Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai lagi yang berkelayakan untuk menggantikan Najib.
Selain itu, Mahathir juga memperlekeh kemampuan Najib dengan berkata, kemenangan BN dalam PRU 13 bukanlah disebabkan imej Najib tetapi tetapi kerana pengundi BN takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri, yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ialah Lim Kit Siang serta menyebabkan ramai yang kena tangkap.
Sebelum itu, selain menarik balik sokongan, hampir semua tindakan atau keputusan yang dibuat Najib sentiasa saja mendapat kritikan dan bangkangan daripada Mahathir. 1MDB, TPPA, pemansuhan akta, hubungan kaum, CEO MAS, menyaman pengkritik atau apa saja, semuanya mendapat teguran dan "tidak kena" pada pandangan Mahathir.
Sesiapa pun yang mengikuti semua perkembangan antara Mahathir dan Najib ini, pasti tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa suatu lagi perkelahian politik bakal berlaku. Tidak kurang yang meramalkan hayat politik Najib mungkin sudah di penghujungnya ketika ini.
Ini kerana, sejarah politik Mahathir memperlihatkan beliau tidak pernah kesian atau mengalah dengan mereka yang dibencinya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah musuh "heavyweight" yang disingkirkannya ketika sedang berkuasa, manakala Pak Lah pula berjaya diketepikannya selepas tidak lagi mendiami Seri Perdana.
Sama ada sedang berkuasa atau tidak, pengaruh dan kelicikan Mahathir tidak boleh dipandang mudah.
Selagi tidak menyingkirkan mereka yang dimusuhinya, bermakna ia belum berakhir bagi Mahathir. Kepada Najib, walaupun belum menyebut secara terbuka, Mahathir semakin hari semakin menampakkan hasratnya ke arah itu.
Jika dulu beliau hanya menegur dan mengkritik, kini nadanya beralih mengenai kelayakan sebagai kerajaan, ramai lagi boleh dipilih sebagai pengganti Perdana Menteri serta kemenangan BN bukan disebabkan peranan dan kerja keras Najib selama ini. Semua itu adalah tanda-tanda jelas Najib sudah tiada dalam hati Mahathir.
Di mata Mahathir sekarang ini, Najib barangkali adalah bakal "mangsa penyingkirannya" yang seterusnya.
Tetapi walaupun dikritik, ditegur, disindir dan diserang, Najib sehingga ini tidak mudah melatah. "Telinga kualinya" terlalu tebal.
Dalam masa yang sama, Najib bukan saja tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengalah, bahkan juga tidak mahu berubah. Selain terus dengan stail dan gaya lamanya memimpin parti dan kerajaan, ada juga laporan mengatakan Najib ketika ini sedang cuba mengenepikan pengaruh Mahathir secara perlahan-lahan.
Najib dikatakan tidak lagi menunjukkan kemesraannya seperti dahulu bila bertemu Mahathir di majlis-majlis tertentu, bahkan ada juga laporan mengatakan turut bersikap "endah tak endah" apabila bekas Perdana Menteri itu sedang bercakap.
Sebagai orang tua, keadaan itu pasti menyinggung Mahathir dan membuatkannya terus mahu menyerang Najib.
Sementara Najib mahu terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 14 akan datang dengan keyakinan masih mampu mencipta kemenangan lebih gemilang, Mahathir pula mula memberi bayangan bahawa BN akan tumbang jika Najib tidak digantikan. Tujuannya ialah untuk menarik seramai mungkin sokongan berpihak kepadanya. Tetapi kuasa tarikan sebagai Perdana Menteri juga merupakan kelebihan kepada Najib untuk terus bertahan.
Jika keadaan ini berterusan dan masing-masing tidak mahu mengalah, perkara yang menarik ditunggu ialah bilakah "peperangan terbuka" akan meletus dan siapakah yang bakal kecundang dalam pertembungan antara kedua-duanya nanti?
Berjayakah Mahathir menyingkirkan seorang lagi musuh politiknya? Atau mungkinkah Najib satu-satunya pemimpin UMNO yang gagal diketepikan oleh Mahathir?
Mahathir adalah pemimpin yang paling kerap menghadapi cabaran serta paling suka bermusuh tetapi sentiasa menang dan berjaya menyingkirkan mereka yang mahu disingkirkannya.
Najib pula hampir tidak kenal erti pertandingan dan sentiasa dibentangkan "karpet merah" dalam pendakian kerjaya politiknya. Di dalam UMNO, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan Naib Presiden, suatu jawatan yang memerlukan tiga pemenang dipilih manakala jawatan-jawatan lain yang menghendaki seorang pemenang, semua diperolehinya secara percuma.
Pertembungan Mahathir dengan Najib sepertinya sudah sukar dielakkan. Walaupun Najib terus berdiam dan tidak memberi respon tetapi Mahathir sentiasa saja mencari peluang memanaskan keadaan dan memberi tekanan.
Mungkinkah kemenangan terus memihak kepada Mahathir atau Najib berjaya mencipta sejarah baru dengan "mengkafankan" terus gangguan bekas Perdana Menteri itu? (SH 10/12/2014)
Tuan Shah, if one can get away with 'murder' kita nak cakap apa lagi. Perlu
ReplyDeleteingat belakang dia ada APAC pakar dalam bidang perang deception. Lebih2 lagi otak2 Melayu yang lemah dan bangang. Salam
saya pun takut kalo anwar ngan lim kit siang jd top leader kat malaysia..org cina ni licik..hari ini org melayu pun marah kat melayu kalau ada melayu kata cina ni penipu..ada melayu marah kat melayu sebab tegur cina bukak byk sgt pusat hiburan...oh my country
ReplyDelete..oh my country...bila kah melayu hendak bebas dari dibangangkan olih Umno.
DeleteMahathir ckp orang Malaysia bangang bila Khazanah lantik seorang Jerman jadi CEO Msia. Yang sebenarnya org melayu yang bangang...dibangangkan olih Mahathir dan Umno.
Anon 19:12, 09:21 dan yang sewaktu d3ngannya adalah contoh melayu-melayu yang otak mereka telah dibongsai dan dibodohkan oleh UMNO seperti kata Anon 23:12 dibawah.
DeleteMereka ni lah sebenar penjilat-p3njilat kaum cina yang depa dok kutuk. Bayangkan, mereka pergi melepak di shoping complexes milek orang cina. Depa masuk arcade games dan bagi sedekah untuk membantu kaum cina. Mer3ka pi makan kat McD yang franchis3nya dipegang oleh orang cina. Mereka beli pakaian dan keperluan lain kebanyakkannya di kedai-kedai mil3k cina. Mereka beli motosikal-motosikal seperti Yamaha, honda yang mana frqnchisenya dipegang oleh orang cina.
Orang macam ni kita nak pakai. Cakap je berd3gar-degar su4uh orang lain bermusuh dengan cina, sedangkan mereka penjilat cina pqling tegar!....porahhhhhhhh! Tak bol3h pakai punya orang.
Ini hal dia orang. Yang pemimpin-pemimpin UMNO yang dok hasut depa pun lagi dasyat. Rakan-rakan business mereka orang cina. Depa bagi kontrak-kontrak m3ga kerajaan kepada cina-cina yang menjadi rakan niaga depa. Yang depa bagi kat kroni-kroni melayu hanya yang l3bihan dari yang dibagi kat cina-cina!
Hangpa tak p3rnah pikiaq ke b3nda ni? Kalau xpikiaq, memang patutpun hangpa diperbodohkan ol3h pemimpin UMNO Baru.....tak sedaq diri kena dipe4bodohkan!
Hai..org melayu ni senang di bonsaikan pemikiran dgn ditakut2kan kepada kaum cina. Cina ni licik la..byk sgt pusat hiburan la.. Sila check, sape yg bg lesen, sape yg cekik duit rasuaj mereka kalau bukan melayu. Sudah la.. Dalam zaman sekarang, org melayu kena majukan diri, mantapkan ilmu agama islam, bukan utk retorik semata2...aku tak nampak org melayu akan maju dgn kaedah UMNO yg promote kaedah prasangka benci membenci kpd bangsa lain esp. Kaum cina. Org melayu yg dungu termakan dgn propaganda UMNO sedangkan pemimpin elit mereka mencekik harta negara dgn sewenang2nya. Tp. Still, disbbkan ramai org melayu yg senang dibonsaikan otak menerima UMNO sbg pembela mereka. Itulah yg terjadi..polemik Mahathir-najib ni hanya peperangan untuk menjadi ketua utk merebut harta negara. bukan utk menyelamatkan negara. Percayalah nasib org melayu tetap tidak akan berubah jika masih pemimpinnya dari UMNO. Perkauman tetap semakin tajam, prasangka semakin menebal..dan org melayu tetap akan dibonsaikan otaknya. Tgk negara lain sudah semakin maju i. e. Korea Selatan. Kita, x habih2 dgn perkauman, rasuah, politik adu domba dan sbgnya. Itu belum lg tgk ekonomi. Jauh sekali. Aku berharapkan Malaysia dan rakyatnya menjadi lebih matang dan maju satu hari nanti. Insyalah..
ReplyDeletehello brader..u tak pernah berniaga...u tak pernah terlibatdlm pendidikan..u tak tahu karenah yahudi mata sepet ni..u tulis blog saja..
DeleteHa ha... U silap bro.. Gua well educated than u think. Gua penah terlibat dgn so called yahudi mata sepet, dan gua pernah terlibat dgn melayu so called pembela bangsa melayu n islam. Bukan semua.. Tp. Some of them mmg teruk. Tp. Ada yg bagus. Manusia beb! Yg penting, kita sbg org melayu islam mesti tgk diri sendiri bukan menyalahkan org lain. Kalau tgk org lain salah, baik tak payah jadi manusia yg diberi akal fikiran utk berfikir. Lu sendiri dah bonsaikan akal lu beb!
Deleteanwar terlalu busuk moralnya..najib kelihatan dungu dengan penasihatnya..hadi flip flop..kit siang tidak diterima melayu dan cauvinist..s
ReplyDeleteAnon 14:31
DeleteAnwar terlalu busuk moralnya? Siapa cakap? Moral apa? Yang dok jaja pasal moral Anwar adalah musuh politiknya, UMNO Baru dan pemimpinnya. Politik j3nis apa kalau musuh politik dok kalut puja dan mendewakan kita. Tu pasai kita k3na guna akal yang Allah bagi tu....bukan guna kepala lutut. Sampai hari ini, setelah 16 tahun memburu Anwar siang malam, berpuluh-puluh juta wang dihabiskan, semua jentera s3buah kerajaan dihala untuk menghapuskan Anwar d3ngan m3mburuk-burukkan moral Anwar - berjayakah mereka membuktikan k3burukan moral Anwar secara mutlak dan tidak meragukan?....TIDAKKKK...
Tang dunggu Najib tu memang betul. Banyak bukti-bukti kec3laruan yang terdedah depan mata kita yang kita tak bol3h tolak. Kita s3but satu sudahlah. Pasal menaikkan harga minyak RON95/Diesel sebanyak 20 s3n sedangkan harga pasaran minyak dunia sedang turun d3ngan c3pat.
Haji Hadi pun kelas Najib juga dalam soal kepimpinan politik. T3tapi TGHH t3tap utuh s3bagai ulamak. Najib hancur lebur serba serbi. Dalam kes Haji Hadi, flip flop dia sekarang hukan satu kelemahan. Tetapi ia adalah isyarat untuk beliau menyerahkan k3pimpinan politik s3bagai Presiden PAS kepada orang yang lebih mampu untuk membawa PAS m3ngharungi politik baru pasca tsunami 2008. Maknanya kepimpinan Haji Hadi yang hebat dimasa lalu sudah sampai kepada hujungnya. PAS masih memerlukan Haji Hadi tetapi dalam peranan lain yang tidak kurangnya p3nting dengan jawatan s3karang.
Tuduhan sdra kepada LKS adalah tuduhan jahat. Kalau mahu kata LKS chauvanist, Ibrahim Ali dan Presiden Isma lagi chauvanist. Kedua-duanya hanya menggunakan slogan m3lindungi hak orang m3layu untuk cari makan. Apa bukti orang melayu yang be4jumlah 20 juta orang memilih Pe4kasa dan Isma berjuang diatae nama mereka. Yang kita lihat mereka adalah subkontraktor-s7bkontraktor UMNO untuk m3nimbulkan pe4balahan antara orang melayu dan bukan melayi sahaja. Kami k3nal siapa Ibrahim Ali . S3jak dari zaman stud3nt lagi kaki kari makan menggunakan politik.
german tu CEO jer...
ReplyDeleteapa salahnya dia betulkan balik MAS... bukannya dia nak bawak 1000 germans keje kt MAS...
CEO tak penting.... yang penting pengurusan MAS bertambah baik dan jana keuntungan... sampai bila duit tax aku nak kena bail out MAS ????
Haha...bagus2.panaskan lagi.
ReplyDeleteHubungi supplier2 region anda.asal ada modal semua aset boleh diuruskan.