Friday, 18 March 2016

MAAF TUN, PEMIMPIN UMNO LEBIH SUKA KALAH PILIHANRAYA DARIPADA MENYINGKIRKAN NAJIB

Sempena persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan yang bermula minggu ini, Tun Mahathir Mohamad telah menulis sebuah warkah yang meminta pemimpin dan ahli akar umbi UMNO agar bertindak menyelamatkan parti itu dengan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak.

Beliau juga meminta supaya pemilihan UMNO dibatalkan penangguhannya, sebaliknya tetap diadakan pada tahun ini juga.

Kedua-dua permintaan itu dikemukakan oleh Tun Mahathir bagi mengelakkan UMNO kalah dan kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.

Ini barangkali merupakan peringatan yang sudah banyak kali dilontarkan oleh Tun  iaitu sama ada tolak Najib atau kalah pilihanraya?

Tetapi percayalah Tun, permintaan ini tidak akan dipedulikan oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO cawangan kerana mereka sekarang terbukti lebih sayangkan Najib daripada UMNO itu sendiri.

Motto pemimpin UMNO mudah saja - dengan menyayangi dan menyokong Najib, bukan saja  jawatan dan kedudukan dalam genggaman, malah macam-macam dedak dapat terus dikunyah serta ditelan.

Mungkin bagi mereka, biarlah UMNO kalah dan kehilangan kuasanya sekali pun, yang penting asalkan dedak boleh terus diperah daripada Najib sebelum akhirnya semua sama-sama karam dan tenggelam.

Maka, biarkan saja Tun... (SH 18/03/2016).

Berikut disiarkan surat Tun Mahathir kepada ahli-ahli UMNO cawangan tersebut:-

Saudara-saudari sekalian,
Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

​Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.

​Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

​Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.

​Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga

​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.

Terima Kasih
Selamat bersidang

Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016.

34 comments:

  1. Makan dedak hanya sementara

    Tetapi apabila Negara dijajah semula maka pemimpin UMNO akan merana dimasa depan.

    Terikut juga anak isteri dan cucu cicit.

    ReplyDelete
  2. Yang ada dalam UMNO hari ini adalah penipu penipu penipu penipu penipu pencuri pencuri pencuri pencuri belaka.
    Mereka inilah penjajah yg sebenar benarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen org bodoh bodohkan diri sendiri...

      Delete
    2. Kau pandai sgt dah dapat dedak ker atau masih mengharap

      Delete
  3. Apa nak kesah. Rezeki orang UMNUUU (Baru) "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais besok makan 7 keturunan". Termasuk laa ahli yang dah keluar masuk keluar tuuu. Apa nak kesah...

    ReplyDelete
  4. Kekalahan dalam PRU 14 semakin jelas di depan mata tetapi balaci-balaci dan pemimpin-pemimpin sekular totok masih tidak sedar diri lagi ! Kalau kalah PRU14, mana mahu lari? Switzerland, UK, US ?

    Kita telah melihat pemimpin-pemimpin sekular totok telah mungkir janji yang mereka telah dibuat dalam PRU13. Oleh sebab itu marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 untuk melindungi hak kita sebagai rakyat dan menyelamatkan negara dari muflis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti Islam mana tu yg akan menyelamatkan negara? The last time I check, parti yg memonopoli perjuangan Islam tu nak jadi penasihat kepada kerajaan je. Hudud pun boleh letak tepi dah sekarang ni.

      Delete
    2. Setau aku parti Islam yg bersama rakyat menentang parti rasuah cuma AMANAH je...!

      Parti islam yg satu lagi...bukan berjuang utk islam pun! Berjuang utk org melayu pun tidak! Berjuang utk rakyat pun tidak! Ntah apa tujuan tah parti tu wujud lagi...kih kih kih

      Wujud nya parti PIS adalah utk memecahkan pbangkang agar umno/bn kekal memerintah!!

      TOLOL BARUA BROKER ANJING SALAK BABI kat hutan dlm bukit sambil babi tu telan PIL KUDE...kih kih kih

      Delete
    3. Anon 18:34,

      Islam menggalakkan umat islam saling menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan umat Islam dan mencegah kemungkaran. Ini bererti tindakan pemimpin parti Islam menasihati pemimpin parti sekular adalah sesuai dengan ajaran Islam.

      Nasihat saya untuk kamu....pergilah jumpa ulama Islam untuk mempelajari ajaran Islam dan hukum Allah.

      Delete
    4. Anon 21:51 sedang high mabuk daun ketum sebab menulis komen taraf PIL KUDE.

      Kita semua tahu parti kuali adalah balaci parti roket dan sifu roket yang menentang parti Islam, ajaran Islam dan hukum Allah. Ini bererti parti kuali bukan parti Islam!

      Hanya pemakan dedak cap roket sahaja mendakwa parti kuali sebagai parti Islam.

      Delete
    5. Anon 2331, nasihat pun nasihat juga. Jangan jadi penasihat 20% sudah lah. Cari ulama tu betul tapi jangan lah pi cari tuan gundu. Tuduh orang barua, broker tanpa panggil orang bela diri. Politik natang kot.

      Delete
    6. Anon 2346. Siapa yang mabuk daun ketum. Tuan gundu lebai marang kot yang mabuk ketum. Apa bukti kuali balaci roket. Agaknya sang serban dah jadi balaci sang bow. Kalau serban + bow jadi lah lebai kfc. Tak gitu.

      Delete
  5. lebih baik kalah, cuba yang lain, kenapa pula perlu dijajah tanpa UMNO?

    ReplyDelete
  6. Ditakdir Najib terus mendapat sokongan dan seterusnya menang pilihanraya ...

    Najib akan mempunyai lebih banyak duit dalam akaun nya. Najib akan melakukan bermacam-macam yang lebih dahsyat. Lebih memalukan.

    Rakyat termasuk sekelian ketua cawangan akan hidup lebih tertekan dan terhimpit. Menyesal pun sudah tidak berguna.

    ReplyDelete
  7. Ahli2 Umno kesemuanya ibarat 'itek yg diberi dedak' olih tuannya. Mana munkin pesanan ni masuk kedalam kepala mereka. Kalau beri 'dedak' munkin ada response.

    ReplyDelete
  8. Bukan semua ahli umno suka makan dedak... klu usul menolak najib dibuat... pasti akan disekat... apa yg akan berlaku.. kemungkinan mesyuarat cawangan tak cukup korum...

    ReplyDelete
  9. Pesanan mendalam daripada Tun M. Rating UMNO menjunam kerana $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.Rating rasuah negara pula meningkat.

    ReplyDelete
  10. Aku juga Melayu
    Tapi aku bukan UMNO

    Yang dikasihi Tun
    Terima kasih atas jasa mu

    Suatu masa dulu aku tinggi berdiri
    Suatu masa dulu aku bangga
    Suatu masa dulu aku hormat
    Suatu masa dulu aku percaya

    Tapi itu semua suatu masa dulu...
    Sewaktu Tun memimpin kami...
    Kini aku tunduk malu...
    Kini aku hilang segalanya
    UMNO dulu yang ku harapkan hanya tinggal nama
    Roh dan maruah telah tergadai dek pemimpin korup

    Wahai anak-anak UMNO
    Jangan ko tangisi pemergian UMNO
    UMNO terkubur kerana bapa mu...
    Berbangga mendukung biawak hidup
    Demi suapan dan haloba sendiri

    Melayu bangsaku...
    Kamu bangsat!...
    Kamu haramjadah!...

    Apa lagi yang Melayu mau?...




    ReplyDelete
  11. Puak2 ni tak peduli pun kalau UMNO kalah mereka semua sudah ada alternatif untuk kalah dan bila UMNO kalah mereka semua akan berada diluar Malaysia menikmati hasil rompakan yang selama ini mereka usahakan. Yang akan tinggal untuk menghadapi kekalahan itu adalah itik2 UMNO yang diberi makan dedak!

    ReplyDelete
  12. Akibat suka sangat dengan rasuah sama ada memberi/menerima maka hari ini mereka berarak ke pejabat TDM bagi memenohi cinta rasa sesaorang bagi menyerahkan bantahan.Yang dikatakan Mat motor tetapi dalam gambar oleh SH menunjukan ada perempuan separuh umur keatas?,betulkah mereka ini faham apa yang tersirat dalam deklerasi itu?.Dengan genjala rasuah ini mungkin besok/lusa rombongan bus pula akan kepajabat TDM.Wahai Bangsa Melayu sedarlah diri sikit,sudah-sudahlah jangan jadi pecacai orang,nanti kita sendiri akan rugi.

    ReplyDelete
  13. Peringatan demi peringatan dan Nasihat demi nasihat telah TunM lakukan utk Menyelamatkan UMNO drp Hanyut dan Karam di lautan KORUPSI yg semakin Menjahanamkan...
    Dalam usianya 91 tahun, bukan pangkat dan Kedudukan yg beliau inginkan lagi..
    Mungkin beliau dapat merasakan yg suatu masa nanti Bangsa Melayu pasti akan MEREMPAT di Bumi sendiri...

    ReplyDelete
  14. Semoga Tuhan bersama Tun M..tak tahu ape lagi org Najib Rosmah akan buat mcm2 onar lepas ni..yg pasti setiap ketua cwgn akan diberi amaran oleh pengerusi umno negeri..Cash is king..tapi najib rosmah lupa Mati itu pasti..Segala macai dedak semua tak beguna lg bila masanya da tiba..semoga Tun M panjang umur..dan Najib Rosmah pendek umur amin...amin amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling tepat Tuan. Tapi Najibrosmah ni jenis yang tak percaya akan hal2 sedemikian. Apa tak nya kalau dah geng dengan hantu2 ,iblis dan setan soal mati jatuh paling akhir dalam otak mereka.Kita tunggu dan lihat akan kerja Allah yang maha adil.

      Delete
    2. Tapi dia tak lupa pergi umrah

      Delete
  15. Minta maaf Tun, jika boleh top up RM10 juta pada tiap2 bahagian UMNO baru ada harapan. It boils down to 'fulus' Tun. You keep on pounding them money sampai puki2 mak ini tak larat. Macam Tun buat dulu. Contoh nya Chandra Muzafar yang konon nya penulis hebat tapi akhir nya ikut telunjuk you. Cuma sekarang Tun tak mungkin tak mampu kerana towkay2 China dan Hindu yang Tun bela dulu semua dah lari dan tipu you.

    ReplyDelete
  16. Minta maaf Tun, jika boleh top up RM10 juta pada tiap2 bahagian UMNO baru ada harapan. It boils down to 'fulus' Tun. You keep on pounding them money sampai puki2 mak ini tak larat. Macam Tun buat dulu. Contoh nya Chandra Muzafar yang konon nya penulis hebat tapi akhir nya ikut telunjuk you. Cuma sekarang Tun tak mungkin tak mampu kerana towkay2 China dan Hindu yang Tun bela dulu semua dah lari dan tipu you.

    ReplyDelete
  17. Saudara Shah boleh tak tolong anjurkan debat di antara kami generasi y dgn najib dan menteri menterinya yg cukup cukup2 kurang ajar dan memalukan maruah bangsa melayu. Tolong jgn kecualikan menantu pak lah.
    Kami cabar untuk berdebat dgn mereka apa issue sekalipun. Semakin dibiar semakin kurang ajar mereka ni. Umur saja tua tapi pak pandir belaka.
    Dulu kami yg undi mereka ni sekarang mereka dah jadi pariah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:14. Sapa suruh undi mereka2 tu. Orang suruh undi pembangkang tak nak. Sekarang sendiri mau tau. Kihkihkih....

      Delete
  18. sy org muda,...pd pendapat sy,..Tun M da keluar Umno,..tp Tun M masih sayangkan Umno,..Tun M cuba meletakkan harapan pd ahli akar umbi,..untuk mereka menilai kembali perjuangan sebenar Umno ketika ini,..berjuang untuk semua Melayu atau untuk berjuang sekelompok Melayu,...mungkin masih ada lagi ahli Umno y punya maruah dan nilai intergriti tinggi dlm diri,...wallahualam,...kita selalu mendengar ungkapan,...'kata org dulu2',..'org tua selalu berpesan',...ya,..mmg Tun M sudah tua,...tp Tun M telah berpesan,...cukuplah! kita2! ,..dengan ternganga sambil berpeluk tubuh saja,...jika tiada y lama maka tiadalah y baru,..

    Ps- pengalaman mengajar erti kehidupan,..

    ReplyDelete
  19. Ketua cawangan umno ini pun tolol juga mereka takut kpd ketua bahagian mereka ini juga diberi dedak tambahan pula banyak anjing2 yg berkeliaran menlalak menegakkan kemungkaran rasuah jika ada yg bersuara itu dijatakan finah adalah didoakan agar dap dpt memerintah lepas pru14 5tahun saja transformasi dinanti2kan

    ReplyDelete
  20. Ketua cawangan umno ini pun tolol juga mereka takut kpd ketua bahagian mereka ini juga diberi dedak tambahan pula banyak anjing2 yg berkeliaran menlalak menegakkan kemungkaran rasuah jika ada yg bersuara itu dijatakan finah adalah didoakan agar dap dpt memerintah lepas pru14 5tahun saja transformasi dinanti2kan

    ReplyDelete
  21. Adalah lebih baik Najib tidak turun. Ini 'blessing in disguise' bagi memudahkanBN dikalahkan pd PRU. 14

    ReplyDelete
  22. Mahdey....cuma bangsat jer tak tahu betapa korup era 22 tahun dia.
    Menyalak demi menyelamatkan lubuk emas waris dan kroni....ptuiihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bukti?

      Skrg ni kuasa dalam genggaman najeeb. Tunggu apa lagi? Dakwa lah.. takkan dah ada kuasa masih takut nak dakwa? ptuihhh!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...