Tuesday 15 March 2016

BLOK KETIGA PAS PENYAMBUNG HAYAT NAJIB?


Esok 16 Mac, Pas dijangka mengumumkan penubuhan blok baharu pembangkang bersama  satu parti pelbagai kaum dan juga sebuah NGO yang kedua-duanya belum lagi dikenalpasti.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, blok itu akan menjadi kuasa ketiga yang diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ia adalah gabungan pembangkang. Kami adalah kuasa ketiga, ujar beliau minggu lalu.

Walaupun belum dikenalpasti siapa yang akan terlibat, sumber-sumber memberitahu, kemungkinan parti yang akan bekerjasama dengan Pas itu ialah Ikatan, sebuah parti yang dipimpin oleh bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Namun, apakah makna kuasa ketiga yang mahu dikejar Pas itu?

Dengan hanya dianggotai satu parti lain dan sebuah NGO, apa pula kekuatannya?
Dalam mana-mana politik dunia, yang terbaik selalu kita dengar ialah sistem dua parti yang boleh bertukar ganti iaitu satu pihak menjadi pemerintah dan satu pihak lagi menjadi pembangkang. 

Lebih baik lagi jika pemerintah dan pembangkang itu sama-sama kuat, fleksibel dan seimbang yang akhirnya menjadikan kedua-dua parti berebut-rebut menawarkan perkhidmatan dan program yang terbaik untuk rakyat.

Mana-mana parti yang diberi peluang untuk berkuasa, mereka sentiasa bersedia untuk dipintas oleh pesaingnya dalam satu persaingan yang akhirnya akan menguntungkan rakyat.

Dengan ini,  parti yang berkuasa akan cuba sedaya upaya mempertahankan kuasanya melalui khidmat dan program yang dapat memberi kepuasan maksimum kepada rakyat. 

Yang gagal akan memperbaiki kelemahan dan kesalahan mereka agar di lain-lain masa dapat diterima semula. Yang pernah berkuasa tetapi kemudian ditewaskan pula akan dapat belajar erti kelemahan dan cuba memperbaikinya.

Dalam sesebuah negara, tidak ada peranan ketiga yang boleh ditawarkan oleh mana-mana parti. Yang ada sama ada menjadi pemerintah atau pembangkang saja. 

Blok ketiga selalunya menjadi picisan, kacau daun atau untuk mengambil kesempatan semata-mata. Blok ketiga bukan sebuah perjuangan sebenarnya.

Oleh itu, hasrat Pas menubuhkan blok ketiga ini agak menghairankan dan menimbulkan lebih kekeliruan.

Jika Pas berhasrat mahukan perubahan dalam sistem dan institusi pentadbiran negara yang dilihat tidak betul dalam kerajaan sekarang, pilihan mereka seharusnya ialah bersama-sama dengan blok pembangkang sedia ada.

Dengan itu, jika menang dan berjaya mengambil alih kuasa, Pas dapat sama-sama menyumbang apa yang diperjuangkan itu.

Kiranya bersetuju dan ingin "cium mulut"  dengan kerajaan sedia ada, Pas tidak harus malu-malu untuk mengaku dan berterus-terang untuk menyertai parti pemerintah.

Oleh kerana BN dan PH boleh dikata hampir seimbang kekuatannya, kewujudan blok ketiga Pas ini tidak ternampak ada kebaikannya dari segi mewujudkan perubahan, melainkan memberi kelebihan untuk kekalnya kerajaan sedia ada untuk terus berkuasa atau melompat kepada sesiapa yang menang selepas pilihanraya.

Walaupun Pas turut mengatakan mereka adalah juga pembangkang yang bukan saja ingin menumbangkan Najib, malah mahu merubah sistem dalam negara, tetapi perbuatan menubuhkan blok baharu ini seratus peratus bertentangan dengan matlamat tersebut.
Dengan pembangkang lagi berpecah, maka pemerintahlah yang dapat untungnya.

Mungkinkah ini yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pantas menyambut baik penubuhan blok ketiga itu sebagai suatu kematangan dan mewarnai lagi dunia politik negara? (SH 15/03/2016).

38 comments:

  1. Haji Hadi ni mewakili Allah dan para Rasul juga segala dewa yg ada... Sbb tu ahli2 PAS cukup cinta dan sayang kpd beliau. Bukan kata suruh makan taik saja yg mereka sanggup ikut.. anak bini boleh digadai jika diminta tanpa banyak soal..

    Kalo dulu..Haji Hadi malu2 dan berselindung serta jadikan TGNA perisai perang.. bila TGNA sudah tiada.. baru Haji Hadi boleh bergerak bebas.

    Jika dulu2..Haji Hadi buat hal.. dah tentu TGNA akan sekeh kepala dgn serta merta. Inilah cara mat2 serban buat kerja.. jadi camouflage..

    Ayat2 agama diguna utk pertahankan diri juga membodohkan ramai orang.. petik saja ayat2 surah mana sekalipun.. manusia akan terus jadi bodoh piang x laku sesen pun.. Parti lain x berteraskan agama.. jadi senang Haji Hadi nak cari makan dan paksa agama keatas mereka.

    Inilah berlaku jika Islam dijadikan modal berpolitik utk membodohkan majoriti ramai rakyat.. ayat2 Allah yg menyokong mereka.. akan dibawa dihapal dan dibaca keatas org lain supaya ayat2 agama2 ini dapat dipaksa perlaksanaannya keatas org lain serta jadi ikutan generasi akan dtg...

    Nak test Islam bodo ke idak.... mudah saja.. remove duit gaji dan elaun bulanan drpd derang..berapa kerat dpt jadi mcm nabiyullah yg maksum buat kerja krn Allah dan agama.... tanpa mengharapkan upah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blok ke 3 atau Goblok 3suku?

      Inilah akibat berketuakan manusia yang celaru pemikiran akibat terkena nasi mendrum.

      Kesian ahli ahli Pas.

      Delete
    2. Apa benda... ni. Jangan buat andaian yang tak sehat.

      Delete
    3. Nasi kangkung kahkahkah...kah

      Delete
  2. da makin merepek la HJ Hadi ni..aku org pas pun da pening kpala tgk perangai pemimpin..da nyanyuk ke

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz suka maki UMNO sebagai barua kan? Sekarang balak tertimpa partinya sendiri - pecah belah dan ahli2 pun "murtad" kepada yang lain. Orang Muslim sedunia sudah tidak yakin kepada pemerintahan teokrasi ulamak Islamist ... apa nak jadi kepada jawatan mereka yang sudah tidak relevan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nik aziz dah arwah. kalau skang ni bepecah belah, takkan lah nak salahkn yg dah mati? abih yg hidup tu buat apa? kayu?

      aku tengok, pas nih bolehlah dipeti sejukkan. termasuk lah blog2 yg menyokong...bukan pas tu tak bagus, cuma yg mengemudinye bak kayu...

      Delete
  4. PAS nak jadi kuasa ketiga atau keempat tiada masaalah..... Biarkan mereka laksanakan plan pemasaran mereka.

    Perhatikan setiap pergerakkan mereka dalam pilihanraya negeri Sarawak. Disitu adalah tempat yang betul untuk kita menilai parti PAS bertanding untuk menang atau sekadar jadi pengacau saja.


    ReplyDelete
  5. Presiden PAS pun sama dengan presiden UMNO yang sedang berhadapan dengan krisis keyakinan akibat berlaku defisit sokongan terutama kelompok melayu kritis.
    Media UMNO dan PAS walau diperhebatkan dengan aturan strategi baru akan jadi sangap walaupun dengan bantuan editor atau blogger atau netizan parti yang datang dengan propaganda baru tetapi tidak akan dipandang oleh melayu kritis. Perpecahan PAS atau UMNO adalah lambang kepada kuasa kepimpinan yang semakin terhakis.
    Kejatuhan rating UMNO sekarang adalah amaran kepada PAS.
    PRU 14 adalah waktu yang ditunggu dan kedatangannya seakan menyambut ssuatu peristiwa besar dalam perubahan pola kematangan pengundi yang semakin tahu untuk memberi undi mereka kepada yang lebih berhak.

    ReplyDelete
  6. pas parti cari makan...
    menjelang pru nanti pas akan mainkan semula lagu hudud tanpa henti..
    kali ini versi lagu hudud pas..makan dedak sapu keliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahanam....Jahanam...Jahanam lagu terbaru pas

      Delete
  7. Saya percaya pas tidak akan meendapat tempat dalam prn sarawak.Dunia politik global tidak kenal blok ke 3 seperti yg pas cadangkan.Hanya ada 2 perjuangan sahaja dalam politik iaitu "baik" atau "buruk" kalau ada yang ketiga, itu "bangang" namanya.

    ReplyDelete
  8. Dua2 presiden ini yang memecahbelahkan rakyat Dan ummah. Dua2 ekor ini yang menggalak perbuatan mungkar Dan khianat Dan Akan tanggung setiap deriita rakyat atas perbuatan zalim mereka. Berilah apa alasan sekali pun, mereka ini adalah pemimpin khianat, zalim Dan tidak adil.

    ReplyDelete
  9. "A man's ethical behavior should be based effectually on sympathy, education, and social ties and needs; no religious basis is necessary. Man would indeed be in a poor way if he had to be restrained by fear of punishment and hopes of reward after death."

    — Albert Einstein, "Religion and Science," New York Times Magazine, 1930

    :)
    ./mkh

    ReplyDelete
  10. Hj hadi dah jadi kaki putar alam.sejak
    kematian nik aziz hj hadi dah naik
    tocang.haron din dah tak berkuku se
    lepas makan dedak zahid.hj hadi se
    makin melalut.suka pecah belahkan
    pakatan pembangkang.dia lebih suka
    bn kekal kuasa walaupun rakyat tam
    bah derita.

    ReplyDelete
  11. Dalam UMNO ada juga yang bersuara lawan Presiden. Ahli PAS sepatutnya buat juga referendum seperti Najib untuk menyelamatkan parti.

    Parti dan NGO yang bersama PAS, hanya setakat menempek. Apakah yang nak di hebuhkan.

    Kalau dilihat politik sekarang, PAS bukan blok ke 3 tapi ke 4 sebab blok ke 3 ialah blok yang di pimpin oleh Mahathir. Huhu.

    ReplyDelete
  12. Sanggupkah Abdul Kadir Sheikh Fadzir berketuakan Hj Hadi?

    ReplyDelete
  13. Kepala hotak blok ketiga apa ? Nak main kayu tiga ke ? Atau nak terus hilang dalam segitiga Bermuda ? Kalau betul parti itu adalah Ikatan, ia akan berpecah macam KITA. Terbaik !

    ReplyDelete
  14. Tengok sambutan positif, cfm blok ketiga ini byk menguntungkan Umno kerana pecahnya PR..

    Dalam PRU14, blok ketiga ini akan menjadi daun kacau dan pemecah undi Melayu/Islam spt peranan yg dimainkan Isma pada pru13 dulu.

    Jelas Hadi dan Haron Din telah berjaya memacu Pas jadi pelakon tambahan dan tukang sorak kpd Umno.

    ReplyDelete
  15. pas dulu ikut shj percaturan dap n pkr.

    la ni ikut telunjuk umno najib... ingat umno najib bukan umno yg dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS ni parti 'kerbau cucuk hidung' gamaknya!

      Delete
  16. Parti ni sebenarnya nak menonjolkan 'GOBLOK' bertiga...TGHA, Haron dan Taki!

    ReplyDelete
  17. PAS ni mmg bijak bermain politik. Langkah selamat berada ditengah2 - antara Pemerintah sekarang & pembangkang. Permainan politik ni direka supaya rakyat keliru terutamanya makcik, pakcik kg2, felda2 yg sokong parti yg membawa nama 'islam' sudah tentu akan mengundi mereka. Bila ini terjadi - 3 lawan 3 penjuru dan tidak mustahil jika UMNO kalah PAS akan jdi talian hayat UMNO & mereka bergabung. Adalah mustahil utk PAS bergabung dgn PH kerana PH sudah ada amanah. Hati2 dgn permainan politik & org2 seperti dlm pas bertopengkn agama & gunakan agama ayat2 suci tuk tarik perhatian pengundi. Klu PRUakan dtg - kerajaan UMNO masih memerintha ak mmg slahkn PAS & tidak maafkn pemimpin2 ini terutamanya HADI. Nampaknya UMNO dh pegang kukuh telo' Hadi.. klu Hadi buat sesuatu brtentangn dgn kehendak UMNO mesti di'picit' saja telur hadi atau ditelanjangkn saja hadi dpan khalayak ramai. Seperti juga semua barua2 & penyokong membabi buta tuli menteri2 dlm umno semua ade skeleton dlm almari msg2. Saya yakin klu mereka menang lg Malaysia sudah tiada harapan.

    ReplyDelete
  18. Sekalung TAHNIAH buat DZ, pakar perang saraf UMNO BN yang meresapi PAS. Tahniah kpd MB Kelantan yang telah berjaya melaksanakan HUDUD di Kelantan atas usahanya mendapatkan keyakinan UMNO BN khususnya PM Najib. Kini HUDUD terlaksana dengan jayanya hasil perjuangan DZ dan MB Kelantan serta Tuan Prsiden Hj Hadi. Bersyukurlah..peluang ke syurga kian dekat kerana kejayaan kerjasama dengan UMNO BN melaksanakan hudud. Sdr DZ juga patut berbangga krn tugasan yang diberi mampu dijalankan dengan baik. Ketiadaan Tn Guru Nik Aziz memudahkan lagi DZ melaksanakan tugasan yang diberi. Persatuan ANAK telah berjaya dijinakkan oleh DZ dengan usaha menubuhkan persatuan baru anak FELDA yang lebih mesra UMNO BN. Dan kini....terserlah lagi peranan DZ sebagai pakar perang saraf UMNO BN yang berkesan dalam mencatur arah tuju PAS sesuai dengan tugasan yang diberi. Saranan dan idea blog ketiga pembangkang ini adalah hasil cetusan idea dari DZ selari dengan kehendak tuan sebenar yang mahu mengekang kekuatan PH. DZ adalah antara yang lantang mensarankan idea blog ketiga demi memastikan PAS menjadi pengimbang untuk pertahankan tuan sebenarnya yang memegang kuasa ketika ini. Pencandu narkotin ini sedang bekerja keras melakukannya dan pastinya ganjaran tidak sedikit sedang menanti tanpa disedari para Ustaz dan Tuan Guru PAS yang lena dan lembut leher dengan ungkapan janji "syurga" baik oleh UMNO BN mahu pun melalui pakar perang saraf mereka di dalam PAS. DZ bijak mendekati orang yang terdekat dengan Tn Presiden Hj Hadi Awang sebagai pemula tusukan jarum, dan kini jarum itu sudah lolos dan mampu ke mana saja. Tahniah DZ, Tuan Presiden PAS dan MB Kelantan yang telah berjaya menegakkan hukum HUDUD dengan jayanya di Kelantan melalui kerjasama dengan UMNO BN.

    p/s: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Teringat aku kisah anjing dengan bayang2. Rupanya dalam parti Islam itu ada anjing juga yer?

    ReplyDelete
  19. Budin nie saja tutup mata atau tak ikut perkembangan DAP. Kau tahu tak Budin, Guan Eng kutuk Hadi sepangjang hari selama 30 hari berturut-turut. Apa lagi nak tunggu belah ajee laah. Kau tahu tak DAP bila dapat perintah Negara apa akan jadi. Dia perintah negeri pun dah pandai buat sesuka hati. Dia mana peduli dengan rakan-rakan yang lain. Kalau dah kecil Nampak rupa nak jadi dictator apa lagi bila dah besar. PAS dah cuba buat macam kau nak tapi tak menjadi. Kenapa kau masih nak salahkan PAS. Kalau belum mencuba boleh lah kau kutuk ini dah usaha. DAP nie bukan saja anti hudud tapi juga tidak mengamalkan demokrasi.

    ReplyDelete
  20. Apa salahnya buat blog ketiga. Nanti boleh join PH jugak kan. Kalau dulu PAS bersendirian join PR sekarang nie lagi power join group.

    ReplyDelete
  21. Kalau buat kerja tu buat lah betul-betul.

    Kena lah berunding atau mesyuarat untuk dapatkan sefahaman. Tak cukup sekadar sama tujuan terus tubuh blok baru. Bila dah ada muafakatan baru lah canangkan penubuhan blok baru. Sekurang-kurang berjalan lah seiring sekali dua.

    ReplyDelete
  22. Berapa Najib bayar Haji Hadi anak menantu dan Harun Din serta jemaah Syura PAS supaya berdiam diri dan percubaan demi percubaan membuat pelbagai diversion utk selamatkan career Najib dan UMNO BN.

    Hinggakan PAS sanggup melacurkan partinya menjadi Parti Islam wal Haramjadah slps pemergian TGNA ni..

    Musti ada projek juta2 masyuk kat kompeni anak beranak kroni2 PAS ni.. masakan sumer pakat2 diam dan pegunkan diri begini sedangkan kebejatan Najib terus menerus menonjol dan menekan hidup rakyat..

    ReplyDelete
  23. Salam tuan Budin di sarawak pas hanya mampu kacau daun tak kemana perasan saja lebih tak cukup makan pun eksen ajak nak tanding di 10 kawasan dun konon

    ReplyDelete
  24. Ahahahai..ahahahai..ketawe la lagi..orang ngantok disorong bantal..kalo orang lemas? Sorong ranting pon jadi..la ni 2 orang yang lemas nak tolong antare satu same lain..mari kita lihat siapa yang mati duluuu!!

    ReplyDelete
  25. TGNA,tun M,DSAI..depa ni ada aura pemimpin. Dulu pas ada kualiti sbg parti agama krn tok guru..lani dak dah. Umno pun smacam..lepaih tun M dh xjd PM, rkyat dh mula nak bralih ke parti lain. Masa DSAI tubuhkan keadilan,ada sapa sangka parti pembangkang buleh jd check n balance kpd krajaan mcm hari ni? Pendek kata,xyah syok sendiri lah nk bt blok ke 3 bagai..buat menyemak ja.xkan laku punya.

    ReplyDelete
  26. Aku pun tak faham pemimpin parti ni dia syok sendiri je jangan harap guduh dilangit air di tempayan di curahkan tak payahlah nak colabrate dgn parti lain silap kerusi yg ada pun hilang nanti dpt pula dedak lagilah hai parti islam

    ReplyDelete
  27. Setuju,tapi masaalah nya kalau pembangkang jd k'jaan yg kenyang DAP ,Baik PAS maupun PKR dua dua jadi singa rongak bila berdepan DAP,

    ReplyDelete
  28. Daripada aku undi pas lebih baik aku undi DAP. PAS tak habis habis dgn halal haram. Semuanya depa yang betul. Kerja tak buat. Masa depa habis buat ceramah sana sini saja. Lepas tu tadah sejadah tadah serban minta derma jihad. Dapat duit masuk poket sendiri.
    Semua orang tak betul depa saja yang betul.
    Pas langsung tak cerdik.

    ReplyDelete
  29. Geng hadi nak join sekaki rompak harta negara.mereka da tak nampak dgn jelas lagi cuma kuasa dan duit bermain di mata amanat tuang ahlini ah wang.sya yakin dgn byk bank2 yg terlibat disiasat agensi antarabangsa tggu je semua dikubur buat selamanya

    ReplyDelete
  30. Ini kes dua orang nak tidur sekatil tapi masing2 arah bertentangan. Aku boleh jangka yang Kadir akan keluar dan menyertai Umno pasa masa sesuai dan tinggalkan Hadi dan Pas yang memang tidak sehaluan dengan otak Kadir.

    ReplyDelete
  31. penubuhan blok ketiga oleh pas/ikatan ini ingatkan kami urang sabah pilihan raya negeri 1999, kali pertama umno hdpi pilihan raya selepas perintah sabah selepas ramai adun lompat. ramai fikir ini kali bn pasti kalah sebab ramai tidak suka, lagi pula pbs pun masih kuat, tapi tiba2 sblum pilihan raya, haris salleh muncul tubuh parti bersekutu, jadi daripada bn vs pbs, jadi bn vs pbs vs bersekutu. keputusannya bn menang, sebabnya? undi anti bn pecah dua, jika dicampur undi bersekutu dan pbs, bn kalah hampir setiap dun. lapan bulan selepas itu, haris salleh umum bubar bersekutu dan sokong bn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...