Himpunan Bersih 4 akan diadakan esok dan lusa selama 34 jam di tiga bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Berdasarkan jualan baju T Bersih 4 yang dilaporkan sudah melebihi 50 ribu helai sehingga ini, besar kemungkinan himpunan kali ini mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada rakyat.
Walaupun sasaran awal hanya sekitar 100 ribu saja yang akan turun berhimpun, tetapi melihat kepada keghairahan rakyat untuk menunjukkan bantahan terhadap kepimpinan Najib Razak, tidak mustahil kehadiran menjangkau antara 200 hingga 300 ribu orang.
Selain kedudukan politik dan ekonomi yang sedang berada di tahap kritikal, sebab lain yang menyebabkan rakyat lebih terangsang menunjukkan bantahan dan berhimpun kali ini ialah berikutan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun Najib.
Semua yang berakal waras, siuman, tidak gila atau tidak dikelabukan dengan wang ringgit, sama sekali tidak dapat menerima duit RM2,600 juta itu sekadar derma, lebih-lebih lagi jika dikatakan untuk parti tetapi dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
Maka, jangan sesiapa terkejut dengan sambutan di luar jangkaan dalam Bersih 4 ini.
Apatah lagi dengan keputusan kumpulan berbaju merah yang bertujuan melakukan protes telah membatalkan hasrat untuk turun sama berhimpun, hakikatnya tiada lagi kebimbangan sesuatu yang tidak diingini mungkin berlaku dalam Bersih 4 kali ini.
Kecuali jika ada pihak-pihak tertentu yang berniat jahat atau melakukan provokasi melampau, himpunan Bersih 4 ini tidak seharusnya timbul apa-apa masalah dan ia boleh berlangsung dengan aman sebagai medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan menunjukkan bantahan.
Pemilihan tarikh 29 dan 30 Ogos untuk Bersih 4 ini juga menunjukkan ia tidak bertembung sama sekali dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos.
Kerajaan seharusnya berlapang dada bahawa sekiranya tiada masalah serius dalam kerajaan dan tidak berlaku juga onar yang melampau di kalangan pemimpin, adalah lebih baik bagi rakyat berehat di rumah atau menghabiskan masa dengan keluarga masing-masing saja.
Berhimpun dan menyatakan bantahan dalam keadaan berpanas serta berhujan bukanlah pilihan yang menyeronokkan bagi rakyat dan sudah tentu ia dilakukan kerana ada perasaan yang tidak tertanggung dan perlu dilepaskan daripada jiwa.
Perhimpunan kali ini seharusnya bukan saja menjadi isyarat kepada Najib, tetapi yang lebih penting ialah kepada Ahli-Ahli Parlimen BN mengenai pilihan yang sewajarnya mereka lakukan.
Ketika ini sukar untuk menyangkal bahawa penolakan terhadap Najib dan penolakan kepada BN yang disebabkan oleh Najib semakin membesar di mana-mana. BN hanya mungkin dapat diterima kembali jika bukan Najib sebagai ketuanya.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan juga sudah terbuka mata dan fikirannya apabila turut mengatakan BN akan kalah jika pilihanraya diadakan dalam waktu terdekat ini.
Dalam pilihanraya akan datang pula, bukan saja kian ramai yang melahirkan keyakinan BN akan kalah, bahkan semakin kecil di kalangan pemimpin BN sendiri yang percaya ia mampu mengekalkan kuasanya.
Rata-rata percaya BN akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya kali. Jadi, apakah perlu mereka buat sekarang ini?
Menukar Najib melalui UMNO nampaknya semakin sukar, bukan saja kerana pemilihan UMNO sudah ditangguhkan sehingga selepas PRU 14, tetapi juga disebabkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sedang seronok dengan budaya "cash is king" sekarang ini.
Selagi boleh kaut, mereka akan terus mengautnya. Kebanyakannya tidak peduli pun sama ada UMNO kalah atau menang dalam pilihanraya akan datang, yang penting apa habuan yang boleh dikaut dalam waktu Najib sedang kesempitan ini.
Mereka lebih mengutamakan untuk mati kerana Najib atau rela ditembak untuk mempertahankan Najib kerana di situ ada habuan sedang menunggu tanpa memikirkan parti sebenarnya lebih penting berbanding pemimpin.
Harapan menyelamatkan masa depan BN kini hanya terletak kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang terdiri daripada pelbagai parti. Memandangkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudah secara terbuka menawarkan diri ke arah itu, tawaran ini seharusnya disambut dan tidak dilengah-lengahkan lagi.
Malah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR telah menawarkan formula yang hanya memerlukan sokongan 30 Ahli Parlimen BN saja lagi untuk merealisasikannya memandangkan Pakatan Rakyat sudah sedia ada 88 wakilnya.
Tun Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan lain-lain tokoh berpengaruh yang masih sayangkan negara haruslah segera mengorak langkah mengumpul kekuatan menyahut tawaran Pakatan Rakyat itu ke arah perubahan untuk menyingkirkan Najib sama ada melalui kuasa Agong atau undi tidak percaya di Parlimen.
Ahli-Ahli Parlimen MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak serta sebahagiannya lagi daripada UMNO, haruslah segera diyakinkan bahawa kepimpinan Najib bukan saja kian buruk, bahkan sedang membawa kemusnahan kepada keseluruhan kapal BN menjelang pilihanraya ke 14 nanti.
Menuggu dan membiarkan Najib bertahan sehingga PRU 14 dan akhirnya semua kalah serta kehilangan kuasa, adalah tindakan yang tidak berbaloi langsung sedangkan kekalahan BN itu mungkin boleh dielakkan hanya dengan menyingkirkan Najib seorang saja.
Biarlah Najib seorang dikorbankan, asalkan BN dan negara dapat diselamatkan. Lagi pun baki wang RM2,600 juta tentunya masih banyak lagi untuk beliau sekeluarga terus horey horey di seantero dunia selepas dibersarakan nanti. ( SH 28/08/2015)
wuhuu..kayo den..2600 juta habuan utk bersara.. boleh beli arasy tempat duduk Allah Taala.. beli buraq.. keliling cakrawala.. wuhuuu.. SPRM tak boleh buat apa2.. pdrm makan taik.. peguam2 makan taik ja..kahkahkah..
ReplyDeleteahli sunnah terhangguk2 makan taik jugak.. kahkahkah.. bodo piang.. peluk islam, tapi bodo piang..kahkahkah...
Astaqfirullah al'azim..
DeleteJaga akidah.. Jangan keluarkan ayat-ayat yg boleh mengeluarkan anda drpd islam..
DeleteAwak islam ke kafir ni ? Sesedap hati menghina Allah.klau tk kenal Allah...jgn sesedap hati buat lawak dgn nama Allah.
DeleteBodo tu simpan skit...
DeleteSalam sekelian..
DeleteNajib & yg sewaktu dgnnya hanyalah manifestasi masyarakat yg membiarkan kebatilan berleluasa.
Bukankah hisab Allah itu TUNAI dan janji Allah itu PASTI?
Kalau dibiarkan penipu, penyamun & penindas berkuasa, maka secara TUNAI kita & anak cucu kita juga PASTI ditipu, disamun & ditindas.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Dan tiada apa2pun bagi sesaorang itu melainkan daripada usahanya sendiri.
'Masakan musang yg bersalah, sedangkan ayam2 juga yg sentiasa memberi mandat kpd musang menjaga rebannya?'
Sudah terang, lagi bersuluh..
~ Biar buta mata, jangan buta jiwa.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteApa yang penting gua nak najib Dan rosmah masuk kandang babi..opsß silap...masuk penjara!!!!
ReplyDeleteNajib mesti bengang dengan sape yg bocorkan dia dpt 2600 juta tu...kalau tak dah syok dah dia sorang-sorang makan diam-diam. Bila dah terbocor ni terpaksakan le bagi sana sikit..sini sikit utk cover line..huhuhu
ReplyDeleteAhmad Maslan bukan sudah buka mata. SR sudah buka dan pecah lubang dia terima RM2juta dari Najib hasil dari rasuah RM2.6billion tu. Sekarang dia tak bolih nak support Najib lagi..sebab orang ramai akan kata, Najib dh beli kau jasad dan roh dgn wang rasuah RM2 juta...tu sebab nak mati sokong dia...
ReplyDeleteAhmad Maslan memang bodoh & kaki rasuah. Dia sebagai Ketua Penerangan patut mintak RM500juta dari Najib utk kerja2 penerangan Umno. Tapi Najib suap dia RM2juta...tanpa beritahu sesiapa...dia puashati. Dia bukan buat kerja penerangan utk Umno tapi utk Najib. Sakai punya melayu( atau jawa)...senagn dibangsatkan olih bugis..
Apa dah jadi ni.
DeleteBudak cerdik pun sanggup makan taik juga ker???
Ni semua jerangkap samar. Koman2 mesti nak letak syarat suruh bebaskan Anwar. Dia dah buat huruhara cukup2. Nak acah2 an offer they can't refuse. Smell like puppet spirit. Murid Anwar lebih kurang sama je step dia.
ReplyDeleteDEIG mmg lah Azmin cakap belum ada aset takde songlap duit. Pasal baru nak tubuh. Sama jugak macam TIA dulu sebelum jadi 1mdb modal berapa ringgit je masa zaman Patrick Badawi. Setahun 2 lepas tu barulah keluar tanduk keluar iblis setan. Macam najib mula2 dululah janji ditepati.
Camana bisnes kandang babi kat Sepang? Ada masyuk ka? Yg kotor selangor yg untung singapork.
Pengampu2 mcm lembu tu tak nampak lagi? Kalau sampai PRU14, BN bungkus Najib yg dah cukup segala dgn billion2nya bakal tinggalkan pengampu2 bahlol terkontang kanting menanggung masalah. Pengampu2 tolol, korang rasa cukup ke takat 1 atau 2 juta yg Najib beri utk korang selamatkan diri? Sedangkan Najib beribu kali ganda yg disonglap dah ada segalanya kat luar negara utk menikmati persaraan. Kenapa tidak sekarang bertindak? Kalau masih berkuasa dgn singkirkan biawak hidup itu, masih ada peluang mengheret biawak dan kuncu2nya ke muka pengadilan dan rakyat mungkin masih nampak integriti BN sekarang. Masih ada peluang menang PRU14. Tapi jika biawak masih berkuasa sehingga PRU14... lu fikirlah sendiri. BN bungkus biawak dah lari selamatkan diri. Menteri2, MP2 YB2 masih tak nampakkah lagi????? Kenapa bangang sangat hanya kerana dpt takat 1 atau 2 juta tu????? Sekolah tinggi2 tapi macam orang bongok????
ReplyDeleteBukan ke bal RM2.67 billion tu dah d transfer ke bank D Spore telah d frozen oleh bank pusat Spore....padan muka ko Jibby Al Bangsat...kalu ikut Sarawak Report ada jgk duit money laundering 1MDB dh frozen kt Virgin Island....zaman dh berubah....dgr duit Marcos pun byk kena frozen dan akan d pulangkan balik ke Filipina...tempah siap2 la penjara Sg buloh lepas nie...PM paling bangsat dlm sejarah Msia
ReplyDelete2.6B itu setakat yg kita tahu. Yg belum kita tahu entah berapa puluh billion lagi masih berpusing pusing di luar negara sedang di'laundering'kan Penyamun Maling dan sekutu sekutunya. Ini Penyamun Maling temboloknya luar biasa. 2.6B itu belum cukup lagi.
DeleteNajib akan diserang habis-habisan dari dua penjuru.
ReplyDeleteJika benar Tan Sri Mauhyudin sedia mengepalai BERSIH 4 di KL, TUN akan mengetuai perhimpunan mega di Pasir Gudang.
Dunia akan menyaksikan.
Gambar2 akan viral.
Gambar berbicara.
Bahawa rakyat jelata tidak sukakan Najib dan PARA PENGAMPUnya.
Mungkinkah di Pasir Gudang, rombongan Tun akan diiringi ribuan mat motor dari plaza tol?
Mungkinkah ada nyanyian padu ultra Johor yang hebat itu?
Mungkinkah baginda Sultan datang meraikan Tun?
Mungkinkah perhimpunan mega Johor bakal membuat Najib sakit jantung?
Tak baik rakyat buat NAJIB gi ni...BAIK sembah sujud Najib ni sebab dia amat berkuasa sekarang ni..jadi lah macam orang melayu umno sembah sujud NAJIB dan sanggup mati belakang Najib..kamu semua apa tau tentang pahala bila sembah Najib..pahala yg dapat di beri NAJIB kat semua MP UMNO lebih baik dari pahala yg diberi tapi tak nampak...dgn NAJIB kamu dapat kuasa dan duit begitu juga pangkat...mohon semua sembah jungjong mohon ampun...kuasa raya dah berkurangan Maha kuasa Najib di mohon ampun..gini lah ragam orang umno yg terbeliak mata bila cuba bentangkan makna BANGSAT kat orang ramai pagi tadi..TAKSUB wowooo.
ReplyDeletepada anon 22.18 ;
Deletememang semua orang berakal tahu najib menipu dgn PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN ,
jika terlampau marah pada dia jangan sampai mengunakan perkataan MAHA KUASA NAJIB, dapat diandaikan anda amat cetek pengetahuan agama yg berkaitan akidah muslim. ATAU anda sememangnya orang KAFIR.
soal hukum dunia semua kita tahu najib meniti masa untuk rebah, namun ingat pintu taubat sentiasa terbuka pada yg ikhlas mengakui kesilapan masa2 lalu selagi nyawa belum tiba ketengkorok.
Byk sangat org suka komen tapi lupa pada tuhan.. Nak buat sarkastik pon jgn smpai syirik.. Jgn guna perkatann yg jatuh kafir.. Bertaubat la kembali.. Jgn dakwa ada pahala lebih baik dari yg Allah janjikan.. Najib memang salah dari segi moral. Jgn ikot buat salah mcm najib walau dlm etika komen.. Malaikat ada utk catit..
DeleteSalam sekelian..
DeleteNajib & yg sewaktu dgnnya hanyalah manifestasi masyarakat yg membiarkan kebatilan berleluasa.
Bukankah hisab Allah itu TUNAI dan janji Allah itu PASTI?
Kalau dibiarkan penipu, penyamun & penindas berkuasa, maka secara TUNAI kita & anak cucu kita juga PASTI ditipu, disamun & ditindas.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Dan tiada apa2pun bagi sesaorang itu melainkan daripada usahanya sendiri.
'Masakan musang yg bersalah, sedangkan ayam2 juga yg sentiasa memberi mandat kpd musang menjaga rebannya?'
Sudah terang, lagi bersuluh..
~ Biar buta mata, jangan buta jiwa.
Turin !
ReplyDeleteTurun ;
Toron !
Tibai !
Guling secara demokratik !
Anda sebahagian sejarah negara
Assalam. En shahbudin tak mau komen pasai bersih 4 ka hari ni 29hb.. Byk blog dan web yg kena blok.. Apapun perkara baik patut diteruskan dan hebahkan.. Sesuatu yg baik akan jadi lebih baik..
ReplyDelete