Friday, 21 August 2015

UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....


Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.

Semua pihak tidak boleh  bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.

Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan.

Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi  BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.

Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya.

Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang  masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.

Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya.

Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya.

Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas  pilihanraya nanti.

Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri.

Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya.

Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya.

Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah  majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya.

Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti.

Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama.

Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti.

Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita.

Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah...(SH 21/08/2015)

31 comments:

  1. tapi geng2 pil kuda tu boleh percaya ke? boleh diharap ke? geng2 ni pun kaki kincing jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak bolih percaya langsung..Hadi, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi.

      Yang lain ikut Tuan Ibrahim. Pas parti carca marba selagi Hadi jadi Presideng....dia nak semua ahli ikut cakap dia.

      Delete
  2. @anom 13.31

    gengx Parti Anjing Serigala ka?

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa, Najib juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan undi dari pembangkang.

    Cash is king....
    Usaha itu juga gagal..
    Dan selepas itu..
    Semua keadaan lebih merbahaya...

    Tunggu je lah 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu sampai 2018? Kah kah kah. Kalau tunggu 100 tahun lagi pun pembangkang tak boleh menang punya. Duit di tangan najib cukup untuk sumbat mulut dan arahkan tangan makcik pakcik penonton setia tv3 supaya pangkah bn. Geng2 tua ini walau balik mekah tetap percaya dengan bn walau anaknya sendiri mengganggur tak dapat kerja. Ada 25% pengundi adalah pengundi tua saluran 1 dan 2 yang masih hidup. Setakat ini belum ada cara nak ubah pemikiran mereka. Tv itulah yang mereka nyadap dan beriman setiap hari. Dah hukum wajib dah mereka percaya sebab masuk tv. Ada pula berita banjir dan eksiden, tak kan tv nak menipu. Jadi ingat 2 perkara, TV DAN DUIT ADALAH SENJATA YANG MEMENANGKAN BN SAMPAI BILA2.

      Delete
  4. Najib takkan benarkan usul tidak percaya dibawa ke Parlimen dan di sinilah speaker tersebut akan digunakan untuk menolak usul atas alasan tidak cemas/ not urgent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak perlu undi tak percaya diusul dlm Parlimen. Mengikut precedent kes perak, undi tak percaya pun bolih diusul dlm Istana, janji tunjuk bukti 122MP sudah hilang kepercayaan terhadap Najib.

      Speaker bolih balik Sabah ketika tu.

      Delete
  5. Yang penting terajang PM Najib keluaq dulu. Dia ni memang dah tak boleh harap, penipu dan pembelit besaq, terang terang penyamun dan kaki auta. Tengok Harun Din pun hidup hidup kena kelentong dan guna pula kenyataan Harun Din yg seperti sebelahi dia. Jenis pemimpin tebal muka dan tak langsung rasa malu menipu rakyat hidup2 wajib diterajang cepat cepat dan siasatan patut dibuat selekas mungkin. Dan jika ada kesalahannya yg layak hukuman mati, gantung saja sampai mampus, biaq jadi teladan pada pimpinan lain. Sial negara Malaysia dpt PM celaka begini. Mcm2 sial menimpa negara sejak malaon ni jadi PM. Elok2 Pak Lah tadbir hangpa termasuk Tun M gatai sgt nak Najib ganti. Nah..hangpa nampak laa ni??. Bukan makin elok tapi makin celaka haram jadah.

    ReplyDelete
  6. Apa pasat mau undi tatak pecaya punya maa aa , UMNO punya olang semua manyak pecaya sama Najib lor rr .

    Mesti tatak bolih jadi punya maa aa , Kalau UMNO sendili sutak tatak pecaua sama Najib balu bolih jadi maa aa .

    UMNO punya olang semua cekap I LOVE PM , apa macam lea aa.

    ReplyDelete
  7. 1. Inilah masanya kita boleh melihat kejujuran ahli politik di semua parti dan juga menteri kabinet, senator dll! Sekiranya ianya berjaya dilakukan, UMNO mesti memastikan kaki wayang, kaki sapu,dll lain-lain kaki busuk tidak dilantik lagi dlm pentadbiran, perancangan baru untuk meletakkan kerangka atau iklim politik yg lebih sihat perlu dilakukan oleh golongan politik ini sendiri. Ini dunia mereka, permainan mereka...kita penonton yang menggaji mereka sebagai pemain...the rule is and message to them is very clear and easy i.e. Clean your political shit!!

    2. Mereka patut telah sedar yang majoriti rakyat (bukan ahli parti mereka sahaja) sedang memerhati dgn teliti tingkah laku mereka!. Sekiranya perancangan sebegini gagal kerana kepentingan individu ataupun kepentingan parti-parti politik tertentu, saya menjangka ia akan menambah kemarahan rakyat!

    3. Dengan keadaan ekonomi negara dan persepsi luar yg tidak sihat, ditambah cabaran ekonomi luar yg tidak menentu,kehidupan rakyat akan menjadi tidak selesa dan meresahkan. Dengan kualiti kepimpinan dan cara pentadbiran sekarang, saya tidak rasa kabinet sekarang mampu menangani cabaran yg ada dan mendatang!

    4. Sekiranya kita lihat pada parti-parti politik sekarang, kesemuanya menghadapi krisis kepimpinan, keyakinan ahli sendiri dan rakyat dan integriti! UMNO dgn skandal-skandal, amalan rasuah, dll pelbagai bullshitnya, PAS dgn hala perjuangan yg tak tententu hala dan perpecahan, Keadilan dgn masalahnya tersendiri serta bom jangka DEIGBnya, MCA, Gerakan, MIC dgn keadaan hidup segan mati tak mahu..DAP dgn idea too ideal dan tak realistik, (they realize now that they need more malays members in order to run the show!)

    5. Kita rakyat sebenarnya sudah lama tahu keadaan ini. Jika kehidupan rakyat, iklim perniagaan menjadi bertambah teruk, negara didalam keadaan yg sangat tidak selesa sebelum PRU akan datang. Nescaya rakyat akan meghukum SEMUA ahli politik nanti!

    6. Pendapat pribadi dan mesej saya senang dan mudah:
    1. Rakyat, semua golongan ,masing-masing buat kerja masing-masing dgn baik dan professional.

    2. Hormati perlembagaan dan undang-undang, serta dokong prinsip Rukun Negara

    3. Golongan politik---saya cadangkan pi beramai-ramai ke tembok istana negara dan hantuk kepala masing-masing kuat-kuat. di tembok itu kemudian tanya diri sendiri, siapa diri kamu sebenar, apa tanggungjawab kamu yg sebenar, apa kesan tindakan dan perangai kamu pada negara....kalau tak sedar juga tunggu sajalah kesan hukum alam yg bakal mendatang....sejarah sentiasa berulang, senario, tempat dan masanya saja yang berbeza!

    ReplyDelete
  8. Undi Tak Percaya di PERLIMEN?..susah nak percaya...halo NAJIB ADA BERBILLION dia boleh buat PENDIKER lebih percaya kat dia...inikan semua MP UMNO..lagi aku tak percaya..kalau hakim..gebnor bank negara..dan raja boleh di berbillionkan kepercaya mereka kepadanya..inikan DIPERLIMEN ...percayalah tak akan berjayanya..PECAYA TAK AKU KATAKAN TIDAK ADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA BOLEH BUAT NAJIB TAK BOLEH DI PERCAYAI sebabnya dia dapat mandat kepercayaan dari peti undi di kawasannya dan rakyat Malaysia...melainkan dgn kuasanya saja yg dapat memelihara kedamaian dan kedaulatan NEGARA MALAYSIA ...TAK TAHU LAH KALAU ESOK KITA BANGUN PAGI DAH DAPAT BERITA YG MAHA ESA DAH TAK BERI KEPERCAYAAN KEPADANYA.

    ReplyDelete
  9. MP mesti berkerjasama kalau nak tendang Najib keluar drp Putrajaya.

    Jgn asyik dengar amaran zahid temberang tu.

    Yg penting parti2 kena bergabung dan buat undi tidak percaya dgn simple majoriti. Tamatlah career najib bodoh sombong sebagai PM yg tidak berguna.

    ReplyDelete
  10. No Way Kawan........
    UMNO Reps Semua No Balls................

    ReplyDelete
  11. Santau je najib ni biar dia jem....abih cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu option je....ingat lagi ni. Tapi teruk sangat la bro. Semua tak boleh nak jadi apa kan? Tu je yg boleh apa boleh buat!

      Delete
    2. Masalah kesihatan bley buat hilang jawatan.. Dah ada contoh

      Delete
    3. Hahahahahaha....betul jugak! Tapi sejarah apa kalau buat mcm tu kan? Tak pun kita buat satu usaha...sembahyang hajat satu negara...apa mcm? Seminggu je tiap2 mlm pukul 2pagi start. Kita tengok najib power ke atau Allah lagi power? Belasah kaw2. SETUJU?

      Delete
    4. Tak payah santau. Dia dah terkena nasi kangkang

      Delete
    5. Nasi Kangkang lagi power, kalau sudah tak jadi PM tu nasi kangkang sudah tak dapat rasa lagi,

      Delete
  12. Kalau jadi najb bikin rekod dunia

    Zaman Najib ringgit 4.50

    Zaman Najib derma 2.6b

    Zaman Najib dua biji kapal jatuh

    Zaman Najib pki mongol berjecai

    Rekod dunia.... Haji Najib ...

    ReplyDelete
  13. aku cadangkan semua rakyat jgn hadir hari perarakan HARI MERDEKA (peringkat kebangsaan) bendera kibar suku tiang sebab mesia dah nazak dapat pm macam ni...

    ReplyDelete
  14. Terasa bebeno rakyat M'sia di bawah PM Najib sengsara dibuatnya. Dgn nilai RM jatuh merudum, disiksa dgn GST, hutang negara naik mendadak dan yg terbaru dilaporkan di negara China duit RM tak laku.

    Harap sangatlah para MP lebih berjiwa rakyat kalo nak undi drp rakyat. Kslo taaaaaaaaaaaaakkkkkkk lu org pun bungkus dlm PRU14. Sudah tak ada lagi seruan....berilah peluang sepenggal lagi.

    ReplyDelete
  15. panjang artikel ini, siap dengan idea macamane nak buat undi tak percaya tersebut. tapi percayalah, think tank najib juga berfikir macamane nak gagalkan. jangan fikir diri sendiri ada akal, kalau najib blur sekalipun, pasukan kebal dia tak tidur untuk memastikan tembolok selamat. akhirnya akan gagal juga idea ko ni. tunggu ajelah 2018....

    ReplyDelete
  16. janganlah masuk parlemen kalau tak siap

    ReplyDelete
  17. Ni cuma pdpt peribadi..

    Sy rasa tun m suppose to work harder than anyone in order to send his 'franken' down. Sbb, krn tun m lah kareer politik anwar terkubur hasil usaha mgusung tilam keluar masuk court..krn tun m jgk pak lah naik mjadi pm..dan lg,krn tun m pak lah tpaksa trn utk mberi laluan kpd 'franken' plhn tun m. Adakah ini balasan dr Allah yg terpaksa ditanggung seluruh rakyat jelata lantaran tindakan tun yg telah mbudayakan aib dijaja,atau itu smua cuma permainan tun? Tun dan Allah shj yg tahu..

    Hrni,tun tgk lh apa yg 'franken' tun dh bt.. Xketerlaluan sekiranya sy nyatakan tun ada saham dosa dlm setiap rungutan,airmata n kepayahan rkyat pd hrni krn tun bersusah pyh menaikkan iblis sbg pemerintah!

    ReplyDelete
  18. Dah le tu. Mana ada puak umno di parlimen nak sokong undi tak percaya. Tali kapal umno ditambat pada batang tubuh najib. Tumbang najib, tumbang dan hanyutlah umno. Walaupun anak2 kapal menyelamatkan diri, mereka itu dari kapall lanun.Sama2 buat kerja melanun. Habislah segala harta akan dirampas dan silap2 masuk jel pulau jerejak. Inilah puncanya tidak ada sorang pun berani bangkit untuk berpakat2 buat undi tak percaya. Puak2 hanya harap satu saja, cabut lari kalau suasana 31 ogos ni sudah lain macam. Tapi ada ke nama2 geng ni dah stanby untuk hantar ke interpol. Ingat, ada 3,000 saja lanun special bertaraf vvip yang bebas nak buat aoa sahaja tanpa disentuh undang2. Ya, ada 3,000 manusia bebas merembat harta 30,000,000 juta rakyat negara ini di mana kalau mereka sebut oh no sahaja boleh ditangkap. Apa punya sial negara ini.

    ReplyDelete
  19. Mufti Perak dah keluar fatwa dia: 'menumbangkan kerajaan adalah HARAM disisi islam'. Fatwa dikeluarkan selepas bermimpi duit RM2.6 billion Najib...saya rasalah.... Sebab: dalam kes menumbangkan kerajaan Perak, Mufti ni bergembira pulak dan adalah salah seorang tali barutnya.. Dia pergi keLondon bersama Setiausah negeri Dr Rahman berjumpa pelajar2 untuk menyakinkan mengapa kerajaan PR Peral perlu ditumbangkan.

    ReplyDelete
  20. Lu lu ang angkut lu pu pu punya kkitab, mari llllawan debatt sssama gua, apa ppasat llu cccakap ini ggomen mmanyak baiiik. Ccccciiilla___ ppunya multiii. Ini hhhari ooorang mabok pppun cccakap iiini gggomen mmanyaaaak yahhat. Ouhkkk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...