Tuesday, 9 December 2014

Najib Atau Muhyiddin Perlu Campurtangan Selesai Masalah Bernama TV


Di antara MAS dan Bernama TV, yang manakah lebih penting kepada negara?

Mungkin ada yang mengatakan MAS lebih penting dan mungkin juga ada yang mengatakan Bernama TV lebih mustahak. Pasti ramai juga yang mengatakan kedua-duanya sama penting kepada negara.

Walau apa pun jawapannya, kedua-duanya adalah penting. MAS adalah syarikat penerbangan milik negara manakala Bernama TV pula adalah anak syarikat milik sebuah agensi kerajaan iaitu Bernama yang berperanan menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Baik MAS, mahupun Bernama TV, kedua-duanya ada peranan tersendiri kepada negara. Negara tidak lengkap tanpa mempunyai syarikat penerbangan tetapi negara juga akan tempang jika tidak mampu menyebarkan maklumat kepada rakyat. 

Sebagaimana dunia makin kompleks dan pelbagai, saluran maklumat juga semestinya lebih daripada satu. Selain pelbagai saluran maklumat yang lain, Bernama TV ada peranannya yang tersendiri yang tidak boleh dinafikan kepentingannya.

Ketika MAS bermasalah, kerajaan bukan saja tidak lokek menyediakan dana berjumlah bilion ringgit bagi tujuan memulihkannya, malah sanggup melantik seorang CEO warga asing dengan gaji yang mahal, tetapi kenapakah apabila Bernama TV diketahui dalam kedudukan meruncing sehingga gaji tidak dibayar,  kerajaan hanya berdiam diri saja?

Blog ini sudah dua kali mendedahkan mengenai masalah dan kemelut yang dihadapi oleh Bernama TV sehingga gaji kakitangan dan bayaran elaun kepada penyampainya sudah tertunggak hampir dua bulan.

Baru-baru ini juga didedahkan secara meluas oleh beberapa portal berita, berikutan masalah itu berterusan telah menyebabkan ada kakitangannya yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana tidak mempunyai wang belanja untuk datang ke pejabat.

Masalah Bernama TV  sebahagiannya berpunca daripada bilangan penontonnya yang terlalu kurang dan tidak mempunyai pendapatan iklan. Dana yang disediakan kerajaan pula terlalu jauh berkurangan berbanding perbelanjaannya.

Janji Menteri Komunikasi  dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek untuk membawa penyelesaian kepada masalah Bernama TV menjelang awal tahun 2015 juga masih tidak menampakkan tanda-tanda positif.

Baik perancangan mahu menjadikannya saluran bahasa Inggeris, malah kontrak CEOnya Ibrahim Yahya yang berakhir pertengahan bulan ini juga tidak diketahui sama ada disambung lagi atau ditamatkan.

Sehingga ini, difahamkan kakitangan dan penyampai Bernama TV masih lagi dibelenggu masalah gaji dan elaun tertunggak, meskipun setelah ia didedahkan secara meluas baru-baru ini, selain kelabu mengenai hala tuju stesen tv itu.

Walaupun menyedari dunia sekarang adalah berpaksikan maklumat dan rakyat pula sentiasa dahagakan berita-berita terkini, tiada mana-mana pemimpin kerajaan yang tampil memberi reaksi untuk menyelesaikan masalah Bernama TV ini?

Baik Perdana Menteri, Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin atau Shabery Cheek sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Bernama TV, semuanya sehingga ini masih diam dan kelu seribu bahasa?

Di manakah tanggungjawab mereka sebagai pemimpin? Bagaimana mahu meyakinkan rakyat tentang sikap tanggungjawab jika masalah kakitangan sebuah agensi kerajaan sendiri gagal diselesaikan?

Lebih dari itu, berbanding dengan MAS yang baru-baru ini disuntik dengan dana RM6 bilion melalui sebuah syarikat yang baru ditubuhkan serta diberikan CEO baru manakala hutang-hutang lamanya bakal dilapukkan begitu saja, dana yang diperlu untuk memulihkan Bernama TV hanyalah sekelumit kecil saja.

Soalnya, kenapakah Bernama TV dibiarkan tidak dipedulikan manakala MAS dibelai dan dimanja sedangkan kedua-dua mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri kepada negara?

Beberapa pemimpin UMNO juga melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan dalam menangani masalah Bernama TV ini. Ramai yang berpendapat, kerajaan tidak seharusnya membiarkan begitu saja masalah yang timbul ini sehingga menjadi perbualan ramai kerana ia memburukkan lagi kedudukan kerajaan yang sudah sedia lemah dan dipertikaikan rakyat.

Jika Shabery Cheek dianggap terlalu lemah, tidak peduli dan "tak boleh pakai" dalam menyelesaikan masalah Bernama TV ini, sudah sampai masanya Najib atau Muhyiddin tampil bersuara dan memberi arahan mengenainya. (SH 09/12/2014)

35 comments:

  1. Shabery bukan lemah. Dia kurang kebolehan. Cakap berbuih-buih. Ada sedikit masalah...sudah pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...budak atau orang bangang. Kes Alvin Tan yg dh lari ke USA dia menyibuk kan diri. Kan bangang. Samalah dng Zahid dan Khairy, menantu Pak lah.

      apa nak jadi Msia ni. Menteri semua bangang2 dan menyibuk dlm isu remeh temeh.

      Delete
    2. Berapa lama lagi Bernama nak menanggung Ibrahim Wayang Pacak ni.?
      Dia ini biawak hidup. Apa perlunya Bernama menggalas biawak hidup ni? Ibrahim Wayang Pacak in adalah satu liabiliti yang amat besar. Seluruh Kaki tanggan baik di RTM atau Bernama tahu jenis apa manusia ini. Orang putih kata " HE IS GOOD FOR NOTHING".
      Semasa di TV3 dia dah bawa mala petaka. Datang ke RTM pun dia bawa mala petaka. Lepas tu menteri yang cerdik pandai hantar pula ker Bernama, sama juga dia bawa mala petaka.
      Apa faedahnya menteri asyik " create job" untuk manusia macam ini.??? Mustahil menteri tak nilai prestasinya, mustahil KSU tak tengok testimonialnya.
      Apa kejayaan dan pembaharuan yang dia telah laksanakan semasa di Tv3 dan RTM dulu?Tidak ada lansung melainkan porak poranda dan haru biru sama juga macam di Bernama Tv.
      Soalan kami kepada YB menteri, kenapa kami kena cuci najis yang di buat oleh manusia yang bernama Ibrahim Wayang Pacak ini? Semata mata untuk menaikan imej dan prestasi Bernama Tv semula. Menteri dan KSU tahu ker tidak berapa banyak kos yang perlu dibazirkan untuk penjenamaan semula? Menteri boleh bagi duit ker?
      Menteri dan KSU tahu ker tidak bertapa susahnya kami sebagai kakitangan berjuang untuk memertabatkan Bernama dan Bernama Tv.??? Di dalam saat saat yang paling sukar untuk kami meneruskan kehidupan kami,pernahkah menteri dan ksu tengok siaran Bernama Tv tergendala walau pun sebentar? Kami telah laksanakan tanggung jawab kami semata mata kasih sayang kami terhadap Bernama Tv. Bukan kerana Ibrahim wayang Pacak yang tidak tahu satu apa pun melainkan bermain dengan Facebook dan ponteng kerja setiap masa.
      Inilah sebodoh bodoh manusia yang pernah kami jumpa dan akan menjadi lagenda dalam sejarah dunia penyiaran di Malaysia dan mungkin di dunia yang menteri pilih dan hantar untuk menjadi Chief Executive Officer. Tak sampai setahu, lebih 50 orang kaki tangan Bernama Tv yang cukup hebat dan mahir meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan membuta tuli Ibrahim Wayang Pacak ni.
      Bukankah ini satu report card yang menunjukan betapa cemerlangnya kerjaya dan kepimpinan Datuk Ibrahim Wayang Pacak?
      Sebagai manusia kami juga ada kesabarannya. Ingatan kami kepada menteri kalau terjadi apa apa kepada Bernama Tv ini jawapan daripada kami semua " MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH. kalau sayang sangat dengan Ibrahim Wayang Pacak ini kami sarankan ambillah dia buat menantu atau pun bapa mentua YB. Kalau pun kami pernah tolong YB menteri dulu itu, kami lakukan dengan penuh keikhlasan sebagai kawan. Kami tidak meminta apa apa balasan.

      Delete
  2. Yang terlalu lemah adalah ceo btv sendiri, manusia ini tidak ada ilmu pengatahuan tentang broadcasting. Dia hanya salaryman atau pun orang makan gaji. Dia bukannya tahu berniaga. Lagi pun dia tidak ada idea langsung macam mana nak drive btv.

    Sebab itulah dia asyik ponteng kerja saja. Kalau datang bekerja pun semata mata untuk main facebook, dari pagi hingga ke malam kerjanya hanya main facebook. Dia tidak ambil peduli hal Tv pun. Sehinggakan masalah dalaman pun dia tidak tahu dan tidak pernah nak ambil tahu. Kalau ada masalah, jawapannya cukup mudah. Jawapan daripadanya tetap sama. " Aku dah bagi tahu menteri atau pun aku dah bagi tahu KSU." Fullstop.

    Kementerian pun satu hal juga. kalau nak Bernama Tv berniaga tak ada masalah. Naikkan taraf sistem dan infra dulu. Lepas tu hantarlah Ceo yang tahu berniaga, yang tahu bagaimana nak cari duit, maka semua kakitangan akan ikut cara Ceo, sebab itulah arah tuju mereka, berniaga dan kena cari duit. Skim insentif mesti kena bagus kepada mereka yang bawa balik busines. Ini tidak, menteri hantar Ceo yang tidak ada idea, bukannya dia tidak tahu apa akibatnya. Bila dapat jawatan Ceo,ibarat beruk di bagi bungalah atau pun bila si kudung dapat cincin.

    ReplyDelete
  3. Orang Bernama boleh terus berkarya. Lagi pun busines Bernama pun jounalism, mereka mahir tentang itu, mereka dilahirkan sebagai karyawan. Biarkan BTV jualkan karya mereka ini. Berilah peluang untuk BTV berniaga sebab kita datang daripada latarbelakang yang bebeza, pengalaman yang berbeza, masing masing ada kekuatan. Maka pergunakanlah kekuatan latar belakang itu untuk maju ke depan.

    Berpakat membawa berkat. Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berapa hari dah dia tak masuk ker, mengular entah ke mana, nak kata sakit tentu ada mc.
      Mungkin telor dia bengkak kot sebab terlampau lama duduk main facebook

      Delete
    2. Orang macam Ibrahim wayang pacak@Tiger manalah dia tahu malu, dia tu muka tembok, halal ker haram ker ia tak pernah ambil kisah.
      Dia mana ada harga diri pun, dia mana ada maruah.
      kalau CEO syarikat lain dah lama dah mereka letak jawatan. Sebab mereka ada harga diri, mereka ada perasaan malu kepada kakitangan dan tidak mau menjadi liabiliti kepada syarikat.
      Bagi ibrahim wayang pacak@Tiger, selagi Bernama dok bayar gaji selagi tu lah dia akan tunggu.
      Dia tidak sanggup berpisah dengan jawatan Ceo, dia tidak sanggup berpisah dengan kereta Bernama, dia tidak sanggup berpisah dengan minyak Bernama, dia tidak sanggup berpisah dengan smart tag Bernama. Jatuhlah standard dia kalau selepas ni dia terpaksa naik bas atau naik taxi.

      Delete
    3. Kalau macam tu ada baiknya Tiger berpindah sahaja ke Zoo Negara.
      Di sana dia akan hidup lebih mewah, boleh bersantai setiap hari, makan minum serba cukup. Mandi manda, sakit demam pun ada orang yang menguruskannya.
      Yang menghairankan kenapa Shaberry Cheek tak hantar dia ke sana. Jadi Ceo kepada semua haiwan dan segala maguasta

      Delete
    4. Mungkin Shaberry Cheek terlepas pandang kot

      Delete
  4. Jual shj kat keadilandaily... Haha..permit akhbar pun tar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai minat juga ker? kalau minat hantarlah proposal

      Delete
  5. Bernama TV macam RTM... cerita propaganda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah kau tengok cerita cartoon kat mana mana Tv yang kau suka

      Delete
  6. Betul tu imlan btv macam rtm cuma saloran propaganda. Bebaskan btv biarkan btv siarkan secara langsung program pr ie ucapan TGNH dimuktamar ucapan DSAI di mesyuarat agung pkr dan ucapan Lim Guan Eng di mesyuarat agung DAP. Dengan cara ini pasti btv akan dapat ramai penonton disamping ramai penaja. Main problem : Berani ke kerajaan 47% berbuat begitu ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa tak berani pulak. Nak minta buat secara langsung pun boleh, kami berniaga, ada duit adalah barang. Bila nak buat pembayaran ni?

      Delete
  7. Yang berdiam diri skrg adalah datuk suhaimi abdullah. Fullstop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Suhaimi dah jual dah semua sahamnya. Sekarang ini Bernama Tv nak lelong saja Ceo nya Datuk Ibrahim Wayang Pacak. Fullstop.

      Delete
  8. Ini lah musibah terlampau banyak menabur fitnah sampai dilaknat oleh Allah. Kalau masih tak sedar lebih mampus saja !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kesalahan Bernama Tv kepada Allah pula? Apa hak kau untuk paksa Allah di dalam hal ni? Kau pun hamba Allah juga yang asalnya pun daripada air mani.

      Delete
    2. Han g ni betul2 bodoh. GOBLOK. Dah tak bayar gaji masih mahu pertahankan pemerintah Korup ni. Apakata sumbangan RM 700 juta diberi pada Rosmah dikurangkan dan beri BTV untuk bayar gaji hang. .

      Delete
    3. Kerana pemerintah inilah Malaya merdeka. Kerana pemerintah inilah aku kenal huruf ABC. Kerana pemerintah inilah aku dapat masuk ke universiti di luar negara.
      Lainlah dengan anjing pembangkang seperti kau. Kau ini anjing yang mengigit tangan tuan yang memberi kau makan.

      Anjing pembangkang tidak sama dengan anjing binatang yang dicipta tuhan.

      Anjing ini walaupun dia binatang apabila dipunggut ditepi jalan dibawa balik ke rumah oleh tuannya diberi makan dan minum dia akan akan tolong jaga rumah dan keselamatan tuannya.

      Maknanya anjing ni walaupun dia dilahirkan sebagai binatang tetapi dia tahu berterima kasih dan dia tahu membalas jasa tuannya dan sanggup mati kerana tuannya.

      Inilah bezanya anjing pembangkang dengan anjing haiwan ciptaan tuhan.

      Delete
  9. Saksikan bernama tv hanya di saluran 502

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksikan tiger di Zoo Negara.

      Delete
    2. setiap bulan mengambang Tiger akan buat Tiger show..

      Delete
  10. Tutup saja bernama ni.Bukan ada faedah pun.siang malam kerja tipu rakyat.kerja yang megundang malapetaka kalau terlalu banyak berita bohong dan menipu.

    ReplyDelete
  11. Bernama mana boleh tutop bang oiii... Kita cite psl btv swasta tu bkn bernama. Apo yg ekau dh kono tipu dgn btv sampai ekau marah bona. Penah tgk ke saluran 502 bernama tv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah rumah dia ni pun bukannya ada tv pun, kalau nak tengok tv dia pergilah kat kedai mamak. Kena teh tarik gelas, duduk berjam jam..

      Delete
  12. Kalau Bernama tipu rakyat samanlah kami, kenapa tak saman, daripada mereka rekacipta fitnah yang amat di larang tuhan. Takut takut nanti (dengan izin Allah Taala) mala petaka yang kau minta tu terkena pada batang hidung kau dan keluarga kau sendiri.

    ReplyDelete
  13. Org awam mmg ramai yg blur psl BERNAMA ni.. Yelah org kita suka berhibur & berpolitik, sampai national news agency pn xtahu.

    BERNAMA : kerajaan
    Bernama TV : swasta

    BERNAMA dh tolong BTV swasta sejak 6thn lalu. CEO btv swasta dh 3org, tp marketing xpnh tukar. Mslh BTV swasta ialah xde iklan n defisit, selain terpaksa byr gaji tinggi utk org2 tertentu.

    Pekerja BTV swasta harapkan ihsan BERNAMA kerajaan slma ni. Dlm tempoh 6thn, gaji hanya dinaikkan minimum pd thn kelima, itupun ihsan BERNAMA. Ini jelas mnunjukkan BTV xperlukan jwtan CEO. Ia dianggap jwtn politik smata-mata.

    ReplyDelete
  14. Hoi CEO Facebook.

    Di RTM kau dikenali sebagai Tiger. Di Bernama Tv kau di gelar Ibrahim Wayang Pacak. kau tunggu apa lagi di sini????
    TOLONG LETAK JAWATAN DALAM TEMPOH 24 JAM.
    BERAMBUSLAH KAU DARI SINI. lagi pun kau tidak pernah ada dalam pejabat, bermakna kau masih teruskan amalan ponteng kerja dan mungkin bermain Facebook di rumah.
    Kami tidak mahu tengok muka kau lagi di sini
    Tanpa kau sekalipun Bernama Tv tetap terus bersiaran macam biasa.
    kami tidak memerlukan seorang Ceo kucing kurap macam kau.
    Ceo pembawa SIAL dan BALA PETAKA.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia CEO SIAL dan pembawa SIAL kemana saja dia pergi. Kalau politik dicampurkan dengan perniagaan maka inilah yang akan terjadi.

      Delete
  15. YB Menteri Shaberry Cheek

    Tolong ambil balik BUDAK BODOH yang bernama Ibrahim Wayang Pacak bin Yahaya. Sebelum kami panggil lori sampah untuk angkut dia.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Datuk Zulkefli Haji Salleh, Pengurus Besar Bernama.

    Hari ini segala gala gala masalah berkaitan dengan pembayaran gaji kepada semua kakitangan Bernama Tv bakal selesai.

    Ini adalah inisiatif yang diambil oleh Pengurus Besar yang baharu YBHG Datuk Zulkefli Hj Salleh. Hanya baru 4 hari sahaja beliau memegang teraju di Bernama masalah yang amat serious yang melanda Bernama Tv ini dapat beliau selesaikan. Sekali lagi kami mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas jasa baik YBHG datuk kerana begitu cepat dapat mencari jalan penyelesaian untuk kami.

    Berbanding dengan Ceo Bernama Tv Datuk Ibrahim Wayang Pacak, yang langusng tidak berguna sama sekali dan tidak dapat menyelesaikan masalah kami. Sejak hari pertama dia masuk ke Bernama Tv tidak ada apa apa pembaharuan yang dia pernah buat apatah lagi mencari jalan untuk menolong kakitangannya sendiri apabila dilanda masalah.

    Umum mengetahui si tua kutuk ini hanya tahunya ponteng kerja dan kalau ada di dalam pejabat pun hanya bermain Facebook sepenuh masa. Dia tidak pernah merasa apa apa kesusahan kerana gajinya dibayar terus oleh Bernama pada setiap bulan.

    Ironinya, semasa di dalam suasana getir di mana kaktitangan Bernama Tv menghadapi masalah kewangan, beliau terus menghilang diri.

    Laporan daripada kakitangan Biro Bernama mengatakan kelmarin kelibat beliau dilihat berada di Johor Baharu. Setelah disiasat, beliau ke sana untuk memberi ceramah kepada sebuah institusi.

    Ceo apa jadahnya ini? Ceo yang tidak ada integriti, Ceo yang buta perut. Sudah tentu beliau tidak akan memberi ceramah secara percuma, ini bukanlah satu perkara baru bagi si tua kutuk ini buat "part time job" sebab itu beliau selalu hilang dan selalu ponteng kerja. Hotel sudah pasti dibayar oleh institusi tersebut. Tidakkah beliau berfikir yang beliau telah menyalah gunakan kuasa. Beliau juga telah menyalah gunakan segala faedah yang telah di berikan oleh Bernama. Beliau menyalah gunakan kereta, kad minyak dan smart tag serta lain lain yang menjadi kepunyaan Bernama. Halalkah perbuatan dia itu? Bernama sendiri tidak pernah menugaskannya ke Johor Baharu. Pemergiannya ke sana pun tidak dimaklumkan kepada majikannya sendiri. Mungkin dia merasakan yang dia ini orang menteri, jadi tidak perlulah dia memaklumkan kepada majikannya yang selama ini membayar gaji dan menanggung lain lain faedah untuknya. Sebab itulah selama ini dia hanya memikirkan temboloknya saja. Orang sebegini sebaik baiknya MAMPUS saja ditengah jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah dia Ceo HARAM JADAH namanya

      Delete
  17. byk nyer komen psl Ibrahim Wayang Pak Pacak @ Tiger ni... dia yg aku kenal sejak jadi KP RTM, pegawai media DSURY, then CEO BTV mmg xde lgsg kredibiliti... xtau apa penilaian yg dibuat oleh pengurusan tertinggi utk melantik dia dgn jawatan penting... yg aku tau perutnya semakin ke depan disumbat dgn gaji buta dia... penah kawan aku dgr perbualan dia dgn sorang pengusaha yg ingin bantuan promosi dan minta sejumlah wang yg tinggi utk bantuan tu... aku rasa dia de mslh kewangan dan mharapkn ehsan utk pegang jawatan tu... pdhal dlm otak kosong...
    peranan bernama TV amat besar bagi org yg tau menilai kepentingannya... org yg dahagakan maklumat... tapi sayang bila nama bernama digunakan maka org fikir tak perlukan bayaran utk dptkan slot program... inilah cita2 mat jenin konon nak jadi mcm CNN Al Jazeera... sblum nak buat sesuatu kenalah mulakan dgn kajian dulu dan kajian biarlah menyeluruh serta tepat... bukan terima saja proposal yg boleh bawa keuntungan kpd poket sendiri tanpa fikir kesan kewujudannya pada masa panjang... inilah punca projek kerajaan byk yg gagal... semua nak keje senang...
    sbnrnya aku kagum dgn kesungguhan pekerja bernama TV yg terus beri komitmen utk bersiaran 24 jam... siang malam bekerja... tapi apa yg hasilnya atas komitmen tu... lihat sahaja lah seolah jd balaci sdgkan mereka ada tanggungan nk diselesaikan tiap
    bulan... kita kejam pd mereka sbnrnya...
    cadangan aku ambil ajalah bernama TV sbg salah satu siaran baharu yg berbahasa inggeriss bawah RTM tp
    tukar nama lain... lagipun RTM nak dikorporatkan... biarlah siarannya bersaing antara satu sama lain... mcm saluran TV di media prima yg org marketing nya saling bersaing utk dptkan pembeli iklan dan penaja program TV...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...