Beliau turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli itu sedangkan individu tersebut tidak mempunyai jawatan penting dalam UMNO.
Kata KJ lagi, laporan seumpama itu seharusnya memetik daripada seseorang yang mempunyai kewubawaan.
Berikutan tulisan di laman sosial Facabooknya yang menggesa Najib berundur sebagai suatu pengorbanan dan memudahkan BN memenangi pilihanraya umum akan datang, beberapa portal berita telah menjadikan gesaan itu sebagai berita utama dan kemudian turut menjadi perbualan umum.
Walaupun Syed Rosli hanyalah pemimpin di peringkat cawangan (suara paling rendah menurut KJ), sebenarnya gesaan terhadap Najib ini bukanlah suara yang baru kedengaran dalam UMNO.
Di pelbagai peringkat, sejak sekian lama sudah semakin kerap kedengaran agar Najib mengundurkan diri memandangkan beliau dilihat gagal meningkatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.
Dengan keputusan PRU 13 di mana BN hanya meraih 47 peratus undi popular dan Muhyiddin pula memberi peringatan bahawa hanya penurunan 2 peratus pengundi saja lagi akan menyebabkannya menjadi pembangkang, ia adalah gambaran sebenar mengenai kegagalan Najib.
Daripada 47 peratus pencapaian pada PRU 13, berapakah pula peratusannya ketika ini, meningkat atau makin menurun?Daripada kira-kira 6 juta pengundi baru menjelang PRU 14, banyak manakah akan memihak kepada BN?
Pandangan yang diutarakan Syed Rosli hakikatnya adalah relevan untuk masa depan dan untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada tumbang, tak kira siapa pun dirinya.
Bukankah UMNO parti rakyat bawahan dan sesiapa pun berhak memberikan pandangan? Soal kenapa portal berita memetik gesaannya, ia tentulah kerana ada nilai berita yang diutarakannya.
Nilai berita secara umumnya terbahagi kepada dua, apa isu yang diucapkan dan siapa yang bercakap. Berita mengampu dan membodek Perdana Menteri tidaklah bernilai apa-apa kecuali yang mengucapkannya mempunyai jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan.
Begitu juga dengan gesaan Syed Rosli, walaupun beliau bukan sesiapa dan hanya bertaraf rendah saja tetapi perkara yang disampaikannya ada nilai beritanya dan mahu dibaca oleh khalayak.
Tetapi membaca kenyataan KJ mengenai Syed Rosli, sesiapa pun tidak dapat mengelak daripada beranggapan bahawa Ketua Pemuda UMNO itu seorang pemimpin paling sombong dan angkuh yang pernah dilahirkan oleh UMNO sejak 1946.
Ia memberi maksud bahawa dalam pemikirannnya, mereka yang di peringkat bawahan UMNO tidak lebih hanyalah golongan kuli, tukang pasang poster, meramaikan majlis sambil bertepuk tangan dan tidak berguna apa-apa melainkan budak suruhan pihak atasan semata-mata.
Mereka tidak boleh menegur, tidak layak memperkatakan salah laku atau tidak baik mengenai pemimpin, jauh sekali untuk meminta meletakkan jawatan. Itulah penilaian KJ terhadap golongan bertaraf rendah yang sebenarnya bukan saja majoriti, tetapi juga penentu dalam UMNO.
Ternyata KJ semakin lupa asal usul dirinya dan bagaimana beliau naik dalam UMNO. Bukankah orang bawahan yang menaikkannya? Dalam pilihanraya pula, kalau tanpa golongan paling bawah dalam UMNO bekerja keras, bolehkah beliau menang?
Beliau juga bukan golongan berdarah bangsawan sejak lahir. Darah elit dan bangsawan daripada keluarga Perdana Menteri hanya mengalir di luaran tubuhnya setelah berkahwin dengan anak Pak Lah saja. Hanya dengan kedudukan itu dilonjakkannya untuk meraih pelbagai kedudukan dan keistimewaan.
Pandangannya yang memperlekeh golongan bawahan dalam UMNO ini juga pastinya bertentangan dengan naluri dan jiwa besar lain-lain pemimpin UMNO, termasuk Najib, Hishammuddin dan Mukhriz yang memang lahir dalam keluarga yang pernah menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar tempelen dengan menumpang nama sebagai menantu.
Namun, amatlah membanggakan ketiga-tiga anak bekas Perdana Menteri di atas tidak pernah sama-sekali memperlekeh suara bawahan dalam UMNO dan sentiasa menghargai pandangan mereka.
Apakah salahnya golongan paling rendah dalam UMNO menyuarakan pandangan? Bukankah UMNO sendiri hidup dan bernafas kerana golongan paling rendah ini?
Ini mengingatkan kepada kata-kata seorang tua di Bandar Sendayan dalam Parlimen Rembau yang pernah berkata, "sebenarnya nilai kita sebagai menantu bukanlah mahal sangat, ia hanyalah tiga sen saja dan bila-bila masa boleh terbuang".
KJ sendiri pun sebenarnya, jika bukan kerana pernah menjadi menantu Perdana Menteri, beliau juga bukanlah sesiapa dalam UMNO dan mungkin masih berada di peringkat paling rendah juga waktu ini. ( SH 18/12/2014)
Begitu lah sifat nya kalau se seorang itu tidak mendalam ilmu agama nya. Jangan lupa bahawa Saidina Ali pernah menyatakan bahawa, "Dengar lah apa yang di ucap kan. Jangan lihat siapa yang mengucapkan(perkara perkara yang baik) waima ia nya seorang budak".
ReplyDeleteMenjadi menantu Pak Lah adalah kerana anak yang di idamkan, bapa nya tak menjadi P.M. Tak gitu wahai KJ?
KJ dengan macai lain umnongok sama saja taraf pemikirannya.parasit saja kerjanya.dulu intai anak anuar,lepas tu intai anak paklah.gemok gedempol tak kisah,janji boleh jadi parasit,otak letak pada lutut.dia ni seorang pariah yang tak sedar diri.
DeleteBetul tu... Satu dunia tahu.. taktik saje-saje langar buntut kete tu.. mula-mula sori. anak anuar tak jadi... guna taktik sama kat anak Pak Lah ... ..tak dpt jawatan duk ugut cerai.. biasa le spesis ni ... jenis Udang duk bawah mee je .. Ingatkan pandai... Ialah jaga sahajalah kilang haprak mencemar alam tu... . untung kan.
Deletebiasalah belagak aje psl lulusan oxpork...tapi menumpang tuah aje koje dia..cuba naik dari bawah..sapa kenai ko mangkuk hayun...tarak sapa la? setakat menantu dollah aje bolehlah ko naik mencanak cam lumbu naik lif kondo...BAHLOL LULUSAN OXPORK NIE...BIASALAH AHLI DARI PARTI KERIS TELANJANG!!!
Delete..org Rembau NS juga bangang. Org yg lahir diKuwait dan 20th lebeh duduk oversea dan tak pernah duduk Rembau..dipilih sebagai MP Rembau.
DeleteAnak diplomat yg tak pernah mengenali kesusahan hidup...jadi wakil rakyat orang Rombau. Punyalah bangang.
Ketua Cawangan ini ibarat pendekar kecil yang disuruh oleh Datuk Memanda Menteri Malikul Sembab untuk memulakan langkah cabaran menentang Paduka Sultan Najibur Rassuah. .......Tampil menyahut cabaran Panglima Muda bersama pantun ..."...kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan Rosmah hendak kau duga......Cisss berani kau menderhaka (bukankah aku pernah menewaskan kamu dalam perlawanan yang lalu ).... "
ReplyDeleteNamun pertarungan sebenar belum bermula.....baru pesilat pulut tampil ke depan cuba mencari nama.... Mana dia Panglima-Panglima Besar lain yang mahu memberontak....belum ada keyakinan diri atau sememangnya bacul untuk menjatuhkan Sultan yang lemah.....
Salam tuan, jika ketua penerangan cawangan dianggap tarap paling bawah dalam umno, jadi apakah taraf akar umbi, ahli yang tidak berjawatan? Paria?? pengemis, peminta sedekah (sbb dapat br1m??).
ReplyDeleteTuan Shah, sebagai tambahan kepada latar belakang Si KJ ni dapat masuk OXford pun kerana pengaruh bapak dia tu dulu senior diplomat.di London. Kalau 'on merit ' setakat University Round Table di LA sahaja. .
ReplyDeleteBIASA LA...SEPATUTNYA MASUK UNIVERSITI LUTON TU AJE..BUKAN PANDEY MANA PUN..LA NIE DAH TERSERLAH KEBIOLAN LULUSAN OXPORK NIE?
DeleteKJ ni dulu idola gua, tapi nampaknya 2x5 saja dgn mat maslan. Mulai hari ini gua ingin tarik balik sokongan gua.
ReplyDeleteBila anwar nk kena penjara....
ReplyDelete...hai Hakim tak sibuk...kau pula sibuk. Apa? buntut kau kena taler juga ke?
DeleteKJ Kaki Actionnnnn!!
ReplyDeleteMana Tak, Sudah Dapat Pangkat sebab Kahwin dengan Anak Pak Lah..
Sekarang semua orang lain Sampah Sajaaa.
Yb KJ,
ReplyDeleteKetua peringkat bawah juga punya hak yang sama dengan ketua pihak atas untuk memberikan pandangan walau sedikit mana pun ideanya. Janganlah kamu sombong sangat wahai KJ, kalau tiada sokongan dari bawahan siapalah kamu ni. Inilah dia melayu bangsat, baru naik setangga sudah disangka berada dilangit atas.
Mungkin kj pon nak singkirkan pok jib tapi dengan cara yang lain daripada lain.tidak semestinya dengan menjolok bontoot pok jib, lebih berkesan dengan jolok bontooot golongan taraf rendah dibawah.umngook kan bontoot berpisah tiada..
ReplyDelete