Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.
Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.
Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.
Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.
Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.
Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?
Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.
Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.
Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.
Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?
Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?
Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.
Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?
Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014)
PADAN MUKA ,,,,DAH RAKYAT MALAYSIA NAK SANGAT PEMIMPIN MACAM TU....JAHAT NYA PEMIMPIN KERANA JAHATNYA RAKYAT....
ReplyDeleteawak sape labi nak cakap macam tu,berat mate memandang,berat lagi bahu memikul,buat lagi le solat hajat nak menjahanamkan orang.
ReplyDeletemacai pakatang rosak kalo tak sedar gi,tak tau le
ReplyDeleteApa perasaan ahli UMNO dulu bile puak2 giler nie solat hajat beramai2 atas padang dan berdoa UMNO KO, pecah perut dan mcm2???
ReplyDelete1.Pergi London ,cuti YES, dan menziarah anak buah yang dapat biasiswa GLC, dan juga rasa imbohun dari ajen hartanah Power stasen,hotel hotel,Mayor of London.
ReplyDelete2.Pergi Amerika cuti YES, menziarah anak buah yang dapat errr sama aje, dan juga rasa imbuhan dari pejabat pelaburan Kazahan di LA SF,NY.
3.Pergi Ostolia New ZEaland sebab cristmas kat sana musim panas,cuaca baik.Mesyarart MH 370.
4.Pergi berjumpa kominis tongkang turun dengan bajet kerajaan negeri Ah Beng Tong Kang turun.Pergi Baitul Maqdis untuk ziarah kawasan zionis.
5.Pergi Surabaya, ramai owang Melayu,.janagn lupa surat kuning..
6.Pergi HongKONg ,BEIjing untuk tamabah kautim untuk tahun 2015 -- year of Festivals....Naz dan Ng Yen YEN.
7.Penyokong IFC dan Berita Baik dari negeri bawah Ayu dah ada di rumah POPIAH.
8.MP Labuan tengah membuat kemah terbesar di supply olih DATIN TAPAU untuk sambut hari kebesaran esok,dengan adakan pati yang paling besar,mudah untuk beri ucapan ikhlas dengan kasih sayang dan respek kapada HO HO HO.
9.Tak lih keluar dari kawasan sebab ada kenduri,pati,ucapan yang sangat mengembira kan 25,#26,Tan Sri Pheng ,moderation Wong,MCA, ,saiffudin Kalah 2 kali.
juga di selangor,WP, banyak pati ;pati buih,pati karlsberk,pati HEINekkken, untuk CImb,juga ramai PATI cina vietnam indon,arab kazak nigeria buat pati untuk setengah pihak yang belut dari pakaian seragam.Hotel 6 bintang mesti spesial punya sambutan, VIP VIP termasuk DOKTOR PHD liberal untuk puak Berita BAIK.Liberal PASMA mesti pergi sebab nak jaga diorang di subang dan KL.
SURAT KUNING tak bolih pergi jauah sebab takut kasut basah,air pasang kuat,takut bot karam.Lagi siaran ASTROW baik punya banyak, nak keluar buat apa.
Selamat bercuti CLUELESS,semua dalam jagaan baik olih ATM PDRM dan KSN MKN KSU Perbendahaaaran,Selamat tahun baru kapada CLUELESS dan pemata.
Saya amat senang jika anda ambil masa untuk fikir letak jawatan pada 1.1.15.
Yang kerja kuat adalah imigresen johor,keje sampai 2 pagi, tapi bukan tolong 60,000 mangsa banjir,tapi tolong Koperasi Pekerja JIM.
10.Pempinan kita ni semua berada
berada tahap selesa,banayak duit,anak tak payah bayara PTPTN dll, 25 orang ternama Melayau dan kumpulan penyokong nya dalam golongan ini.
Golongan yang amat suka menyamabut 25.12 dan 01.01 setiap tahun.
Ah Jib Gor rasa kan dia hebat dan bangga dengan suasana ekositem ini.
Mana tak 01.01.15,Msia jagi kepala ASEAN.Bolih jalan jalan lagi.
Ah JIB -- ENDLESS POSSIBILITIES and TRULY ASIA.
arjuna waspada
changkat lobak
Mana pemimpin pembangkang???
ReplyDeletepembongkang kat negeri yg banjir setiap tahun ialah amno.
DeleteItu pemimpin DAP PKR PAS pon Wa tatak nampak lea aa . Masa undi manyak ada maa aa .
ReplyDeleteLanjiou lu la.itu melayu umnongok punya ada kuasa ada duit lu suloh olang lain bikin kelija.lu memang babi punya olang.
DeleteHai yaa apa lu cekap leaa aa ,masa undi semu olang undi maa aa ,apa pasat keleja lain olang buat loor rr.
DeleteYg tadbir kerajaan persekutuan skrg BN.. Yg ko sibukkn pemimpin pembangkang buat apa?? Bknnya diorg ada kuasa nk kerah bomba, polis, tentera dll agensi kerajaan utk turun membantu pun.. BODOHHHHH...!!!!!
Deleteape punya mangkok lufang dgn anon 14:18
ReplyDeleteape yg korang kepoh kat pemimpin pembangkang? bukanya ade kuasa, bukannya ade tanggungjawap pun... lainle org yg diberi amanah dan ade kuasa tapi leka tang tanggungjawap... tak buat, lari dari tugas.. yg jenis ni kita bising.. ader paham?
kalo anwar jadi PM, kite beri sambutan sama... bukannya bagi sokongan membabi buta, paham tak...
tapi memang betul ape kata najib kat penyokong BN nie.. memang ade yg betul2 bangang...
YB kajang mana..YB kajang mana... oooo kat ostolia... huhuhu... terbaikkkk
ReplyDeleteu reap what u sow. macai2 umno dan perkasa ada paham
ReplyDeleteAnwar dan Azizah bercuti di New Zealand. MP permatang pauh dan ADUN Kajang seronok berbasikal kat oversea tapi malu nak berbasikal melawat kawasan.
ReplyDeletePemimpin pembangkang tak ada kuasa maka tak perlu jengok . Mana Dr Hatta Ramli MP Kuala Kerai untuk selaraskan bantuan ke kawasan Kuala Kerai di saat Setiusaha MKN sibuk menggerakkan bantuan di Kem Pengkalan Chepa petang tadi ???
At this critical moment, politic aside pls! Dr Hatta, where f you? This is a challenge, isn't it?
ReplyDeleteAs a season politician money n wealth comes first. As a citizen like us whoever comes first
ReplyDeleteOrg positif dgn pemerintah, org negatif dgn pembangkang, ini normal bro, kemana negara pun situasi adalah serupa beb, apa mau bikin ribut2, terima lah se adanye.
ReplyDelete