

    ReplyDelete
  3. Sedap media bn kata ekonomi naik
    Gst bagus

    Utusan bankrap

    Boleh najib mwlelak luar negara?

    ReplyDelete
  4. Akhirnya polis pun tutup buku. Tak layan laporan budak gila tu.

    ReplyDelete
  5. Khalid Tweet tutup segera kes tu sbb budak umno bangang tu ckp dlm statement dia kpd polis, dia buat report atas arahan Najib n Khairy. Tu sbb Khalid Tweet tidak berani nak recommend budak umno tu dituduh kerana buat laporan polis palsu yg mendatangkan kesusahan kpd 3 orang tu.

    Aku agak selain Zeti..dua org tu tak berani nak saman budak umno tu. Zeti ni lain sikit. Dua org tu..mulut mereka senang ditutup olih Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zeti ni pun sama makan dedak pencen. Kalo x gemok gedempol, apa yg dia makan hah?

      Perut boyot tu makan dedak la.

      Delete
  6. Jawapan hanya untuk menyelamatkan dan cover-up.

    Khairul azwan ni memang temasuk dlm golongan bodoh dan bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja bodoh dan bangang tetapi budak tu gila.
      Dalam umno orang gila pun boleh jadi naib ketua umno

      Delete
    2. Bukan bodoh, bangang dan gila saja malah gila babi tahap mega tuuu. Kalau manusia gila babi mcm tu dari pembangkang buat report kat Najib Razak, dah tentu makan penampar anak2 buah KPN tu.

      Delete
    3. Bodoh bangang pun xpa. Janji masyukkk sekupang dua. Lu baik dan pandai, satu sen pun xdpt.

      Mamat ni kurang2 5-6 dalam akaun.

      Delete
    4. Bodoh bangang dan gila? Beb,rumah dia 1.8juta,audi,alphad dan toyota 4x4. Keseluruhan nilai dalam 2juta lebih. No kereta special 717 semuanya. Berpuluh company ada share. Tu nak kata mcm mana? Budak ni mmg sial,tu je!

      Delete
    5. Duit haram

      Delete
    6. Muka khairul seakan sindron down, muka tak kelihatan cerdik. Macam mana boleh masuk universiti. Barangkali ini kaki study gila gila untuk pas exam....pensyarah pun kesian tolong push up subjek dia.
      Umno memang mahu org macam ini....senang buat gala...kata org kelantan.....tuah mu setakat ini saja khairul...kamu dikenang manusia bodoh sepanjang hayat walaupun kamu baru dapat datuk menglembu.

      Delete
  7. Game of deflection!...

    Tapi terlalu bongok dan bahalol wakil pemuda ni. Nampak sangat jagoan kampoooong!...quack! quack! quack!

    Mirror mirror on the wall...who is the smartest of them all?...

    Go to hell with UMNO!

    Rakyat is the smartest of them all!...

    Allah Almighty is the Greatest!!!!!!...

    ReplyDelete
  8. Sdr budin,
    Cerita rekaan tiga Tan Sri termasuk TS muhyidin berkomplot menjatuhkan dimulai dan direka oleh penfitnah no 1 negara iaitu Raja Petra kamaruddin (RPK). Malangnya pemuda UMNO yang konon warisan pemimpin masa depan tanpa siasat dan teliti dengan tak malunya mencedok cerita ini dengan membuat rpt poli, biasa la guna cerita fitnah hujung hujung najis kena balik pada batang hidung sendiri kerana orang yang lemah dan bodoh sentiasa jadi alat dan mainan orang yang jahat dan penyangak.

    Sekarang ini RPK sedang sebok dengan rekaaan cerita cerita perkauman ini dapat dilihat dengan galaknya dalam group group whatssap ketika ini ,jadi dah ubah modus operandi jadi pejuang orang melayu dulu dia la pejuang para melayu liberal dan pihak kristian dalam isu kalimah ALLAH sekarang setelah puak puak Anuar menjauhkan diri termasuk zaid ibrahim kerana siapa tak kenal paria RPK ini jenis kaki bruse botol wiski ,siapa boleh kasi $$$ disitu dia akan hinggap sekarang masa nak libas najib sebanyak mingkin jadi menyamar ustaz syaitan pun jadi la malah cover najis najib pun coverla.......waktu ini baik untuk golongan munafik sapu wang termasuk la yang berserban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak haji berjanggut pun nak tumpang sekaki dedak najib. Sebab tu depa berkecuali dalam menentang umno.
      Nak tanggung bini ramai, anak ramai beb!!..manalah kot kot najib boleh hulur sikit. Depa ni pandai...depan pengikut depa cakap 'ini strategi politik'....kenapa lah bodoh sangat wahai pengikut.....semua pemimpin cakap kamu anggup saja tanpa berfikir.
      "Adakah ini tanda kehancuran bangsaku sudah dekat?"....Ya Allah selamatkan lah bangsaku dan negara M'sia.

      Delete
  9. Budak UMNO kencing meleleh ini dah boleh dikenakan saman fitnah oleh 3 Tsri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tengok 3 tan sri ni berani saman balik tak? Jika tak,mesti ada sesuatu yg tak kena. Saman je bagi mamat tu tersungkur. Dasar makan haram!

      Delete
  10. Seeloknya ketiga tiga tan sri ini memberi penampar tiap seorang kpd azwan bro ni atas sbb kurang ajar pd org yg lebih tua dari dia..baru setahun jagung,hingus meleleh ada hati nak berlagak mcm bijak pandai..
    inilah umno najib yang mengajar pemuda menjadi samseng,tak bermoral dan berakhlak burok..itu blom lagi dgn kenyataan budak spastik ni ttg Tun m.sedap mulut suroh Tun m kenang budi..apa punya lahanat pe'el budak ni..
    Mmg menyirap tgk muka budak bagero ni..kalau kat tempat aku kanak2 ribena ni menunjuk lagak ayam jantan kat orang tua,mmg dah kena henyak cukup2 sampai berkicap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ingat dgn bunglow 1.8juta,audi,alphad dan 4x4 toyota serta berpuluh company ada share ,dia dah cukup bagus?
      Bila makan benda haram tu la jadinya. Kencing berterabur nak sound org tua,lahanat punya budak!

      Delete
    2. Last last mamak ni sorok Di karaoke bersama2 dgn gro2 dan macai2 Pemuda Umno lain dok Kira dan perabih dedak.

      Ingat lagi mamak ni juga yg bising pasal tarik peruntukan TDM dan yayasan perdana, tengok yayasan self-funded.

      Tiara vocab malu, yg ada tiap Kali bukak mulut masyuk dedak.

      Enjoy. Dunia dan kuasa Gua punya.

      Delete
  11. Inilah Bala musibah Kes pencurian duit 1mdb.. catch 22 dan checkmate oleh DOJ.

    Asasnya tak boleh Bawa kemahkamah terbuka apa2 cerita salahlaku di1mdb. Kalu betulkan ada konspirasi 3 tan Sri, igp Bawa Kes terburai semua. Kalu takda konspirasi, 3 tan Sri Saman Umno, terburai semua.

    Jadi time 3 tan Sri buat duit sebyknya dgn penyelesaian out of court. Beginilah nasib Bila tersalahlaku ramai yg boleh ambil kesempatan.

    Situasi catch 22 yg klasik.

    ReplyDelete
  12. Kita dah agak dah. Mungkin kah kes ni terpaksa ditutup? Pisau makan tuan. Serba tak kena nampaknya tok jib. Collection time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh chief polis buat kerja sewenang-wenang macam ni? Tiga pihak yang difitnahkan itu bukan orang yang kurang berjasa mulia kepada rakyat - terutama sekali Puan Zeti. Lagipun fitnah si pemuda UMNO tu di adukan kepada polis, bukan lain ...

      Delete
  13. Macam2 helah buat tapi semua kantoi dan tambah memburukkan persepsi rakyat , hanya tunggu pru14 untuk perturunkan undi saja

    ReplyDelete
  14. Tengok muka pun dah tahu budak ni bengong dan banggang......tak berapa cerdek!!!....

    ReplyDelete
  15. Maaf tuan admin lari tajuk sikit.Apakah benar sebaigamana cerita yang sedang hangat sekarang ni DOJ dah tarik balik saman terhadap anak tiri Najib si Rizal???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sefaham saya .. sedikit kelonggaran diberi pd red granite bg membolehkan beroperasi , membayar gaji , vendor dll.
      Saman sivil riza masih diteruskan .. wallahualam

      Delete
    2. Ya betul, hanya diberi kelonggaran tapi saman tetap diteruskan.

      Delete
  16. Bodohlah kalau tak saman. Masa nilah nak ajar budak bangang ni. KJ pun dah lepas tangan. Budaya bodek najib yg melampau sangat wajib dibendung. Kalau tak jadilan budak khairul ni sebagai contoh, ini membuktikan kita terima budaya umno. Khairul ni asal dia bangang dan aku yakin akhirnya nanti akan lagi bangang. Bodohlah kalau lepaskan macam tu je

    ReplyDelete
  17. Bagi KPN dan AG,....tuduhan ke atas Bugisman juga adalah andaian semata-mata.Duit hilang juga andaian,dan ringgit jatuh juga andaian.Dulu kata bila GST dilaksanakan,harga barang akan turun,...KFC jadi murah.Harga KFC naik melambung,...itu juga andaian sahaja.

    ReplyDelete
  18. Besar kemungkinan budak Azwan ni akan buat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku . Dia ni tergulong di dalam pemakan dedak tegar dan belajar dari mentor dia.... tak lain tak bukan 'the Malasian Official No 1 ' .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan barangsiapa yang mengambil syaitan menjadi temannya, maka buruklah teman (qarin) yang dipilihnya itu.
      (An-Nisa, ayat 38)

      Delete
  19. Andaian-andaian dlm bentuk konspirasi team ANC dan bermotif jatuhkan pemimpin yg dilantik secara demokrasi dah lama berlegar.


    Berbulan2 team pertahanan berbayar Paul Stadler, RPK,LSS, Rocky Bru, JASA dan semua menteri yg bersuara dok bawa angle ni Bila berdepan dgn pendedahan2 SR, WSJ, TDM, TSMY, Tony Pua etc.

    Mgkin andaian-andaian ini, ada sebilangan orang boleh terima sehinggalah saat pendedahan DOJ mengenai tindaskan Saman mereka lengkap dengan bukti aliran wang curi secara forensik.

    Terkucil semua bila DOJ masuk..adalah sikit feeble attempts Dari Tunku Aziz dan litigation lawyer Serani Brisbane ex-Msia, Quentin Rozario nak dispute DOJ.

    Tapi terang2 DOJ lakukan APA yg perlu dilakukan utk tangkap mereka yg melanggar undang2 Negara mereka termasuk tidak perlu rujuk kpd 1mdb dan kerajaan Malaysia. DOJ/FBI mesti melihat semua tindakan2 spt all-clear dalam Negara berbeza dgn bukti siasatan forensik mereka.

    Pemuda UMNO, spt biasa, lambat dan lembat baca keadaan beberapa langkah. Langkah bunuh diri, bros.

    ReplyDelete
  20. Khairul Azwan tu walaupon hangpa kata bodoh, gila babi ka tapi dia berkata benar..kalo tak benar..pasai pa Gani kena buang? Orang kepercayaan dia kena simen? Zeti dan Abu Kassim kena turun..IGP elok ja..tak kena papa pulak! Orang SPRM kena cantaih..gigit jari tengok post no.1 kena kebaih..bodoh si Khairul Azwan ni..dia ingat nak tulong Najib..tapi sebenaqnya..dia kasi pecah lubang..hangpa pon sama bodoh..kena main dengan depa..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui boss. Memang silap sikit. Bukannya khairul ni bodoh. Kau pun bodoh sekali sama macam dia. Maaflah pasai terlupa hang.

      Delete
  21. Khairul Azwan tu walaupon hangpa kata bodoh, gila babi ka tapi dia berkata benar..kalo tak benar..pasai pa Gani kena buang? Orang kepercayaan dia kena simen? Zeti dan Abu Kassim kena turun..IGP elok ja..tak kena papa pulak! Orang SPRM kena cantaih..gigit jari tengok post no.1 kena kebaih..bodoh si Khairul Azwan ni..dia ingat nak tulong Najib..tapi sebenaqnya..dia kasi pecah lubang..hangpa pon sama bodoh..kena main dengan depa..hehehe..

    ReplyDelete
  22. naib macai bodo... ko buat futsal tak pun karaoke je... kompom ramai sokong... jgn diikut sngt la buah dadu ketua ko tu.. eh lupe, brape juta tan dedak ko dapat dulu... kompom banyak... tu yg bengap remote control tu... hahahaha kesian...

    ReplyDelete
  23. Mungkin ada pergerakkan atau plan dari pemuda umno utk atur langkah politik utk kepengtingan tertentu.. Mungkin kj yg plan dan timbalannya yg buat report sbg serampang 2 mata
    1) dgn report itu akan buat najib tambah masalah dgn tindakbalas dari tertuduh. Najib sedikit sebyk akan goyang kalu tindakan 3 tan sri dibuka dimahkamah..
    2. Report itu juga kelihatan seolah2 spt backup umno juga utk alih perhatian

    Laporan itu sekali pandang spt sokong najib dlm masa yg sama boleh musnahkan najib
    Sbb tu khairi tunggu dulu tgk reaksi najib dan 3 tan sri
    Bila 3 tan sri dijangka dgn tindakan balas dan najib rasa byk maklumat akan terbongkar, baru kj bertemu najib bincang sesuatu kepentingan bersama.. Sbb tu lepas najib bagi stament baru kj sahut sokong najib
    Last skali timbalan pemuda yy jadi kambing hitam..

    ReplyDelete
  24. azwan bro bukan buat andaian, dia ada bukti kukoh yang disimpan oleh raja petra di england. berkotak-kotak bukti tersebut sampai raja petra terpaksa exit britain pergi ke austria...ha ha ha

    ReplyDelete
  25. Pdrm ni pon bukan boleh harap sangat..dia macham cuci tangan tak nak investigate...bila dah saman nnt semua fakta keluar..bila fakta dah keluar dan chukop dia boleh charge balik jadi kes kriminal /treason...

    ReplyDelete
  26. Kalau 3 tan Sri tu saman..cantik. .kalau 3 tan Sri tu tak saman apa pula maknanya..betul lah jual rahsia kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 3 Tan Sri saman, padan muka Si Khairul Azwan.Kalau tak saman, maknanya Khairul Azwan akan terus buat kerja-kerja bodoh macam ini pada masa hadapan.

      Delete
  27. pru14 nanti bile nak mengundi tu ingat gst haram paksaan buat semua bayar untuk segale kegiatan haram najib razak bn umno dan penyamun2 dan lepaskan kemarahan anda tu dengan menyingkirkan terus bn umno dari kerusi2 dun dan parlimen di seluruh malaysia kecuali sarawak #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  28. Se ekor lagi monyet dari ZOO bernama UMNO!!

    ReplyDelete
  29. The offence of making a false police report comes under Section 182 of the Penal Code which carries six months’ imprisonment, a fine up to RM2,000 or both.

    Takkan Polis nak tutup kes macam AG tutup kes 1MdB. At least guna la undang2 kat atas tu...takkan polis jadi kuda tunggangan umno utk umno test water.

    Buktikan !!!!

    ReplyDelete
  30. Itu lah tahap IQ pemuda umngok yg bacul Dan bodoh skrg ini

    ReplyDelete
  31. Maka jika lain polis akan buat search dan rampas document di kediaman atau office.. Adakah polis di paksa tutup case?.

    ReplyDelete
  32. Buat malu n busuk nama sj.. Konon2 nk tunjuk dia pertahan ketua. Dh la ketua kata pendirian peribadi. Konon nk jd macai, last2 jd kambing terus..

    ReplyDelete
  33. Maaf lah rakyaat Malaysia tak dapat lagi kita mengtahui cerita sebenar berkenaan 1MDB,mati dipenghujung jalan.Bagi 3TS tak payah buang masa saman menyaman.Habis boreh saja.

    ReplyDelete
  34. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...