Monday 7 March 2016

INI PEMBANTU SURI RUMAH ATAU KETUA PENERANGAN UMNO?

Apa yang menariknya mengenai berita di atas ini?

Jika menteri, Ketua Penerangan UMNO, Ketua-Ketua UMNO Bahagian atau bekas Ketua Penerangan UMNO yang kini menjaga Biro IT yang membuat ulasan terbuka mengenainya, ia barangkali boleh dianggap biasa, tetapi tentu saja luar biasa bila seorang pembantu suri rumah turut berbuat demikian.

Ini kerana tanggungjawabnya yang sebenar ialah kepada suri rumah berkenaan yang merupakan majikannya dan tidak perlu pun menunjuk-nunjuk pujiannya kepada suami suri rumah.

Lagi pula, jika suri rumah pun tidak berani dibantahnya, tiada yang menghairankan dengan sokongannya terhadap suami kepada suri rumah berkenaan.

Yang menimbulkan kepelikan, selain kerap memberi penjelasan sebelum ini tentang pertikaian umum berkenaan suri rumah yang merupakan majikannya, kenapa kali ini seolah-olah "melampaui sempadan" yang sepatutnya sedangkan suami suri rumah sendiri sudah pun mempunyai puluhan pegawai, pembantu dan jurucakapnya sendiri?

Apa maksud terselindung pembantu suri rumah berbuat demikian atau ini hanya menyebabkan pegawai, pembantu dan jurucakap suami kepada suri rumah yang sekian ramai itu "gelak-gelak besar"  daripada malam tadi hingga ke pagi ini?

Sekali lagi, apa yang menariknya berita itu?

Apabila mengulas secara terbuka perkara yang bukan bidang kerjanya serta bukan juga luar biasa dan portal pula menjadikannya berita, di sebalik mungkin ada yang "terperasan"  akan kehebatannya, ia sebenarnya telah mendedahkan "kebebalan"  yang sepatutnya hanya disimpan di sudut-sudut dapur rumah majikannya.

Tukang buat kopi atau juru mekap suri rumah pun nampaknya lebih berwibawa dan faham bidang kerja mereka. (SH 07/03/2016).

40 comments:

  1. Tak boleh tahan. Suami dia dah terlompat-lompat. Berani ke pembantu yang pakai kan kasut untuk dia bersuara tanpa kebenaran khas?

    Suami terlompat-lompat. Dia menggelupur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah sah siapa perdana menteri msia yg sebenar benarnya dan siapa proxi nya saja

      Delete
    2. Kena buat deklarasi yang baru lah nampaknya.

      Kalau tak sia-sia je ..

      Delete
    3. Ai Yaaa !, ini macam punya olang pon atak maa aa ,lalam Malaysia .

      Siapa bayar lia punya gaji Maa aa ,manyak helan lor rr .

      Delete
    4. Bila PM dah diberhentikan, saya sebagai rakyat Malaysia mahu PM dan isteri serta pemakan dedak di masukan dlm penjara. They all ada banyak kes.

      Delete
  2. Pembantu suri rumah langsong tiada hak untuk bercakap pasal politik. Awak duduk diam2 je la bekerja dgn tuan awak tu.

    Ohhh.. mungkin tuan dia yg suruh dia bercakap mewakilinya. Kuikui..

    Apa kelas setakat pembantu suri rumah nk bercakap pasal negara..

    ReplyDelete
  3. Dia ni patung tuannya seorang ventriloquist, agaknya!

    ReplyDelete
  4. Dia ni tak tahu kedudukannya sebagai isteri kepada perdana menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sebenarnya the big boss

      Delete
    2. Umno dah jadi syarikat laki bini

      Delete
  5. Pembantu surirumah pun boleh dapat title datuk?

    ReplyDelete
  6. http://buasirotak.blogspot.com/2015/02/logik-orang-melayu-malay-logic.html

    baca dan hadamkan kesah2 melayu ni.. bukan apa Budin.. mamat ni beria2 supaya dapat masuk frame sama, nak tunjuk kat orang kampung..

    ReplyDelete
  7. Mamat ni tahap tukang jual make up bini dia je. Itu pun tak laku. Nak cover rugi besar, makanlah dedak. Puiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosnya sudah jadi maharajalela di Tanah Melayu mah! Ah Jib Gor partner Jholow itu

      Delete
  8. Biasalah... nak hidup...

    ReplyDelete
  9. En Shah, siapa betina ni ?

    ReplyDelete
  10. Biasalah bila budak suruhan disuruh berkata-kata oleh majikan maka ianya pun membaca skrip yang ditulis oleh majikan.Jangan marah! nanti kena jual.

    ReplyDelete
  11. Rasanya Najib pun ada pembantu yang gred dan kumpulan tangga-gaji dan kelayakan nya sama dengan mamat ini. Job spec pun sama, ambil dan menyimpan kot, bancuh teh, angkat beg, pekak kan telinga dengar bebelan, kalau tak ada pun mungkin cuma apabila ada program atau majlis ... barang apa yang jadi cenderahati dan makanan special apa yang perlu dihidangkan .. sebab dia ada taste.

    Tetapi mengapa pembantu dia yang kata tindakan memecat Muhyiddin tepat dan bukan pembantu Najib sendiri yang kata ?

    Mungkin.. mungkin pembantu Najib cuma ahli biasa UMNO cawangan Pekan dan mungkin pembantu Rosmah salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  12. Orang kata, Mahathir yang kata. Mahathir pulak kata Orang yang kata.

    Yang orang kata dan yang Mahathir kata ialah Majikan dia suka guna khidmat bomoh.

    Bila majikan dia yang di katakan suka guna khidmat bomoh dia tak pulak bersuara tetapi hal yang tidak melibatkan majikan dia, dia bersuara.

    Sah lah bini dah masuk campur !

    Bermula lah Lord Of The Ring di Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Itu tanda sokongan dia pada najib, hak dia, tapi media tak seharusnya menyiarkan benda ni. Dia bukan "sapa-sapa" pun dalam umno hanya pembantu isteri pm jer pun. Dah tak ada orang yang "bernilai" dah kot tok nyatakan sokomgan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanya melakukan tugas kerana nak terima bonus, kenaikan gaji dan pangkat. Ohh dan terlupa, dedak !

      Delete
  14. Pembantu peribadi tu qheja lagu mana haa?? Heghan lah tok..hok dok tulong caghi spenda yg spadan ngan bos dia kot..maklom lah bos pun besaq..bukan senang ohh noh qheja tu. Tapi tok lagi heghan awat pembantu buleh bcakap soai politik pulak dah ni??qheja ke2 ka gena??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembantu peribadi zaman la ni tok oii boleh buat macam2 kerja peribadi. Jadi gigolo pun boleh

      Delete
  15. 2 3 babu dan amah
    manakan sama bini sendiri
    berpangkat datuk pembantu surirumah
    ini babu bertaraf menteri

    jgn main2 yerrr
    cakap mem adalah cakap babu jugak
    cakap babu serupa cakap mem jugak....
    nak dedak...?????

    ReplyDelete
  16. Rizal mansor si tukang urut.

    ReplyDelete
  17. ...haaaaaahhhhhaaaa...lagu ni x dan p bilik ayak...terkencing basah seluar....haaaaaaaahhhhaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jin cuba kau gy skodeng dgn mamat ni, banyak tak dedak yang dia dapat?

      Delete
  18. Saya harap pembaca blog ini akan menyertai Deklarasi Rakyat. Inilah cara untuk kita menunjukkan kemahuan kita yang sebenar.

    Pemakan dedak pon boleh serta jugak sebagai Insuran sekiranya Ketua Dedak lingkup.

    ReplyDelete
  19. So, jika rakyat mempersoalkan suri rumah itu jgn plak disalahkan rakyat kerana pembantu suri rumah juga melakukan perkara yg sama..kepoh...

    ReplyDelete
  20. Itu membuktikan kebebasan bersuara masih hidup. Bukan saja PM boleh di kritik malah TPM juga dibuka untuk kritikan. He he

    ReplyDelete
  21. Tidak salah pun pembantu Rosmah berkata demikian. Inilah dinamakan hak kebebasan bersuara. Hak bersuara bukan hanya ada Mahyudin atau Mukris sahaja. Begitu juga hak bersuara boleh sahaja diberikan kepada tukang kebun Dato Seri Najib atau pun tukang buat teh kepada sepupu Rosmah. Tidak salahnya untuk berkata yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah Muhyiddin tidak dibenarkan berucap semasa Perhimpunan UMNO ?

      Delete
  22. Mmg lah tak salah tapi sedar lah diri sikit awak tu siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu ler nak pandang rendah kedudukan. Kita bukanlah mengamalkan kasta. Terimalah kebenaran walau disampaikan oleh tukang cuci Indah Water sekalipun.

      Delete
    2. Ini yang dikatakan
      terlebih sudu dari kuah.
      Muka pun macam pemakan dedak.
      Kata Kadir Jasin.
      Dedak bukan saja makanan
      ayam dan itik tapi juga babi.
      Si Rizal ni samalah macam...

      Delete
  23. Laki bini kaki makan dedak...kena la tew.

    ReplyDelete
  24. Itu saranan dari pembantu suri rumah pun berani bersu ara tak lama lagi tukang cucirumah tukang kebun juga akan buat arahan kpd pak menteri dan menghina bekas2 menteri pula hebat sungguh kuasa mereka ini mereka lupa akan kuasa allah

    ReplyDelete
  25. Itu saranan dari pembantu suri rumah pun berani bersu ara tak lama lagi tukang cucirumah tukang kebun juga akan buat arahan kpd pak menteri dan menghina bekas2 menteri pula hebat sungguh kuasa mereka ini mereka lupa akan kuasa allah

    ReplyDelete
  26. ni bkn adik dia ke..???RM gak..

    ReplyDelete
  27. Surirumah tersebut adalah seorang yang bijak. Selain dari menabung dari kecil, dia juga akan terlepas dari malapetaka 1mdb. Dia hanya seorang surirumah yang tiada kuasa secara rasmi untuk menandatangani apa sahaja dokumen berkaitan dengan 1mdb. Najib, you're a screwed man walking.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...