Monday, 15 December 2014

Najib Kian Keseorangan...


Tidak seperti selalunya, Mesyuarat Agung Perkasa tahun ini lebih menjadikan UMNO, Najib Razak dan beberapa pemimpinnya sebagai sasaran berbanding mereka daripada pembangkang.

Pemimpin UMNO tidak saja dilabel tidak tegas dan kurang teguh pendirian dalam memperjuangan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi iuga dianggap mudah menangis apabila menghadapi tekanan.

Di tahap tertentu, ada juga pemimpin UMNO yang turut dikategorikan sebagai "bangsat" oleh Perkasa dalam mesyuaratnya semalam.

Sementara pemimpin Pas, PKR dan DAP boleh tersenyum kali ini kerana tidak dihentam oleh Perkasa, Najib Razak pula menjadi sasaran utama kali ini. Selain "dinasihati" agar mengurangkan aktiviti terbang ke luar negara, Najib juga diminta berhenti menipu rakyat dengan memberitahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Dengan tujuan lebih memperlekeh kedudukan Najib, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali juga mendabik dada mendakwa, beliaulah pejuang Melayu ketika ini.

Serangan Perkasa terhadap UMNO dan Najib menyusul hanya dua hari setelah seorang pemimpin UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassah membuat laporan polis terhadap 1MDB yang diragui urusniaganya.

Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, di sebalik desakan Mahathir Mohamad agar perwakilan bersikap lebih berani menegur dan mengkritik pemimpin, Najib berjaya mengepung suara-suara nakal itu, tetapi kini nampaknya cabaran yang bakal dihadapi oleh Perdana Menteri jauh lebih menyakitkan daripada jangkaannya.

Laporan polis terhadap 1MDB dan serangan keterluan Perkasa terhadapnya sehingga dituduh menipu rakyat adalah sesuatu yang di luar jangkaan Najib akan diterimanya sebaik usai Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Mahathir yang sudah lama mengkritik, tentu saja tidak berhenti daripada terus membelasah Najib selepas ini. Daim dan beberapa bekas menteri juga pastinya tidak terkecuali bersama bekas Perdana Menteri itu. Rangkaian maya pro Mahathir barangkali akan melipatgandakan lagi serangan mereka.

Mahathir, Daim, Perkasa, Ibrahim Ali,  Khairuddin Abu Hassan dan lain-lainnya seperti sudah berada dalam bakul yang sama ketika ini.

Pembangkang pula bagaikan mendapat lebih suntikan untuk terus menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN dengan menjadikan PRU 14 sebagai matlamat mereka.

Jika dalam pilihanraya umum lalu, BN hanya mendapat 47 peratus sokongan undi popular dan setelah lebih setahun daripada tempoh itu peratusannya dipercayai terus merosot, harapan BN terus berkuasa jika dipimpin Najib jelas semakin tipis.

Selain pertukaran Najib satu-satunya cara yang diyakini mampu membawa sedikit harapan kepada BN, amaran Muhyiddin bahawa hanya penurunan 2 peratus pengundi saja akan menjadikan BN sebagai pembangkang, adalah juga isyarat tersembunyi mengenai kegagalan Najib sejak pasca PRU 13 lalu.

Bagi Muhyiddin, Najib bukan saja gagal meningkatkan sokongan rakyat kepada BN melalui pelbagai transformasinya, tetapi juga harapan untuk mengelakkan penurunan 2 peratus itu turut mustahil.

Kiranya PR dapat mengukuhkan lagi ikatan dan persefahaman serta mengurangkan pergeseran sesama mereka dalam beberapa isu seperti hudud, calon PM dan sebagainya, tidak diragui bahawa mood rakyat lebih memihak kepada gabungan itu.

Sehari dua ini, mungkin berlaku lagi perkara-perkara yang di luar  jangkaan Najib . Bukan saja mungkin tampil pemimpin, kumpulan atau NGO yang bersuara senada dengan Perkasa atau Khairuddin misalnya,  penolakan terhadap Najib di alam siber juga meningkat dengan serta-merta.

Kedudukan Najib, dalam tekanan yang kian meningkat ini, tidak diragui lagi makin terhimpit dan keseorangan. Laluan masa depannya turut semakin sempit.  Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan turut tidak sekuat dulu lagi mempertahankan Najib. Tempoh 39 bulan akan datang sebelum PRU 14, jika Najib memilih untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri adalah laluan yang penuh ranjau dan berduri untuk dilaluinya.

Najib akan menjadi Perdana Menteri yang paling dipertikai oleh kawan dan lawan. Serangan terhadapnya hanya akan berhenti jika beliau sedia mengundurkan diri lebih awal sebelum PRU 14. 

Tetapi jika Najib memilih untuk terus bertahan dan enggan mengalah, PR tidak perlu terlalu bersusah payah lagi menghadapi PRU 14 nanti kerana sebahagian tugas mereka sudah pun diambil alih oleh Mahathir, Ibrahim Ali, Perkasa serta mereka yang senada dengannya.

Segala-galanya kini di tangan Najib. (SH 15/12/2014)

Mana semua kawan-kawan ni...

8 comments:

  1. najib semakin lemah. bn kelihatan lesu. byk isu tidak ditanggani dengan baik. najib nampak macam pak turut kerana dikelilingi punahsihat. muhyidin sudah angkat bendera putih kerana sudah terlalu letih. bn gelabah kerana tiada pemimpin yg punya wow factor untuk menggantikan najib. najib lega kerana tiada pemimpin umno yg berani mencabarnya. puak pembangkang gegak bergempita dengan penuh harapan agar bn terus bina. namun mereka lupa luka langkah kajang belum mampu disembuhkan. ia seperti bom jangka yang menanti masa. dlm gegak bergempita bersorak mereka lupa calon pm belum pun disepakati. anwar pasti ke penjara. dosanya terlalu jijik untuk ditanggung pakatan.mereka perlu bergerak tanpa anwar. tidur sebantal mimpi lain lain.mereka sendiri pun tidak tahu struktur kabinet untuk dibentangkan kepada rakyat. aduh rakyat malaysia..kita umpama keluar mulut naga masuk mulut dinasour

    ReplyDelete
  2. Najib tidak keseorangan. Dia ada Rosmah. Dia banyak keluar Negara dan bercuti sebab terpaksa ikut Rosmah.

    Aku rasa Najib tak kesah apa berlaku..bukan dia tetapi Rosmahlah 'Presiden' Umno dan 'PM'. Rosmah kini keseroangan. Dulu ada Nazri dan Shahidan...selalu mempertahankan dia.

    ReplyDelete
  3. Wa ingat itu lagu P lamlee lea aa , ' diii maana kan ku cali ganti ' , tapi eaa aa ,apa apa pon kena cali ganti lor rr.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya yang bangsat bukannya Najib, tetapi pengundi yang 47% menyokong najib dalam PRU13 tulah paling bangsat.Dalam blog Tuan juga ada banyak bangsat termasuklah ibrahim ali.Najib bukanlah taraf bangsat.Cuma dia sudah bertaraf anak haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, pengundi yang 52% yang menyokong Parti Haramjadah Rakyat yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin bangsat itulah yang bongok, bahalul dan bangsat.Kahkahkah.....

      Delete
  5. Sekarang baru terasa. Semua so called Punasihat2 beliau tak boleh pakai. Yang boleh pakai cuma Rosmah. Tahu2 saja lah akan akibat nya. Hancus negara. Tahniah atas gambar yang memberi seribu makna. Salam

    ReplyDelete
  6. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete
  7. Benarkah Najib keseorangan ? Bagi pandangan saya, Najib tetap mempunyai pengaruh dan masih ramai kawan yang sanggup berkorban apa saja untuk mempertahankan kedudukannya.

    Saya percaya ramai yang keliru bila menilai pergolakan politik UMNO Baru sama ada dalamannya atau luarannya.

    Dan ramai yang percaya UMNO Baru akan mudah tumbang atau tersungkur dalam pilihanraya akan datang bila melihat perangai bangang Najib, isterinya, kuncu-kuncunya ataupun kroninya memboroskan ekonomi negara.

    Sebenarnya tidak semudah itu UMNO Baru boleh dikalahkan.... Selagi ada PAS, UMNO Baru akan kekal berdiri sebagai parti dominan dalam Malaysia.

    Dimulut mereka kata.... aku benci UMNO Baru.... tapi bab rasuah.....aku sayang UMNO Baru......

    Ketika ini kita lihat PAS bergitu khusyuk mahu melaksanakan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui oleh PKR dan DAP. Kenyataan demi kenyataan yang berbalas antara pemimpin dalam media menunjukkan PAS tidak menyesal untuk memporak-perandakan perpaduan antara parti dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang pernah mereka lakukan dalam krisis menteri besar Selangor.

    Hudud PAS akan membuatkan pengundi bukan melayu dan orang islam yang tidak bersetuju dengan hukum tersebut dilaksanakan akan membuat keputusan memihak pada calon UMNO Baru dalam Barisan Nasional.

    Oleh kerana itu pergolakan yang berlaku diantara Najib dengan orang-orang yang pro Mahathir boleh dianggap sebagai gelombang dalam cawan saja.

    Untuk pengetahuan, sama ada Najib perlu diganti atau tidak..... UMNO Baru akan kekal sebagai parti celaka kerana ia adalah parti yang tidak mempunyai perjuangan khusus untuk bangsa melayu, agama islam atau pun mempertahankan institusi raja melayu,

    Apa yang mereka lakukan berkaitan pekara seumpama itu adalah wayang saja agar orang percaya mereka adalah pejuang sejati.

    Namun hasil kerja yang mereka lakukan sejak dari 1988 sehingga sekarang tiada apa-apa kecuali melaksanakan perniagaan bermodalkan duit rakyat bagi diri, kroni anak dan bini saja. Bila untung mereka kaut, bila rugi rakyat tanggong.

    Dan jangan lupa...... RASUAH yang digunakan oleh Najib adalah senjata yang digunakan oleh Mahathir untuk berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri. Cuma cara persembahannya saja yang berbeza.

    Guru kencing berdiri.... anak murid kencing berlari..... Salah siapa ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...