Saturday 12 March 2016

PEMECATAN MAHATHIR RUGIKAN NAJIB


Tun Mahathir Mohamad akhirnya ditamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat Petronas berikutan perbezaan pendapatnya yang berterusan dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam tindakan yang diputuskan sebulat suara oleh kabinet, bekas Perdana Menteri itu dianggap tidak layak lagi memegang jawatan tersebut kerana sikapnya yang dilihat tidak mendukung kerajaan sedia ada.

Asas utama penamatan khidmat Tun Mahathir ialah kerana Deklarasi Rakyat yang dilancarkannya minggu lalu bersama tokoh-tokoh ternama negara, termasuk daripada parti-parti pembangkang yang disifatkan kabinet sebagai suatu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Walaupun tindakan terhadap Tun Mahathir ini dipercayai disebabkan desakan banyak pihak dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu, tetapi ini bukanlah tindakbalas pertama Najib terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir juga sudah beberapa kali disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataan-kenyataan kerasnya untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri.

Sama ada Tun Mahathir akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya, ia akan banyak dipengaruhi oleh apa yang dilakukannya selepas ini.

Jika Deklarasi Rakyat telah menyebabkan Tun Mahathir dibuang sebagai penasihat Petronas, tidak mustahil deklarasi itu juga akan menyebabkan "kandang tertuduh"  di mahkamah pula bakal menantinya selepas ini.

Bagi Tun Mahathir, penamatan khidmatnya di Petronas ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri pernah menawarkan diri untuk berundur daripadanya pada Disember 2013 yang lalu.

Bagaimanapun, hasrat Tun Mahathr itu ditolak oleh Najib yang merasakan masih ada keperluan bagi bekas Perdana Menteri itu untuk terus kekal memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan di syarikat minyak utama negara itu.

Maka, penamatan ini dipercayai tidak akan memberi apa-apa kesan kesan psikologi dan emosi kepada Tun Mahathir.

Tetapi di mata rakyat,  keputusan kabinet itu rata-ratanya tidak boleh diterima oleh mereka, terutama kerana menyanjung kebijaksanaan Tun Mahathir menjulang nama negara melalui Petronas dengan antaranya membina Menara Berkembar KLCC, Litar Lumba Sepang dan Putrajaya.

Dengan penamatan khidmat Tun Mahathir, rakyat lebih melihat ianya sebagai tindakan politik keterlaluan daripada Najib dalam mendepani serangan dan kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Soalnya, apakah keputusan kabinet itu akan menyebabkan Tun Mahathir mengendur dan mengalah atau asakan-asakannya menjadi lebih keras lagi?

Tiadakah pilihan lain yang boleh diambil selain daripada menamatkan perkhidmatan di Petronas  yang sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun dari segi pengaruh dan kewangan dalam konteks perbalahan Tun Mahathir itu dengan Najib?

Tetapi berdasarkan hakikat bahawa Tun Mahathir akan terus melakukan serangan-serangannya dan mengkritik Najib, perkembangan ini akan melimpahkan lagi simpati rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, Najib pula akan terus tersepit dalam usaha meraih sokongan dan dokongan rakyat kerana selain dianggap terlalu keras, jasa dan sumbangannya kepada negara tentu saja umpama langit dengan bumi berbanding Tun Mahathir.

Maka, keputusan kabinet ini, selain jauh daripada memberi keselesaan, ia akan menambahkankan lagi kesusahan kepada Najib dalam hari-hari yang bakal dilaluinya. (SH 12/03/2016).

45 comments:

  1. Hahaha..itu sajalah yg mampu dibuat oleh Najib & Co...kesian2...gelombang penolakan rakyat pada Umno/BN takkan berenti punya...better be scared...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, inilah peluang terbaik untuk Parti Lebai mencalunkan ulama sebagai ganti penasihat Petronas.....fulus,fulus tu!

      Delete
    2. Lebai yang mana satu. Ada ramai. .....lebai marang kot.

      Delete
    3. Lebai sabu,lebai harapan bangsa.harapan tinggal harapan.kahkahkah

      Delete
    4. Lebai sabu,lebai harapan bangsa.harapan tinggal harapan.kahkahkah

      Delete
  2. Hmm.. rakyat nak simpati?? X mungkin. Yg mampu berpikir hanyalah beberapa kerat jer. Yg lain2.. dah sedap makan dedak.

    Tolong cuba buat petisyen, kumpul pulak 500,000 tandatangan. Rasanya setahun pun belum tentu boleh dapat.

    Kalo ada apa2 lagi.. buat petisyen lagi. Melakukan kerja yang sama, mengharapkan keputusan yang berbeza!! Hahaha.. ye la, itu je yang mampu kita buat. Nak tumbuk jauh, dekat takut... main sihir, tak jalan.. hasilnya.. wal melopong sajalah..kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini aje yang kau ulang-ulang.

      Rasanya yang ini dah kali ke 1000 kot ?

      Delete
    2. Anon0029 lebih kurang mcm raja bomoh dia bole tau semua dlm hati rakyat bole jadi ahli nujum negara lpas ni dlm kerajaan mistik & magik.woi pak belah la hang toya

      Delete
    3. Apa mau susah2 cari.....calon yang sesuai adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.......kan penasihat juga!

      Delete
  3. Mengapa Hj Hadi tersenyum simpul.

    Yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat Petronas ialah Tun Mahathir Mohamad ...

    ReplyDelete
  4. Pecat Mukhriz ganti Ahmad Badsah.

    Pecat Mahathir ... gantinya siapa ?


    TUN ABDULLAH BADAWI !

    ZZZZzzzzzzzzz ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 0059,
      Bukan Pak Lah yang akan ganti Tun tapi Ku Li! Itu pasal beliau tak sokong "Deklarasi Rakyat!" Beliau telah dijanjikan dedak Pengerusi Petronas sebagai "pelan persaraan!" Untuk Pak Lah, Musa Hitam dan Rais Yatim, masing-masing sedang menunggu siapa yang akan dapat dedak sebagai Penasihat Proton selepas Tun dilucutkan jawatan tersebut selepas ini. Ini semua kerana "Wang Itu Raja" dan atau "Raja Wang!" Tindakan yang Rejim Najib ambil ke atas Tun adalah tindakan sebagai pengecut dan kebudakan. Wassalam.

      Delete
    2. Poad zakar..she muka sembelit tu dah terliur sgt. Dia lah yg nak ganti Tun M jadi penasihat petronas

      Delete
    3. Sorry anon 00:59. Bukan Run Abdullah Badawi...
      Penasihat petronas yang baru Hj Hadi Awang.

      Delete
    4. Anonymous12 March 2016 at 07:41

      Tun Mahthir bukan Penasihat proton tetapi Pengerusi proton.....Rasa Proton bukan GLC selepas pegangan diambil alih oleh DRB Hicom....Tu sbb dipecat hanya Penasihat prtronas jer...

      Delete

  5. Baru kira-kira hendak tukar kereta.
    Tak jadi lah ambil Proton.

    ReplyDelete
  6. Apa ra tambi mau picat sma tun.dr.mahathir mohamad takut ka dia picit telor korang ka?ckp bling gilas pun tara picah ini hari picat.wa ini tun memang power punya urang sya manyak hormat ini urang tua.mahathir misti bole lu org tgk sendiri.bila negara bebas dari anasir perosak bangsa dan negara mereka harus dihukum tembak dan kluarga mereka diasingkan di sebuah gulag era soviet buat2 selama lamanya.lpas ni ahli politik akn lupa mengejar harta dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  7. "ditamatkan perkhidmatannya ..."
    Ini small matter...ada orang tu, kena tamatkan riwayat terus. Ingat tong, ingat simen.

    ReplyDelete
  8. SOALAN-SOALAN UNTUK MANUSIA YANG SUKA BERFIKIR:

    (1) Jika seorang ketua negara selalu memecat atau menukar menteri dan pengarah, siapakah yang bermasalah sebenarnya?

    (2) Jika ketua negara sangat suka melantik badut dan pelawak menjadi menterinya supaya mereka boleh mengampu dan menghiburkan beliau dan menyakitkan hati rakyat sepanjang masa, siapakah yang bodoh sebenarnya?

    (3) Jika ekonomi negara merundum dan rakyat hidup menderita, siapakah yang bertanggung-jawab mewujudkan keadaan buruk ini?

    (4) Jika negara kekurangan wang, siapakah yang berjoli sakan menghabiskan wang?

    (5) Mengapa hutang negara sekarang terus meningkat berbanding? Apa akan berlaku jika hutang negara meningkat terlampau tinggi melebihi kebolehan negara untuk membayar hutang?

    (5) Siapakah yang menyebabkan nilai mata wang jatuh merundum?

    (5) Jika SEMUA peluang pekerjaan seperti pengawal, buruh, pekerja am dll untuk rakyat tempatan dirampas oleh pendatang asing, siapakah yang perlu dipersalahkan? Siapakah yang menyebabkan kadar penggangguran meningkat? Siapakah yang membenarkan kemasukan dan kebanjiran pendatang asing?

    (6) Jika universiti berjaya menghasilkan graduan-graduan yang menganggur, siapakah yang telah membuat perancangan sesat dan bodoh yang gagal memenuhi keperluan tenaga kerja negara ini?

    (7) Apa akan berlaku kepada rakyat jika bahagian farmasi hospital diswastakan? TPPA menjanjikan harga ubat yang lebih tinggi dan mahal!

    (8) Pelbagai bentuk aktiviti maksiat disediakan dan diberikan kemudahan untuk rakyat menikmati, siapakah yang bertanggung jawab meruntuhkan moral (akhlak) rakyat?

    (9) Perlaksanaan GST telah menyebabkan peningkatan kos dan harga barangan dan perkhdimatan dll. Jika kadar GST dinaikkan dengan alasan kadar GST masih rendah berbanding GST negara lain, adakah rakyat akan menjadi semakin kaya atau miskin?

    (10) Setelah menjawab semua soalan di atas, apakah tindakan anda dalam PRU14?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru14 lambat lagi. 2018 itu pun kalau tak undur lagi.

      Masa tu duit negara dah ranap, 2tahun macam2 perkara yg bole dilakukan najib dan the geng

      Delete
  9. Oh memang bahaya tun kena byk hati2 jgn pi berobat dlm negara pasal biliun ni byk merbahaya apa pun buat.byk zombie da mkn dedak bulion tak nampak tpi danger.

    ReplyDelete
  10. MOGA MOGA MAHATHIR BRANI BUKA KES NAJIB TERUTAMANYE AL TANTUYA DAN DIHARAP NAJIB BRANI BUAT MACAM KEVIN MORALES PADA MAHADIR.KAKAKAKAKAK

    ReplyDelete
  11. The battles r turning into a war. Siapa yg tersungkur nanti is interesting to watch.

    ReplyDelete
  12. The battles r turning into a war. Siapa yg tersungkur nanti is interesting to watch.

    ReplyDelete
  13. Apa yang patut dilihat lepas ni,
    1. Siapa pula yang bakal dilantik menjadi penasihat petronas? Najib atau yang sebantal dengannya.
    2. Kekukuhan petronas untuk jangka panjang dikala harga minyak jatuh. Mampukah penasihat baru membawa petronas kearah yang lebih maju?
    Apakah penyakit mara, tabung haji, kwsp, felda akan berjangkit pula kedalam petronas.
    Kita sama2 tengok bagaimana nanti rupa labu yang diperbaiki oleh tikus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa dgn ketiadaan Tun...senang puak2 ni nanti sakau duit petronas pulak kasi abis...lepas tu salahkan DAP

      Delete
    2. Siapa lagi? Sudah tentu poad zakar..she.
      Jawatan Gabenor Bank Negara pun dia nak.

      Delete
  14. Harap2 kerajaan tidak melantik penasihat 1mdb untuk menjadi penasihat petronas.
    Saya percaya umno akan jadi seperti pak kadok, menang sorak tapi kampung tergadai.

    ReplyDelete
  15. 3 diantara yg tun m buat masa jadi PM
    waktu di cerpatkan
    Menara Petronas
    Highway/Putra jaya etc etc.....

    3 perkara dari bnyk penyakit yg AJIB Cipta
    mh370
    heli jatuh
    mas ditembak
    GST (Gasak Sampai Telinkup)
    GST akan disumpah setiap hari setiap rakyat
    Belum 42B 2.6b
    rakyat tkda mkerja yg berkerja kena berhenti
    hutang negara , negara bercelaru

    Tapi Mentri yg dash TUA2 bodek apa masih tak cukup2 hingga PERUT Melimpah....

    Bodoh2 mentri ni
    bodek dah tua apalah Mana Harga diri kamu
    malu lah pada CERMIN mereka2 ni pabila mati FAIL2 akuan bank geran tanah KUBURkan sekali ...Bolih ini semua Tebus dosa2 kumu ???

    Tuan2 pembaca aku ni alim 2 kucing Dalam Quran ada Allah sebut
    lebih kurang maksudny sebegini

    org2 seperti ini hati fikiran perasaan utk berbuat kebajikan atau berbuat pekara2 baik SUDAH DITUTUP Hati2 mereka.................. betul sabda allah sbb tu dia orang ni macam dah KEMATU DAN TULI

    ReplyDelete
  16. Najip najip...

    Takut sangat nak turun apehal?

    Dulu...pak lah turun...ok je bn. Tak jatuh pun kerajaan bn.

    Tapi skrg ni...majoriti rakyat nak awak turun...bukannya turunkan kerajaan....yang awak takut sangat apehal?

    Percayalah...pru nanti...kerajaan awak confirm turun..nak ke?

    ReplyDelete
  17. Ada satu buah nenas, tokey nenas boleh kaya, dia pecat Tun dari Petronas, rakyat pecat dia dari Putrajaya.

    Ada satu mee goreng, sedap makan kedai Nyonya,ini orang otak mereng, ingat negara dia punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toyol Negara

      Delete
    2. Si Najib Bangangwan memang al-Jemuan! Kalau dia lebih pandai daripada Dr. M patut dia buat 1MDB berjaya di pentas dunia, buat selesa rakyat Malaysia.

      Delete
  18. Dont worry be happy Tun,mungkin kurang sikit beban Tun dengan itu boleh tumpukan kearah kerbau yang terpalit lumpur ini bagaimana nak dibersihkan.

    ReplyDelete
  19. tun..no big deal. we malaysian support all the way thru. now we u to focus to topple najib. he thought he is great. the big war has begun..

    ReplyDelete
  20. ikrar Najib semasa pemilihan tahun 2009 

    TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

    Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.

    Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

    Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

    Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat “Glokal” akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

    Kepada Tuhan saya berserah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrng ni hanya kpd rosmah dia berserah

      Delete
  21. YBhg Tun kami tetap menyokong tun teruskan perjuangan demi rakyat n negara jawatan iyi dunia je biarlah anjing2 lapar yg ada tu mengambil tepat tu supaya mereka boleh kumpul harta dan gunakan duit itu mengikut nafsu yg pemimpin mereka yg penting kita kuburkan umno n bn dlm pru14 nanti kehadiran DAP dan Lim Kit Siang amatlah dialu2kan agar cina membunuh Bn tahniah Tun pengerbanan mu teta disanjung aaammmiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  22. YBhg Tun kami tetap menyokong tun teruskan perjuangan demi rakyat n negara jawatan iyi dunia je biarlah anjing2 lapar yg ada tu mengambil tepat tu supaya mereka boleh kumpul harta dan gunakan duit itu mengikut nafsu yg pemimpin mereka yg penting kita kuburkan umno n bn dlm pru14 nanti kehadiran DAP dan Lim Kit Siang amatlah dialu2kan agar cina membunuh Bn tahniah Tun pengerbanan mu teta disanjung aaammmiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  23. Pada usia 90 mahathir hanya nak tengok Malaysia maju dan makmur bkn negara paria ditakbir olih perasuah.. Duit dia dah tak perlu lg..

    ReplyDelete
  24. Pada usia 90 mahathir hanya nak tengok Malaysia maju dan makmur bkn negara paria ditakbir olih perasuah.. Duit dia dah tak perlu lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ini Yg org umno tak nampak... Adakah semua ahli umno tiada Yg berkelayakan menjadi pm?...pelik tp benar... Ahli melebihi 3m..tp sorang pun tiada berkelayakan menggantikan Najib... Nampak gayanya sampai habis nyawa Najib akan jd pm...

      Delete
  25. klu hj hadi royalti boleh byr pd kelantan backdated.

    ReplyDelete
  26. klu hj hadi royalti boleh byr pd kelantan backdated.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...