Thursday, 6 August 2015

SAMA SEPERTI MH370, WANG RM2.6B JUGA JADI MISTERI BUAT KITA

Selepas 515 hari, Perdana Menteri Najib Razak malam tadi mengumumkan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar adalah sah milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 lalu.

Katanya, dengan pakar-pakar antarabangsa telah mengesahkan hakikat itu, ia setidak-tidaknya dapat memberi kepastian kepada keluarga mangsa seramai 239 orang yang berada dalam pesawat tersebut.

Dalam masa yang sama, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha mencari kebenaran di sebalik tragedi yang menyayat hati itu.

Meskipun serpihan itu disahkan milik MH370, beberapa misteri kekal menyelubungi kita semua. Antaranya:-

- kenapa pesawat yang dipandu dari Kuala Lumpur ke arah Beijing itu dilencongkan ke arah lain?

- di mana lokasi sebenar MH370 terhempas masih lagi tidak diketahui, yang ditemui hanyalah serpihan sayap kapalterbang itu yang mungkin hanyut lalu akhirnya berlabuh di Pulau Reunion.

- adakah pesawat itu dirampas pengganas, terhempas kerana masalah teknikal yang dihadapinya atau berpunca dari sebab-sebab lain?

- kenapa radar gagal mengesan pergerakan pesawat itu bermula daripada laluan asal yang sepatutnya dilalui iaitu Laut China Selatan hinggalah ia melencong lalu hilang di Lautan Hindi?

Semua perkara ini akan terus menjadi misteri untuk sekian lama sehinggalah pasukan penyiasat dapat mengesahkan perkara yang sebenarnya. Tetapi tidak mustahil juga ia akan kekal misteri untuk selama-lamanya.

Dengan pengesahan MH370 ini dilakukan di saat-saat semua orang bercakap mengenai wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, persamaan misteri antara kedua-duanya tentu saja tidak dapat dielakkan.

Walaupun disahkan oleh SPRM mengenai wang tersebut, misteri yang kekal bersarang ialah:-

- siapakah penderma murah hati dan budiman itu?

- apakah tujuan penderma memberi wang sebanyak itu kepada Perdana Menteri?

- di manakah baki wang RM2.6 bilion itu? Masih ada, sudah habis atau disimpan di tempat lain?

- jika wang RM2.6 bilion dibahagi sama rata dengan 222 kawasan Parlimen, setiapnya akan memperolehi lebih RM11.7 juta. Kalau cuma diagihkan kepada 191 bahagian UMNO pula, setiap satunya akan mendapat kira-kira RM13.6 juta. Adakah mereka yang terbabit memperolehi sebanyak itu?

- andai kata dalam pilihanraya ke 13 lalu, setiap bahagian atau calon yang bertanding di 222 kawasan Parlimen cuma diberikan RM2 juta (menurut beberapa bekas Ahli Parlimen, jumlah ini pun sudah dikira terlalu besar), bermakna tidak sampai RM600 juta telah dibelanjakan. Di mana RM2,000 juta lagi?

Walaupun Najib kelihatan sedih ketika mengumumkan mengenai pengesahan serpihan MH370 malam tadi, rakyat Malaysia secara umumnya lebih sedih jika misteri wang RM2.6 bilion tidak dirungkai dengan sebenar-benarnya.

Sama seperti MH370, terlalu banyak misteri dan ketidaklogikan di sebalik jumlah wang sebesar itu meskipun ia disahkan SPRM cuma sekadar derma dan seolah-olah sudah bertukar wang halal jadinya.

Apatah lagi, sementara kebenaran sedang dicari, bukannya suspek yang dicari tetapi pasukan penyiasat pula yang digeledah untuk diburu bukti.

Hakikatnya, yang berbeza ialah jika tragedi MH370 telah menyatukan semua hati-hati manusia di negara kita tanpa mengira kaum dan agama, sebaliknya misteri RM2.6 bilion ini menyebabkan lebih perpecahan serta kehancuran di hati yang sama tentang makna sebenar sebuah kebenaran yang nampaknya ghairah cuba ditutup daripada didedahkan. (SH 06/08/2015)

58 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Peruntukan bahagian2 umno bukankah dah ada dana tabung amanah parti? Itu 2.6b masuk akaun peribadi, utk kegunaan family dan joli-joli, shoping-shoping serta melancong ke luar negeri... Dah namanya 'peribadi'. Kalau diberi pada bahagian atau kawasan, takkan tak berani tunjuk bukti transaksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang Abdul Rahman Dahalan dah jadi AYAM SAMBUNG UMNO.

      Mat Maslan dan jadi AYAM PENCEN

      Azalina Othman Said masih jadi AYAM lagi

      Delete
    2. Ayam kukuk....kroooh...krooooh.

      Delete
  3. Pak Najib Rajak ini sangat cerdik sekali.Bermacam cara dia lakukan tanpa ada rasa sungkan dan malu supaya beliau tetap berjaya memegang kursi Perdana.Betul-betul seorang pemimpin yang sangat hebat

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Apa past mau sebok-sebok maa aa ,mesti mau pandei hidup lor rr ,nanti kasi tendang macam Mahyudin mesti tatak syok punya maa aa .

      Itu eaa aa ,MCA,MIC ,Gelekan eaa aa apa atak susah , mana-mana bolih Ngam punya maa aa , next election itu DAP & PKR menang kasi telejun masuk lor rr , apa atak hat punya maa aa .

      DAP manyak belesih , OK maa aa .

      Delete
    2. Bersih apa punggung pun main kesat saja. Bersih ker?
      Gila punya Lufang

      Delete
  5. BADI "DUIT ( MONEY yg kita sebut MANI ).

    Kerna air "DUIT" seorang hamba Allah merengkok dalam penjara atas ujian DNA dan pendakwaan yang teramat pelik dan meragukan.

    Haaaaaaaaa sekarang ni kerna limpahan "DUIT" 2.6B, seorang lagi hamba Allah menghadapi kegawatan.

    Kedua-dua hamba Allah ini DIMALUKAN dan MENDAPAT MALU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju mendapat malu.... Tiada Yg dimalukan

      Delete
  6. misteri tetap misteri tak akan terungkai selagi hayat dikandung badan??? selagi mana masih ada pemgampu, pembodek ,pembela, pengtaksub ada akal yg berfikiran yg bila bercakap seperti rajalawak,yg bila bercakap seperti orang mabuk daun ketum.yg bila bercakap 3.+++selama itulah akan tinggal misteri.seperti kata Tun M,mempertahan prinsip kebenaran dianggap 'JENAYAH" takut gak nnti kena reman.

    ReplyDelete
  7. Mmg byk misteri2 di Malaysia Tercinta ni...misteri DSAI pun blum terungkai sahih ke idak..dari zaman usung tilam sampai lah ke zaman ni..kekal menjadi misteri.
    Tapi yg celaka nya UMNO..kalau betul setiap bahagian dpt berjuta masa pru dulu hasil DERMA 2600 Juta tu..tapi aku balik jauh2 nak mengundi..ketua cawangan cuma bagi 30 hinggit jeeee...puiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salahkan cawangan...mereka pun tak dapat duit tu pun...


      Delete
  8. Najib cuba divert attention dgn MH370. Kononnye dia berani annonce pasai MH370 nie. Kenapa tak berani nak announce pasal RM2.6 billion tu.??

    ReplyDelete
  9. kena tangkap le sikit hari tu.....ingat Malaysia ni negara bangang apa....tunggu ko jib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan berangan bro. Sapa nak tangkap Najib? Polis? Askar? Malaikat? Tuhan? Haha..sowila yer..

      Delete
    2. Tolonglah Jgn samakan Malaikat n tuhan dgn manusia...
      Klu kau islam bertaubatlah

      Delete
    3. Nak komen boleh tapi jgn sampai kufur.. Setuju.. Kalu anda islam taubatlah..

      Delete
    4. kita tgk pulak kependekaran SPRM pulak,,,,harapan RAKYAT agar SPRM tak pakai silat pengantin la harapnye....jadilah seperti HANG JEBAT....diharapkan HANG TUAH bagi laluan kat HANG JEBAT.

      Delete
  10. Mana ada misteri abang oooi, itu semua konspirasi. Awal2 dulu ada saksi mata di Maldives nampak pesawat terbang rendah, haram tak siasat... malah ditolak mentah2... sekarang bukankah serpihan diarah yang hampir sama dengan saksi mata?

    Samalah 2.6 billion tu, mana ada misteri... ini kerja kucing jantan berak atas sofa nak kambus najisnya.... bodoh sangatlah kita ni... awal2 dia dapat mandat pru13 pun dia tipu dakwat kekal... takkan tiba2 duit masuk dalam akaun peribadi jadi duit derma kita nak percaya?.... jika mh370 kita persoal radar tudm.... kemasukan 2.6 billion nampaknya wajar disalahkan radar bank negara.... so lhdn tunggu apa lagi kutiplah cukai derma 2.6 billion berserta denda sebab tak isytihar pendapatan... bukankah sekarang online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LHDN,...??? HUH LANJIAO..

      Delete
    2. hehe..kalau tengok dlm sistem e-filling lhdn..derma dpt pelepasan dari dikenakan cukai....patut la selamat sbb guna nama DERMA...haha

      Delete
    3. Kalau dengan orang awam LHDN cukup cepat bertindak. Cukup efficient kerja mereka. Walau pun terhutang RM200. LHDN akan tulis surat kepada majikan suruh potong gaji tiap tiap bulan. Kenapa dgn Perdana menteri LHDN jadi penakut macam TIKUS?
      Kenapa dengan kuasa yg ada LHDN tak bertindak. Jumlah RM2.6billion terlampau besar dalam akaun Perdana menteri.
      Adakah calculator LHDN tidak mempunyai cukup digit untuk mengira? Atau pun LHDN turut bersubahat sama.
      SPRM dah tahu perkara ini kenapa tidak bertindak ke atas LHDN? SPRM dan LHDN dah pandai pilih kasih. Apa pun. Semuanya makan gaji buta saja.

      Delete
    4. Negara ini hanya ada integriti KEPALA BUTUH SAHAJA.

      Delete
    5. LHDN pun jangkit juga...hanya bertindak kpd bilis2 aje...lalu si jerung..lhdn pun kena langgar

      Delete
    6. Donation diterima tetap dicukai dan jika prisip yang sama dikenakan kepada orang awam dikenakan kepada PM cukainya lebih kurang seperti dibawah :
      1.30% atas rm2.6 bill..................................rm780 juta
      2.Penalti atas gagal lapurkan keLHDN ialah
      300% atas cukai rm2,340 juta
      jumlah cukai rm3,120 juta
      atau rm3.120 billion yang belum ambil kira interest on late payment of 15%. Kita tunggu apa LHDN buat.....:
      1.doing nothing
      2.raise assessment
      3.Investigate further for more undeclared income
      4.Issue letter to PM that donation not taxable.
      Dalam STAR hari ni dihadapkan kemahkamah kerana rasuah dengan jumlah rm8000 tetapi yang berbelion2 macam macam mana ?
















      Delete
    7. LHDN buat buat bodoh jer lah. Apa lagi

      Delete
  11. Patuh Dengan Rosmah Mansor
    Saya Patuh Rosmah Mansor
    1 Middleast Derma Billion
    Pengerusi Aku Cabut
    Penyamun Malaon
    ......
    Zaman Engkau Adakah Integriti....???????

    ReplyDelete
  12. Hang tunggu najib. Anuar saja yg boleh ajaq hang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gwa ingat cork wings dah resign...strategi baru ada bagut....rupanya Rosak Punah Kantoi

      Delete
  13. Tapi yang lagi misteri tu, kenapa lahir kedunia ini manusia2 yang 48% pilih AhjibGor masa mengundi PRU13 jadi PM dulu. Mengapa mereka dilahirkan bangang untuk menyokong kerajaan laki bini yang memang haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawkey2 kat Msia pun bila dia bagi rasuah kpd pegawai polis atau pegawai awam, dia catit dlm 'voucher' dia sebagai 'pemeberian derma'. Orang bodoh sja yg tak percya yang Najib terima tu ialah rasuah RM2.5billion. Lepas tu dia sapu lagi RM42 dari Pension Fund melalui SCR kerana mengarahkan Pension Fund, bagi pinjaman RM4 billion kepada SCR.

      PM korup bolih bermaharajalela diMsia. Msia ni dh jadi macam Negara dictator Africa. DiAfrika aku faham sebab dia orang mana ada Agong, Raja2 atau Majlis Raja2. Diktator bebas melakukan apa2. D Msia ni Agong atau Majlis Raja2 ada kuasa menasihatkan Najib supaya berehat sementara proses undang2 berjalan. Apa mereka buat ni??? Tak de ke perasaan kasih saying kepada Negara?

      Delete
    2. agong dah diberi istana dgn jet baru, tidor lena terbangpun lena mana ada masa nak fikir masalah rakyat. raja cuma ;ambang sistem beraja bukan memerintahpun, cuma tukang sign watikah atas nasihat PM

      Delete
  14. Ya Allah,klu dengan adanya DSAI bru lah akan ada yg lantang menyeru najib berundur,please send him off from prison..aameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupakan dia.... 2x5....5x2,.,. Jahanam Malaysia

      Delete
    2. Lupakan 2x5...5x2....Jahanam Malaysia

      Delete
    3. Jahanam kepala bana kau.

      Delete
  15. Tawkey2 kat Msia pun bila dia bagi rasuah kpd pegawai polis atau pegawai awam, dia catit dlm 'voucher' dia sebagai 'pemeberian derma'. Orang bodoh sja yg tak percya yang Najib terima tu ialah rasuah RM2.5billion. Lepas tu dia sapu lagi RM42 dari Pension Fund melalui SCR kerana mengarahkan Pension Fund, bagi pinjaman RM4 billion kepada SCR.

    PM korup bolih bermaharajalela diMsia. Msia ni dh jadi macam Negara dictator Africa. DiAfrika aku faham sebab dia orang mana ada Agong, Raja2 atau Majlis Raja2. Diktator bebas melakukan apa2. D Msia ni Agong atau Majlis Raja2 ada kuasa menasihatkan Najib supaya berehat sementara proses undang2 berjalan. Apa mereka buat ni??? Tak de ke perasaan kasih saying kepada Negara?

    6 August 2015 at 17:16

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja raja sedang pening sbb tak faham 1mdb la.sebenarnya 1mdb itu dtubuhkan atas nasihat jholo tu utk peningkan kepala org.bila dah pening org mls nak layan jd biar sj la najib buat kerja gila merampok rakyat negaranya sendiri.kesian rakyat msia mlm mlm drampok org indon yg memecah rumah.siang siang dirampok oleh najib yg memecah amanah.cuma lepas muhyidin dipecat sbb meyoal pasal duit bilion bilion tu baru org nampak tak pening sikit.raja raja kalau nak pening lg tak tahu la.kita pun fahamlah akan keadaan hidup mereka yg bagai menerima derma juga.mereka tu sebenarnya bkn lg dpt menjadi payung rakyat.jika mereka tak mengambil payung rakyat mcm najib tu kira ok la juga.

      Delete
    2. The powerful, my dear, and this I have always like to tell all and sundry, is always on the side of the powerful. For us the marhaen or plebeians we really have no one - just each other. Time to rise - together?

      Delete
  16. Betullah kata DSAI, sekiranya Najib dan BN diberi mandat memerintah selama 5 tahun lagi selepas PRU13, maka negara ini akan menghadapi kemelut ekonomi dan pentadbiran politik yang amat serius. Apa dah jadi sekarang? Melayu memang bodoh dan tak layak beragam Islam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu..org cerdik bleh bt ramalan dr awai.tp yg mn hok sokong bn lam pilihanraya nu tggu terhantuk bru nk mlopong

      Delete
    2. melayu Islam kerana keturunan bukan kerana iman, sb itu akhir2 ini ramai yg murtad dan bunuh diri. berbanding bangsa2 lain yg saban hari masuk Islam sb mereka melihat keindahan Islam dan mendapat hidayah melayu hanya harap keturunan semata2

      Delete
  17. Tak layak beragama islam?.... Dosa..pahala bukan kita Yg menentukan... Matanglah bila memberi pandangan...Jgn tergelincir


    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kau juga, orang beri pandangan kau libatkan Tuhan.Kau ingat haji Hardy dan Aeron Din tu bole masuk syurga ka.Najib memanglah langsung xda dalam list.

      Delete
  18. Hilangnya MH 370 tidak akan menjadi misteri jika serpihan sudah dijumpai.Yang memang menjadi misteri ialah 2.6 bilion.semakin terlondeh semakin ligat menghalalkan apa yang terbongkar.Kalau video mudin tu x terkeluar mesti masih lagi mengaku x ambil duit rakyat dan berita wsj / sr adalah tipu belaka.Memandangkan video mudin dah melondehkan kebenaran laporan wsj dan sr, dikona baring bahawa duit itu duit derma.Kalaulah video mudin tiada......hang pikiaq sndiri la

    ReplyDelete
  19. Ucapan Najib semasa pentauliahan pegawa integriti ....."Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. " Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. " Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat."

    Tinggal hanya sebagai kata-kata kosong dari seorang hipokrit tertinggi sama seperti laungan penerapan nilai2 Wasatiyyah dan Maqasid. Syariah dalam pentadbiran.

    ReplyDelete
  20. ikang kepala dah busok masih mau simpang lagikah

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Mr.N dah terkena Nasi Kangkang n Pukau hahaha

    ReplyDelete
  23. 2.6b minus gst,minyak keta,tol,bil elektrik&air.. Rakyat plak 2.6b (xyah nak dok mimpi) plus gst,petrol,tol,bil api ayaq..nk simpan sbln 1k pn mustahil..2.6b sgt byk ooooii..xterjangkau dek akal ku

    ReplyDelete
  24. Dengan namaMu Ya Allah...
    hamba ini telah dizolimi oleh pemerintah dgn cukai gst...tol...petrol dan dlm masa yg sama pemerintahku ini semakin menyeleweng...ku pohon Ya Allah..tunjukkan bukakan lagi penyelewengan yg dilakukan mereka sehingga mereka merasa siksanya di dunia ini Ya Allah...

    Selamatkan negara ini Ya Allah...

    ReplyDelete
  25. .....MOHON BERI PERHATIAN....
    Minta pertolongan pada semua, sharekan post ini atau viralkan segera.
    Penipu Skim Pelaburan Perkongsian Modal.
    Penipu: : Dato' MUHAMAD FAUZI BIN HASHIM )
    No. K/P : 710530-07-5197 (710530075197)
    Beliau menggunakan agama dan bangsa melayu untuk menolong dan menaikkan taraf kehidupan orang islam dan melayu. Berkongsi modal dengan pulangan seganda dalam masa 5 bulan dengan minima RM5,000/lot. Sebanyak lebih 600 lot telah diperolehi dengan beliau yang melibatkan modal lebih RM3 juta.
    Beliau dipercayai telah menipu di Perak, Selangor, Melaka, Kelantan, Kedah dan beberapa negeri lain. Yang menjadi mangsa kebanyakannya pesara, petani, orang kampung, pekerja kilang dsb .. Jika ternampak, minta tangkap dan bawa ke balai polis berhampiran.
    Berpangkat Dato' dan mempunyai kenalan di PDRM (dan mempunyai kad terhormat bekas-bekas polis).
    Jika terserempak atau mengenali Muhamad Fauzi Bin Hashim ini, sila hubungi balai polis berdekatan.. Ramai yang teraniaya....

    Tolong share sampai tertangkapnya manusia jahanam ini.... (Pengesahan@Maklumat lanjut sila hubungi: 012-331 7017)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...