Walaupun rekodnya memulihkan syarikat penerbangan Ireland yang bermasalah, Aer Lingus dalam tempoh setahun dilihat sebagai pencapaian terbaiknya tetapi rekod itu bukanlah sandaran mutlak beliau juga mampu memulihkan MAS.
Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed berkata, Mueller memerlukan magik untuk memulihkan MAS kerana kedudukannya sebagai syarikat milik negara adalah berbeza dengan di Eropah yang dimiliki oleh swasta.
Selain itu, katanya, MAS juga berdepan dengan banyak masalah berkaitan operasi perniagaan yang turut disulitkan lagi dengan kehilangan dua pesawat sebelum ini iaitu MH17 dan MH370.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Aziz Abdul Rahman pula berkata, perlantikan itu merupakan suatu pembaziran kerana negara sebenarnya mempunyai calon yang berkelayakan untuk menerajui dan memulihkan syarikat penerbangan itu.
Katanya, ketika kerajaan membuang ramai pekerja MAS dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan, tetapi dalam masa yang sama sanggup membayar seorang warga asing dengan gaji yang mahal, jelas membuktikan pertentangan dalam tindakan yang diambilnya.
Tambah beliau, sebagai warga asing, Mueller juga tidak mungkin mampu menangani masalah yang berlaku kerana tidak memahami budaya masyakat dan negara ini.
Ketua UMNO Cheras, Syed Ali Alhabshee pula berkata, perlantikan warga asing menerajui MAS setelah 57 tahun merdeka adalah bukti kegagalan kerajaan menentukan hala tuju syarikat penerbangan negara itu.
Beliau mempersoalkan, apakah perlantikan warga asing itu merupakan jalan terbaik untuk menjamin pemulihan, selain bukti ketandusan calon tempatan serta ketidakpercayaan kerajaan terhadap bakat dalam negara sendiri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga melihat perlantikan Mueller itu sebagai bukti kegagalan kerajaan yang dipimpin oleh Najib sedangkan Air Asia yang dipimpin oleh rakyat tempatan boleh berkembang dan mencatat keuntungan yang membanggakan setiap tahun.
Ada juga yang berkata, sebagai syarikat milik negara seperti Syarikat Perumahan Negara dan banyak yang lain, MAS seharusnya dipimpin oleh rakyat tempatan, tambahan pula sebelum ini ia pernah berjaya dibawah pimpinan Aziz Abdul Rahman.
Yang lain pula berpendapat, Mueller hanya wajar dilantik sebagai konsultan saja dan bukannya CEO. Sebagai syarikat milik negara yang mempunyai banyak kepentingan tersurat dan tersirat melibatkan rakyat dan negara, hanya warga tempatan yang dapat memahami bagaimana MAS seharusnya diuruskan dan bukannya warga asing.
Pendeknya, sejak Khazazah mengumumkan perlantikan Mueller yang mendapat persetujuan Najib Razak, semakin ramai yang terbuka menyatakan tidak setuju dengan perlantikan itu. Kalangan pemimpin UMNO sendiri tidak segan-segan menyatakan perasaan itu.
Jika negara baru merdeka, perlantikan warga asing itu mungkin boleh difahami tetapi setelah 57 tahun bebas daripada penjajahan dan sudah terbukti ramai bakat tempatan telah menunjukkan kemampuan dalam pelbagai bidang, perlantikan Mueller ini seolah-olah langkah ke belakang dalam mengangkat jati diri ke arah yang lebih bermaruah.
Apakah kiblat dan pemikiran kepimpinan negara hari ini masih dijajah dan lebih mengagungkan warga asing?
Jika diimbau sejak Najib memimpin negara ini, sudah banyak terlihat pengagungan kepada orang asing ini berlaku. Najib memulai memimpin negara ini dengan menunjukkan isyarat lebih menggilai sanjungan dan pengiktirafan Barat, terutamanya Amerika Syarikat dalam pentadbirannya.
Di awal memegang kuasa, beliau bukan saja melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta ke Amerika dengan tujuan menjalin hubungan baik dan akrab, bahkan negara Uncle Sam itu juga merupakan destinasi paling kerap dilawatinya.
Tidak cukup dengan itu, Najib juga telah melantik Apco, sebuah syarikat asing sebagai penasihat medianya dengan kos awalnya dilaporkan sebanyak RM70 juta setahun.
Ketika Najib mengalami sakit lutut dan terpaksa menjalani pembedahan, doktor yang melakukan pembedahan itu didatangkan khas daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat manakala doktor tempatan hanya menjalankan pemeriksaan dan berperanan sebagai tenaga sampingan saja.
Ia jelas berbeza dengan Mahathir yang percaya dengan kebolehan pakar tempatan ketika menjalani pembedahan jantungnya.
Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi kebanggaan Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ketika membentangkannya beberapa tahun lalu juga sebenarnya dirangka oleh sebuah syarikat asing, McKinsey and Co dengan kos sebanyak RM20 juta.
Jika diselidiki satu persatu, pasti banyak lagi perkara yang berkaitan kerajaan sekarang ini yang turut telah diserahkan kepada kepakaran asing memberi ideanya. Negara kita ketika ini bagaikan ditadbir mengikut acuan dan kerangka Barat saja layaknya. Sebabnya tidak lain ialah kerana "dalam kepala orang nombor satu" negara ketika ini memang lebih condong ke arah itu.
Apalah nak dihairankan jika sekadar menerajui MAS dilantik warga asing sedangkan untuk mempromosi diri dan membedah lututnya pun turut dilakukan oleh orang asing juga.
Bagi Najib, Barat dan warga asing lebih berkelayakan daripada rakyat senegara dan sebangsa dengannya. (SH 07/12/2014)
bak kata dari pak samad ada satu telinga dan dua lidah.Tak boleh cakap pandai tak boleh cakap lebih dari boss nanti kena 'juai'.Macam CEO petronas hassan marican mana dia sekarang? dan CEO tnb ani arop? ramai lagi CEO yang pandai dan terlebih cakap kena 'juai'itu lah yang terjadi kat M'sia ni.Suatu hari nanti yang akan jadi CEO ialah dari indon,nepal.bangla myammar.vetnam.jangan terkejut lak!
ReplyDeleteKita masih belum merdeka...masih melihat mat saleh sbg penyelamat. Padahal kesilapan ini dtg dr. Kita sendiri. Melayu.. Melayu..
ReplyDeletebiar mat saleh yg pulihkan mas...
ReplyDeleteif locals, too much pressure.. n politics will press him...
let him do the job, trim MAS, sack the vendors, once all done, can appoint local to manage it....
if failed, just close down MAS...
Bila banyak ada campor tangan politik maka lingkuplah syarikat.
ReplyDeletekau tanyalah sahak gagap.dia kan bijak con semua orang termasuk kau.
ReplyDeletekalau azmin explain kat kau, rasa2 kau boleh faham ke?
ReplyDeleteBeli SPLASH RM2.8 Billion..YAB Azmin Tolong Jelaskan
ReplyDeleteRakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walaupun sesen.
http://www.anwaraidc.com/?p=51764
anon 9.52
Deletebanyak le elaun kamu kali ni dibayar olih bapak bangang ..banyak posting luar tajuk perbincangan..
mati harimau meninggalkan belang, mati anwar meninggalkan video.
ReplyDeleteMelayuke, Indonke, Europeanke tak penting. Yang penting melampongkan perniagaan MAS yang senentiasa rugi dibawah CEO melayu kepada keuntungan. Sebenarnya bukan sebab berkehendak sangant orang Malaysia menerajiu MAS yang dilaung dan diroyan oleh orang politik ini, tetapi kerana CEO bangsa asing yang dilantik nanti akan membina ' pagar ' dan ' dinding' untuk melindungi MAS dari diceroboh oleh orang orang politik. Orang Eropah terutamanya ahli perniagaan akan berpegang teguh kepada etika perniagaan dan tak munkin akan melayan nafsu bangsa perosak ini jika ia merugikan MAS. Maka ' tak masyuklah ' poket bangsa perosak ini jika Mr Mueller menerajui MAS.
ReplyDelete