Wednesday 2 March 2016

APAKAH ZAHID SUDAH MULA MERANCANG SESUATU?


Di sebalik ramai pemimpin UMNO, setelah berjaya menggantung Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presidennya, turut mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu meninggalkan UMNO, Zahid Hamidi seperti menunjukkan keinginan yang berbeza mengenainya.

Beliau bukan saja mahu Muhyiddin terus kekal bersama parti itu, malah mengingatkannya tentang pengakuan "totok UMNO"  yang pernah dibuatnya sebelum ini.

Sesuai dengan itu, menurut Zahid, sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Muhyiddin,  seharusnya berdasarkan kepentingan parti.

Muhyiddin akan mengadakan sidang akhbarnya, esok Khamis jam 11 pagi dan ia dipercayai turut berkaitan hala tuju politiknya berikutan penggantungan jawatannya baru-baru ini dan juga setelah Tun Mahathir mengambil keputusan meninggalkan UMNO untuk meneruskan tekanan terhadap Najib.
Mengapa Zahid lebih mahukan Muhyiddin terus kekal bersama UMNO berbanding turut sama meninggalkannya seperti yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir?

Adakah beliau bimbang jika Muhyiddin turut sama meninggalkan UMNO, maka tiada lagi "goncangan" daripada dalam parti sendiri terhadap Najib?

Atau dalam erti kata lain, oleh kerana beliau tahu Muhyiddin sudah "berlaga angin"  dengan Najib, biarlah Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu terus membuat "bising"  di dalam parti, manakala "riuh rendah" di luar UMNO sekarang sudah pun diambil alih oleh Tun Mahathir?

Dalam hal ini, jika kita masih ingat reaksi awal Zahid berhubung tindakan Tun Mahathir meninggalkan UMNO, 29 Februari lalu tidak lain ialah keyakinannya bekas Perdana Menteri itu akan kembali apabila tiba waktunya nanti.

Zahid tentunya sedia maklum bahawa Tun Mahathir keluar UMNO kerana tidak setuju dengan Najib dan tidak mungkin menyertainya semula selagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang ada sekarang tidak disingkirkan.
Mengapa beliau yakin Tun Mahathir akan kembali? Adakah ia juga menggambarkan keyakinan Zahid bahawa era Najib akan berakhir tidak lama lagi?

Dengan melahirkan keyakinan Tun Mahathir akan kembali menyertai UMNO, kepada siapa pula harapan itu sebenarnya ditujukan?

Berdasarkan semua ini, apakah sudah ada "ehem ehem" dalam hati kecil Zahid dan kerana itu, di sebalik dilihat terus bersama Najib, beliau juga mengharapkan Muhyiddin dan Tun Mahathir berterusan mengasak Perdana Menteri dari dalam dan luar UMNO? (SH 02/03/2016).

25 comments:

  1. mahyudin hv to quit fr umno. umno is going to loose in the next election.
    dont entertain what zaid hamidi request.
    on 27/3 roll the ball. we hv to change the government.
    pemimpin umno semua HARAM JADAH.

    ReplyDelete
  2. Kini tiada lagi pemimpin Umno yang karismatik untuk memimpin negara. Semua yang tinggal hanyalah umpama sisa kopi o yang berwarna pekat hitam yang pahit. Cuma mungkin ada MB Johor yang kini one man show..

    ReplyDelete
  3. Rakyat Diperbodoh2 March 2016 at 21:44

    Selalu juga terfikir...

    Kita ngaku, claim kita ni pandai.
    Tapi, dgn mudah diperbodoh2kan.
    Dah lah diperbodoh2kan; dibodoh2kan oleh pemimpin2 'terpilih' yg bodoh2 pulak tu...

    Siapa yg 'paling' bodoh dlm kes ni...? Hu hu hu

    Moral - time ada 'kuasa' masa mengundi, tak manafaatkan... hu hu hu

    -Aku yg bodoh-

    ReplyDelete
  4. Saya rasa masa dah terlambat ,siapa saja yang ganti najib dan datang dari menteri menteri half pass six sudah tak boleh diterima oleh rakyat umno perlu dibersih dan mula langkah baru dgn pemimpin baru perjuangan baru dan hala tuju baru .

    ReplyDelete
  5. Sini merancang sana merancang. Manusia hanya boleh merancang dan bermimpi. Kalau tak berhasil, teruskan mimpi. Usah salahkan nasib maupun takdir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merancang untuk mencuri hak rakyat dan jual tanah air. Itu sajalah bisnes yg najib tahu.
      Dia yg berhutang rakyat pulak yg kena bayar. Apa dia susah. Dapat derma dia bagi balik tak gila ker buat mcm tu.
      Kehidupan rakyat semakin susah. Gaji tak naik tapi harga barang makanan makin hari makun naik.
      Ikan kembong yg dikategerikan sebagai ikan rakyat dah RM18 sekilo. Naik paling tunggi dalam sejarah sesudah merdeka. Udang ketam sotong jgn kira lah. Itu makanan menteri2 saja. Rakyat cuma boleh tengok sajalah nak beli tak mampu.
      Apa guna ada kerajaan kalau hidup rakyat semakin susah. Nak menabung pun tak terdaya.
      Rakyat undi dan bagi amanah kpd kerajaan untuk menguruskan hasil bumi negara dgn baik. Bukan suruh jual. Bila dah jual duit pun tak nampak. Yg ada cuma hutang berbilion. Dulu kata GST untuk tolong rakyat kerana harga barang2 keperluan akan turun. Tapi bila GST dilaksanakan harga barang keperluan rakyat naik mendadak. Dulu kata janji ditunaikan. Sekarang mana janjinya. Dulu berjanji nak buat rumah mampu milik kepada rakyat. Yg ada semua rumah mampu tengok. Apa yg nyata 1MDB = Melayu Diperbodohkan adalah. Siapa yg bawa semua bala petaka ni kpd rakyat kalau bukan kerajaan 1MDB. Bisnes tak ada tapi hutang berbilion. Kemana pergi modalnya?

      Delete
  6. Sesiapa saja dalam UMNO sekarang yang menjadi pertahanan Najib dan leka dengan taburan dedak dari PM ini WAJIB ikut disingkirkan dari memegang apa apa pun potfolio penting selepas era PM Najib dijatuhkan. Pemimpin2 begini TERANG TERANG adalah PEJUANG DEMI TEMBOLOK DAN PERUT DIRI DAN KELUARGA semata mata. Malaysia akan punah ranah jika beginilah sikap dan amalan kepimpinan negara. TErlalu ramai pimpinan dalam UMNO yang jenis begini dan adalah mustahil untuk terus memberi kepercayaan kepada parti ini dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik kerana UMNO SUDAH SAH DIJANGKITI BARAH POLITIK TAHAP 4 dan sukar diselamat dan diperbetulkan lagi.

    ReplyDelete
  7. Seperti apa yang dia orang cakap, Mahathir dah dua kali keluar UMNO macam perkara biasa. Keluar, masuk, keluar.

    Tapi Muhyiddin kali pertama. Bukan senang nak buat keputusan. Kesan nya pun tak sama dengan kali kedua Mahathir keluar UMNO.

    Masa gantung Muhyiddin tak ada fikir pun pasal 'totok UMNO' Mana mungkin orang yang 'totok UMNO' bertindak huru-harakan parti.

    Harap Muhyiddin lebih berani dari sekadar keluar dari UMNO dengan mengistiharkan menyertai AMANAH !

    ReplyDelete
  8. Aku mmg sgt bangga dgn Tun. Mmg seorang negarawan and the real politician. Wow...

    ReplyDelete
  9. Could it be that it is nothing more than a reverse psychology on the part of the dpm for the former dpm? Yes, what he really wants to see is for the former dpm to leave the party behind... After all, it shall be one fewer competition for the deputy president post or even the president post come 2018?

    The game people play...

    Wishing the very best for the former dpm - and may Allah swt be with you and the rest of us who are longing for the emergence of a new Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Lagi satu, tolong dedahkan segala bukti 1MDB dan cabar Najib.

    ReplyDelete
  11. Encik Zahid, kenapa anda senyum lebar apabila dilantik Jibgor mengisikan jawatan Timbalan Perdana Menteri? Sekarang bawa sandiwara apa pula eh?

    ReplyDelete
  12. "Totok umno" itu sekadar mempengaruhi muhyidin supaya kekal dalam umno.
    Saya percaya, zahid tahu setakat mana sokongan rakyat terhadap umno setelah tun keluar parti najib.
    Luka umno akan bertambah parah kalau muhyidin juga tinggalkan parti najib. Siapa lagi yang zahid hendak harapakan dari barisan yang ada sekarang untuk memperkuatkan parti. Najib hanya mengunakan kuasanya untuk mempertahankan jawatan, tetapi tiada sokongan terhadap najib dari akar umbi dan rakyat.
    Najib jadi pm melalui lantikan setelah di cadangkan oleh tun dan najib belum pernah dicabar melalui pertandingan merebut jawatan presiden. Apakah zahid sudah tidak berani mempertaruhkan najib sebagai pm untuk menghadapi pru14??
    Apakah zahid merasa gusar setelah tun merancang membentuk pasukan penentang umno najib bersama pembangkang???
    Adakah zahid seoarang yang setia pada tuannya?? Atau sekadar enau dalam belukar?

    ReplyDelete
  13. Rakyat dilembukan3 March 2016 at 00:57

    Zahid adalah seorang PENIPU.
    seotang penipu yg bijak mst ada byk muka. Baik sna sni..blagak mst bijak.
    Ingat tuan2..zahid jawa lg bahaya dr najib bugis. Simpan kata2 sy ni. Jawa ini adalah samseng berbulu pondan. Jika dia jd pm..mamppos melayu. Jawa indon ni mmg tak pernah akn fikir melayu malaysia.

    ReplyDelete
  14. Jibby dan rino bru blik dari saudi 6 minggu lepas lgi pi sana ada apa ya nak beli penderma kerna takut rahsia boleh bocor ka?putra mana kali ni nak ckp sya derma?mana pandi kuti tak komen apapun pasal expose wsj?tggu jib balik bru ckp.bagus teruskan sandiwara anda smua.

    ReplyDelete
  15. zahid merasakan, ini kalilah.
    takkan orang perak tak boleh iadi pm.
    kedah 2 kali - rahman dan mahathir.
    pahang 2 kali - razak dan najib.
    pulau pinang 1 kali - abdullah.
    johor 1 kali - hussain.
    takkan johor pun nak 2 kali - hishamuddin.
    apa, takda orang lain ke yang boleh pimpin
    negara ini selain keturunan anak beranak?

    ReplyDelete
  16. Pemimpin umno yg ada skg sume dah tua2.. bosan tngk muka diaorang.. mcm x ada muka lain lg yg fresh2 sikit.. bukak tv tngk je muka diaorang rasa cam nk termuntah.. selagi diorang x mati selagi tu lah x ada chance pemimpin2 muda nk naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin muda naik pun sama.
      Jenis otak yang makan dedak.
      Kalau pemimpin muda cerdik, bukan Muhyiddin yang bangkitkan isu 1MDB.

      Delete
    2. Pemimpin muda yang ada pun semua tunggu dedak turun dari langit. semua takut kedudukan dan perut terjejas. kalau melawan arus nanti, tak ada peluang la nak jadi calon p/raya @ menteri nanti. tengok Nurjazlan, jadi je menteri terus kepala terkesot masuk dalam kolar baju. Khairy lagi la, play safe je. asyik pakai kondom je bila cakap.

      Delete
  17. Kepada Zahid Hamidi yang mahu sangat TSMY kekal dalam Umno, kalau anda buta mata dan pekak, jangan pula hendak mengajar orang yang lebih cerdik dan berpengalaman daripada anda. Boleh dengar dan paham Zahid Hamidi ?

    ReplyDelete
  18. Zahid bimbang dengan ketiadaan TSMY, tiada lagi gerakan yang akan menyokong beliau dalam melawan pahlawan bugis yang sudah mula meletakkan harapan kepada seorang lagi Naib Presiden untuk naik pangkat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...