Derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak sedang menjadi isu besar dalam negara sekarang ini. Walaupun SPRM seolah-olah sudah membersihkan Perdana Menteri dengan mengatakan ia adalah sumbangan penderma dan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, hukuman persepsi sedang memasuki fasa yang lebih berat lagi.
Secara umumnya, baik rakyat biasa mahupun ahli UMNO, malah sesiapa saja yang berakal waras, tetap sukar menerima pemberian wang sebesar itu sebagai derma semata-mata.
Lebih ramai yang mengaitkannya dengan penyonglapan, berkaitan rasuah atau penggubahan wang haram. Lagi pula peraturan untuk penjawat awam kerajaan dari segi menerima sumbangan, hamper dan sebagainya sudah cukup jelas mengenainya.
Ikut logik akal, kalau nama Najib Razak itu sekadar seorang ofis boy atau despatch dan bukannya Perdana Menteri, tentulah tiada sesiapa mahu menderma sebesar itu kepadanya.
Dalam hal ini, Najib harus mendedahkan siapakah penderma, bagaimana wang itu dibelanjakan, berapa lebihannya dan mengapa akaun banknya yang menerima kemasukan RM2.6 bilion itu sudah ditutup?
Badan penguatkuasa seperti SPRM, PDRM dan Peguam Negara seharusnya juga melihat semula perkara ini, jika tidak bukan saja undang-undang rasuah negara menjadi ketawa dunia, malah akan merangsang lebih ramai pemimpin politik mempunyai simpanan wang tanpa had dalam akaun peribadi masing-masing.
Lagi lama Najib berdiam diri dan tidak berterus terang, lagi membengkak perasaan rakyat dan ahli-ahli UMNO terhadap beliau. Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dan anaknya yang meluahkan perasaan mengenai rasuah dan wang RM2.6 bilion dalam laman sosial masing-masing adalah manifestasi denyut nadi rakyat sebenarnya.
Secara nyata dan disedari oleh sesiapa saja, isu ini kian menjadikan Najib dan UMNO makin dibenci dan dijauhi, sekaligus membuatkan harapan memenangi PRU 14 jauh lebih sukar daripada sebelum ini.
Di media sosial sejak semalam, rakyat meluahkan pelbagai bentuk kemarahan, sindiran dan kecaman terhadap Najib berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Kata-kata Tun Mahathir bahawa UMNO akan kalah selagi Najib menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin pula mengingatkan pergerakan dua peratus pengundi saja berbanding pilihanraya 2008 sudah cukup untuk menjadikan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya akan datang, mulai diterima ada asas dan kebenarannya.
Najib dengan pelbagai isu sebelum ini, ditambah dengan pengesahan SPRM mengenai wang RM2,600 juta pernah masuk ke dalam akaun peribadinya sebelum pilihanraya 2013 lalu, menjadikan dirinya kini sebagai beban utama kepada UMNO dan BN.
Dalam diam-diam, bukan saja WSJ, Sarawak Report dan The Edge dianggap benar, malah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Gani Patail dilihat sebagai korban politik yang dimangsakan semata-mata untuk memastikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Tetapi oleh kerana Muhyiddin sudah terkeluar daripada kabinet, peluangnya untuk kembali mungkin nampak sukar walaupun jika Najib berjaya diketepikan. Bola kini sebenarnya di kaki Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sama ada mahu terus mengekalkan Najib atau melakukan sesuatu yang membuatkannya dikenang sepanjang zaman.
Zahid akan menerima sokongan penuh jika beliau berani memulakan desakan, bukan saja agar Najib berterus terang mengenai wang itu, bahkan sokongan lebih melimpah bakal diterimanya jika tidak gentar mendesak pengunduran Najib yang sudah menjadi beban kepada parti dan negara.
Ahli-ahli UMNO akan percaya dan memberi sokongan kepadanya, bukan saja kerana Najib berada di kedudukan paling teruk ketika ini, tetapi juga kerana yakin Zahid ada asas agama yang kukuh serta sokongan yang kuat di dalam parti.
Lebih dari itu, Muhyiddin, Shafid Apdal, Khaled Nordin dan mereka yang senada secara diam pasti akan akan turut bersama-samanya kerana mempertahankan Najib sudah dianggap menghodoh serta mencomotkan lagi wajah parti dan negara.
Melalui tindakan ini, Najib juga tidak mungkin berani memecat Zahid kerana kesan pemecatan Muhyiddin masih baru lagi. Lagi pula, jika Zahid juga dipecat, siapa lagi yang mahu dilantiknya?
Inilah masanya untuk Zahid memulakan langkahnya sebagai jihad paling besar dalam karier politiknya. Dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam kerajaan serta Menteri Dalam Negeri dan kiranya Najib dapat diyakinkan bahawa beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang selepas berundur serta sepupunya, Hishammuddin akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri selepas itu, kesepakatan mungkin lebih mudah dicapai.
Lagi pun ketakutan Najib sehingga beliau memecat Muhyiddin ialah kerana tiada jaminan dirinya dapat bersara dengan aman kiranya meletakkan jawatan. Melantik Zahid pula mungkin sebahagian perancangan Najib untuk memudahkannya berundur dengan selesa, sambil memberi laluan kepada Hishammuddin.
Berbanding tidak melakukan apa-apa, malah terus meminta rakyat dan ahli UMNO menyokong Najib setelah bala RM2.6 bilion ini, ia hanya akan menyebabkan Zahid turut dibenci dan kemungkinan karam sekali dalam pilihanraya nanti.
Jika ingin berjihad, menyelamatkan UMNO, memulihkan negara dan menjadi pemimpin Perak pertama sebagai Perdana Menteri, ketika isu RM2.6 bilion tengah panas inilah waktu yang sesuai bagi Zahid memulakan langkah pertamanya. (SH 04/08/2015)
Rakyat mahu tahu siapa penderma 2.6 bilion
ReplyDeletemenurut bekas org kepercayaan DSN di Bahagian PEKAN, penderma yg suci dan murni itu ialah;
DeleteAbu Dhabi Commercial Bank
Dia sanggup singkir dan mengaibkan Tan Sri Mahyuddin, Shafie apdal dan lain lain serta keluarga mereka.
DeleteSkrang tibalah masanya apabila rakyat
mengaibkan diri nya pula.
Inilah penamat kau najib. Kau rasalah pula balasannya. Segala galanya sudah berakhir
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteAgaknya bila naik pi dok ataih jd tpm,zahid pun tumpang klabu mata dah..bkn dia saja,menteri2 lain pn tgk gaya macam dh xdak keja lain nk buat melainkan dok cover org tua uban berasap tu.padahal tgjwp nak bela nasib rakyat dok di bahu depa..ni dia lah bahaya dan padah bila amanah dibagi pada yg bkn ahlinya..
ReplyDeleteKami tak mau tau dah sapa penderma tu. Yang kami mau sekarang nak tengok Najib letak jawatan. Malu aihhh ada PM cam ni.
ReplyDeleteMotif derma 2.6 bilion tak penting ?dah macam altantuya pulak...
DeleteMelayu ni bising sebulan dua ja.. GST dah ghuyup dah..ini 2.6 billion dah nak basi sikit2 dah..masuk bulan 9, dpt isu baru pulak..
DeleteIsu Altantuya Razak Baginda Bala Sirul dah sejuk dah.. tenang hidup razak beginda skrg.. layan duit komisen scorpene.. xdak sapa nak bising dah..
Susah nak kembalikan kepercayaan rakyat. Bn kalu nak menang kena singkir dan hukum pm dan sapa yg terlibat sama.. Tubuhkan gerakan suruhanjaya diraja siasat dan bagi najib cuti biar tpm amek alih dan sekarang ni org hilang kepercayaan pada sprm,, lhdn, polis dan kebanyakan peminpin umno.
ReplyDeleteBerubah sebelum rebah...DAP & PKR makin hari makin kuat dan mantap. PAS ada ker tak ada ker sama saja.Kelantan tetap mereka punya.
DeleteKalau UMNO ingin menang dan masih dengan prinsip asal untuk berjuang demi kepentingan orang2 Melayu maka najib terpaksa di singkirkan.Kabinet 1MDB wajib dirombak semula.
Mana lebih penting. Perpaduan orang2 Melayu di dalam UMNO atau kabinet
1MDB???
Kerajaan kena ingat. UMNO hanyalah wadah perjuangan. Kalau keyakinan rakyat sudah hilang. Kebencian makin meluap maka undi rakyat akan pergi ke DAP dan PKR.Bukannya susah. Pangkah saja.
Zahid nk suruh najibabi tu berenti???dia mana ada telur??cakap berdegar degar mulut penuh taik...
ReplyDeleteKalau takda teloq kita dermakan teloq ayam.hilang satu derma 2, pecah 1 derma 3, kalau teloq kecuq kita dermakan 10 biji...
Deletekalau teloq dia pecah kita gantikan dengan biji nangka.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalah ke NAJIB ada duit banyak tu ...sepatutnya rakyat Malaysia perlu bersyukur sebab punya PM yg berhemah..membisu demi kesejateraan dan keamanan rakyat Malaysia...kalau ni juga dikatakan rasuah di mana keadilannya sedangkan NAJIB berhempas pulas dgn yang amat mulia Puan Sri Rosmah menebalkan muka dan menjatuhkan maruahnya melutut minta belaskasihan orang kaya Arab menggangung kebimbangan rakyat Malaysia dalam mencapai wawasan 2020 yg di banggakan rakyat Malaysia...jadi setakat 10% komisen yg di ambil dari hasil sumbangan 2.6billion memang le berpatutan dengan usaha penat lelah dan berbuih mulut mereka berdua meyakinkan DERMANWAN tersebut...so berilah mereka peluang agar semuanya tidak menjadi penipuan yg benar...so sebagai anak jati MELAYU mahu ke orang MELAYU melihat kejatuhan parti melayu yg sudah berjasa selama 56 tahun ni ...duit boleh di cari..ekonomi boleh di pulih ...esok kalau apa apa terjadi pada NAJIB ..dimana kita nak cari penggantinya yg tidak sepertinya..orangnya baik tidak berbohong dan tidak la bodoh ...nak harapkan MAHATIR jangan le harap sebab dia bakal menemui penghujung jalan di dunia ni sedangkan NAJIB jauh lagi perjalanannya..orang yg di pilihnya semua bagus dalam MATHS ..so bersabar dan banyak bersar dalam menghadapi dugaan ALLAH menjadikan nama sebesar NAJIB dan lagi berkuasa sebagai TAKDIR yg ALLAH letakkan keatas semua rakyat MALAYSIA yg berbilang kaum..lagi pun MIC DAN MCA pun tidak mengamuk inikan kita orang UMNO.
ReplyDeletelawaknya...hahahaha.mai la derma kt saya..
DeleteSetidak tidaknya Tun Mahathir buat juga Highway utara selatan untuk kita. Buat kereta untuk kita.
DeleteSi MAYONG tu buat apa untuk kita?
Ibu nurhayati boleh berniaga di belakang mati. ...tidak perlu modal
ReplyDeleteZahid bukan member Paul Phua ke?
ReplyDeleteTanya je nak siasat. Orang kalau member dgn bookie ni memang kaya kaya. Boleh beli jam mahal. Belanja kereta proton kat sedara mara sorang satu.
Sebenarnya Najib sudah masuk perangkap Anwar iBrahim.ini yang paling klimaks.Tak caya?Zahid akan masukkan najib dalam penjara dan Anwar Ibrahim akan jadi PM.Jadi Madet bersiap sedia.
ReplyDeletealang eloknya 2216 hantar skrip kat tv......drama tv boring...plot skrip sama jee.....ni serious ni....bukan main main
DeleteDi mana undang-undang negara berkenaan penggubahan wang haram? Di mana undang-undang BNM dalam memantau pergerakan wang keluar masuk negara? Di mana undang-undang SPRM berkenaan rasuah?
ReplyDeleteWalau apa pon, kelihatannya kerajaan BN telah berjaya mengalih pandangan rakyat daripada masalah negara yang lebih besar... 1MDB.
Selamat maju jaya Malaysiaku...
Lihat apa Najib kata pada tahun 2012?
ReplyDeleteRujuk : https://www.youtube.com/watch?v=HrwIjjwmWNo
kah kah
ada hikmahnya muhyiddin dipecat oleh najib.
ReplyDeletezahid pun dah tua, takkan nak jadi samseng lagi.
lupakan kisah dulu, zahid patut selamatkan malaysia.
kalau najib boleh gigit mahathir dan muhyiddin
zahid pun boleh gigit dan kunyah lumat najib.
lagi baik kalau zahid keluarkan anwar dari penjara.
ini membolehkan sokongan terhadapnya berkali2 ganda.
ini juga peluang terbaik orang perak jadi perdana menteri.
takkan balik2 orang kedah dan pahang jadi perdana menteri.
cara begini barulah boleh di angkat zahid jadi pahlawan jawa.
Klimaks semakin menarik.
ReplyDeleteAllah sudah mula bertindak.
Kita tunggu dan lihat.
Komidi dah dapat jawatan.pendokong kuat pok jib apa citer? Apa reaksi haruang jin, duit derma 2.6 bilion masih x masok akal.Tentu tuang presideng ke jepung cari 4 saksi:
ReplyDelete1. otromen (punca kebakaran bangunan)
2. Hagimaru (teman bentang hudud)
3. Gaban (tahap pakar label)
4. Doraemon (buku akaun ajaib)
Rakyat perlu bertindak barulah Allah swt memberi hidayah kepada Rosmah untuk memujuk Najid memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dan baru nasihat Najid berundur dan memberi laluan kepada Zahid ambil alih, terpulang lah pada Zahid nak ambil siapa yang dia pikir boleh dijadikan timbalan kepada Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini, terserah pada Zahid nak ikut cara YTM Tengku Abdul Rahman ke atau Tun Razak atau Tun Hussein Onn atau Dr Mahatir atau Tun Abdullah atau NAJIB....
ReplyDeleteElok juga jika tonton video ini:
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=m4oi7h1NSB0
Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak disebut dalam Perlembagaan. Perdana Menteri dilantik menurut sokongan terbanyak di Parlimen. Logiknya, selepaa Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Timbalan Presiden yang juga Timbalan Pengerusi BN akan mendapat sokongan terbanyak di Dewan Rakyat. Penyokong Zahud bolehlah berangan tetapi selagi Muhyiddin kekal sebagai Timbalan Presiden & Timbalan Pengerusi BN, Zahid boleh terus berangan2.
ReplyDeletePertikaian tentang pertukaran Peguam Negaea juga mempunyai implikasi perindangan yang meluas. Akan wujud kes di mana kuasa pendakwaan dicabar kerana pertikaian dalam tindakan memecat Peguam Negara. Banyak lagi pwnjenayah yang tertangguh perbicaraan dan mungkin akan terlepas. Tidaklah begitu menghairankan kerana pemansuhan pelbagai akta ebelum ini pun telah melepaskan sekian banyak penjenayah. Siapa lagi yang suka membebaskan penjenayah selain daripada penjenayah sendiri.
Ini BOLEHLAND ma.. lu penah baca itu ayat KU FAYAKUN tak?? Wa tatak tau nak explain ini.. di bolehland, kufayakun saja meh.. sumer tergolek dog ha.. cakap lu..
DeleteAppa lu mau cakap lagi?
Dah terang itu adalah RASUAH POLITIK , lagi nak dikatakan DERMA. Yang saya nampak org yang dapat RM20 di panggil RASUAH...tapi yang dapat 2.6 Billiun dipanggil DERMA.
ReplyDeleteTuan Shahbudin...saya cadangan satu nama baru gabungan dari DERMA dan RASUAH iaitu DERMASUAH namanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebila nak dakwa daa..asyik sindir2 cemuh2 kutuk2 maki2 je. si botak pinky berbibir merah tu masih suka2 hati dgn mem besar dia. takde ke org nak lapor polis..hampeh boto la..
ReplyDeleteBsabarlah semua.negara mundur sbb x pecaya pd pemimpin,cepat melatah dan sibuk menghukum org lain.biar org2 yg faham buat siasatan dulu.boleh bagi pendapat tapi x perlu terlalu emosi.Allah maha adil.wait n see.jom sama2 perbaiki diri sendiri n tingkatkan taraf kehidupan kita.diri kita sendiri pun byk masalah kita nak beria2 cakap hal negara.sekian.
ReplyDeleteMaju mundurnya sesebuah negara bermula dari atas...jika org yg di atas menjadikan negara ini mundur...kesan nya akan terpalit juga kemundurannya kepada kita yang di bawah. Selaku negara demokrasi..rakyat berhak mempersoalkan apa sahaja salah laku org yg berada di atas....Sekian
Delete12:48.. saya ingat anda memang eloklah mulai hari ini, bercita-cita untuk membunuh diri. Daripada anda hidup macam orang bodoh dan sering membodohkan diri sendiri yang langsung tak membawa faedah kepada umat mahupun diri sendiri, bunuh diri adalah jalan penyelesaian. Sekian.
DeleteAnon 1248..Lanchow la lu guna nama Allah nak membodohkan orang!!!
DeleteJANGAN BODOHKAN DIRI SENDIRI
JANGAN BODOH DIRI JANGAN PENJARA DIRI
Ketika kontroversi mengenai wang derma RM2.6 bilion dalam akaun bank perdana menteri hangat diperkatakan, peguam Syahredzan Johan yang lantang bersuara berkata, rakyat Malaysia tidak perlu takut untuk bertanya soalan.
Syahredzan, pengerusi bersama Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan Majlis Peguam berkata, soalan perlu ditanya dalam usaha untuk mempertahankan prinsip kebebasan berucap dan bersuara.
Beliau mendakwa, tujuan undang-undang seperti Akta Hasutan diperketatkan ialah supaya orang tidak bertanya soalan dan "bagi memenjarakan fikiran rakyat".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-malaysia-jangan-takut-untuk-bertanya-kata-peguam#sthash.MKFnUyye.tlZX6JO9.dpuf
PEGUAM INI KATA JANGAN JADI BODOH
JADI CERDIK
TAK TAHU
TANYA
DAH TAHU
BERANI SOAL
Assalam semua.. Cuma kongsi pendapat.. Mcmana nak klasifikasikan pemberian kepada najib tu suapan (rasuah) atau hadiah.. Kalu duit tu beri pada pm atas dasar ikhlas sahabat kepada sahabat itu dikira hadiah (sumber yg kasi tu misti super kaya sbb ni cecah billion dlm kes najib). Kalu duit tu diberi atas kedudukan najib utk apa2 saja faedah cukup itu dinamakan rasuah.. Rasanya kalu kita tak terkenal atau takda kedudukan org nak derma tak..?? Saya belum ada jawapan
ReplyDeleteSaya ada jawapan :-
DeletePemberian kepada Raja Raja di sebut PERSEMBAH
Pemberian kepada Pembesar negara dipanggil HADIAH
Pemberian kepada rakyat jelata dipanggil RASUAH
Pemberian kepada fakir miskin dipanggil SEDEKAH.
Lebih lazim dipanggil sebagai PEMINTA SEDEKAH.
Ini lah yang sedang berlaku pada hari ini...Hamper Hari Raya RM26.00 pun dikategorikan sebagai RASUAH.
Mujur la depa tak dermakan/hadiahkan planet dan cakrawala sesama UMNO dan tok arab sendiri. Kalo tak mampoih la kita nak dok kat mana...
DeleteMungkin keluar tajuk :
Delete1. Tuduh Najib rasuah - PERSEPSI
2. Tuduh Rosmah boros - PERSEPSI
3. Tuduh UMNO itu ini - PERSEPSI
Perkataan "PERSEPSI" inilah seringkali di sebut-sebut oleh pro-Najib dalam RTM, TV3, Bernama TV.
Sampai meluat dengar perkataan "persepsi" itu ... itul senjata tamin sari mereka...
Ya tak lama lg tuan bloq najib akan kantoi mantoi krn kejahatan n tipu dayanya sendiri.teruskan berdoa.
ReplyDeleteMaaf bercakap...zahid pun tin kosong.isu pendatang...penceroboh lahad datu pun x tersettle...klu beliau pengganti najib...sama ja silap2 bangla akn d beri pangkat
ReplyDeleteByk keanihan telah timbul dmsia kebelakangan ini.ada syarikat besar yg hobinya membuat hutang.hutang bilion bilion ini masih pening bagaimana ia terjadi.sudah begitu tak mampu membayar pula.mulanya kata tak ada masalah tp minta tabung dana negara tolong setlekan.minta pak arab tolong setlekan juga.mana duit byk hilang.tak hilangkata geng syarikat tu tp byk urusniaga meragukan.beli barang mahal melantun.urusniga sampai ke hongkong ke arab .ada anak syarikat pula.ada yg melapor wang syarikat dsalur kpd akaun pm.tetiba ada yg kata itu duit derma.keanihan apakah derma bilion bilion itu ada masuk akal ke.eh kita lak tanya hari tu mat maslan tanya.apa punya kes malu ni tp dpt naik pangkat tu.najib tak dpt bergerak sekarang sudah tertangkap dgn derma tak masuk akalnya.lalu sy menyimpulkan dsini derma tdk masuk akal yg kata nya dtg dr pak arab itu mempunyai perkaitan dgn syarikat gila hutang kepunyaan najib itu.perkaitannya tentu sudah dpt drungkaikan oleh geng penyiasat tp masih dlm tahanan utk diumum kan.geng penyiasat pula telah dkucar kacirkan.satu keanehan lagi dsitu.itu baru separuh dr keanehan yg berlaku blum lg masuk keanehan krn jholo.apakah najib memerangkap dirinya utk menyelamatkan jholo.ternyata keanehan krn justo spt tiada nilainya saat sekarang.eh tersalah tulis pula.maka dsitulah kepentingan butiran dr justo dmasukkan iaitu bukti bukti pak arab terlibat dgn kes 1mdb n najib.dimana agaknya nama jholo itu tertinggal
ReplyDeletePatut PDRM duduk bawah kuasa raja bukan JPM atau menteri. Kalau menteri salahguna kedudukan dan kuasa atas polis, raja bolehlah siasat apa yg berlaku. Bila dah nampak banyak yang dah tak kena dalam PDRM raja la yang patut bertindak. Kalau dah sampai hanguslah opis kat Bukit Aman adalah yg tak kena tu. Mungkin dia nak bakar sikit, sekali tgk habis 2 floor terbakar. Jauh lak tu jarak tingkat. macam api tu naik lif pulak.
ReplyDeleteJangan sampai PDRM tukar nama jadi PDPM dah la. Polis Diarah PM.
Itu derma haram jadah namanya sama mcm 1mdb tu juga syarikat haram jadah yg menyusahkan satu msia.siapa haram jadah yg menubuhkan syarikat itu.
ReplyDelete